0 Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI ZON 1 UNTUK TEMPOH 2 TAHUN BIL PERKARA MUKA SURAT A PEMATUHAN KEPADA SYARAT KONTRAK 1 - 2 B PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR 3 C SKOP UTAMA KERJA PENYELENGGARAAN 4 D SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN 1. LANDSKAP LEMBUT 5 - 6 2. LANDSKAP KEJUR 7 3. PENYELENGGARAAN RUMPUT & KEBERSIHAN 7 - 10 4. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK 11-12 E WANG PERUNTUKAN SEMENTARA 13 F MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT) 14 G KADAR DENDA 14
20
Embed
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
1. Kontraktor hendaklah menyediakan anggota pekerja yang mencukupi sebagaimana yang dicadangkan di dalam tawaran bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang tempoh kontrak yang telah ditetapkan. MPPG berhak supaya pekerja yang tidak memuaskan dalam membuat kerja-kerja dikenakan teguran, surat / memo arahan atau disarankan agar diberhentikan dari membuat kerja. Tingkah laku pekerja-pekerja perlu dijaga dan menjadi tanggungjawab pihak kontraktor mengawasi pekerja-pekerjanya.
2. Kontraktor hendaklah melantik penyelia tapak sepenuh masa yang berkelayakan dan komited untuk memantau , mengawasi serta membuat laporan harian kerja-kerja di tapak sepanjang ketiadaannya atau penerima arahan dari pegawai penguasa / wakilnya mengenai perlaksanaan hasil kerja ditapak.
3. Kontraktor dikehendaki menyediakan kenderaan sendiri bagi tujuan pengawasan tapak dan lori 1 tan setiap hari bagi mana-mana kerja pengangkutan yang hendak dijalankan termasuk membuat lawatan di tapak kerja. Ketiadaan kelengkapan tersebut, boleh dikenakan denda mengikut bilangan hari dan jenis kerja di tapak.
4. Kontraktor / Pegawai Penguasa atau wakilnya boleh mengaturkan lawatan bersama pada bila-bila masa apabila terdapat arahan atas lawatan pemeriksaan tapak.
5. Pegawai penguasa atau wakilnya akan menjalankan pemeriksaan di tapak bagi tujuan pengesahan dan penerimaan kerja. Jika kerja tidak memuaskan kontraktor akan diarahkan untuk membaiki semula. KOS PEMBAIKAN ADALAH MENJADI TANGGUNGAN KONTRAKTOR.
6. Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan kerja harian dalam bentuk ‘CARBONISE’ dan buku tersebut hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Penolong Arikitek Landskap / Penolong Pegawai Pertanian / Juruteknik Landskap (jika ada).
7. Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa jua kerosakan harta benda milik MPPG yang berlaku akibat kecuaian kontraktor. Kontraktor hendaklah memperbaiki dengan kos sendiri, mengganti atau membayar kos gantirugi kepada MPPG.
8. Bagi upacara-upacara / aktiviti rasmi di kawasan penyelenggaraan, kontraktor diwajibkan menyediakan satu pasukan khas untuk membuat kerja-kerja pembersihan (kakitangan standby) sekurang-kurangnya 3 orang tanpa melibatkan pekerja sediada. Pasukan khas ini akan membuat persiapan untuk kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas majlis selesai. Kegagalan pihak kontraktor akan dikenakan denda mengikut bilangan hari yang ditetapkan. TIADA KOS TAMBAHAN DIBERIKAN.
9. Sekiranya kontraktor tidak dapat menjalankan kerja pada hari cuti-cuti hujung minggu @ cuti
umum, pihak kontraktor perlu memohon secara bertulis kepada Pegawai Penguasa / wakilnya tiga
hari sebelum cuti tersebut. Kegagalan pihak kontraktor akan dikenakan denda jika di tapak
kekurangan pekerja dan kerja yang perlu dilaksanakan tidak berkualiti.
Kawasan-kawasan berumput lain hendaklah dipotong menggunakan alatan
berikut pada jenis kawasan yang berlainan seperti di bawah :-
3.1.1 Mesin rumput tangan
3.1.2 Mesin mesin rumput sandang
3.1.3 Mesin rumput tolak
*diwajibkan penggunaan untuk rezab kawasan lapang / hijau
3.1.4 Tractor mower
3.1.5 Lawn mower
3.1.6 Ride on mower
*diwajibkan untuk kegunaan padang bola sepak
Segala sampah sarap, daun-daun, dahan-dahan kayu yang gugur dan batang pokok yang serkah hendaklah disapu / dianggkat / dibuang dengan mengikut kekerapan yang ditetapkan di dalam ringkasan tawaran.
Pemotongan rumput dengan kadar ketinggian tidak lebih dari 25 mm dari tanah
dan kawasan dibersihkan atau mengikut kesesuaian. Sekiranya terdapat rumput liar
yang tumbuh di kawasan rumput zoysia spp. kontraktor hendaklah membuang
rumput-rumput liar tersebut setiap masa. Jika terdapat rumput liar yang tumbuh
pada pagar, tiang lampu dan sebagainya kontraktor perlulah membuangnya.
Kawasan cerun hendaklah dipotong menggunakan mesin rumput tangan atau
sandang dengan kadar ketinggian tidak lebih dari 25 mm dari tanah. Kawasan
di mana rumput telah dipotong hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa rumput
hendaklah disapu serta dilupuskan ke tapak pelupusan sampah. Pembakaran ke
atas sisa sisa rumput adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pemotongan
rumput tidak mencapai sepertimana arahan, MPPG berhak mengarahkan potongan
ulangan tanpa menuntut bayaran tambahas atas kerja tersebut.
3.2 Kebersihan Kawasan
Dalam tender ini istilah bersih bermaksud semua kawasan berada dalam keadaan tiada sampah, tiada daun di atas tanah, tiada kayu, bekas plastic, tin, pokok mati, tiada bahan-bahan yang menghalang pemandangan, tiada lumpur atau benda di atas jalan pejalan kaki, tiada bangkai haiwan dan segala benda-benda yang dianggap sampah. Pada keseluruhannya kontraktor adalah dikehendaki melaksanakan permbersihan bagi semua kawasan yang dinyatakan sebagai kawasan kerja bagi kontrak ini dengan mengambilkira perkara-perkara seperti disenaraikan di bawah.
i. Keseluruhan lapangan kerja termasuk parit ii. Wakaf iii. Pejalan kaki iv. Tapak permainan kanak-kanak v. Gelanggang Bola tampar, Badminton dan Takraw
Dengan itu tanggungjawab adalah diberi kepada kontraktor untuk mempastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih daripada sebarang sampah sarap, rumpai dan apa juga yang diistilahkan sebagai pencemar pandangan.
3.3 Sempadan Penyelenggaraan
Kontraktor hendakalah menjalankan kerja-kerja penyelenggaan di seluruh kawasan
zon yang telah ditetapkan sepertimana di dalam sebutharga seperti di kawasan:-
3.3.1 Bahu-bahu jalan di dalam kawasan perumahan / kilang / jalan-jalan utama yang terlibat
3.3.2 Pembahagi-pembahagi jalan di dalam kawasan perumahan / kilang / jalan-jalan utama yang terlibat
3.3.3 Kawasan lapang / kawasan hijau 3.3.4 Kawasan sekitar taman permainan kanak-kanak 3.3.5 Kawasan pagar sempanan 3.3.6 Kawasan tanah curam 3.3.7 Kawasan landskap kejur / lembut
F. MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT) Jika didapati kontraktor memungkiri perjanjian dan gagal memenuhi kehendak perjanjian dan Pegawai Penguasa, maka MPPG sama ada akan: i) Melantik pihak ke tiga bagi melaksanakan kerja-kerja yang terdapat dalam skop sebutharga
ini.
ii) Segala kos pembayaran bagi tindakan-tindakan tersebut di atas akan ditolak dari kontrak asal kontraktor.
G. KADAR DENDA
BIL PERKARA KADAR DENDA
1. Sampah tidak dibuang selepas kerja RM 100.00/hari
2. Tidak hadir mesyuarat RM 100.00/ sekali
3. Tidak ada karung plastik RM 100.00/tong@longgok
4. Tidak melaporkan kerja harian RM 250.00
5. Tidak melaksanakan kerja kecemasan RM 300.00/arahan
6. Tidak menghadiri pemeriksaan tapak RM 100/pusingan
7. Kurang tenaga kerja RM 100.00/seorang
8. Tidak memakai pakaian seragam/kelengkapan semasa bekerja
RM 150.00/ seorang
9. Gred A , B , C dan D Bayaran disokong mengikut peratus kerja dan denda
10. Aduan yang didapati benar disebabkan kerja-kerja tidak dibuat oleh kontraktor
RM 150.00/aduan/ hari
11. Tiada penyelia RM 100.00/sehari
12. Tidak menyiram pokok RM1500.00/sehari/keseluruhan kawasan Atau
RM150.00/sehari/satu kawasan
Saya atau syarikat dibawah tanggungjawab saya telah membaca serta memahami kehendak dan syarat
syarat yang telah ditetapkan. Dan akan menjalankan kerja kerja dengan mengikuti syarat syarat pelaksanaan
tawaran dan saya atau syarikat bertanggungjawab serta memahami terhadap segala implikasi terhadap
kaitan kerja yang ditawarkan di dalam tawaran ini.
T/TANGAN KONTRAKTOR : …………………….. T/TANGAN SAKSI : ………………………...
NAMA : …………………………….………………. NAMA : …………………………….………….
COP SYARIKAT : …………………………….…
COP SYARIKAT : ……………………………
TARIKH : …………………………………………
TARIKH : ……………………………….…….
NOTA : DIKEMBALIKAN BERSAMA SAMA BORANG TAWARAN
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG