Top Banner

of 26

Kerja Kursus Titas Terbaru Dan Tercanggih 2011-24 Sept 2011

Jul 15, 2015

Download

Documents

Supiah Pardi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

10 Pengenalan Dalam menjalani kehidupan seharian,kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup.Antaranya ialah perkara yang melibatkan pemakanan yang halal.Ajaran Islam memberi panduan kepada umatnya untuk menjalankan segala aktiviti kehidupan supaya sentiasa berada pada landasan yang tepat serta dibenarkan oleh hukum syarak.Landasan tersebut lebih dikenali sebagai halal dan haram dalam kehidupan khususnya yang melibatkan pemakanan. Makanan adalah keperluan asas manusia.Oleh itu marilah kita bermuhasabah tentang bahan makanan yang telah dan hendak dimakan sama ada halal dan terbaik atau sebaliknya.Sesungguh mencari makanan yang halal adalah suatu tuntutan dalam Islam.Hadis daripada Abi Hurairah Radiallahuanhuma,bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: SesungguhNya Allah SWT itu baik,Dia tidak menerima sesuatu daripada hambaNya melainkan yang baik dan AllahSWT perintahkan (kepada HambaNya) seperti yang diperintahkan kepada rasl-rasulNya. Seterusnya Baginda SAW berfirman dalam surah Al-Baqarah ,ayat 172 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman,makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal)daripada apa yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT,jika kamu benar-benar hanya beribadah kepadaNya. Berdasarkan maksud ayat di atas jelas ajaran Islam menganjurkan kepada kita untuk memilih makanan yang baik dan halal supaya kehidupan kita diberkati dan diredhai oleh Allah Taala.

1

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

20 Hukum Syarak Dalam Pemakanan Ajaran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan hadis menjelaskan tentang hukum syarak dalam pemakanan sebagai panduan kita.Konsep halal dan haram jenis makanan jelas dinyatakan di dalam al-Quran. SesungguhNya setiap suruhan dan larangan daripada Allah SWT mengandungi banyak hikmah kepada manusia.Terdapat tiga jenis hukum syarak berkaitan dengan pemakanan iaitu :

2.1Halal Halal bermaksud melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh Allah dan RasulNya serta mendapat pahala dan keberkatan bagi orang yang melakukannya.Ia merujuk kepada makanan atau minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang-undang Islam.

2.2Haram Haram bermaksud sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya daripada melakukannya serta mendapat dosa dan kemurkaan Allah bagi sesiapa yang melakukannya.Ia merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang Islam dan sekiranya dilakukan juga akan mendapat dosa.2

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

2.3Masbuh Masbuh bermaksud yang meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas hukumnya sama ada ianya halal atau haram.Dalam hal ini kita dikehendaki untuk menjauhi makanan dan minuman yang meragukan.Menurut Imam Ibn Al Mundhir membahagikan hukum masbuh kepada tiga jenis iaitu :i. ii.

Sesuatu yang diketahui haram kemudian ia meraguinya. Sesuatu yang diketahui tentang halanya dengan yakin kemudian ia meraguinya. Sesuatu yang diragui halal dan haramnya dengan jelas.

iii.

Sebagai umat Islam kita mestilah mematuhi hukum syarak yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita dalam soal memilih makanan dan minuman supaya kehidupan kita beroleh keberkatan hidup dan menghindarkan kita daripada melakukan dosa.

10 Konsep Pemakanan Halal dalam Islam Makanan halal bukan hanya dilihat indah pada rupa dan enak pada rasnya bahkan lebih daripada itu.Makanan yang baik pula bermaksud sesuatu yang mendatangkan faedah kepada keperluan tubuh badan,akal dan emosi.Sebaliknya apa jua jenis

3

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

makanan yang boleh merosakkan pertumbuhan fizikal,kesihatan mental atau akal serta menjejaskan emosi adalah sesuatu yang diharamkan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ,ayat 4 bermaksud : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?Baginda menjawab: Katakanlah dihalalkan bagi kamu memakan makanan yang lazat-lazat serta baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu.Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu)sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu.Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah SWT ke atas ( ketika kamu melaksanakan berburu) serta bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan yang diharamkan oleh Allah).SesungguhNya Allah maha cepat hitungan hisabNya. 3.1 Garis Panduan Pemilihan Makanan dan Minuman Perkara utama yang perlu diperhatikan apabila kita hendak mendapatkan makanan atau minuman ialah dengan memastikan ianya halal dan baik untuk tubuh badan kita.Maksud halal mengikut hukum syarak berkaitan dengan pemakanan ialah seperti berikut:i.

Binatang yang hendak dimakan dagingnya mestilah ia dihalalkan oleh syarak seperti kambing,lembu,unta, ayam dan lain-lain lagi.Binatang itu pula mestilah disembelih mengikut hukum syarak.

ii.

Kita hendaklah menyuci bahan makanan yang hendak dimasak denagn menggunakan sumber air yang bersih lagi suci.Sekiranya air basuhan itu bercampur dengan najis dan terus dimasak,maka akan menyebabkan makanan tetrsebut dihukumkan najis yang menyebabkan haram untuk dimakan.

iii.

Bahan-bahan campuran untuk menghasilkan makanan atau minuman hendaklah tidak bertcampur dengan bahan-bahan4

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

yang diharamkan oleh syarak seperti arak,racun perosak,najis binatang, bangkai,bahan-bahan dari khinzir dan lain-lain bahan yang boleh memudaratkan diri.iv.

Makanan dan minuman itu hendaklah bersifat toyyiban atau yang baik iaitu makanan dan atau tidak minuman luput yang tarikh berkualiti,berzat,tidak penggunaannya. lapuk

v.

Makanan dan minuman itu hendaklah diproses di tempat yang bersih daripada kekotoran kerana Islam suka kepada kebersihan.

vi.

Makanan dan minuman yang dihasilkan hendaklah memberi manfaat kepada tubuh badan.

3.2 Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal

i.Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan Semua jenis tumbuhan yang hidup di darat ataubdibdalam air adalah halal dimakan asalkan ia boleh mendatangkan faedah kepada tubuh badan dan tidak membahayakan kesihatan diri kita.Contohnya buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan lain-lain lagi. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-anam ,ayat 141 yang bermaksud: dan Dialah Allah yang menjadikan untuk kamu kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan tidak menjalar dan pohon-pohon tamar kurma dan tanam-tanaman yang berlainan bentuk rupa dan rasanyua dan buah zaitun dan delima yang bersamaan warnanya atau daunnya dan tidak bersamaan rasanya makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya zakatnya pada hari memetik dan menuai.

5

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

ii.Telur Binatang Semua jenis telur binatang yang di udara, berenang di laut dan merayap di darat adalah halal seperti dimakan telur asalkan itik,ayam tidak dan membahayakan kesihatan

burung.Namun demikian sekiranya ia membahayakan kesihatan seperti telur katak dan telur ular yang mengandungi racun ia haram untuk dimakan.

iii.Binatang jenis burung yang halal Binatang jenis burung ini termasuklah ayam, itik,angsa, burungburung yang berterbangan adalah halah untuk dimakan kecuali burung gagak dan burung helang atau jenis burung lain yang boleh memudharatkan kesihatan kita. iv.Binatang Laut Yang halal Pada asasnya semua haiwan di dalam laut adalah halal kecuali haiwan yang mendatangkan mudharat kepada kita.Antaranya ialah seperti ikan,udang,sotong dan sebagainya. v.Binatang Darat yang halal Binatang yang halal dimakan ialah binatang yang tidak disebut pengharamannya di dalam Al-Quran dan Hadis.Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Anam ,ayat 142 yang bermaksud : Dan di antara binatang-binatang ternakan itu ada yang dijadikakan pengangkutan dan ada yang disembelih.Oleh itu makanlah daripada yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu. vi.Sumber minuman

6

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

Semua

minuman

adalah

halal

kecuali

yang

memabukkan,mengandungi ubatan yang merbahaya, beracun dan membahayakan kesihatan manusia serta bercampur benda-benda najis.Antara bahan minuman yang dilarang atau haram diminum ialah seperti arak,alkohol,samsu dan lain-lain lagi. vii.Sumber makanan Semua sumber makanan adalah halal kecuali mengandungi bahanbahan yang tidak halal mengikut syariah seperti babi,arak dan lain-lain lagi. Selain itu cara penyediaan makanan,bahan-bahan yang digunakan,penyembelihan haiwan mengikut syarak dan kebersihan makanan itu juga diambil kira. Jika penyediaan makanan itu tidak mengikut hukum syarak maka makanan itu boleh dikategorikan makanan tidak halal.3.3 Hikmah Makan Makanan Yang Halal

Ajaran

Agama Islam amat mementingkan kebersihan demi

menjamin kesihatan dan kesejahteraan umatnya.Kesihatan diri akan terjamin sekiranya makanan atau minuman kita adalah halal dan berpunca daripada rezeki yang halal.Oleh sebab itu Islam hanya menghalalkan makanan yang baik dan bersih sebaliknya mengharamkan makanan yang kotor,bernajis dan jijik rupanya kerana boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan tubuh badan. Banyak hikmah dan kebaikan sekiranya kita makan makanan yang halal. Antaranya ialah :I.

Kita akan memperoleh khusyuk dalam ibadat sekiranya kita makan makanan daripada sumber yang halal dan baik.

7

TAMADUN ISLAM WAJ 3102 II.

Kita akan beroleh hidayah dan taufiq daripada Allah Taala kerana Allah suka kepada manusia yang mematuhi perintahNya dan meninggalkan larangaNya.

III.

Kita juga akan memperoleh kesihatan yang baik dari segi rohani dan jasmani kerana makanan yang baik akan member kebaikan kepada tubuh badan manakala makanan yang haram akan menjejaskan kesihatan.

IV.

Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging yang boleh mempengaruhi peribadi dan sikap seseorang sama ada baik ataupun buruk .

V.

Kehidupan kita akan diredhai dan diberkati oleh Allah SWT kerana kita makan dan minum yang halal. Doa kita mudah diterima oleh Allah SWT kerana kita makan makanan yang halal dan baik. Sesungguhnya ajaran Islam mementingkan kesihatan kepada

VI.

ummahnya.Oleh itu Islam telah menganjurkan konsep pemakanan yang halal dan baik demi untuk kecemerlangan hudup di dunia dan akhirat. Konsep makanan halal terkandung di dalam Al-Quran dengan jelas. Sesuatu yang dihalalkan oleh Allah mempunyai banyak hikmah manakala sesuatu yang diharamkan pula mengandungi kemudharatan kepada pelakunya.

3.2Makanan Yang Diragui Status Kehalalannya Dewasa ini negara kita dibanjiri oleh pelbagai makanan yang diimport dari luar negara mahupun yang dihasilkan dalam negara. Walaupun produk makanan itu mempunyai logo halal yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak namun sebagai pengguna Islam tetap meragui kehalalan makanan itu kerana pengguna tidak mengetahui sama ada logo itu sah ataupun palsu. Pengguna tidak mengetahui logo-logo halal yang boleh dipercayai kehalalan makanan8

itu

ataupun

yang

mana

hanya

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

menggunakan logo yang dicop logo halal tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM,JAIN atau MAIS.Di negara kita kesedaran tentang pentingnya logo halal masih tidak di pandang serius kerana sikap pengguna Islam sendiri yang tidak mementingkan status kehalalan sesuatu produk makanan.Contohnya makanan berbentuk jeli atau agaragar walaupun diragukan bahan ramuannya tetapi masih ramai pengguna Islam yang menyukainya. Dalam hal ini masyarakat Islam di negara kita memilih makanan berdasarkan faktor-faktor yang berikut :i. Produk makanan mempunyai logo halal Kebanyakkan masyarakat Islam di negara kita memilih dan membeli produk makanan berdasarkan logo halal yang tertera di atas bungkusan makanan tanpa melihat bahan-bahan yang digunakan.Oleh kerana masyarakat Islam tidak mengetahui kodkod tertentu bahan makanan yang digunakan mereka hanya melihat logo halal sahaja sebelum membelinya.Apatah lagi pelbagai logo halal yang tertera menyebabkan masyarakat Islam terkeliru yang mana satu logo halal yang sebenarnya. ii. Bahan-bahan yang terdapat di dalam makanan Terdapat masyarakat Islam yang memandang berat tentang bahan-bahan yang digunakan sama ada bahan-bahannya yang tertera diragui kehalalannya walaupun terdapat logo halal kerana pengetahuannya berdasarkan pembacaannya ataupun maklumat yang diperolehi daripada internet sebelem membeli produk makanan itu.Contohnya produk makanan yang mengandungi nombor E (merujuk kepada pelbagai jenis penambah makanan)yang tidak diketahui maksudnya seperti E473 yang berkemungkinan bahan itu mengandungi lemak babi. iii. Penyediaan makanan atau minuman9

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

Terdapat masyarakat Islam kehalalan sesuatu produk

yang memandang berat tentang makanan dengan melihat cara

penyediaan makanan atau minuman itu mengikut hukum syarak ataupun tidak.Kebiasaannya penyediaan makanan yang dilakukan di restoren,kedai makan, di hotel-hotel, di premis membuat makanan diambil berat oleh masyarakat Islam sebelum membelinya. Semasa penyediaan makanan itu telah dicampur bahan seperti arak supaya makanan itu tahan lama. iv. Kebersihan makanan dan tempat Pengguna biasanya akan melihat kebersihan makanan sebelum membeli sesuatu makanan atau minuman.Jika didapati makanan itu kotor pengguna tidak akam membelinya walaupun hanrganya murah.Begitu juga dengan kebersihan tempat penyediaan makanan itu.Jika tempat itu dihurung banyak lalat dan dipenuhi tahi burung,pengguna tidak akan membeli makanan itu.Walau bagaimanapun memandang walaupun v. memandang. Pengeluar produk makanan Terdapat pengguna yang memandang terlebih dahulu pengeluar produk makanan itu sebelum membelinya.Jika bungkusan itu dipenuhi dengan tulisan Cina dan Bahasa Inggeris,pengguna tidak membeli barangan makanan itu walaupun ada logo halal. Berdasarkan beberapa faktor di atas membuktikan pengguna Islam di negara kita membeli makanan bergantung kepada pilihan masingmasing.Terdapat pengguna yang mementingkan kehalalan sesuatu terdapat segelintir hal itu pengguna ini.Mereka menjijikkan Islam mata yang yang remeh tentang tempat tetap membeli

kebersihan

10

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

produk makanan dan terdapat jiga pengguna yang tidak kisah dengan kehalalan sesuatu produk makanan. 4.0 Pelaksanaan Pemantauan Logo Halal di Malaysia

4.1

Pihak

yang

terlibat

dengan

pemantauan

logo

halal

di

Malaysia Terdapat dua pihak yang terlibat dengan pemantauan logo halal di negara kita iaitu : i. ii. Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

4.2 Pemantauan Berkala a. Pihak JAKIM dan JAIN membuat pemantauan berkala terhadap premis- premis yang menghasikan produk makanan. b. Pihak JAKIM dan JAIN membuat pemantauan sekurang-kurangnya 2 kali terhadap premis yang mengeluarkan makanan. c. Kerajaan tidak membenarkan mana-mana syarikat swasta mengeluarkan logo halal demi menjaga kesahihan logo halal. d. Pihak yang terlibat dibenarkan untuk melihat isi kandungan

makanan semasa pemantauan dijalankan. e. Pemeriksaan yang dijalankan di premis makanan ada kalanya

amat memeranjatkan dan sewajarnya pihak berkenaan sering membuat pemanatauan.

11

TAMADUN ISLAM WAJ 3102 4.3 Masalah Dalam Pemantauan Logo Halal

Oleh

kerana

terlalu

banyaknya

produk

makanan

yang

hendak

dipantau,maka terdapat banyak masalah dalam pemantauan logo halal ini.Begitu juga banyaknya logo halal yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak seperti JAKIM,JAIN dan pihak yang diiktiraf oleh JAKIM menyukarkan lagi pemantauan halal ini dilaksanakan sepenuhnya di negara kita. Antara masalah yang dihadapi dalam pemantauan logo halal adalah seperti berikjut : i. Logo halal mudah ditiru kerana banyaknya logo halal yang ada di negara kita.Pengeluar mengambil kesempatan dengan hanya mengecop logo halal di atas bungkusan makanan. ii. Kurang penguatkuasaan terhadap premis pengeluar makanan.Walaupun terdapat logo halal namun sebenarnya logo itu hanya dicop tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab meluluskan dan mengeluarkan logo halal. iii. Masyarakat tidak diberi pendedahan yang meluas tentang yang mana satu logo halal yang betul-betul boleh dipercayai kehalalan makanan itu.iv.

Spekulasi dan khabar-khabar angin tentang status halal premispremis terkenal seperi Kentucky Fried Chiken,Mc Donald tentang keraguan penyembelihan namun khabar angin itu tidak disahkan sama ada betul ataupun tidak.

v.

Oleh kerana JAKIM membenarkan Jabatan Agama Islam ( JAIN ) mengeluarkan logo halal,maka terdapat perbezaan fatwa antara jabatan agama dalam negeri masing-masing. Berdasarkan beberapa masalah yang dinyatakan, pemantauan logo halal di negara kita sukar tiada dilaksanakan pemakanan dengan halal sepenuhnya.Tambahan pula12

akta

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

diwujudkan di negara kita menambahkan lagi kesukaran pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan logo halal ini. 4.3Peranan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) JAKIM dan JAIN berperanan untuk membawa transformasi yang lebih jelas tentang pengurusan dan pemantauan logo halal.i.

Keupayaan JAKIM dan JAIN melahirkan kesinambungan pegawai yang boleh dan mampu menyerap harapan dan cita-cita murni ini dengan gabungan teknikal ( teknologi makanan) dan pengurusan Islam sebagai pasukan yang memantau logo halal.

ii.

Menjadikan kaedah menentukan digalas oleh pegawai-pegawai menjunjung kelangsungan konsep halalan toyyiba dalam semua keadaan,kekurangan, perbezaan pandangan dan pertembungan yang melibatkan kepentingan.

iii.

JAKIM perlu memantau pelaksanaan logo halal mengikut hukum syarak yang dibenarkan dilakukan oleh pengusaha premis makanan.

iv.

JAKIM dan JAIN berganding bahu mempertahankan kepentingan pengguna Islam dengan merubah pendekatan semasa kepada pendekatan reverse phsycology yang akan menyedarkan kekuatan pengguna Islam tentang logo halal yang mengundang kepada tekanan kepada pengusaha-pengusaha premis makanan bukan Islam.

v.

Menyelaras dan mendepani perihal masalah logo halal dengan lebih berkesan agar penggunaan logo halal tidak sewenangwenangnya digunakan oleh pengusaha-pengusaha premis makanan tanpa memohon kebenaran.

13

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

vi.

Menguatkuasakan undang-undang dengan menubuhkan Akta Logo Halal supaya pengusaha premis makanan boleh didakwa dan dikenakan hukuman yang sewajarnya demi melindungi kepentingan pengguna Islam.

vii.

Pemantau kepada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia . Membuat pemeriksaan kepada mana-mana syarikat yang menggunakan logo halal.

viii.

5.0 Logo-logo Halal Yang Ada di Malaysia 5.1 Logo Halal di Malaysia

Pada 15 Januari, 2004 logo halal Malaysia telah didaftarkan certification mark di bawah Akta Cap Dagangan 1976. JAKIM telah diberi hak milik logo halal Malaysia dan sijil halal JAKIM kini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang direka oleh SIRIM. Dari segi perundangan dan prosedur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut meminda peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 1975 bagi mengelakkan penyalahgunaan perkataan halal oleh pengeluar produk-produk dan pengusaha premis.JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga telah menyeragamkan logo, prosedur, persijilan, borang permohonan, caj persijilan dan melanjutkan tempoh sah sijil halal JAKIM Jabatan Agama Islam negeri dari setahun ke dua tahun.14

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

Bagi memantapkan lagi program pembangunan industri halal negara, Malaysia turut bekerjasama dengan negara ASEAN lain dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan produk halal Malaysia. Antara inisiatif diadakan termasuk penubuhan kumpulan kerja mengenai makanan halal yang mana Malaysia berperanan sebagai urus setia. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan untuk oleh kumpulan kerja ini ialah mewujudkan sistem akreditasi bagai pengeluar-pengeluar makanan halal Asian, pendaftaran senarai pengawet halal, pembangunan sumber manusia dan pertukaran maklumat. Kerajaan ingin menjadikan standard halal Malaysia untuk persijilan halal sebagai tanda aras untuk mewujudkan satu standard global. Penekanan kepada pembangunan hub halal terkanun dalam Pelan Induk Perindustrian II dan Dasar Pertanian Negara. Pelan Induk Persendirian III yang sedang disediakan akan terus memberi penekanan terhadap sektor ini.

5.1 Agensi Pensijilan Halal Yang diiktiraf15

oleh JAKIM

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

I.1 JAKIM MENDEPANI MASALAH PEMANTAUAN LOGO DAN ISU HALAL 16

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

6.1 Rungutan masyarakat Islam tentang logo dan isu halal Masyarakat pengguna Islam di negara ini sering berdepan dengan pendedahan media berhubung keraguan halal sesuatu produk di pasaran setelah JAKIM membuat pemantauan ke premis itu.Memandangkan isu logo halal ialah isu penting khususnya bagi yang beragama Islam, wajar bagi mereka mendapat maklumat yang betul mengenai kehalalan sesuatu produk baik untuk dimakan, diminum atau digunakan.Dalam mendapatkan hak itu, sudah tentunya juga maklumat halal perlu dinyatakan secara jelas pada pembungkusan produk. "Rungutan pengguna juga melibatkan status halal di restoran dan kedai makanan khususnya yang dimiliki orang bukan Islam."Demikian juga status halal makanan di hotel yang sering dikunjungi orang Islam," kata Mohd Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dalam mengulas isu halal ini .Beliau menarik perhatian kepada perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)di mana sehingga Mei 2009, hanya 27 atau 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di Malaysia yang memperoleh sijil halal Jakim untuk dapur utama mereka.

6.2 Peraturan Berkaitan Halali.

Akta

Perihal

Dagangan Perbahasan

1972-Perintah Halal 1975)di

Perihal bawah

Dagangan Kementerian

(Penggunaanii.

Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK). Akta makanan 1983 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu berkaitan dengan makanan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan,tidak sesuai untuk dimakan manusia dan pelabelan palsu.17

TAMADUN ISLAM WAJ 3102 iii.

Perintah(Pengimportan Haiwan 1962),Kementerian Pertanian Asas Tani iaitu peraturan yang menetapkan ternakan yang diimport mesti disembelih mengikut cara Islam dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Namun begitu menurut Mohd Yusof bin Abdul Rahman,Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjelaskan tidak terdapat peraturan yang mewajibkan pengeluar atau pengedar produk makanan mendapatkan pensijilan halal.Hal ini terpulang kepada pengeluar atau pengedar produk makanan itu sama ada mereka inginmemohon pensijilan halal atau tidak.Justeru itu,Persatuan pengguna telah lama meminta kepada kerajaan agar mewujudkan sebuah akta yang khusus berkaitan halal,yang mewajibkan pengeluar dan pengedar mendapatkan persijilan halal sekiranya mereka ingin memasrkan produk makanan kepada orang Islam.

6.3 Pemantauan Yang kurang Berkesan

i.

Berdasarkan

kepada

laporan

dan

pembongkaran

media,pengguna Islam sering menjadi mangsa kekeliruan produk makanan yang menggunakan label halal sendiri atau sijil halal yang tidak diiktiraf.ii.

Pengilang atau pengeluar produk makanan bukan Islam sengaja atau tidak peka dan mengambil berat tentang kepentingan produk halal bagi orang Islam.

iii.

Pengilang atau pengeluar makanan tidak menitikberatkan proses pengeluaran yang menepati hukum syarak.

18

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

iv.

Restoren bukan Islam mempamerkan poster ayat al-Quran atau menggunakan pekerja Islam untuk menunujukkan bahawa makanan yang disediakan adalah halal.

v.

Pihak media memaparkan tentang SMS sesuatu produk itu mengandungi bahan yang diragui kemudian JAKIM menafikan tentang serbuan dan laporan yang menyebabkan pengguna Islam terkeliru sama ada produk makanan itu halal atau sebaliknya.Contohnya pada 14.9.2011 pihak media dan internet memaparkan tentang SMS berkaitan serbuan JAKIM ke kilang menemui MUNCHYS yang terletak di Batu Pahat telah bahan yang tidak halal iaitu arak ada di dalam serbuan ke atas seperti sama ada syarikat maklumat produk produk Chern,MILO

kilang itu namun pada 15.9.2011 pihak JAKIM menafikan yang mereka telah membuat produk yang pihak diragui cap itu.Fenomena tentang sebaran SMS tentang kehalalan ayam,keju Islam MUNCHYS,sardin meragukan Golden

pengguna

makanan itu sebenarnya halal ataupun tidak.

7.0 Pelaksanaan Logo Halal di Malaysiai.

Kebanyakkan

pengguna

Islam

sangat

peka

dengan

keperluan kehalalan untuk produk makanan dan minuman tetapi ada segelintir pengguna Islam yang tidak mengambil berat tentang kehalalan sesuatu produk makanan. ii. Pengguna Islam hanya bergantung kepada label halal yang dieja ( )atau logo halal yang diluluskan oleh pihak JAKIM,JAIN atau dari negara luar yang diiktiraf oleh JAKIM.19

TAMADUN ISLAM WAJ 3102 iii.

Terdapat pengguna Islam yang tanpa banyak soalan terus membeli produk makanan berdasarkan nama produk yang boleh diterima contohnya produk itu menggunakan nama orang Melayu walaupun nama pemilik syarikat itu adalah bukan Islam.

iv.

Pengguna Islam yang prihatin pula boleh menghubungi persatuan pengguna seperti (FOMCA,CAP),JAKIM itu.Contohnya tentang JAKIM mempunyai halal Portal Halal bawah atau JAIN Malaysia Direktori untuk mengetahui keesahan kehalalan produk makanan www.halal.gov.my yang menyediakan pelbagai maklumat pensijilan Malaysia.Di Halal,orang ramai boleh menyemak maklumat sijil halal yang dikeluarkan sama ada untuk produk gunaan,premis atau pusat sembelih.Direktori halal ini juga menyediakan kemudahan carian halal berdasrkan kod bar,deskripsi produk dan nama syarikat yang telah menerima sijil halal Malaysia.

v.

Pengguna Islam juga boleh mengetahui senarai badan Islam luar negara yang diperakukan sijil halal oleh JAKIM melalui portal ini.

vi.

Pengguna mendapat

Islam

boleh

menyemak

senarai

hotel

yang

pengesahan

halal,fatwa

halal,glosari,aditif

makanan dan pelbagai lagi juga melalui portal ini.vii.

Pihak JAKIM memandang berat tentang aduan yang diberi dan akan menjalankan siasatan serta tindakan segera dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima dan emel pula akan dijawab dalam tempoh tiga hari.

viii.

JAKIM

turut

menyediakan itu

semakan Khidmat

HALAL Pesanan

MALAYSIA Ringkas halal

menerusi

perkhidmatan

(SMS).Semakan Halal Malaysia.

merangkumi

semakan

status

produk,premis dan rumah sembelihan yang mendapat sijil

20

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

80 Pandangan

Tentang Pemantauan Logo Halal

Status logo halal yang tertera di setiap barangan makanan dan minuman masih diperkatakan kehalalannya.Sejak dulu hingga kini isu makanan halal terus menjadi isu utama Negara kita.Pendedahan yang dilakukan melalui serbuan pihak yang bertanggungjawab ke atas premis-premis makanan amat mengejutkan ummah Islam. Pihak yang bertanggungjawab perlu kerap membuat pemantauan penggunaan logo halal supaya pengguna mendapat maklumat yang jelas tentang kehalalan sesuatu produk. Antara yang terkini isu yang mengejutkan pengguna Islam ialah berkaitan keraguan dalam penyembelihan ayam yang didedahkan barubaru ini yang berlaku di negeri Johor.Setelah sekian lama penggunapengguna Islam membeli dan memakan ayam itu , terbongkar pula tentang cara penyembelihan yang diragui mengikut hukum syarak.Keadaan ini menunjukkan negara kita masih belum membuat

pemantauan status halal yang menyeluruh. Di dada-dada akhbar dan televisyen juga sering dipaparkan berita tentang keraguan status makanan yang disediakan di hotel-hotel antara bangsa.Sebagai pengguna Islam,bukan21

kelazatan

dan

keenakkan

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

makanan itu sahaja yang diambil berat namun sumber bahan dan cara penyediaan makanan juga semestinya diambil kira.Serbuan oleh pihak yang bertanggungjawab juga ke hotel-hotel ini menunjukkan makanan yang disediakan dicampur dengan bahan atau ramuan yang tidak halal.Alangkah malangnya bagi pengguna Islam yang memakan makanan yang diragui status kehalalannya kerana mementingkan keenakkan rasanya daripada status kehalalannya. Oleh itu terbukti pemantauan penggunaan logo halal tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Selain itu pihak NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga kerap mendedahkan tentang makanan dan minuman yang diragui kehalalannya menunjukkan walaupun tertera logo halal di atas bungkusannya.Pendedahan demi pendedahan yang berjaya dibongkar ini pemantauan logo halal di negara kita masih belum makanan halal dan SMS halal yang dijalankan dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun portal diwujudkan oleh JAKIM diharap dapat membantu pengguna Islam untuk mengetahui kehalalan sesuatu produk makanan sama ada ianya halal ataupun tidak.Sungguhpun begitu masih ramai pengguna Islam tidak mengetahui tentang kewujudan portal dan SMS ini. Sebagai seorang pengguna kita perlulah sensitif dan prihatin dengan kehalalan sesuatu makanan atau minuman tanpa berpandukan logo halal semata-mata.Terdapat juga logo halal yang tertera dibungkusan tetapi hakikat yang sebenarnya logo itu hanya dicop tanpa memohon kebenaran daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM yang meluluskankan logo halal.Oleh itu,sebagai pihak pengguna Islam kita sewajarnya bersatu padu dalam menggembeleng isu logo halal agar umat Islam tidak terus terpedaya dengan logo halal yang tertera di atas bungkusan tanpa mengetahui bahan-bahan ramuan yang digunakan sama ada halal ataupun tidak.

22

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

90 KESIMPULAN Makanan dan minuman amat penting dalam kehidupan.Di dalam agama Islam konsep makanan halal adalah bersumberkan daripada Al-Quran dan hadis.Sebagai seorang pengguna Islam kita sewajarnya peka dan prihatin tentang rupa,rasa sumber atau makanan keadaan dan minuman.Islam itu tetapi tidak melihat memandang tentang isi makanan

kandungan bahan-bahan yang ada di dalamnya. Dewasa ini kita sering mendengar premis makanan yang dipantau atau diserbu oleh pihak yang bertanggungjawab tidak menepati hukum syarak.Alangkah malangnya pengguna Islam yang sering diperkotakkatikkan tentang isu makanan halal.Walaupun adakalanya makanan itu jelas mengandungi bahan-bahan yang tidak dibolehkan ramai yang membelinya kerana sikap tidak kisah halal atau haramnya makanan itu.Di dalam Islam terdapat tiga hukum yang berkaitan dengan makanan iaitu halal,haram dan masbuh.23

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

Kekurangan pemantauan logo halal menyebabkan pengeluar makanan dengan sewenang-wenangnya menipu kita dengan memalsukan logo halal yang tertera di bungkusan makanan yang dijual.Adalah amat memeranjatkan kita,apabila mengetahui hanya beberapa buah hotel di Malaysia yang disahkan makanannya halal. Begitu juga dengan keraguan penyediaan makanan dan cara penyembelihan ayam di premis jualan yang terdiri daripada jenama perniagaan yang besar. Terdapat pelbagai pihak yang boleh mengeluarkan logo halal seperti JAKIM,JAIN dan syarikat swasta.Oleh kerana terdapatnya pelbagai pihak yang mengeluarkan logo halal maka pemantauan yang tidak dijalankan oleh mereka menyebabkan produk yang dihasilkan diragui status kehalalannya. Wujudnya portal myhalal sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna tentang status makanan atau minuman yang digunakan.Sebagai seorang pengguna Islam kita semestinya bersikap prihatin dan mengambil berat tentang makanan yang halal kerana ianya akan menjadi darah daging yang ada kaitan dengan pelbagai penyakit dan kesan kepada secara tidak langsung.

10.0 REFLEKSI Syukur Alhamdullillah dengan izin ,pertolongan dan kekuatan yang Allah SWT limpahkan, saya dapat menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan dengan lancar dan jayanya mengikut masa yang ditetapkan.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pensyarah yang dihormati iaitu Ustaz Abdullah bin Hamzah yang banyak memberi ilmu,tunjuk ajar,bimbingan dan bantuan kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah saya dan rakan-rakan setugas24

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

saya yang secara langsung atau tidak langsung membantu saya,memberi idea dan lain-lain demi menyempurnakan kerja kursus ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Untuk menyiapkan tugasan ini banyak halangan,dugaan dan cabaran yang telah saya tempuhi.Antaranya ialah kekangan masa dan tugasan di sekolah yang bertambah menyebabkan saya perlu bijak untuk membahagikan masa.Apatah lagi pada tahun ini saya mengajar murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada pertengahan bulan September.Oleh itu, sebagai sebagai seorang guru Bahasa Malaysia yang mengajar dua kelas, saya perlu menanda jawapan-jawapan murid dan mengawasi murid sepanjang peperiksaan UPSR dijalankan.Selain itu ketibaan bulan Syawal untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri perlu diambil kira juga.Di samping itu saya juga tidak berkemahiran dalam bidang ICT dengan baik dan masalah mencari bahan rujukan juga amat merisaukan diri saya. Walau bagaimanapun, semua faktor di atas bukanlah penyebab untuk saya tidak menyiapkan tugasan ini.Sebagai seorang pelajar saya perlu mengatasi semua masalah yang saya hadapi dengan kuat dan sabar.Dengan bantuan idea daripada rakan-rakan sekuliah, rakan-rakan di sekolah pertama saya untuk menyiapkan kerja kursus. dan anak saudara,saya dapat menyiapkan tugasan ini kerana inilah pengalaman

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini yang berkaitan dengan konsep makanan halal dan pemantauan logo halal telah menimbulkan kesedaran kepada saya tentang pentingnya makanan halal kepada kita.Melalui bukubuku rujukan yang saya baca dan maklumat yang saya layari melalui internet telah dapat menambah banyak pengetahuan yang saya tidak ketahui selama ini tentang konsep makanan halal dan logo halal.Dalam hal ini saya menyedari tentang pelbagai pandangan pengguna Islam tentang konsep makanan halal yang tidak boleh dipandang ringan kepentingannya.Dewasa ini pengguna Islam sering ditipudaya dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melabelkan25

TAMADUN ISLAM WAJ 3102

logo halal di atas produk makanan itu tanpa mendapat kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM dan JAIN.Saya juga menyedari tentang kepelbagaian faktor yang boleh menyebabkan sesuatu makanan itu menjadi haram jika tidak mengikut hukum syarak seperti bahan yang digunakan bercampur dengan najis atau bahan yang haram dimakan,cara penyembelihan,cara penyediaan dan lain-lain lagi.Sebagai seorang pengguna saya juga perlu prihatin dengan tidak mengambil mudah tentang logo halal yang tertera di atas bungkusan sesuatu produk makanan tanpa melihat bahan-bahan yang digunakan.Sesungguhnya setiap perintah dan larangan berkaitan makanan dan minuman daripada Allah SWT mempunyai hikmah tertentu yang hakikatnya untuk menjamin kesihatan diri kita. Ini adalah kerja kursus yang terbaik saya hasilkan buat kali yang pertama.Adalah menjadi harapan saya agar kerja kursus yang saya hasilkan ini dapat diterima dan boleh dijadikan bahan rujukan oleh orang lain.Sesungguhnya segala kekurangan yang ada di dalam kerja kursus ini saya akan memperbaiki dari masa ke semasa.Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri.

26