PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan pengunaan teknik bercerita terhadap murid Tahun 6 di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat apakah pengunaan teknik bercerita dapat membantu murid-murid Tahun 6 untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam tajuk Keluarga Harmoni Mengikut Perspektif Agama. Kajian ini juga dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid Tahun 6 meningkatkan kemahiran mengingat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan menggunakan teknik bercerita. Ini adalah kerana kemahiran mengingat penting bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tetapi untuk keseluruhan pembelajaran murid-murid di sekolah. Ia juga boleh digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Vishalache (2006) Kurikulum PSK negara kita mengutamakan tiga aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. PSK juga merupakan wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan mengapresia s i pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Untuk mencapai semua hasrat tersebut, empat prinsip pembelajaran ditekankan, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk membentuk peribadi dan belajar untuk hidup bersama. Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Oleh itu, apabila mereka belajar dalam suasana tersebut, mereka akan lebih mudah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan pengunaan teknik bercerita terhadap
murid Tahun 6 di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk melihat apakah pengunaan teknik bercerita dapat membantu murid-murid Tahun
6 untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam tajuk Keluarga Harmoni Mengikut
Perspektif Agama.
Kajian ini juga dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid Tahun 6
meningkatkan kemahiran mengingat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dengan menggunakan teknik bercerita. Ini adalah kerana kemahiran
mengingat penting bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tetapi untuk keseluruhan pembelajaran murid-murid di sekolah. Ia
juga boleh digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Menurut Vishalache (2006) Kurikulum PSK negara kita mengutamakan tiga aspek
utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk
melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. PSK
juga merupakan wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan mengapresias i
pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Untuk mencapai semua hasrat tersebut, empat
prinsip pembelajaran ditekankan, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk
bertindak, belajar untuk membentuk peribadi dan belajar untuk hidup bersama.
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana melalui
bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan secara tidak
langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif.
Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan
ceria. Oleh itu, apabila mereka belajar dalam suasana tersebut, mereka akan lebih mudah
faham dan ingat apa yang mereka pelajari. Hal ini berlaku kerana secara lumrahnya,
manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang
tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka.
Jonassen (2002), menyatakan teknik penceritaan merupakan satu proses perkongsian
ilmu pengetahuan yang tepat. Perkongsian ilmu dalam pembelajaran amat penting bagi
murid mendapatkan percambahan idea dalam sesuatu bidang yang mereka usahakan.
Selain itu, menurut David Booth dan Larry Swart (2004) pula, gaya penceritaan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru boleh memberi
kefahaman baru dan pengkongsian idea di kalangan murid yang terlibat. Ini boleh
menggalakkan percambahan imaginasi murid dengan membayangkan situasi cerita yang
disampaikan. Dengan adanya kefahaman dan pengkongsian idea ini, murid akan dapat
membentuk daya imaginasi dengan membayangkan situasi yang ada di dalam cerita
yang disampaikan dan akan mengingati pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Mok (2010), bercerita merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pelajarannya melalui pengunaan teknik bercerita. Melalui kaedah
bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Menurut Yusof Boon (2008), ingatan merupakan proses mental yang menyimpan
perkara-perkara yang dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai
tindakbalas dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan aktivit i
pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.
Mengikut Atan Long(1968) dalam Yusof Boon (2008), ingatan boleh diertikan sebagai
kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat
dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tahun 6 selama satu tahun. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah
adalah mata pelajaran teras.Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini biasanya dianggap
kurang penting berbanding mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains yang akan diuji dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Murid-murid lebih memberi tumpuan pada mata pelajaran tersebut untuk
memastikan mereka mendapat 5A terutamanya semasa tahun 6 ini. Sikap sesetengah
ibubapa, guru-guru dan pihak pentadbir sekolah yang hanya memburu kecemerlangan
akademik juga tidak membantu dalam mengatasi masalah ini.
Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran pada minggu kedua bulan Februari,
beberapa masalah dapat dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
iaitu murid tidak dapat menyatakan fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni dan juga
murid tidak boleh menulis fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni. Perkara yang paling
menonjol dan perlu diberi perhatian ialah kelemahan murid mengingati pembelajaran
yang lepas. Murid tidak memberi tumpuan iaitu berkhayal dan bercakap-cakap dengan
rakan dan tidak mengulangkaji pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain
daripada menganggap mata pelajaran ini kurang penting kerana tidak diuji dalam UPSR,
mungkin pengajaran guru tidak menarik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
menggunakan pendekatan cara lama iaitu berpusatkan guru sahaja sedangkan guru perlu
menggunakan strategi berpusatkan murid dan bahan.
Saya mengajar kelas 6 Jujur bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Murid -
murid dalam kelas ini adalah murid-murid yang sederhana dari segi akademiknya iaitu
mendapat markah kelulusan keseluruhan antara gred C dan B iaitu antara 50% hingga
70% . Oleh kerana murid sudah berada di tahun 6, saya tidak mengambil masa yang
lama untuk membuat pengenalan diri dan juga pengenalan mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan. Kebanyakan murid sudah mengetahui apakah tajuk-tajuk
yang yang terkandung dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengikut tema.
Enam tema yang terdapat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah pertama-
Sayangi Diri, kedua- Sayangi Keluarga, ketiga- Hidup Bersama di Sekolah dan
Masyarakat, keempat, Kenali Budaya Malaysia, kelima- Malaysia Negaraku dan
keenam- Sedia Hadapi Cabaran. Saya cuba untuk menggunakan strategi berpusatkan
murid seperti pembelajaran koperatif, main peranan, perbincangan, permainan, simulas i,
projek, temu ramah dan lakonana dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
saya jalankan. Sebahagian murid bersemangat untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang dan sebahagiannya pula tetap bersikap pasif seperti tidak mahu melibatkan
diri secara rela dan saya perlu memaksa mereka untuk melibatkan diri dalam aktivit i
yang dirancang. Apabila saya menyoal mereka tentang apa yang telah mereka pelajari,
sebahagian murid kurang memberi tumpuan dan menjawab dengan sambil lewa sahaja.
Sebahagian lagi hanya tunduk dan membaca fakta daripada buku teks dan tidak boleh
memberi penerangan lanjut tentang apa yang mereka telah baca. Ada pula murid yang
hanya berdiri dan mendiamkan diri apabila ditanya. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku
kerana murid perlulah mengingati apa yang telah mereka pelajari.
Saya juga ada memberikan mereka sedikit latihan bertulis berkaitan dengan tajuk iaitu
Keluarga Harmoni Mengikut Perspektif Agama yang telah mereka pelajari. Saya dapati
ramai murid yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat iaitu tidak dapat
menyatakan dan menulis fakta-fakta mengenai Keluarga Harmoni atau sebahagiannya
hanya menyalin fakta yang terdapat dalam buku teks. Mereka tidak dapat menginga ti
fakta dengan tepat dalam menyatakan dan menulis mengenai Keluarga Harmoni.
Apabila menghadiri mesyuarat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada kali
pertama, saya membincangkan masalah ini bersama rakan dan guru besar yang hadir
pertama dalam mesyuarat tersebut. Guru besar memberikan pandangan mungkin murid
bosan apabila disuruh membaca dan mengingati fakta dan cara penyampaian pengajaran
guru yang membosankan. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Minat dan kematangan murid perlu diambil kira apabila menggunakan
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demekian, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan dan tidak membosankan. Saya perlu memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid saya supaya mereka
dapat mengingati pelajaran yang telah mereka pelajari. Saya memilih teknik bercerita
untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
1.2 Refleksi Nilai Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan
tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik,
kemahiran sivik dan nilai sivik. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara
aktif dalam suasana kondusif dan menyeronokkan. Pengajaran dengan pendekatan
teknik bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana
melalui bercerita, mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan
secara tidak langsung mengaktifkan daya imiginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan
lebih kreatif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FOKUS KAJIAN
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di kelas tahun 6 Jujur didapati pelbagai
masalah turut berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tetapi kajian ini lebih berfokus terhadap permasalahan tentang
kemahiran mengingat iaitu untuk membolehkan murid-murid menyatakan tentang fakta-
fakta Keluarga Harmoni dan juga membolehkan murid-murid menulis fakta-fakta
tentang keluarga Harmoni. Jika kemahiran mengingat ini tidak dapat diatasi oleh murid -
murid tahun 6 Jujur , masalah ini akan berterusan dan akan menyebabkan mereka akan
hilang minat terhadap mata pelajaran tersebut.
2.1 ISU KAJIAN
Pengunaan teknik bercerita sebagai satu cara untuk meningkatkan kemahiran mengingat
dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Bercerita dapat mengalakkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan menambahkan pengalaman dan
pengetahuan. Ia juga mencerna minda dan daya imaginasi serta menerapkan unsur nilai
murni dan memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Bercerita
juga dapat mambentuk insan yang harmoni dan seimbang. Perkara-perkara ini sangat
ditekankan dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah rendah.
Oleh yang demekian, teknik bercerita yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah satu cara meningkatkan kemahiran mengingat kerana ia adalah
pengalaman yang menyeronokkan bagi murid. Pengalaman menyeronokkan akan
membantu mengukuhkan ingatan murid.
2.1.1 TINJAUAN MASALAH
Sebelum penyelidik meneruskan kajian tindakan ke fasa yang seterusnya, penyelid ik
telah menjalankan beberapa langkah-langkah untuk memastikan bahawa pengumpulan
data yang diperolehi nanti mampu menyokong dan memberikan gambaran kasar bahawa