See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/326804090 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN~Nur Fazlina Andi Sofyan & Wan Wano Wan Sulaiman Presentation · August 2018 DOI: 10.13140/RG.2.2.27897.77928 CITATIONS 0 READS 23,367 1 author: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: Webinar Conference View project Stress Among Police Officer View project Wan Anor Wan Sulaiman Universiti Malaysia Sabah (UMS) 32 PUBLICATIONS 2 CITATIONS SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Wan Anor Wan Sulaiman on 03 August 2018. The user has requested enhancement of the downloaded file.
21
Embed
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TERHADAP PENGAJARAN DAN ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/326804090
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN~Nur Fazlina Andi Sofyan & Wan Wano
Wan Sulaiman
Presentation · August 2018
DOI: 10.13140/RG.2.2.27897.77928
CITATIONS
0READS
23,367
1 author:
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Webinar Conference View project
Stress Among Police Officer View project
Wan Anor Wan Sulaiman
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
32 PUBLICATIONS 2 CITATIONS
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Wan Anor Wan Sulaiman on 03 August 2018.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH REVOLUSI INDUSTRI 4.0
NUR FAZLINA BINTI ANDI SOFIAN
&
W. ANOR W. SULAIMAN. PHD
SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING (MCP)
FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGENALAN
Kepentingan psikologi pendidikan terhadap pengajaran, pembelajaran
dalam perkembangan pelajar
Psikologi pendidikan amat berkait dengan perkembangan pelajar.
Pelajar haruslah menerima didikan dari peringkat awal untuk
mengetahui, memahami, dan mempelajari tingkah laku, emosi dan
pemikiran pelajar.
Bidang psikologi dapat membantu tingkah laku, emosi serta
pemikiran pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan secara efektif.
Barlow (Syah, 1997 / hal. 12)
2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Dalam kajian ini, rujukan telah dibuat melalui kajian Nur Adilah
binti Harun yang bertajuk keberkesanan faktor psikologi
pendidikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
Universiti. (25 November 2014)
Kajian literatur ini lebih memfokuskan kepentingan atau
hubungan faktor psikologi pendidikan dalam mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar di peringkat universiti.
3
Psikologi merujuk kepada satu kajian secara mendalam berkaitan
tingkah laku yang merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran
manusia dan haiwan secara nyata dan yang terselindung (Boon
Pong Ying dan Ragbir Kaur,1998).
Bukan itu sahaja bidang psikologi amat penting bagi mengenal
pasti perubahan yang berlaku terhadap individu serta faktor-
faktornya semasa awal kelahiran hinggalah dewasa.
4
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Psikologi pendidikan merupakan bidang psikologi gunaan atau praktikal. Ia membina serta menghasilkan teori-teori serta prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada memahami tingkahlaku, emosi, serta pemikiran pelajar.
Psikologi pendidikan memberikan banyak panduan kepada pendidik dan calon pendidik untuk meningkatkan kecekapan proses pembelajaran pada keadaan yang berbeza-beza seperti:
1) Memahami Perbezaan Individu (Para pelajar)
2) Mewujudkan suasana pembelajaran yang Kondusif di dalam kelas
3) Pemilihan Strategi dan Metode Pembelajaran
4) Memberikan Bimbingan kepada Pelajar
5) Menilai Hasil Pembelajaran
Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997) 5
1) MEMAHAMI PERBEZAAN INDIVIDU (PARA PELAJAR)
Seorang pendidik harus berhadapan dengan pelbagai tingkah laku,
pemikiran serta emosi pelajar di dalam kelas dengan berhati-hati kerana
karakter masing-masing adalah tidak sama. Oleh itu, sangat penting untuk
memahami perbezaan karakter pelajar-pelajar tersebut dari segi aspek
pertumbuhan dan perkembangan pelajar agar proses pembelajaran yang
berkesan dan cekap dapat diterapkan.
6
2) MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF DI DALAM KELAS
Pemahaman yang baik tentang ruangan kelas yang digunakan dalam
proses pembelajaran sangat membantu pendidik untuk menyampaikan
ilmu material kepada pelajar dengan berkesan. Suasana pembelajaran
yang kondusif haruslah diwujudkan oleh pendidik sehingga proses belajar
mengajar dapat berjalan dengan berjaya
7
3) PEMILIHAN STRATEGI DAN METODE PEMBELAJARAN
Metod pembelajaran didasarkan pada karakter perkembangan
pelajar. Psikologi pendidikan dapat membantu pendidik dalam
menentukan strategi atau metode pembelajaran yang tepat dan
sesuai, dan mampu mengaitkannya dengan karakter dan
keunikan individu, jenis belajar dan gaya belajar dan tingkat
perkembangan yang sedang dialami oleh pelajar.
8
4) MEMBERIKAN BIMBINGAN KEPADA PELAJAR
Seorang pendidik harus memainkan peranan yang berbeza di sekolah,
tidak hanya dalam pelaksanaan pembelajaran, tetapi juga berperanan
sebagai pembimbing bagi pelajar. Bimbingan adalah jenis bantuan
kepada pelajar untuk membantu mereka dalam mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi.
9
5) MENILAI HASIL PEMBELAJARAN
Pendidik harus melakukan dua kegiatan penting di dalam kelas seperti
mengajar dan menilai. Kegiatan tersebut dapat membantu dalam menilai
tahap pembelajaran mereka. Psikologi pendidikan dapat membantu
pendidik dan pelajar dalam mengembangkan tahap pembelajaran pelajar
agar menjadi lebih baik.
10
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
PERKAITAN TENTANG TINGKAH LAKU PELAJAR.
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung
dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.
Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah
amat penting, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat
sekolah. Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga
menguasai aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan
perkembangan manusia.
seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan
negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran