KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai.
Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai
kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat
berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.Hoki juga satu
permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti
kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan
teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan
seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang
pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi
peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.Antara
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain
ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan
bola.
1.MenggelecekMenggelecek adalah kemahiran yang penting.
Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri
daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah,
dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek
longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian
Dribble).
Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola caraIndian
dribble
Cara memegang kayu yang betul semasaindian dribble.
2. MemukulMemukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang
perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini
adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan
semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak
tersasar ke arah lain.
kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu
dipegang dengan kemas.
Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola.
Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan
pukulan yang kuat.
3. MenolakKemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran
memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara
perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah
kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau
tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya
tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.
Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola
Teknik yang betul ketika menolak bola, hasilnya pasti
meletup
4. Menerima dan menahan bolaKemahiran menerima atau menahan bola
juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai
oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang
dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola
masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan
lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan
semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.
cara yang betul untuk menahan bola tinggi.
*Kesalahan yang kerap dilakukan
Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain
atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila
kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak
diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola
berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke
pihak lawan.Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:i.
Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar
menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak
pergi jauh.
ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki.
Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak
terlalu kuat.
iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan
kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.
iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan
keseimbangan ketika hendak memukul bola.
v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak
dipukul.
Semoga pelajar atau pemain dapat mengenalpasti dan memperbaiki
kesilapan yang telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.