1 Pendahuluan Kepimpinan dalam sesebuah negara Malaysia contohnya, mencorak pelbagai warna dalam dunia politik. Perdana Menteri yang merupakan pemimpin parti majoriti di Dewan Rakyat dengan rasminya dilantik oleh Ketua Negara berpelembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip tertentu model British dan India menyatakan bahawa Perdana menteri bukannya Ketua Negara tetapi merupakan ketua kerajaan yang berkesan. Setiap daripada pemimpin negara yang telah membentuk negara Malaysia yang ada pada hari ini, telah mempengaruhi dunia politik yang tiada berkesudahan. Pada era kepimpinan Tunku Abdul Rahman merupakan satu era untuk membawa bangsa Melayu mencapai kemerdekaan atau melepaskan diri daripada penjajah, maka seluruh semangat perjuangan dipadukan kearah iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Tidak banyak soal jawab atau keraguan kepada usaha-usaha dan perjuangan yang dirintis oleh Tunku Abdul Rahman. Dengan matlamat perjuangan yang jelas, rakyat bersatu dan berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau hinggalah Malaya dan Malaysia kini mencapai kemerdekaan. Begitu juga apabila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku, era kepimpinan beliau yang menekankan pembangunan difahami oleh rakyat jelata, khususnya penekanan beliau kepada pembangunan luar bandar mendapat sambutan yang baik daripada semua lapisan masyarakat. Era Tun Razak dikenali sebagi era pembangunan. Dalam tergesa-gesa mengambilalih kepimpinan atas kematian Tun Razak, Tun Hussien Onn hanya sekadar mengekalkan pentadbiran negara. Ianya lebih merupakan penerusan segala usaha-usaha yang dilakukan yang dilakukan oleh Tun Razak. Oleh itu zaman Hussien Onn adalah satu zaman pengekalan status kuasa dan pentadbiran. Tidak ada banyak perubahan yang ketara dari segi dasar atau perlaksanaan. Sebaliknya, apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, beliau bukan sahaja muncul sebagai seorang pemimpin yang cukup bersedia tetapi juga sebagai seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita untuk berkuasa. Oleh itu, dapat dilihat bagaimana dasar-dasar dan kerencaman dunia politik Malaysia bukan sahaja begitu mendesak dan bertubi-tubi tetapi juga tidak dapat diikuti rentaknya oleh sebilangan rakyat. Tema kepimpinan beliau adalah tiap seorang perlu mempunyai fikiran tetapi perlu juga mempunyai kemampuan dalam menjadikan idea-idea tersebut sebagai satu realiti.
membincangkan isu-isu politik yang berlaku di Tanah Melayu sehimggalah Penubuhan Malaysia dan Pergolakan dalam politik Malaysia.
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Pendahuluan
Kepimpinan dalam sesebuah negara Malaysia contohnya, mencorak pelbagai warna dalam
dunia politik. Perdana Menteri yang merupakan pemimpin parti majoriti di Dewan Rakyat
dengan rasminya dilantik oleh Ketua Negara berpelembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip tertentu model British dan
India menyatakan bahawa Perdana menteri bukannya Ketua Negara tetapi merupakan ketua
kerajaan yang berkesan.
Setiap daripada pemimpin negara yang telah membentuk negara Malaysia yang ada
pada hari ini, telah mempengaruhi dunia politik yang tiada berkesudahan. Pada era
kepimpinan Tunku Abdul Rahman merupakan satu era untuk membawa bangsa Melayu
mencapai kemerdekaan atau melepaskan diri daripada penjajah, maka seluruh semangat
perjuangan dipadukan kearah iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Tidak banyak soal jawab
atau keraguan kepada usaha-usaha dan perjuangan yang dirintis oleh Tunku Abdul Rahman.
Dengan matlamat perjuangan yang jelas, rakyat bersatu dan berdiri teguh di belakang
kepimpinan beliau hinggalah Malaya dan Malaysia kini mencapai kemerdekaan.
Begitu juga apabila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku, era kepimpinan beliau
yang menekankan pembangunan difahami oleh rakyat jelata, khususnya penekanan beliau
kepada pembangunan luar bandar mendapat sambutan yang baik daripada semua lapisan
masyarakat. Era Tun Razak dikenali sebagi era pembangunan. Dalam tergesa-gesa
mengambilalih kepimpinan atas kematian Tun Razak, Tun Hussien Onn hanya sekadar
mengekalkan pentadbiran negara. Ianya lebih merupakan penerusan segala usaha-usaha
yang dilakukan yang dilakukan oleh Tun Razak. Oleh itu zaman Hussien Onn adalah satu
zaman pengekalan status kuasa dan pentadbiran. Tidak ada banyak perubahan yang ketara
dari segi dasar atau perlaksanaan.
Sebaliknya, apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, beliau
bukan sahaja muncul sebagai seorang pemimpin yang cukup bersedia tetapi juga sebagai
seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita untuk berkuasa. Oleh itu, dapat dilihat
bagaimana dasar-dasar dan kerencaman dunia politik Malaysia bukan sahaja begitu
mendesak dan bertubi-tubi tetapi juga tidak dapat diikuti rentaknya oleh sebilangan rakyat.
Tema kepimpinan beliau adalah tiap seorang perlu mempunyai fikiran tetapi perlu juga
mempunyai kemampuan dalam menjadikan idea-idea tersebut sebagai satu realiti.
2
Kerangka Politik: Pemerintahan dan Transformasi Institusi di Bawah Pentadbiran
Tun Dr. Mahathir
Pentadbiran Tun Dr. Mahathir ada pasang surutnya, mungkin cara termudah dan terbaik
untuk memahami pentadbiran Tun Dr. Mahathir bukanlah melihat secara keseluruhan, tetapi
sebagai perjalanan yang terbahagi kepada beberapa fasa. Pentadbiran Tun Dr. Mahathir
boleh dibahagikan kepada empat tempoh (Mohd.Foad Sakdan. 1999).
Fasa pertama, dari tahun 1981 hingga 1984. Suasana pentadbiran pada tempoh ini
tercakup dalam slogan “Kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah” yang digunakan semasa
pilihanraya umum 1982. Antara lain, pentadbiran Tun Dr. Mahathir cuba meneliti
perusahaan milik kerajaan yang disalah-urus dan tidak menguntungkan, menghapuskan
rasuah, memperbaiki keberkesanan birokrasi dan membendung percekcokan dalam politik di
peringkat persekutuan dan negeri. Pada pelancaran kempen “Kepimpinan Melalui Teladan” di
Kuala Lumpur pada 19 Mac 1983, beliau dipetik sebagai berkata, “ Pentadbiran yang bersih,
cekap dan beramanah hanya akan bermakna jika pemimpin, ketua jabatan dan pegawainya
mempunyai nilai-nilai ini, dan oleh yang demikian, pemimpin kerajaan, yang di dalam politik
dan juga perkhidmatan awam, mestilah berjanji dalam usaha memupuk dan memastikan
nilai-nilai ini diamalkan” (Alasgari, 1994). Azamnya untuk merubah institusi politik dan
pentadbiran menjadikannya lebih bertanggungjawab dalam tempoh ini ketara sekali.
Tempoh kedua, dari tahun 1985 hingga 1990, apabila segalanya dengan
memfrasakan Hukum Murphy, yang boleh menjadi silap tetap akan tersilap. Ekonomi
merosot, pertumbuhan pendapatan sebenar jatuh, inflasi meningkat dan kempen
penswastaan mula menunjukkan apa yang digelar oleh ketua pembangkang Lim Kiat Siang
sebagai “perompak”. Tambahan lagi Tun Dr. Mahathir mengahadapi cabaran langsung
daripada paling hebat kepada kepimpinan UMNOnya iaitu pemberontakan Tengku Razaleigh
Hamzah yang berakhir dengan pembatalan pendaftaran UMNO. Pilihanraya umum 1986 dan
1990 merupakan perjuangan yang sukar bagi Mahathir kerana UMNO di cabar dari dalam
dan luar.
Tempoh ketiga ialah dari tahun 1990 hingga 1997. Tiada pertandingan yang lebih
nyata, pilihanraya 1995 memperlihatkan ‘kesan Mahathir’ keatas pengundi Malaysia dan
memusnahkan saki-baki cabaran daripada Tengku Razaleigh dan Semangat 46. Semangat
46 dibubarkan sejurus selepas pilihanraya. Ketika berada di puncak Tun Dr. Mahathir
mengistiharkan Wawasan 2020nya, dan menera kesannya pada Dasar Pembangunan
3
Negara (DPN) untuk membimbing Malaysia. Pada pemilihan parti UMNO 1993, Anwar dan
pasukan wawasannya mengatasi golongan lama dan isu perwarisan pun kelihatan selesai.
Namun, dua tahun selepas pilihanraya keruntuhan Baht negara Thailand menyebabkan
semua mata wag serantau menjunam bersamanya, dan ringgit Malaysia tidak terkecuali.
Dalam sebulan krisis Baht, warisan Tun Dr. Mahathir di sangsi (Yusuf Harun. 2001).
Tempoh keempat ialah daripada tahun 1997 hingga 2003. Ketidaktentuan ekonomi
dan politik mencirikan tempoh ini. Selepas pemilihan parti 1993, Anwar kian mencabar Tun
Dr. Mahathir. Kepantasan berlakunya pemecatan Anwar daripada UMNO memeranjatkan
pemerhati UMNO yang paling matang. Serta merta reformasi menjadi lambang paling nyata
bagi segala-gala yang siap dengan pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Tindakan keras Tun Dr.
Mahathir ke atas reformasi Malaysia berjaya, namun disamping itu ia juga merosakkan
struktur politik dan sosial negara. Tun Dr. Mahathir membuktikan kebertahanannya dalam
politik (Ho Khai Leong & James Chin, 2003).
Institusi-institusi Politik dan Pergolakannya
Semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir, kuasa eksekutif telah diperluas. Badan eksekutif
merupakan pemerintah atau kerajaan dalam sistem parlimen. Tugas eksekutif adalah
melaksanakan tanggungjawab undang-undang yang telah diluluskan oleh badan
perundangan. Hubungan eksekutif dan institusi-institusi politik mengalami beberapa
cabaran. Antaranya:
Eksekutif dan Badan Kehakiman
Sebelum pemerintahan Tun Dr. Mahathir, badan kehakiman adalah bebas daripada
gangguan politik. Kebebasan dan keutuhan badan kehakiman ini talah termaktub dalam
perlembagaan yang menguasai perlantikan, pembuangan dan pengganjaran para hakim.
Hubungan antara badan kehakiman dan eksekutif tidak bersifat kontroversi antara ketiga-
tiga orang Perdana Menteri terdahulu kerana menghormati kebebasan badan kehakiman.
Oleh kerana muncul pembahagian politik dalam UMNO, puak-puak politik telah mengambil
jalan untuk menentukan peranan yang lebih terhad bagi badan kehakiman berbanding
dengan eksekutif. Ketegangan antara badan kehakiman dan eksekutif dengan pantas
meningkat ke puncak apabila Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas, Ketua
Mahkamah Agung dipecat.
4
Beliau dipecat kerana Tun Dr. Mahathir “murka” dengan penghakiman yang dilakukan
oleh beberapa orang hakim kanan dalam beberapa kes mahkamah yang melibatkan UMNO
dan Kerajaan. Antaranya adalah kes pengharaman UMNO, apabila 11 ahli UMNO yang tidak
berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan
kepada mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi
ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut
ialah supaya mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang
dimenangi oleh Team A iaitu Tun Dr. Mahathir (Yahaya Ismail, 1987). Dengan menggunakan
peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan
bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu, pemilihan parti 1987
diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946
itu. Tun Dr. Mahathir cepat bertindak dengan menubuhkan UMNO (Baru). Bermulalah
perebutan di antara kedua-dua puak UMNO untuk mendaftar semula UMNO mereka. UMNO
Baru anjuran Tun Dr. Mahathir berjaya didaftarkan sebagai pengganti parti asal yang
diisytiharkan haram sebelumnya (Rahman Shaari, 1990).
Kemuncak pada episod tersebut ialah apabila 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan
Mahkamah Tinggi (termasuk Tan Sri Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Malaya) telah
bermesyuarat pada 25 Mac 1988 di Kuala Lumpur untuk mencari jalan mengatasi
ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif (terutamanya Tun Dr. Mahathir). Dalam
mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh sebagai Ketua Hakim
Negara menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memaklumkan tentang wujudnya
ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas
menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang
telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak
sebarang tindakan yang khusus untuk diambil sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan
ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan".
Surat keramat itu bertarikh 26 Mac 1988. Selepas perutusan itu dihantar kepada Sultan
Johor iaitu Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail
selaku DYMM Agung pada ketika itu, Tun Salleh telah digantung dari jawatan Ketua Hakim
Negara oleh Tuanku atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Pada masa yang sama Tan Sri Abdul
Hamid telah dilantik untuk memangku jawatan berkenaan. Alasan yang diberikan untuk
penggantungan Tun Salleh ialah Seri Paduka murka terhadap perutusan para hakim (Ho Khai
Leong & James Chin, 2003).
5
Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh dipanggil "mengadap" Tun Dr. Mahathir di Pejabat
Perdana Menteri. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba dan KSN Tan
Sri Sallehuddin Mohammed hadir juga. Tapi hanya Tun Dr. Mahathir yang bercakap
memberitahu Tun Salleh bahawa Yang Dipertuan Agong murka dan telah bersetuju supaya
Tun Salleh dibersarakan daripada jawatannya. Jika tidak, Tun Salleh akan dibicarakan
menerusi sebuah Tribunal atas kesalahan "salah laku". Tun Salleh berkata dia tidak bersalah
apa-apa dan sedia untuk dibicarakan. Pada hari itu juga Tun Salleh menerima surat daripada
Tun Dr. Mahathir yang dia digantung dari jawatannya berkuatkuasa 26 Mei 1988, iaitu hari
sebelumnya.
Pada 28 Mei 1988, Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat
Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Tan Sri Abu Talib pernah berkerja di bawah Tun Salleh di
Pejabat Peguam Negara pada tahun 1970-an. Tan Sri Abu Talib berkata Tun Dr. Mahathir
sebenarnya tidak mahu memecat Tun Salleh. Kes di Tribunal akan memalukan Tun Salleh.
Institusi Kehakiman turut terlibat sama. Oleh itu, Tan Sri Abu Talib mengesyorkan Tun
Salleh bersara terlebih dahulu. Cadangan itu dipersetujui oleh Tun Salleh. Beliau menulis
sepucuk surat kepada Tun Dr. Mahathir berkenaan persaraan tersebut. Surat itu hantar ke
Pejabat Perdana Menteri oleh Tan Sri Talib sendiri. Pada jam 1 tengahari, Tun Salleh
mendapat surat jawapan daripada Tun Dr. Mahathir bahawa beliau menerima permohonan
bersara awal Tun Salleh dan dibenarkan bercuti 96 hari. Namun, pada 29 Mei 1998, Tun
Salleh menulis surat panjang kepada Tun Dr. Mahathir memaklumkan beliau menarik balik
surat persaraan awal pada 28 Mei dan bersedia untuk menghadapi Tribunal.
Sebuah Tribunal Kehakiman telah ditubuhkan untuk menentukan nasib Tun Salleh
pada 30 Jun 1988. Persoalan yang penting ialah, siapa yang layak menganggotai Tribunal?
Dari segi konvensional kehakiman, anggota Tribunal mestilah setaraf atau lebih tinggi
daripada jawatan Hakim yang hendak dibicarakan. Tun Salleh Ketua Hakim. Maka ahli
Tribunal mestilah di kalangan Ketua Hakim atau bekas Ketua Hakim. Kalau tidak ada di
Malaysia, boleh dicari di negara Komanwel. Tetapi ahli Tribunal yang dilantik, ada hanya
seorang sahaja yang setaraf itu pun baru dilantik menjadi Ketua Hakim Sri Lanka. Yang lain-
lain semua junior dari segi kedudukan dalam badan Kehakiman. Pengerusi Tribunal ialah Tan
Sri Hamid Omar, Pemangku Ketua Hakim. Beliau ada personal interest sebab jika Tun Salleh
bersalah beliau dapat naik pangkat. Tan Sri hamid juga adalah salah seorang Hakim yang
menghadiri mesyuarat pada 25 Mac 1988 kemudian bersetuju untuk Tun Salleh menulis
surat kepada Yang Dipertuan Agong. Empat orang anggota Tribunal dari Malaysia itu
6
semuanya berasal atau dilahirkan di Kedah. Tiga orang bersekolah di Kolej Sultan Abdul
Halim (rakan sepersekolahan Tun Dr. Mahathir). Dua lagi iaitu Tan Sri Mohamed Zahir ialah
Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Abdul Aziz Zain ialah peguam.
Sebagai tindak balas terhadap Tribunal, Tun Salleh Abas mengambil tindakan
guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar keperlembagaanan
Tribunal itu. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau membuat permohonan untuk
penggantungan sementara terhadap Tribunal sehingga 4 Julai 1988. Permohonan beliau
ditolak. Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung iaitu Datuk George Seah, Tan
Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi
Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh kemudian bersidang dan memberikan Tun
Salleh Abas perintah interlokutari terhadap Tribunal. Sebaik sahaja menerima perintah itu,
peguam-peguam Tun Salleh pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah interlokutori
itu kepada pengerusi Tribunal. Bagaimanapun, pintu besar yang menuju ke bangunan
Parlimen telah dikunci dan wakil Tun Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk menjamin
laluan masuk ke Parlimen. Akhirnya, perintah interlokutori itu dikemukakan kepada
pengerusi Tribunal. Namun permohonan tersebut ditolak. Tidak lama kemudian, kelima-lima
hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim itu, tiga
orang hakim dipecat (Ho Khai Leong & James Chin, 2003).
Akhirnya melalui perbicaraan Tribunal Tun Salleh didapati bersalah di atas tuduhan
menghina kredibiliti Kerajaan dengan membuat andaian bahwa pihak Eksekutif tidak
menyakini kebebasan badan kehakiman. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada
jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat.
Pada 17 April 2008, semasa anjuran Majlis Peguam Malaysia Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berucap di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-
gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung
dalam kes 20 tahun lalu. Dalam ucapannya, beliau menyentuh "Saya boleh mengatakan
dengan ikhlas yang saya patuh dan akan sentiasa mematuhi prinsip pengasingan kuasa,
membiarkan perkara berkaitan keadilan kepada badan kehakiman. Badan kehakiman
mestilah diperkuatkan menjadi satu institusi yang berkhidmat untuk prinsip demokratik
pemisahan kuasa. Badan kehakiman hendaklah menjadi penjaga kepada Perlembagaan dan
pengawal kepada hak rakyat."
7
Ucapan Perdana Menteri mendapat pujian dari presiden Majlis Peguam yang
mengatakan hakim-hakim yang dipecat sebagai hero yang menggadaikan hidup mereka dan
merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat kembali kes mereka yang ditahan di bawah
ISA. Tiada kenyataan meminta maaf diucapkan tetapi hanya kekesalan.
Percanggahan Idea dan Konflik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir
Menurut Syed Husin (2004), dari mula lagi sudah kelihatan perbezaan pendekatan dan stail
di antara Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan Timbalannya Datuk Seri Anwar, dan
kedua-dua mereka mengakui hakikat ini. Beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO
pada tahun 1997, sudah kedengaran pelbagai cerita tentang perbezaan bahkan
pertentangan di antara mereka (Syed Husin, 2004). Tambah beliau lagi, beberapa hari
sebelum Perhimpunan UMNO sebelum pertengahan tahun itu, Tun Dr. Mahathir telah
mengumumkan wujudnya surat layang yang menuduh Datuk Sei Anwar terlibat dengan
kegiatan seks dengan isteri orang dan liwat dengan seorang pemandu. Pendedahan ini
dilihat oleh setengah-setengah pemerhati sebagai satu percubaan untuk melemahkan
kedudukan Datuk Seri Anwar, yang didakwa kononnya hendak mencabar Tun Dr. Mahathir
sebagai Presiden UMNO. Tidak lama selepas itu, Tun Dr. Mahathir dan juga pihak polis
menyatakan bahawa surat layang itu palsu dan sebagai sampah belaka (Syed Husin, 2004).
Walau bagaimanapun, cerita-cerita tentang perbezaan di antara Datuk Seri Anwar
dengan Tun Dr. Mahathir bertiup bertambah kencang. Apabila krisis ekonomi dalam bentuk
penurunan nilai saham dan ringgit berlaku di negara ini mulai bulan Julai 1997, perbezaan di
antara mereka bertambah ketara (Syed Husin, 2004). Tambah Syed Husin (2004) lagi, sejak
mula lagi, Tun Dr. Mahathir mengambil pendirian bahawa krisis itu disebabkan oleh
spekulator asing dan menamakan George Soros sebagai salah seorang daripada
penyangaknya. Walaupun Datuk Seri Anwar tidak menyuarakan tentangan secara terbuka
terhadap pendirian Tun Dr. Mahathir, namun dalam beberapa ucapan atau kenyataannya di
dalam atau di luar negeri, beliau sering menyentuh tentang kelemahan-kelemahan dalam
kepimpinan serta pentadbiran negara. Beliau sering menggunakan perkataan-perkataan
seperti korupsi, kronisme serta nepotisme dan reformasi, yang dianggap jijik oleh Tun Dr.
Mahathir dan semacam ditujukan tepat ke batang hidungnya (Syed Husin, 2004). Atas
kapasiti beliau selaku Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dana
Kewangan Antarabangsa pada masa itu, Datuk Seri Anwar kelihatan lebih terbuka kepada
8
syor IMF dan Bank Dunia tentang cara mengatasi masalah krisis ini terutamanya dalam
mendapatkan pinjaman daripada dua badan tersebut.
Menurut Syed Husin (2004) lagi, tidak lama selepas perhimpunan itu, Tun Dr.
Mahathir membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan beliau sendiri sebagai
pengerusi dan Tun Daim Zainudin, bekas Menteri Kewangan sebelum Datuk Seri Anwar,
sebagai ketua eksekutif. Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk melemahkan kedudukan
Datuk Seri Anwar dengan MTEN (atau lebih tepat Daim) mengambil alih perancangan untuk
menangani masalah krisis ekonomi (Syed Husin, 2004). Bagi mengatasi krisis ekonomi, Tun
Dr. Mahathir telah mengumumkan apa yang dikenali sebagai “langkah-langkah mengejut”
seperti menetapkan kadar pertukaran ringgit pada RM3.8 bersamaan US$1.00,
membataskan jumlah keluar masuk wang kepada setinggi-tinggi RM10,000, dan memaksa
ringgit di luar negara dibawa pulang dengan mengisytiharkan bahawa selepas sebulan wang
itu akan dianggap tidak laku. Ternyata langkah bijak yang diambil beliau ini di samping
langkah lain seperti dasar penswastaan, berjaya membawa memulihkan ekonomi negara.
Mungkin ekonomi negara akan menjadi bertambah teruk seperti negara jiran (Indonesia)
sekiranya cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima.
Penyingkiran Anwar Ibrahim
Pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disingkirkan daripada jawatannya
sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkan Menteri Kewangan Malaysia (Syed Husin,
2004). Pada keesokan harinya, 3 September 1998, Tun Dr. Mahathir Mohamad
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO lalu mengumumkan pemecatan Datuk
Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO, sekaligus melucutkan semua jawatan beliau dalam parti
(www.tranungkite.net/lama/c03/kempen2.pdf). Beliau disingkirkan daripada UMNO setelah
menjadi Timbalan Presiden lebih daripada lima tahun.
Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah atas tuduhan melakukan perbuatan
tidak bermoral dan penyalahgunaan kuasa. Datuk Seri Anwar mendakwa bahawa beliau
dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Tun Dr. Mahathir serta
orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Tun Dr. Mahathir pula
percaya bahawa Datuk Seri Anwar cuba untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir sebagai
Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang
sama (ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad#Pemecatan_Anwar_Ibrahim).
9
Gerakan Reformasi
Menurut Ho Khai Leong & James Chin (2003), bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim melancarkan pergerakan reformasi apabila beliau dipecat pada bulan September
1998. Judul ini dipinjam daripada protes mutakhir di Indonesia, seperti juga banyak lagi
konsep utama dan kata-kata yang sering digunakan ramai seperti ”KKN” (korupsi, kolusi dan
repotisme, atau lebih kerap digunakan di Malaysia sebagai korupsi, kronisme dan
nepotisme). Krisis Datuk Seri Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali
’Gerakan Reformasi’ dan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Syed Husin (2004), Datuk Seri Anwar menjangka ia akan di tahan di bawah
ISA atau akta-akta lain. Beberapa tuduhan baru telah dihadapkan kepada beliau, kononnya
kerana menghasut dan menyekat penyiasatan polis. Dalam pada itu setiap hari rumahnya
dibanjiri penyokong serta pelawat. Setiap malam beliau berpidato membersihkan dirinya
dihadapan beribu-ribu pendengar. Beliau telah mengisytiharkan mahu membentuk satu
gerakan reformasi. Apakah corak reformasi dan bentuk gerakan itu belum jelas lagi (Syed
Husin, 2004).
Sehingga waktu beliau ditangkap beberapa minggu kemudian, Datuk Seri Anwar
menggesa beribu-ribu orang pengikutnya supaya berjuang untuk keadilan, pemerintahan
baik, ketelusan, kebertanggungjawapan, dasar-dasar untuk memberi manfaat kepada yang
lemah dari segi ekonomi tetapi bukan kroni, dan kebebasan demokratik (Ho Khai Leong &
James Chin, 2003). Seruan ini disambut oleh beribu-ribu orang penunjuk perasaan di jalan-
jalan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, yang sering berhimpun pada lewat 1998,
kemudian secara sekali-kala, disertai juga oleh parti pembangkang dan NGO (Ho Khai Leong
& James Chin, 2003).
Penahanan dan Pendakwaan
Selepas mengadakan perhimpunan tanpa permit di Masjid Negara, berarak ke Dataran
Merdeka dan seterusnya menyampaikan ucapan berap-api yang bersifat provokasi, Datuk
Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada jam 10 malam, 20 September 1998. Menurut
Utusan Malaysia (1998), beliau ditangkap di rumahnya di No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit
Damansara di sini di bawah Seksyen 73(1)(a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Langkah penangkapan Anwar itu dibuat sehari selepas dua lelaki mengaku bersalah di
10
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membenarkan diri mereka diliwat oleh Datuk Seri
Anwar. Polis yang lengkap bersenjata menyerbu rumah Datuk Seri Anwar pada pukul 8.55
malam. Beberapa minit kemudian anggota-anggota polis keluar membawa Ketua Pemuda
UMNO Negeri Sembilan, Ruslan Kassim. Sejam kemudian Datuk Seri Anwar pula diiringi
keluar dari kediaman itu tanpa digari. Saksi-saksi berkata, Datuk Seri Anwar dibawa keluar
dalam sebuah van berwarna putih yang dikelilingi oleh beratus-ratus anggota Unit Simpanan
Persekutuan (FRU) dan beberapa buah kereta peronda polis (Utusan Malaysia, 1998).
Pada 29 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi lima tuduhan
rasuah dan empat tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
(meliwat). Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas
setiap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Hasnah
Datuk Mohd. Hashim. Pihak pendakwaan diwakili oleh Abdul Gani bersama Timbalan-
timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad dan Mohd. Yusof Zainal Abiden serta
Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Augustin. Manakala, Datuk Seri Anwar diwakili oleh tujuh
peguam kanan terdiri daripada dua bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse dan
Zainur Zakaria bersama Christoper Fernando, Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh,
Pawancheek Marican dan Kamar Ainah Kamaruzaman (Kamariah, Norlizah & Norazlita,
1998).
Menurut Kamariah, Norlizah & Norazlita (1998) lagi, tuduhan pertama menyebut
bahawa Datuk Seri Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
melakukan perbuatan rasuah berkaitan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas
tiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali. Dalam pertuduhan kedua, Datuk Seri Anwar menghadapi
dua kes membabitkan perbuatan rasuah yang dilakukan antara 12 dan 18 Ogos 1997 dan
juga 27 Ogos 1997. Datuk Seri Anwar didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 2(1)
Ordinan No.22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970. Selain itu, Datuk Seri Anwar juga dituduh
mengarahkan kedua-dua pegawai kanan polis itu supaya menggesa Azizan dan Ummi
Hafilda memberi keterangan umum bertulis bagi menafikan perbuatan yang sama
(Kamariah, Norlizah & Norazlita, 1998).
Menurut Kamariah, Norlizah & Norazlita (1998), Datuk Seri Anwar turut menghadapi
empat tuduhan berasingan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, dengan sengaja
melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii. Mengikut pertuduhan-pertuduhan itu,
Datuk Seri Anwar didakwa meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja,
11
penulis ucapannya, Dr. Munawar Ahmad Anees, Azizan dan seorang lelaki bernama Hairany
Mohd. Naffis.
Parti Keadilan Rakyat
Pendatang baru dalam barisan pembangkang ialah Keadilan yang dilancarkan pada bulan
April 1999 oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri pemimpin UMNO yang dijatuhkan, Datuk Seri
Anwar Ibrahim (Ho Khai Leong & James Chin, 2003). Keadilan yang dimaksudkan Ho dan
James merujuk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan hasil gabungan Parti
Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Wan Azizah mula-mulanya menubuhkan organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu
Gerakan Keadilan Malaysia (GERAK) dan kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan
Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka. Selepas itu, usaha
menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan Pendaftar Pertubuhan. Maka
gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu
Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1990. Pelancaran Parti
Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999 Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah
parti politik di Malaysia yang lahir daripada gelombang yang melanda negara selepas
pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan
Presiden UMNO pada 2 dan 3 September 1998. Bagaimanapun, seperti yang dijangkakan
ramai, dengan pilihan raya yang hampir muncul, badan ini bertukar menjadi parti reformasi
dan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam Barisan Alternatif (Ho Khai Leong &
James Chin, 2003).
Pembebasan oleh Mahkamah Persekutuan
Datuk Seri Anwar akhirnya dibebaskan setelah empat tahun menjalani hukuman penjara oleh
Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 apabila rayuannya dibenarkan bagi
mengenepikan sabitan kesalahan meliwat. Keputusan itu bermakna Datuk Seri Anwar telah
bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut (Kamariah & Norazlita, 2004).
Tambah Kamariah & Norazlita (2004) lagi sebelum ini Datuk Seri Anwar, 57, telah pun
menjalani hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14
12
April 1999 selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan
kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku. Datuk
Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipenjara selama enam tahun atas 4 tuduhan tersebut,
namun tempoh hukuman dikurangkan setelah beliau berkelakuan baik.
Panel tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Datuk Seri
Anwar dan Sukma untuk mengenepikan sabitan dan hukuman atas tuduhan meliwat bekas
pemandu keluarga, Azizan Abu Bakar (Kamariah & Norazlita, 2004). Dua orang hakim yang
membenarkan rayuan tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid
Mohamad dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud.
Manakala seorang hakim yang membuat keputusan menentang rayuan tersebut ialah Hakim
Mahkamah Persekutuan, Datin Paduka Rahmah Hussain. Hakim Abdul Hamid yang
mengetuai sidang yang mengumumkan keputusan majoriti tersebut, bagaimanapun
mengingatkan orang awam supaya membaca terlebih dahulu keseluruhan alasan
penghakiman sebelum membuat sebarang komen (Kamariah & Norazlita, 2004).
Pilihan Raya Umum
Pilihan Raya Umum Malaysia pada tahun 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang
mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah
sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional yang telah
memerintah negara secara berterusan sejak kemerdekaan. Parti campuran pembangkang ini
digelar Barisan Alternatif yang terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan
Demokratik (DAP), dan Parti Keadilan. Kemenangan 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri
merupakan satu permulaan yang baik untuk Parti Keadilan, akan tetapi semua pemimpinnya
telah tewas dalam pilihan raya ini, kecuali Dr. Wan Azizah.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia pada tahun 2004, Parti Keadilan Rakyat gagal
untuk mengekalkan empat daripada lima kerusi yang dimenanginya pada tahun 1999.
Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim),
mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.
Manakala, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat
memperoleh kejayaan yang boleh dikatakan sebagai kejayaan besar bagi parti yang boleh
13
dianggap mentah ini. Parti Keadilan Rakyat memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen dan 40
kerusi Dewan Undangan Negeri. Berikutan kejayaan dalam mengambil alih kuasa
pemerintahan dalam 5+1 negeri, ketiga-tiga parti melibatkan keadilan, DAP dan PAS telah
bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali Pakatan Rakyat bagi menguatkan
kerjasama sesama mereka dengan Datuk Seri Anwar sebagai Penasihat