BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan. Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang harus di pelajari oleh semua murid sama ada di sekolah kebangsaan ataupun jenis kebangsaan. Tujuannya agar dapat memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar dan bahasa rasmi negara. Namun begitu dalam memartabatkan bahasa ini, masih ada lagi murid-murid dan pelajar-pelajar yang buta huruf dan masalah keciciran menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa selain 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang
berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan. Mata pelajaran Bahasa
Melayu merupakan mata pelajaran teras yang harus di pelajari oleh semua murid sama
ada di sekolah kebangsaan ataupun jenis kebangsaan. Tujuannya agar dapat
memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar dan bahasa rasmi
negara. Namun begitu dalam memartabatkan bahasa ini, masih ada lagi murid-murid dan
pelajar-pelajar yang buta huruf dan masalah keciciran menguasai kemahiran membaca.
Kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran
bahasa selain kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di
sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa. Kemahiran
membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan
komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.
1
Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama
pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh
berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak–kanak tidak boleh membaca
secara semula jadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun
dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran
peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran
membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai
kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh
membaca dan menulis dengan lancar dan baik.
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari tahun satu.
Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika
ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-
murid yang lain di dalam kelas biasa. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera
bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke
semasa. Salah satu langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian
yang tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian
murid-murid. Ujian diagnostik adalah satu ujian yang boleh digunakan untuk menyaring
murid-murid tersebut.
2
1.2 Latar belakang kajian
Masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang sering kali dihadapi oleh guru-
guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Masalah ini juga
merupakan akar umbi bagi permasalahan yang berlaku di peringkat negara di mana
masalah keciciran pembelajaran ini sekiranya dibiarkan berterusan akan menyebabkan
kepada masalah sosial yang lain.
Senario semasa inilah yang melanda murid-murid dan juga remaja-remaja sekolah pada
masa kini. Kita dapat perhatikan masalah disiplin murid-murid sama ada di sekolah
rendah atau pun disekolah menengah semuanya adalah terdiri daripada murid-murid yang
mengalami masalah pembelajaran sama ada mereka tidak berminat terhadap pelajaran
tersebut kerana tidak faham atau mereka memang tidak berminat untuk ke sekolah lagi.
Masalah tidak tahu membaca merupakan masalah yang utama bagi murid-murid yang
mengalami masalah pembelajaran ini. Hal ini kerana membaca merupakan kunci
kejayaan bagi seseorang murid dalam proses pembelajaran. Membaca bermula daripada
mengenal, mengecam, menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca
perkataan,ayat seterusnya petikan ataupun karangan. Sebenarnya apa yang berlaku
kepada murid-murid ataupun pelajar ini adalah disebabkan beberapa faktor yang mana
pihak tertentu sering menyalahkan atau menuding jari kepada pihak yang lain atas
kegagalan mereka ini.
Menurut tinjauan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2006,peratus
celik huruf pelajar umur 5-9 tahun telah merosot. Tahun 1996 kadar literasi 79%
3
sementara 2006, merosot kepada 75% sahaja. Rentetan dari tinjauan dan kajian yang
dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Program KIA2M dan LINUS
diwujudkan. Bagi memperkasakan sekolah kebangsaan. Satu ketetapan telah dibuat
supaya masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis ditangani
dengan segera.
Daripada pemerhatian pengkaji saban tahun, terdapat segelintir murid-murid yang
ketinggalan pelajaran atau tidak dapat mengikuti pembelajaran yang sedia ada sedangkan
sepatutnya mereka ini seharusnya menguasai kemahiran asas sepert membaca, menulis
dan mengira. Banyak faktor yang menyebabkan kemahiran membaca ini tidak dapat
dikuasai oleh murid-murid. Antaranya masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak
secara semula jadi yang mana mereka mempunyai alat artikulasi yang tidak berfungsi
dengan baik. Selain itu faktor fizikal murid dan persekitaran banyak menjadi
penyumbang kepada masalah ini.
Sekolah pengkaji mempunyai murid tahun 1 seramai 100 orang dan terdapat 5 kelas yang
digunakan. Berdasarkan saringan pertama program LINUS jumlah mereka yang tidak
mengenal huruf dan membunyikan sukukata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK mencecah
50% murid keseluruhannya. Ini amat membimbangkan pihak sekolah kerana jumlah
murid ini dikatakan agak ramai berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain.
4
1.3 Penyataan masalah
Kegagalan membaca membawa kepada masalah keciciran murid dalam kelas
(Wikipedia Bahasa Melayu:2000) Ia juga menyumbang kepada kesahan kajian
masyarakat Malaysia yang kurang membaca. Dua helai muka surat setahun adalah
benar (UNESCO:1999). Kaedah membaca yang digunakan oleh guru memerlukan
suatu bentuk pengajaran khas (berbeza daripada kaedah biasa) kerana murid LINUS
adalah murid istimewa yang gagal belajar membaca mengikut kaedah pengajaran murid
normal.
Mulai tahun 2006, semua pihak dalam Kementerian Pelajaran telah digerakkan bagi
membasmi masalah buta huruf dalam kalangan pelajar. Bagi merealisasikan tujuan ini,
KPM telah bertindak dengan menubuhkan program Kelas Intervensi Awal Membaca
dan Menulis (KIA2M). Justeru, melalui program tersebut, semua sekolah telah digesa
mengambil langkah serius bagi menangani masalah murid gagal membaca.
Berdasarkan isu dan fenomena tersebut maka pengkaji merasakan suatu kajian yang
lebih mendalam tentang kegagalan murid Tahun 1 membaca dan menulis serta
membantu guru melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih efektif. Kini, bagi
memantapkan program sedia ada LINUS diperkenalkan dan perlu dijalankan untuk
murid-murid Tahun 1 mulai 2010.
Kajian yang dijalankan adalah bagaimana untuk membantu murid-murid tahun 1 yang
lemah dan lambat ini menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan
menggunakan teknik latih tubi. Murid-murid yang dipilih ini ialah murid-murid yang
tidak lulus ujian pra ataupun ujian saringan yang dijalankan oleh pihak guru.
5
Pemerhatian yang khusus harus diberikan oleh pengkaji terhadap responden yang
dipilih. Semoga maklumat yang dicatatkan adalah tepat dan boleh diterima pakai.
Namun sebelum itu haruslah diketahui sejauh mana pengetahuan sedia ada murid,
pengalaman dan pemahaman mereka tentang kemahiran membaca dan menulis yang
mereka kuasai. Dengan ujian ini kita akan dapat melihat akan kelemahan dan kesilapan
yang dilakukan oleh murid atau responden dan kita akan dapat memperbetulkan
kelemahan dan kesilapan tersebut lebih awal untuk mengatasi masalah pembelajaran
murid-murid ini.
Mengikut pemerhatian pengkaji serta temubual bersama guru-guru dan murid-murid
tahun 1, ada di antara mereka ini yang tidak mengikuti kelas prasekolah semasa
mereka berumur 6 tahun dan mereka ini tidak dapat menyebut abjad-abjad yang
diberikan oleh guru semasa di dalam kelas . Hal ini amat menyukarkan guru-guru
apabila mengajar mereka selepas tamatnya program transisi yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Sepatutnya murid-murid ini telah didedahkan terlebih dahulu dengan abjad,
suku kata dan juga perkataan yang sering diucapkan oleh ibu bapa di rumah sebagai
langkah awal sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenarnya. Maka dengan itu
ada juga di antara murid-murid ini tidak dapat membunyikan suku kata yang diberikan.
Sekiranya masalah keciciran ini tidak dibendung dari awal, masalah ini akan berlarutan
sehinggalah murid tersebut menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kegagalan murid
ini menguasai kemahiran membaca dan menulis akan menyebabkan mereka lambat
untuk mengikuti pelajaran dan ketinggalan berbanding dengan murid-murid yang lain.
Akhirnya murid-murid ini akan dihantar oleh guru ke kelas pemulihan untuk
6
pembelajaran seterusnya. Sehubungan dengan itu langkah-langkah awal proaktif
haruslah dijalankan bagi memastikan murid ini tidak tergolong dalam kategori murid
masalah pembelajaran.
1.4 Kerangka konsep
Dalam kerangka konsep ini, kita dapat melihat bagaimana hubungan di antara ujian pra
dengan latih tubi menggunakan kad suku kata ini dapat membantu murid-murid tahun 1
yang lambat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis ini bergerak seiring
dengan rakan kelas yang lain. Pengkaji akan menggunakan kad suku kata,gambar,kad
imbasan dan juga benda maujud sebagai bahan untuk menjalankan aktiviti latih tubi.
Berdasarkan bahan bantuan mengajar ini pengkaji melakukan aktiviti latih tubi.
Dapatan kajian awal diperoleh daripada ujian pra iaitu ujian saringan LINUS. Populasi
Ujian LINUS melibatkan 102 orang murid tahun 1. Ujian saringan pertama dibuat
kepada 102 orang murid Tahun Satu yang belajar daripada 5 kelas. Seramai 50 orang
murid yang melepasi arus perdana mana kala selebihnya ialah murid LINUS. Pengkaji
memilih sampel sebenar ujian seramai 11 orang iaitu daripada kelas pengkaji sendiri.
Setelah data diperoleh murid-murid yang tidak melepasi tahap akan diambil sebagai
menjalani latih tubi khas kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis selepas ujian LINUS dijalankan. Latih tubi dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia iaitu 6 kali seminggu. Pada masa yang
sama murid-murid dimantapkan dengan kemahiran mengenal,mengecam, menyebut
7
dan menulis huruf. Setelah lebih kurang 3 minggu ujian pasca diadakan untuk menguji
keupayaan murid yang dikaji.
Rajah 1.1: Kerangka Konsep kajian
1.5 Objektif dan soalan kajian
Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti keupayaan murid-murid mengenal huruf
vokal dan juga huruf konsonan dengan betul tanpa bantuan guru. Murid-murid juga
diharap dapat membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Setelah mengenal dan
membunyikan suku kata diharap murid dapat membunyikan perkataan berdasarkan
gambar yang diberikan. Dengan kata lain kajian ini dijalankan bagi melihat penguasaan
murid terhadap kemahiran membaca mereka.
8
Ujian
Pra
Pengajaran
Dan
Pembelajaran
Aktiviti
-baca
-tulis
Ujian
pasca
Latih tubi
-kad suku kata
-kad
perkataan
-kad imbasan
6 kali
semingg
u
Soalan kajian
i) Adakah murid dapat membaca suku kata terbuka vokal (KV)?
ii) Adakah murid dapat menulis suku kata terbuka vokal (KV)?
iii) Adakah perbezaan membaca dan menulis suku kata terbuka (KV)?
iv) Adakah murid dapat membaca suku kata terbuka vokal (KVKV)?
v) Adakah murid dapat menulis suku kata terbuka vokal (KVKV)?
vi) Adakah perbezaan membaca dan menulis suku kata terbuka (KVKV)?
vii) Perbandingan pencapaian murid dengan teknik latih tubi.
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa
Melayu di sekolah rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak pentadbir sekolah
menggariskan kriteria tertentu sebelum menyusun dan menentukan guru-guru mata
pelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu
Kajian ini juga mempunyai hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan
persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-
kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca
walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang
9
mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang
mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan,
Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh
mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja
dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang
berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya
mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta
meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu ibu bapa untuk menilai kesediaan diri anak-anak meraka sebelum masuk
belajar ke tahun satu. Ibu bapa juga dapat memberi motivasi dan galakan kepada anak-
anak.
Selain itu, guru-guru juga diharap dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid-murid mereka. Aspek-aspek kekuatan dan kelemahan ini diharap
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih baik. Guru-guru diharap dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran, objektif dan isi pelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan murid-
murid tahun satu.
Kajian yang akan dijalankan ini dapat mencapai objektif seperti mana yang dikehendaki
kerana membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata
pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu.
10
1.7 Batasan kajian
Kajian ini dibataskan kepada 11 orang murid tahun 1 Bestari di salah sebuah sekolah di
Zon Pudu, Kuala Lumpur. Batasan kajian ini hanya murid yang tersenarai di dalam
kelas 1 Bestari sahaja. Murid tersebut terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang
murid perempuan. Kajian ini hanya dilakukan terhadap murid yang tidak lulus dalam
ujian saringan pertama LINUS. Ujian saringan pertama LINUS telah dijalankan oleh
pihak sekolah pada 5 April 2010. Ujian ini diduduki oleh semua murid tahun Satu.
Skala markah untuk lulus telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kajian ini terbatas dengan menggunakan ujian baca dan tulis yang ditetapkan sahaja.
1.8 Definisi Operasional
Bahagian ini akan menerangkan beberapa definisi penting tentang kemahiran
membaca,menulis, latih tubi dan suku kata.
1.8.1 Membaca
Membaca adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-
lambang bercetak atau bertulis, Harris dan Sipay (1980). Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan, menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).
11
Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran
membaca adalah satu proses yang kompleks. Membaca adalah satu keupayaan untuk
membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan
adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik.
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1991), membaca bermaksud memerhatikan isi
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Steinberg (1982) pula mengatakan membaca adalah satu bentuk
komunikasi dan tujuannya adalah untuk menerima maklumat melalui bentuk-bentuk
tertulis.Smith (1971) pula menyatakan bahawa membaca adalah proses psikolinguistik
yang berlaku apabila seseorang membentuk semula dalam pemikirannya (dengan
sebaik mungkin) erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan
yang kemudian dibaca oleh pembaca tadi. Menurut Goodman (1973) pula membaca
adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan
yang terdapat di dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan
pengamatan yang dilakukan.
Melalui huraian di atas menunjukkan bahawa membaca bukanlah hanya merupakan
proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-mata. Membaca
merupakan proses yang saling bertimbal balik antara tulisan huruf dan seterusnya
proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan yang telah di
terjemahkan tadi. Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah tetapi
melibatkan satu siri proses yang kompleks (Zulkifley Hamid, 2006)
12
1.8.2 Menulis
Menulis adalah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Tulisan berperanan sebagai asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Melalui tulisan
kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat
komunikasi dalam kelompok masyarakat. Selain itu menulis juga dapat menyemai,
mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi
kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian
daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Kemahiran Menulis terbahagi kepada
tiga peringkat.
Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di
atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
13
tersebut. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,
tangan,jari serta kordinasi mata tangan.
Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan
boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan.
Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran
bergaris kecil atau sempit.
1.8.3 Latih tubi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony mendefinisikan
teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang
mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. Manakala mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
14
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran di samping
menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan
mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta
tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu.
1.8.4 Suku kata
Suku kata pula adalah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata
ditandai oleh satu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan
konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang
berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata
tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.
15
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Terdapat beberapa tinjauan literatur yang telah dilakukan oleh para penyelidik
terdahulu mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca
ini. Permasalahan yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir sama seperti mana
yang hendak dijalankan, cuma bahan kajian sahaja dan reka bentuk kajian yang
berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan dapat membantu guru-guru serta murid-
murid menangani masalah pembelajaran yang sering mereka hadapi.
2.2 Kajian membaca
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Roziah bt Abd Hamid ( 2005 ) dari Sekolah
Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang Darul Makmur dalam Kajian Meningkatkan
Kemahirtan Membaca Murid-murid tahun 1 menggunakan kaedah latih tubi
menyatakan kebanyakan murid-murid ini tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK
atau KV + KVKK yang terdapat di dalam cerita pendek. Keadaan ini menunjukkan
tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan mengeja adalah sangat
lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di dalam petikan
dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
16
Mazni bt Othman ( 2007 ) dari Sekolah Kayan, Setiawan, Perak dalam
penyelidikannya yang bertajuk Program Peningkatan Kemahiran Membaca
menyatakan bahawa masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses
membaca mudah atau asas khususnya bagi perkataan dalam lingkungan
KV+KV,KV+KVK,VK+VK. Kesukaran mengikut tertib dan faktor penggunaan
instrumen dan murid mempengaruhi kadar membaca murid. Menurut Aspalaila Ramli
dan Maslinda Mahmud dari SK Sawah Dato’ Mersing , Johor Darul Takzim( 2006 )
dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat
yang mengandungi gabungan dua suku kata menyatakan bahawa punca murid tidak
dapat menguasai kemahiran ini kerana aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
biasa yang terlalu tinggi, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai
berbanding dengan kebolehan dan keupayaan murid ini.
2.3 Kajian Membaca Dalam Negara
Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit
demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid
untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan
kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca
pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan,