1 SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KRB 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU TAJUK KUMPULAN EL-J01 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORAZREEN BINTI MOHD KHAIRANI D20112052433 019-7544258 NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH & KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SYSTEM PENDIDIKAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KRB 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU
TAJUK
KUMPULAN
EL-J01 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORAZREEN BINTI MOHD KHAIRANI D20112052433 019-7544258
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012
FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH&
KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SYSTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Pengenalan 3
2 BAHAGIAN A
2.1 Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
2.2 Kepentingan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan
2.3 Rumusan
4 – 6
6 – 8
8
3 Muka depan Tugasan Bahagian B 9
4 Konsep Tatabahasa
4.1 Pengenalan
4.2 Definisi Tatabahasa
4.3 Morfologi
4.4 Sintaksis
10
10
11 – 14
14 – 15
5 Kesalahan Tatabahasa dalam Bilik Darjah 16 – 17
6 Kesimpulan 18
7 Bibliografi 19
8 Lampiran 20 - 22
3
1. PENGENALAN
Pada tahun 1991, Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir mohamad telah
mengumumkan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.1
Cita-cita ini juga disebut dan diwartakan sebagai wawasan 2020. Prinsip asas Wawasan 2020
ialah membangunkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, beretika, dan makmur melalui
kepimpinan adil dan terbuka.Selain itu, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2010 2juga bertujuan bagi membina negara
bagsa yang berjaya dan harmoni. Usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa yang bersatu
padu dan makmur dilihat semakin rancak dan dapat diterima oleh semua rakyat. Usaha ini
adalah lanjutan usaha dan saranan Laporan / Penyata Razak 1956.
Laporan Penyata Razak memberi penekanan kepada dua perkara, iaitu perpaduan
negara di mana sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan kurikulum yang
seragam serta bercorak kebangsaan bagi semua sekolah di dalam negara. Bahasa Melayu juga
diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga bertujuan
untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu. Selain itu, sekolah jenis
kebangsaan boleh menggunakan bahasa Mandarin, Tamil atau Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Cadangan yang diutarakan telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan
dan dijadikan Ordinan Pelajaran pada 1957.
Bahasa Melayu dituturkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain oleh
orang Melayu. Bahasa Melayu terus hidup oleh kerana ia masih dituturkan sehingga
sekarang. Bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu sejak beratus-ratus tahun
dahulu. Namun begitu, pelbagai pendapat dan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji
tentang asal usul bahasa Melayu. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu
Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura sebagai pusatnya.
Pada abad ke 20, semangat kebangsaan masyarakat Melayu mengorak langkah
memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya
Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan bahawa “
Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu...” Apa yang paling penting, bahasa
Melayu harus terus dituturkan dan dinaiktarafkan agar ia terus berkembang dan kekal di
muka bumi ini.
1 Aida Idris & Abu Hassan Hasbullah, Membina Bangsa Malaysia, hlm vii2 Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh ( PhD ), Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Falsafah dan Etika,
hlm108
4
2. BAHAGIAN A
2.1 FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH
Kamus Dewan, Edisi Keempat memberi makna pengantar sebagai sesuatu bahasa
yang digunakan untuk menyampaikan maklumat seperti ilmu pengetahuan. Pada tahun 1982,
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pendidikan di peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan. Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan sangat terhad. Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah Melayu sehingga darjah 4 sahaja. Kedudukan bahasa Melayu mulai
meningkat semenjak Penyata Razak 1956 dilaksanakan. Pembentukan Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang berlandaskan Penyata Razak menyarankan :
Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-
merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
Jelas dan nyata sekali tentang peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Melayu dijadikan alat perhubungan atau komunikasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah hinggalah ke peringkat
pengajian tinggi. Ia juga menjadi bahasa standard yang digunakan di mana-mana jabatan
kerajaan mahupun institusi pendidikan. Kamus Dewan, Edisi Keempat menyatakan maksud
standard adalah sesuatu bahasa yang diterima dan dijadikan dasar atau piawai yang harus
dituturkan oleh semua anggota di bawah satu pemerintahan. Oleh yang demikian, murid-
murid perlu menguasai bahasa Melayu selain daripada bahasa ibunda agar mereka mudah
berkomunikasi di dalam kawasan persekitaran. Bahasa Melayu adalah bahasa utama yang
digunakan dan diamalkan di dalam kawasan sekolah. Ia agak mudah bagi mereka yang
sememangnya berasal daripada bangsa Melayu kerana bahasa Melayu adalah bahasa
pertuturan mereka di rumah. Namun ia agak sukar bagi mereka yang berbangsa lain selain
daripada bangsa Melayu. Murid-murid daripada kaum lain perlu menguasai bahasa Melayu
dengan tepat dan jelas agar setiap perkara atau maklumat yang ingin disampaikan mahupun
diperoleh dapat difahami dengan jelas maksud yang tersurat mahupun tersirat. Oleh yang
demikian tidak akan ada percanggahan pendapat mahupun pegangan terhadap fakta-fakta
yang tertentu.
5
Pada tahun 1968, peralihan bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu
untuk berbagai-bagai-bagai mata pelajaran dimulakan secara berperingkat. 3 Ia bertujuan bagi
memperkasakan bahasa Melayu dari sejak awal lagi iaitu di dalam bidang pendidikan. Di
mana murid-murid wajib dihantar ke sekolah untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang yang disediakan. Peralihan bahasa Melayu terhadap bahan pembelajaran juga
bagi memudahkan pelajar memahami setiap ilmu yang ingin disampaikan. Selain itu, bahasa
Melayu juga berperanan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai pemikiran yang
tinggi dan ia tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu
dengan baik. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam mendidik serta
memberi pendedahan tentang bahasa Melayu. Guru perlu merancang aktiviti berkaitan
dengan bahasa Melayu berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berikutan mata pelajaran bahasa Melayu adalah mata
pelajaran wajib yang perlu dikuasai oleh semua peringkat pendidikan. Akta Pendidikan 1961,
telah memberi penekanan terhadap penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah.
Ini bermakna setiap pelajar perlu mahir dalam penguasaan bahasa Melayu bagi memudahkan
proses pemerolehan ilmu pengetahuan. Pada 14hb Mei 2009, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia telah mengumunkan transformasi pendidikan 4dengan memperkenalkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
bagi memberi penekanan terhadap penguasaan literasi 4M. Berikutan dengan itu, penting
bagi mereka mahir dengan bahasa Melayu yang digunakan oleh kebanyakkan institusi di
Malaysia.
Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan modal yang sangat besar untuk
dilaburkan dalam kehidupan mereka. Modal yang diberikan itu haruslah digunakan dengan
sebaik mungkin dan dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Melalui penguasaan bahasa
Melayu ( bahasa pengantar ) di sekolah, murid akan menjadikan modal yang mereka miliki
modal yang mahal dan sukar dibayar dengan wang ringgit. Apa yang saya maksudkan adalah,
modal insan pelajar akan mudah dibentuk jika mereka menguasai bahasa Melayu yang
menjadi Bahasa Perpaduan. Nilai-nilai peradaban yang ada, dapat diserapkan dalam diri
mereka dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik. Ini kerana nilai-nilai norma kehidupan
yang harmoni perlu difahami dengan jelas dan tepat agar mereka tidak kekal dengan maksud
tersirat yang salah. Cara yang paling sesuai bagi menyatupadukan rakyat adalah melalui
3 Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm714 Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin, Falsafah & Pendidikan di
Malaysia,hlm195.
6
penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa di dalam aktiviti seharian akan
mengurangkan rasa curiga terhadap isi perbualan yang menggunakan bahasa lain selain
daripada bahasa Melayu. Kadangkala dengan hanya menjelingkan mata sahaja sudah boleh
menimbulkan salah faham. Dalam konteks negara Malaysia penggunaan satu bahasa akan
mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain tanpa mengira kaum mahupun
keturunan.
KSSR dan KSPK yang diperbaharui dalam menjayakan misi negara membina negara
bangsa dilaksanakan agar rakyat dapat mematuhi undang-undang dan mempunyai sikap
kewarganegaraan. Misi ini diharapkan dapat dilaksanakan dan berjaya diterapkan dalam diri
rakyat Malaysia. Maka dengan itu, para pelajar didedahkan dengan pelbagai amalan
kenegaraan di peringkat sekolah. Antaranya seperti konsep 1 Malaysia yang mengharapkan
agar rakyat dapat menerima di antara satu sama lain walaupun berlainan agama mahupun
keturunan dengan berlandaskan nilai-nilai norma yang positif. Kerajaan mengambil berat
dalam menangani masalah perkauman yang berlaku apatah lagi jika ia berkaitan dengan isu
politik dan negara. Walaupun tragedi itu, tragedi yang baru dan masih segar di ingatan ia
telah membuka mata para pemerintah bagi melaksanakan program yang boleh memperbaiki
hubungan di antara satu sama lain dengan pantas dan cepat. Ia terbukti dengan adanya buku
“Membina Bangsa Malaysia” yang mempunyai gambar atau situasi sewaktu perhimpunan itu
diadakan. Melalui program yang berkaitan bahasa Melayu seperti menggunakan bahasa
Melayu di tempat kerja dan di mana sahaja kita berada adalah satu usaha yang dilaksanakan
bagi memurnikan hubungan serta menyatupadukan hubungan di antara kaum di dalam
Malaysia. Melaluinya diharapkan agar rakyat dapat memahami antara satu sama lain.
2.2 KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Dalam melaksanakan misi Wawasan 2020 yang telah dicadangkan oleh Perdana
Menteri kita yang keempat, harus menempuhi beberapa cabaran. Ia kerana bukan mudah
untuk menyatupadukan rakyat yang datang daripada pelbagai kaum dan budaya. Kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya menghargai usaha para pejuang negara yang telah bertungkus-
lumus memperoleh kemerdekaan sewaktu zaman penjajahan dahulu. Saat ketika Ketua
Menteri Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi,
maka secara rasminya Malaysia dikenali sebagai Negara Melayu. Ia melambangkan identiti
Malaysia yang boleh dibanggakan. Ini kerana bahasa Malaysia sudah pun tersebar dengan
meluas kerana aktiviti menyanyikan lagu Melayu, bersajak dan berlakon oleh mereka yang
7
bukan warganegara yang disiarkan oleh RTM telah dilaksanakan. Ia juga mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan. Oleh itu, murid-murid yang bersekolah di bawah sekolah
kerajaan perlu menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan baik dan sopan. Sekolah
swasta juga sudah didedahkan dengan sukatan KSPK dan KSSR di mana kemahiran 4M
perlu diaplikasikan secara menyeluruh dan bersepadu.
Bahasa Melayu adalah bahasa turun temurun yang sememangnya berasal bersama
kelahiran orang Melayu itu sendiri. Ia perlu dikekalkan dan diperbaiki kerana ia
melambangkan jati diri dalam setiap mereka yang bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Kita juga harus berbangga dengan bahasa ibunda yang menjadi bahasa kebangsaan yang juga
digunakan oleh segenap masyarakat. Sebagai warga pendidik kitalah orang pertama yang
harus mengaplikasikan bahasa Melayu yang betul dan tepat sewaktu sesi mahupun selepas
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman serta peniruan tingkah laku adalah proses
atau cara yang selalu digunakan oleh murid-murid dalam memberi kesediaan dalam diri
mereka. Oleh itu, guru harus menggunakan bahasa Melayu baku dengan tertib dan jelas. Ia
kedengaran agak kelakar dan sukar, namun ia sesuatu yang baharu yang perlu diterokai oleh
para pendidik. Saya mencadangkan aktiviti ini kerana merasa teruja dan seronok apabila
mendengar anak saudara saya menuturkannya. Ia diaplikasikan di sekolahnya bertujuan agar
murid tidak melakukan kesilapan dalam ejaan mahupun pertuturan. Namun setiap sesuatu
yang baru pasti ada kekangan. Walaupun begitu, kita harus berani mencuba agar kita
memperoleh pengalaman daripadanya.
Sebagai sebuah yang maju dan berwawasan. Bahasa Melayu yang telah diwartakan
sebagai bahasa kebangsaan seharusnya di gunakan di segenap sudut di dalam negara. Seperti
iklan, papan kenyataan, slogan dan nama-nama perniagaan perlu menggunakan bahasa
Melayu bagi mengekal serta memelihara bahasa kebangsaan kita. Pihak berkuasa perlu
memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program memelihara bahasa Melayu
agar ia tidak disalahgunakan dan diperkotak-katikkan oleh perosak bahasa. Selain itu, di
peringkat sekolah, guru boleh memberi peluang kepada murid untuk berpuisi dengan
mencoretnya di beberapa bahagian kawasan sekolah yang sesuai dengan bahasa Melayu yang
puitis. Selain itu, penggunaan bahasa singkat yang telah terbiasa digunakan di dalam pesanan
ringkas juga perlu dipantau. Ia juga salah satu aktiviti yang boleh merosakkan bahasa
kebangsaan kita. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat juga
boleh dipraktikkan. Ia boleh bermula daripada laman sosial yang dihasilkan sendiri dengan
8
memantau penggunaan ayat yang digunakan melalui teguran yang bersahaja. Ia bertujuan
agar tidak membuat individu tersebut terasa dan kecil hati.
2.3 RUMUSAN
Bahasa Melayu bukanlah bahas yang kekal sebegini. Bahasa Melayu adalah bahasa
yang boleh berkembang dari semasa ke semasa. Ia boleh diperbaiki mahupun dinaiktarafkan.
Namun begitu, harapan hanya tinggal harapan jika tiada usaha untuk mempertingkatkan
penggunaan bahasa oleh bangsa itu sendiri. Masyarakat berbahasa Melayu harus memastikan
bahasa Melayu terus kekal dan disanjung oleh masyarakat yang bukan berbahasa Melayu.
Bahasa Melayu kita seharusnya dapat menembusi pasaran global seperti pelbagai barang
yang dihasilkan oleh negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penerangan
tentang produk tersebut. Oleh itu, mereka yang tidak mahir berbahasa Melayu perlu
mempelajarinya.
1878 patah perkataan
9
SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KRB 3033 : PENGANTAR BAHASA MELAYU
TAJUK
KUMPULAN
EL-J01 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORAZREEN BINTI MOHD KHAIRANI D20112052433 019-7544258
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012
KONSEP TATABAHASA &
ANALISIS KESALAHAN TATABAHA MURID DI DALAM BILIK DARJAH
10
4. KONSEP TATABAHASA
4.1 PENGENALAN
Berkomunikasi amat mudah bagi mereka yang tidak menitikberatkan penggunaan
tatabahasa yang sesuai dan betul. Jika individu itu sudah biasa menggunakan bahasa pasar
dalam pertuturan, mereka tidak ambil peduli tentang kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat
yang dilontarkan. Mempelajari tatabahasa sesuatu bahasa yang ingin digunakan amat penting
dalam berkomunikasi. Jika tidak, pertuturan individu tersebut sukar difahami. Tatabahasa
sesuatu bahasa itu berbeza antara satu sama lain seperti “air minuman” bermaksud air untuk
diminum, tetapi dalam bahasa Inggeris ia menjadi “ drink water”. Perbuatan disebut dahulu
sebelum menyebut nama benda. Maka, penguasaan tatabahasa perlu dipelajari dan bukannya
diwarisi seperti pertuturan dalam bahasa Melayu. Ia diwarisi sejak kelahiran individu tersebut
di dunia ini.
4.2 DEFINISI TATABAHASA
Tatabahasa ialah peraturan-peraturan dalam bahasa Melayu berkaitan dengan
bagaimana perkataan dibentuk daripada pelbagai bunyi huruf dan bergabung dengan
perkataan-perkataan lain sehingga menjadi ayat yang gramatis. Nik Safiah Karim (2006) juga
menyatakan perkara yang sama.5 Menurut beliau juga, bidang tatabahasa melihat bagaimana
perkataan-perkataan ini dibentuk dan seterusnya bagaimana perkataan-perkataan ini
bercantum menjadi frasa.
Tatabahasa yang juga dikenali sebagai nahu dan diterjemahkan daripada perkataan
grammar yang bermaksud ‘satu seni bacaan dan tulisan’. Tatabahasa tidak menetapkan
jumlah perkataan yang terdapat dalam sesuatu ayat. Ia tidak menjadi satu kesalahan selagi
peraturan susunan ayat tidak membawa maksud atau makna yang berbeza dari maksud asal.
Ayat-ayat yang diterbitkan daripada ayat dasar ini dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat
transformasi.
Kajian terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan melalui dua aspek, iaitu dari
bidang morfologi dan bidang sintaksis. Morfologi mengkaji tentang perkataan dan proses
pembentukannya. Sintaksis pula mengkaji tentang penggunaan frasa, klausa dan ayat.
5 Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj Shamsudin, Bahasa Melayu Komunikatif, Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
11
4.3. MORFOLOGI
4.3.1 DEFINISI MORFOLOGI
Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan iaitu mengkaji perkataan dan cara-
cara pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bentuk
dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Contohnya perkataan ‘salah’ dapat menerbitkan perkataan lain seperti pesalah, kesalahan,
disalahkan, menyalahkan. Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Bagi memahami morfologi dengan lebih mendalam, takrif suku kata harus difahami
terlebih dahulu. Suku kata adalah pecahan atau pemenggalan perkataan berdasarkan kepada
kehadiran bunyi vokal. 6Setiap vokal membentuk satu suku kata dan vokal itu boleh
didahului, diikuti atau tidak oleh konsonan seperti yang terdapat di dalam suku kata terbuka
mahupun tertutup. Suku kata terbuka terdiri daripada dua huruf KV atau VK. Suku kata
tertutup pula adalah gabungan tiga huruf yang terdiri daripada KVK atau VKV. Kata
merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri dengan sendiri.
Dalam tatatingkat unit-unit nahu, kata menduduki tempat yang paling akhir yang boleh
menjadi unsur bagi frasa dan berfungsi sebagai ayat minimal.
Unit kecil di dalam morfologi ialah morfem. Morfem berperanan membentuk
perkataan. Sesuatu perkataan itu mungkin terbentuk daripada beberapa morfem. Misalnya,
perkataan ‘lari’ yang merupakan satu morfem manakala, berlari dan melarikan terdiri
daripada dua dan tiga morfem. Hal ini menunjukkan bahawa imbuhan juga adalah morfem
yang juga disebut sebagai morfem terikat yang tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa
morfem bebas. Morfem bebas pula adalah kata dasar yang boleh berdiri dengan sendiri di
dalam ayat kerana telah mempunyai makna.
Semua perkataan adalah morfem tetapi bukan semua morfem boleh menjadi perkataan
( me..kan ) adalah morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa morfem-morfem
lain. Namun begitu, ayat ‘ kereta ayah warna biru’ terdiri daripada empat patah perkataan.
Kesemua perkataan ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu oleh morfem lain.
6 Raminah Hj Sabran, Rahim Syam, Kajian Bahasa, Selangor, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm152
12
Misalnya perkataan kereta, yang tidak memerlukan morfem imbuhan untuk menyampaikan
maksud. Kita sudah tahu bahawa perkataan kereta membawa maksud kenderaan. Sebaliknya
bagi morfem terikat yang tidak mempunyai makna dan tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ia
kerana morfem terikat adalah imbuhan yang memerlukan perkataan lain untuk
menyampaikan maksudnya. Proses penyusunan dan penggabungan morfem ini harus
mematuhi peraturan sistem morfologi sesuatu bahasa. Kebanyakan perkataan di dalam bahasa
Melayu akan melibatkan pengimbuhan.
Morf dan alomorf adalah dua istilah yang perlu diketahui dalam pembentukan
perkataan. 7Sebagai contoh, ayat Kesudahan cerita itu sangat menyedihkan yang terdiri
daripada ‘ke’, ‘sudah’, ‘an’, ‘cerita’, ‘itu’, ‘sangat’, ‘men’, ‘sedih’, ‘kan’ iaitu sebanyak lapan
morfem. Unit-unit atau pecahan itu disebut sebagai morf iaitu elemen dalam bentuk kata yang
kita dengar dalam bentuk pertuturan. Misalnya perkataan, ‘menghidupkan’ mofrnya ialah
meng + hidup+ kan. Alomorf pula adalah variasi yang terdapat dalam morfem terikat
(imbuhan). Dalam bahasa Melayu, kebanyakan morfem sekurang-kurangnya terdiri daripada
satu alomorf. Contonhya seperti, morfem awalan ‘di-‘ yang hanya mempunyai satu alomorf,
iaitu ‘di’ itu sendiri, sebaliknya morfem ‘me-‘ mempunyai enam alomorf, iaitu ‘me-‘, ‘men-‘,
‘mem-‘, ‘meng-‘, ‘meny-‘ dan ‘menge-‘.
4.3.2 PROSES PEMBENTUKAN KATA
Perkataan atau kata dibentuk melalui empat proses. Proses ini menerangkan tentang
bagaimana sesuatu perkataan itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan
ujaran dalam sesuatu bahasa. Proses yang pertama adalah proses pengimbuhan. Di mana
proses ini membentuk perkataan dengan mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-
imbuhan tertentu. Contohnya, perkataan berkawan, terjunan dan disarankan. Proses yang
kedua adalah proses pemajmukan. Pemajmukan merupakan proses menggabungkan dua atau
lebih perkataan dan perkataan baru yang terhasil memberikan makna yang berbeza daripada
perkataan asal. Misalnya seperti, buku tulis, gambar rajah dan pita pelekat. Selain itu
penggandaan juga adalah salah satu proses membina perkataan. Ia dapat dilakukan dengan
pengulangan atau menggandakan perkataan itu keseluruhannya seperti bahan-bahan, kelima-
lima dan bantu-membantu. Proses terakhir pula adalah proses akronim yang dibentuk dengan
cara menggabungkan suku kata tertentu dari beberapa perkataan, menjadi sebagai satu
perkataan. Contohnya Dubes yang dibentuk dari perkataan duta besar, Pawagam pula 7 Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd, hlm 134
13
dibentuk dari perkataan panggung wayang gambar , dan kugiran pula terbentuk hasil
gabungan perkataan kumpulan gitar rancak. Sememangnya bahasa Melayu adalah bahasa
yang sangat unik dan gramatis.
4.3.3 PROSES PERGOLONGAN PERKATAAN
Kesukaran dalam penentuan sesuatu golongan kata telah menyebabkan aliran
struktural mencirikan kelas kata dengan cara yang berbeza. Aliran ini menekankan aspek
fungsionalisme dalam penelitian bahasa, iaitu fungsionalisme dianggap sebagai aliran khusus
dalam strukturalisme. Berdasarkan kepada aliran ini. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9 144
struktur fonologi, tatabahasa dan semantik ditentukan oleh fungsi-fungsinya (Lyons 1994:
238-243). Oleh itu, dalam kajian tatabahasa, khususnya penelitian terhadap golongan kata,
sesuatu perkataan itu tidak dilihat secara terpisah atau terasing melainkan penggolongan kata
ditentukan berdasarkan kehadiran kata tersebut bersama-sama perkataan lain dalam sesuatu