78 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018) Kepimpinan Berorientasikan Nilai Oleh Mahathir-Soeharto Value-Oriented Leadership By Mahathir-Soeharto Lutfan Jaes 1 , Shahidah Hamzah 2 , Abdul Rahman Abdul Aziz 3 ABSTRAK Selepas tamat Perang Dingin, ahli sains politik meramalkan bahawa “peperangan” berikutnya merupakan peperangan peradaban yang merupakan nilai tertinggi dalam satu-satu budaya. Sumber konflik di pasca-Perang Dingin bukanlah kerana ekonomi, ideologi atau kepentingan negara-bangsa tetapi adalah berkaitan dengan persaingan identiti sesuatu peradaban. Oleh yang demikian, kajian cuba menelusuri gaya kepimpinan Mahathir dan Soeharto yang telah berjaya menggerakkan agenda pembangunan dinamik dengan sentuhan istimewa nilai budaya tempatan. Kajian satu (1) penggal pemerintahan mereka dijalankan bagi mengkaji gaya kepimpinan, sumber nilai budaya tempatan dan “set nilai” yang mereka gunakan untuk menggerakkan agenda pembangunan. Analisis kandungan digunakan bagi mengkaji himpunan teks dan kandungan “Ucapan Tahun Baru”, “Ucapan Kemerdekaan” dan “Ucapan Parti”. Ia dimulakan dengan mengenal pasti kecenderungan pada rangkaian teks. Kemudian setiap “perenggan teks” dikelompokkan kepada “Dimensi Nilai” yang telah ditetapkan. Analisis ke atas “perenggan teks” dilakukan (sekali lagi) secara teliti bagi memahami maksud sebenar serta mengenal pasti nilai-nilai khusus yang ingin disampaikan. Kajian ini mendapati bahawa Mahathir meletakkan rangkaian ucapan parti sebagai rangkaian teks utama. Manakala Soeharto pula menjadikan rangkaian ucapan kemerdekaan (Pidato Kenegaraan) sebagai pilihan utama. Dimensi nilai ”Etika Kerja” pula merupakan dimensi dominan bagi Mahathir manakala dimensi nilai ”Berorientasikan Kuasa” mendominasi nilai Soeharto. Kesimpulannya, pemimpin dengan agenda pembangunan dinamik yang di perkasa dengan sikap yang betul dan penghayatan nilai masyarakat menjadi aspek terpenting kejayaan. Ia dapat dilakukan dengan pemugaran nilai budaya tempatan yang menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada kelestarian pembangunan rantau ini. Dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas pula kepada penggal-penggal pemerintahan mereka yang lain bagi menyokong dapatan yang sedia ada atau menghasilkan penemuan-penemuan baru yang menarik. Kata Kunci : Mahathir, Soeharto, Nilai budaya tempatan, Pembangunan 1 Lutfan Jaes, PhD (Pentadbiran Awam), UTHM, [email protected]2 Shahidah Hamzah, PhD (Teknologi Sosial), UTHM, [email protected]3 Abdul Rahman Abdul Aziz, PhD (Sosiologi Pembangunan), UUM, [email protected]
19
Embed
Kepimpinan Berorientasikan Nilai Oleh Mahathir-Soeharto Value-Oriented Leadership By Mahathir-Soehartojournal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02... · Oleh yang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
78
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Kepimpinan Berorientasikan Nilai Oleh Mahathir-Soeharto
Value-Oriented Leadership By Mahathir-Soeharto
Lutfan Jaes1, Shahidah Hamzah2, Abdul Rahman Abdul Aziz3
ABSTRAK
Selepas tamat Perang Dingin, ahli sains politik meramalkan bahawa “peperangan”
berikutnya merupakan peperangan peradaban yang merupakan nilai tertinggi dalam
satu-satu budaya. Sumber konflik di pasca-Perang Dingin bukanlah kerana ekonomi,
ideologi atau kepentingan negara-bangsa tetapi adalah berkaitan dengan persaingan
identiti sesuatu peradaban. Oleh yang demikian, kajian cuba menelusuri gaya
kepimpinan Mahathir dan Soeharto yang telah berjaya menggerakkan agenda
pembangunan dinamik dengan sentuhan istimewa nilai budaya tempatan. Kajian satu (1)
penggal pemerintahan mereka dijalankan bagi mengkaji gaya kepimpinan, sumber nilai
budaya tempatan dan “set nilai” yang mereka gunakan untuk menggerakkan agenda
pembangunan. Analisis kandungan digunakan bagi mengkaji himpunan teks dan
kandungan “Ucapan Tahun Baru”, “Ucapan Kemerdekaan” dan “Ucapan Parti”. Ia
dimulakan dengan mengenal pasti kecenderungan pada rangkaian teks. Kemudian setiap
“perenggan teks” dikelompokkan kepada “Dimensi Nilai” yang telah ditetapkan.
Analisis ke atas “perenggan teks” dilakukan (sekali lagi) secara teliti bagi memahami
maksud sebenar serta mengenal pasti nilai-nilai khusus yang ingin disampaikan. Kajian
ini mendapati bahawa Mahathir meletakkan rangkaian ucapan parti sebagai rangkaian
teks utama. Manakala Soeharto pula menjadikan rangkaian ucapan kemerdekaan
(Pidato Kenegaraan) sebagai pilihan utama. Dimensi nilai ”Etika Kerja” pula
merupakan dimensi dominan bagi Mahathir manakala dimensi nilai ”Berorientasikan
Kuasa” mendominasi nilai Soeharto. Kesimpulannya, pemimpin dengan agenda
pembangunan dinamik yang di perkasa dengan sikap yang betul dan penghayatan nilai
masyarakat menjadi aspek terpenting kejayaan. Ia dapat dilakukan dengan pemugaran
nilai budaya tempatan yang menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada
kelestarian pembangunan rantau ini. Dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas
pula kepada penggal-penggal pemerintahan mereka yang lain bagi menyokong dapatan
yang sedia ada atau menghasilkan penemuan-penemuan baru yang menarik.
Kata Kunci : Mahathir, Soeharto, Nilai budaya tempatan, Pembangunan
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
ABSTRACT
After the end of the Cold War, political scientists predicted that the next "battle" was the
civilization battle. The source of conflict in the post-Cold War is related to the identity of
a civilization. Therefore, the study attempts to trace the style of Mahathir and Soeharto's
leadership that has successfully mobilized the development agenda with a special touch
of local wisdom. Their single (1) term of their rulings was conducted to examine
leadership characters, sources of local value and set of values which have been adopted
towards materializing developmental agenda. Content analysis method was extensively
used to study texts and contents of “New Yew Speech”, “Nationhood Speech” and “Party
Speech”. Initially, the research focused on the tendencies in each series of speeches.
Then, each “quotation” in every paragraph was used as unit of analysis based on
“Values Dimension” that had been predetermined. Efforts were taken to comprehend the
true meaning of a text and subsequently identified “Derived Values” that were tried to be
imparted. The study found that Mahathir placed the “Party's Speech” as a major textual
network. Meanwhile, Soeharto made the “Nationhood Speech” as the main choice. The
dimension of "Work Ethics" value is also a dominant dimension for Mahathir while the
"Power-Oriented" dimension dominates the value of Soeharto. In conclusion, leaders
with dynamic agenda of development, enhanced with right attitudes and deep
understanding of societal values emerged as crucially important success factor. This
could be carried out by revitalizing cultural values and local wisdom that will spur
significant development towards sustainable development of the region. This study also
recommends that subsequent research can be expended to other terms of their rulings to
support the existing findings and may lead to other new interesting findings.
Keywords: Mahathir, Soeharto, local wisdom, Asian values, development
Pengenalan
Penulisan kajian ini bertitik tolak dari agenda pemimpin dan kepimpinan yang menerajui
pembangunan negara serta masyarakat dengan berorientasikan nilai. Aspek
“pembangunan” merupakan konsep yang berpengaruh dan begitu signifikan kepada
banyak negara-negara baru merdeka pasca Perang Dunia Ke 2. Maka “pembangunan”
menjadi slogan kepada satu rancangan perubahan ekonomi dan sosial besar-besaran
untuk tujuan pemodenan. Antara mekanisme utama ke arah usaha ini ialah agenda
pembangunan dinamik seorang pemimpin yang di perkasa dengan sikap dan nilai yang
betul. Sehubungan dengan itu penulisan ini mengusahakan kajian perbandingan dua (2)
orang pemimpin serumpun yang telah menggunakan falsafah nilai budaya setempat
dalam mengurus pembangunan negara masing-masing.
Satu kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Noor (1999) mendapati, pengaruh
Islam dalam kerangka nilai masyarakat Malaysia (Melayu terutamanya) paling besar
berbanding negara lain di Asia termasuk Indonesia. Di Indonesia, elemen Pancasila
adalah berasaskan kepada budaya Jawa yang kemudiannya diharmonikan dengan nilai-
80
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
nilai Islam berbanding Malaysia yang mendahulukan nilai-nilai Islam sebelum budaya
(Zurina Mahadi & Hukil Sino, 2007). Ini memberikan gambaran bahawa Mahathir di
Malaysia dan Soeharto di Indonesia masing-masing melaksanakan nilai budaya setempat
dalam kejayaan pembangunan.
Di Malaysia, peranan agama Islam dilihat sangat penting oleh Mahathir dalam
mempengaruhi masyarakatnya. Nasionalisme Malaysia pada asasnya adalah berteraskan
Islam. Masa depan ekonomi Malaysia adalah sangat bergantung kepada aspek-aspek
produktif seperti pragmatis, rajin, kadar tabungan yang tinggi dan berorientasikan
pencapaian. Manakala di Indonesia, nilai-nilai jawa yang terterap dalam kepimpinan
Soeharto tidak menjadi satu hal yang besar kerana kebanyakan nilai serta prinsip Jawa
mahupun nilai suku-suku yang lain itu diterima umum sebagai satu nilai sejagat di
peringkat budaya Timur amnya dan di Indonesia khasnya. Malah tindakan-tindakan
Mahathir dan Soeharto di sepanjang pemerintahan mereka mendapat kepercayaan negara-
negara luar sekali gus mendapat kerjasama dan bantuan pembangunan sewajarnya.
Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan Malaysia dan Indonesia
yang lebih gemilang.
Kesimpulan awalnya ialah terdapat pandangan alternatif yang berpendapat
bahawa berlakunya proses “Asianisasi Semula” (Asianization) khususnya di sebelah Asia
Timur. Ia adalah satu usaha percubaan “penjenamaan semula” nilai-nilai tradisi seperti
nilai Melayu Islam, Nilai Konfusius serta Nilai Jawa yang membentuk nilai serumpun
yang dipanggil “nilai Asia”. Nilai-nilai ini digerakkan oleh kepimpinan masing-masing di
Asia seperti Mahathir dan Soeharto dalam menerajui proses pembangunan negara.
Permasalahan Kajian
Pertumbuhan ekonomi sering kali menjadi prasyarat kepada pembangunan sesebuah
negara. Isu kemiskinan masih merupakan isu penting dan diusahakan di kebanyakan
negara membangun. Namun bagi negara-negara bekas jajahan yang agak ke hadapan
seperti Malaysia dan Indonesia, suatu transformasi nasional sedang diusahakan bagi
menyerap tekanan dan kesan globalisasi. Usaha ke arah negara berpendapatan tinggi
menjadi tumpuan utama selari dengan kehendak rakyat yang lebih realistik. Dalam
banyak perbincangan ilmiah, globalisasi (khususnya ekonomi) membawa lebih banyak
“ancaman” berbanding “peluang”. Walaupun petunjuk pemulihan ekonomi dan data
Keluaran Negara Kasar (KNK) memperlihatkan tanda-tanda positif namun ia tidak
diterjemahkan dengan kuasa beli rakyat.
Maka pemimpin politik atau kerajaan yang pintar serta berkemampuan perlu
dipilih dan menjalankan amanah dan tanggungjawab berkesan. Pemimpin sepatutnya
memiliki gagasan ilmu, pemikiran yang mantap dalam menjayakan visi untuk mencapai
matlamat bagi meningkatkan norma-norma kemanusiaan, nilai-nilai kerohanian dan
kemudahan prasarana dalam era kepemimpinan mereka. Ramai pengkaji menyatakan
nilai budaya dalam konteks pembangunan adalah sesuatu yang diberi keutamaan dalam
81
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
kehidupan kerana di situlah tumpuan usaha dilakukan (Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman,
2002).
Dalam hal tersebut penulisan ini cuba membuktikan bahawa nilai yang betul
menjadi elemen terpenting kepada pemimpin dalam usaha menuju kesejahteraan
pembangunan negara dan masyarakat. Pembangunan yang dilaksanakan oleh sebuah
negara tidak boleh terlepas dari corak budaya yang diamalkan. Nilai-nilai yang berakar
umbi dari budaya tempatan (local wisdom) sosiobudaya yang diwarisi oleh masyarakat
sebuah negara mendefinisikan bentuk pembangunan yang dirancangkan. Dalam
penulisan ini Mahathir dan Soeharto masing-masing berjaya menggerakkan tindakan-
tindakan pragmatik dengan gaya kepimpinan dan penerapan nilai berkesan. Mereka
mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya cukup terbatas mengikut
acuan sendiri. Kedua-duanya membawa masyarakat berkembang maju dari satu tahap ke
satu tahap yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman nya mahupun pada
masa kini.
Maka penulisan ini adalah untuk cuba menjawab persoalan berikut
i. Apakah Dimensi Nilai yang digunakan Mahathir dan Soeharto dalam
menggerakkan pembangunan?
ii. Apakah Nilai Terbitan yang digunakan Mahathir dan Soeharto dalam
menggerakkan pembangunan?
Sorotan Karya – Nilai dan Pembangunan
Nilai budaya dan pembangunan adalah dua (2) wacana yang saling berkaitan dalam
kehidupan manusia. Nilai merupakan dimensi yang amat relevan dengan sikap dan
amalan masyarakat dan ini menjadikannya amat penting dalam proses pembangunan.
Manakala pembangunan merupakan satu proses yang berterusan untuk meningkatkan
kualiti dan membangunkan kehidupan dalam masyarakat. Pembangunan juga adalah
proses berterusan yang mencakupi berbagai-bagai dimensi ke arah perubahan sosial yang
lebih baik daripada sebelumnya. Oleh itu, perubahan sosial yang berlaku merupakan
transformasi budaya dan institusi sosial yang terhasil dalam jangka masa berterusan
(Rahimah dan Mohamed Yusoff, 2000).
Nilai mempunyai peranan yang besar bagi menjayakan proses dan tindakan dalam
pembangunan sesebuah masyarakat termasuk negara. Ini menunjukkan bahawa nilai akan
memberi fokus yang lebih jelas terhadap matlamat yang hendak dicapai dalam
pembangunan. Mahathir menegaskan bahawa,
“Kita harus sedar akan betapa pentingnya, kita mengamalkan nilai-
nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita”. Berjaya atau
tidaknya seseorang, atau sesuatu kaum, atau bangsa, bergantung
kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum, ataupun bangsa itu.
Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai
82
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang
mulia, mereka tetap akan gagal”
(Zainul Ariff, 2002).
Nilai adalah titik tolak kepada perubahan yang hendak dilakukan dalam masyarakat. Ini
menunjukkan bahawa nilai yang bersesuaian dengan kemajuan hendaklah dipupuk dan
dipertahankan supaya dapat membantu menjayakan agenda pembangunan pada masa
depan. Justeru, nilai merupakan perkara asas yang akan memastikan sesuatu perubahan
berlaku dalam sesebuah komuniti atau masyarakat.
Oleh yang demikian, nilai yang bersandarkan budaya tempatan mampu
membentuk dan menjustifikasikan kepercayaan, tindakan serta matlamat individu dan
kumpulan. Ia juga mengatur dan mendasari norma dan amalan harian institusi nilai
budaya sesebuah masyarakat. Penekanan kepada nilai budaya kompetitif menuju
kejayaan pula akan menggalakkan sistem ekonomi yang kompetitif, konfrontasi sistem
undang-undang, dan amalan tekanan terhadap kanak-kanak untuk mencapai kejayaan
(Schwartz, 2006).
Sehubungan dengan itu idealisme ke pemerintahan yang berasaskan nilai dan
budaya dikatakan menjadi tunjang kepada gaya kepimpinan Mahathir dan Soeharto.
Kepentingan sistem nilai budaya ini diterjemahkan melalui fikiran, ucapan dan tindakan
masing-masing dengan cara dan gaya yang berbeza-beza.
Vatikiotis (1996) dalam Hilley (2008) menyatakan:
Kesemua ideologi politik moden yang didukung oleh negara Asia
Tenggara sezaman, adalah berasaskan tradisi tetapi memperlihatkan
dirinya sebagai moden, dan berfikir ke arah masa hadapan. Pancasila
di Indonesia, Prinsip Asas di Singapura dan Rukun Negara di
Malaysia, kesemuanya menyokong prinsip masyarakat awam Barat
seperti kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia. Ia juga
menekankan tradisi dan juga masyarakat kolektif: keperluan untuk
bersikap toleransi, kesedaran komuniti yang teguh, disiplin bersama,
menghormati pemimpin dan kerohanian.
Oleh yang demikian, aplikasi nilai yang bersandarkan budaya tempatan dalam kerja-kerja
pembangunan seseorang pemimpin sememangnya tidak boleh di pisahkan. Tanpa acuan
nilai yang kompetitif, pembangunan negara akan menjadi tidak jelas dan tiada arah.
Dalam banyak situasi, pembangunan dan estetika negara yang mapan tidak dapat
dipertahankan. Terjemahan inilah yang menggambarkan keperluan budaya tempatan
setiap masyarakat dalam menerajui pembangunan.
Dalam melakukan kajian ini, penulisan telah merujuk kepada satu kajian
empirikal yang dilakukan oleh So Young Kim bertajuk Do Asian Values Exist? Empirical
Tests of the Four Dimension of Asian Values di dalam Journal of East Asian Studies 10
(2010). Beliau menyatakan bahawa terdapat empat (4) dimensi nilai dalam konteks Nilai
Asia (Asian Values) yang sering di perkatakan iaitu,
83
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
i) Dimensi Nilai Kekeluargaan (Familism),
ii) Dimensi Nilai Perkauman dan Kemasyarakatan (Communalism/
Communitarianism),
iii) Dimensi Nilai Berorientasikan Kuasa (Authority Orientation),
iv) Dimensi Nilai Etika Kerja (Work Ethic).
Nilai dan Pembangunan Cita Sempurna
Syed Hussein Alatas (2000) dalam satu kertas kerjanya di Seminar Kebangsaan Falsafah
dan Peradaban di Alaf 21 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyimpulkan
lima (5) syarat untuk memenuhi sebuah konsep “pembangunan”. Ciri pertama
pembangunan hendaklah mengandungi sifat insaniah (kemanusiaan). Manusia ingin
mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik pada fikirannya. Unsur
insaniah jauh lebih besar dan lebih ragamnya pada masa kini berbanding pada masa yang
lepas. Manakala ciri kedua setiap pembangunan dalam masyarakat ialah mesti
dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur. Pimpinan yang jujur akan menganggap
pembangunan sebagai matlamat manakala pemimpin tidak jujur akan memperalatkan
kekuasaan untuk kepentingan masing-masing atau golongan tertentu sahaja.
Seterusnya ciri ketiga yang digariskan ialah tentang kefahaman dan kesedaran
pembangunan itu sendiri oleh masyarakat. Pembangunan akan terjejas sekiranya “jiwa”
pembangunan tidak wujud di kalangan masyarakat itu sendiri. Ciri keempat, setiap usaha
pembangunan mesti didasarkan kepada ilmu. Tidak ada pembangunan tanpa ilmu dalam
sebarang lapangan sekalipun.
Akhir sekali ciri kelima yang paling kurang/tidak dibincangkan oleh pelopor-
pelopor pembangunan menurut Syed Hussein Alatas ialah pembangunan yang
memerlukan unsur estetika. Sebagai contoh, pembangunan di Eropah dan Jepun begitu
mementingkan sifat estetika. Mereka membangunkan taman bunga, bangunan yang
mempunyai sifat estetik dan organisasi serta peraturan yang teliti. Malah dalam sejarah
Islam umum mengetahui bahawa raja Islam menyelenggarakan pembinaan taman untuk
rakyat dan membina berbagai-bagai tempat berteduh yang ditumbuhi pokok. Bangunan
yang dibina dihiasi dengan ukiran-ukiran seni. Semua ini merupakan nilai estetik dengan
unsur teknologi yang sangat penting.
Oleh yang demikian, selain daripada mengusahakan persoalan kajian utama di
atas, penulisan ini juga mencuba secara tidak langsung mengenal pasti adakah ciri dan
syarat pembangunan seperti yang digariskan oleh Syed Hussein Alatas (2000) dengan
artikel bertajuk “Pembangunan dan Cita Sempurna” terdapat pada kepimpinan Mahathir
dan Soeharto.
Sistem Nilai Asas Mahathir dan Soeharto
Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 4 dilahirkan pada 20
Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Beliau merupakan anak bongsu
84
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
daripada sembilan orang adik beradik. Mahathir menggambarkan kehidupan awalnya
seperti berikut;
“Keluarga saya merupakan golongan kelas menengah rendah dan kami
hidup di kawasan yang dikenali sebagai kawasan setinggan pada hari
ini. Bapa saya bekerja sebagai seorang guru sekolah dan kemudiannya
sebagai seorang juruaudit kerajaan. Beliau mengasuh keluarganya
menjadi cukup ortodoks, cukup berdisiplin dan cukup mementingkan
pendidikan”
(Mahathir, 1999)
Ibu beliau menekankan aspek ajaran Islam sejak kecil. Mahathir mempelajari
agama dan Al-Quran dari ibunya sendiri dan guru agama di sekolah. Beliau mengakui
bahawa ibunya telah membentuk peribadinya dengan mengajar nilai-nilai yang selama ini
beliau pertahankan seperti bersikap sederhana dan tidak mengangkat diri sendiri.
Mahathir mendapat didikan awal (1932) selama dua tahun di Sekolah Melayu sebelum
meneruskan pelajaran di sebuah sekolah Inggeris kerajaan yang kini dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau sering berada dengan buku-bukunya dan penguasaan
Bahasa Inggeris nya sangat baik. Di samping itu beliau mempunyai pengetahuan am yang
tinggi kerana di rumahnya banyak buku dan akhbar (Zahidi Zainol Rashid, 1999).
Pengalaman berniaga nya bermula ketika meletusnya Peperangan Dunia Kedua
(1941-1945). Beliau terpaksa berhenti sekolah dan menjual nasi serta kari bersama rakan-
rakan di kantin pejabat Kerajaan yang menjadi markas kempeitai Jepun. Beliau turut
memulakan perniagaan menjual air halia dan kuih muih, buah-buahan dan hasil kraf
tangan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beberapa nilai penting dipelajarinya sepanjang tempoh
ini dan ia diterjemahkan dalam bukunya The Malay Dilemma dan Panduan Peniaga
Kecil. Apabila perang tamat, Mahathir menyambung semula pelajarannya sehingga
memperoleh Cambridge School Certificate. Beliau ditawarkan biasiswa bagi jurusan
perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan memperoleh ijazah pada
tahun 1953. Sistem pendidikan aliran Inggeris ini memberi ruang kepada beliau untuk
mengetahui dan memahami situasi semasa dan pegangan British ketika itu. Di samping
itu, pendedahan beliau dalam bidang kepimpinan dan penulisan bermula sejak di alam
persekolahan. Dalam hal ini, Mahathir melalui satu permulaan hidup yang baik iaitu
sebuah keluarga yang kukuh, pendidikan yang mantap dan asas agama yang kuat. Asas
agama yang kuat merupakan satu faktor yang penting bagi orang Melayu tradisional
dalam mendidik anak-anak mereka walaupun mereka mendapat sistem pendidikan
Inggeris ketika itu (Rumaizuddin, 2011).
Manakala seorang pemimpin serumpun di Indonesia iaitu Soeharto (Presiden
Indoensia ke 2) dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, Argomulyo, Yogyakarta. Beliau menerima pelbagai jenis asuhan dari sanak saudara dalam keluarga besar berbudaya
Jawa. Kehidupan tani telah mendedahkannya kepada pengalaman dan nilai pertama
dalam kehidupan. Manakala pendidikan agama yang kukuh turut dibekalkan di sepanjang
kehidupannya. Ketika beliau dibesarkan bersama pak cik dan makcik nya, beliau dilayan
sebagai “anak sulung” yang perlu bertanggungjawab dalam segala hal.
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Setelah berusia 14 tahun, Soeharto kembali ke kampung asalnya, Kemusuk untuk
melanjutkan pelajaran Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah di
Yogyakarta. Kerjaya tenteranya bermula pada pada 1 Jun 1940 apabila diterima sebagai
siswa di sekolah militer di Gombong, Jawa Tengah. Setelah enam bulan menjalani latihan
asas, beliau tamat daripada sekolah tentera sebagai lulusan terbaik (pelatih teladan)
dengan pangkat koperal. Beliau secara rasmi menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia pada 5 Oktober 1945. Dalam hal ini secara jelas pengalaman Soeharto sangat dekat
dengan elemen seorang petani dan tentera.
Namun nilai paling awal yang mendasari kehidupan beliau adalah nilai dalam
keluarga dan masyarakatnya iaitu nilai Jawa. Menurut Totok Sarsito (2010), Soeharto
menggunakan dan memanipulasikan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa sebagai
panduan sama ada untuk kepentingan peribadi atau di dalam melaksanakan
pemerintahan. Beliau percaya bahawa beberapa pemikiran Jawa tradisional yang
berbentuk panduan atau “pituduh” dan larangan atau “wewaler” apabila dilaksanakan
akan menjadikan bangsa Indonesia “berbudi bowo leksono” iaitu berperi laku bijak dan
bermurah hati atau “becik sajatining becik” iaitu baik dalam makna yang sesungguhnya.
Soeharto mempunyai komitmen penuh untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan
falsafah Jawa.
Metodologi Kajian
Metodologi kajian melibatkan pendekatan kualitatif. Analisis data dan pengekodan data
menggunakan konsep Computer Analysis Qualitative Data Analysis (CAQDAS). Perisian
Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation
(ATLAS).ti versi 7 adalah digunakan bagi tujuan ini.
Berikut adalah Dokumen Teks Ucapan Mahathir seperti pada Jadual 1.
Jadual 1: Dokumen Teks Ucapan Mahathir
Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk Jenis Teks Tarikh / Tempat
1 M1 “Satu Tanggungjawab dan
Amanah”
Ucapan Parti
(Amanat
Presiden di
Perhimpunan
Agung
UMNO)
26, 27 dan 28 Jun 1981/ Hotel
Hilton, Kuala Lumpur
2 M2 “Negara Yang Bermaruah” 10, 11 dan 12 September