-
X PENGENALANAmalan kesihatan diri adalah amat penting kepada
seseorang, tanpa mengira tua atau muda. Apakah yang dimaksudkan
dengan amalan kesihatan diri? Amalan kesihatan diri bermaksud
amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan. Kita mengamalkan
amalan kesihatan diri yang baik sekiranya:
Pakar-pakar kesihatan awam sedia maklum bahawa amalan kesihatan
diri yang baik adalah kunci kepada kesihatan seseorang dan juga
masyarakat. Jika individu sihat, keluarga akan sihat dan negara pun
akan sihat.
TTooppiikk22XAmalanKesihatanDiri
HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskanamalanasaskesihatanyangbaik
2. Menerangkanamalanpemakananyangsihat
3. Mengenalpastijenisdanfaedahpemeriksaanfizikaldanklinikal
-
X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 16
AMALAN ASAS KESIHATAN
Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita
amalkan:
2.1.1 Kesan daripada amalan kebersihan harian
Kebersihan harian memainkan peranan yang penting dalam
mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik
memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan
jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke
tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman yang
terdapat dalam najis.
x Kebersihan dirix Kebersihan pakaian x Kebersihan peralatan x
Kebersihan dalam dan luar rumah x Pemakanan yang sihat seperti
seimbang, mengikut keperluan dan
cara penyediaan yang sihat x Amalan kecergasan fizikal yang
tetap x Mengurus tekanan (stress) dengan baik x Dapatkan
pemeriksaan jika tidak sihat x Jauhi amalan merokok dan meminum
alkohol
2.1
AKTIVITI 2.1
Sebelum meneruskan bacaan, senaraikan amalan asas kesihatan diri
yang baik dan amalan kesihatan diri yang tidak baik yang anda
amalkan dalam tempoh satu hari yang lepas.
AKTIVITI 2.2
(a) Fikirkan ahli keluarga atau kenalan anda yang merokok atau
meminum alkohol. Apakah pandangan anda terhadap status kesihatan
mereka?
(b) Senaraikan amalan kesihatan diri yang baik.
-
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 17
2.1.2 Tahap kebersihan diri dengan rakan sebaya
Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan
sebaya dalam keadaan baik. Ini kerana seseorang yang sentiasa
bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan
sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan
rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri.
Sudah
tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.
Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan
mental kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Seseorang yang
tidak menjaga kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan
penyakit kepada rakan. Misalnya jika kulit seseorang dijangkiti
kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat atau berkongsi
peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut.
Kita juga perlu menasihati rakan sebaya yang kurang menjaga
kesihatan. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan adalah
amalan yang baik.
2.1.3 Kemajuan teknologi berkaitan peningkatan penjagaan
kesihatan
Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan
teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan
segera. Masyarakat umum boleh mendapat maklumat berkaitan kesihatan
melalui laman web agensi kesihatan peringkat global dan
tempatan.
Penggunaan internet untuk menyebar maklumat berkaitan kesihatan
memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan
mereka berkaitan sesuatu penyakit. Contohnya, perkembangan ICT
dalam bidang teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah
negeri di Malaysia di mana doktor boleh menghantar maklumat pesakit
ke hospital di bandar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan
diagnosa penyakit dan rawatan. Begitu juga sebaliknya di mana staf
di klinik di luar bandar boleh berhubung dengan hospital utama atau
ibu pejabat untuk mendapat maklumat dan khidmat nasihat.
Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri
terhadap tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah
memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera
tanpa menunggu giliran di klinik
-
X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 18
membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup
sihat terutama pemakanan untuk menurunkan glukos darah.
Rajah 2.1: Glucometer Sumber: www.dreamstime.com
Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer, accutrend dan
strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam
darah. Kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat perkhidmatan
ini di makmal. Malah pemeriksaan secara percuma boleh didapati
semasa klinik dan hospital menjalankan aktiviti kem kesihatan dan
saringan kesihatan dalam komuniti.
Teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi kian popular
pada masa kini. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh
badan terdapat di seluruh negara. Pusat ini menyediakan pelbagai
teknologi seperti penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat
badan. Teknologi memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan.
AMALAN PEMAKANAN
Mungkin anda pernah mendengar kita adalah apa yang kita makan.
Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Jika kita
mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat maka kita akan terdedah
kepada risiko penyakit.
Antara asas amalan pemakanan yang sihat ialah pengambilan
makanan kita hendaklah berdasarkan kepada prinsip piramid makanan.
Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan. Sesuaikan pengambilan
makanan dan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan yang
disarankan. Kurangkan makanan
2.2
SEMAK KENDIRI 2.1
Bagaimanakah kemajuan teknologi membantu menjaga tahap kesihatan
seseorang?
-
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 19
bergoreng dan berlemak. Pilih makanan dan minuman yang kurang
gula. Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.
Anda mungkin dapat menyenaraikan beberapa penyakit yang berpunca
daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Amalan pemakanan yang
tidak sihat meningkatkan peluang mendapat penyakit jantung,
diabetis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.
Melalui Kempen Cara Hidup Sihat tahun 1998, Kementerian
Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan panduan promosi pemakanan
sihat. Panduan ini meliputi pemakanan seimbang, cara penyediaan
makanan yang sihat dan amalan makan yang baik.
2.2.1 Pemilihan jenis dan kualiti makanan
Pemilihan jenis makanan berkaitan rapat dengan amalan pemakanan
seimbang. Setiap komponen makanan mempunyai fungsi sendiri dan
perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai.
Dalam panduan makanan sihat, kita dikehendaki mengambil pelbagai
jenis makanan yang berkualiti untuk memastikan tubuh mendapat
bekalan semua jenis zat (rujuk Jadual 2.1). Makanan yang berkualiti
akan memastikan tubuh mendapat zat yang secukupnya. Kita perlu
ingat bahawa makanan berkualiti bukan bermakna makanan yang mahal.
Makanan berkualiti merujuk kepada makanan yang mmasih segar dan
mempunyai kkandungan zat yang tinggi.Makanan berkualiti jauh pada
dari pencemaran bahan asing yang boleh memudaratkan tubuh
badan.
-
X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 20
Jadual 2.1: Jenis Makanan Berdasarkan Fungsi dan Sukatan
KomponenMakanan Jenis Fungsi Sukatan Keperluan
Karbohidrat Nasi, mi, roti, hasil bijirin, ubi
Membekalkan tenaga, vitamin, mineral, serat dan protein
Perlu dimakan lebih banyak. 8-12 sajian. Contoh 1 sajian ialah
cawan nasi atau keping capati
Protein Daging, ikan, telur,kekacang
Membina dan membaik pulih tisu tubuh.
Makan dengan sederhana. 2-3 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1
ketul paha ayam atau 1 ekor ikan kembung atau 2 biji telur.
Kalsium Zat besi
Susu dan hasil tenusu
Tumbesaran Susu dan hasil tenusu. 1-2 sajian. Contoh, 1 sajian
ialah 1 gelas susu atau 1 cawan dadih atau 1 keping keju.
Sayuran dan buah-buahan
Semua jenis sayuran dan buah-buahan
Membekalkan vitamin, mineral dan serat. Menjauhi penyakit akibat
kekurangan vitamin. Serat mengelakkan masalah sembelit.
Makan dengan lebih. 3-5 sajian. Contoh 1 sajian ialah cawan
sayur daun hijau atau 1 hiris betik.
Garam Gula Minyak
Makanan diproses, kuih-muih, aiskrim, makanan bergoreng
Memberi tenaga. Sebagai penyedap makanan dan tidak diperlukan
dalam jumlah yang banyak.
Perlu dimakan sedikit.
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2001.
2.2.2 Penyimpanan Makanan
Pernahkah anda mengalami keracunan makanan? Jika pernah, mungkin
makanan yang anda makan itu telah tercemar. Anda perlu ingat bahawa
penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan
selamat untuk dimakan. Langkah ini dapat mengurangkan kerosakan,
pencemaran dan pembaziran makanan.
Makanan kering dan makanan basah memerlukan cara penyimpanan
tersendiri dan tidak boleh dicampurkan.
-
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 21
(a) MMakanan kering Makanan mentah kering seperti beras dan
tepung hendaklah disimpan di
dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan
menggalakkan pertumbuhan kulat.
(b) MMakanan basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan
hasil laut mengandungi
banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada
makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia
untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air
makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses
pencemaran silang.
Jika anda kerap menyimpan makanan di dalam peti sejuk, ikuti
panduan berikut:
2.2.3 Penyediaan Makanan
Penyediaan makanan yang sihat merupakan salah satu langkah yang
dapat mengurangkan kes keracunan makanan. Langkah penyediaan
hendaklah mematuhi peraturan yang selamat supaya tidak berlaku
pencemaran. Contohnya, tidak menggunakan papan pemotong yang sama
untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.
Makanan mentah perlu dibersihkan dengan air bersih sebelum
dimasak. Bekalan air bersih yang mencukupi penting dalam menjamin
kebersihan dan keselamatan makanan.
-
X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 22
Andaikan anda sebagai seorang penyedia makanan yang memasak
makanan untuk seisi keluarga. Anda perlu mengamalkan kebersihan
diri dengan sebaik-baiknya. Ciri-ciri seorang penyedia makanan yang
sihat adalah seperti berikut:
PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN KLINIKAL
2.3.1 Peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja
Sebahagian daripada anda mungkin pernah menghantar anak anda
untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Terdapat
beberapa jenis pemeriksaan fizikal yang perlu dibuat dari peringkat
bayi dan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Tujuannya
ialah untuk memantau status kesihatan serta perkembangan tumbesaran
seseorang kanak-kanak.
Berdasarkan Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian
Kesihatan Malaysia, kanak-kanak di bawah tujuh tahun perlu datang
untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal secara berkala ke
klinik dan hospital. Perkembangan kanak-kanak dipantau berdasarkan
pertumbuhan berat dan ketinggian serta kemahiran asas seperti
bercakap, bermain, merangkak, berdiri dan berjalan berdasarkan
panduan dalam kad perkembangan kanak-
2.3
-
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 23
kanak. Pemeriksaan fizikal semasa bayi amat penting untuk
mengesan kecacatan awal. Anda perlu tahu bahawa pengesanan awal
akan mempercepatkan rawatan dan pemulihan.
Di klinik kesihatan ibu dan anak, masalah kecacatan anak dikenal
pasti dan dirujuk ke pusat pemulihan dalam komuniti untuk proses
penjagaan khas dan pemulihan.
Pemeriksaan kesihatan di kalangan kanak-kanak dan remaja yang
telah memasuki alam persekolahan akan dilakukan oleh pasukan
kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan yang berdekatan dengan
sekolah.
Bayangkan anda adalah seorang kanak-kanak yang sedang menuntut
di sekolah rendah. Anda akan menjalani pemeriksaan penglihatan,
pendengaran, masalah kudis, kebersihan mulut dan kedudukan testis
sama ada telah turun berada di dalam kantungnya atau belum (untuk
kanak-kanak lelaki). Pengesanan awal akan membantu kanak-kanak
bermasalah dirujuk untuk rawatan lanjut atau pendidikan khas.
2.3.2 Peringkat dewasa
Tujuan utama pemeriksaan kesihatan untuk orang dewasa adalah
untuk mengenal pasti sesuatu penyakit pada peringkat awal.
Pemeriksaan biasanya meliputi tekanan darah, tahap glukos dalam
darah, tahap kolesterol, indeks jisim badan, kanser serviks dan
kanser payu dara.
Pemeriksaan dapat membantu mengesan penyakit tekanan darah
tinggi, penyakit jantung, diabetis dan kanser. Pengesanan awal akan
dapat membantu rawatan awal yang sesuai terhadap sesuatu
penyakit.
-
X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 24
Jadual 2.2: Jenis Pemeriksaan, Kebaikan dan Peralatan
Jenis Pemeriksaan Kebaikan Alat-Alat Ujian
Tekanan darah Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda
tekanan darah tinggi.
Sphigmomanometer
Glukos darah Dapat mengesan tahap glukos di dalam darah dan
membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula atau
rawatan awal
Glucometer dan strip
Kolesterol Dapat mengesan tahap kolesterol darah dan membantu
menyedarkan seseorang seseorang mengawal pemakanan serta
mengamalkan senaman.
Accutrend dan strip
Pengesanan barah pangkal rahim
Dapat mengesan awal sel-sel kanser di pangkal rahim dan dirawat
awal.
Spatula, mikroskop
Penglihatan Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat
atau jauh).
Carta Snellen
Pendengaran Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat
rujukan untuk rawatan.
Audiometer
Berat badan/ Indeks Jisim Badan (IJB)
Dapat mengetahui tahap IJB dan membantu untuk mengawal pemakanan
serta kecergasan fizikal.
Alat timbang, bodymeter, penimbang dan kalkulator
Jenis-jenis pemeriksaan kesihatan seperti di dalam jadual adalah
yang kerap digunakan di klinik dan hospital.
SEMAK KENDIRI 2.1
(a) Senaraikan jenis-jenis makanan yang baik untuk kesihatan.
(b) Senaraikan jenis pemeriksaan fizikal dan apakah peralatan
yang
digunakan. Di manakah pemeriksaan ini boleh diperolehi? (c)
Bagaimanakah keputusan pemeriksaan boleh membantu kerajaan
membentuk polisi berkaitan dengan langkah kerajaan memupuk
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia?
-
TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 25
Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara
seperti berikut:
Amalan-amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam
menjaga kesihatan kita.
Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan
teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan
segera.
Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas
pengambilan makanan adalah berpandukan prinsip piramid makanan.
Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan
makanan selamat untuk dimakan.
Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak
berlaku keracunan makanan.
Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting. Kita perlu
mengetahui jenis-jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal serta
tujuannya.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Modul kempen cara hidup
sihat: Promosi kesihatan keluarga. Kuala Lumpur.
Kesihatan Cara hidup sihat Amalan kesihatan Pemakanan sihat
Kebersihan Pemeriksaan kesihatan