KERTAS KERJA BIG FASA 6
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT IV FASA VIPPG KOHORT 1
(JUN 2011)
1.PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG).
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang
dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Pengsiswazahan Guru
(PPG) bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG)
bagi kumpulan PPG TESL 2 Semester 8, melalui penyertaan dan
penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan
nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam
proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian
program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang
berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi
asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan
negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru
dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang
di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru
memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua
aspek sama ada jasmani, emoasi, rohani atau intelek. Sebagai insan
yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan
peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti
dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,
penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri
guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya
dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era
globalisasi.
2. LATAR BELAKANG PROGRAM
Program BIG Peringkat 4 Fasa 6 menurut pro forma WAJ3114
(Lawatan Benchmarking) memperuntukan sebanyak 10 jam ini melibatkan
aktiviti berikut iaitu aktiviti di IPG melibatkan Taklimat Umum BIG
telah dilaksanakan selama 3 jam pada 24/01/2015.Maka 2 jam
diperuntukan untuk pelajar PPG menghadiri bengkel bertema Guru
Inovatif seperti tajuk yang disenarai pendekkan serta 3 jam lawatan
ke sekolah Guru Cemerlang. Pelajar PPG juga perlu menghadiri
bengkel refleksi keseluruhan BIG Fasa 1 hingga Fasa 6 selama 1 jam
bersama-sama dengan pensyarah pembimbing.Tempoh menyiapkan laporan
dan refleksi adalah selama 1 jam. Maka lengkaplah tempoh
pelaksanaan BIG Peringkat IVFasa VI ini selama 10 jam.
3.RASIONAL PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program
Pensiswazahan Guru (PPG). Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru
adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat . Oleh itu, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam
semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Program
ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam
kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti
yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri yang sebenar
(real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta
sentiasa bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan arus
globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003
mengatakan , ...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya
dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina,
membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang
memiliki keterampilan profesional yang tinggidan dicirikan oleh
penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
4.OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )Pengisian Kurikulum
BIG Semester 8 ialah Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan memberi
pendedahan awal kepada pelajar PPG tentang ciri-ciri insan guru
yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan
bakti kepada masyarakat. Objektif Bina Insan Guru (BIG) Bengkel
Guru Inovatif dan Lawatan Benchmarking (Guru Cemerlang) adalah:i.
Membina kemahiran aras tinggi dalam menganalisis masalah dan
situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan
masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan.ii. Menunjukkan kecaknaan terhadap
kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.iii. Bertindak balas
secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya.iv. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri
kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.v. Merancang,
melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara aktif dalam kumpulan.vi. Mempamerkan daya ketahanan dan
kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Meningkatkan
profesionalisme kendiri secara berterusan.vii. Mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.viii.
Melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai visi dan misi,
berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan dan
berkeperibadian mulia.ix. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan
perguruan sebagai khidmat rujuk dalam bidang keguruan.x.
Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang
pendidik.xi. Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang
dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari.xii. Memahami dan
menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan harian.
5.TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )
i. Tarikh: 15 April 2015ii. Hari: Rabuiii. Masa: 08.00 pagi 4.00
Petangiv. Tempoh Perlaksanaan: 10 jam
6.AKTIVITI PROGRAM YANG DIJALANKAN
i.Fasa 1- Lawatan Benchmarking ke Sekolah Guru Cemerlang-
Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang Inovasi pedagogi Guru
Cemerlang Amalan PdP Guru Cemerlang Ciri-ciri Profesionalisme dan
komitmen Guru Cemerlangii.Fasa 2- Bengkel Guru Inovatif- Bengkel 1
: Bengkel Kecemerlangan Pendidikan
7.TEMPAT
Tempat perlaksanaan Program BIG akan diadakan di Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling,Kedah.
8.PESERTA KURSUSBerikut adalah bilangan peserta kursus yang
terlibat dalam Program BIG
i. Peserta Lelaki: 9 orangii. Peserta Perempuan: 17 orang iii.
Jumlah Peserta: 26 orang
9.MENTOR TERLIBAT
i. En. Mohd Nazdri Bin Mohd Akhir Mentor Pendidikan Islam 2
10.JAWATANKUASA INDUK
Penaung: Tn Hj Mustafa bin Ahmad Pengarah IPG Kampus Darul Aman
Tn. Hj. Hashm Bin Asman Timbalan Pengarah IPG Kampus Darul
AmanPenasihat: En. Mohd. Nadzri Bin Khair @ Mat Akhir (Penyelaras
PPG (Pendidikan Islam)Pengerusi : . Roswira Bin Ramli Naib
Pengerusi : . Mohd Yazid bin Md. ZainSetiuasaha : Zalina Bt.
IsmailPen. Setiuasaha : Naimah Bt. Mohamad JaperiBendahari: Nor
Mazidah bt. Che LopAhli Jawatankuasa: Mat Rodzi bin Said Azha Bin
Daud
JAWATANKUASA KERJA :
Pengerusi MajlisNooraliza Bt AliKerohanian / Bacaan DoaMohd
Muslim Bin Othman
DokumentasiRohaya Bt. MehatUmar Bin SaidTempahan BannerFauziah
Bt. Saad Zarina Bt. Awang Kechik
CenderahatiTahirah Bt. Abd. RahmanNorhayati Bt. Abu Hussin @
Hashim
Jamuan Salmah Bt. Ismail Mashitah Bt. Mohamad
Pencatat Minit MesyuaratKasirah Bt. Hassan Saridah Bt. Harun
BrosurZarina Bt. Awang Kecik Mohd. Ghafri Bin Putih
AJK Penggubal SoalanShakirah bt ismailNaimah Bt Japeri
AJK PendaftaranHasniyah Bt. Hj Abd RahimSaridah Bt. Harun
AJK Jurufoto / videoRoswira Bin RamliUmar Bin Said
Bidang Tugas
AJK Pendaftaran
Bidang tugas Menyediakan tempat pendaftaran di kantin sekolah
Menyediakan borang pendaftaran rakan sekelas
AJK Kebajikan dan Keselamatan
Bidang Tugas Memastikan kawasan selamat sebelum dan selepas
program dijalankan. Menjaga kebajikan semuaguru pelatih ketika
program dijalankan.
AJK P.A. Sistem dan Teknikal
Bidang Tugas-Memastikan peralatan siaraya dalam keadaan baik.
-Menyimpan peralatan PA selepas selesai digunakan.
AJK Bacaan Doa
Bidang Tugas Membaca doa untuk melancar dan memohon kesempurnaan
majlis
AJK Pengacara Majlis
Bidang Tugas-Menyediakan teks sebagai pengacara majlis-Mengacara
majlis bagi Program fasa 1 dan fasa 2
AJK Jurufoto / video
Bidang Tugas-Mengambil gambar yang difikirkan perlu semasa
program fasa 1 dan 2 berlangsung-Memasukan gambar kedalam komputer
dan membina folder gambar selepas gambar diambil-Menyerahkan folder
gambar yang diambil kepada AJK Dokumentasi dan semua rakan PPG pada
hari tersebut juga.-Mengambil rakaman video sepanjang perjalanan
program fasa 1 dan 2 berlangsung-Menyerahkan video yang telah
diedit kepada AJK Dokumentasi untuk menjadi dokumentasi
kumpulan.-Menyerahkan rakaman video asal kepada semua rakan PPG
AJK Hadiah dan Cenderahati
Bidang Tugas-Menyedikan Cenderahati penghargaan kepada Pengetua
SMK Sik, Penceramah Bengkel, Jurulatih BIG dan Mentor-Menyediakan
cenderahati kepada guru pelatih PPG yang terlibat
AJK Dokumentasi
Bidang Tugas-Menyediakan laporan sepanjang program bagi fasa 1
dan 2 berlangsung-Ketua menyusun tugasan dokumentasi untuk
menghasilkan a. Laporan bergambarb. Reflektif program fasa 1
c.Reflektif program fasa 2d.Refleksi dapatan kelemahan dan kekuatan
untuk kumpulan.e. Menyediakan folio untuk dihantar.
AJK Brosur/Buku Program
Bidang Tugas-Menyediakan Pamplet Program-Mencetak Pamplet
AJK PendaftaranBidang tugas Menyediakan tempat pendaftaran
Menyediakan borang pendaftaran rakan sekelas
AJK Penggubal Soalan
Bidang Tugas Memikir serta menyenaraikan soalan yang difikirkan
sesuai utk diajukan kepada Guru Cemerlang semasa interaksi
profesional
AJK Bacaan Doa
Bidang Tugas Membaca doa untuk melancar dan memohon kesempurnaan
majlis
AJK Pengacara Majlis
Bidang Tugas-Menyediakan teks sebagai pengacara majlis-Mengacara
majlis bagi Program fasa 1 dan fasa 2
AJK Cenderahati
Bidang Tugas-Menyedikan Cenderahati penghargaan kepada Guru
Besar SK Kuala Pegang, Penceramah Bengkel, Jurulatih BIG dan
Mentor
AJK Jamuan-Menyenaraikan menu sarapan pagi dan makan tengahari
yang difikirkan sesuai untuk program.-Memastikan makanan disediakan
mengikut masa yang ditetapkan untuk program
AJK Pelaporan
Bidang Tugas-Menyediakan laporan sepanjang program bagi fasa 1
dan 2 berlangsung-Ketua menyusun tugasan dokumentasi untuk
menghasilkan a. Laporan bergambarb. Reflektif program fasa 1
c.Reflektif program fasa 2d.Refleksi dapatan kelemahan dan kekuatan
untuk kumpulan.e. Menyediakan folio untuk dihantar.
12.ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Punca pendapatan Program BIG ini adalah daripada kutipan
yuran guru IPG. Setiap guru IPG menyumbang RM 20.00 x 25:RM 500.00
Jumlah:RM 500.00
b. Sekiranya wang kutipan tidak mencukupi, wang daripada tabung
kelas akan dikeluarkan bagi menampung
perbelanjaan.BILPERKARANILAI
1.Hadiah kepada pihak sekolah
RM50.00
2.Cenderahati pensyarah, GC, Sekolah SKKP
RM150.00
3.Sarapan pagi (RM 1.50 x 25 orang)
RM37.50
4. Makan tengahari (RM5.00 x 25 orang)
RM 125.00
JUMLAHRM 362.50
13.PERALATANi. P.A. Sistemii. Laptopiii. LCD projektoriv.
Kamerav. Video Kameravi. Microfon
14.PENGANGKUTANSemua peserta menggunakan kenderaan sendiri untuk
ke Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah untuk
melaksanakan Program BIG Peringkat 4 Fasa 6.
15.TENTATIF PROGRAMMasaPerkara
6.00pagi-Bertolak dari destinasi masing-masing ke Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang, 09110Baling, Kedah
8.00pagi-Berkumpuldikantin untuk tujuan pendaftaran-Minumpagi-
Mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi Program BIG 6
8.30 pagi
Sesi 1Interaksi Profesional bersama Guru Cemerlang
9.30pagi-Memantau amalan PdP Guru Cemerlang- Pengurusan fail -
Program yang dijalankan
11.30 pagiSesi 2- BengkelKecemerlangan Pendidikan
1.30petang-Majlisperasmianpenutup- Pemberian cenderamata kepada
pihak sekolah
2.00petang-Makantengah hari- Solat Zuhur
2.30petang- Bengkel Refleksi keseluruhan BIG Fasa 1 hingga Fasa
6
3.30 petangRefleksi KendiriBertolakpulangkerumah
masing-masing
14.PENUTUPSemoga Program ini dapat dijayakan dengan
sebaik-baiknya dan memberi impak kepada peserta. Adalah menjadi
harapan agar program ini mencapai objektif dalam usaha membentuk
profesionalisme guru seterusnya merealisasikan Bina Insan Guru pada
kali ini, Insya Allah.
DISEDIAKAN OLEH,
.............................................................(
PN ZALINA BT ISMAIL )AJK Kertas Kerja Program BIG Fasa ViPPG PI
Kump 2 Semester 8IPGM Darul AmanDISEMAK OLEH,
..............................................................(ROSWIRA
BIN RAMLI)Pengerusi Program BIG Fasa ViPPG PI Kump 2 Semester 8IPGM
Darul Aman
Disahkan oleh,
.......................................................................(EN
MOHD NAZDRI BIN MOHD AKHIR)Pensyarah Pembimbing Program BIG Fasa
VIIPGM kampus darul Aman
LAPORAN BIG FASA 6
1. PENGENALAN PROGRAM
1.1. PENGENALANProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu
program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi memenuhi syarat mendapat
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah
komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP Pendidikan
Khas/ Bahasa Melayu Semester 6, melalui penyertaan dan penglibatan
guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai
hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program
tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang
berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi
asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan
negara bangsa.Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan
kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia.
Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi
yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat.
Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau
intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu
kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di
samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu,
pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan
pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan
ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam
mengharungi cabaran di era globalisasi.
2. MATLAMAT PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANGMatlamat Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa VI/ 2012 ini ialah bagi memupuk
kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan.
Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan
lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah,
iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum
di sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi
kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja
sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.3. OBJEKTIF PROGRAM
PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Setelah tamat program ini, peserta diharapkan akan dapat
mencapat objektif berikut :3.1. Membina kemahiran berfikir aras
tinggi dalam menganalisis masalahdan situasi untuk membuat
keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya
berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan.
3.2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti.
3.3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi
dalam kepelbagaian budaya.
3.4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai,
etika dan akhlak keguruan.
3.5. Merancang, melaksanan, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
4. MATLAMAT BENGKEL GURU INOVATIFProgram ini diharap dapat
membantu guru-guru pelatih memahami bentuk-bentuk pengurusan
cemerlang. Selain itu, program ini juga dapat membantu guru-guru
pelatih memahami dan menghayati kerja cemerlang dan dapat
diaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.
5. OBJEKTIF BENGKEL GURU INOVATIF
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru pelatih
PISMP diharapkan dapat :
5.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
5.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi
serta memiliki ketahanan fizikal dan mental yang teguh.
5.3. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai
seorang pendidik.
5.4. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan
mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek
kehidupan.
6. LAPORAN REFLEKTIF
LAPORAN PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANGSEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA PEGANG, ALOR SETAR, KEDAH.
SEBELUMSebelum program tersebut dilaksanakan, terlebih dahulu
kami membincangkan masalah-masalah yang dihadapi serta memikirkan
jalan penyelesaian bagi setiap masalah tersebut melalui Whatsapp
sahaja disebabkan kekangan masa yang dihadapi untuk berjumpa bagi
mengadakan mesyuarat.
SEMASA
Pada 15 April 2015 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Ahad,
seramai 26 orang pelatih guru daripada Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman telah menjalankan Lawatan Penanda Aras bagi Guru
Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah.
Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba di SK Sungai Korok Lama
pada jam 9.00 pagi. Kami disambut mesra oleh beberapa orang guru
Pendidikan Khas. Mereka begitu ramah dan juga bersopan santun. Kami
berasa sungguh bertuah kerana mereka sudi menerima kunjungan besar
daripada kami tiga kumpulan ini. Terdapat dua orang guru perempuan,
dua orang guru lelaki dan juga Pengerusi PKG Telok Kechai, Alor
Setar, Kedah. Kemudian, kami kedatangan kami dilau-alukan oleh Puan
Norzaini selaku pengerusi majlis bagi program inimalah kami
dipersembahkan pula dengan persembahan nyanyian nasyid oleh
anak-anak khas yang disayangi iaitu lagu yang berjudul Umiku
Sayang. Kami berasa sangat teruja kerana apabila kami menghayati
lagu yang dipersembahkan tersebut, kami dapati liriknya begitu
bermakna dan kanak-kanak khas ini mempunyai bakat dalam nyanyian.
Sebutan dan intonasi nyanyian mereka sungguh baik dan tidak
menunjukkan sedikit pun bahawa mereka itu mempunyai kekurangan.
Seramai 6 murid khas yang membuat persembahan nyanyian bagi
menyambut kedatangan kami ke sekolah tersebut. Kemudian, kami
disajikan dengan beberapa sedutan aktiviti Pendidikan Khas Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang sepanjang tahun 2012. Sungguh mengagumkan
bahawa kanak-kanak khas ini telah pun menyeberangi ke Kepulauan
Borneo iaitu Negeri di Bawah Bayu, Negeri Sabah. Para waris juga
dijemput untuk memeriahkan lagi lawatan selama enam hari di sana.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012.
Jangan sangkakan kanak-kanak khas tidak boleh menjaga diri, malah
mereka lebih bijak mengatur langkah keselamatan kerana sikap mereka
yang begitu takut dan risau akan persekitaran baharu yang mereka
belum fasih lagi. Antara aktiviti yang mereka telah jalankan ialah
berkebun, terapi boling, terapi berkuda, terapi renang, perkhemahan
pengakap, projek kemahiran memasak, Program Mutiara Kasih, Program
Permata Hati serta rekreasi sosial di Cameron Highlands.
Setelah selesai sedutan slaid persembahan yang dipersembahkan
sebentar tadi, Puan Norzaini menjemput Encik Mohamad Kasran selaku
guru Kanan Pendidikan Khas sekolah tersebut untuk memberikan ucapan
aluan. Encik Mohamad Kasran atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu
Mad telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami kerana sudi
memilih sekolah mereka sebagai tempat kami menjalankan program BIG
pada semester ini. Selain itu, beliau juga berasa terkejut kerana
pada awalnya beliau hanya dimaklumkan hanya satu kelas sahaja yang
akan datang tetapi pada beberapa hari sebelum program tersebut
dijalankan, beliua dimaklumkan oleh pengerusi program bahawa
terdapat tiga kelas yang akan datang pada hari Ahad tersebut. Walau
bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa perkara tersebut tidak
menjadi masalah bagi mereka kerana setiap masalah pasti mempunyai
jalan penyelesaian masing-masing.
Seterusnya ucapan daripada pengerusi program BIG pada kali ini
iaitu Muhamad Asyraf Bin Ludin telah merakamkan jutaan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana sanggup menerima kedatangan kami yang
ramai ini. Beliau mengatakan bahawa kami ketahui sedikit sebanyak
tentang selok belok sekolah tersebut kerana setiausaha program BIG
ini yang telah memperkenalkan sekolah ini kepada kami. Sepanjang
pemerhatian kami di sekolah ini, kami dapati sekolah ini dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan. Hal ini memandangkan Pusat Kegiatan Guru
(PKG) Telok Kechai berada di dalam kawasan sekolah tersebut. Malah,
sekolah ini juga telah beberapa kali telah melakarkan sejarah yang
mengharumkan nama sekolah dan warga sekolah itu sendiri. Memang
tidak di sangkal lagi bahawa dengan adanya kerjasama daripada pihak
pentadbiran sekolah dengan guru-guru sekolah mampu melahirkan
anak-anak didik yang berjaya dalam waktu yang terdekat atau pada
masa hadapan. Terdapat banyak keluarga yang menaruh harapan tinggi
terhadap guru-guru di sekolah ini dengan harapan anak-anak mereka
dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dan mampu menjadi insan yang
berguna kepada negara suatu hari nanti.
Setelah selesai Muhamad Asyraf memberikan ucapan, Puan Norzaini
menjemput Encik Noor Azhar Bin Ahmad iaitu guru cemerlang
Pendidikan Khas atau lebih khusus dalam bidang kokurikulum
Pendidikan Khas bagi menyampaikan slot ceramah bagi sesi pertama.
Beliau menyediakan slot ceramah yang berkaitan dengan Amalan
Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dan kaedah
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran). Kecemerlangan
beliau terserlah dengan penyediaan salaid perbentangan yang begitu
lengkap dan sangat bermakna kepada pelatih-pelatih guru. Beliau
juga menceritakan perihal kejayaan yang telah membuka ruang atau
jalan kepadanya untuk menerima anugerah Guru Cemerlang. Antara
kejayaan yang beliau telah lakarkan sepanjang berkhidmat di sekolah
ini ialah melatih murid-murid khas dalam sukan olahraga mewakili
negeri Kedah. Antara murid-murid khas yang dilatihnya ialah murid
yang mengalami masalah Celebral Palsy. Hal ini kerana menurut
beliau, jika benar kanak-kanak istimewa ini mempunyai bakat yang
luar biasa, apa salahnya jika kita menggilap bakat tersebut hingga
dapat membantu kehidupan murid itu sendiri. Bagi murid khas yang
bernama Ismadi yang mewakili negeri Kedah bagi acara padang, lontar
peluru mendapat insentif sebanyak RM 80,000.00 dalam masa setahun.
Namun, Encik Noor Azhar berasa sedikit terkilan dengan sikap ahli
Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengambil kesempatan ke atas
kebolehan kanak-kanak ini. Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia,
seharusnya akur dengan tindakan pihak atasan yang lebih berkuasa
daripada pihak bawahan.
Selain itu, Encik Noor Azhar juga menyatakan bahawa jika
seseorang guru itu ingin memastikan bahawa anak murid mereka dapat
menerima serta mengingati apa yang telah dipelajari seharusnya guru
tersebut fleksibel dengan keadaan murid. Guru boleh mengubah
rancangan pengajaran pada hari tersebut jika didapati murid-murid
mengalami masalah di luar jangkaan. Hal ini kerana guru mengajar
murid-murid khas ini supaya mereka dapat mengurus diri sebagai
contoh, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perkhemahan yang
melibatkan aktiviti murid untuk menyiang ikan, ayam serta sayur.
Malahan, guru juga harus melihat latar belakang murid itu bagaimana
agar guru dapat mengatur pendekatan, strategi, kaedah serta teknik
pengajaran yang tepat bagi setiap orang murid. Penyediaan rancangan
pengajaran individu (RPI) juga memainkan peranan penting dalam
memastikan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Selain itu,
hubungan antara guru juga perlu akrab dan mantap supaya dapat
membina satu kumpulan yang kuat bagi mengadakan sesuatu aktiviti.
Sebagai contoh, program rekreasi awam ke Sabah banyak menelan
perbelanjaan namun dengan berkat usaha guru-guru mencari penaja
akhirnya murid-murid khas berjaya diterbangkan ke Sabah dan
mengutip sebanyak mungkin pengalaman sepanjang berada di sana enam
hari, lima malam. Menurut Encik Noor Azhar, pada tahun ini
murid-murid khas daripada sekolah ini akan mewakili negeri Kedah ke
Kuantan bagi acara renang paralimpik. Walaupun pihak media kurang
memberi penekanan kepada sukan paralimpik tetapi sukan ini mampu
memberi saingan hebat kepada sukan normal di Malaysia ini kerana
kanak-kanak khas juga mempunyai semangat sukan yang jitu seperti
kanak-kanak normal yang lain. Encik Noor Azhar juga pernah menjadi
jurulatih bagi sukan Futsal pada tahun 2001 bagi kanak-kanak
normal.
Setelah tamat sesi ceramah tentang Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran oleh Encik Noor Azhar, Puan Norzaini pula berkongsi
sedikit pengalaman pengajarannya kepada kami. Beliau memberi rahsia
untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan
cepat dan berkesan kepada murid-murid khas. Kami sangat teruja
apabila mendengar pengalaman beliau dan kami membuat catatan supaya
kami dapat mempraktikkan cara tersebut pada masa akan datang.
Antara buku yang beliau gunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
ialah buku Bacalah Sayang manakala bagi pengajaran Bahasa Inggeris
pula ialah buku Ladybird. Kemudian, Puan Norzaini menjemput kami
menikmati jamuan pagi yang telah disediakan di luar bilik mesyuarat
PKG.
Setelah tamat 30 minit waktu rehat, kami masuk kembali ke dalam
bilik mesyuarat PKG bagi slot yang seterusnya. Slot yang seterusnya
ialah lawatan ke kelas. Kelas Pendidikan Khas ini dibahagikan
kepada beberapa stesen matapelajaran memandangkan dua blok bangunan
telah diperuntukkan bagi Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah
ini. Antara stesen matapaelajaran yang ada ialah stesen Bahasa
Inggeris/Kemahiran Manipulatif, stesen Pendidikan Islam/Sains,
stesen Bahasa Melayu/Matematik dan stesen Pengurusan Diri/Kemahiran
Hidup/Tingkah Laku. Setiap stesen ini dibekalkan dengan kemudahan
televisyen dan pemancar LCD.
Setelah tamat sesi lawatan kelas, kami masuk semula ke dalam
bilik mesyuarat untuk slot yang terakhir. Slot ini memerlukan kami
menemuramah seorang murid Pendidikan Khas bagi mendapatkan maklumat
yang tertera pada kertas yang telah diedarkan sebentar tadi. Sesi
temubual ini dijalankan secara berpasangan. Setiap pasangan akan
diberikan satu nama murid dan pasangan tersebut haruslah mencari
murid berkenaan. Sesi temubual ini diberi masa selama 20 minit.
Setelah selesai temubual murid tersebut, kami bergerak ke dewan
besar untuk aktiviti music chair dan tiup warna atas kertas
menggunakan straw. Aktiviti ini diakhiri dengan sesi bergambar
bersama-sama guru Pendidikan Khas, Pensyarah dan staf Unit Gerko,
Pelatih-pelatih guru dan murid-murid Pendidikan Khas. Kemudian,
sesi terakhir ialah upacara penyampaian cenderahati daripada IPG
Kampus Darulaman kepada pihak sekolah serta daripada pihak sekolah
kepada pelatih guru IPG Kampus Darulaman. Sebelum program ini
tamat, Guru Besar SK Sungai Korok Lama iaitu Puan Norlia telah
memberi ucapan sekaligus merasmikan upacara penutup program BIG
siri 6 ini dengan jayanya.
SELEPASSelepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat
post-mortem bagi meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu
program dilaksanakan. Selain itu, setiap AJK harus membentangkan
hasilakan atau kerja yang telah mereka laksanakan sebelum dan
semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki membuat laporan
secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program ini dan
menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan
penambahbaikan bagi setiap masalah yang timbul.
LAPORAN BENGKEL INOVASI GURUBERTEMPAT DI IPG KAMPUS DARULAMAN,
JITRA, KEDAH.
SEBELUM
Sebelum memulakan sesuatu program dilaksanakan, setiap pelajar
harus menghadiri perjumpaan kali pertama bagi memilih ahli
jawatankuasa yang bertanggungjawab mengurus serta mengagihkan
tugas-tugas tertentu kepada anak-anak buah masing-masing. Pengerusi
bagi Bengkel Guru Inovatif kali ini ialah Muhammad Nazrin Bin
Sulaiman pelajar PISMP Matematik, naib pengerusi ialah Fadilah
Binti Mohd Puad pelajar PISMP Pemulihan Bahasa Melayu, setiausaha
ialah Maslianna Bte Mohd Zainol pelajar PISMP Pendidikan Jasmani,
naib setiausaha ialah Prem Sukcharean A/L Kim Chee pelajar PISMP
Sains dan bendahari ialah Afaf Hilyani Binti Munajar pelajar PISMP
Pendidikan Islam. Mereka ialah AJK tertinggi bagi Program Bengkel
Guru Inovatif bagi BIG Siri 6 ini. Setiap pelajar PISMP Semester 6
telah dikutip wang sebanyak RM 10.00 bagi menampung perbelanjaan
untuk makanan. Setiap pelajar yang dilantik sebagai AJK kecil harus
menjalankan tugas masing-masing agar dapat memastikan kelancaran
program tersebut pada hari pelaksanaannya.
SEMASA
Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, semua pelajar PISMP Semester 6
Ambilan Januari 2010 telah terlibat secara langsung dengan Program
Bina Insan Guru iaitu Bengkel Guru Inovatif Inovasi Guru dalam
Transformasi Pendidikan. Bengkel ini bermula pada jam 2.00 petang.
Kami diminta untuk hadir ke Dewan Zaba, IPG Kampus Darulaman pada
jam 1.45 petang. Ketika kami hadir ke dewan, penceramah jemputan
sudahpun berada di dalam dewan. Hal ini menunjukkan bahawa
penceramah tersebut merupakan seorang yang sangat komited terhadap
tugas yang telah diberikan. Meor Fakrullah selaku pengacara majlis
bagi bengkel petang ini telah membuat ucapan selamat datang kepada
beliau dan membacakan sedikit sebanyak sejarah mengenai Tuan Haji
Rodzli Bin Haji Hashim. Kemudian, bacaan doa dinaungi oleh Muhammad
Anwari. Setelah tamat bacaan doa, Meor Fakrullah menjemput Tuan
Haji Rodzli untuk memulakan seminar ini dengan jayanya.
Tajuk seminar pada hari ini ialah Inovasi Guru dalam
Transformasi Pendidikan. Guru dan inovasi tidak dapat dipisahkan.
Hal ini kerana bertepatan dengan definisi inovasi yang bermaksud
kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan
inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi
apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara
bekerja mahupun pengenalan teknologi. Transformasi pula membawa
maksud perubahan. Kedua-dua perkataan ini memainkan peranan penting
dalam sebuah kehidupan seseorang pendidik. Hal ini kerana bidang
ini sendiri yang memerlukan perubahan. Adakah kita hanya perlu
berpeluk tubuh dan membiarkan bidang pendidikan dalam takuk yang
lama? Tepuk dada, tanya selera.
Tuan Haji Rodzli Bin Haji Hashim telah menyediakan slaid
persembahan yang sangat menarik dan memberi manfaat kepada setiap
pelajar. Antara pengisian yang telah beliau sampaikan pada petang
tersebut ialah berkaitan dengan bagaimana guru dapat menyediakan
diri sebagai guru yang inovatif, persediaan kemahiran, amslsn
kreativiti dan inovasi P&P, pengalamian inovasi P&P serta
strategi meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Terdapat
unsur-unsur kecindan dalam penyampaia ceramah beliau pada petang
tersebut. Jadinya, setiap pelajar tidak berasa tertekan pada petang
itu. Sesungguhnya, Tuan Haji Rodzli merupakan seorang pendidik yang
berjaya kerana beliau telah banyak mengarang buku ilmiah, buku
cerpen dan pelbagai bahan penulisan yang lain. Walaupun beliau
mahir dalam bidang Geografi tetapi ilmu beliau lebih menyeluruh
kepada pelbagai aspek. Kami juga didedahkan bagaimana untuk
mengawal murid terutamanya murid-murid Tahap Satu yang mana umur
mereka sekitar tujuh hingga sembilan tahun. Oleh itu, guru tersebut
harus merendahkan cara komunikasi supaya boleh difahami oleh
murid-murid. Bukannya merendahkan mentaliti hingga murid-murid
berjaya memanipulasi guru, bahkan guru tersebut harus bijak
memanipulasikan keadaan atau situasi.
Menurut Tuan Haji Rodzli, seseorang guru itu seharusnya membuat
persediaan pengetahuan mengenai teori pengajaran, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran. Sememangnya keempat-empat perkara ini
telah dipelajari sepanjang pembelajaran di IPG Kampus Darulaman,
tetapi beliau telah mengatakan bahawa beliau sering menggunakan
pendekatan realistik yang mana mementingkan gambar dua dimensi
(2D), bahan maujud (3D) atau ke lapangan. Murid-murid pasti akan
tertarik dengan pengajaran guru. Namun demikian, bagi memastikan
lagi bahawa murid-murid akan terus memberi tumpuan terhadap
pengajaran kita, guru harus bijak meyampaikan maklumat kepada
murid-murid. Hal ini kerana yang akan membezakan seseorang pendidik
itu ialah gaya serta cara penyampaian maklumat kepada murid-murid.
Itulah yang dinamakan inovasi serta transformasi.
Tuan Haji Rodzli juga mengatakan bahawa aspek terpenting dalam
P&P ialah sebelum waktu P&P bermula. Hal ini kerana
pelbagai tugas yang harus dilakukan sebelum memulakan sesuatu
pengajaran. Antaranya ialah membeli barang atau peralatan yang
harus digunakan untuk memasak jika ingin jalankan pengajaran
masakan, alat pengiraan untuk subjek matematik dan pelbagai lagi.
Oleh itu, guru haru membuat persediaan sekurang-kurangnya sehari
sebelum memulakan pengajaran. Selain itu, Tuan Haji Rodzli juga
menekankan perihal ketrampilan guru. Antara perkara yang dikatakan
ketrampilan guru ialah kecekapan ICT, menyediakan bahan pengajaran,
amalan kerja yang terancang dan dokumentasi kerja. Sejajar dengan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mementingkan
penggunaan ICT dalam setiap pengajaran. ICT bermaksud (information
and communication technology) ataupun dikenali sebagai teknologi
maklumat dan komunikasi adalah teknologi yang dapat menjimatkan
masa untuk mengambil, memindahkan, menganalisis, menyimpan dan
menyampaikan data menjadi sesuatu maklumat.Maklumat pada asasnya
bermaksud data yang mana dengan kehadiran proses pembelajaran
menjadikannya pengetahuan. Dengan kata lain proses pembelajaran itu
sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan dan menjadikan
maklumat itu pengetahuan. Kompetensi Celik Maklumat, kesedaran
kepada keperluan kepada maklumat, keupayaan menganalisa maklumat
dan menilai kegunaannya, dan berupaya menggunakan maklumat
berkenaan bagi tujuan pengetahuan adalah penting bagi membolehkan
proses di atas dilaksanakan.
Komunikasi adalah perbuatan berhubungan antara manusia dan
budaya, tapi telah melalui dimensi baru setelah dirangkaikan dengan
terma maklumat dan teknologi.
Teknologi pula bukanlah terhad kepada internet, rangkaian,
CD-ROM, video, TV dan segala yang nampak bersifat teknikal tetapi
terma teknologi maklumat yang merangkumi penggunaan internet dan
rangkaian komunikasi. Bagi dunia pendidikan teknologi maklumat
boleh dibahagikan kepada dua iaitu; Teknologi komputer seperti
modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer, perisian
pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan
persembahan; Perisian telekomunikasi yang menawarkan pendidikan
jarak jauh, penyebaran sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen
video, papan buletin dan chatting. Seterusnya, jika ingin menjadi
guru yang cemerlang, guru tersebut harus mengaktifkan panitia dan
persatuan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan
kuiz, puisi, mengarang, melukis, penerbitan panitia seperti buletin
bulanan atau mingguan, bilik/ sudut/ koridor mata pelajaran serta
program peningkatan prestasi.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadi guru yang cemerlang.
Pertamanya ialah keyakinan. Sebagai seorang guru, seharus mempunyai
keyakinan untuk memberi,mengubah,membentuk, mengasuh serta mendidik
pelajar mengikut apa yang seperti yang di dasarkan oleh Pendidikan
Semasa. Kedua, kesabaran.Kesabaran adalah sifat terpenting dalam
mendidik pelajar. Oleh kerana perkembangan dan persekitaran pelajar
yang pelbagai memungkinkan pelajar membesar dengan pelbagai cara
dan untuk satukan semua dalam institusi pendidikan harusnya
memiliki kesabaran yang mantap. Ketiga, penyayang.Apabila menyebut
tentang penyayang, tentukan kita tentang kasih dan melindungi.
Mengasihi mereka dengan perasaan sayang yang jujur dan ikhlas akan
dapat mendidik akal dan hati kita untuk memuliakan pelajar dan
memimpin mereka ke jalan yang dikhendaki. Keempat, memahami.
Fleksibel dalam pengajaran, dengan tujuan supaya pelajar merasa
kesamarataan dalam mendapat perhatian. Pelajar akan lebih
terangsang sekiranya mereka merasakan guru dapat memahami dan
memenuhi kehendak mereka. Kelima ialah bijaksana. Guru yang bijak
akan dapat melontarkan idea yang dapat difahami oleh semua murid
dalam kelasnya. Pengalaman dan pembacaan selalunya dapat membantu
guru bijak menguruskan idea dalam bilik darjah. Keenam, berdedikasi
Memandang sama kepada pelajar dan tidak mengkastakan
pelajar.pelajar miskin atau kaya, atau baik atau nakal tidak di
jurangkan sewaktu pengajaran di jalankan. Ketujuh ialah pelindung.
Guru yang baik dapat memberikan perlindungan emosi, penyemarakkan
potensi dan idea pelajar. Tak semua pelajar yang sentiasa positif
dan berada dalam keadaan yang stabil.Dalam situasi ini guru yang
berkualiti dapat mamantau dan menghilangkan emosi negatif agar
pelajarnya merasa gembira dan ceria.
Seterusnya ialah kesungguhan. Kesungguhan dalam membantu pelajar
tanpa mengira waktu ,masa dan penatlelah.mendahulukan pelajar
sewaktu waktu persekolahan dan sentiasa mencari idea untuk membaiki
prestasi pelajar terutamanya kepada pelajar yang lemah. Selain itu,
guru juga boleh membanggakan pelajar. Memberi penghargaan kepada
pelajar, sama ada dengan ucapan atau material akan dapat membentuk
sikap untuk maju di kalangan pelajar.meraka akan berlumba-lumba
dalam pelajaran atau kokurikulum untuk mendapat pujian dan sokongan
dari guru atau rakan. Tambahan pula, guru perlu cakna dan terkini.
Kecaknaan terhadap murid dalam pengajaran atau kehidupan semasa
perlu untuk guru kerana ini dapat memberikan input jangka panjang
kepada pelajar dalam membentuk cita-cita dan niat yang kuat. Guru
yang berkualiti sentiasa dapat memberikan contoh kebanggaan semasa
supaya pelajar merasakan mereka juga mampu untuk menjadi seperti
yang dibanggakan masyarakat.
Sebelum menamatkan sesi ceramah pada petang itu, Tuan Haji
Rodzli telah menyediakan lima soalan yang harus kami bincangkan
ketika sesi Perbentangan Kumpulan. Kelima-lima soalan itu berkaitan
dengan slaid perbentangan yang telah beliau sampaikan sebentar
tadi. Oleh itu, kami harus bergerak dalam kumpulan masing-masing
dan membuat perbincangan tentang salah satu soalan yang telah ketua
kumpulan cabutkan terlebih dahulu.
Kesimpulan yang Tuan Haji Rodzli simpulkan sebentar tadi, beliau
menegaskan bahawa setiap guru harus bersifat inovatif dalam
pengajaran agar murid-murid tidak akan berasa bosan dengan corak
penyampaian ilmu guru. Seperti beliau, beliau menggunakan
pendekatan realistik yang mana melibatkan sedutan-sedutan video
dari cerita-cerita di televisyen. Hal ini kerana sedutan-sedutan
video inilah yang akan menarik minat serta mencuri tumpuan
murid-murid terhadap pengajaran seseorang guru.
SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat
post-mortem bagi meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu
program dilaksanakan. Selain itu, setiap AJK harus membentangkan
hasilakan atau kerja yang telah mereka laksanakan sebelum dan
semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki membuat laporan
secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program ini dan
menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan
penambahbaikan bagi setiap masalah yang timbul.
7. REFLEKSI KENDIRI
REFLEKSI PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANGSyukur Alhamdulillah
akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Tanpa
hadrat dan inayah daripada-Nya, tidak mungkin saya berjaya
menyiapkan tugasan ini bertepatan dengan kehendak pensyarah
pembimbing. Menerusi laporan Program Penanda Aras Guru Cemerlang
Bagi BIG semester 6 ini yakni BIG yang terakhir bagi pelajar PISMP
Ambilan Januari 2010, saya dapati saya mengkaji dengan lebih
mendalam mengenai pengurusan sekolah, ciri-cri kepimpinan seorang
guru harus ada, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur dan
infostruktur kurikulum sesebuah sekolah. Memandangkan kami telah
memilih Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang sebagai lawatan penanda
aras bagi guru cemerlang kali ini, kami berharap kami mendapat
pelbagai maklumat mengenai guru tersebut kerana kami mendengar
khabar bahawa sekolah tersebut memang sebuah sekolah yang cemerlang
dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum. Melalui lawatan ini,
sedikit sebanyak saya memperoleh input-input yang berguna untuk
saya aplikasikan pada masa hadapan kelak. Malah, saya dapat
memantau sendiri bagaimana mereka melaksanakan segala perancangan
yang telah mereka draf pada tahun lepas. Perancangan yang rapi
sangat diperlukan bagi memastikan sesebuah institusi pengajian itu
dapat bergerak dengan lancar serta tanpa masalah. Selain itu, saya
juga diperkenalkan dengan pelbagai program kecemerlangan bagi
memastikan kebajikan serta prestasi murid dapat dikekalkan.
Pelbagai nasihat serta kata-kata hikmah yang dibekalkan kepada kami
sepanjang lawatan kami ke sekolah tersebut. Saya sangat mengagumi
Guru Cemerlang SK Sungai Korok Lama iaitu Encik Noor Azhar Bin
Ahmad kerana ketegasannya dalam memberi arahan, idea yang bernas
dalam mencadangkan sesuatu perkara, sentiasa berfikir ke hadapan
bagi memastikan kecemerlangan milik mereka bersama. Malah beliau
juga telah banyak menyumbang kecemerlangan dan dari hasil titik
peluh beliau, beliau dianugerahkan Anugerah Guru Cemerlang.Saya
sangat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak
sekolah tersebut. Mereka sanggup menunggu kami di hadapan pintu
bilik mesyuarat PKG sekolah semata-mata ingin menjemput kami serta
menyediakan juadah sarapan pagi kepada kami kerana kami datang dari
Jitra. Sesungguhnya mereka menjaga kebajikan kami selain daripada
menjaga kebajikan anak-anak murid mereka. Saya juga tidak menjangka
yang mereka akan menyediakan juadah pada pagi tersebut kerana kami
tidak dimaklumkan terlebih awal. Bak kata Puan Norzaini, juadah itu
hanya sebagai tanda terima kasih kerana sudi membuat Lawatan
Penanda Aras di sekolah mereka. Saya juga sangat kagum dengan
pencapaian yang sekolah tersebut capai sepanjang tahun. Saya akui
bahawa saya pelajari juga cara-cara untuk menguruskan sesebuah
organisasi tetapi cara sebenar untuk mengurus sebuah organisasi
yang melibatkan waris, murid dan sebagainya, saya masih
terkial-kial. Walau bagaimanapun, saya yakin setiap sekolah
mempunyai agenda serta cara yang tersendiri untuk mengurus hal-hal
mereka. Sebagai seorang pelajar dan bakal guru, saya harus
kumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan sekolah, murid
serta waris supaya saya sudah mempunyai bayangan tentang
langkah-langkah untuk saya ambil apabila mula melangkah ke alam
pekerjaan kelak.Kini, saya berasa berbangga dan gembira kerana saya
dapat memahami kesemua perkara tersebut sepanjang proses analisis
maklumat-maklumat untuk dimuatkan dalam laporan serta refleksi ini.
Hal ini kerana sebelum ini, saya hanya didedahkan sedikit sahaja
mengenai pengurusan bilik darjah dan sebagainya oleh para
pensyarah, tidak sedalam yang saya kaji baru-baru ini. Bagi
pendapat saya, sekiranya tidak ada program seumpama ini mungkin
saya tidak akan menimba pengetahuan bak mutiara ini dan saya
mungkin tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu tersebut.Adat
menuntut ilmu di perantauan, saya sentiasa bergerak ke perpustakaan
IPG, berjumpa dengan pensyarah pembimbing serta melakukan sedikit
sesi perbincangan bersama-sama rakan sekelas mengenai perkara yang
terdapat dalam tugasan bagi menghasilkan tugasan yang berilmiah dan
lengkap serta bermanfaat untuk diri sendiri atau orang lain. Saya
bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sanggup melayan
pertanyaan saya yang bertubi-tubi mengenai cara pengurusan, iklim
serta budaya di sekolah dan pelbagai lagi. Hasilnya, saya dapat
melaksanakan proses pembikinan tugasan ini dengan lancar dan baik.
Dengan berbekalkan tunjuk ajar daripada mentor iaitu Encik Hasim
Bin Saari telah memberi tunjuk ajar serta bantuan terhadap proses
pelaksanaan Program Lawatan Penanda Aras ini. Encik Hasim Bin Saari
sentiasa membimbing saya di samping menerapkan nilai-nilai murni
yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya.Melalui
tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal
ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh
dianggap cemerlang, ia memerlukan komitmen yang tinggi serta
pengurusan masa yang cekap. Dengan adanya perbincangan serta
kolaborasi antara pensyarah dapat melatih saya supaya lebih
menghargai masa memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus
saya selesaikan dalam masa yang sama. Namun demikian, saya dapat
jua akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil
tugasan saya.Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak
sempurna namun ada kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri
kita sendiri untuk terokainya, begitu jua dengan hasil tugasan yang
telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah memberi sepenuh
komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap
orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu,
saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di
samping saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu
melalui tugasan berasaskan ilmiah ini. Maklumat sedemikian amat
berguna bagi saya aplikasikan dalam alam kehidupan saya
kelak.KELEMAHANKelemahan yang saya dapat analisis daripada program
ini ialah daripada segi peruntukkan pengangkutan. Saya berasa agak
terkilan sedikit kerana kumpulan kami tidak dibekalkan pengangkutan
bas ke SK Sungai Korok Lama, Alor Setar. Kami bergerak dengan
kenderaan masing-masing. Sebanyak 14 buah kereta berkumpul terlebih
dahulu di IPG Kampus Darulaman sebelum berkonvoi ke SK Sungai Korok
Lama. Namun begitu, ada sebuah kereta yang dipandu oleh Kumpulan PK
2 yang mengalami sedikit kerosakan. Oleh itu, mereka serta beberapa
pelatih lelaki yang menolong mereka di tempat kejadian, tiba lewat
ke sekolah. Tetapi, kelewatan mereka tersebut telah dimaklumkan
kepada pihak sekolah agar pihak sekolah memahami masalah yang
dihadapi oleh pelatih-pelatih guru tersebut.Kelemahan yang
seterusnya ialah berkaitan dengan pengurusan masa. Saya berasa agak
terkilan kerana masih ada rakan-rakan yang hadir lewat ke tempat
yang telah ditetapkan. Malah, pihak yang menjanjikan masa iaitu
meminta semua pelatih berkumpul di IPG Kampus Darulaman pada jam
7.00 pagi juga lewat hadir ke IPG. Oleh itu, kami bergerak ke
sekolah agak lewat dar masa yang dirancangkan. Setelah tiba di
sekolah, guru Pendidikan Khas menanyakan sebab kami lewat sampai ke
sana. Saya berasa agak malu dengan sikap-sikap sesetangah pelajar
yang tidak pandai menjaga nama baik institut. Malahan, air muka
diri sendiri juga harus dijaga supaya tiada persepsi negatif yang
dilemparkan kepada kita. Namun begitu, hingga semester lima masih
ada yang belum berubah. Kelemahan yang seterusnya saya lihat dari
segi persekitaran sekolah yang kami jalankan lawatan tersebut. Saya
ingin menyatakan bahawa setiap stesen mata pelajaran yang
disediakan haruslah lebih menarik dan dapat menarik perhatian
murid-murid serta para pelawat, bukan hanya sediakan bahan bacaan
semata-mata. Malah, ada kawasan yang begitu kosong, kawasan taman
permainan yang tidak terjagaboleh mengakibatkan kemalangan di
kalangan murid-murid dan pihak sekolah tidak memanfaatkan
sepenuhnya ruangan yang terdapat di dalam kawasan sekolah.Kelemahan
yang terakhir pula ialah mengenai bangunan sekolah. Memang saya
tidak menyangkal bahawa sekolah ini terdapat banyak bangunan. Ada
bangunan lama dan baharu. Namun, apa yang saya perhatikan ialah ada
bangunan yang kelihatan sudah tidak cantik. Mungkin pihak sekolah
tiada peruntukkan wang bagi mengecat semula bangunan-bangunan. Ada
juga bangunan yang tidak terjaga dan kelihatan usang. Tiada sudut
membaca di sekitar kawasan sekolah ini. Walhal, sudut ini walaupun
dipandang remeh, tetapi impak atau kesannya terhadap murid sangat
hebat. Dari sudut-sudut inilah yang akan memberi galakan kepada
murid-murid untuk membaca selain menyediakan perpustakaan.
CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa cadangan yang saya ingin cadangkan di sini.
Cadangan pertama, pihak atasan perlu mengambil langkah tegas dalam
memberi arahan kepada para pelajar supaya mereka lebih tepat pada
masa bagi melancarkan semua aktiviti. Hal ini kerana hanya beberapa
orang yang lewat, semua pelajar harus tunggu mereka dan pihak di
sekolah pula harus tunggu ketibaan kami. Pelajar yang datang lewat
tidak mempunyai integriti dalam menunaikan sesuatu
tanggungjawab.
Cadangan yang seterusnya mengenai pengangkutan. Pihak IPG Kampus
Darulaman seharusnya mengambil kira langkah keselamatan para
pelajar sepanjang perjalanan ke sesuatu tempat. Hal ini kerana
ketika pergerakan kami beramai-ramai ke SK Sungai Korok Lama, tiada
pensyarah pengiring yang mengiring pergerakan kami. Alhamdulillah
perjalanan kami pada pagi tersebut selamat walaupun ada sebuah
kereta yang mengalami masalah dan semua pelajar berada dalam
keadaan yang selamat serta baik.
Cadangan yang seterusnya mengenai sekolah tersebut. Saya
cadangkan supaya pihak sekolah adakan sudut permainan bagi setiap
stesen mata pelajaran yang mereka sediakan. Hal ini kerana
sepanjang pemerhatian saya, saya lihat hanya bahan bacaan sahaja
yang mereka sediakan. Memang saya akui bahawa bacaan boleh
menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tetapi dengan permainan,
murid-murid boleh berfikir secara kreatif dan kritis. Perkembangan
kognitif murid-murid lebih tergerak kepada permainan dan
keseronokan. Maka dengan itu, murid-murid tidak akan menjadi bosan
dengan bahan-bahan yang guru sediakan.
Cadangan yang seterusnya mengenai guru cemerlang tersebut. Saya
cadangkan supaya Encik Noor Azhar berkongsi pengalaman beliau
secara terperinci mengenai pengajaran murid-murid khas. Hal ini
kerana setiap pengalaman seseorang tidak serupa. Ada yang lebih
berpengalaman, ada yang kurang berpengalaman. Seperti kami, guru
pelatih Pendidikan Khas yang hanya baru menjalani praktikum pada
semester 5 dan 6 tidak mempunyai banyak pengalaman lagi dalam
bidang keguruan ini. Oleh itu, kami memerlukan cerita pengalaman
daripada guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang
Pendidikan Khas ini supaya kami dapat membuat rujukan pada masa
akan datang dan mengaplikasikannya dalam P&P kelas.
REFLEKSI BENGKEL INOVASI GURU
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini
dengan jayanya. Tanpa hadrat dan inayah daripada-Nya, tidak mungkin
saya berjaya menyiapkan tugasan ini bertepatan dengan kehendak
pensyarah pembimbing. Menerusi Bengkel Inovasi Guru dalam
Transformasi Pendidikan bagi memenuhi piawaian BIG Semester 6 ini,
saya dapati bahawa saya mendapat pelbagai input yang berguna dan
juga baharu. Saya lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan
inovasi oleh guru. Sebelum ini, saya ada juga ketahui serba sedikit
pembaharuan yang sering dijalankan oleh guru-guru memandangkan
kedua ibu bapa saya ialah guru namun saya tidak dapat lagi membuat
apa-apa pembaharuan kerana saya masih belum memahaminya secara
mendalam. Setelah saya menganalisis semua maklumat yang saya dapat,
saya muatkan dalam laporan serta refleksi ini. Cara saya apabila
saya mendapat sesuatu maklumat yang baharu, saya suka mencatat
maklumat tersebut supaya saya tidak lupa akan maklumat-maklumat
tersebut. Oleh itu, saya berasa laporan-laporan yang saya hasilkan
sangat berguna untuk saya aplikasikan setelah saya melangkah kea
lam pekerjaan. Bagi pendapat saya, sekiranya tidak ada program
seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba pengetahuan bak
mutiara ini dan saya mungkin tidak berpeluang untuk mengecapi
nikmat ilmu tersebut.Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa
dengan lebih sistematik. Hal ini kerana bagi saya bagi menghasilkan
satu tugas yang boleh dianggap cemerlang, ia memerlukan komitmen
yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Walaupun saya
mempunyai pelbagai komitmen yang lain, namun demikian, saya dapat
jua akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil
tugasan saya.Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak
sempurna namun ada kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri
kita sendiri untuk terokainya, begitu jua dengan hasil tugasan yang
telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah memberi sepenuh
komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap
orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu,
saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di
samping saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu
melalui tugasan berasaskan ilmiah ini. Maklumat sedemikian amat
berguna bagi saya aplikasikan dalam alam kehidupan saya kelak.
KEKUATANAntara kekuatan yang saya analisis daripada bengkel Guru
Inovatif ini ialah dari segi pengurusan. Saya berasa agak berpuas
hati dengan pengurusan AJK tertinggi kerana pihak penceramah datang
awal, AJK pendaftaran tunggu di pintu utaman dewan serta mengambil
kedatangan para pelajar yang hadir. Brosur juga disediakan kepada
setiap orang dan saya berpuas hati kerana lokasi yang selesa dan
kondusif sesuai untuk mendengar ceramah ilmu di petang
hari.Kekuatan yang seterusnya ialah input-input yang menarik dan
bermanfaat mampu menarik minat para pelajar. Tuan Haji Rodzli tidak
kedekut ilmu serta pengalaman yang telah beliau alami. Kekuatan
yang seterusnya ialah dari aspek penyampaian maklumat oleh Tuan
Haji Rodzli. Cara penyampaiannya sangat menarik dan mengagumkan.
Walaupun beliau sudah menghampiri usia untuk bersara, namun
semangat keguruan dalam dirinya masih muda. Beliau telah mengarang
pelbagai buku terutama bagi subjek Geografi bagi Menengah Rendah,
Menengah Atas dan juga bagi pelajar STPM. Oleh kerana berkat usaha
serta kerajinan beliau, beliau dianugerah Anugerah Guru Cemerlang,
Jurusan Sektor Awam Khas C (JUSA C). Kegigihan beliau telah membuat
saya bangga dan kagum dengan kejayaannya.
KELEMAHANKelemahan yang saya dapat analisis daripada program ini
ialah dari segi pengurusan masa. Masih ada pelajar yang datang
lambat bagi menghadiri program tersebut. Para pelajar yang datang
lambat ini sepatutnya diambil tindakan yang sewajar agar mereka
tidak mengulangi perbuatan itu lagi.Kelemahan yang seterusnya juga
ialah mengenai pengurusan masa. Sepatutnya kami mempunyai
perbentangan kumpulan bagi soalan-soalan yang telah dikemukakan
tetapi oleh kerana kekangan masa, sesi perbentangan kumpulan tidak
dapat dijalankan kerana masa mencemburui kami. Memang saya akui,
saya agak terleka mendengar ceramah beliau kerana beliau
menggunakan pendekatan realistik seperti gambar, muzik, bunyi dan
juga video-video tertentu. Oleh hal demikian, masa untuk beliau
menyampaikan ceramah terlajak hingga memakan masa sesi perbentangan
kumpulan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKANAntara cadangan penambahbaikan yang saya
ingin cadangkan ialah pihak atasan iaitu pihak IPG Kampus Darulaman
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap para pelajar yang hadir
lambat ke tempat ceramah. Hal ini kerana tindakan mereka ini
seperti kebudak-budakan dan akan memalukan nama baik IPG Kampus
Darulaman. Seharusnya warga pelajar menjaga nama baik IPG dan
menunjukkan sikap yang baik terhadap pihak luar agar persepsi orang
luar terhadap pelajar IPG Kampus Darulaman tidak terpesong.Cadangan
yang terakhir pula ialah mengenai tanggungjawab masing-masing dalam
menjalankan tugas. Setiap pelajar perlu peka terhadap tugas
masing-masing. Seharusnya setiap tanggungjawab yang diberi galas
bersama-sama dan bukannya dijalankan seorang diri ataupun diberi
kepada orang lain. Jika hanya mengharapkan pujian semata-mata itu
bermakna kita tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasan tersebut.
Sikap begini seharusnya tidak perlu ada di dalam diri seorang guru.
Kerjasama yang sangat diperlukan dalam menjalankan sesuatu
program.
LAMPIRAN 1SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT
4 FASA 6KURSUS : PPG PENDIDIKAN ISLAM 2 SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2011
MENTOR : EN MOHD NAZDRI BIN MOHD AKHIRBI1NAMANO. K/P
1. ADAM B. IDRIS700910425141
2. AZHA B. DAUD791028115429
3. MAT RODZI B. HAMID580101025111
4. MOHD GHAFRI B. PUTEH700506025553
5. MOHD YAZID B. MD ZAIN @ MOHD581015025507
6. MOHD ZAINI B. KHALILI801015095017
7. ROSWIRA B. RAMLI771126095021
8. UMAR B. SAID570515025951
9. MOHD MUSLIM B. OTHMAN840323025715
10. FAUZIAH BT SAAD6706290253s6
11. HASNIYAH BT HJ ABD RAHIM691006025360
12. KASIRAH BT HASSAN581201025690
13. MASHITAH BT MOHAMMAD750604115224
14. NA'IMAH BT MOHAMAD JAPERI70032808s210
15. NOORALIZA BT ALI660424095108
16. NORHAYATI BT ABU HUSSIN @ HASHIM65031702s286
17. NORMAZIDAH BT CHE LOP670527086246
18. RAISAH BT HAJI AHAMAD690304086132
19. ROHAYA BT MEHAT700521075435
20. SALMAH BT ISMAIL68091307s018
21. SARIDAH BT HARUN710I01116392
22. SHAKIRAH BT ISMAIL661I12025058
23. TAHIRAH BT ABD RAHMAN681017025180
24. ZALINA BT ISMAIL730205025418
25. ZARENA BT AWANG671114025212
26. ZARINA BT AWANG KECHIK700305025452
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAMMasaPerkara
6.00pagi-Bertolak dari destinasi masing-masing ke Sekolah
Kebangsaan Kuala Pegang, 09110 Baling, Kedah
8.00pagi-Berkumpuldikantin untuk tujuan pendaftaran-Minumpagi-
Mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi Program BIG 6
8.30 pagi
Sesi 1Interaksi Profesional bersama Guru Cemerlang
9.30pagi-Memantau amalan PdP Guru Cemerlang- Pengurusan fail -
Program yang dijalankan
11.30 pagiSesi 2- Bengkel Kecemerlangan Pendidikan
1.30petang-Majlisperasmianpenutup- Pemberian cenderamata kepada
pihak sekolah
2.00petang-Makantengah hari- Solat Zuhur
2.30petang- Bengkel Refleksi keseluruhan BIG Fasa 1 hingga Fasa
6
3.30 petangRefleksi KendiriBertolakpulangkerumah
masing-masing
Bina Insan Guru FASA 6 | 23