-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
HoHuiLing'
Pendahuluan
Pengaruh komunis telah dikesan di Malaysia atau lebih dikenali
sebagai Tanah Melayu ketika itu pada awal tahun 1920-an. Komunis
bergerak melalui cawangan Kuomintang (KMT), pertubuhan khasnya
kesatuan sekerja, sekolah dan penerbitan. Pergerakan komunis
menjadi lebih rancak dan tersusun dengan pembentukan Parti Komunis
Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan sebuah
kerajaan komunis di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Republik
Rakyat Malaya. Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948
berikutan PKM memulakan siri keganasan dan kekerasan di
negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan perjuangan komunis. Dengan
itu, bermulalah tahap pertama gerakan bersenjata PKM di Tanah
Melayu. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah
Melayu memasuki zaman darurat di bawah Undang-undang Darurat yang
diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah
MeJayu, Sir Edward Gent pada 16 Jun 1948. Disebalik persaingan PKM
dengan pihak kerajaan dalam menguasai pentadbiran dan rakyat
negara, kejayaan memihak kepada pihak kerajaan. Sementara itu,
kelemahan komunis pula semakin terserlah sehingga akhimya komunis
tidak lagi mampu melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap
orang awam, pasukan keselamatan dan pihak pentadbiran. Dengan itu,
zaman darurat di Tanah MeJayu telah diisytiharkan tamat pada 31
Julai 1960.
Tujuan utama perbincangan dalam artikel ini adalah untuk
meneliti sebab-sebab yang menyebabkan PKM gagal dalam gerakan
bersenjatanya (1948-1960). Dalam hal ini, strategi perjuangan PKM,
kegagalan PKM mendapat sokongan penduduk keseluruhan, masalah
kepimpinan PKM, struktur organisasi PKM, langkah-Iangkah kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dalam membanteras komunis dan pencapaian
kemerdekaan oleh Tanah Melayu akan dikupas dalam artikel ini.
* Dr. Ho Hui Ling ialah pensyarah kanan, labatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
79
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
Pergerakan PKM, 1930-1960
Bukti pergerakan komunis telah dapat dikesan di Tanah Melayu
sejak awal tahun 1920-an, iaitu sekitar tahun 1921 atau 1922 lagi.
Pada ketika itu, pihak komunis menggunakan berbagai-bagai saluran
sebagai pelindung kepada gerakan mereka dalam usaha menyebarkan
pengaruh dalam kalangan penduduk, pekerja, belia dan pelajar di
Tanah Melayu. Ini termasuklah sekolah, kesatuan sekerja, cawangan
Kuomintang (KMT), penerbitan dan pertubuhan. Pergerakan komunis
menjadi lebih rancak apabila Parti Komunis Nanyang (PKNINan-Yang
Kung-Ch'an-TangISouth Seas Communist Party) ditubuhkan pada Mac
1928 yang diletakkan di bawah arahan Biro Timur lauh Comintern
(Communist International) di Shanghai. PKN ditubuhkan sebagai alat
Comintern untuk menyelaras, menggerak dan mengawasi pergerakan
komunis di Tanah Melayu, Thailand, Burma, Annam, Indochina dan
Indonesia dengan Singapura sebagai pangkalan atau pusatnya.! Namun
begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan
dalam mengkoordinasikan pergerakan komunis di negara-negara
tersebut. Keadaan ini akhimya mendorong pihak Comintern mengarahkan
penubuhan sebuah parti baru. Perkembangan itu mendorong kepada
penubuhan sebuah pertubuhan komunis yang dikenali sebagai Parti
Komunis Malaya (PKM) padaApril1930. Sejak itu, gerakan komunis di
negeri-negeri Melayu menjadi semakin teratur dan rancak. Matlamat
utama perjuangan PKM ialah untuk menguasai Tanah Melayu dengan
menjadikannya sebagai Republik Rakyat Malaya.
Di bawah PKM, komunis bergerak dalam dua aktiviti penting pada
tahun 1930-an. Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan
kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an untuk mempengaruhi
golongan buruh di Tanah Melayu untuk mengadakan mogok kerja.
Tindakan komunis ini bertujuan untuk menimbulkan ketidakstabilan
ekonomi yang boleh menjejaskan kekuatan ekonomi dan pentadbiran
British di Tanah Melayu. Dalam hal ini, PKM berjaya mempengaruhi
pekerja dari hampir semua bidang, termasuklah pekerja kuari,
pekerja binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut, orang gaji,
pekedai, pekerja kilang getah dan sesetengah pekerja di estet
getah. Antara contoh mogok ialah seperti yang berlaku di Kuala
Lumpur, di kalangan tukang kasut pada 30 Disember 1933 dan tukang
jahit pada 8 lanuari 1934. Alasan mereka melakukan mogok ialah
menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja
mereka.2 Selain itu, pekerja Cina di lombong besi Sri Medan, Batu
Pahat, lohor, mengadakan mogok pada 26 September 1935 kerana
masalah kenaikan gaji. Kadar kenaikan gaji kemudiannya dipersetujui
oleh pihak pengurusan sebanyak 20%.3 Pemogokan juga berlaku di
Kilang Getah Sham Yip Leung, Klang, Selangor, antara 6 lanuari 1937
hingga 15 lanuari 1937. Mogok itu berakhir setelah
The Communist Threat To The Federation of Malaya, Kuala Lumpur:
Government Press, 1959, him. 15; Ho Hui Ling, Darurat 1948·1960:
Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2004, him. 6.
2 Keterangan lanjut, sila rujuk Monthly Review of Chinese
Affairs, January 1934. him. 31, dalam e.O. 273/5961 33046IPart I,
Review of Chinese Affairs.
3 Monthly Review of Chinese Affairs, September 1935, him. 27,
dalam e.O. 273/605/50055/Part I. Review of Chinese Affairs.
80
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUN!S MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALIS!S
dijanjikan peningkatan gaji dari 7.5% ke 30%.4 Dalam kejadian
lain di Seremban, Negeri Sembilan, pemogokan dilakukan oleh pembuat
terompah pada 1 Mei 1937. KeIja dipulihkan pada 3 Mei 1937 setelah
dijanjikan kenaikan gaji 10%.5 Dipercayai kejadian mogok itu
berlaku hasil hasutan daripada komunis.
Aktiviti kedua PKM pada peringkat awal penubuhannya ialah
menggunakan Perang China-Jepun yang meletus pada tahun 1937 di
negara China sebagai alasan menganjurkan gerakan anti-Jepun dan
memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan penduduk Cina di Tanah
Melayu. Serangan Jepun ke atas negara China pada tahun 1937 turut
menaikkan semangat kebangsaan orang Cina di seberang laut,
terrnasuklah di Tanah Melayu. PKM dengan segera mengeksploitasikan
luapan semangat kebangsaan orang Cina untuk meluaskan pengaruhnya.
PKM bukan sahaja menyokong, malah meniupkan lagi seman gat
kebangsaan dengan menganjurkan dan mendalangi kempen anti-Jepun di
Tanah Melayu. Antara kegiatan anti-Jepun yang dipercayai
dipengaruhi oleh komunis ialah satu peristiwa yang berlaku di
Melaka pada 29 November 1937 apabila seorang perempuan dicurahkan
dengan tar ketika beliau meninggalkan sebuah kedai India. Ini
kerana beliau dituduh membeli barang-barang Jepun dari kedai
berkenaan. Pada 4 Disember 1937, sebuah born dilemparkan ke dalam
auditorium panggung wayang di Fun and Frolic Amusement Park, Pulau
Pinang, kerana dikatakan rombongan pelakon yang membuat persembahan
itu adalah mereka yang pro-Jepun. Born itu terkena kepala seorang
penonton Cina dan membunuhnya.6 Di Alor Setar, Kedah, pada 20 Julai
1938, lima beg kacang soya tiba dari Pulau Pinang ditolak kerana
dipercayai adalah barangan Jepun.7
Pada zaman Perang Dunia Kedua (1941-1945), komunis telah
mencapai keIjasama dengan pihak British untuk menghalau Jepun dari
Tanah Melayu. Hasil kerjasama itu telah membolehkan PKM menubuhkan
Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau dikenali sebagai
Bintang Tiga dalam usaha meluaskan pengaruh PKM dengan matlamat
bagi menentang Jepun. Untuk tujuan ini, MPAJA dibahagikan kepada
lapan rejimen pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Rejimen-rejimen MPAJA terdiri daripada First Independent Regiment
berpusat di Selangor, Second Independent Regiment di Negeri
Sembilan, Third Independent Regiment di Utara Johor, Fourth
Independent Regiment di Selatan Johor, Fifth Independent Regiment
di Perak, Sixth Independent Regiment di Barat Pahang, Seventh
Independent Regiment Pahang Timur dan Eight Independent Regiment di
Kedah. 8
4 Monthly Review of Chinese Affairs, April 1937, hIm. lO-l2,
dalam CO. 273/628/50055IPart I, Review of Chinese Affairs.
5 Monthly Review of Chinese Affairs, May 1937, hIm. 19, dalam
CO. 273/628/50055/Part II, Review of Chinese Affairs.
6 Monthly Review of Chinese Affairs, December 1937, hIm. 10,
dalam CO. 273/628/50055IPart 1I, Review of Chinese Affairs.
7 Monthly Review of Chinese Affairs, July 1938, hIm. 10, dalam
CO. 273/641/500551Part II, Review of Chinese Affairs.
8 Keterangan lanjut, Iihat Cheah Boon Kheng, Red Star Over
Malaya: Resistance & Social Conflict During and After The
Japanese Occupation, 1941-1946 (Third Edition), Singapore:
Singapore University Press, 2003, him. 60-61: Ho Hui Ling, "Bintang
Tiga dan Darurat di Negeri Selangor: satu Perbincangan Umum",
Malawati, Jurnal Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan, Bi!. 4, 2001,
him. 34.
81
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
Jika dilihat dari kepentingan jangka panjang, PKM lebih
beruntung pada pendudukan Jepun kerana bantuan senjata, latihan,
kewangan, bekalan lojistik dan perubatan daripada pihak British,
malahan pengalaman dan kemahiran itu kemudian digunakannya dalam
gerakan bersenjata pada tahun 1948. Di samping itu, PKM menjadi
lebih popular kerana penglibatannya dalam menentang tentera Jepun
melalui MPAJA. Bagi orang Cina, penubuhan MPAJA telah menyediakan
perlindungan kepada mereka daripada kekejaman Jepun. Dengan itu,
orang Cina memberi sumbangan kepada MPAJA dengan membekalkan bahan
makanan, wang, maklumat dan rekrut. Menerusinya juga, PKM berjaya
memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan rakyat. Rakyat yang
bencikan keganasan, kekejaman dan penderitaan akibat kedatangan
Jepun mudah dieksploitasi untuk menyokong perjuangan MPAJA kerana
ia bertindak sebagai penggerak utama menentang Jepun di negara ini
pada ketika ituY
Selepas Jepun menyerah kalah pad a 15 Ogos 1945 dan sebelum
British Military Administration (BMA) kembali ke Tanah Melayu pada
3 September 1945, wujud kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah
Melayu. Keadaan ini telah digunakan o1eh PKM dan MPAJA untuk
berkuasa di Tanah Melayu. Mereka keluar dari hutan dan melakukan
penganiayaan di sana sini, dengan alasan untuk menghukum orang yang
melakukan kesalahan jenayah kepada penduduk dan yang bersubahat
dengan Jepun. Mereka mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan
kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan mengancam
seluruh penduduk. Dianggarkan MPAJA telah membunuh lebih kurang
2,542 orang Cina, Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai
tali barut Jepun.1O Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan
yang besar apabila orang Melayu mengambil tindak balas terhadap
orang Cina di kawasan luar bandar. Pergaduhan kaum telah berlaku di
kawasan-kawasan seperti Sungai Manik, Batu Kikir, sekitar Bekor dan
Lenggong di Perak; Jelebu dan Padang Lebar, Negeri Sembilan;
Senggarang, Kluang, Mersing dan Batu Pahat, Johor; Pekan dan Raub,
Pahang; Kampung Merbok, Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta di Alor
Gajah, Melaka. 11 Pada ketika itu, komunis telah melakukan banyak
kekacauan di Tanah Melayu dan kegiatan komunis itu turut
menjejaskan hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Bagaimanapun, MPAJA kemudian telah dibubarkan pada 1 Disember
1945 dengan persetujuan PKM setelah BMA berkuasa di Tanah Melayu.
Namun demikian, kegiatan komunis masih diteruskan dengan tujuan
untuk menghalau penjajah British dan membentuk sebuah republik
komunis di Tanah Melayu. Untuk itu, PKM telah bekerjasama dengan
pertubuhan-pertubuhan kiri atau radikal seperti All Malayan Council
of Joint Action-Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA), Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU) dan
New Democratic Youth League (NDYL). Mereka berusaha untuk
menggagalkan rancangan politik yang diwujudkan oleh pihak
British
9 Maklumat lanjut, rujuk Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keaduan
Sosial di Tanah Me/ayu, him. 9-11. 10 Dato' J. J. Raj, Jr, The War
Years & After, Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2000, him.
57; SP. 1819C1225.
Majalah Bulanan Malaya, Jilid 3, Bil. 7, 1958. hIm. 24. I I Ho
Hui Ling, Darurat /948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hIm.
11-12; Cheah Boon Kheng, Red Star
Over Malaya, him. 195-232.
82
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
selepas perang, iaitu rancangan Malayan Union, Namun demikian,
dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948,
PKM menyedari bahawa matlamat mereka telah gagal,12
Pada mas a yang sarna, pihak komunis telah cuba mempergunakan
golongan pekerja dalam gerakan mereka di Tanah Melayu, Oleh itu,
pada tahun 1948, beberapa undang-undang telah diluluskan oleh
kerajaan Singapura dan Tanah Melayu untuk menyekat kesatuan sekerja
daripada dipergunakan oleh komunis. Antaranya, Trade Unions
Ordinance No.9 of 1948 yang diluluskan pada 31 Mei 1948 dan Trade
Unions (Amendments No.2) Ordinance. 1948 yang dikuatkuasakan pada
12 lun 1948. Trade Unions Ordinance No.9 of 1948 menghadkan
persekutuan kesatuan sekerja kepada persekutuan kesatuan
berdasarkan pemiagaan, pekerjaan dan industri yang sarna serta
memastikan pemimpin dalam kesatuan sekerja tidak mempunyai rekod
kesalahanjenayah seperti pemah terlibat dalam pemerasan dan ugutan.
13 Manakala, Trade Unions (Amendments No.2) Ordinance, 1948
dikuatkuasakan untuk menjamin pemimpin kesatuan sekerja adalah
terdiri daripada mereka yang sarna ada pekerja bergaji di industri
berkaitan atau sekurang-kurangnya orang yang mempunyai tiga tahun
pengalaman dalam industri berkenaan. 14
Tindakan kerajaan tersebut dalam mengawal kesatuan sekerja
melalui pengenalan dan pindaan ordinan telah dapat menyekat dan
melemahkan pergerakan komunis dalam kesatuan sekerja. Ini dapat
dilihat dimana terdapat 10 buah kesatuan sekerja di negeri-negeri
Melayu yang didapati adalah tidak layak didaftarkan di bawah
undang-undang yang dikuatkuasakan tersebut. Kesatuan itu
termasuklah Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Kelantan, Kesatuan
Sekerja Am Terengganu, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri lohor,
Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Melaka, Persekutuan Kesatuan
Sekerja Negeri Perak, Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Selangor,
Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Kedah, Persekutuan Kesatuan
Sekerja Pahang Timur, Persekutuan Kesatuan Sekerja Pahang Barat dan
Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Sembilan. 15 lelasnya, dengan
adanya sekatan undang-undang oleh kerajaan telah menyebabkan
komunis gagal dalam mempergunakan kesatuan sekerja untuk gerakan
mereka di negeri-negeri Melayu.
12 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah
Melayu, him. 12-13. 13 Second Supplement To Federation of Malaya
Government Gazette, Vol. I, No. 10, 12 June 1948, him. 850;
Communist Banditry in Malaya·Extracts From Speeches by The High
Commissioner Sir Henry Gurney, K.C.M.G., October 1948 To December
1949, Kuala Lumpur: Department of Public Relations, Federation of
Malaya, tiada tahun, hIm. 2.
14 P.R. 473/48, Amendments to Trade Union Ordinance, F. of M.
Ordinances-I 948, hIm. 1-2, dalam Fail Jabatan Peguam Negara
(Attorney General's Chambers), PIPEG I, Regulations Made Under The
Emergency Regulations Ordinance 1948; Federation of Malaya No. 15
of 1948, dalam Malayan Union and Federal Ordinance and S.S.
Enactment 1948; Alex Josey, Trade Unionism in Malaya, Singapore:
Donald Moore, 1958, hIm. 41-42. Rujuk juga A Paper on The
Dimensions and Nature of The Security Problem Confronting The
Government of The Federation of Malaya, 16 September 1948, dalam
C.O. 717/177/52849/41, Law and Order, The Squatter Problem, hIm.
110; Federation of Malaya Annual Report 1948, Kuala Lumpur:
Government Press, 1949, him. 182. Lihatjuga Chronology of Important
Events During The Emergency In Malaya For The Period June 1948 to
30 June 1949, him. I, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor, Sel. Sec. 2114/1949, Chronology of Important Events
During The Emergency.
15 The Malaya Tribune (Singapore), 14 June 1948, him. 3; Trade
Union Pamphlets (Special Issue)-distributed by The Trade Union
Adviser's Department, Malaya and Singapore, dalam C.O.
717/167/52849/2/1, Law and Order, Emergency Legislation, him.
48.
83
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
Berikutan kegagalan tersebut, pihak komunis telah bertindak
dengan lebih agresif lagi di Tanah Melayu. Komunis telah melakukan
keganasan dan pembunuhan ke atas peladang dan pengusaha berbangsa
Eropah di Tanah Melayu. Pada 16 lun 1948, tiga orang peladang
Eropah di Sungai Siput, Perak telah menjadi mangsa pembunuhan pihak
komunis. Mereka adalah Arthur Walker, pen gurus Ladang Elphil; John
Allison dan pembantunya, Ian Christian dari Estet Phin Soon di
Sungai SipUt. 16 Berikutnya, Sir Edward Gent selaku Pesuruhjaya
Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan
Undang-undang Darurat menerusi kuatkuasa Undang-undang BMA
(Essential Regulation Proclamation) pada 16 Jun 1948. Undang-undang
itu kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Undang-undang
Darurat (Emergency Regulation Ordinance), 1948 yang diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan pada 5 lulai 1948.17 Pada 16 lun
1948, Undang-undang Darurat yang diisytiharkan hanya merangkumi
kawasan Jpoh dan Sungai Siput di negeri Perak serta daerah Kluang,
Muar, Kulai dan Plentong di negeri lohor. Pada 17 Jun 1948,
undang-undang itu diperluaskan meliputi seluruh negeri Perak dan
Johor. Seterusnya, Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh
Tanah Melayu pada 18 lun 1948. 18 Dengan itu, bermula pada 18 lun
1948, seluruh Tanah Melayu diletakkan di bawah Undang-undang
Darurat sehingga undang-undang itu dimansuhkan oleh pihak berkuasa
pada 31 lulai 1960.
Walaupun Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan, kegiatan
komunis masih berleluasa di Tanah Melayu. Setiap hari terdapat
kejadian keganasan komunis yang dilaporkan berlaku di merata tempat
di Tanah Melayu. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang
terkorban, lebih-lebih lagi orang awam yang tidak berdosa.
Dilaporkanjuga hampir setiap hari terdapat harta benda yang tidak
ternilai telah musnah disebabkan komunis. Dengan itu, kerajaan
terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menamatkan
kehilangan nyawa, mengakhiri pertempuran dan kemusnahan serta
kerosakan akibat daripada tindakan komunis.
Antara kejahatan yang dilakukan oleh komunis ialah serangan ke
atas orang awam (orang Melayu, Cina, India, Orang Asli ); membakar
kampung yang menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal dan
harta benda; menyerang estet getah dan lombong timah; melancarkan
serangan ke atas pasukan keselamatan; membunuh peladang dan
16 MakIumat Ianjut. siIa lihat The Straits Times, 17 June 1948.
him. I; The Malaya Tribune (Kuala Lumpur), 17 June 1948. hIm. I;
The Malay Mail, 17 June 1948. him. 3; Nanyang Siang Pau, 17 June
1948. him. 7; 18 June 1948. him. 7; Kin Kwok Daily News, 17 June
1948, him. 4; 5 July 1954. hIm. 3. Lihat juga Dato' ].1. Raj, Jr,
The War Years & After, Subang Jaya: Pelanduk Publications,
2000, him. 92; Federation of Malaya Police Monthly e.I.D. Survey of
Crime For June 1948, dalam e.O. 7171175/52849/22. Law and Order,
Monthly e.I.D. Survey of Crime, hIm. 193.
17 Keterangan lanjut, lihat Federation of Malaya No. 10 of 1948,
dalam EM.s. Ordinances and M.U. Ordinance. Lihat juga Fourth
Supplement To Federation of'Malaya Government Gazette, I July 1948,
hIm. 961-965.
18 The Straits Times, 2 December 1989, him. 8; The Malaya
Tribune (Kuala Lumpur), 24 July 1948, him. I: Second Supplement To
Federation of Malaya Government Gazette, Vol. 1, No. 13,23 July
1948, him. 1153. Lihat juga Edgar O'Ballance, Malaya: The Communist
Insurgent War, 1948-1960, London: Faber and Faber, 1960, him. 82;
Richard Clutterbuck, The Long Long War: The Emergency in Malaya
1948-1960, London: Ca,,;el and Company Limited, 1967, hIm. 39~
'Iuen 'Iuet Leng, Operation Ginger, Kuala Lumpur: Vinpress, 1998,
him. 7; Anthony Short, In Pursuit of Mountain Rats: The Communist
Insurrection in Malaya, Singapore: Cultured Lotus, 2000, him.
94.
84
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
pelombong Eropah serta mengganggu sistem pengangkutan dan
mensabotaj kemudahan asas. Tindakan komunis itu telah mendatangkan
kesusahan kepada penduduk, melemahkan kekuatan ekonomi orang
perseorangan dan kerajaan British serta menimbulkan keadaan tidak
tenteram di seluruh negara. Keadaan ini adalah selaras dengan
cita-cita komunis untuk menghalau pihak British keluar dari Tanah
Melayu dengan menimbulkan gangguan ke atas kestabilan politik,
ekonomi dan sosial. Seterusnya, selepas British telah keluar dari
Tanah Melayu, komunis berharap akan dapat menguasai pentadbiran dan
negara ini.
Sepan jang zaman darurat dari 16 1 un 1948 hingga 31 1 ulai
1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385
orang dicederakan. Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah
1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan. 19 Sementara
itu, sejumlah 99 orang peladang Eropah dan kakitangannya menjadi
mangsa keganasan komunis di Tanah Melayu pada zaman darurat. 20
Selain itu, sejak zaman darurat bermula sehingga lun 1949 (tempoh
setahun), terdapat 18 serangan komunis ke atas estet yang
menyebabkan 25 pekerja dan kontraktor terbunuh dan en am orang
penoreh diculik oleh komunis. Manakala, dalam tempoh yang sarna,
bangunan yang dirosakkan oleh komunis termasuklah 15 buah rumah
kongsi, tiga buah rumah kontraktor, sembi Ian buah rumah asap,
sebuah kilang estet, tiga buah bangsal dan setor, dua buah sekolah
dan dua kedai di estet. 21 Sementara itu, pada tahun 1950 sahaja,
bangunan yang dirosakkan oleh komunis di estet termasuk rumah asap,
pejabat, kilang getah, tempat tinggal pekerja bemilai hampir
$5Y2juta dan lebih kurang 300,000 pokok getah ditakik oleh komunis.
22 Dalam pada itu, di antara 1948 hingga 1956 (sembilan tahun), 80
buah lombong telah diserang oleh komunis di enam negeri iaitu
Perak, Selangor, Pahang, lohor, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Dalam tempoh tersebut, 97 kali lorn bong diserang oleh komunis dan
53 orang menjadi mangsa pembunuhan dengan 56 orang dicederakan. 23
Tindakan komunis itu telah mengganggu punca pencarian rezeki
penduduk Tanah Melayu dan turut melemahkan kekuatan ekonomi
negara.
Kehidupan dan pergerakan penduduk di Tanah Melayu terjejas
akibat sabotaj komunis ke atas kemudahan asas. Landasan keretapi
kerap kali dirosakkan dan keretapi diserang, ditembak dan dibomkan
oleh komunis. Begitu juga, sabotaj ke atas kenderaan jalan sering
berlaku. Keadaan ini mengancam nyawa pengguna jalan raya dan
penumpang keretapi serta menjejaskan perkhidmatan sistem
perhubungan di Tanah Melayu. Sejak tercetusnya pengganasan komunis
pada tahun 1948 sehingga tamat darurat pada tahun
19 The China Press, 30 July 1960. hIm. 3. 20 "Planters Killed In
The Emergency". dalam e.O. 1030/IS/FEDI2/108/04, Casualties Among
Rubber Planters
In The Federation of Malaya Since The Commencement of The
Emergency, hIm. 9-10; Names of European Rubber Planters Who Were
Not Auxiliary Policemen Killed By Bandits Since Commencement of The
Disturbances In Respect of Whom Claims Have Been Received, dalam
e.O. 1022125/SEAIO/35/01, Casualties Among Rubber Planters In
Malaya Since The Commencement of The Emergency, hIm. 10-11.
21 Labour Department Negeri Sembilan, Report For June 1949, hIm.
I, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, N.S. State
Secretariat No. 260/49, Monthly Report For Labour Department,
Negeri Sembi Ian 1949.
22 Federation of Malaya Political Report No. 12 For December
1950, hIm. 6, dalam e.O. 825/82/1155404/3, Political Intelligence
Reports, Federation of Malaya.
23 The China Press, 9 July 1960, hIm. 10; The Straits Times, 8
July 1960, hIm. 6.
85
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH
1960, komunis telah melakukan sebanyak 387 kali sabotaj ke atas
perkhidmatan keretapi. Dalam tempoh tersebut, telah berlaku
sebanyak 197 kejadian komunis menggelincirkan keretapi, 172 kali
keretapi ditembak dan 19 buah stesen keretapi dirosakkan oleh
komunis. Kejadian tersebut mengakibatkan 45 orang penumpang
terbunuh dan 176 orang cedera. Sementara itu, 18 orang kakitangan
perkhidmatan keretapi terbunuh dan 42 orang cedera dalam serangan
terse but. 24
Masalah komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan dan
penderitaan kepada penduduk, menjejaskan perkembangan ekonomi dan
pembangunan sosial, malahan ia juga meningkatkan lagi beban
perbelanjaan pihak berkuasa. Ini dapat dilihat apabila pihak
kerajaan British di Tanah Melayu terpaksa menanggung perbelanjaan
yang besar dalam mengatur dan menjalankan berbagai-bagai langkah
untuk menangani masalah komunis. Dilaporkan bahawa anggaran purata
kos darurat adalah berjumlah di antara $250,000 hingga $300,000
sehari pada zaman darurat. lumlah ini tidak termasuk kerosakan
harta benda seperti bangunan dan kenderaan yang dilakukan oleh
komunis. Sepanjang tahun 1948 hingga 1960, dianggarkan pihak
kerajaan telah membelanjakan kira-kira $1,300 juta sebagai kos
darurat. 25 Disebabkan masalah komunis dan darurat, jumlah
perbelanjaan yang besar ini terpaksa diperuntukkan untuk tujuan
mematahkan kegiatan komunis dan memulihkan keamanan di negara
ini.
Dengan itu, kerajaan bertindak mengambil pelbagai langkah untuk
menangani kegiatan komunis demi memelihara kepentingan mereka di
Tanah Melayu. lni kerana pihak berkuasa sedar bahawa sekiranya
keselamatan dan kestabilan tidak dapat diwujudkan di Tanah Melayu,
maka penduduk tidak akan menyokong mereka. Antara langkah yang
diambil oleh kerajaan termasuklah menambahkan kekuatan pasukan
keselamatan, menguatkuasakan peraturan pendaftaran kebangsaan dan
penggunaan kad pengenalan, memberi ganjaran kepada sesiapa yang
dapat memberi maklumat berkaitan komunis, mengadakan Kempen Bulan
Rakyat Melawan Penjahat, menubuhkan unit Home Guard, mengadakan
kawalan makanan dan perintah berkurung, menjalankan rancangan
penempatan semula, memperkuatkan kerja perisikan, memperkenalkan
konsep Kawasan Putih, mengadakan Rundingan Baling dengan pihak
komunis, menjalankan kempen memenangi hati dan fikiran penduduk dan
sebagainya. Usaha-usaha kerajaan ini akhirnya berjaya melemahkan
pergerakan komunis dan pada masa yang sarna dapat memenangi
keyakinan serta sokongan penduduk kepada kerajaan. Dengan itu,
penduduk memberi kerjasama kepada pihak kerajaan dalam menangani
masalah komunis.
24 S. S. Awbery and F. W. Dalley, Labour and Trade Union
Organisation In The Federation oJ Malaya and Singapore, Kuala
Lumpur: Government Press, 1948, him. 3-4.
25 Kos darurat ada dinyatakan dalam Federation of Malaya Annual
Report 1949, Kuala Lumpur: Government Press, 1950. him. 208; Kin
Kwok Daily News, 2 April 1949, hIm. I; Indian Daily Mail, 18
February 1949, hIm. 4; 2 March 1949, him. 2; 7 June 1949, hIm. 4;
29 October 1949. hIm. I; The Straits Times, 10 November 1953. hIm.
4.
86
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
Faktor Kegagalan PKM Dalam Gerakan Bersenjata
Usaha kerajaan dengan kerjasama daripada penduduk, akhirnya
berjaya melemahkan perjuangan komunis dan seterusnya menamatkan
zaman darurat pada 31 Julai 1960. Terdapat beberapa faktor penting
yang dikenalpasti adalah penyumbang kepada kegagalan tahap pertama
gerakan bersenjata komunis yang bermula pada 16 Jun 1948 dan tamat
pada 31 Julai 1960.
Penggunaan strategi kekerasan dan keganasan oleh PKM dalam
pergerakannya adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada
kegagalan perjuangan komunis di Tanah Melayu. Sebelum penaklukan
Jepun ke atas Tanah Melayu, pergerakan komunis tidak begitu
agresif. Mereka menggunakan kesatuan sekerja untuk mengadakan mogok
dan tunjuk perasaan. 26 Komunis juga menggunakan strategi Barisan
Bersatu, iaitu menyerap dalam pertubuhan belia, sekolah dan
cawangan KMT bagi melebarkan lagi pengaruh mereka dalam kalangan
penduduk. Namun demikian, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah pada
pertengahan Ogos 1945, MPAJA yang merupakan tulang belakang
perjuangan PKM pada zaman perang telah keluar dari hutan dan
melakukan kekacauan di merata-rata tempat di negeri-negeri Melayu,
khasnya di Johor dan Perak,27 disamping Pahang, Selangor, Kedah dan
Kelantan. Mereka masuk ke kampung, merampas barangan penduduk,
menangkap penduduk yang disyaki menjadi pensubahat Jepun ketika
perang dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka. Tindakan MPAJA itu
akhirnya membawa kepada berlakunya pergaduhan kaum di negeri-negeri
Melayu. Dengan itu, berlaku kekacauan di Tanah Melayu yang
menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan
penduduk.28
Selepas Perang Dunia Kedua dan kembalinya pihak British ke Tanah
Melayu, PKM mendapati bahawa perjuangan melalui strategi Barisan
Bersatu sudah tidak sesuai, maka PKM memulakan gerakan bersenjata
dengan menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menggulingkan
pentadbiran penjajah British, menghapuskan pengaruh politik,
ekonomi dan ketenteraan British serta menggantikannya dengan
penubuhan sebuah Republik Rakyat Malaya. 29 Keputusan PKM itu
menyebabkan kerajaan mengisytiharkan
26 Berita Harian, 13 September 1993, him. 20. 27 c.P. (48) 171,
1st July 1948, Memorandum By The Secretary of State For The
Colonies, him. 2, dalam PREM
8114061 Part I, Situation In Malaya. 28 Maklumat lanjut tentang
pergaduhan kaum, sila lihat Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng:
Suatu Kajian
Mengenai Barisan Bersatu Komunis Di Tanah Melayu 1945-48
(terjemahan Hj. Zubir Ismail), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1982, him. 24-25. Lihat juga Wan Hashim, Race Relations in
Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.,
1983, him. 42-43; Francis Loh Kok Wah, Beyond the Tin Mines,
Coolies, Squatters and New Villagers in the Kinta Valley, Malaysia,
c.1880-1980, Singapore: Oxford University Press, 1988, him. 64;
Victor Purcell, The Memoirs of A Malayan Official, London: Cassel
& Company Ltd., 1965, him. 346.
29 Aloysius Chin, The Communist Party of Malaya: The Inside
Story, Kuala Lumpur: Vinpress, 1995, him. 118. Strategi Barisan
Bersatu telah digunakan oleh PKM untuk bekerjasama dengan British
bagi menentang Jepun ketika zaman pendudukan Jepun. Strategi ini
diteruskan selepas Jepun tewas, PKM bekerjasama dengan pertubuhan
kiri/radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan
Democratic Union (MDU), All Malayan Council of Joint Action-Pusat
Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA) bagi menyekat British berkuasa semula
di Tanah Melayu. Namun demikian, usaha PKM ini tidak mencapai
matlamatnya, iaitu PKM tidak mendapat kuasa pentadbiran dan British
berkuasa semula di Tanah Melayu selepas perang sehingga kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
87
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH
Undang-undang Darurat di Tanah Melayu. Walaupun Undang-undang
Darurat telah dikuatkuasakan, kegiatan komunis masih berlaku di
Tanah Melayu. Setiap hari terdapat pelbagai kejadian komunis
termasuklah serangan, sabotaj, ugutan, pembunuhan dan lain-lain
kegiatan keganasan komunis yang dilaporkan berlaku di merata tempat
di Tanah Melayu baik terhadap orang awam, pelombong dan pekerja
estet, pasukan keselamatan, mahupun peladang Eropah.30 Tindakan
komunis itu telah mendatangkan gangguan kepada kehidupan penduduk,
kesusahan dan kerugian kepada semua pihak di Tanah Melayu, baik
masyarakat mahupun pihak pentadbiran. Keganasan dan kekejaman yang
dilancarkan oleh komunis menyebabkan mereka menjadi tidak popular
dalam kalangan penduduk. Malahan tindakan komunis itu menimbulkan
kebencian penduduk terhadap mereka. Selain itu, pembunuhan yang
dilakukan oleh komunis ke atas Pesuruhjaya Tinggi British bagi
Persekutuan Tanah Melayu, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951
telah membuktikan lagi kekejaman mereka. 31
Keadaan itu menambahkan lagi rasa kebencian orang ramai terhadap
komunis. Bahkan peristiwa itu juga telah memberi perangsang kepada
British untuk melipatgandakan kekuatan angkatan pertahanan dan
mengambillangkah-Iangkah yang lebih tegas dalam menangani masalah
komunis di Tanah Melayu.
Faktor lain yang mempengaruhi kegagalan perjuangan PKM ialah
komunis telah melepaskan satu peluang keemasan untuk menegakkan
kekuasaan politik di Tanah Melayu pada tahun 1945. Selepas Jepun
menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dan sebelum ketibaan tentera
Berikat (British Military AdministrationlBMA) ke Tanah Melayu pada
3 September 1945 telah wujud satu ruang kekosongan politik dan
ketenteraan selama hampir tiga minggu di Tanah Melayu. Namun
demikian, PKM tidak mengambil kesempatan ini untuk menubuhkan
republik komunis tetapi telah menjalankan kegiatan membalas dendam
serta membunuh orang yang telah bersepakat atau bekerjasama dengan
pihak Jepun ketika perang. Komunis juga menyerbu kampung penduduk,
merampas barangan dan harta penduduk; menangkap pensubahat Jepun,
mengadakan perbicaraan sendiri serta menjatuhkan hukuman ke atas
mereka. Malahan, komunis turut memasuki kampung Melayu untuk
menubuhkan pertubuhan, mengutip yuran keahlian dan derma, memberi
ceramah
30 Maklumat lanjut. sila rujuk Ho Hui Ling. Darurat 1948-1960:
Keadaan Sosial di Tanah Melayu. bab 2 dan bab 6.
31 Maklumat lanjut tentang pembunuhan Sir Henry Gurney, sila
lihat Noel Barber, The War afThe Running Dogs. London: Collins,
1971. hIm. 130-132; Anthony Short, The Communist Insurrection in
Malaya 1948-1960, London; Frederick Muller, 1975, him. 303-305;
Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Waifare, The Malayan
Emergency 1948-1960, Singapore: Oxford University Press, 1989, hIm.
133; C Northcote Parkinson, Templer in Malaya, Singapore: Donald
Moore Ltd., 1954, hIm. 6-7; Malayan Bulletin Vol. 5, No. 58, 25,h
October 1951, dalam CO. 717/205/5293211951, Association of British
Malaya, Monthly Bulletin, hIm. 5; D. INF. 10/511 80 (COP), Federal
Government Press Statement. dalam CO. 717/202/52849/98, Law and
Order, Assassination of Sir Henry Gurney (High Commissioner for the
Federation of Malaya), hIm. 48. Lihat juga Statement by the Private
Secretary to the late Sir H. Gurney, Mr. OJ. Staples at a Press
Conference this afternoon, October 7'", dalam CO. 717/202/52849/98,
Law and Order, Assassination of Sir Henry Gurney (High Commissioner
for the Federation of Malaya), hIm. 49; Inward Telegram, 6'"
October 1951, dalam CO. 717/202152849198, Law and Order,
Assassination of Sir Henry Gurney (High Commissioner for the
Federation of Malaya), hIm. 83-85; Malaya Monthly Political
Intelligence Report September-October 1951, hIm. 1-2, dalam CO.
53717343/55404, Monthly Political Intelligence Reports;
Investigation Into the Murder of H.E. The Late High Commissioner,
Sir Henry Gurney, on 6.10.1951, dalam CO. 53717283/55849/98,
Assassination of Sir Henry Gurney.
88
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
serta menyebarkan propaganda anti-British kepada penduduk.32
Tindakan komunis itu bukan sahaja menyebabkan timbul rasa tidak
puas hati dan kebencian penduduk, malah juga membawa kepada
berlakunya kekacauan dengan meluas di Tanah Melayu. Dengan itu, PKM
telah melepaskan satu peluang yang baik untuk menguasai Tanah
Melayu, sebaliknya tindakan PKM itu telah menyebabkan penduduk
menjauhkan diri daripada mereka.
Kelemahan pemimpin dan kepimpinan PKM yang menyebabkan keadaan
berpecah-belah dalam kalangan pemimpin Pusat PKM turut mempengaruhi
kegagalan perjuangan PKM di Tanah Melayu. Keadaan ini telah
memburukkan lagi imej dan moral pemimpin PKM pada kaca mata anggota
bawahan dan penyokongnya. Kelemahan PKM itu kemudian diakui sendiri
oleh seorang anggota komunis yang telah menyerah diri kepada pihak
kerajaan pada tahun 1950. Anggota komunis itu mendakwa berlakunya
penyelewengan dan penyalahgunaan wang serta harta benda dalam
kalangan pucuk pimpinan PKM. Mereka juga tidak amanah, mementingkan
diri sendiri dan tidak jujur. Keadaan terse but terbukti dengan
cara hidup pemimpin yang sentiasa mewah, sedangkan anggota-anggota
bawahannya pula hidup menderita. 33 Perkara ini kemudian telah
digunakan oleh kerajaan dalam propaganda untuk mengelakkan penduduk
daripada menyertai PKM. Kelemahan kepimpinan PKM turut dapat
dilihat dimana berlaku perselisihan pendapat dalam pucuk pimpinan
sehingga membawa kepada pelbagai kerumitan dalam parti. Sebagai
contohnya, seorang bekas ahli PKM, Siew Lau yang mengutuk
kepimpinan dan beberapa kelemahan parti telah diarahkan dibunuh
atas arahan PKM pada 15 Mei 1951. Beliau mengkritik rancangan PKM
untuk memiliknegarakan tanah apabila PKM berjaya menguasai Tanah
Melayu nanti. Siew Lau juga tidak setuju dengan tindakan kekerasan
yang dijalankan oleh PKM seperti membakar bas, menembak keretapi
dan merosakkan pokok-pokok getah kerana tindakan itu hanya
mendatangkan penderitaan kepada penduduk.34
Selain itu, kes Lai Tek, SetiausahaAgung PKM yang melarikan diri
dengan tabung parti pada Mac 1947 juga menunjukkan adanya
kepincangan dalam organisasi PKM. Lai Tek telah bertindak
meninggalkan PKM setelah mengetahui Jawatankuasa Kerja Pusat PKM
sedang mengatur untuk membicarakan beliau terhadap kejadian di
sebuah kampung kecil berdekatan Batu Caves pada zaman pendudukan
Jepun yang mana berlakunya perjumpaan antara anggota kanan PKM
dengan ketua-ketua gerila telah diserbu oleh tentera Jepun. Lai Tek
kemudian telah didedahkan adalah ejen dua muka, iaitu ejen
British
32 Origin of Sino-Malay Animosity, him. I, dalam Fail Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor, Sel. Sec. 46/49, Monthly Reports on
Labour Condition, Strikes and Disputes, 1949.
33 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di
Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, him. 61;
Leaflets No. 242, dalam Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau
Pinang, RCPIPRlI0491 48, Emergency Regulations-Publicity
Material.
34 Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat
1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984, him.
78.
89
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
dan Iepun.35 Sikap pemimpin seperti ini telah menyebabkan
ahli-ahlinya hilang kepercayaan kepada mereka dan partinya. Selepas
Lai Tek, PKM di bawah pimpinan Chin Peng telah mengambil keputusan
berjuang melalui ketenteraan untuk menubuhkan Republik Komunis
Malaya. Dengan itu, bermulalah penggunaan strategik kekerasan dan
keganasan secara meluas dalam perjuangan PKM.
Kegagalan gerakan bersenjata PKM juga disebabkan oleh struktur
organisasi PKM yang sangat kompleks. lni kerana organisasi PKM yang
kompleks menyukarkan wujudnya perhubungan yang berkesan di an tara
anggota dengan pemimpin, dan antara unit dengan unit, atau antara
pasukan dengan pasukan. Pergerakan PKM di Tanah Melayu dipusatkan
kepada tiga kawasan, iaitu di utara, tengah dan selatan dengan
Iawatankuasa Kerja Pusat. Iawatankuasa Kerja Pusat mengandungi 10
hingga 13 orang anggota. Di setiap negeri, terdapat Iawatankuasa
Negeri yang bertanggungjawab dalam mengatur kegiatan politik di
kawasannya dengan dibantu dan dikawal oleh rejim Tentera Pembebasan
Nasional Malaya (Malayan National Liberation ArmyIMNLA). Di
peringkat daerah atau jajahan, terdapat Iawatankuasa Daerah dan di
peringkat cawangan pula terdapat Iawatankuasa Cawangan yang
masing-masing dengan unit Malayan Races Liberation Army (MRLA) di
setiap daerah dan cawangan.36 Anggota PKM pula dibahagikan kepada
rejimen, pasukan, kompeni, unit dan platun yang diarahkan bergerak
di merata-rata tempat di negeri-negeri Melayu supaya tercapainya
matlamat perjuangan PKM. Wujudnya struktur organisasi PKM yang
kompleks ini telah menyebabkan sukar untuk diadakan penyelarasan
aktiviti dan sukar dikawalnya operasi ketenteraan yang dijalankan
oleh PKM.
Pukulan yang hebat kepada perjuangan PKM ialah terbunuh,
tertawan dan berlakunya penyerahan diri oleh beberapa orang
pemimpin komunis yang penting. Perkembangan ini telah melemahkan
seman gat juang dan key akin an anggota kepada kepimpinan PKM.
Beberapa bulan selepas Undang-undang Darurat diisytiharkan,
beberapa orang pemimpin komunis yang terlatih telah terbunuh dalam
pertempuran dengan pihak berkuasa. Antara mereka ialah Lau Yew dan
Ah Kuk. Ditambahkan lagi dengan tindakan penyerahan diri oleh
beberapa orang pemimpin PKM yang terlibat dan cekap dalam
menjalankan kerja-kerja propaganda PKM, iaitu Lam Swee pada sekitar
tahun 1953, dan Osman Cina serta Hor Leung pada Disember 1954 di
hutan Pahang.37 Tindakan mereka itu menunjukkan bahawa kekuatan PKM
telah menjadi semakin merosot di Tanah Melayu.
35 Malayan Security Service, Political Intelligence Journal No.
12 of 1948, 30 June 1948, Appendix B, dalam e.O.
537/3752/55400/5/Part II, Malaya: Political Developments, Political
Intelligence Journals; Malayan Security Service, Supplement No.9 of
1948, Issued with Political Intelligence Journal No. 14 of 1948,
him. 7, dalam e.O. 537/3753/55400/5IPart III, Malaya: Political
Developments, Political Intelligence Journals. Lihat juga Anthony
Short, "Communism and the Emergency", dalam Wang Gungwu (ed.),
Malaysia: A Survey, London and Dunmow: Pall Mall Press, 1964, him.
152; Ian Ward and Norma Miraflor (eds.), Chin Penl? My Side of
History, Singapore: Media Masrers Pte. Ltd., 2003, him. 167-179;
Kumar Ramakrishna, Emergency Propaganda: The Winning of Malayan
Hearts and Minds 1948-1958, Richmond, Surrey: Curzon Press, 2002,
him. 32; Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Warfare, The
Malayan Emergency 1948-1960,hlm. 56-58; Stanley S. Bedlington,
Malaysia and Singapore: The Building of New States, Ithaca and
London: Cornell University Press, 1978, him. 77; Communism in
Malaysia and Singapore, tiada penerbit, 1971, hIm. 8.
36 Maklumat lanjut, rujuk Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan
Bersenjata Komunis di Malaysia, him. 61-62; Prof. Khoo Kay Kim dan
Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, hIm. 80-8\.
37 Maklumat lanjut, lihat Anthony Short, In Pursuit of Mountain
Rats: The Communist Insurrection in Malaya, him. 365-366. Lihat
juga Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat
1948-1960, hIm. 79.
90
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
Kegagalan komunis untuk memenangi sokongan keseluruhan penduduk
Tanah Melayu, terutama orang Melayu yang merupakan penduduk
majoriti juga adalah faktor penting yang menyumbang kepada
kegagalan PKM untuk berkuasa di negara ini. Sejak permulaan gerakan
komunis di negeri-negeri Melayu, orang Cina lebih tertarik kepada
gerakannya berbanding dengan kaum lain. Oleh itu, PKM sejak
penubuhannya adalah lebih bersifat kecinaan dan didominasikan oleh
orang Cina, iaitu lebih 80 peratus anggota dan penyokongnya adalah
kaum Cina. Walaupun PKM juga cuba menarik sokongan orang Melayu
untuk turut serta bersama mereka, tetapi kurang berjaya. Pada 1
Februari 1949 misalnya, PKM telah mengumumkan pertukaran nama
Malayan People's Anti-British Army (MPABA) kepada Malayan Races
Liberation Army (MRLA) untuk menunjukkan bahawa gerakan mereka
adalah gerakan yang melibatkan semua kaum. Penggunaan lambang
bintang tiga semenjak zaman Jepun pula menunjukkan bahawa golongan
yang harus mengambil bahagian adalah kaum Cina, Melayu dan India.
Namun, taktik PKM sedemikian gagal mengaburi mata orang Melayu
kerana mereka menyedari pergerakan PKM didominasi oleh orang
Cina.38 Justeru itu, orang Melayu menganggap komunisme adalah satu
fenomena dan perjuangan semangat nasionalisme kaum Cina.39
Sementara itu, orang Melayu juga sukar untuk menerima PKM kerana
dikatakan komunis tidak percayakan tuhan yang mana adalah
bertentangan dengan masyarakatnya yang berpegang kepada agama
Islam.40 Selain itu, kekejaman dan tindakan membalas dendam yang
dilakukan oleh PKM dan MPAJA terhadap orang Melayu dalam tempoh
hampir tiga minggu selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua dan
sebelum British kembali ke Tanah Melayu telah melahirkan perasaan
marah dan benci dari kalangan orang Melayu terhadap komunis dan
PKM. Tambahan pula, orang Melayu melihat PKM adalah sebuah
pertubuhan orang Cina, maka kebanyakan mereka tidak tertarik untuk
menyokongnya. Namun demikian, tidak dapat dinafikan terdapat juga
orang Melayu yang terlibat dalam pergerakan komunis atau yang
menyokong perjuangan komunis di Tanah Melayu. Keadaan ini dapat
dibuktikan dengan kemunculan nama-nama pemimpin komunis Melayu
dalam Rejimen Ke-IO PKM di Kerdau, Pahang seperti MusaAhmad, Rashid
Maidin, Abdullah C. D., Ibrahim Chik dan Shamsiah Fakeh.4!
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British dan kemudian
kerajaan Perikatan di Tanah Melayu bagi membanteras masalah komunis
turut menyumbang kepada kegagalan perjuangan PKM. Antaranya,
kerajaan telah memperkenalkan penggunaan kad pengenalan pada Julai
1948 untuk membezakan antara orangjahat dengan orang baik atau
komunis dengan penduduk yang mematuhi undang-undang.42 Langkah ini
dapat menyekat pergerakan komunis dan membantu pihak berkuasa dalam
menges an kehadiran komunis
38 Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat
1948-1960, hIm. 77. 39 Berita Harian, 4 Disember 1989, him. 10. 40
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosia! di Tanah Melayu,
hIm. 5. 41 Ibid., him. 4-5.
42 The Straits Times, 22 July 1948, him. I; Sing Pin Jih Pao, 22
july 1948, hIm. 3; Kwant? Wah Yit Polz & Penang Sin Poe, I
January 1949, hIm. 11; The Malay Mail, 22 July 1948, hIm. 1. Lihat
juga Emergency Regulations Ordinance, 1948 (Registration Areas),
hIm. 1-6, daJam Fail labatan Penerangan (Pcrhubungan Raya)
Persekutuan Tanah MeJayu, PRo 714S127I(ATTG), KuaJa Lumpur Press
Release.
9/
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
dalam kalangan penduduk. Operasi kawalan makanan yang dijalankan
oleh pihak berkuasa pula menyebabkan komunis menghadapi masalah
kebuluran. Justeru itu, kemudian mereka telah mengusahakan tanaman
sendiri di dalam hutan tetapi berjaya dimusnahkan oleh pihak
kerajaan dengan menyembur racun dari udara. Berikutnya, pada tahun
1953, komunis memulakan gerakan pemindahan ("perjalanan jauh") dari
selatan Pahang (Mentakab) ke sempadan Thailand.43
Selain itu, tindakan kerajaan memberi hak kewarganegaraan
Persekutuan kepada orang Cina dan India telah dapat memenangi
sokongan dan kerjasama kaum bukan Melayu kepada kerajaan.44 Selaras
itu, bermula pada tengah malam 14 September 1952, seramai 1,200,000
orang Cina, iaitu 60 peratus daripada jumlah orang Cina di Tanah
Melayu45 dan 180,000 atau 30 peratus daripada jumlah orang India
layak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.46 Satu lagi
tindakan kerajaan yang membawa kesan yang amat hebat ke atas pihak
komunis adalah Rancangan Penempatan Semula yang kemudian dikenali
sebagai Rancangan Briggs. Di bawah rancangan ini, lebih kurang
setengah juta orang setinggan Cina yang tinggal di kawasan pinggir
hutan telah dipindahkan dan ditempatkan semula di kampung baru yang
diletakkan di bawah kawalan ketat kerajaan. Rancangan ini membawa
kesan yang am at buruk kepada pihak PKM kerana rancangan ini telah
memisahkan setinggan dengan komunis. Dengan itu, PKM menghadapi
masalah mendapat bantuan makanan, kewangan, ubat, maklumat dan
rekrut-rekrut baru daripada penduduk. Dalam pada itu,
setinggan-setinggan yang sebelum ini adalah sumber bekalan dan
bantuan komunis telah memihak kepada pihak kerajaan dengan adanya
kemudahan as as seperti bekalan letrik dan paip air, kesihatan dan
perubatan, sekolah serta dewan orang ramai yang disediakan di
kampung baru danjaminan keselamatan oleh pihak kerajaan.47
Salain itu, perang psikologi atau perang saraf dan propaganda
kerajaan British di Tanah Melayu juga merupakan senjata penting
dalam menumpaskan ancaman komunis. MelaIui langkah ini, kerajaan
beIjaya menanamkan kebencian orang rarnai terhadap komunis. Ini
dapat dilihat dimana salah satu taktik komunis untuk melumpuhkan
ekonomi Tanah
43 The Straits Times. 16 June 1951, him. I; Federation of Malaya
Annual Report 1951, Kuala Lumpur: Government Press, 1952, hIm. 2;
Rhoderick Dhu Renick, "The Emergency Regulations of Malaya Causes
and Effect", JSEAH, Vol. 6, No.2, September 1965, hIm. 29-30;
Important Notice on Food Control, dalam Fail Jabatan Penerangan
Persekutuan Tanah Melayu, INF. 180/55, Leaflet No. 3462, Food
Denial Operation (Central Kedah); Leaflet on Food Restrictions,
dalam Fail Jabatan Penerangan Persekutuan Tanah Melayu, INF.
7011954, Leaflet No. 3012, Food Restrictions, Selangor.
44 Times, 15 September 1952, dalam e.0. 1022/174/SEA92/16/01,
Malayan Citizenship Legislation, hIm. 72; Extract From The Straits
Budget For May 15th, 1952, dalam e.0. 10221174/SEA92116/o1, Malayan
Citizenship Legislation, him. 89; The New York Times, 19 July 1952,
dalam e.0. 10221174/SEA92116/01, Malayan Citizenship Legislation,
hIm. 91; Lembaran maklumat tentang "Federation of
Malaya~Citizenship Legislation", dalam e.0. 1022/174/SEA92/16/01,
Malayan Citizenship Legislation, hIm. 166.
45 The Straits Times, 20 November 1952, him. 4. 46 Times, 15
Sept. 1952, dalam e.0. 1022/174/SEA92116/0 I, Malayan Citizenship
Legislation, hIm. 72;
Communication From The Chair~Address By His Excellency The High
Commissioner, hIm. 4, dalam e.0. 10221100/SEA341192/01, The High
Commissioners Addresses To The Legislative Council.
47 Inward Telegram (From Federation of Malaya, Sir Henry Gurney
to the Secretary of State For the Colonies), 25 October 1948, dalam
e.0. 717/167/52849/211, Law and Order, Emergency Legislation, hIm.
108; Note On Malaya For Foreign Office Brief, dalam e.o. I
022/2/SEA 10/03, Information Supplied To Government Departments On
The General Situation of The Emergency In Malaya, hIm. 90.
92
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
Melayu ialah melalui penakikan pokok-pokok getah dan pembinasaan
jentera-jentera melombong bijih timah. Selaras itu, kerajaan telah
menggunakan peristiwa penakikan pokok getah untuk menanam perasaan
dendam dan benci dalam jiwa setiap penduduk supaya mereka tidak
akan memberi bantuan kepada pihak komunis, sebaliknya membencinya
kerana mengancam mata pencarian mereka.48 Dalam memenangi hati dan
fikiran rakyat, kerajaan di bawah pentadbiran Sir Gerald Templer
telah menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai yang memberi
maklumat berkenaan komunis kepada kerajaan dan menjanjikan layanan
yang adil kepada komunis yang menyerah diri kepada pihak
berkuasa.
Dalam pada itu, bekas anggota PKM yang telah menyerah diri
digunakan oleh pihak berkuasa bagi memujuk dan mempengaruhi anggota
komunis lain supaya meletakkan senjata dan kembali kepada kehidupan
biasa. Suara-suara mereka dirakamkan dan disebarkan melalui pesawat
udara kepada rakan-rakan seperjuangan mereka dalam hutan untuk
memujuk mereka supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Risalah-risalah yang mengandungi rayuan dan pujukan dariapda bekas
anggota komunis turut dicetak dan diedarkan ke dalam hutan. Begitu
juga, suara rakaman dari saudara mara dan ahli keluarga komunis
turut disebarkan melalui udara ke kawasan pergerakan atau
persembunyian komunis yang dikenal pasti.49 Perang psikologi yang
dijalankan oleh kerajaan ini telah dapat melemahkan semangat
perjuangan komunis. Ekoran itu, sebilangan daripada anggota komunis
telah menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas itu.
Berbagai-bagai langkah yang diambil oleh kerajaan itu bukan sahaja
melibatkan pasukan tentera tetapi juga memberi perhatian kepada
penduduk Tanah Melayu sendiri. Dengan itu, akhirnya kerajaan
berjaya dalam persaingan kuasa dengan komunis dan persaingan
memenangi sokongan penduduk Tanah Melayu dengan PKM.
Kekuatan ketenteraan kerajaan dan pasukan keselamatanjuga
merupakan faktor penting yang menyebabkan gerakan bersenjata PKM
dapat dipatahkan. Di peringkat awal zaman darurat, kekuatan anggota
keselamatan di Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada hampir
10,000 orang polis dan 10 batalion tentera, iaitu dua batalion
tentera British, lima batalion tentera Gurkha dan tiga batalion
askar Melayu yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan
keselamatan negara.50 Namun demikian, menjelang tahun 1954, iaitu
pada zaman pentadbiran Jeneral Sir Gerald Templer, sudah terdapat
lebih daripada 40,000 orang tentera di Persekutuan Tanah Melayu.
Mereka terdiri daripada 25,000 orang askar Britain, 10,000 orang
askar Gurkha, lima batalion rejimen askar Melayu, satu batalion
dari Afrika dan satu batalion dari rejimen Fiji. Selain itu,
terdapat juga sejumlah 60,000 orang anggota polis sepenuh mas a dan
hampir 200,000 orang Home Guard yang ditugaskan untuk
mempertahankan keselamatan di negeri-negeri Melayu daripada ancaman
komunis. 51
48 Leaflets No. 527, dalam Fail Pejabat Daerah Kuala Lumpur,
Selangor, D.O.K.L. 58/50, Dissemination of Facts and Advice to the
Malays in Kampong During The Present Emergency.
49 Kumar Ramakrishna, Emergency Propaganda: The Winning of
Malayan Hearts and Minds 1948-1958, hIm. 29; R. Thambipillay, the
Malayan Police Force in the Emergency 1948-1960, Ipoh: R.
Thambipillay, tiada tahun, hIm. 39; Richard Stubbs, Hearts and
Minds in Guerrilla Warfare, The Malayan Emergency 1948-1960, hIm.
183-184.
50 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di
Malaysia, hIm. 62. 51 Noel Barber, The War of The Running Dogs,
hIm. 156-157.
93
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SE1ARAH
Manakala, di pihak komunis, masalah ketenteraan adalah satu
penghalang yang besar kepada pergerakan pihak komunis di Tanah
Melayu. Pada awal tahun 1949, beberapa laporan menunjukkan tentang
kelemahan moral anggota PKM yang menyebabkan ramai komunis berjaya
dihapuskan oleh pasukan keselamatan. Selepas enam tahun berjuang,
iaitu pada tahun 1953, didapati lebih daripada 6,500 anggota
komunis sarna ada telah dibunuh, ditangkap dan dibuang negara atau
menyerah diri kepada pihak berkuasa. 52
MRLA terpaksa mas uk ke hutan pedalaman, ibu pejabat PKM
dipindahkan ke kawasan sempadan Thailand, sokongan daripada orang
awam kepada PKM dan bilangan anggota gerila semakin berkurangan.
Tambahan pula, anggota komunis yang masih berjuang adalah
kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli baru yang kurang
berpengalaman. Sehingga akhir zaman darurat, hanya tinggal kurang
daripada 300 orang komunis yang kemudian mengundurkan diri ke
kawasan sempadan apabila zaman darurat di Tanah Melayu
berakhir.53
Kemenangan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dalam Pilihan Raya
Persekutuan pada tahun 1955 dan kemudian pencapaian kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah memberi pukulan hebat kepada
perjuangan PKM. Pilihan Raya Persekutuan merupakan langkah
persediaan awal kepada penduduk ke arah mengambil alih pentadbiran
negara mereka sendiri. Pilihan raya ini dimenangi oleh Perikatan
yang dibentuk hasil kerjasama antara tiga kaum utama, iaitu Melayu,
Cina dan India. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan dalam pilihan ray a itU. 54 Kerjasama antara kaum
melalui parti Perikatan telah membolehkan Perikatan di bawah
pimpinan Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan kemerdekaan ke
London bagi menuntut kemerdekaan daripada British dan akhirnya pada
31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah bebas daripada penjajahan dan
menjadi sebuah negara merdeka yang berdaulat. 55
Perkembangan-perkembangan ini telah meninggalkan kesan penting
kepada perjuangan PKM di Tanah Melayu. Berikutan kemerdekaan Tanah
Melayu, PKM tidak mempunyai alasan lagi untuk meneruskan perjuangan
kerana kemerdekaan negara sudah dicapai, lagipun penduduk sendiri
yang memilih pemerintah mereka secara demokrasi. Justeru itu,
propaganda anti-penjajahan yang dilaung-laungkan oleh PKM dalam
memenangi sokongan penduduk sudah tidak bermakna lagi dan penduduk
tidak lagi menaruh keyakinan kepada PKM.
52 Edgar O'Ballance, Malaya: The Communist Insurgent War,
1948-60, hIm. 93; Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla
Wmiare, The Malayan Emergency 1948·]960, hIm. 187; Prof. Khoo Kay
Kim dan Adnan Hj. Nawang (penyunting), Darurat 1948-1960, hIm.
80.
53 Leon Comber, Malaya's Secret Police 1945-60: The Role of the
Special Branch in the Malayan Emerfiency, Australia and Singapore:
Monash Asia Institute, Institute of Southeast Asian Studies, 2008,
hIm. 277.
54 Pilihan raya umum pertama diadakan pada 27 lulai 1955. Parti
yang mengambil bahagian ialah Perikatan UMNO-MCA-MIC, Parti Negara,
Parti Islam Se-Malaya (PAS), National Association of Perak (NAP),
Perak Malay League, Parti ProgresifPerak, Parti Buruh Tanah Melayu
dan calon bebas. Perikatan menghantar 52 orang calon untuk
bertanding dalam pili han raya itu. Tan Liok Ee, The Politics of
Chinese Education In Malaya, 1945-1961, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1997, hIm. 165; Federation of Malaya Annual
Report 1955, Kuala Lumpur: Government Press, 1956, hIm. 5;
"Pilihanraya Persekutuan Yang Pertama". dalam Hari 1ni Dalam
Sejarah, lilid III, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1983, hIm.
93; Federation of Malaya Year Book 1956, Kuala Lumpur: The Malay
Mail Press, tiada tahun, hIm. 95 dan 101; T.E. Smith, Report on The
First Election of Members To The Legislative Council of The
Federation of Malaya, 1955, Kuala Lumpur: Government Press, 1955,
hIm. 30; Struggle News, No. 57, 15th Decemher 1955, hIm. 2, dalam
Jabatan Penerangan Terengganu, D. INF TR. No. 40/1954, The
Strufifile News.
55 Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yanfi Bersatu
1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hIm.
170.
94
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
KEGAGALAN GERAKAN BERSENJATA PART! KOMUNIS MALAYA (PKM),
1948-1960: SATU ANALISIS
Akhimya, pada 19 April 1960, Yang Di-Pertuan Agong
mengisytiharkan darurat tamat da1am majlis pembukaan persidangan
Parlimen dan ia berkuatkuasa mu1ai 31 lu1ai 1960. Dengan itu,
berakhirlah darurat yang berlangsung se1ama 12 tahun 45 hari di
Tanah Melayu. Sempena tamatnya darurat, satu perarakan kemenangan
peringkat kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur pada lOgos
1960. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menerima tabik
horrnat dari kira-kira enam ribu orang askar Tanah Melayu dan
Komanwe1 yang mengadakan perbarisan pada hari itu. Kira-kira 400
kenderaan perang seperti kereta kebal dan kereta perisai, 70 buah
kapal terbang juga mengambi1 bahagian dalam perarakan kemenangan
tersebut. Se1ain itu, perarakan peringkat negeri juga diadakan di
negeri masing-masing dengan tujuan untuk mengingat dan meraikan
peristiwa yang penting itu serta sebagai tanda kesyukuran kepada
kejayaan kerajaan dalam mengembalikan keamanan negara. 56
Kesimpulan
Walaupun ideologi komunis telah menyusup ke Tanah Melayu melalui
berbagai-bagai saluran sejak tahun 1920-an, namun pergerakan
komunis menjadi lebih teratur pada tahun 1930 apabila PKM
ditubuhkan. Sejak itu, PKM mengambi1 kesempatan ke atas
perkembangan semasa di Tanah Melayu untuk melebarkan pengaruhnya
dalam kalangan masyarakat, baik melalui kemelesetan ekonomi, Perang
China-lepun, kerjasama dengan British untuk menentang lepun pada
zaman Perang Dunia Kedua, mahupun menyekat British berkuasa semula
di Tanah Melayu di bawah rancangan Malayan Union dan Persekutuan
Tanah Melayu. Pergerakan PKM mencapai kemuncak pada tahun 1948
dengan meletusnya gerakan bersenjata komunis yang pertama yang
membawa kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat oleh pihak
pentadbiran British pada lun 1948. Dengan itu, berbagai-bagai
kekejaman, kejahatan, kerosakan dan sabotaj telah dilakukan oleh
komunis secara berleluasa di Tanah Melayu. Keadaan itu menyebabkan
kerajaan British terpaksa mengambil tindakan mengisytiharkan
Undang-undang Darurat dan disusuli dengan berbagai-bagai langkah
yang bertujuan untuk menghapuskan komunis dan memulihkan keamanan
negara. Usaha menentang gerakan komunis menjadi semakin giat
menjelang kemerdekaan Tanah Melayu sehingga akhimya komunis dapat
dilemahkan dan zaman darurat ditamatkan pada 31 lulai 1960.
Zaman darurat di Tanah Melayu yang bermula pada lun 1948 telah
diisytiharkan tamat pada 31 lulai 1960 dengan kemenangan ada pada
pihak kerajaan Tanah Melayu. Ini disebabkan oleh kesilapan strategi
perjuangan PKM, PKM gagal untuk menarik sokongan dari keseluruhan
penduduk Tanah Melayu, kelemahan pucuk pimpinan organisasi PKM, dan
kejayaan usaha kerajaan dalam membanteras pergerakan komunis. Namun
demikian,
56 Wahba, Baling: Membuka la/an Damai, Selangor: Masa
Enterprise, 1994, him. 127; The Malay Mail, I August 1960, him.
I.
95
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
-
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
keadaan ini tidaklah bermakna peljuangan bersenjata komunis di
bawah PKM telah berakhir. Setelah zaman darurat tamat, pemimpin
mereka, Chin Peng bersama sebahagian pemimpin dan anggota komunis
masih bersembunyi di sebelah sempadan Tanah Melayu-Thailand untuk
menunggu kemungkinan peluang bagi mereka menyambung semula
perjuangan di Tanah Melayu.
96
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2010 – Persatuan Sejarah Malaysia