www.koperasimuslimin.com.m y 1 KERTAS CADANGAN KERJASAMA KERTAS CADANGAN KERJASAMA ANTARA KOPERASI MUSLIMIN, PROPERTIME ANTARA KOPERASI MUSLIMIN, PROPERTIME DENGAN DENGAN YAYASAN MUSLIMIN YAYASAN MUSLIMIN UNTUK UNTUK PROGRAM WAQAF AL-ASR PROGRAM WAQAF AL-ASR
16
Embed
KERTAS CADANGAN KERJASAMA ANTARA KOPERASI MUSLIMIN, PROPERTIME DENGAN YAYASAN MUSLIMIN UNTUK
KERTAS CADANGAN KERJASAMA ANTARA KOPERASI MUSLIMIN, PROPERTIME DENGAN YAYASAN MUSLIMIN UNTUK PROGRAM WAQAF AL-ASR. LATAR BELAKANG. KOPERASI MUSLIMIN ADALAH MERUPAKAN AJEN JUALAN BAGI PRODUK JAM DIGITAL WAKTU SOLAT (AL-ASR) KELUARAN PROPERTIME SDN BHD - PowerPoint PPT Presentation
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
ANTARA KOPERASI MUSLIMIN, PROPERTIME ANTARA KOPERASI MUSLIMIN, PROPERTIME
DENGAN DENGAN
YAYASAN MUSLIMIN YAYASAN MUSLIMIN
UNTUK UNTUK
PROGRAM WAQAF AL-ASRPROGRAM WAQAF AL-ASR
www.koperasimuslimin.com.my 2
LATAR BELAKANGLATAR BELAKANG
1. KOPERASI MUSLIMIN ADALAH MERUPAKAN AJEN JUALAN BAGI PRODUK JAM DIGITAL WAKTU SOLAT (AL-ASR) KELUARAN
PROPERTIME SDN BHD
2. PROPERTIME SDN BHD ADALAH MERUPAKAN SEBUAH SYARIKAT MILIK PENUH BUMIPUTERA YANG BEROPERASI DI KULIM, KEDAH
3. SEMPENA KEHADIRAN RAMADHAN, PIHAK POPERTIME MENCADANGKAN KEPADA KOPERASI AGAR MELAKSANAKAN PROGRAM WAQAF UNTUK DIHADIAHKAN PRODUK AL-ASR INI
KEPADA MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU
4. BAGI MENDAPATKAN SAMBUTAN DARI GOLONGAN KORPORAT, DICADANGKAN KERJASAMA DENGAN YAYASAN MUSLIMIN
MALAYSIA AGAR PENYUMBANG DAPAT PENGECUALIAN CUKAI
www.koperasimuslimin.com.my 3
AL-ASRAL-ASR
Al Asr adalah jam digital yang memaparkan waktu semasa dan waktu-waktu solat setempat secara automatik. Ketepatan waktu solat yang dipaparkan adalah sepertimana yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri /Jabatan Mufti Negeri.
Produk yang dibangun dan dikeluarkan oleh syarikat Propertime Sdn Bhd ini telah berada di pasaran sejak tahun 1997 dan sehingga kini telah digunakan di kebanyakan masjid di seluruh negara.
Namun masih terdapat sebahagian masjid dan kebanyakan surau di negara ini yang masih belum memiliki jam Al-Asr ini. Kekurangan sumber kewangan menjadi penyebab utama untuk memiliki jam Al-Asr.
Oleh itu, Propertime Sdn Bhd mencadangkan satu program wakaf diwujudkan bagi memudahkan masjid dan surau memiliki jam Al-Asr ini.
www.koperasimuslimin.com.my 4
KONSEP WAQAFKONSEP WAQAF
Pengertian Wakaf ialah salah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalil pensyariatan wakaf di dalam menggalakkan umat Islam menyumbangkan hartanya untuk manfaat umat Islam terdapat pada
Firman Allah SWT : Ayat 261 Surah Al-Baqarah. Maksudnya:
“ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa mengkehendakinya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya”;
Menerusi konsep wakaf/sedekah ini, individu atau organisasi dapat membantu pihak pentadbir masjid/surau yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan produk Al Asr ini.
www.koperasimuslimin.com.my 5
OBJEKTIF PROGRAMOBJEKTIF PROGRAM
Menukar sistem paparan analog/manual paparan waktu solat di setiap masjid/surau kepada sistem digital, agar selaras dengan perkembangan terkini
Menyelaraskan waktu solat yang dipaparkan bersumberkan maklumat dari pihak yang berwajib. Ini dapat mengelakkan kekeliruan waktu solat kepada para jemaah, lebih-lebih lagi jika mereka bukanlah orang tempatan.
Memberi peluang kepada individu dan organisasi beramal jariah kepada masyarakat secara lebih berkesan. Pemberian jam digital Al Asr ini tentunya akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh warga masjid/surau (khususnya mua’zin) sebagai rujukan utama penentuan waktu solat.
Mewujudkan semangat ukhwah Islamiah dikalangan individu dan organisasi Islam. Imej institusi masjid /surau seharusnya dipertanggungjawabkan kepada setiap dari kita.
Merapatkan jurang antara pihak korporat, swasta dan individu dengan masyarakat.
www.koperasimuslimin.com.my 6
RASIONALRASIONAL
Dengan adanya kerjasama dengan Yayasan Muslimin, golongan Korporat dan individu yang berada lebih berminat untuk menyumbang berikutan mendapat pelepasan cukai pendapatan
Koperasi yang merupakan sebagai ajen, dapat mempertingkatkan jualan produk tersebut
Dengan kekuatan nama kedua-dua organisasi ini juga, masyarakat lebih percaya dan yakin untuk menyumbangkan derma
Dapat mengeratkan lagi kerjasama diantara kedua-dua organisasi