SENARAI KANDUNGAN BIL . TAJUK MUKA SURAT PENGHARAGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN: a) KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR b) JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN c) PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN d) KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN e) CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN f) BAHAN GRAFIK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI
KAWASAN KAJIAN
1) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul
oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran
pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam
sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang
mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang
mencemarkan alam sekitar.
2) PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan
dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga
tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah
merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan
apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.
3) KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang
sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar
ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap
peserta-pesertanya.
4) PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan
mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam
proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Ia bukan sahaja memberi
kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang
ramai.
5) PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk
cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media
massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam
menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak
membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar.
Tuntasnya, pendedahan media massa amat penting bagi memberikan kesedaran
kepada masyarakat pelbagai perngkat umur.
NILAI ATAU UNSUR PATRIOTISME
Konklusinya, semua pihak harus memainkan peranan untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar daripada terus berlaku dan berleluasa serta menjamin masa depan generasi akn datan untuk menjalani kehidupan dalam keadaan yang selesa dan sejahtera.BAHAN GRAFIK
1. PETA MINDA
KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP
ALAM SEKTAR
KESAN RUMAH HIJAU
PENIPISAN LAPISAN OZON
PULAU HABAHUJAN ASID
PENCEMARAN
2. RAJAH ALIRAN
PROSES KITAR SEMULA
Sisa buangan seperti majalah, surat khabar dan kertas buangan
dikumpulkan
Dihantar ke kilang untuk memproses
semula kertas.
Kertas yang telah dikitar semula dihantar
ke kilang pulpa dan kertas.
Kertas yang dihasilkan digunakan untuk membuat surat
khabar, majalah dan buku.
RUMUSAN
Terdapat pelbagai jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya. Antaranya,
pencemaran udara, tanih dan air. Kemudian, punca yang mendorong pencemaran ini berlaku,
semuanya berpunca akibat sikap penduduk yang memandang sebelah mata dan tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kesannya, kehidupa mereka terganggu akibat
ketidakselesaan persekitaran dan gangguan kesihatan. Walaubagaimanapun, kerajaan dan pihak
lain telah membuat langkah pencegahan bagi pencemaran ini terus berlaku seperti pendidikan
alam sekitar di peringkat sekolah rendah serta pendedahan media massa yang intensif dan
langkah ini barjaya mengurangkan sedikit pencemaran di kawasan kajian.
Natijahnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengaja alam sekitar
bagi menjamin kesejahteraan hidup dan keselesaan hidup. Bukan itu sahaja, saya berasa bangga
kerana dengan usaha kerjasama daripada kawan saya, iaitu, KHAIRUNNISA, NURUL NAJWA,
NURUL SYAAMILAH dan NUR HIDAYAH saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Buku Ilmiah
1. Abd. Rahim Md. Noor, 2004, Geogarafi Tingakatan 3, Malaysia, Cerdik Publications