KEPENTINGAN AKUAKULTURAkuakultur menyumbangkan kira-kira 20
peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu
kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan
dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan
sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut.Pendahuluan :Perikanan
akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang
amatpenting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di
Malaysia.Isi :A)Kepentingan Akuakultur :1. Membekalkan sumber
protein.Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja,
akuakultur telahmenyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik
bekalan protein kepada negara.Justeru, sumber protein yang
dibekalkan adalah mencukupi.Sektor akuakultur menjadi pembekal
tetap kepada negara.Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang
tidak dapat membekalkan ikansepanjang tahun.Sebagai contoh, udang,
ikan kerapu dan ikan keli.2. Menggalakkan program Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D).
Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam
negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan,
cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.Sebagai
contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di
PulauPinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu
tinggi.3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.
Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah
menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu,
dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus
boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan
siakap.Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru
untukmengelakkan fenomena kepupusan4. Mengurangkan kemusnahan dan
gangguan ekosistem.Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh
mengganggu danmemusnahkan habitat.Sebagai contoh, pihak nelayan
tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu
karang.Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra
alam. Sebagaicontoh, penggunaan sangkar dan tong.B)Langkah-langkah
Memajukan Bidang Akuakultur :5. Melalui Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D)Aplikasi bioteknologi dalam
akuakultur.Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu
tinggi seperti keraputikus, siakap dan udang harimau.Kajian tentang
kaedah penternakan yang mesra alam.Sebagai contoh, penternakan ikan
keli yang dijalankan di Kelantan denganmenggunakan tong.Membuat
kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains
pemakananberasaskan akuakultur.6. Meningkatkan bilangan tenaga
pakar dalam bidang akuakultur.Sebagai contoh, Universiti Malaysia
Sabah (UMS) telah menawarkan SekolahBiologi Marin yang memberikan
penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.Universiti Sains Malaysia
(USM) telah memperkenalkan bidang SainsPemakanan.Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekananterhadap cara dan
kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.Latihan kepakaran di
negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.7. Penggunaan teknologi
terkini.Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.Sebagai
contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM
untukmemajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.Teknologi
pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan
menghasilkanbahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.8.
Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.Teknologi pengawetan
telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yangtahan lama dan
boleh dieksport.Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli,
siakap dan kerapuPenghasilan makanan berasaskan hidupan marin
seperti bebola ikan, keropokudang dan sos tiram.Penutup :Sektor
akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang
berterusan
KULIAHPERIKANAN
1.JENIS-JENIS PERIKANAN
a)Perikanan Pinggir Pantaib)Perikanan Laut Dalam
Pinggir PantaiLaut Dalam
Jarak
Lokasi
Bot / Kapal dan Peralatan
Jangka masa di laut
Jenis Ikan
Skala Pengeluaran
Modal
Tenaga BuruhTidak melebihi 32 km dari pantai dan kedalaman laut
kurang daripada 180 meter.Perairan Laut China Selatan, Selat
Melaka, Selat Teberau dan Laut SuluMenggunakan bot yang kecil yang
hanya menggunakan peralatan tradisional spt pukat tangkul, pukat
tarik dll
Tidak melebihi satu hari (pergi pagi, balik petang atau
sebaliknya)
Tenggiri, bawal, bilis, udang, sotong dllBiasanya kecil dan
sedikit. Digunakan untuk keperluan keluarga, yang lebih akan
dijual.Kecil golongan nelayan yang miskin. Tidak mampu utk
menyediakan peralatan perikanan yang moden.
Terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Tidak dibayar gaji
tetap. Bergantung kpd hasil tangkapanMelebihi 32 km dari pantai dan
kedalaman laut melebihi 180 meter.Laut China Selatan, Lautan
Pasifik, Selat Melaka dan Lautan HindiMenggunakan bot yang besar
dengan dilengkapi peralatan moden spt alat perhubungan (radio),
radar pengesan ikan, pukat tunda, bilik awet dingin dllBerada di
laut lebih drp. seminggu. Bagi negara dlm sektor perikananspt Jepun
dan Thailand lebih daripada tiga bulanTuna, tenggiri, ikan yu,ikan
paus dllHasil banyak . Dijual atau dieksport keluar Negara. Juga
utk keperluan ind. pengetinan ikan khususnya ikan sardin.Besar
syarikat syarikat swasta dan kerajaan. Mampun utk menyediakan
peralatan perikanan moden.
Buruh mahir yang bergaji tetap. Kerja yang dijlnkan mengikut
pengkhususan spt bahagian tangakapan, proses ikan dll
Peta Lokasi Kawasan Perikanan Di Malaysia.
c) Akuakultur / Pemeliharaan Ikan
Dijalankan untuk memberipendapatan sampingan kepadaparanelayan
dan juga petani terutama pada musim tengkujuh apabila nelayan tidak
dpt turun ke laut kerana ombak yang besar.
Mempastikan bekalan ikan di pasaran tempatan mencukupi dan dapat
mengurangkan import ikan dari negara lain. Dapat menguurangkan
pengaliran mata wang negara keluar.
Menggunakan teknologi moden seperti kolam buatan,
penternakanikan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan, makanan
ikan, rawatan air, dan ikan diasingkan mengikut umurdan saiz.
Akuakultur Pemeliharaan ikan air tawarMarinkultur pemeliharaan
ikan air payau / masin
Lokasi
Jenis ternakan
Orientasi Pengeluaran
PemilikanSungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi.Contoh :
Mercangdi Terengganu, Temerloh di Pahang
Ikan patin, tilapia, karp, kelah, kaloi, udang galah, ikan keli
dll
Utk keperluan tempatan bg memenuhi kekurangan bekalan ikan di
pasaran tempatanLebih banyak dimiliki oleh individu yang
mengusahakan nyasecara kecil-kecilan.Bantuan subsidi atau pinjaman
dr pihak kerajaan.
Muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau
teluk yg terlindung.Contoh :Kuala Setiu di Terengganu, Pantai Sri
Tujuh di Kelantan, Mersing di JohorIkan siakap, kerapu, ketam,
tiram, udang harimau dll
Lebih kpd eksport ke negara luar.Contoh : udang harimau
dieksport ke JepunDimilki oleh syarikat-syarikat swasta kerana kos
penyelenggaraan yang tinggi.
2.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR
PERIKANAN
(A)FAKTOR FIZIKAL (BMB)
a)Kedudukan Malaysia di atas Pentas Sunda dan dikelilingi oleh
laut yang cetek spt Laut China Selatan dan Selat Melaka. Laut yang
cetek kurang drpd 180 meter membolehkan cahaya matahari sampai ke
permukaan laut , menggalakkanpertumbuhan dan pembiakan plankton dan
zooplankton iaitu sumber makanan ikan yang utama membolehkan ikan
membiak
b)Pinggir pantai yang panjang dan berteluk-teluk sesuai
dijadikan kawasan pembiakan ikan kerana terlindung drpd tiupan
angin.Juga sesuai untuk dibina pelabuhan- pelabuhan perikanan
seperti Kuala Perlis di Perlis, Kuala Kedah di Kedah dan Tok Bali
di Kelantan.
(B) FAKTOR KEMANUSIAAN
i)TENAGA BURUHa)Dalaman dan Luar Negara. Mudah dan murah
didapati. Mahir dan separa mahir kerana merupakan kerja tradisi
bagi penduduk di tepi pantai. Latihan yang diberikan sama ada
latihan jangka pendek (kurang drpd 3 bulan) mahupun latihan jangka
panjang (lbh drp 6 bulan diploma), Contoh : Pusat latihan di
Chendering Terengganu yang dikendalikan oleh LKIM
b)Buruh luar negara terutamanya dari Thailand, mahir dan kos
buruh yg murah.
ii)PASARANa)Dalam dan luar negara. Dalam sumber makanan dan
sumber protein utama yang palingmurah.Permintaan yang tinggi (bahan
mentah) daripada industrihiliran yang berkaitan seperti industi
membuat iakan sardin, keropok, ikan kering, dan industry membuat
makanan kucing(friskies dan whiskies)
b)Luar negara dari Jepun mengimport udang harimau utama
Malaysia, Singapura dan Taiwan berlaku imbangan pembayaran dan
pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia.
iii) JARINGAN SISTEM PENGANGKUTANa)Kemudahan jalan pengangkutan
yang baikterutamanya jalan raya membolehkan ikan diangkut ke
pasaran tempatan dengan cepat. Ini dapat menjaga kesegaran ikan. Di
samping itu kemudahan lori awet dingin juga menentukan kesegaran
ikan dibawa ke pasaran. Contoh : jalan raya daripada Kg. Geting ke
Bandar Pasir Mas di Kelantan.
Pasaran luar jalan laut digunakan.Ikan diangkut menggunakan
kapal yang dilengkapi dengan kemudahan bilik awet dingin yang
dikendalikan oleh MISC. Kos pengangkutanjuga murah.
iv) DASAR KERAJAAN
a)Penubuhan LKIM berperanan membina kompleks pendaratan ikan dan
kilang ais utk kemudahan nelayan mendaratkan ikan dan menjual hasil
tangkapan tanpa melalui orang tengah. Contoh : Tok Bali,
Kelantan
b)Mewujudkan kawasan tukun tiruan- kawasan pembiakan ikan.
Menambahkan bekalan ikan.Tukun-tukun dihasilkan daripada
tayar-tayar terpakai, konkrit batu dan kapal-kapal karam.
c)Taman-taman laut-tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan
tersebut. Kawasan pembiakan ikan.Denda dikenakan bila tangkap ikan.
Contoh : Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau
Pangkor di Perak dan Pulau Payar di Langkawi, Kedah.
d)Menubuhkan pusat-pusat penyelidikan utk hasilkan benih-benih
(baka-baka)ikan bermutu tinggi. Contoh : ikan talapia, ikan karp,
ikan siakap dll. Penyelidikan dilakukan di Batu Maung, Pulau
Pinang. Juga pusat latihan perikanan untuk hasilkan buruh-buruh
mahir dan separa mahir dlm sektor perikanan. Latihan jangka pendek
(kurang 3 bulan) dan latihan jangka panjang (lebih 6 bulan).
Contoh: Pusat Latihan Chendering di Terengganu.
3.KEPENTINGAN SEKTOR PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI
SESEBUAH NEGARA
a)SUMBER MAKANANBudaya pemakanan Negara kita bergantung kpd
sumber perikanan- sumber protin pentingdan pelengkap kepada makanan
ruji iaitu nasi bagi penduduk Asia seperti Jepun, Korea, Filipina,
Malaysia dan Indonesia.b)MENYUMBANGKAN KEPADA PENDAPAT NEGARASumber
perikanan laut dalamyang kaya mampumenghasilkan pendapat eksport
yang tinggi.Contoh Negara Thailand telah mengesport sumber laut
dalam kepada Negara spr Malaysia,Singapura manakala Malaysia pula
mengesport hasil perikanannya ke Singapura,Taiwan dan Korea.Ini
dapat menguntungkan Negara dari segitukaran mata wang asing kerana
Negara pengimport mempunyai nilai matawang yang tinggi.
c) PELUANG PEKERJAANMenyediakan peluang pekerjaan seperti
nelayan, pekerja kilang memproses dan kilangais,penternak,
penyelidik dan sebagai.Contohnya pendudukyang tinggal di tepi
persisiranpantai, seperti Pahang,Terengganu dan Kelantan bergantung
kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki. Hasil tangkapan
terutama perikanan laut dalam dapat member pulangan lumayan.ini
dapat menambahkan perdapatan perkapita penduduk.
d)PERKEMBANGAN INDUSTRI BERKAITANMenggalakkanperkembangan
industri berkaitan dengan perikanan seperti industry pengentinan
(ikan sardine), industry memproses ikan kering dan keropok,
pembuatan bot, kilang ais dan lain-lain. Industri ini menyediakan
peluang pekerjaan yang banyak dan menjadi pekerjaan sampingan
terutama pada musim tengkujuh( nelayan tidak dapat turun ke
laut).
Dapat menjanakan industri pelancongan yang berkonsepkan home
stay iaitu program tinggal bersama keluarga nelayan contohnya
program yang dipromosikan oleh LKIM. Contohnya Pulau Aman PP, Bagan
Lalang (Selangor),Bachok (Kelantan)
e)MEMBANTU MENINGKATKAN TEKNOLOGIMembantu meningkatkan teknologi
contohnya teknologi awet beku,penggunaan radar pengesan,penyediaan
habitat tiruan dan sebagainya.teknologi perikanan berkembang
melalui usahaR&D contohnya Batu Maung, Pulau Pinang,Tanjung
DemongMasalah perikanan
1. masalah kekuranganmodal2. kekurangan teknologi3. masalah
buruh4. masalahkeselamatan nelayan5. masalah perairan antara
bangsa6. Masalah kepupusan sumber ikan
4.KESAN-KESAN PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERIKANAN
Kesan Positif :1.Menyediakan peluang pekerjaan kpd penduduk
terutamanya penduduk setempat. Contoh : nelayan, pemandu lori,
pengusaha kilang ais dll. Meningkatkan pendapatan individu dan dpt
meningkatkan taraf hidup.
2.Tanah terbiar dapat digunakan dengan berkesan iaitu membina
kolam untuk menternak ikan (akuakultur). Petani dan nelayan dapat
pendapatan sampingan dan juga menggunakan masa lapang yang terluang
dengan berfaedah. Contoh : penternakan ikan keli di Kg. Tal Tujuh,
Pasir Mas, Kelantan.
1.Pencemaran air-khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan
perikananakibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan,
pembersihan bot, sisa domestic dan tumpahan minyak bot. Akibatnya ,
permukaan air laut diliputi oleh minyak. Pancaran cahaya matahari
tidak sampai ke dasar laut. Plankton tidak membiak. Bekalan makanan
ikan kurang. Ikan mati.Bekalan ikan pupus.
2.Kemusnahan ekosistem paya bakau pembinaan kolam merinkultur di
kawasan hutan paya bakaudi zon pinggir pantai menyebabkan hidupan
asal seperti ketam, lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesis burung
akan turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan menjejaskan
ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan kadar populasi asal
hutan paya bakau berkenaan. Contoh : di Sabak Bernam, Selangor.
3.Kepupusan hidupan akuatik tangkapan ikan yang berlebihan dan
tanpa kawalan terutamanya apabila menggunakan pukat tunda di
kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad.Di kawasan
pinggir pantai, aktiviti menuba (menggunakan racun) dan
penggunaankuasa letrik di kawasan paya, kolam, tasik dan sungai
menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan
ikan masa depan akan pupus.
5.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKANKESAN PERIKANAN KEPADAALAM
SEKITAR
A)PERUNDANGANAkta perikanan dikuatkuasakan oleh Jabatan
Perikanan dan Polis Marin Contoh :Seksyen 38(1) dan Seksyen 41(1) .
Jabatan Alam Sekitar menggunakan Akta Alam Sekitar (1974) tindakan
tegas terhadap nelayan yang menyebabkan pencemaran kepada alam
sekitar.
Mewartakan taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Kapas dan
Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Payar di Langkawi sebagai zon
larangan aktivitipenangkapan ikan.
Bagi nelayan yang melanggar peraturan, hukuman berat sama ada
denda dan kompaun yang tinggi dikenakan, rampas peralatan menangkap
ikan termasuk bot serta hukuman penjara.
Rondaan dan pemantauan pihak berwajib, seperti Jabatan
Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Polis Marin perlu
dipertingkatkan untuk mengurangkan masalah pencerobohan nelayan
asing dan masalah pencemaran air.
Langkah-langkah lain yang boleh diambil batalkan permit
perikanan dan tarik lesen operasi.
B) PENGURUSAN YANG STATEGIK
Memperluaskan kawasan perletakan tukun-tukun tiruan utk menambah
habitatdan kawasan pembiakan ikan .Tukun-tukun tiruan diperbuat
daripada tayar-tayar terpakai, konkrit-konkrit batu,dan kapal-kapal
karam.
Mengurangkan atau menghadkan pengambilan kawasan paya bakau dan
payanipah secara besar-besaranuntuk dijadikan kawasan penternakan
ikan marinkultur dan akuakultur.
C) KEMPEN
i) KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITARi)Melancarkan
kempen kesedaran kpd penduduk tentang kepentingan menjaga
kebersihan dan hidupan akuatik. Contoh kempen :Cintailah Hidupan
Laut atau Cintailah Hidupan Akuatik. Kempen boleh dilakukan oleh
pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO)secara aktif dan
berterusan sama ada melalui media cetak ataupun media
eletronik.
ii)Pendidikan pula secara formal mahupun informal. Pendidikan
formal diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah bermula dari
pendidikan sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi
(Universiti).Contoh : mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi
danIjazah Sains Alam Sekitar.
DEFINASIAkuakulturialahprosesmenternakspesieshidupan(haiwandantumbuhan)airtawar,airpayauatauairmasindidalampersekitaranyangterkawal.Selainitu,akuakulturjugamerangkumisegalaaktivitipengeluaran,pemprosesandanpemasaranprodukhidupanair.AntaraspesisyangbolehdijalankanakuakulturialahikanTilapia,Keli,Baung,Patin,Temoleh,Jelawat,Lampam,Karp,Haruan,UdangGalahdanikanhiasanuntukperairanairtawardanKerapu,Siakap,Jenahak,UdangHarimau,tiramdansiputsuduuntukperairanairpayaudanlaut.Ternakansumber-sumberorganismasemulajadiair.Sebagaisatukegiatanmenusiayangmenggunakandayadanusaha/tenagaburuhnyauntukmembaikipengeluaranorganisma-organismayangbergunadidalamair.Inimelibatkanfaktor-faktortumbesaran,kematiandanpembiakanorganismatersebut.Merujukkepadaaktivitiekonomi,memelihara,menternakorganisma-organismaakuatikdimanadijalankanolehorangperseorangan,orangberkumpulanuntukmeningkatkandayapenghasilansumber-sumberasliperikanan.MATLAMATAKUAKULTURUntukmembantupembangunanindustriakuakulturbagimempertingkatkanpengeluaranikannegara.Meningkatkankualitidankuantititernakansertamenggunakansepenuhnyasumbertanahdanperairanyangsediaada.Antarakawasan-kawasanyangbolehdimajukanuntukakuakulturadalahtasik,bekaslombong,empangan,kolam,konkrit,muarasungaidanlautsertaakuarium.Melahirkan
berkemahiran dan produktif dalam membuat pembenihan, pembiakan,
pemeliharaan dan pengeluaran ternakan
akuakultur.OBJEKTIFMemperkenal dan memajukan industri
akuakultur.Menggalakkan pembangunan industri akuakultur secara
teratur dan berterusan serta perlaksanaannya ke tahap komersial dan
sebagai satu perniagaan/punca pendapatan yang lumayan kepada
penternak.Mewujudkan kesedaran dan kepentingan memperbaiki
teknologi bagi meningkatkan pengeluaran akuakultur di dalam kawasan
projek.Memaju serta menyampaikan teknik-teknik ternakan ikan yang
terbaru untuk diamalkan oleh penternak-penternak di dalam usaha
meningkatkan pengeluaran.Menambah sumber ikan dan bekalan protein
negara di samping mengurangkan pergantungan kepada import
ikan.Pengetahuan asas kepada sejarah, prinsip dan teknik-teknik
dalam akuakulturMemahami aspek-aspek biologi dan ekonomi dalam
industri akuakulturPendedahan terhadap teknik pengurusan kolam,
kaedah pembiakan dan teknik pendederan larva serta juvenil
organisma yang diternakKEPENTINGAN INDUSTRI AKUAKULTURMenghasilkan
sumber protein. Pada masa ini harga daging adalah mahal, jadi
pilihan beralih kepada ikan.Memberi peluang pekerjaan secara
langsung kepada penduduk sesebuah negara terutamanya negara yang
sedang membangun.Memberi punca pendapatan secara tidak langsung
iaitu dengan cara perkembangan industri seperti pemprosesan
ikan,peti sejuk,pemprosesan makanan ikan, pembinaan kapal dan
lain-lain.Menambah sumber makanan kepada penduduk dunia yang kian
meningkat dengan pesatnya.Meningkatkan pendapatan dan hasil negara
dengan cara mengimport dan menambahkan pertukaran wang asing.Dapat
menjimatkan penggunaan tanah di mana kolam udang/ikan tidaklah
seluas jika dibandingkan dengan ternakan lembu yang menggunakan
tanah yang lebih luas.Untuk menggantikan sumber ikan semulajadi
yang semakin berkurangan, negara Jepun telah pun mengamalkan sea
farming.Untuk negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu,
Kelantan dan Pahang- sebagai bekalan tambahan apabila musim
tengkujuh kerana nelayan tidak dapat turun ke laut. Oleh itu,
bekalan ikan diperolehi daripada akuakultur.Menggunakan
sumber-sumber perairan akuatik yang luas di mana ianya selama ini
tidak produktif untuk pengeluaran makanan.Persepaduan dengan
aktiviti pertanian
Sektor perikanan.
Perikanan pingir Pantai.1. Konsep: Dijalankan di laut cetek,
kurang 32 km dari pinggir laut dan kedalaman air kurang 180 meter.
Seperti laut China Selatan, laut sulu, selat Melaka dan selat
tebrau.
Ciri-ciri:a. Teknologi atau peralatan yang digunakan :
Tradisonal seperti bubu, pompang, pukat tarik, pukat tunda, bitol,
pancing dan kelongb. Jenis tangkapan : tenggiri, parang, bawal,
bilis, udang dan lain-lain.c. Skala pengeluaran : kecil dan
sedikit. Lebihan dijual atau ditukar dengan barangan lain.d. Modal
: Miskin , bergantung kepada orang tengah atau pinjaman dan bantuan
subsidi dari kerajaan. Biasanya melibatkan keluarga dan saudara
mara.e. Penggunaan orang tengah : memasarkan hasil dan modalf.
Dilakukan secara berulang alik (harian)g. Hasil tangkapan
rendah
2. Faktor yang mempengaruhi aktivti perikanana. Keadaan fizikal
kawasan tersebutb. habitat ikanc. permintaan ikand. sumber
pendapatan negarae. pekerjaan tradisonal pendudukf. polisi dan
galakan kerajaang. kekurangan bekalan dan sumber protein haiwanh.
perubahan cita rasa.
3. Masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti perikanana.
masalah kekurangan modal, teknologi dan kepakaranb. masalah
kemunduran dalam kajian dan penyelidikan berkaitan dengan akitiviti
perikanan pinggir pantai dan ekosistem pantaic. masalah kerjasama
antarabangsa/antara negara , sempadan perairan dan ancaman
keselamatan mematuhi perjanjian dan pencerobohan dan kegiatan
perlanunan.d. kerosakan kawasan pemeliharaan akibat aktiviti
pembangunan dikawasan pinggir pantai seperti pelancongan,
prlombongan. Ini akan mengurankan hasil tangkapane. penangkapan
ikan berlebihan kehadiran pukat harimau, pukat cerut. Ini akan
memupuskan sumber.f. masalah cuaca, ancaman musim tengkujuh, dan
muara sungai yang semakin cetek terutama selepas banjir.g. masalah
orang tengah : beli degan harga yang murah ( cekik darah)h. tenaga
kerjai. pemasaran
4. Langkah mengatasia. memberikan bantuan/ kemudahan dari segi
kewangan, peralatan, latihan dan perkhidmatan nasihat dan
bimbingan.b. memajukan teknologi, kepakaran dan penyelidikan dalam
negeri termasuk kerjasama dan usaha sama dengan negara-negara
terpilih majuc. mempertingkat kerjasama antara negara /antara
bangsa dari segi kawalan keselamatan, perundangan, zon / sempadan
perairan dlld. Pemuliharaan kawasan kawasan pembiakan ikan di
pulau-pulau, pinggir pantai, kawasan karang, tukun tiruan.e.
Penguatkuasaaan undang-undang iaitu larangan terhadap kawasan
tertentu dan alat-alat yang tertentu.f. Memajukan aktiviti hiliran
termasuk pemasaran
5. Kesan Perikanan Pinggir Laut- Bekalan ikan semakin
berkurangan- Kerosakan keseombanga laut- pencemaran dari kilang
memproses ikan- mengalakan akuakultur ikan
Perikanan Laut Dalam
1. Konsep- Kegiatan perikanan yang dilakukan secara
besar-besaran yang melibatkan kawasan laut yang lebih jauh yang
melibatkan perairan antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Lautan
Atlantik dan Lautan Hindi.- Jarak lebih 32 km dan kedalaman
melebihi 180 meter- melibatkan kawasan perikanan antarabangsa iaitu
di kawasan Zon Ekonomi Eklusiff.
Ciri-ciri.a. Penggunaan peralatan moden seperti kapal-kapal ,
bilik pendingin beku, bilik memproses dan pelbagai kemudahan lain
seperti penggunaan radar bagi mengesan kumpulan ikan dan lain-lain.
Berat kapal melebihi 200 tan.b. Pekerja yang terlatih dan secara
khususc. Hasil tangkapan : untuk tujuan eksport, tangkapan ikan
sejenis seperti ikan tuna, tenggiri, , bawal, merah dan lalin-lain.
Kadang kadang tangkapan ikan secara khusus saja seperti tuna atau
pausd. Skala pengeluaran : banyak dan besar-besaran untuk tujuan
eksport ke luar negara dan digunakan dalam industri pengetian khusu
ikan sardine. Nelayan tinggal lama dilaut sekurang-kurangnya
1bulanf. Modal : besar dan dimiliki oleh syarikat swasta atau
koperasi nelayan. Modal besar untuk membeli bot kuasa tinggi, pukat
moden seperti tunda, sistem komunikasi, bayaran upah dan
sebagainya.
2. Faktor yang menggalakan kegiatan perikanan laut dalam-
memelihara sumber perikanan pingir pantai dari pupus-
Mengekploitasi sumber laut dalam yang banyak- meningkatan
pendapatan nelayan- memberi peluang kepada penduduk pantai-
Bersaing dengan nelayan asing di perairan antara bangsa.
3. Masalah yang dihadapi oleh Perikanan Laut Dalam- modal-
tenaga buruh yang mahir- teknologi moden- Pencerobohan nelayan
asing- Masalah perlanunan
4. Masalah yang ditimbulkan oleh Perikanan laut Dalam-
Pencerobohan kawasan tangkapan pinggir pantai- memusnahkan kawasan
terumbu karang- menyebabkan ikan mengalami kepupusan- konflik
dengan nelayan pinggir pantai- pencemaran sumber / alam
5. Kesan perikanan laut dalam- Lebihan tangkapan sumber laut
akan berkurangan- menggugat ekologi laut mengurangkan bekalan laut,
menjejaska rantaian makanan laut- Pencemaran laut oleh tumpahan
laut- kepupusan ikan paus- pencerobohan nelayan asing ke kawasan
Zon Ekonomi Eklusif- bekalan pelbagai jenis ikan yang banyak
dipasaran- Meningkatkan pendapatan ekonomi negara.
Perikanan Akuakultur1. Konsep:Akakultur ialah usaha manusia
melalui pembekalan tenaga dan buruh bagi memperbaikik penghasilan
organisma kuatik yang berguna. Kegiatan ini dijalankan secara
(manipulasi yang disengajakan) ke atas kadar tumbesaran, kematian
dan pembiakan organisma tersebut. Di Malaysia, Akuakultur meliputi
penternakan ikan air tawar dan ikan air payau. Jenis ternakan ikan
ialah udang, ikan, tiram dan kerang. Akuakultur dijalankan di
sungai, tasik, sawah padi, bekas lombong, kolam dan muara
sungai.
Ciri-ciri:a. diusahakan secara individu secara kecil-kecilan dan
juga dengan bantuan pihak LKIMb. Jenis yang dipelihara seperti Kap
Cina, tongsan, tilapia, keli, haruan dan lain-lainc. Hasil yang
diternak dijual dipasaran tempatan dan sebahagian di eksport ke
singapura, Thailand dan lain-laind. Permintaan agak terhad kerana
ikan berbau dan kurang digemari ramai.
2. Kepentingan Akuakultur kepada pembangunan negara (STPM
2009)a. memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk : meningkatkan
taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran
b. Meningkatkan kadar KDNK negara : pengeksportan hasil
akuakultur negara seperti udang harimau dll.
c. Sumber protin : sumber protin tambahan penduduk selain hasil
laut
d. Kesan pengganda : memberikan kesan penganda kepada sektor
lain seperti IKS iaitu makanan berasaskan ikan, udang, ketam dll
serta perkembangan industri yang berkaitan dengan
akua-pelancongan
e. Meningkatkan pembangunan: infrastruktur seperti elektrik,
air, jalan raya dll serta membanggunkan kawasan terbiar seperti
bekas lombong, tasik, tanah terbiar dan lain-lain
f. Mengurangan kebergantungan kepada sumber laut sahaja :i.
sumber perikanan laut semakin berkurangan akibat pencemaran laut ,
tangkapan yang berlebihan,/ kepupusan atau akibat kerosakan kawasan
habitat ikan, serta pertambahan penduduk yang pesatii. pertambahan
penduduk yang pesat, bekalan laut idak mencukupi dan bergantung
kepada sumber akuakulturiii. bekalan ikan tidak terganggu mengikut
musim seperti musim tengkujuh dapat ditampung oleh sumber
akuakultur
g. memperkembangkan teknologi dan R&D :i. teknologi
pembiakbakaan dan pemakanan ternakan akuakultuuuur berkembang
pesatii. teknologi kawalan air dan rawatan air
kolam/sangkar/takunganiii. teknologi pengawetan dan pembungkusan
untuk menjamin kesegaran terutamannya untuk pasaran eksport
h. mewujudkan pelbagai ekonomi dan memanfaatkan sumber terbiari.
kepelbagaiaan ekonomi dalam ekonomi sektor pertanian iaitu ternakan
akuakultur dan marinkulturii. memanfaatkan sumber yang ada seperti
kolam/tasik, bekas lombong, paya, sawah padi terbiar, sungai dan
muara sebagai sumber pendapatan.
i. Pasaran dan permintaan yang tinggii. pasaran dalam dan luar
negaraii. harga yang kompetetifiii. pilihan/memenuhi cita rasa
3. Masalah dalam memajukan akuakultura. masalah modal :
kemiskinan/tiada hubungan, sukar mendapat pinjaman/kekurangan
bantuan b. masalah pencemaran : masalah pencemaran air akibat sisa
toksik merbahaya menyebabkan ternakan mati terutama sungaic.
masalah kekurangan tempat : masalah kawasan penternakan yang
menghadapi persaingan dengan sektor ekonomi yang lain &
ketiadaan tempat yang sesuai seprti paya , tasik dan bekas
lombongd. Masalah pasaran : masalah pasaran yang masih terhad
samada pasaran tempatan atau antara bangsae. Masalah kkurang
penyelidikan : masalah kemunduran/kekurangan dalam kajian dan
penyelidikan akuakulturf. Masalah ancaman fizikal : banjir,
kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air, kemasinan air.g. Maslah
teknologi/penyakit/R&D /serangan musuh:i. penyakit ikan,
serangan virus, reput insang, rintik putih, berkudisii. ancaman
musuh :memerang , burung hantu, biawakiii. teknologi dan kepakaran
di kalangan pendudk di Malaysia
h. kekurangan tenaga kerja :i. kekurangan tenaga kerja
berminatii. tiada bekalan buruh dan terpaksa diimportiii. buruh
tidak mahir
Kepentingan Kegiatan perikanan di Malaysia.a. Sumber protinb.
Menyediakan Peluang pekerjaanc. Bahan mentah industrid.
Meningkatkan Pendapatan negarae. Meningkatkan pendapatan individuf.
Memberikan kesan penganda berasaskan perikanang. Menggalakan
R&Dh. Menggalakan perkembangan teknologi
6 a. Ciri-ciri perikanan akuakultur (7)
Negara yang dipilih ialah Malaysia (1m)
- Lokasi kegiatan dijalankan di dalam sungai, tasik, kolam, paya
dan sawah padi. Marinkultur dijlankan di muara sungai, paya bakau
atau paya nipah, pinggir pantai atau telok yang terlindung-
Jenis-jenis ternakan berbeza mengikut kesesuaian air. Jenis
perikanan air tawar ikan patin, tilapia, kap, kelah, kaloi dan
udang galah. Marinkultur- ikan siakap, kerapu, ketam, tiram dan
udang harimau.- Teknologi menggunakan kaedah moden seperti kolam
buatan , ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau
dibiak secara khusus, makanan tambahan, rawatan air dan pengurusan
sistematik seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur- Modal
diusahakan oleh pihak swasta menggunakan modal yang besar. Contoh
ternakan udang harimau di Rompin, Pahang untuk eksport. Tenakan
individu menggunakan modal yang sedikit diternak oleh nelayan
tempatan di pinggir pantai atau muara sungai modal disalurkan oleh
kerajaan secara pinjaman atau subsidi- Skala pengeluaran untuk
pasaran didalam dan luar negara. Penternakan kecil-kecilan
berorientasikan pasaran dalam negara seperti di Pasar tani dan
pasar malam. Penternkan yang dijalankan oleh swasta dieksport ke
luar negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.
Jenis ternakan yang dieksport ialah udang harimau, ikan siakap dan
kerapu.
Markah 3 X 2 = 6 m
b. Sebab kegiatan akuakultur semakin penting di Malaysia
- Untuk menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut yang
semakin terjejas stok perikanan laut terjejas akibat kepupusan
sumbernya kerana aktiviti tangkapan berlebihan, kaedah tangkapan
yang merosakkan habitat marin dan pencemaran laut. Sto perikanan
terjejas akibat musim tengkujuh sedangkan permintaan dari pengguna
terus meningkat.- Memenuhi keperluan pengguna atau perubahan
citarasa pengguna yang lebih menggemari sumber akuakultur.
Permintaan dari restoren dan hotel mewah terus meningkat kerana
hasil akuakultur lebih enak, segar dan murah. Permintaan harian
pengguna melalui pasar tani, pasar malam dan pasaraya terus
meningkat.- Menyumbang kepada pendapatan eksport negara pelbagai
hasil ternakan dieksport keluar negara udang harimau dieksport ke
Singapura, Hong Kong dan Jepun dapat menambahkan aliran masuk wang
asing ke Malaysia nilai mata wang yang lebih tinggi dapat menambah
pendapatan negara Malaysia.- Meningkatkan pendapatan perkapita
penduduk melalui peluang-peluang pekerjaan baru dan juga
pertambahan pendapatan sampingan kepada nelayan pada musim
tengkujuh kuasa beli penduduk lebih tinggi taraf hidup penduduk
tempatan bertambah baik- Membantu memperkembangkan rantaian ekonomi
yang berkaitan seperti pelancongan, perkhidmatan , pengangkutan
dsb. Konsep riadah seperti pertandingan memancing di kolam ikan air
tawar- Memperluaskan pasaran dalam negara pasar tani, pasar malam.
Kebaikan kepada penternak, pemborong, peniaga dan pembeli-
Meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program penyelidikan
dan pembangunan (R&D) teknologi pembiak bakaan, pengawetan,
pembungkusan dsb menghasilkan baka ikan dan udang yang bermutu,
cepat membesar dan tahan serangan penyakit- Kawasan terbiar
dimajukan sebagai kawasan ternakan ikan tebusguna kawasan paya ,
tasik, bekas lombong dan sawah padi. Terdapat 13,000 buah kolam
ikan tawar di Tanjung Tualang, Puchong dan Semeling- Galakan
kerajaan bantuan kewangan dan subsidi melalui LKIM menggali kolam
RM 5000 per hektar dan memberi baka ikan percuma
Markah 5 X 2 = 10 m
c. Usaha memajukan sektor perikanan di Malaysia
- Menyediakan dan memperbaiki kemudahan fizikal seperti
kemudahan di pelabuhan untuk pendaratan ikan, memperdalamkan muara
sungai dan kemudahan pendingin beku- Menambah keupayaan modal
kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, bantuan dan subsidi-
Memberi khidmat nasihat, latihan dan bimbingan untuk meneroka
perikanan laut dalam- Mempertingkatkan teknologi perikanan melalui
usaha R&D penggunaan tukun tiruan, radar untuk mengesan ikan ,
alat tangkapan yang moden, teknologi pengawetan, pembungkusan dll-
Memperbaiki system pemasaran supaya tidak dibolot oleh orang tengah
mengadakan koperasi nelayan, menubuhkan LKIM, penyelarasan harga
ikan dll- Menggalakkan pengusaha hasilan melalui ternakan
akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau