1.0 PENGENALAN Kem Membaca 1 Malaysia 2016 merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. KM1M Tahun 2016 akan dilaksanakan bermula dari 04 hingga 06 November 2016. 2.0 RASIONAL Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca di kalangan pelajar dan guru. 3.0 OBJEKTIF Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat : 3.1 Menggerakkan program galakkan membaca. 3.2 Memupuk minat membaca secara berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat ) 3.3 Mencungkil bakat melukis dan mewarna kulit buku. 3.4 menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan bacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja). 3.5 Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. 7.20 pg : Perhimpunan rasmi mingguan bermula Bacaan doa Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah Rukun Negara & Ikrar murid Laporan guru bertugas minggu sudah Ucapan Aluan pengerusi majlis Ucapan Perasmian : Pn. Fazillah Binti Din ( Guru Besar SK Seri Kepayang ) 8.00 pg : Gimik pelancaran Bercerita murid 9 minutes reading Atur Cara Program