-
1
Kajian ini dibuat ekoran arahan daripada Yang Berhormat Menteri
Pertanian yang
bertujuan mengkaji potensi industri berasaskan ikan. Untuk itu,
FAMA telah diminta
untuk mengenalpasti dan menyediakan maklumat berkaitan dengan
industri keropok di
Malaysia.
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan industri
pertanian sebagai tunggak
pertumbuhan negara menjelang 2020 menerusi peranan pertanian
sebagai pengeluar
bahan makanan, pembekal bahan mentah agri-industri dan pasaran
keluaran sektor
pertanian, kerajaan menerusi Dasar Pertanian Negara ke 3 (DPN 3)
telah
memperuntukkan sejumlah RM1530 juta kepada Jabatan Perikanan
berbanding cuma RM
532 juta dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RM7). Ia jelas
menunjukan bahawa kerajaan
serius dalam meningkatkan industri perikanan dan dalam usaha
untuk memajukan sektor
tersebut, beberapa pendekatan dan garis panduan baru telah
ditetapkan. Antaranya:
! Tumpuan lebih kepada industri/komoditi keutamaan
! Galakan pembangunan teknologi baru
! Meningkatkan pembangunan industri nilai tambah
PENDAHULUAN
-
2
Kajian ini telah dijalankan bermula 1hb Februari 2002 sehingga
Mei 2002. Ianya telah
dijalankan serentak di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat
lengkap dan
terperinci
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengetahui:
1. Menentukan saiz industri (pengeluaran) keropok:
" Bilangan pengusaha
" Jenis yang dikeluarkan
" Kuantiti dihasilkan
" Bahan mentah digunakan
" Pengeluaran ikut negeri
" Cara pemasaran
2. Perantara pasaran
3. Citarasa pengguna
4. Masalah dihadapi
.
OBJEKTIF KAJIAN
LATARBELAKANG KAJIAN
-
3
Keropok adalah sejenis makanan ringan yang lazimnya diproses
daripada ikan, udang
atau sotong diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu
sebagai rencah utama.
Mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, keropok
mestilah
mengandungi komponen berasaskan ikan yang digaul dengan tepung
kanji dengan atau
tanpa perencah.
Keropok ikan yang belum digoreng hendaklah mengandungi:
! Bagi keropok ikan yang dihasilkan daripada ikan segar selain
dari krustasean
dan moluska, kandungan protein hendaklah tidak kurang daripada
15%.
! Bagi keropok yang dihasilkan dari krustasean dan moluska,
kandungan
protein hendaklah tidak kurang daripada 6.9% .
Produk yang boleh dihasilkan melalui industri pemprosesan ikan
merangkumi produk
moden dan tradisional. Antara produk moden yang dihasilkan
berasaskan ikan ialah sate
ikan, shasimi, sausage, fish cake, fish ball dan fish fillet.
Sementara produk tradisional
pula antaranya ialah ikan kering, pekasam, jeruk dan
keropok.
LITERATURE REVIEW
-
4
Untuk kajian ini maklumat yang dikumpul melibatkan data primer
dan data sekunder.
Terdapat 2 kaedah yang dilaksanakan dalam mengumpul data
primer:
1. Survey Questionnaire
2. Face To Face Interview
Ia Melibatkan Tiga Peringkat Iaitu:
1. Pengusaha/Pengeluar Industri Keropok
2. Perantara
3. Pengguna
Melalui kaedah ini, maklumat asas berkaitan pengusaha dan
perantara industri keropok
dapat dikumpulkan melalui kaedah bancian 100%.
Manakala kesemua maklumat-maklumat pengguna pula dikumpul
berdasarkan kaedah
Simple Randam Sampling atau persampelan rawak mudah.
: Bilangan Responden Kajian Potensi Pasaran Keropok 2002
Responden Bilangan (Orang) Pengusaha 366 Perantara 359 Pengguna
532 Jumlah 1257 Sumber: FAMA
Seramai 1257 orang responden telah ditemubual semasa kajian ini
dijalankan. Sila lihat
Jadual 1 di atas sebagai rujukan.
JADUAL 1
METODOLOGI KAJIAN
-
5
: Peratusan Responden Ikut Negeri
Peratusan (%) Negeri Industri Perantara Johor 7.67 12 Kedah 7.14
11 Kelantan 20.63 7 Melaka 0.26 9 N.Sembilan 0.26 8 Pahang 11.11 9
P.Pinang 0.53 10 Perak 1.32 1 Perlis 0.53 8 Selangor 2.12 8
Terengganu 40.74 6 K.Lumpur 0.79 7 Sabah 2.38 1 Sarawak 4.50 3
Sumber : FAMA
JADUAL 2
-
6
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini dapat dipecahkan
dan dianalisa dari tiga
sudut utama iaitu:
! Industri atau Pengeluar
! Perantara
! Pengguna
! INDUSTRI/PENGELUAR
Daripada 366 orang pengusaha yang ditemubual, 360 orang adalah
mewakili kaum
Bumiputera. Manakala 6 orang lagi atau 2% (dari Jadual 3)
terdiri daripada kaum selain
Bumiputera. Sementara itu, bagi mendapatkan gambaran sebenar
taraf perusahaan
pengusaha keropok tempatan, sila rujuk Carta 1 di bawah.
. : Milikan Perusahaan
Milikan Peratusan (%) Bumiputera Bukan Bumiputera
98% 2%
Daripada peratusan milikan di atas dapat disimpulkan bahawa
majoriti pengusaha
keropok di Malaysia adalah terdiri daripada kaum Bumiputera .
Sementara hanya
sebahagian kecil sahaja kaum bukan Bumiputera yang terlibat
dalam perusahaan ini.
ANALISA KAJIAN
0 1 0 0 2 0 0 3 0 0 4 0 0
B ila n g a n
Pe r s e o r a n g a n
S y a r ik a t /K o n g s i
K ila n gB im b in g a n
CARTA 1: Taraf Perusahaan
JADUAL 3
-
7
Dari segi pembayaran pula, terdapat dua kaedah utama yang
menjadi pilihan iaitu:
! Tunai
! Kredit Didapati 70% memilih untuk menggunakan kaedah bayaran
tunai manakala selebihnya
30% memilih untuk pembayaran berkredit.
>KAPASITI PENGELUARAN : Kapasiti Peralatan Dimiliki Peralatan
Kapasiti (kg) Mesin bancuh 27-995,416 Mesin relai ikan 15-279,848
Mesin potong 25-268,115 Mesin pembungkus 6-169,535 Kuali 2-60,264
Peti sejuk 10-182,315 Stor bahan mentah 300-69,100 Bidar 30-318,583
Kawah 30-544,761 Lesung 110-570 Stor penyimpanan 900-11,500
Lain-lain 2411-162,111 : Peratus Pembuatan Keropok Bahan-bahan
Peratusan (%) Kanji 25-40 Ikan 38-40 Sagu 7-20 Tepung Ubi 6-11
Garam 1-2 Minyak Masak 1-3 Serbuk Perasa 1-3
JADUAL 4
JADUAL 5
-
8
> PENGELUARAN IKUT BULAN
Pengeluaran keropok tertinggi bagi tahun 2002 untuk seluruh
negara adalah pada
bulan April dengan kuantiti pengeluaran sebanyak 2,200 MT. Ini
kerana
permintaan adalah tinggi pada bulan tersebut. Manakala pada
bulan Disember
pula cuma sebanyak 585 MT keropok dihasilkan. Penurunan dalam
pengeluaran
ini adalah berpunca daripada faktor cuaca. Sebagaimana
dimaklumi, musim
tengkujuh bermula pada bulan Disember terutama di negeri-negeri
di Pantai
Timur dan ini mengakibatkan nelayan-nelayan tidak dapat turun ke
laut untuk
menangkap ikan. Kesannya, bekalan ikan untuk menghasilkan
keropok akan
berkurangan menyebabkan pengeluaran tidak dapat dihasilkan
sebagaimana pada
bulan-bulan biasa.
Jan
Mac
Mei
Jul
Sep
t
Nov
S1
0
500
1000
1500
2000
2500
kg
CARTA 2 : Kuantiti Pengeluaran Keropok (Kg) Ikut Bulan
-
9
> PENGELUARAN IKUT NEGERI
Pengeluaran keropok secara keseluruhan mengikut negeri bagi
tahun 2002 adalah
sebanyak 211,795 MT. Kelantan mengeluarkan produk tersebut
sebanyak 8,054
MT iaitu mewakili 39% daripada keseluruhan pengeluaran. Manakala
Terengganu
pula menghasilkan sebanyak 5,470 MT keropok. Jika diamati,
didapati pengeluar
terbesar keropok adalah negeri-negeri di Pantai Timur dengan
peratusan
pengeluaran sebanyak 76% daripada jumlah keselurahan
pengeluaran. Selebihnya
iaitu 24% dikeluarkan oleh negeri-negeri di Pantai Barat, Sabah
dan Sarawak.
Fenomena ini wujud disebabkan faktor kesenangan bagi mendapatkan
punca
bekalan ikan untuk menghasilkan produk keropok. Ini kerana baik
Kelantan,
Terengganu dan Pahang terletak berdekatan Laut China
Selatan.
Secara amnya, keropok berasaskan ikan terbahagi kepada dua iaitu
keropok
keping dan keropok lekor. Bagi keropok keping, ianya boleh
dipecahkan kepada
beberapa jenis tertentu sebagaimana yang dinyatakan pada Jadual
6 di bawah.
Maka, jumlah keropok keping yang dihasilkan ialah sebanyak 686
MT.
Ia biasanya dihasilkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Bagaimanapun,
kebaisaannya keropok keping boleh didapati dalam bentuk bulat
dan berwarna
kelabu kehitaman.
CARTA 3 : Peratusan Pengeluaran Keropok (MT) Ikut Negeri
Pantai Timur76%
Pantai Barat24%
-
10
: Jenis Keropok Keping & Kuantiti Dihasilkan
Jenis Kuantiti (MT) Mentah 656 Segera Sira Manis 10 Segera Sira
Pedas 14 Lain-lain 8 Sementara itu, bagi keropok lekor pula jenis
yang popular di kalangan penggemar
keropok ialah dari jenis makan rebus dan makan goreng. Bentuk,
saiz dan warna
keropok ini biasanya berbentuk bulat panjang/silinder berwarna
kelabu
kehitaman. Jumlah yang dihasilkan adalah sebanyak 51 MT.
: Jenis Keropok Lekor & Kuantiti Dihasilkan
Jenis Kuantiti (MT) Makan Rebus 34 Makan Goreng 17
: Jenis Keropok Yang Dipasarkan Oleh Perantara Di Seluruh
Malaysia
Jenis Kuantiti (MT) Keropok Keping 99 Keropok Segera 8 Keropok
Lekor 144 Jumlah 251 Secara keseluruhannya, kuantiti keropok yang
diedarkan oleh perantara di setiap
negeri di Malaysia adalah sebanyak 251 MT. Sila rujuk Jadual 8
di atas bagi
maklumat lengkap.
JADUAL 6
JADUAL 7
JADUAL 8
-
11
> JENIS KEROPOK YANG DIKELUARAN
Pengeluaran keropok keping secara keseluruhannya adalah
berjumlah 739 MT. Ia
merangkumi keropok keping mentah dengan pengeluaran sebanyak 656
MT iaitu
mewakili 89% daripada kesemua pengeluaran keropok, keropok
keping segera 74
MT dan keropok lain-lain 8 MT. Bagi keropok keping segera, ia
dipecahkan
kepada dua jenis iaitu keropok keping segera sira manis dengan
jumlah
pengeluaran sebanyak 10 MT manakala keropok keping sira pedas
pula dihasilkan
sebanyak 14 MT. Sila lihat Carta 4 sebagai rujukan.
Kebanyakan keropok keping yang dihasilkan adalah berbentuk bulat
dengan
warna kelabu kehitaman.
Biasanya keropok mengandungi 90% kandungan ikan di mana ikan
yang
digunakan terdiri daripada ikan parang, tamban dan selayang.
CARTA 4 : Jenis Keropok Keping Yang Dikeluarkan Seluruh
Malaysia
Kpg Segera7%
K.Segera Sira manis
1% K.Segera Sira Pedas
2%
Lain-lain1%
Kpg Mentah89%
-
12
Harga keropok di pasaran dalam negeri adalah dalam julat RM1.00
RM15.00
sekilogram. Perbezaan harga ini wujud mengikut negeri serta cara
pemasarannya.
> PEMASARAN
Daripada Carta 5 di atas didapati, majoriti pengusaha keropok
lekor memilih kaedah
pemasaran jual sendiri dengan peratusan sebanyak 63%. Ini
kemudiannya diikuti
kaedah pemborong di mana peratusannya adalah 19%. Kedua-dua
saluran pemasaran
ini didapati lebih banyak digunakan oleh pengusaha keropok lekor
berbanding kaedah
lain.
Selain itu juga berdasarkan kajian ini, didapati 93% keropok
lekor dipasarkan dalam
negeri manakala selebihnya iaitu 7% dipasarkan di luar
negeri.
Bagi keropok keping pula, kebanyakan pengusahanya turut memilih
saluran pemasaran
jual sendiri sebagai kaeadah pemasaran utama dengan peratusan
41% diikuti kaedah
agen sebagai kaedah ke dua penting di mana peratusannya sebanyak
33%.
Manakala 76% keropok keping dipasarkan dalam negeri dan 24%
dipasarkan di luar
negeri. Rujuk Carta 6 di bawah.
Peruncit9%
Lain-lain1%
Jual sendiri63%
Peraih2%
Pemborong19%
Agen6%
Dalam negeri76%
Luar negeri24%
CARTA 5 : Peratusan Kaedah Pemasaran Keropok Lekor
CARTA 6 : Luang Pemasaran Keropok Keping
-
13
Selain itu juga didapati harga jualan adalah berbeza mengikut
saluran pemasaran. Bagi
keropok keping, harga jualan yang biasa dikenakan oleh perantara
adalah dalam julat
RM4.00-RM15.00 sekilogram. Manakala bagi keropok lekor pula,
harga dikenakan
adalah sekitar RM1.00-RM11.00 sekilogram. Harga yang diterima
oleh pengguna adalah
lebih murah dan rendah jika dibeli terus daripada pengusaha
keropok tersebut.
! PERANTARA Seramai 313 orang daripada jumlah keseluruhan 359
orang perantara menjual dan
mengedarkan keropok di premis jualan mereka. Selebihnya iaitu 46
orang tidak menjual
mahupun mengedarkan produk tersebut di premis mereka.
Selain itu, ramai pengusaha yang tdak berminat untuk menjual
mahupun mengedarkan
produk berkenaan di premis jualan mereka kerana ianya tidak
mendapat sambutan
menggalakan daripada pembeli. Untuk maklumat lanjut, rujuk Carta
7 di bawah.
>JENIS KEROPOK & KUANTITI DIPASARKAN Jenis keropok yang
dipasarkan/dijual oleh perantara ialah keropok lekor dan
keropok
keping. Jumlah keseluruhan kuantiti jualan bagi kedua-dua jenis
keropok ini ialah
sebanyak 257 MT di mana kuantiti keropok keping sebanyak 112 MT
dan keropok lekor
sebanyak 144 MT.
CARTA 7 : Sebab Perantara Tak Jual/Edar Keropok Di Premis
T id a k d a p a t s a m b u la n
T a k ta h u m a n a n a k
c a r i p e m b e k a l
T a k p e rn a h c u b a L a in - la in
0
5
1 0
1 5
B ila n g a n
-
14
! PENGGUNA
Dari Carta 8 di bawah didapati jenis keropok keping yang paling
digemari oleh pengguna
dari sudut pandangan pengeluar/pengusaha keropok ialah keropok
jenis sedia goreng. Ia
mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 84% berbanding keropok
keping jenis lain.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati daripada 532
orang responden yang
ditemubual, 493 orang atau 94% tahu tentang keropok. Sila rujuk
Carta 9 di bawah bagi
mendapatkan peratusan sebenar.
Selain itu, 88% daripada responden tersebut tahu tentang
jenis-jenis keropok yang ada di
pasaran. Manakala selebihnya didapati tidak mempunyai sebarang
pengetahuan tentang
keropok.
CARTA 8 : Peratusan Jenis Keropok Keping Yang Digemari Pengguna
Dari Pandangan Pengeluar
sedia goreng84%
sira pedas5%
segera biasa9%
sira manis2%
-
15
Daripada kajian didapati 88% pengguna suka makan keropok (Carta
10). Manakala
selebihnya iaitu 12% tidak begitu gemarkan makanan berasaskan
ikan tersebut. Selain
itu, kebanyakan pengguna hanya mengambil keropok dalam jangka
masa kadang-
kadang sahaja dalam diet makanan mereka. (Rujuk carta 11 di
bawah).
Berdasarkan kajian ini, didapati kuantiti keropok yang
dibeli/dimakan oleh pengguna
adalah sebanyak 3 MT sebulan. Pengguna tertinggi produk ini
ialah penduduk di Sabah
dengan jumlah penggunaan sebanyak 2 MT sebulan. Kebiasaannya
keropok ini boleh
didapati pada harga antara RM2-RM10 sekilogram.
9 4 .2 6 %
5 .7 4 %
Y a Tid a k
Ya88%
Tidak12%
CARTA 9 : Peratusan Pengguna Yang Tahu/Tidak Tentang Keropok
CARTA 10 : P eratusan Pengguna Yang Suka/Tidak Makan Keropok
-
16
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini didapati keropok
keping segera perisa ikan
lebih digemari berbanding keropok-keropok lain. Sebanyak 59%
pengguna memilih
keropok jenis ini manakala 27% gemarkan keropok keping segera
sira manis.
Bagaimanapun, hanya 1% pengguna menyukai keropok lekor.
Selain itu, 33% pengguna memperolehi bekalan keropok di pasar
runcit, 28% pengguna
mendapatkan produk tersebut di pasar awam dan 11% pengguna lain
membeli keropok di
super/hypermarket. Sementara itu 28% pengguna lain memilih
outlet lain bagi
mendapatkan bekalan keropok mereka.
Dari kajian ini juga didapati 66% pengguna menggemari keropok
manakala selebihnya
34% tidak menyukai produk tersebut. Selain itu, 88% pengguna
menggemari keropok
kerana rasanya yang rangup dan 12% lagi menyukainya kerana
rasanya yang sedap.
0 20 40 60 80 100 120 140 160 180 200
Hari-hari
Seminggu
Sebulan
Kadang-kadangK
eker
apan
Bilangan
CARTA 11 : Kekerapan Pengguna Beli/Makan Keropok
0%0%38%
14%
43%
5%
Tidak Sedap Sukar Diperolehi Tidak Tahan Lama Lain-lain
CARTA 12 : Sebab-Sebab Pengguna Tidak Makan Keropok
-
17
Mengikut Carta 12 di atas, dapat dikenalpasti sebab-sebab
pengguna tidak suka
makan/gemarkan keropok. Antara sebab-sebabnya ialah rasanya yang
tidak sedap, sukar
untuk mendapatkan produk tersebut, produk ini tidak tahan lama
dan lain-lain alasan
lagi. Di sini dapat dilihat bahawa sebanyak 43% pengguna tidak
suka makan keropok
kerana ianya tidak sedap manakala 14% lagi mengatakan kerana
tidak tahan jika
disimpan lama. Sila rujuk Carta 12 di atas bagi mendapatkan
peratusan secara
keseluruhan.
*Tiada data/maklumat pengguna bagi negeri Sarawak.
-
18
> FAMA SEBAGAI PROMOTER Daripada temubual yang dijalankan ke
atas pengusaha keropok, 54% didapati
menyokong FAMA sebagai promoter (rujuk Carta 13 di bawah) dalam
mempromosikan
produk mereka. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan usul
tersebut kerana telah
mempunyai pasaran mereka sendiri.
>
>BAHAN MENTAH YANG DIPERLUKAN DARI FAMA
Berdasarkan Carta 14 di atas, didapati bahawa terdapat empat
jenis bahan mentah yang
paling utama diminta oleh pengusaha keropok daripada FAMA iaitu
ikan, kanji, sagu dan
tepung ubi di mana ikan merupakan bahan mentah tertinggi diminta
(105 MT) diikuti
dengan sagu (27 MT), tepung ubi (14 MT) dan kanji (11 MT).
Bekalan ini adalah diperlukan daripada FAMA (jika FAMA berupaya
membekalkannya)
pada bila-bila masa sahaja ia diperlukan.
CARTA 13 : Pemilihan FAMA Sebagai Promoter
setuju54%
tak setuju46%
POTENSI PASARAN FAMA
CARTA 14 : Bahan Mentah Diperlukan (Mt/Bulan)
020406080
100120
Mt
ikan sagu tepung ubi kanji
-
19
Masalah utama yang dihadapi pengusaha keropok ialah dalam
mendapatkan bekalan
ikan. Ini kerana wujud masalah dari segi harga ikan yang mahal
dan kesukaran untuk
memperolehinya secara berterusan. Ia mungkin terjadi kerana
faktor cuaca
memandangkan kebanyakan bekalan ikan diperolehi dari
negeri-negeri di Pantai Timur.
Oleh kerana wujudnya musim tengkujuh pada penghujung bulan
setiap tahun bagi negeri-
negeri tersebut, maka bekalan ikan tidak dapat disempurnakan
sebagaimana bulan-bulan
biasa.
Jenis bantuan yang diperlukan oleh pengusaha-pengusaha keropok
tempatan ialah dari
segi bantuan mesin dan peralatan untuk membuat dan memproses
keropok. Ini kerana
kebanyakan pengusaha tersebut terdiri daripada kaum Bumiputera
yang kurang
mempunyai modal kewangan bagi mendapatkan mesin dan peralatan
yang lebih moden.
MASALAH DIHADAPI
-
20
Industri keropok berasaskan ikan di Malaysia berpotensi besar
untuk dimajukan.
Walaubagaimanapun, masih banyak lagi kelemahan-kelemahan yang
perlu diperbaiki dan
untuk itu beberapa langkah dan usaha perlu dilaksanakan oleh
pihak-pihak terlibat dan
bertanggungjawab bagi meningkat dan mengembangkan lagi industri
keropok tempatan.
Antara langkah-langkah dan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan
dan diambil perhatian
yang serius ialah:
1. Bantuan Kerajaan Dari Segi Modal Fizikal Dan Modal Kewangan.
Ini kerana majoriti pengusaha keropok tempatan merupakan pengusaha
Bumiputera
yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan dan tidak
mempunyai modal wang
yang mencukupi untuk mengembangkan perusahaan mereka.
Kerajaan boleh membantu pengusaha ini dalam meningkatkan
pengeluaran
keropok mereka melalui pemberian insentif tertentu seperti
peralatan
membuat/memproses keropok yang lebih moden.
2. Sistem Pemastian Kualiti Dalam Pengendalian Pemprosesan Dan
Penyediaan Keropok.
Kebersihan dan sanitasi adalah aspek penting dalam penyediaan
makanan bagi
menentukan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Penyediaan
makanan dalam
keadaan yang tidak bersih boleh menimbulkan berbagai masalah
seperti keracunan
makanan. Walaupun industri keropok ini diusahakan secara
kecil-kecilan oleh
pengusaha tempatan, sewajarnya pengetahuan tentang kebersihan
dan sanitasi tidak
boleh dianggap ringan. Oleh itu semua yang terlibat dalam
pemprosesan dan
penyediaan keropok ini perlu didedahkan dengan maklumat
berkaitan dengan
kebersihan dan sanitasi agar keropok yang dihasilkan adalah
bersih dan selamat
daripada pencemaran.
CADANGAN
-
21
3. Penerapan Sistem HACCP Dalam Industi Keropok HACCP atau
Hazard Analysis and Critical Control Point diistilahkan sebagai
bahaya titik kawalan genting dalam pemprosesan makanan. Titik
kawalan genting
ialah bahan, tempat, amalan atau proses jika tidak dikawal dan
diawasi dengan betul
akan membawa kepada pencemaran makanan. Sistem ini mengenalpasti
punca
bahaya makanan dan mengadakan sistem pengawasan. Ia juga
menumpukan langkah-
langkah pencegahan dalam setiap pemprosesan makanan dan bukannya
analisis pada
produk akhir. Dengan sistem HACCP ini akan dapat menambahkan
lagi keyakinan
pengguna terhadap keropok tempatan. Sehingga kini, Kementerian
Kesihatan
Malaysia sedang dalam usaha mewajibkan penerapan sistem HACCP
dalam industri
makanan.
4. Pembungkusan Dan Perlabelan. Jika diperhatikan, aspek ini
kurang diambil berat oleh pengusaha keropok tempatan
sedangkan ianya penting dalam pemasaran keropok. Sewajarnya,
elemen ini diambil
perhatian yang serius kerana ia merupakan salah satu apek
penting dalam kawalan
mutu makanan. Penggunaan bahan pembungkusan yang sesuai dapat
menentukan
jangkamasa hayat produk dan penerimaan produk di pasaran.
Rekabentuk
pembungkusan dan label yang menarik serta mudah dikendalikan
akan dapat
meningkatkan penjualan dan mutu keropok yang dibungkus.
5. Promosi Bagi mengembangkan dan meningkatkan lagi pengeluaran
keropok tempatan,
sewajarnya dilaksanakan promosi besar-besaran untuk
memperkenalkan keropok
sebagai salah satu makanan tradisional tempatan bukan sahaja
kepada penduduk
tempatan malah pelancong asing.
-
22
Perkembangan ekonomi, proses perbandaran dan saingan pulangan
pelaburan daripada
aktiviti-aktiviti lain memberi cabaran hebat kepada sektor
pertanian di Malaysia. Oleh
itu, perlunya kepada perubahan-perubahan yang agresif dan
dinamik bagi menjadikan
sektor pertanian lebih mantap, cekap dan berdaya saing yang
tinggi dengan sektor
perindustrian dan sektor-sektor lain.
Ikan dan produk berasakan perikanan diketahui umum menjadi salah
satu menu makanan
utama penduduk di negara ini. Tambahan pula ia merupakan sumber
protein penting dan
mudah diperolehi.
Oleh itu adalah dijangkakan bahawa produk perikanan ini akan
memberikan impak yang
besar dalam sektor pertanian secara amnya dan seterusnya akan
meningkatkan
permintaan terhadap produk ini secara khususnya. Ia
merangkumi:
! Makanan kesihatan
! Makanan selamat
! Makanan berkualiti
! Persembahan menarik (termasuk pembungkusan)
! Makanan mudah peroleh (convenience food)
! Makanan segera/sedia masak
! Harga berpatutan
Maklumat-maklumat berkaitan pengeluaran dan pemasaran keropok di
Malaysia telah
berjaya dikumpulkan melalui kajian ini. Selain itu, maklumat
mengenai masalah yang
dihadapi oleh pengusaha serta citarasa pengguna terhadap keropok
turut diperolehi.
Industri keropok adalah satu industri produk tempatan yang
berpotensi besar untuk
dimajukan. Sewajarnya industri ini dikembangkan dan
diperkenalkan bukan sahaja
KESIMPULAN
-
23
kepada penduduk tempatan malah kepada pelancong asing juga.
Namun begitu,
pengeluaran keropok perlu ditingkatkan dengan mengatasi
masalah-masalah yang wujud
dalam industri ini.
Data kuantiti pengeluaran keropok yang diperolehi semasa kajian
ini dijalankan
memperlihatkan bahawa potensi pasaran keropok adalah baik dan
mampu dikembangkan
lagi. Walaubagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi oleh
pengusaha keropok perlu
ditangani dengan sewajarnya agar industri ini dapat berkembang
dengan lebih pesat.
Penglibatan kerajaan amat dan masih diperlukan jika pasaran
keropok tempatan ingin
diperluaskan.
INDUSTRI/PENGELUARJenisJenis