Kementerian Pendidikan Maksud Bekalan/Pembangunan 63 CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2017 – 2019) DAN PERUNTUKAN (2020 – 2021) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN VISI Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera. MISI Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. PELANGGAN (i) Ibu Bapa (ii) Institusi Pendidikan (iii) Kementerian/Jabatan/Agensi (iv) Komuniti (v) Murid ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 467
15
Embed
Kementerian Pendidikanbelanjawan2020.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2021/BP.63.pdf · Peratusan transisi murid Orang Asli tahun enam ke tingkatan satu di sekolah Orang Asli (%)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kementerian Pendidikan Maksud Bekalan/Pembangunan 63
CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2017 – 2019) DAN PERUNTUKAN (2020 – 2021) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN
VISI
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara.
PELANGGAN
(i) Ibu Bapa
(ii) Institusi Pendidikan
(iii) Kementerian/Jabatan/Agensi
(iv) Komuniti
(v) Murid
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 467
KERANGKA KEBERHASILAN KEMENTERIAN
PRESTASI OUTCOME KEMENTERIAN
Outcome 1 : Pendidikan berkualiti
Petunjuk Prestasi Utama 2019 (Sebenar)
2020 (Sasaran)
2021 (Sasaran)
Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional (%) 85.00 85.00 95.00 Peratusan pelajar yang menamatkan pengajian ke peringkat Sekolah
Menengah Atas sebelum memasuki pasaran kerja (%) 86.70 87.50 88.30
Peratusan pencapaian kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (%) 78.20 79.70 78.20
Outcome 2 : Aksesibiliti kepada pendidikan berkualiti
Petunjuk Prestasi Utama 2019
(Sebenar) 2020
(Sasaran) 2021
(Sasaran) Peratusan enrolmen pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) pada peringkat menengah atas (%) - 46.00 46.00
Peratusan murid berkeperluan khas berada dalam Program Pendidikan Inklusif (%) 55.00 55.00 70.00
Fungsi : (a) Memberi khidmat pengurusan dan sokongan kepada anggotapentadbiran, pengurusan tertinggi dan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian;
(b) Meningkatkan keberkesanan dan keutuhan pengurusan korporatKementerian melalui perancangan dan pengurusan strategik; dan
(c) Memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dan menguruskanaduan secara sistematik.
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 468
Aktiviti 2 : Pengurusan Kewangan dan Akaun
Fungsi : (a) Merancang, melaksana dan mengawal pengurusan kewangan secaracekap, ekonomik dan berkesan;
(b) Memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan dan akaun mematuhiperaturan semasa yang berkuat kuasa;
(c) Menyediakan perkhidmatan perundingan; dan(d) Merancang dan mengurus program/aktiviti perolehan bekalan dan
perkhidmatan.
Aktiviti 3 : Pembangunan Infrastruktur
Fungsi : Membangun infrastruktur pendidikan yang lengkap dan berkualiti seperti dirancang melalui kos yang efektif serta menyelaras pelaksanaan projek fizikal pendidikan di bawah Kementerian.
Aktiviti 4 : Pengurusan Sumber Manusia
Fungsi : (a) Merancang dan mengurus pembangunan sumber manusia di tahapoptimum;
(b) Merancang, mengurus dan melaksana urusan perkhidmatan dankemudahan bagi warga Kementerian termasuk Pegawai PerkhidmatanPendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP);
(c) Mengurus peperiksaan perkhidmatan awam bagi AKP dan pelaksanaanPenilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP); dan
(d) Menyedia perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraanmodal insan.
Aktiviti 5 : Teknologi Maklumat
Fungsi : (a) Merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT; dan(b) Menyediakan dan menyenggara sistem aplikasi, infrastruktur dan
kemudahan ICT secara efisien, tersedia dan selamat.
Aktiviti 6 : Tajaan Pendidikan
Fungsi : (a) Mengurus dana tajaan atau latihan bagi bakal PPP dan PPP sedia ada;(b) Mengurus cuti belajar dan jawatan latihan PPP;(c) Mengurus kutipan balik pinjaman; dan(d) Memastikan penguatkuasaan urusan perjanjian biasiswa dan cuti belajar
dilaksanakan.
Aktiviti 7 : Auditan
Fungsi : (a) Menjalankan pengauditan dan melapor penemuan pengauditan kepadaPegawai Pengawal melalui laporan/pemerhatian audit;
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 469
(c) Membantu pengurusan atasan Kementerian mempertingkatkan tahappematuhan pengurusan kewangan dalam kalangan PTJ; dan
(d) Menentukan keberkesanan dan kecekapan penggunaan ICT diKementerian.
Aktiviti 8 : Pentadbiran Negeri
Fungsi : Meningkatkan tahap pengurusan profesional khidmat sokongan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dalam aspek pengurusan pentadbiran kewangan, pembangunan, rekod, keselamatan, kebersihan, kurikulum dan persekitaran selaras dengan peraturan pentadbiran dan kewangan semasa yang berkuat kuasa.
PROGRAM 2 : DASAR, PENILAIAN DAN PENGURUSAN PRESTASI
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Dasar Pendidikan yang relevan dan dipatuhi
Petunjuk Prestasi Utama 2019 (Sebenar)
2020 (Sasaran)
2021 (Sasaran)
Peratusan pematuhan akta, peraturan dan dasar serta perancangan pendidikan yang relevan (%) 100.00 100.00 100.00
Aktiviti : Dasar Pendidikan
Fungsi : (a) Merangka dan menggubal dasar/sistem pendidikan negara; dan(b) Menyedia garis panduan bagi perancangan pembangunan pendidikan
yang strategik, menyeluruh dan bersepadu.
PROGRAM 3 : OPERASI PENDIDIKAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Kemenjadian murid
Petunjuk Prestasi Utama 2019 (Sebenar)
2020 (Sasaran)
2021 (Sasaran)
Peratusan anak GENIUS yang mencapai perkembangan mengikut tahap umur (%) 96.30 94.00 96.00
Peratusan murid mencapai penguasaan tahap minimum Pendidikan Rendah (%) 70.40 70.80 72.00
Peratusan murid mencapai penguasaan tahap minimum Pendidikan Menengah (%) 60.00 60.80 61.60
Peratusan murid mencapai penguasaan tahap minimum Pendidikan Lepas Menengah (%) 99.70 98.00 98.10
(b) Mengesyor tindakan pembetulan bagi tujuan penambahbaikan program,perancangan, piawaian dan pematuhan peraturan kewangan;
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 470
Outcome 2 : Penurunan kadar keciciran murid
Petunjuk Prestasi Utama 2019 (Sebenar)
2020 (Sasaran)
2021 (Sasaran)
Peratusan kehadiran murid di sekolah Orang Asli (Semenanjung) (%) 88.90 90.00 91.00
Peratusan transisi murid Orang Asli tahun enam ke tingkatan satu di sekolah Orang Asli (%) 74.30 76.60 80.00
Aktiviti 1 : Pendidikan Awal
Fungsi : Membangun dan menyedia kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun selaras dengan kurikulum standard prasekolah kebangsaan.
Aktiviti 2 : Pendidikan Rendah
Fungsi : Membangun dan menyedia pendidikan asas kepada murid dalam tempoh lima hingga tujuh tahun supaya dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira bagi melengkapkan diri untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).
Aktiviti 3 : Pendidikan Menengah
Fungsi : Membangun dan menyedia kemudahan pendidikan kepada pelajar tingkatan peralihan hingga ke tingkatan enam (atas) dalam lingkungan umur antara 12 hingga 20 tahun meliputi kurikulum dan ko-kurikulum selaras dengan DPK.
Aktiviti 4 : Pendidikan Lepas Menengah
Fungsi : Membangun dan menyedia laluan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM untuk memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang sains, teknologi dan profesional.
PROGRAM 4 : PENGUKUHAN OPERASI PENDIDIKAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Sumber pendidikan yang relevan dan mencukupi
Petunjuk Prestasi Utama 2019
(Sebenar) 2020
(Sasaran) 2021
(Sasaran) Peratusan bekalan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi (%) 97.00 100.00 100.00
Outcome 2 : Bahan pentaksiran berasaskan kurikulum
Petunjuk Prestasi Utama 2019
(Sebenar) 2020
(Sasaran) 2021
(Sasaran) Peratusan bahan pentaksiran berasaskan kurikulum kebangsaan
(%) 100.00 100.00 100.00
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 471
Aktiviti 1 : Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Fungsi : (a) Melaksana dan menyelaras dasar sumber dan teknologi pendidikan; (b) Mengurus dan memantau urusan perolehan dan pembekalan buku teks
untuk program Skim Pinjaman Buku Teks; (c) Mengurus dan memantau bahan sumber pendidikan digital berdasarkan
kurikulum yang dibangun dan disebarkan melalui portal pendidikan; (d) Mengurus dan memantau pelantar pembelajaran berasaskan web dan
mudah alih; (e) Meneroka dan melaksana penyelidikan, kajian inovasi berkaitan sumber
dan teknologi pendidikan termasuk opsyen baharu pembelajaran secara maya;
(f) Melaksana program khidmat sokongan kepakaran berkaitan pengintegrasian sumber dan teknologi bagi tujuan pendidikan; dan
(g) Menjadi urus setia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Aktiviti 2 : Pentaksiran
Fungsi : (a) Merancang, membina dan mengeluarkan jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara;
(b) Mengawal, menyelaras dan mengendali peperiksaan dan penilaian sekolah, pusat dan peperiksaan luar negara yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan; dan
(c) Memberi khidmat nasihat dan rundingan tentang sistem peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan.
Aktiviti 3 : Pembangunan Kurikulum
Fungsi : Membangun, menyedia, memantau dan menilai pelaksanaan kurikulum dan bahan sokongan kurikulum sekolah.
Aktiviti 4 : Penilaian
Fungsi : Menilai kepatuhan warga pendidik dan institusi pendidikan terhadap dasar dan program pendidikan berdasarkan standard kualiti pendidikan.
Aktiviti 5 : Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Fungsi : (a) Membangun dan menyedia sukatan/kertas/spesifikasi peperiksaan/ujian bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Malaysian University English Test (MUET), psikometrik dan ikhtisas; dan
(b) Mengurus dan melaksana peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik dan ikhtisas termasuk pendaftaran calon dan pengeluaran keputusan peperiksaan.
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 472
Aktiviti 6 : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Fungsi : (a) Membina, mengembang, memasyarakatkan serta membudayakan
Bahasa Melayu; (b) Memperkasa sastera kebangsaan melalui pembinaan dan peluasan
khalayak sastera serta penghasilan produk sastera yang berkualiti tinggi; (c) Meningkat kualiti dan kuantiti penerbitan berbahasa Melayu dalam
pelbagai bidang termasuk penggunaan ICT sebagai medium penyampaian perkhidmatan; dan
(d) Membina kepakaran kakitangan dalam bidang kerja teras dan sokongan. PROGRAM 5 : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : PPP yang kompeten dan berprestasi tinggi
Petunjuk Prestasi Utama 2019 (Sebenar)
2020 (Sasaran)
2021 (Sasaran)
Peratusan PPP yang melepasi tahap kompetensi dalam PBPPP (%) 99.90 95.00 81.00 Peratusan peningkatan kompetensi pemimpin pendidikan yang
menerima latihan (%) 100.00 95.00 95.00
Aktiviti 1 : Latihan Pra Perkhidmatan Fungsi : Merangka dan melaksana keperluan latihan kepada guru baharu supaya
kompeten dan terlatih bagi memenuhi keperluan guru atau tenaga pengajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi.
Aktiviti 2 : Latihan Dalam Perkhidmatan Fungsi : (a) Membangun dan melaksana program pembangunan profesional secara
berterusan bagi meningkatkan profesionalisme PPP; dan (b) Meningkatkan bilangan tenaga kepakaran dan kualiti program latihan
PPP di semua peringkat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar negara.
Aktiviti 3 : Latihan Kepimpinan Fungsi : (a) Melaksana pelbagai program latihan, program pembangunan institusi
pendidikan dan pentaksiran kompetensi dalam kalangan warga pendidik; (b) Menjalankan kajian impak atau keperluan latihan keberkesanan
pengurusan dan kepimpinan; dan (c) Mempertingkat penghasilan penulisan atau penerbitan dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 473
Maksud Bekalan/Pembangunan 63 – KEMENTERIAN PENDIDIKAN B/P.63
Pegawai Pengawal : KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2021 MENGIKUT OBJEK AM
Kod
(Objek Am)
Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran
Tahun Tahun
2020 2021
RM RM
10000 Emolumen 38,111,143,600 38,935,705,000
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 5,602,768,100 4,010,442,400
30000 Aset 101,863,700 110,000,000
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 4,161,246,100 4,214,766,300
50000 Perbelanjaan-perbelanjaan Lain 25,900 26,000
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS 47,977,047,400 47,270,939,700
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2021 MENGIKUT OBJEK AM
Kod
(Objek Am)
Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran
Tahun Tahun
2020 2021
RM RM
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 90,204,600 861,505,000
30000 Aset 2,040,943,200 2,226,047,900
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2,131,147,800 3,087,552,900
RINGKASAN - 2021
Anggaran Perbelanjaan Mengurus 47,270,939,700
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
(Cara Langsung) ... ... ... 3,087,552,900
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
50,358,492,600
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2021 | 474
B.63Maksud Bekalan 63 – KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Pegawai Pengawal : KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Butiran Program/Aktiviti Kod Anggaran Anggaran Bil. Jawatan (Objek Am) 2020 2021 2020 2021