‘ KERTAS KERJA KARNIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN 2014 TEMA “ Kesenian Mengilham Perpaduan ” TARIKH 28 MAC 2014 LOKASI DEWAN KULIAH 3B 301 FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18
Embed
KARNIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN 2014 - · PDF fileTujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan bantuan kewangan ... Exco Dekorasi & Keceriaan Muhammad Rafi....
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
‘
KERTAS KERJA
KARNIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN 2014
TEMA
“ Kesenian Mengilham Perpaduan ”
TARIKH
28 MAC 2014
LOKASI
DEWAN KULIAH 3B 301
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28 MAC 2014
“ Kesenian Mengilham Perpaduan”
KERTAS KERJA
KARNIVAL KESENIAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Sebagai satu badan kepimpinan mahasiswa/i yang tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan atau PMFSSK sesi 2013/2014 berbesar hati ingin menganjurkan
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014 . Program ini bertujuan untuk
memperkenalkan budaya dan kesenian yang terdiri daripada pelbagai kaum kepada mahasiswa/i
Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
khususnya .Selain memperkenalkan budaya dan kesenian, program ini turut bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada mahasiswa/i yang juga merupakan generasi masa hadapan berkenaan
polimik cinta serta mengetengahkan budaya dan kesenian Islam agar tidak hilang begitu sahaja.
Di samping itu, program ini juga merupakan medium untuk merapatkan hubungan silatulrahim
antara pelajar-pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang datang daripada pelbagai pusat
pengajian.
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan bantuan kewangan
dari pihak yang terlibat bagi merealisasikan KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
2014 yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
(PMFSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28 MAC 2014
“ Kesenian Mengilham Perpaduan”
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
1.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya
PMFSSK. Kami juga merupakan antara badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Pada mulanya, PMFSSK ini digelar
PRISSMA dan ia telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bagi
bertujuan membentuk imej baru kepada persatuan tersebut.
1.2 PMFSSK bercadang untuk mengadakan program ini, iaitu “KARNIVAL
KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014” , sebagai satu inisiatif untuk
memperkenalkan budaya dan kesenian Islam kepada mahasiswa/i di samping
memupuk semangat cintakan budaya dan kesenian Islam dalam diri setiap pelajar
sekaligus menyediakan pelajar pelbagai kemahiran menerusi aspek pengurusan,
hubungan luar serta mengasah kepimpinan para pelajar selaras dengan matlamat
pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.0 MISI
Melahirkan warga universiti khususnya mahasiswa/i yang berketerampilan, berdisiplin,
bersatu padu, bersemangat jati diri, profesional berilmu dan berkualiti, selaras dengan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang
kondusif di dalam bidang sosial dan ilmu pengetahuan untuk memartabatkan Universiti
Kebangsaan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28 MAC 2014
“ Kesenian Mengilham Perpaduan”
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memperkenalkan kebudayaan dan kesenian melalui persembahan kebudayaan dan
permainan tradisional agar kebudayaan dan kesenian ini tidak lapuk ditelan zaman.
4.2 Memupuk semangat cintakan kebudayaan dan kesenian kepelbagaian kaum yang
terdapat di negara kita agar generasi yang seterusnya masih dapat mengamalkan budaya
dan kesenian yang ada pada masa ini.
4.3 Memupuk semangat silatulrahim yang utuh dalam kalangan mahasiswa yang datang
daripada pelbagai pusat untuk menjayakan sesebuah program secara bersama,
4.4 Menggalakkan mahasiswa/i melibatkan diri dalam aktiviti yang bersifat non-
akademik mahupun yang bersifat akademik untuk melahirkan mahasiswa/i yang bersifat
kreatif selaras dengan visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia.
5.0 TEMA
“Kesenian Mengilham Perpaduan”
6.0 TEMA
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) Sesi 2013/2014
7.0 TARIKH & MASA
Program dicadang untuk diadakan pada :
Tarikh : 28 MAC 2014
Hari : JUMAAT
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28 MAC 2014
“ Kesenian Mengilham Perpaduan”
8.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan ialah:
Dataran Dewan Kuliah 3B 301,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
9.0 PUBLISITI
Program ini akan diuar-uarkan secara meluas di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bahan hebahan yang digunakan adalah media cetak seperti :
Banner
Banting
Poster
Papan digital UKM
Rangkaian laman sosial Facebook dan Twitter.
10.0 CADANGAN PERASMI
Prof. Madya. Dr. Noraini Ibrahim (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi)
11.0 PENGLIBATAN PESERTA
200 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i dari semua Pusat Pengajian di Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2014
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28 MAC 2014
“ Kesenian Mengilham Perpaduan”
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran C
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran D
16.0 KEMAHIRAN INSANIAH
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila