630223-04-5449 1 ISI KANDUNGAN RINGKASAN EKSEKUTIF 3 1.0 PENGENALAN 4 1.1 Definisi Perpaduan (Integrasi) 6 1.2 Definisi Etnik (Kaum) 7 1.3 Definisi Masyarakat Majmuk 8 2.0 PUNCA MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA 2.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza 9 2.2 Isu-Isu Selain Pendidikan 10 3.0 CARA-CARA MEWUJUDKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH 3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 11 3.2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan 13 3.3 Pendemokrasian Pendidikan 14 3.4 Pelaksananaan Sekolah Wawasan 15 3.5 Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran 17 3.6 Sukan Untuk Perpaduan 18 3.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua 19 3.8 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama 19 3.9 Kurikulum Yang Sama 20 3.10 Sukatan Pelajaran Yang Seragam 20
27
Embed
KAUM DAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH · PDF fileSebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
630223-04-5449
1
ISI KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF 3 1.0 PENGENALAN 4 1.1 Definisi Perpaduan (Integrasi) 6 1.2 Definisi Etnik (Kaum) 7 1.3 Definisi Masyarakat Majmuk 8 2.0 PUNCA MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA 2.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza 9 2.2 Isu-Isu Selain Pendidikan 10 3.0 CARA-CARA MEWUJUDKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH
3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 11 3.2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan 13 3.3 Pendemokrasian Pendidikan 14 3.4 Pelaksananaan Sekolah Wawasan 15 3.5 Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran 17 3.6 Sukan Untuk Perpaduan 18 3.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua 19 3.8 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama 19 3.9 Kurikulum Yang Sama 20 3.10 Sukatan Pelajaran Yang Seragam 20
630223-04-5449
2
3.11 Peperiksaan Yang Seragam 21 3.12 Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan
Kaum Di Sekolah 21 4.0 PERPADUAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN 22 5.0 PENUTUP 22 BIBLIOGRAFI 24 BAHAN TAMBAHAN DARI INTERNET 26
630223-04-5449
3
RINGKASAN EKSEKUTIF
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur.
Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan
dalam kalangan negara-negara lain. Namun begitu, kesan gelombang
globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian negara dalam pelbagai
bentuk yang sukar diramalkan. Nilai individualistik, materialistik dan pelbagai
nilai dalam kalangan masyarakat sedikit sebanyak mulai terhakis sehingga
merosakkan individu dan masyarakat. Keadaan ini memerlukan strategi yang
mantap bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa
negara ke arah Wawasan 2020. Salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk
dan melahirkan generasi baru yang berwawasan, berdisiplin, berkeyakinan
terhadap diri, maka dasar-dasar kerajaan berfokaskan kepada mewujudkan
perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelbagai dasar
seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan,
menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan, Pendemokrasian Pendidikan,
Pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep Sekolah Penyayang, Pelaksanaan
Sekolah satu aliran, Sukan untuk Perpaduan, Sistem persekolahan yang sama
bagi semua , Bahasa Kebangsaan, Kurikulum yang sama dan sukatan
peperiksaan seragam telah dilaksanankan. Berteraskan dasar tersebut diyakini
dapat membantu dalam memupuk serta meningkatkan semangat patriotisme,
integrasi nasional demi kestabilan, kesejahteraan rakyat yang berterusan dan
sekali gus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
630223-04-5449
4
1.0 Pengenalan
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum
seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang
membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,
modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari
pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,
kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut
perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara
“glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
mengikut acuan local atau tempatan.
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi
keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak
1956 yang mengemukakakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan dan
dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem
persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum
yang bercorak kebangsaan. Cabaran paling utama dalam usaha negara
mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah seperti berikut:
‘Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi
semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai
kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial,
ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sisitem pemerintahan, mutu
630223-04-5449
5
kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan
keyakinan akan bangsa sendiri.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)
Selain daripada itu, sistem pendidikan juga boleh menjadi salah satu cara
memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana
yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang
kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang
sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni
sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.
Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana
yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi
mewujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat
dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu
dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah
yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah
perlu dikemas kini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang
lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah.
Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. Pada hari ini tidak
dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di sekolah
telah mencapai banyak kemajuan. Walau bagaimana pun, masih banyak yang
perlu dilakukan bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah.
630223-04-5449
6
Oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi
menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.
1.1 Definisi Perpaduan (Integrasi)
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara.
Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat
majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989).
Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan
etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu
bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi
merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok
sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum
dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau
yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan
masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan
kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka.
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
630223-04-5449
7
sesebuah unit politik. Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-
kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya
ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
Menurut Vender Zanden (1975), asimilasi ialah satu proses dalam
mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara
berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Cara-cara mencapai perpaduan
Politik Sosial Ekonomi
Integrasi politik Integrasi kebudayaan
Integrasi sosial
Integrasi pendidikan
Integrasi wilayah
Integrasi ekonomi
Sumber : Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC), 2003.
1.2 Definisi Etnik (Kaum)
Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan
manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam
kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang
sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa,
tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik
merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai
kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.
630223-04-5449
8
1.3 Definisi Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah
jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia.
Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak
sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.
Walaupun hidup bersama, mereka adalah berasingan (live side by side but
separately), setiap kumpulan mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai,
pemikiran dan cara hidup masing-masing (Sufean Hussin, 1996). Mengikut
tokoh antrolopologi terkenal (J. S. Furnival, 1944) mendefinisikan masyarakat
majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik (sebuah
negara) tetapi tidak bersatu padu. Perhubungan masyarakat majmuk hanyalah
didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada azam sosial
bersama (common will) serta tiadanya ikatan normatif. Malahan wujudnya
perpecahan sebagaimana yang digambarkan oleh Furnival: “Perdagangan dan
perindustrian terletak ditangan orang asing sementara penduduk tempatan
kebanyakannya terlibat dalam pertanian, pemodal-pemodal asing mengupah
buruh tempatan atau kuli-kuli yang diimport dari luar” .
630223-04-5449
9
2.0 Punca Masalah Perpaduan Di Malaysia
Antara isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional di
negara ini ialah:
2.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza
Mengikut Ramlah Adam (2003) Sistem persekolahan yang wujud di
negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh
pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di
Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan
kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan
berkembang secara sendirian.
Sekolah Cina dan Tamil bukan hanya menggunakah bahasa Cina dan
Tamil sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China dan India,
buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Kerajaan sebelum
merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang
unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.
Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari
segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah
Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan
peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di
samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan
630223-04-5449
10
berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view)
yang sama.
Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang
kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada
segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi.
2.2 Isu-Isu Selain Pendidikan
2.2.1 Tindakan Kerajaan membantu kaum Bumiputera didalam bidang
sosio-ekonomi telah dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap kaum-kaum lain;
2.2.2 Terdapat sebahagian dari kalangan penganut pelbagai agama di
negara ini yang kurang sensitif (peka) dan bertoleransi telah menjejaskan
keharmonian kaum di negara ini.
2.2.3 Kurangnya semangat partriotisme dan kesukarelaan di kalangan
masyarakat boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.
2.2.4 Peningkatan kes-kes gejala sosial di kalangan remaja dan
peningkatan kes-kes jenayah boleh mengugat keharmonian serta kesejahteraan
masyarakat.
2.2.5 Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara wilayah
khususnya Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
turut membantutkan kelancaran proses integrasi nasional.
630223-04-5449
11
2.2.6 Fahaman politik yang melampau dan taksub telah membawa
kepada perpecahan di kalangan masyarakat sesama atau antara kaum.
2.2.7 Terdapatnya sekatan tertentu terhadap pergerakan yang bebas
bagi rakyat Malaysia untuk memasukki Sabah dan Sarawak telah menjejaskan
proses integrasi nasional.
2.2.8 Media massa lebih gemar memberi liputan luas dan sensasi
terhadap isu-isu perpaduan yang berbentuk negatif daripada mempromosi
aspek-aspek positif di dalam perpaduan antara kaum.
3.0 Cara-cara Mewujudkan Perpaduan Antara Kaum Dan
Memperkasakan Sekolah
Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka
hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan antara kaum dan
memperkasakan sekolah. Antaranya ialah:
3.1 Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan
antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam,
sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam
matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik
digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama
dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-
630223-04-5449
12
pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa
diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas.
Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat
bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan
lain.
Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan
dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik
yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau
bagaimana pun pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi kesukaran kerana
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran namun,
hasrat murni kita untuk memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di
semua peringkat sebagai alat integrasi dapat dicapai.
Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga
hingga Kesembilan, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk
memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia
Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan
keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan
penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan
kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..
630223-04-5449
13
Oleh itu, pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan
untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum
yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi
antara etnik perlu disegerakan. Hal demikian kerana Dasar Pelajaran
Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar
yang tidak sesuai dengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi
memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengan baik.
3.2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan
Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut
bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan
peranan yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam
kalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala
bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.
Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi
baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak
kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan
kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang
sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.
Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan atas keinsafan bahawa
kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah
mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.
630223-04-5449
14
Sekolah juga harus berperanan menggalakkan pelajar-pelajar supaya
boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan
etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih
sayang, hormat menghormati, saling membantu, berbudi bahasa, cintakan
keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.
Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar daripada semua kumpulan etnik
hendaklah digalakkan bercampur dan memceburkan diri dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan dapat melahirkan rakyat
Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat
walaupun berlainan etnik.
3.3 Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik
Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati
kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di
dalam bandar atau di luar bandar. Baik di bandar mahupun di luar bandar reka
bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang
dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.
Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sam ada yang digunakan oleh
etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah.
Pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di
mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan
630223-04-5449
15
masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat
kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa
penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan
peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari
bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan
diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara
saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasarkan atas keinsafan
bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan
lain. Dengan ini, Pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi
antara etnik.
3.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan
Pelaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi
memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang
sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga
sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung
antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan
agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan
menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.
630223-04-5449
16
Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran
yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping
urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah
masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang
berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti
kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Konsep
Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai
etnik walaupun berlainan aliran persekolahan.
Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami
pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam
bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia yang mempunyai
masyarakat daripada pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan
mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini
dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang
bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing
antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang
seragam dan selari dengan hasrat negara.
Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu
sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai
pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-
sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan
menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan
integrasi etnik dengan cepat.
630223-04-5449
17
3.5 Pelaksanan Sekolah Satu Aliran
Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk
integrasi antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang
menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks
Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara
kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu
berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya
interaksi antara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini
menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak
perlahan dan lambat.
Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh kawan-
kawan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda
lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek
wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau
sesiapa saja daripada lain-lain etnik yang berminat. Di samping mereka boleh
bergaul secara meluas , mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum
lain.
Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat
dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling
memahami antara satu sama lain. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa
dengan terasingannya sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman
630223-04-5449
18
atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula
di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.
Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik
akan dapat dihapuskan dari peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara
pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu
sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu
diberikan perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara
pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.
3.6 Sukan Untuk Perpaduan
Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat atau pelajar. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada
sesuatu kaum sahaja malahan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka
yang berminat.
Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang
sangat digalakkan. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan dua tahun sekali jelas
memainkan peranannya untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan
hubungan antara negeri.
630223-04-5449
19
3.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan Sekolah-
Sekolah Umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarnya dan Sekolah-Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Walaupun pada peringkat rendah ini
sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun
sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat
menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar
bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah
Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa
pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.
3.8 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan iaitu Bahasa Malaysia dan persefahaman di antara satu
kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di
negara ini.
630223-04-5449
20
3.9 Kurikulum Yang Sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk
diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani,
akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan
untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga
rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
3.10 Sukatan Pelajaran Yang Seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh
Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran
kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah, Sivik,
Pendidikan Moral memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan.
Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan
perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang
kaum, agama dan adat resam.
630223-04-5449
21
3.11 Peperiksaan Yang Seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang
kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
3.12 Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan Kaum
Di Sekolah
3.12.1 Program Patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina
jati diri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina
Bangsa/budaya, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan
Lagu Patriotik, Kem Padu Anak Malaysia, Mantor-mentee, Kawat kaki (Kelab dan
Persatuan), Homestay, Perhimpuan/nyanyian dan Lawatan Integrasi/anak
Angkat/Pesta.
3.12.2 Program Promosi pula dibuat bagi memperluaskan hebahan
kepada masyarakat/pelajar agar kesedaran terhadap kepentingan perpaduan
dan integrasi nasional akan sentiasa subur. Antara aktiviti di bawah program ini
adalah seperti Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan, Majalah/Buletin
Perpaduan, Bulan Perpaduan (bulan Mei), Brosur dan Segmen di Media.
630223-04-5449
22
4.0 Perpaduan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tumpuan
memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini
kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk
perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK
perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti, Pemimpin dan guru cekap,
terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M, Beraspirasi nasional,
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, Pencapaian akademik cemerlang,
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi, Iklim dan budaya sekolah yang
sihat, Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan,
Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan, Pencapaian sahsiah
pelajar cemerlang.
5.0 Penutup
Dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam
proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan
ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah .
Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan
yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting
bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja,
rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari
sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang
630223-04-5449
23
dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh
setiap rakyat Malaysia.
Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak
daripada kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi
memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi
antara etnik di sekolah dengan berkesan.
Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita
bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di
sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses
integrasi peringkat menengah dan seterusnya di universiti. Ini seterusnya akan
menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak
bersatupadu dan berlainan kefahaman.
Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara
etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah
Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi
antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga
dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak
semasa yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat perubahan yang berlaku,
sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang
upayanya. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau
kaum dapat hidup bersatu padu, harmonis dan berjiwa Malaysia.
630223-04-5449
24
BIBLIOGRAFI
Abd Rahim Abd Rashid, (1993), Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Dewan
Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
Akta Pendidikan 1961, (1984), International Law Book Service, Kuala Lumpur.
Akta Pendidikan 1996, (1998), International Law Book Service, Kuala Lumpur.
Amir Hasan Dawi, (1999), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum
Books, anjung Malim.
Hamedi Mohd Adnab, (1994), Bahasa Melayu STPM, Nurin Enterprise, Kuala
Lumpur.
Hoy, Wayne K. & Miskel, Cecil G. (1987), Educational Administration, Theory
Research and Practice (3rd Edition), Random House, New York.
Hoy, W.K (1969), Pupil Control Ideology And Organizational Socialization School
Review, Vol. 77, 257 – 256.
Hussein Hj. Ahmad, (1993), Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, (1988),
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohd Salleh Lebar, (1998), Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan
Pendidikan, Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor.
630223-04-5449
25
Mohd Yazid Yusoff, Mohd Noor Mohd Zain, Idris Omar, (2007), Persamaan dan
Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996, Universiti Utara
Malaysia, Kedah.
Sanusi Osman, (1989), Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau Wing, Dr. Saedah Hj. Siraj,
(1993), Pendidikan di Malaysia, Utasan Publication, Kuala Lumpur.
Sufean Hussin, (1996), Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996
Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25
Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51
Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.
Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.
Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13
630223-04-5449
26
Bahan Tambahan dari Internet
BookFinder.com: Book directory [e3ef08de] ,P. Ramlee, Seniman Agung Dunia Melayu: Kumpulan Kertas Kerja (9679120678) Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan: Tun Hussein Onn, Father of Unity ...www.bookfinder.com /dir/e3ef08de
Education And Modernization In The Third World: , Kertas ini dimaksudkan untuk menyelidik peranan pendidikan dalam membuka jalan ... pendidikan moden membuktikan tidak membawa perpaduan menuju pemodenan politik. ...www.penerbit.ukm.my/jdem17-4.html.
Islam Hadhari, Seminar & Kertas Kerja. Informasi Terkini / Aktiviti. Undian Islam Hadhari. F.A.Q ... mahukan sekolah kebangsaan berupaya memperagakan kurikulum baru di bawah .www.islamhadhari.net/v4/ ucapanpm / detail.php? nkid=20.
JasinDaily ,... melemahkan serta menghapuskan sekolah agama rakyat di seluruh dunia, menunjukkan ... di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ...www.jasindaily.blogspot.com /om/sejarah3.html
KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353) PENDIDIKAN PRA SEKOLAH ... aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan.. members.tripod.com/~sarjana/pra1.html
KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012) KONFLIK ... quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional. ..,members.tripod.com/~sarjana/konflik1.html
KERTAS KERJA SOSIOLOGI PENDIDIKAN (MTT 3303) SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana ...sarjana.tripod.com.
MASALAH13MEI ,... merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan ... Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ...www.angelfire.com/on2/ Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html.
630223-04-5449
27
Patriot Malaysia - Memacu Misi Nasional- YAB Dato' Seri Abdullah Haji ... Polarisasi kaum masih boleh dilihat di sekolah, di tempat kerja dan dalam ... punca yang boleh menggugat perpaduan kaum dan kestabilan negara, seterusnya.www.patriotisme.net.my/modules.php?name=News&file =article&sid=28.
POLITICAL/ARCHIVES/C0A-303.HTML ,.. diraja untuk menyiasat keadaan perpaduan nasional di Malaysia, agar penyelesaian .. tersebut dan membentangkan satu kertas putih di Dewan ini dengan ..www.angelfire.com/journal2/tsgtan/POLITICAL/ARCHIVES/C0A-03.HTML.
::Roslan SMS Corner:: ,... ulangtahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan Institut Integriti Malaysia semalam. ... penyokong BN yang berkebetulan berkumpul di sekolah Cina berkenaan. n32.blogspot.com/2007_04_01_archive.html
Search Results ,... sejumlah besar sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar. ... di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ...mesra.net/forum/index.php? ...&act=Search&CODE=getalluser&mid=16240.
UCAPAN YB DATUK DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI DI JABATAN PERDANA ... (PDF) , DAN INTEGRASI NASIONAL DI DALAM MEWUJUDKAN SUASANA EKONOMI, ... PENGAJARAN AGAMA-AGAMA LAIN DI SEKOLAH BANTUAN. KERAJAAN, PIHAK JAWATANKUASA BERPENDAPAT. www.pbs-sabah.org/bandau/speech/bentang.pdf
zukri @ keADILan ,.. istilah, interaksi antara kaum, integrasi nasional dan sebagainya, tetapi amat ... kediaman di UKM yang memperkenalkan penggunaan nombor siri pada kertas undi dan ...zukri-keadilan.blogdrive.com