CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2015 – 2017) DAN PERUNTUKAN (2018 – 2019) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN RM juta Tahun Mengurus Pembangunan KEMENTERIAN PENDIDIKAN Maksud Bekalan/Pembangunan 63 VISI Pendidikan berkualiti, insan cemerlang, negara sejahtera. MISI Melestarikan ekosistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. PELANGGAN (i) Murid (Institusi Pendidikan) dan Ibu Bapa; (ii) Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS); (iii) Institusi dan agensi Kerajaan; (iv) Komuniti; dan (v) Industri. Mengurus RM Pembangunan RM Jumlah RM Cara Langsung Pinjaman 55,128,468,300 5,110,140,500 0 60,238,608,800 51,570 51,329 53,706 55,552 55,128 3,791 2,982 3,724 4,412 5,110 0 10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 2015 2016 2017 2018 2019 439
24
Embed
KEMENTERIAN PENDIDIKAN - treasury.gov.my · Peratusan tahap pencapaian murid dalam Pentaksiran ... menyediakan Kurikulum Program Matrikulasi bertaraf ... Peratusan bekalan bahan Pengajaran
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
VISI Pendidikan berkualiti, insan cemerlang, negara sejahtera. MISI Melestarikan ekosistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. PELANGGAN (i) Murid (Institusi Pendidikan) dan Ibu Bapa; (ii) Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS); (iii) Institusi dan agensi Kerajaan; (iv) Komuniti; dan (v) Industri.
Mengurus RM
Pembangunan RM
Jumlah RM
Cara Langsung Pinjaman 55,128,468,300 5,110,140,500 0 60,238,608,800
51,570 51,329
53,706 55,552 55,128
3,791 2,982 3,724 4,412 5,110
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
2015 2016 2017 2018 2019
439
KERANGKA KEBERHASILAN KEMENTERIAN
PRESTASI OUTCOME KEMENTERIAN
Outcome 1 : Pendidikan berkualiti
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratusan tahap pencapaian murid dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan komponen seperti berikut: a) menguasai tahap minimum berdasarkan Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) (%) 48.58 50.00 50.00
b) mencapai tahap minimum PT3 (%) (semua matapelajaran)
36.79 36.00 37.00
c) mencapai tahap minimum berdasarkan PentaksiranAlternatif Sekolah Rendah (PASR) (%)
56.60 56.70 56.75
d) Pentaksiran Kokurikulum (%) 94.65 94.67 94.69 Keputusan SPM berdasarkan Gred Purata Nasional 4.96 4.92 4.90 Peratusan kebolehpasaran murid lepasan menengah atas
(%) 96.47 75.00 80.00
Peratusan graduan yang mendapat pekerjaan, menjadi usahawan, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran atau menunggu penempatan pekerjaan pada tahun konvokesyen (%)
79.10 80.00 80.50
Bil. bidang di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada pada kedudukan 50 teratas berdasarkan QS World University Rankings by Subject
11 13 14
Bil. Institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di bawah Kementerian yang mendapat pengiktirafan Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC)
8 9 10
Outcome 2 : Aksesibiliti kepada pendidikan berkualiti
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratusan enrolmen murid prasekolah hingga sekolah menengah atas (%)
90.85 90.85 90.85
Peratusan perbandingan pencapaian akademik bandar dan luar bandar (%)
0.47 0.45 0.44
PROGRAM 1 : PENGURUSAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Penyampaian perkhidmatan yang berkesan
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Aktiviti 1: Pengurusan Ibu Pejabat Fungsi : (a) Memberi khidmat pengurusan dan sokongan kepada anggota pentadbiran
dan pengurusan tertinggi, semua jabatan/bahagian/agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dengan berkesan dan sempurna; (b) meningkatkan keberkesanan dan keutuhan pengurusan korporat KPM melalui perancangan dan pengurusan strategik serta pelaksanaan Pelan Komunikasi Korporat KPM; dan (c) memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan KPM dan pengurusan aduan yang sistematik bagi mencapai kepuasan pelanggan yang optimum.
Aktiviti 2 : Pengurusan Kewangan dan Akaun Fungsi : (a) Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan KPM
supaya diuruskan secara cekap, ekonomik dan berkesan; (b) memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan dan akaun mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan; (c) mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan kewangan melalui penyediaan perkhidmatan dan perundingan yang efisien demi mencapai objektif KPM; dan (d) merancang dan mengurus program/aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan.
Aktiviti 3 : Pembangunan Infrastruktur Fungsi : Membangunkan infrastruktur pendidikan yang lengkap dan berkualiti seperti
dirancang melalui kos yang efektif serta menyelaras pelaksanaan projek-projek fizikal pendidikan di bawah KPM.
Aktiviti 4 : Pengurusan Sumber Manusia Fungsi : (a) Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di
tahap optimum melalui pewujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan dan norma perjawatan yang ditetapkan; (b) merancang, mengurus dan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP); (c) mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan; (d) menguruskan peperiksaan perkhidmatan awam bagi AKP dan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP); dan (e) menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan modal insan sama ada secara individu, organisasi dan komuniti.
Aktiviti 5 : Teknologi Maklumat Fungsi : Menentukan hala tuju, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM, menyediakan sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan, efektif dan efisien, menguruskan sistem pemprosesan peperiksaan awam dan kemasukan ke Institut Pendidikan Awam secara efektif dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat, dipercayai dan tersedia.
441
Aktiviti 6 : Bantuan dan Kebajikan Pendidikan
Fungsi : Memastikan dana tajaan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan latihan bakal Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan PPP sedia ada, memastikan pengurusan tajaan kepada bakal PPP dan PPP dilaksanakan dengan cekap dan telus, memastikan pengurusan cuti belajar dan jawatan latihan PPP dilaksanakan dengan efisien, memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajar dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran dan memastikan penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Aktiviti 7 : Auditan
Fungsi : (a) Membantu pengurusan atasan KPM mempertingkatkan tahap pematuhan pengurusan kewangan di kalangan Pusat Tanggungjawab (PTJ); (b) menentukan pelaksanaan program dan aktiviti diurus dengan ekonomik, cekap dan berkesan serta menentukan keberkesanan pelaksanaan dan meningkatkan kecekapan penggunaan ICT di KPM dan agensi di bawahnya; (c) melaporkan penemuan pengauditan kepada Ketua Setiausaha KPM melalui laporan/pemerhatian audit; dan (d) mengesyorkan tindakan pembetulan bagi tujuan penambahbaikan program-program yang tidak menepati objektif, perancangan, piawaian dan ketidakpatuhan peraturan kewangan dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan.
Aktiviti 8 : Pentadbiran Negeri
Fungsi : Meningkatkan tahap pengurusan profesional khidmat sokongan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dalam aspek pengurusan pentadbiran kewangan, pembangunan, rekod, keselamatan, kebersihan, kurikulum dan persekitaran selaras dengan peraturan-peraturan pentadbiran dan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
PROGRAM 2 : DASAR, PENILAIAN DAN PENGURUSAN PRESTASI
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Dasar pendidikan yang relevan dan dipatuhi
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratus pematuhan kepada akta dan dasar (%) 100.00 100.00 100.00 Peratus pencapaian standard pendidikan (%) 85.00 85.00 87.00
Aktiviti 1 : Dasar Pendidikan
Fungsi : (a) Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara; (b) menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator
442
antarabangsa ; (c) menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif KPM; (d) merancang dan menguruskan aktiviti perancangan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti; (e) memastikan keberkesanan penglibatan Malaysia dalam program dan aktiviti pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau.
Aktiviti 2 : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Fungsi : Menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi
negara termasuk penyetaraan kelayakan antarabangsa. PROGRAM 3 : OPERASI PENDIDIKAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM Outcome 1 : Kemenjadian murid
Petunjuk Prestasi Utama
2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratusan tahap minimum Pendidikan Rendah (%) 68.10 68.10 68.10 Peratusan tahap minimum Pendidikan Menengah (%) 36.79 36.00 37.00 Peratusan tahap minimum Pendidikan Lepas Menengah (%) 99.84 99.20 99.20
Outcome 2 : Penurunan kadar keciciran murid
Aktiviti 1 : Pendidikan Awal Fungsi : Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur
antara empat (4) hingga enam (6) tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Aktiviti 2 : Pendidikan Rendah Fungsi : Menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak dalam tempoh lima (5)
hingga tujuh (7) tahun supaya dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira bagi melengkapkan diri untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah, juga untuk menjadikan mereka warganegara yang berpengetahuan, berdisiplin, bertanggungjawab dan berdikari selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Petunjuk Prestasi Utama
2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratusan kehadiran murid (%) 92.09 95.00 95.00 Peratusan transisi murid orang asli dari tahun 6 ke
tingkatan 1 (%) 73.14 75.00 78.00
443
Aktiviti 3 : Pendidikan Menengah
Fungsi : Menyediakan kemudahan pendidikan kepada murid-murid dari Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan Enam (Atas) dalam lingkungan umur antara dua belas (12) hingga dua puluh (20) tahun meliputi aspek kurikulum dan kokurikulum untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Aktiviti 4 : Pendidikan Lepas Menengah
Fungsi : Menyediakan satu laluan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional dengan matlamat mencapai aspirasi berikut: (a) melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan inovatif, berdaya saing dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; (b) membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; (c) menyediakan Kurikulum Program Matrikulasi bertaraf antarabangsa; dan (d) memperluaskan jaringan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
PROGRAM 4 : PENGUKUHAN OPERASI PENDIDIKAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Sumber pendidikan yang relevan dan mencukupi
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratusan bekalan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang mencukupi (%)
100.00 100.00 100.00
Peratusan sekolah disediakan infrastruktur ICT untuk PdP (%)
48.60 50.40 51.00
Peratusan ketersediaan perkhidmatan ICT bagi menyokong Pengurusan dan Pentadbiran (PdT) (%) 20.00 50.00 70.00
Aktiviti 1 : Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Fungsi : (a) Menguruskan proses perolehan pakej buku teks yang releven dan berkualiti untuk program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KPM; (b) melaksana dan menyelaras pembekalan bantuan buku teks yang mencukupi di bawah program SPBT; (c) mengurus dan melaksana pemantauan pengurusan SPBT di Sekolah; (d) melaksanakan kajian dan pembangunan berkaitan buku teks; dan (e) menggalakkan pembentukan norma dan mengadakan kod etika industri buku untuk meningkatkan profesionalisme serta persaingan yang sihat dan adil dengan mengadakan institusi dan peraturan self-regulation untuk industri buku.
444
Aktiviti 2 : Pentaksiran Fungsi : Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian
dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan luar negara yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan dan kepentingan negara dan memberi khidmat bantu, nasihat dan rundingan tentang sistem peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan dan KPM.
Aktiviti 3 : Pembangunan Kurikulum Fungsi : Membangun dan menyebarkan kurikulum sekolah, memantau pelaksanaan
kurikulum sekolah, menyediakan bahan sokongan kurikulum sekolah dan menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum sekolah.
Aktiviti 4 : Penilaian Fungsi : Memastikan guru, guru besar, pengetua, pensyarah, dan institusi pendidikan
mematuhi dasar dan peraturan/akta berdasarkan standard kualiti pendidikan Aktiviti 5 : Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Fungsi : (a) Menyedia dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi
ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET); (b) mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap; (c) menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik dan ikhtisas; (d) mentadbir peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik dan ikhtisas dengan cekap dan adil; dan (e) mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik dan ikhtisas yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerimaan lulusan.
Aktiviti 6 : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Fungsi : (a) Membina, mengembang, memasyarakatkan serta membudayakan Bahasa
Melayu; (b) memperkasakan sastera kebangsaan melalui pembinaan dan peluasan khalayak sastera serta penghasilan produk sastera yang berkualiti tinggi; (c) meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang demi pembudayaan ilmu; (d) membina kepakaran kakitangan dalam bidang kerja teras dan sokongan; dan (e) meningkatkan penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
445
PROGRAM 5 : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang kompeten dan berprestasi tinggi
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 2019 (Sebenar) (Sasaran) (Sasaran)
Peratusan PPP yang melepasi tahap kompetensi dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) (%)
81.00 88.00 88.00
Peratusan peserta Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan yang mencapai piawaian tahap kompetensi yang ditetapkan (%)
91.70 93.00 94.00
Aktiviti 1 : Latihan Pra Perkhidmatan
Fungsi : (a) Menghasilkan guru baharu yang kompeten dan terlatih bagi memenuhi keperluan guru/tenaga pengajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pendidikan swasta, Kolej Vokasional, matrikulasi, dan agensi luar Kementerian Pendidikan; (b) melaksanakan latihan berterusan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi meningkatkan tahap akademik guru; dan (c) menyediakan latihan berterusan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB), Matrikulasi, Kolej Vokasional dan English Language Teaching Centre (ELTC) bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam melaksanakan tugas melalui program kolaborasi dan juga konsultasi.
Aktiviti 2 : Latihan Dalam Perkhidmatan
Fungsi : (a) Meningkatkan profesionalisme guru terlatih melalui Program Pembangunan Profesional yang berterusan; (b) menambahkan bilangan tenaga kepakaran dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar negara; dan (c) meningkatkan kualiti program latihan dalam perkhidmatan guru, pegawai Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Pensyarah ELTC.
Aktiviti 3 : Latihan Kepimpinan
Fungsi : (a) Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, keyakinan dan sikap positif dalam kalangan pengurus-pengurus dan bakal pengurus pendidikan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian-bahagian dan institusi pengajian tinggi melalui program latihan dalam perkhidmatan supaya tahap pengurusan dan kepimpinan lebih cekap dan berkesan; (b) melatih Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan dalam aspek sistem pentadbiran, pendidikan dan kewangan; (c) melaksanakan program taksiran kompetensi pengurus dan pemimpin; (d) menjalankan kajian keperluan dan kajian impak latihan dan mengenal pasti faktor dan situasi keberkesanan pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi pendidikan
446
berasaskan keadaan setempat supaya kokurikulum kursus yang dijalankan sesuai dengan keperluan pelanggan supaya kursus-kursus dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan; dan (e) mempertingkatkan penghasilan penulisan dan penerbitan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
PROGRAM 6 : OPERASI PENDIDIKAN TINGGI
PRESTASI OUTCOME PROGRAM Outcome 1: Graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)(Sebenar)
Peratusan graduan Universiti Awam (UA) yang mendapat pekerjaan pada tahun konvokesyen (%)
52.90 53.00 53.50
Peratusan graduan UA yang bekerja sendiri pada tahun konvokesyen (%)
3.10 3.20 3.30
Outcome 2: Kecemerlangan bakat
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)(Sebenar)
Jumlah penerbitan dalam jurnal dan prosiding berindeks bagi setiap staf akademik Universiti Penyelidikan Malaysia (MRU)
1.90 2.10
2.20
Jumlah penerbitan dalam jurnal dan prosiding berindeks bagi setiap staf akademik Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
1.41 1.50 1.60
Jumlah penerbitan dalam jurnal dan prosiding berindeks bagi setiap staf akademik Universiti Komprehensif Malaysia (MCU)
Peratusan MRU yang mencapai sekurang-kurangnya 25% penjanaan pendapatan sendiri berbanding dengan jumlah perbelanjaan mengurus (%)
100.00 60.00 80.00
Peratusan Universiti Bukan Penyelidikan Malaysia (Non MRU) yang mencapai sekurang-kurangnya 15% penjanaan pendapatan sendiri berbanding dengan jumlah perbelanjaan mengurus (%)
93.30 86.70 93.00
Peratusan pelajar Sarjana Muda menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan (%)
80.00 85.00 85.00
Peratusan keciciran pelajar di peringkat Sarjana Muda (%)
8.00 7.00 7.00
Aktiviti 1 : Jabatan Pendidikan Tinggi Fungsi : Menjamin pendidikan tinggi berkualiti yang terbaik di Universiti Awam dan
IPTS untuk mencapai keunggulan global.
447
Aktiviti 2 : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Fungsi : Melahirkan graduan berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehpasaran
tinggi dan berdaya saing serta menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal khususnya dalam sektor teknikal dan vokasional, perdagangan serta perkhidmatan.
Aktiviti 3 : Universiti Malaya (UM) Fungsi : Memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan
pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Aktiviti 4 : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Fungsi : Memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan
pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Aktiviti 5 : Universiti Sains Malaysia (USM) Fungsi : Memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan
pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Aktiviti 6 : Universiti Putra Malaysia (UPM) Fungsi : Memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan
pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Aktiviti 7 : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Fungsi : Memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan
pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Aktiviti 8 : Universiti Utara Malaysia (UUM) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang
pengurusan dan perniagaan bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 9 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Fungsi : Melahirkan graduan di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan
ajaran Islam sebagai panduan utama bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara dan dunia.
Aktiviti 10 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
448
Aktiviti 11 : Universiti Malaysia Sabah (UMS) Fungsi : Melahirkan graduan prasiswazah dan pascasiswazah yang berketerampilan
dalam bidang sastera, sastera ikhtisas, sains gunaan, teknologi dan kejuruteraan bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 12 : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang
pendidikan bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara. Aktiviti 13 : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Fungsi : Melahirkan graduan Bumiputera yang berketerampilan dalam bidang sains,
industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 14 : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan dalam peradaban insan dan
teknologi pengurusan bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 15 : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang pengajian
Islam bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara Aktiviti 16 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang sains dan
teknologi dengan penekanan khusus kepada komponen amali bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 17 : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang sains
marin dan akuatik bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara. Aktiviti 18 : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang
pendidikan teknikal dengan penekanan khusus kepada komponen amali bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
449
Aktiviti 19 : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dengan penekanan khusus kepada penyelidikan berimpak tinggi dan memberikan nilai komersil yang terbaik bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 20 : Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi bagi membantu memenuhi keperluan tenaga profesional untuk perindustrian dan pembangunan negara.
Aktiviti 21 : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Fungsi : Melahirkan graduan yang berketerampilan, khususnya dalam bidang pendidikan keusahawanan bagi menyumbang kepada keperluan guna tenaga negara.
Aktiviti 22 : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Fungsi : Melahirkan graduan tentera dan awam, khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan untuk keperluan pertahanan negara.
PROGRAM 7 : HOSPITAL PENGAJAR
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Profesional kesihatan dan perubatan yang kompeten
Petunjuk Prestasi Utama 2017 2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)(Sebenar)
Peratusan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang berjaya menamatkan penempatan PPS (Housemanship) dalam tempoh yang ditetapkan (%)
59.00 67.00 68.00
Peratusan graduan pakar perubatan (klinikal) yang berjaya dihasilkan pada tahun tersebut (%)
63.00 64.00 65.00
Aktiviti 1 : Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Fungsi : Menyediakan kemudahan perubatan, kesihatan dan rawatan pesakit yang moden dan lengkap bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan latihan serta penyelidikan yang berkesan.
Aktiviti 2 : Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Fungsi : Menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden dan lengkap bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan rawatan pesakit serta penyelidikan yang berkesan.
450
Aktiviti 3 : Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Fungsi : Menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden
dan lengkap bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan rawatan pesakit serta penyelidikan yang berkesan.
Aktiviti 4 : Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (HUIAM) Fungsi : Menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden
dan lengkap bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan rawatan pesakit serta penyelidikan yang berkesan.
Aktiviti 5 : Pusat Perubatan Universiti Putra Malaysia (PPUPM) Fungsi : Menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden
dan lengkap bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan rawatan pesakit serta penyelidikan yang berkesan.
Aktiviti 6 : Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Fungsi : Menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden
dan lengkap khusus untuk kanak-kanak bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan rawatan pesakit serta penyelidikan yang berkesan.
451
B/P.63
Kod Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran(Objek Am) Tahun Tahun
2018 2019RM RM
10000 Emolumen 37,743,837,600 39,033,120,400
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 4,596,081,300 3,714,775,700
30000 Aset 157,083,900 103,230,000
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 13,054,896,400 12,275,711,300
50000 Perbelanjaan-perbelanjaan Lain 1,100,000 1,630,900
55,552,999,200 55,128,468,300
Kod Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran(Objek Am) Tahun Tahun
2018 2019RM RM
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 541,109,000 994,759,100
30000 Aset 1,584,468,100 1,286,446,500
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 2,286,518,300 2,828,934,900