Top Banner
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
25

Kemahiran Dengar Dan Tutur

Jan 19, 2016

Download

Documents

Sang Goro Api

aspek-aspek penting dalam kemahiran mendengar dan bertutur
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN

BERTUTUR

Page 2: Kemahiran Dengar Dan Tutur

MODUL KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran mendengar - keupayaan murid mendengar dengan teliti, menghayati secara lisan perkara yang didengar, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberi respons.

Kemahiran bertutur - keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.

Page 3: Kemahiran Dengar Dan Tutur

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SK

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :

i. Mendengar, memahami dan memberi respons yang sesuai secara lisan dan gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dan soalan dengan betul;

ii. Menyampaikan pesanan yang didengar mengikut urutan dengan betul;

iii. Bertutur dan berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat gramatis, kata gelaran dan kata ganti nama diri dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila;

iv. Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara menggunakan kata dan bahasa badan yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

Page 4: Kemahiran Dengar Dan Tutur

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SK

v. Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana, sebutan yang jelas, intonasi yang betul;

vi. Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila;

vii. Menyampaikan maklumat dalam bentuk pengumuman tentang sesuatu perkaradaripada media cetak menggunakan ayat gramatis secara bertatasusila;

viii. Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang

gramatis secara bertatasusila.

Samb.

Page 5: Kemahiran Dengar Dan Tutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :

i. Mendengar, memahami, menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur ayat yang betul dan tepat.

ii. Mendengar, memahami dan memberi respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dan soalan dengan betul;

iii. Mendengar, memahami dan menyampaikan pesanan yang didengar mengikut urutan dengan betul;

iv. Bertutur dan berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat gramatis, kata panggilan dan kata ganti nama diri dengan betul dalam sesuatu situasi secara bertatasusila;

v. Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara menggunakan kata dan bahasa badan yang sesuai secara bertatasusila;

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SJK

Page 6: Kemahiran Dengar Dan Tutur

vi. Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan diksi dan ayat yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul;

vii. Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila;

viii. Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan tentang sesuatu perkara menggunakan ayat gramatis secara bertatasusila;

x. Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara berdasarkan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis

secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SJK

Samb.

Page 7: Kemahiran Dengar Dan Tutur

PEMBAHAGIAN KELOMPOK

Setiap kelompok mempunyai beberapa standard pembelajaran.

KEMAHIRAN DENGAR TUTUR

KELOMPOK DENGAR TUTUR

STANDARD KANDUNGANSTANDARD

PEMBELAJARAN

1 2 (1.2 1.3)1.2.61.3.1, 1.3.2, 1.3.3

2 3 (1.4, 1.6, 1.7)1.4.1, 1.4.2, 1.4.3, 1.4.41.6.1, 1.6.21.7.2

3 1 (1.5) 1.5.1, 1.5.2

Page 8: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK SATU

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.

1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.

Page 9: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK SATU

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap soalan tanpa kata tanya secara lisan dengan betul.

1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan.

Page 10: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK DUA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Page 11: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK DUA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata dan bahasa badan yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Page 12: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK DUA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

1.6.2 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada media cetak dalam bentuk pengumuman dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

Page 13: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK DUA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

Page 14: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK TIGA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana.

1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditonton dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana.

Page 15: Kemahiran Dengar Dan Tutur

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAA

N

PERNYATAAN

1SANGAT TERHAD

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap sangat terhad.

2TERHAD

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap terhad.

3MEMUASKAN

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap sesuai.

4BAIK

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap kukuh.

5SANGAT BAIK

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap terperinci.

6CEMERLANG

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK SATU

Page 16: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK DUA

STANDARD PRESTASITAHAP

PENGUASAANPERNYATAAN

1SANGAT TERHAD

Berkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan kata dan ayat yang gramatis bagi menyatakan permintaan; memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan mengemukakan pendapat pada tahap sangat terhad.

2TERHAD …mengemukakan pendapat pada tahap terhad.

3MEMUASKAN …mengemukakan pendapat pada tahap sesuai.

4BAIK …mengemukakan pendapat pada tahap kukuh.

5SANGAT BAIK …mengemukakan pendapat pada tahap terperinci.

6CEMERLANG …mengemukakan pendapat pada tahap sangat terperinci,

konsisten dan menjadi model teladan.

Page 17: Kemahiran Dengar Dan Tutur

STANDARD PRESTASITAHAP

PENGUASAAN

PERNYATAAN

1SANGAT TERHAD

Menyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul pada tahap sangat terhad.

2TERHAD …intonasi yang betul pada tahap terhad.

3MEMUASKAN …intonasi yang betul pada tahap sesuai.

4BAIK …intonasi yang betul pada tahap kukuh.

5SANGAT BAIK …intonasi yang betul pada tahap terperinci.

6CEMERLANG …intonasi yang betul tahap sangat terperinci, konsisten dan

menjadi model teladan.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKELOMPOK TIGA

Page 18: Kemahiran Dengar Dan Tutur
Page 19: Kemahiran Dengar Dan Tutur

Semasa merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara.

Page 20: Kemahiran Dengar Dan Tutur

TAHUN 4 RajinMASA 8:00 Pagi – 9:00 Pagi TEMA KesihatanTAJUK Faedah Bersukan

STANDARD PEMBELAJARAN 1.7.2Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah bersukan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.ii. Mengemukakan pendapat tentang aktiviti sukan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

AKTIVITI

1. Murid melihat slaid ‘powerpoint’ atau gambar dan menyebut aktiviti sukan.2. Dalam kumpulan, murid mendengar dengan teliti petikan yang dibaca oleh guru.3. Murid berbincang untuk mengenal pasti feadah-faedah bersukan.4. Wakil murid menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah bersukan. 5. Setiap kumpulan diberi keratan petikan dan diminta berbincang tentang aktiviti sukan mengikut tugasan masing-

masing. 6. Wakil kumpulan diminta mengemukakan pendapat tentang aktiviti sukan menggunakan ayat yang gramatis.PemulihanMurid menyatakan pendapat tentang aktiviti sukan yang terdapat dalam gambar secara berpandu berdasarkan soalan yang diberi.Pengayaan Murid mengemukakan pendapat secara bertulis tentang sukan yang mereka minati.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan KesihatanNilai : Menjaga kesihatan, Toleransi, BekerjasamaEMK : Kreativiti dan Inovasi, TMKKB : Menjana IdeaTKP : Verbal Linguistik, Interpersonal

BAHAN BANTU BELAJAR Slaid ‘power point’, petikan teks dan lembaran kerja

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PENTAKSIRAN

Murid mengemukakan pendapat tentang faedah daripada aktiviti sukan berdasarkan gambar dengan menggunakan ayat yang gramatis.Pentaksiran Mendengar dan Bertutur Kelompok Dua dijalankan.

REFLEKSI22 orang daripada 30 orang murid telah mencapai objektif PdP.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 (SK)

Page 21: Kemahiran Dengar Dan Tutur

Aktiviti 1: •Murid menonton tayangan slaid ‘powerpoint’ atau gambar.•Murid menyebut aktiviti sukan yang dilihat.

Page 22: Kemahiran Dengar Dan Tutur

Aktiviti 2, 3 dan 4 : Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

•Murid mendengar dengan teliti petikan yang dibacakan oleh guru.•Wakil kumpulan menyatakan sekurang-kurangnya tiga faedah bersukan berdasarkan petikan yang telah didengar

Bersukan merupakan satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, badan kita akan lemah dan mudah diserang penyakit. Walau bagaimanapun, di negara kita, masih banyak orang yang tidak aktif dalam sukan walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan.

Bersukan ada pelbagai jenis. Antara aktiviti sukan yang popular ialah olahraga, renang, badminton, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, squash, dan sebagainya. Anggota badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Justeru, kita harus melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau beriadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Di samping itu, menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti bekerjasama, sabar, bertolak ansur, dan semangat

toleransi. Malah, dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian danperpaduan antara kaum di negara kita.Penyertaan dalam bidang sukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang

berfaedah. Bersukan dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam gejala yang tidak bermoral seperti melepak, mencuri, dan menagih dadah. Gejala sosial ini akan merosakkan diri kita. Lantaran itu, kita perlu menjauhi gejala sosial yang akan memudaratkan kita.

Kesimpulannya, kita haruslah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan bersukan, kita akan hidup sihat dan sejahtera. Badan yang sihat pula akan melahirkan minda yang cerdas.

Page 23: Kemahiran Dengar Dan Tutur

KUMPULAN 1 Bincangkan tentang kebaikan bersukan. Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, badan kita akan lemah dan mudah diserang penyakit. Walau bagaimanapun, di negara kita, masih banyak orang yang tidak aktif dalam sukan walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan.

Aktiviti 5 dan 6 : Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.•Setiap kumpulan diberi keratan petikan dan diminta berbincang tentang isi petikan tersebut.•Wakil kumpulan diminta mengemukakan pendapat berdasarkan petikan perenggan yang diberi menggunakan ayat yang gramatis.

KUMPULAN 2 Bincangkan tentang bagaimana aktiviti-aktiviti bersukan dapat mencergaskan badan.

Bersukan ada pelbagai jenis. Antara aktiviti sukan yang popular ialah olahraga, renang, badminton, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, skuasy, dan sebagainya. Anggota badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Justeru, kita harus melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau beriadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

KUMPULAN 3 Bincangkan tentang bagaimana perpaduan kaum dapat diwujudkan melalui sukan.

Di samping itu, menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifatsifat yang mulia seperti bekerjasama, sabar, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.

KUMPULAN 4 Bincangkan tentang aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang.

Penyertaan dalam bidang sukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Bersukan dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam gejala yang tidak bermoral seperti melepak, mencuri, dan menagih dadah. Gejala sosial ini akan merosakkan diri kita. Lantaran itu, kita perlu menjauhi gejala sosial yang akan memudaratkan kita.

Page 24: Kemahiran Dengar Dan Tutur

SK SRI LANGAT

BANTING SELANGOR

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

NAMA GURU MATA PELAJARAN :

PN YATIMAH MUJI Kelas :4 TEKUN  

BIL

NAMA MURID

NO. SURAT

BERANAK

JANTINA

MENDENGAR DAN BERTUTUR

MEMBACA MENULIS

KELOMPOK STANDARD

PEMBELAJARAN

KELOMPOK STANDARD

PEMBELAJARAN

KELOMPOK STANDARD PEMBELAJARAN

STANDARD PEMBELAJARAN YANG PERLU DIAJAR ATAU DITAKSIR BAGI TEMPOH TAKSIRAN TAHUNAN

K1 K2 K3 K1 K2 K3 K1 K2 K3 K4

STANDARD PEMBELAJARAN YANG TELAH DIAJAR ATAU AKAN DITAKSIR DALAM TEMPOH TAKSIRAN SEMASA

1.2.61.3.11.3.21.3.3

1.4.11.4.21.4.31.4.41.6.11.6.21.7.2

1.5.11.5.2

2.2.32.3.12.3.2

2.4.12.4.22.4.3

2.5.12.5.22.5.32.6.12.6.2

3.2.63.2.7

3.4.13.4.23.8.2

3.3.33.3.43.5.23.9.1

3.6.13.6.23.7.13.7.2

1AHMAD SUHAIL BIN AHMAD MURNI

30801141047

L 3 4 2 4 5 6 4 5 3 6

2AINA ANIS BATRISYIA BINTI AHMAD FAUZI

30928100672

P 4 4 4 5 6 2 5 6 3 2

3CHE MUHAMMAD AKMAL BIN CHE SHAFIE

30131020747

L 5 3 4 3 4 5 3 4 3 5

4EREEN BATRISYIA BINTI SHAHRUL KAMEL

30729160082

P 3 4 2 4 5 6 4 5 3 6

5ERRA FITRIYA YULANTI BINTI MUDIANTO

30709050062

P 4 4 4 5 6 2 5 6 3 2

Page 25: Kemahiran Dengar Dan Tutur

SEKIAN, TERIMA KASIH.