Penghargaan Pertama Sekali,saya ingin melahirkan rasa kesyukuran kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Seremban 2,Datin Maznah binti Yusof yang telah memberi banyak sokongan kepada saya dan murid-murid lain. Ucapan penghargaan tidak terhingga saya tujukan khas kepada En.Selvam selaku Gruru Matapelajaran Sejarah yang banyak membantu,membimbing dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menolong saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.Antara pihak yang terlibat aktif ialah semua pegawai dan semua staf sokongan di Majlis Perbandaran Seremban. 1
This is Kerja Kursus For Sehar For PMR 2011 Topic MPS. ----------------------------------------------------------------------------------- Ini adalah kerja kursus 2011 PMR dengan topik MPS
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Penghargaan
Pertama Sekali,saya ingin melahirkan rasa kesyukuran kepada Pengetua
Cemerlang Sekolah Menengah Seremban 2,Datin Maznah binti Yusof yang telah
memberi banyak sokongan kepada saya dan murid-murid lain.
Ucapan penghargaan tidak terhingga saya tujukan khas kepada En.Selvam selaku
Gruru Matapelajaran Sejarah yang banyak membantu,membimbing dan juga
sebagai pemudahcara sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.
Jutaan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menolong saya menyiapkan
Kerja Kursus Sejarah ini.Antara pihak yang terlibat aktif ialah semua pegawai dan
semua staf sokongan di Majlis Perbandaran Seremban.
Tanpa sokongan padu daripada pihak mereka,mana mungkin Kerja Kursus Sejarah
ini dapat disiapkan dengan jayanya.Mudah-mudahan kita semua akean terus
“Seiring Merintis Keunggulan”
1
Objektif Kajian
I. Kajian yang saya lakukan ini dapat mengajar saya untuk
mencari,mengumpul,menganalisis,mentafsir serta merumus
maklumat dan fakta-fakta sejarah pihak berkuasa tempatan iaitu
Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
II. Melalui kajian,dapat saya juga megetahui sejarah penubuhan,latar
belakang dan peranan penting yang dimainkan Majlis Perbandaran
Seremban (MPS).
III. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap kemajuan dan
kemodenan Majlis Perbandaran Seremban.
IV. Akhir sekali, kajian ini dilakukan sebagai suatu cara penghargaan
untuk menunjukkan rasa yang bangga dan gembira dengan
kewujudan Majlis Perbandaran Seremban .
2
Kaedah Kajian
1. Kaedah kajian utama yang telah saya gunakan merupakan kaedah
Internet.Bahan-Bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada Internet
dengan melayari laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk
kajian.Terdapat beberapa laman web yang telah saya melayari untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian tersebut.
Antaranya ialah:
http://www.example.com
3. Akhir sekali,saya telah menggunakan kaedah menganalisis dokumen bagi mendapatkan maklumat tambahan.Terdapat beberapa dokumen-dokumen yang telah saya menganalisis.Antaranya ialah keratan akhbar dan gambar-gambar berkaitan dengan maklumat terkini Majlis
Perbandaran Seremban (MPS).
3
Hasil Kajian
1.Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran
Seremban (MPS))
Nama Rasmi: Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
Nama Lain : Seremban Municipal Council (MPSNS)
Lokasi Pentadbiran/Ibu Pejabat:
Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Perbandaran
Jalan Yam Tuan
70990 Seremban
Malaysia
Visi: Menjadikan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebuah
Majlis Perbandaran yang maju, bersih dan kukuh kewangannya.
Misi :
Memberi perkhidmatan perbandaran yang efisien dan berkualiti
4
serta telus bagi memastikan warga Seremban menikmati kehidupan
Objektif Menyediakan perkhidmatan perundangan dari segi
khidmat nasihat dan pendefinasian undang-undang serta menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekalkan keharmonian, keselesaan dan keselamatan penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban selaras dengan undang-undang yang digunapakai.
5
Lambang/Logo Rasmi:
Logo ini melambangkan semua pencapaian MPS dan pentingnya dalam mentadbir daerah Seremban.
6
Lagu Rasmi MPS:
MPS; Majlis Perbandaran Seremban
MPS; Maju menuju wawasan
MPS; Mengalakkan pembaharuan Amanah Dan Bekerjasama
MPS; Meningkatkan pembangunan
MPS; Mengeratkan perpaduan
MPS; Perkhidmatan yang cemerlang
Cekap, bersih, bertanggungjawab
Majlis Perbandaran Seremban
Memberikan khidmat segera
Kemudahan asas, tempat beriadah
Keselesaan dirasai semua
Berdedikasi, bekerjasama
Terus maju MPS
MPS; Majlis Perbandaran Seremban
MPS; Maju menuju wawasan
MPS; Mengalakkan pembaharuan
Amanah dan Bekerjasama
Maju terus maju MPS.
7
Moto: Mengutamakan perkhidmatan segera dan efisien.
Senarai Staf Majlis Perbandaran Seremban
1 Abd Halim B Abd Latif
Yang DiPertua
2 Abdul Halim B. Malek
Peg. Kesihatan Persekitaran
3 Abd. Razak B. Mohd Haron
Pen. Peg. Penilaian
4 Ahmad Fadzli B. Ghazali
Pen. Peg. Teknologi Maklumat
5 Ahmad Nurrais B. Baharudin
Pembantu Teknik Elektrik
6 Ahmad Zaidi B. Darus
Pembantu Teknik Awam Kanan
7 Aisah Bt. Lehan
Pembantu Tadbir Kanan
8
8 Ali B. Luman
SetiaUsaha
9 Alias B. Azizi@ A.Aziz
Pembantu Tadbir Kanan
10 Anidah Bt. Mohd Nazri
Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran
11 Anita Azlina Bt Tahir
Pen. Peg. Teknologi Maklumat
12 Anizahaton Bt. Kamaludin
Pengarah
13 Ariffin bin Sharim
Pembantu Tadbir
9
Carta Organisasi:
10
2. Latar Belakang MPS
Sejarah Penubuhan MPS
Tarikh Pengasasan
April 1978
Sejarah Seremban (Dikaitkan dengan MPS)
Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya
menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri
Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki
penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah
pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron
(Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).
Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah
dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262
bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan
Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953.
Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih
11
berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban.
Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya
iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan
Lobak. Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis
Perbandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965.
Pada tanggal 23hb. Julai 1965, pentadbiran Majlis Perbandaran
Seremban telah diambil alih oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri
Sembilan.
Penstrukturan semula Kerajaan Tempatan di Malaysia
Majlis Perbandaran Seremban telah disusun semula mengikut
Akta Kerajaan Tempatan 1976 dimana ianya dinaikkan taraf
dan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada
1hb. Mac 1979 dengan YAB Dato` Menteri Besar Negeri
Sembilan kekal selaku Yang DiPertua Majlis dan dibantu
oleh seorang Timbalan Yang DiPertua yang menjalankan
tugas eksekutif sepenuh masa. Sehinggalah pada 1hb. Ogos
1998.
12
Undang-Undang Tubuh Majlis Perbandaran Seremban
Dewan ini telah mengadopsi beberapa undang-undang, iaitu: -
Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
Road Traffic Ordinance 1958 (F.M.49 of 1958) (Bahagian III
Ordinan)
Akta Pemusnah Serangga-Serangga Pembawa Penyakit 1975
Akta Makanan 1983
Akta Pengangkutan Jalan 1987
Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Selain itu, MPS juga telah meluluskan undang-undang kecil seperti
berikut: -
Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Majlis Perbandaran
Seremban (29.09.1979)
13
Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat
Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Seremban) 1992
(09.04.1992)
Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Seremban)
1983 (01.03.1984)
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran
Seremban)1986 (18.06.1987)
Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 1990)
(27.09.1990)
Peraturan-Peraturan Bagi Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan
Majlis Perbandaran Seremban (Kelakuan & Tatatertib) 1981
(09.12.1982)
Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran
Seremban) 1988 (22.08.1988)
Perintah (Kenderaan Berjalan Lambat) (Sekatan Penggunaan