RASIONAL PEMILIHAN KEDAI RACHMA ENTERPRISESebab-sebab kumpulan
kami memilih perniagaan tersebut sebagai tugasan untuk memajukan
lagi perniagaan sedia ada untuk meningkatkan lagi produktiviti
perniagaan tersebut untuk menonjolkan lagi perniagaan tersebut
supaya menjadi tarikan pelanggan membantu dalam memperkemas
pembangunan sumber manusia membantu dalam memperbaiki akaun
kewangan perniagaan tersebut membantu merancang sumber kewangan
perniagaan meningkatkan sumber pengeluaran perniagaan tersebut
membantu mempromosi produk perniagaan tersebut
LATAR BELAKANGNama perniagaan ini diberi sempena nama anak
perempuan Puan Seni, iaitu Nor Rachma Binti Nahar. Kedai jahit
Rachma Enterprise ini ditubuhkan pada tahun 2003 sehinggalah
sekarang. Kedai jahit ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu
di pekan Tanjung Malim. Kedai ini berhampiran dengan Maybank dan
kedai-kedai lain yang turut menjadi tumpuan pelanggan. Pada
awalnya, Puan Seni mengeluarkan modalnya sendiri untuk memulakan
perniagaan ini sebanyak RM 11,000.00 dan beliau telah memohon
pinjaman Amanah Ikhtiar sebanyak RM 20,000.00 sebagai tambahan
untuk membeli barang-barang dan peralatan menjahit. Menurut Puan
Seni, dalam jangka masa dua tahun, beliau amat susah untuk
memperoleh keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan ini.
Namun begitu, setelah lama beliau bertapak di pekan Tanjung Malim
ini, kedai jahitnya kini dikenali ramai pelanggan.
Puan Seni mempunyai tiga orang pekerja, tetapi, mereka bekerja
di rumah masing-masing. Pekerjanya terdiri daripada kaum Melayu,
Cina dan India. Gaji yang dibayar kepada pekerjanya adalah mengikut
helaian baju yang dijahit oleh pekerja-pekerjanya. Puan Seni akan
terlebih dahulu memotong kain mengikut kehendak pelanggan dan
mengagihkannya kepada pekerja untuk dijahit. Sepasang baju yang
dijahit oleh pekerjanya dikira RM 12.00. Namun, jika baju tersebut
susah untuk disiapkan, Puan Seni akan membayar gaji yang lebih
kepada pekerja-pekerjanya. Kedai jahit Puan Seni mula beroperasi
pada jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari, kecuali
cuti-cuti umum, seperti Hari Raya, Hari Pekerja, dan lain-lain.
Mesin-mesin jahit yang digunakan oleh Puan Seni akan dibaiki atau
diselenggara setiap bulan oleh pihak yang menjual mesin
tersebut.
Selain itu, Puan Seni dikehendaki membayar sewa bulanan kedainya
itu sebanyak RM600.00. Beliau juga perlu membeli barang-barang
jahit dalam tiga atau empat bulan sekali di Kuala Lumpur. Hal ini
demikian kerana Puan Seni tidak membeli barang-barang tersebut
daripada pihak pembekal di atas sebab perbezaan harga yang ketara
berbanding dengan barang-barang yang dibeli olehnya di Kuala
Lumpur. Dalam masa tiga hingga empat bulan itu, beliau perlu
menyimpan wang sebanyak RM 500.00 hingga RM 1000.00 untuk membeli
barang-barang yang diperlukan.Kedai jahit Rachma Enterprise ini
menyediakan perkhidmatan menjahit pelbagai jenis baju yang menjadi
cita rasa pelanggan. Puan Seni boleh menjahit pelbagai fesyen yang
diminta oleh pelanggannya sama ada lelaki ataupun perempuan. Beliau
juga sedia menerima tempahan baju perkahwinan daripada pelanggan.
Puan Seni berusaha bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati
pelanggan dengan kekemasan jahitannya dan harga yang ditawarkan.
Bagi sepasang baju kurung biasa, Puan Seni meletakkan harga
sebanyak RM 35.00 manakala, bagi baju Melayu pula adalah sebanyak
RM 85.00 sepasang. Untuk baju kemeja pula, Puan Seni meletak harga
sebanyak RM 55.00 sehelai. Harga bagi baju-baju lain yang dijahit
adalah berdasarkan kepada fesyen yang diminta oleh
pelanggan-pelanggan Puan Seni sendiri. Namun begitu, Puan Seni
tidak mengambil upah untuk menjahit baju kanak-kanak. Selain itu,
Puan Seni mengambil upah untuk menjahit pakaian yang ingin dibaiki
oleh pelanggan, membuat butang bungkus dan menjahit lubang butang.
Menurut Puan Seni, rakan-rakan banyak membantunya untuk
mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau. Hal ini
demikian kerana kedai jahit Rachma Enterprise telah banyak pesaing
di sekitar pekan Tanjung Malim berbanding dahulu. Namun, Puan Seni
tidak berputus asa, malah, beliau lebih berusaha untuk memuaskan
hati dan kehendak pelanggan-pelanggannya.
PENGURUSAN OPERASI Pengeluaran barangan yang berkualitiPada usia
yang muda lagi Puan Seni sudah menunjukkan minatnya dalam bidang
jahitan pakaian sebegini. Oleh itu, bagi mengasah lagi minatnya
beliau telah banyak menghadiri kursus-kursus jahitan. Disebabkan
beliau yang sering menitikberatkan kualiti pada sesuatu jahitan
baju, telah menjadikan baju-baju yang dihasilkan beliau berkualiti.
Atas faktor ini juga, pelanggan-pelanggan beliau sentiasa bertambah
dari sehari ke sehari walaupun pesaing makin bertambah.
Kuantiti yang dapat disiapkan oleh Puan SeniPuan Seni mengambil
masa seminggu untuk menyiapkan 10 pasang baju yang ditempah. Malah,
dia menggunakan pekerja yang mahir dalam menjahit agar kualiti
terjaga dan kuantiti bertambah.
Kos Kos yang digunakan dalam menjahit mahal. Oleh itu, dia tidak
mempunyai pembekal yang tetap supaya dia dapat membeli barangan
menjahit dengan murah di tempat yang berlainan. Puan Seni membeli
barangan empat bulan sekali, dengan kos mencecah RM500 RM1000.
Malah dia turut membayar sewa kedai sebanyak RM600 sebulan.
Nilai prestasiMenjahit baju adalah perkhidmatan utama dalam
perniagaan ini. Namun, Puan Seni telah mengambil pekerja sebanyak 2
orang bagi menjahit baju. Puan Seni hanya memotong kain kemudian
diserahkan kepada pekerjanya.
Tindakan pembetulanPuan seni perlu mengira dan mencatat kos
perbelanjaan yang dikeluarkan dengan tepat. Hal ini akan memudahkan
Puan Seni untuk membuat belanjawan pada stok yang akan dibeli pada
bulan yang seterusnya.PENGURUSAN PEMASARANPRODUK Mengambil tempahan
baju yang terdiri daripada pakaian tradisional dan moden Tempahan
kepada perempuan dan lelaki Menjual bahan-bahan atau peralatan
menjahit secara kuantiti sedikit seperti getah tali pinggang,
butang, benang dan banyak lagi.LOKASI Kawasan kedainya yang
strategik di mana menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelajar
daripada universiti berdekatan. Berdekatan dengan kemudahan awam
seperti stesen bas, stesen kereta api, bank dan banyak lagi.SALURAN
AGIHAN Perniagaan ini tidak mengedarkan produk atau perkhidmatan
mereka ke merata tempat. Pelanggan akan membuat tempahan baju dan
mengambil semula mengikut masa yang telah dipersetujui.PROMOSI Pada
masa sekarang promosi adalah terlalu kurang di mana hanya
bergantung kepada hebahan daripada pelanggan. Selain itu, hubungan
baik dengan pelanggan merupakan promosi yang kuat buat perniagaan
ini. Memberikan hasil jahitan yang terbaik dan kemas menjadikan
pelanggan setia dengan perniagaan ini.
Analisis SWOTSWOT merupakan singkatan bagi perkataan strength
(kekuatan), weakness (kelemahan), opportunities (peluang), dan
threats (ancaman). SWOT digunakan untuk menilai kekuatan-kekuatan
dan kelemahan-kelemahan dari sumber daya yang dimiliki perusahaan
dan kesempatan-kesempatan eksternal dan tentangan yang dihadapi.
Dalam perniagaan Rachma Enterprise, kami dapat menganalisis dan
mengenalpasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
dalam perniagaan tersebut.
ANALISIS SWOTKEKUATAN (STRENGTH) Milikan tunggal Layanan yang
baik dan mesra kepada pelanggan Pengalaman yang banyak Harga
berpatutan Pekerja yang terlatih Menyediakan perkhidmatan latihan
jahitan Mengutamakan kehendak pelanggan
KELEMAHAN (WEAKNESS) Tiada promosi Ruang kedai yang kecil
Struktur bangunan yang lama Barang yang tidak tersusun. Pekerja
yang tidak bekerja di kedai Kebanyakan pelanggan yang sama
PELUANG (OPPURTUNITIES) Membuka cawangan baru Membuat promosi
Reka sendiri fesyen pakaian mengikut trend terkini Membina hubungan
baik dengan lebih ramai pelanggan.ANCAMAN (THREAT) Pesaing yang
semakin bertambah Kenaikan harga barang Pembekal yang berubah-ubah
Penyewa yang sering menaikkan sewa kedai dari semasa ke semasa
PENGURUSAN KEWANGANRachma Entreprice dibangunkan dengan modal
SENDIRI(RM11,000.00). Pada masa itu, modal gunakan hanya untuk
membeli barang jahitan dan peralatan seperti mesin jahit dan
lain-lain.Modal pembukaan perniagaan dikembangkan dengan meminjam
daripada AIM(RM20,000.00) untu.k menambah peralatan menjahit.Cara
pembahagian pembelian(stok),RM500-1000 untuk membeli peralatan
menjahit ( bulan sekali). Beliau juga perlu membeli barang-barang
jahit di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana Puan Seni tidak
membeli barang-barang tersebut daripada pihak pembekal di atas
sebab perbezaan harga yang ketara berbanding dengan barang-barang
yang dibeli olehnya di Kuala Lumpur. Cara pengendalian
perniagaan(sewa), Selain itu, Puan Seni dikehendaki membayar sewa
bulanan kedainya itu sebanyak RM600.00Puan Seni berusaha
bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati pelanggan dengan kekemasan
jahitannya dan harga yang ditawarkan. Bagi sepasang baju kurung
biasa, Puan Seni meletakkan harga sebanyak RM 35.00 manakala, bagi
baju Melayu pula adalah sebanyak RM 85.00 sepasang. Untuk baju
kemeja pula, Puan Seni meletak harga sebanyak RM 55.00 sehelai.
Harga bagi baju-baju lain yang dijahit adalah berdasarkan kepada
fesyen yang diminta oleh pelanggan-pelanggan Puan Seni sendiri.
Puan Seni mempunyai tiga orang pekerja, tetapi, mereka bekerja di
rumah masing-masing. Pekerjanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina
dan India. Gaji yang dibayar kepada pekerjanya adalah mengikut
helaian baju yang dijahit oleh pekerja-pekerjanya. Puan Seni akan
terlebih dahulu memotong kain mengikut kehendak pelanggan dan
mengagihkannya kepada pekerja untuk dijahit. Sepasang baju yang
dijahit oleh pekerjanya dikira RM 12.00. Namun, jika baju tersebut
susah untuk disiapkan, Puan Seni akan membayar gaji yang lebih
kepada pekerja-pekerjanyaBajet pemasaran(promosi) yang pernah
dilakukan dan lain-lain pengeluaran kewangan, Mesin-mesin jahit
yang digunakan oleh Puan Seni akan dibaiki atau diselenggara setiap
bulan oleh pihak yang menjual mesin tersebut.1.0 Lampiran
Rachma Enterprise ialah perniagaan yang ditubuhkan oleh Puan
Seni
Dokumen sah perniagaan Rachma Enterprise
Mesin yang digunakan untuk menjahit
Pakaian wanita dan pakaian lelaki
Fesyen pakaian mengikut citarasa pelanggan
Puan Seni dan suaminya