MENGATASI KELEMAHAN MEMBACA PERKATAAN YANG MELIBATKAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING MELALUI LAGU Oleh Maimon bt Abdul Latif SK Sultan Omar 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 1
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 1/30
MENGATASI KELEMAHAN
MEMBACA PERKATAAN YANG MELIBATKAN
DIFTONG DAN VOKAL
BERGANDING MELALUI LAGU
Oleh
Maimon bt Abdul Latif
SK Sultan Omar
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
1
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 2/30
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran
penggunaan menyebut dan membaca perkataan diftong atau vokal berganding bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Gigih. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini.
Saya fokuskan kepada penggunaan menyebut dan membaca perkataan diftong atau vokal
berganding. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang
mahir dalam kemahiran ini.. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik lagu untuk mensifarkan
kesalahan murid dalam kemahiran bacaan. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menyebut dan membaca diftong semakin
memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih
positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ISI KANDUNGAN
2
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 3/30
Kandungan …………………
Penghargaan …………………
Abstrak …………………
1. Pendahuluan
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran …………………
1.2 Sorotan Literatur ………………….
2. Fokus Kajian
2.1 Tinjauan Masalah …………………
2.2 Analisa Tinjauan Masalah ………………...
3. Tujuan Kajian
3.1 Objektif Umun ……………….
3.2 Objektif Khusus ………………
4. Kumpulan sasaran ………………
5. Perancangan Pelaksanaan Kajian
5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan ……………..
5.2 Cara Pengumpul Data ……………..
5.3 Cara Analisis Data ……………..
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan ……………..
6. Bibliografi
7. Lampiran
3
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 4/30
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan
dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Pendidikan Daerah Dungun
kerana telah memberi imput yang amat berguna dalam Kajian Tindakan
yang telah saya jalankan pada Mata pelajaran BMM 3113
Encik Shahrin bin Sulong
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun
Encik Mohd Nor Bin Chik
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Omar
1.0 PENDAHULUAN
4
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 5/30
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Pada tahun ini merupakan tahun kedua saya mengajar semula mata pelajaran Bahasa
Melayu selepas saya menyambung pelajaran dalam program PGSR yang dikendalikan oleh
Kementerian Pendidikan. Saya memohon dengan pihak pengurusan sekolah agar ilmu yang
saya perolehi sewaktu belajar dapat diaplikasikan kepada murid saya dan tidak tinggal begitu
sahaja.Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 2 Gigih iaitu kelas
yang keempat dari lima kelas di sekolah kebangsaan Sultan Omar sama seperti tahun lepas .
Perbezaan yang ketara pada tahun 2011 perubahan sukatan menggunakan kurikulum KBSR
tetapi pada tahun ini merupakan tahun kedua KSSR diperkenalkan.Hati saya terasa amat
terkilan dan tersentuh dengan keupayaan murid pada tahun ini tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dan menyebut khususnya pada perkataaan diftong atau vokal
berganding. Saya merenung kembali di manakah silapnya dan mengapakah keadaan ini
berlaku .
Walaupun pada tahun lalu, saya ditugaskan untuk mengajar kelas yang sama dan
jumlah keramaian yang sama , namun keupayaan dan kebolehan mereka amat ketara
berbanding tahun lepas. Masalah disiplin dan tidak berapa berminat terhadap pengajaran yang
disampaikan. Saya mula tertanya adakah perubahan sukatan dari KBSR kepada KSSR
merendahkan keupayaan murid dalam kemahiran ini atau saya sendiri yang tidak mahir
memikat minat murid menguasai kemahiran ini? Kelemahan murid menguasai kemahiran
menyebut suku kata yang mempunyai kata vokal berganding atau diftong vv (ai, oi dan ou )
paling ketara terutama kepada sepuluh orang murid dalam kelas tersebut dan dapat dilihat
5
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 6/30
pada awal pembelajaran kerana kemahiran ini mula diajar pada unit pertama dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua.
Di peringkat awal sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas 2 Gigih, saya berasa
sedih dan kecewa kerana sepuluh dari murid dalam kelas ini tidak menunjukkan respon
kepada pengajaran yang disampaikan. Situasi yang berlaku pada murid saya mungkin kaedah
pengajaran yang disampaikan tidak menarik dan menyeronokkan. Sering kedengaran dan
bertanyakan ….. lambat lagikah rehat atau waktu pulang….Kebosanan dan sikap sambil lewa
dalam masa belajar.Bagi murid tahun dua , kemahiran unit yang pertama dikehendaki
berbual,membaca dan menulis dan membina ayat menggunakan perkataan yang
mengandungi diftong. Bagi sepuluh orang murid tersebut, mereka betul –betul mengajar aku
supaya lebih menginsafi bahawa tidak semua murid mempunyai keinginan dan keupayaan
yang sama. Saya amat kesal dan tidak berpuas hati kerana tidak memberi tunjuk ajar yang
betul dan sempurna kepada anak didik saya. Setelah dikenal pasti beberapa kelemahan dan
kekurangan pada diri mereka, barulah saya menyedari bahawa tujuh dari murid tersebut
mempunyai masalah dalam keluarga . Kerap tidak hadir ke sekolah, sering mengatuk ketika di
dalam kelas, sering kali keluar ke tandas dan selalu menganggu rakan ketika guru tiada di
dalam kelas. Seorang mempunyai kecacatan fizikal dan dua daripadanya bersifat pendiam
serta tidak mahu bercakap.
Hampir 14 tahun saya tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu setelah diarahkan
untuk mengajar mata pelajaran sains tahun enam. Walaubagaimanapun, saya berpengalaman
selama 7 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini
saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid
6
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 7/30
tahun 1 iaitu KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1984 hinggalah 2011 KSSR ditukar
menggantikan KBSR pada zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap
kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai
dengan penggunaan diftong atau vokal berganding khususnya murid tahap 1.
Persoalannya adakah masalah ini akan berterusan seandainya saya sendiri mengambil
sikap membiarkan sahaja keadaan ini berlaku. Rasa sedih, keliru dan kesal mengingat yang
murid saya tidak dapat menguasai kemahiran seperti mengecam, menyebut, membaca dan
menulis perkataan serta ayat mudah yang merupakan asas untuk kemahiran Bahasa Melayu .
Membaca tidak lancar dan masih lagi tergapap-gagap untuk menyebut sesuatu perkataan.
Suasana kelas sunyi seolah – olah tiada penghuni ketika sesi pertanyaan. Apabila saya
bertanyakan kepada mereka ….. tiada jawapan yang diterima kecuali pada murid yang pandai
mencelah …… dia memang gitu cikgu , dari tahun satu lagi kerap tidak hadir ke
sekolah..malas dan sebagainya.
Setelah menyedari situasi tersebut , saya mula berbincang dengan rakan-rakan yang
mengajar mereka pada tahun satu. Ada guru yang menyatakan murid ini memang bermasalah
dan lambat menyiapkan kerja. Ada yang suka menyalin tetapi tidak suka membaca. Selain
dari menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka (kv+kv) atau suku kata tertutup,
kelemahan yang sering dihadapi ialah menyebut diftong atau vokal berganding. Kegagalan
murid menguasai kemahiran ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak
dapat membaca dengan lancar.
Kelemahan ini semakin bertambah apabila tiada kesinambungan di rumah ,tambahan
pula cuti akhir tahun telah membuatkan mereka terus lupa kepada pelajaran yang diajar pada
7
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 8/30
tahun satu. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kemahiran membaca adalah
penting dalam semua mata pelajaran.Jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam
subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 1 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran membaca dengan
intonasi yang betul dan jelas.
Saya rasa terpanggil untuk mengubah situasi ini. Saya mesti mencari idea lain atau
perlu merujuk beberapa buah buku ilmiah,teori – teori pembelajaran yang saya belajar atau
hasil kajian tindakan yang telah dilakukan sebelum ini. saya berjanji kepada diri saya sendiri
berusaha dan berazam dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan pada diri
saya bagi mempertingkatkan pembelajaran anak didik saya. Saya mula memperkenalkan satu
pendekatan yang berkesan untuk membimbing mereka menguasai kemahiran
membaca.Perubahan yang ditunjukkan oleh murid dapat membantu mereka menguasai
kemahiran membaca dan seterusnya mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran
bahasa Melayu pada akhir tahun nanti.
8
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 9/30
1.2 Sorotan Literatur
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan lagu ( didik hibur ) dalam menyebut dan membaca perkataan vokal
berganding dan diftong. Didik Hibur merupakan satu kemahiran baru yang diperkenalkan
dalam Bahasa Melayu KSSR sekolah rendah. Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan
cara atau kaedah yang akan digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2 Gigih.. Kaedah ini juga telah diguna pakai untuk mata pelajaran matematik dan
hasilnya amat memberansangkan.
Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik . muzik adalah sebahagian daripada alam
kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya. (Kementerian Pendidikan
Malaysia,1983).
Abdullah al – Amin al Na’miy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibu
Khaldum telah mengistiharkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu , dan menekankan
bahawa muzik dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan
dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.
Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988) , menyanyi adalah aktiviti yang
berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah
sebagai satu kegiatan lisan yang menarik dan menyeronokkan. Kanak – kanak suka menyanyi
dan bagi kanak – kanak yang masih belajar , menganggap menyanyi lebih sebagi satu bentuk
bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.
9
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 10/30
Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid , menyanyi merupakan satu kegiatan
yang dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu
sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama
serta disampaikan mengikut tekanan,intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan seni
kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai
beberapa tujuan antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan
sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa.
Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah.
Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak – kanak. Ia amat berguna dan
boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,intonasi, rima dan
tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga boleh membantu menyumbang kea rah bentuk
pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne hafizah (2009) hasil
dapatan terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati
bahawa aktiviti nyanyian ini dapat meransang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa
Arab. Secara tidak langsung , telah Berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab
melalui kaedah nyanyian.
Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “ Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” Ayat al- Quran ini sesuai dengan
proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan
kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi , bagi mengingat dan menghafal sesuatu perkara ,
seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.
10
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 11/30
Dalam model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah mazhab humanis
yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi dan
perasaannya serta setiap individu mempunyai cara yang berbeza. Dalam proses mengingat ,
emosi memainkan perana yang penting. Emosi mempengaruhi keupayaan seseorang itu
mengingat dan menghafal fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan emosi, maka proses
menghafal dan mengingat akan terjejas.
Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas
dan perlu dirangsang serta dibimbing kea rah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran
yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat,
soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang digunakan
untuk membangkitkan dan kegiatan belajar.
Menurut pandangan Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik
atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama.
Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada
pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-
kejadian yang penting, aktiviti –aktiviti harian tidak dapat dilaksanakan dengan baik,teratur
atau sistematik. Jika seseorang itu lupa ingatan , sudah tentu dia tidak boleh bercakap,
membaca, mengenal benda atau rakan – rakannya yang lain.
Bagi penadapat yang dikemukakan oleh Hanafi Ismail dan sadali Othman ( 2001 ) faktor yang
mempengaruhi daya ingatan seseorang ialahsikap murid itu sendiri. Selain itu juga, teknik
mengingat dan bahan yang ada. Bahan pembelajaran yang hendak diingat hendaklah dalam
11
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 12/30
bentuk yang padat,ringkas, mudah dibaca dan difahami serta dapat menarik minat murid yang
terlibat.
Menyanyi dapat meningkatkan kecekapan seseorang dalam mengingat. Ini dibuktikan
dengan penemuan formula mengira sambil menyanyi `KASDIM' oleh Ahsahri Kasdi, 32,
guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor yang
dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2000.
Penggunaan nyanyian/ karaoke ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar untuk
belajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ia
juga akan menarik minat pelajar untuk belajar melalui teknik ini.
Pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang berstruktur dan sistematik,
iaitu ahli-ahli dalam sebuah kumpulan kecil sahaja bekerja bersama-sama untuk mencapai
suatu matlamat yang sama.
Dalam pembelajaran koperatif, terdapat hubungan saling bergantungan yang positif pada
matlamat pelajar. Pelajar merasakan mereka boleh mencapai matlamat, jika hanya pelajar lain
dalam kumpulan mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan
bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan.
Pembelajaran koperatif dilakukan bertujuan untuk memastikan pelajar yang dilantik
sebagai ketua perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya untuk memastikan kejayaan
tugasan yang dihasilkan bersama ahli kumpulannya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menggalakkan pelajar menjadi seorang aktif, bekerjasama dan menghormati antara satu sama
12
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 13/30
lain. Menggalakkan pelajar untuk membantu setiap ahli kumpulan yang lemah iaitu dengan
cara memberikan tunjuk ajar kepada mereka.
Teori Pelaziman Operan ialah tingkahlaku secara tidak sengaja. Ia fokus kepada
pembelajaran di mana tingkah laku sengaja diperkukuh atau dilemahkan oleh konsekuen.
Hukum kesan Thorndike (Thorndike's Law of Effect) menyatakan bahawa sebarang
tindakan yang menghasilkan kesan yang memuaskan atau menyeronokkan mempunyai
kemungkinan yang besar akan diulang.
Monks (2000) - muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan
pencapaian mental dan pemikiran. (2002)- muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan
mengintegrasikan gaya pembelajaran.
Menurut Blair, Jones & Simpson (1991) - banyak kajian lepas telah dikendalikan
untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap
perkembangan mental pelajar.
Drosher (2006) - mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke
dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa
nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat
membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan .
(Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997).
Hansen & Bernstrof, 2002- Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor
pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran.
13
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 14/30
Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993)- mendapati wujudnya hubungan antara
pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.
Allen (2007) - kelemahan yang terdapat dalam penggunaan nyanyian / karaoke dalam
mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi
pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang
menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menurut Borich & Tombari (1997) - murid perlu memainkan peranan aktif dalam
memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid
memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat
terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian
kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah,
Mahani dan Ramlah, 2002).
Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu
pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba
dihuraikan.
14
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 15/30
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan masalah
Masalah yang sering dihadapi ialah bila membaca perkataan yang mempunyai diftong
dan vokal berganding. Mereka akan tergapai – gapai untuk menyebut perkataan tersebut.
Kajian kali ini memfokuskan masalah murid tahun 2 Gigih dalam menyebut dan membaca
perkataan yang mempunyai diftong seperti “ taun , landai, mulai, aising, gulai, tembikai, salai
”. Ini kerana deretan vokal menwujudkan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan.
Kegagalan murid menguasai kemahiran menyebut perkataan suku kata yang mempunyai
diftong mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan
lancar.
Untuk menjalankan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan beberapa instrumen
bagi mengenalpasti masalah. Saya menggunakan instrument analiss dokumen, pemerhatian
dan temubual.
2.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan suatu maklumat yang dilakukan dengan melihat atau
mendengar sesuatu peristiwa , kemudian hasil keputusan direkodkan di dalam bentuk yang
sesuai mengikut kehendak kajian. Saya membuat pemerhatian tidak berstruktur sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat
tingkah laku dan tindak balas murid terhadap pembelajaran.
15
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 16/30
2.1.2 Temu bual
Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat matlamat melalui berhubung secara
lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual. Saya
mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan jelas. Saya
juga telah membuat temu bual tidak berstruktur bersama guru Bahasa Melayu yang pernah
mengajar mereka pada tahun satu. Bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
tahap kecerdasan responden-responden.
Seramai 10 orang murid dari kelas 2 Gigih telah dipilih untuk ditemu bual berdasarkan
tingkah laku dan tindak balas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Tujuan utama temu bual dilakukan terhadap guru Bahasa Melayu yang mengajar
mereka dahulu ialah bagi mengenalpasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam kelas
tersebut. Murid yang terlibat adalah dari kelas yang berbeza pada tahun lepas. Mereka disusun
mengikut markah pencapaian akhir tahun. Manakala temu bual yang dilakukan terhadap
murid bertujuan untuk maklum balas daripada murid berkaitan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka.
2.1.3 Analisis Dokumen.
Lembaran kerja individu telah diedarkan kepada setiap murid bagi memberi pengukuhan
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelaran
berlangsung. Analisis lembaran kerja dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan murid dalam
penguasaan terhadap menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi diftong atau
16
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 17/30
vokal berganding. Lembaran kerja dibuat secara individu dan murid dilarang untuk
berbincang semasa mereka mendapatkan jawapan.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
2.2.1 Pemerhatian
Semasa pemerhatian dilaku ketika proses pengajaran dan pembelejaran berlansung, saya
mendapati terdapat beberapa orang murid menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak
memberi tumpuan dan hilang fokus dalam pembelajaran mereka. Semasa sesi latih tubi
menyebut perkataan diftong murid masih boleh mengikuti sesi pembelajaran tetapi apabila
sesi untuk membaca dan menulis semula perkataan tersebut , terdapat beberapa orang murid
yang hilang fokus. Apabila murid diminta untuk membaca ayat mudah dari perkataan
ini,mereka terkial-kial untuk menjawabnya dan yang selebihnya mendiamkan diri.
Jadual 1 di bawah menunjukkan peristiwa yang berlaku sepanjang lima minggu proses
pengajaran dan pembelajaran .
Jadual 1 : Jadual Pemerhatian Tidak berstruktur
Peristiwa catatan
_________________________________________________________________________
Guru memasuki kelas dan murid membaca doa
secara bersama-sama.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi
yang bersesuai dengan tajuk.
Guru menggunakan berbagai kaedah dengan berbantukan
Bahan bantu mengajar.
Murid diminta untuk menyebut perkataaan yang mengandungi diftong
dan vokal berganding yang ditulis oleh guru pada
papan gulung.
Soalan lisan diajukan kepada murid murid tertentu untuk
Menyebut perkataan yang dipilih secara rawak. Murid lupa
17
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 18/30
2.2.2 Temu bual
Temu bual ini dilakukan bersama beberapa orang guru yang pernah mengajar murid 2 Gigih
pada tahun satu dahulu. Seramai 10 orang murid dikenalpasti dengan masalah yang berbeza.
Temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap kecerdasan murid di
dalam kelas tersebut dan juga respon murid – murid terhadap pembelajaran. Rujuk dan
pembelajaran berlangsung. Berikut merupakan masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh
murid-murid.
Jadual 2 : Masalah Dihadapi Murid
Kod kuantiti
1. Susah untuk mengingat 10
2. Keliru dengan bunyi kv dan kvv 7
3. Tidak berminat untuk membaca 5
4. Sukar membatang suku kata dan menyebut 8
5. Bosan 5 _________________________________________________________________________
Masalah di atas merupakan masalah yang dihadapi oleh murid setelah sesi temubual
dilakukan terhadap 10 orang murid. Masalah utama yang dihadapi oleh mereka ialah susah
untuk mengingat semula perkataan – perkataan diftong dan vokal berganding. Ini disebabkan
oleh sifat malas dan tahap kecerdasan yang agak perlahan.selain itu , mereka keliru dengan
bunyi yang dipalukan dengan vokal dan konsonan. Terdapat dalam kalangan mereka yang
mencampur adukkan bunyi yang betul seperti “/ kua/la/ disebut / ku / a / la / ” dan / gu / lai /
atau /gu /la / i/.
Disamping itu juga , masalah yang timbul ialah murid – murid berasa bosan dengan
kemahiran yang melibatkan perkataan diftong dan vokal berganding.Terutama ketika guru
18
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 19/30
menggunakan kaedah tradisional , menyebabkan murid-murid berasa bosan semasa proses
pembelajaran berlaku. Dapatan dari analisis ini juga , masalah yang dihadapi murid – murid
tidak berminat belajar terlalu lama iaitu melibatkan 3 masa berterusan tanpa aktiviti yang
menarik.
2.2.3 Analisis Dokumen.
Lembaran kerja individu telah diedar kepada setiap murid bagi memberi pengukuhan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Analisis lembaran kerja dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan murid dalam penguasaan terhadap
membaca dan menyebut perkataan diftong. Lembaran kerja dibuat secara individu dan murid dilarang
untuk berbincang sesame mereka untuk mendapatkan jawapan.
Jadual 3: analisa Pemarkahan Lembaran kerja
Skala Markah Bilangan Murid
19
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 20/30
Daripada analisis pemarkahan dalam jadual 3, didapati seramai 10 orang murid mendapat
markah 10 dan ke bawah dan 18 orang mendapat markah 12 ke atas. Tiada seorang murid
pun mendapat markah penuh bagi set lembaran kerja yang dijawab oleh mereka.
Berdasarkan dapatan analisis markah individu ini, saya berpendapat bahawa perolehan
markah di bawah 10 ini memerlukan rawatan dan bimbingan bagi meningkatkan prestasi
dalam pembelajaran murid. Maka dengan itu , saya telah memilih seramai 10 orang murid ini
sebagai responden dalam sampel kajian tindakan saya.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan , pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif
berikut.
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membaca serta
meningkatkan markah dalam PLBS KSSR di dalam Bahasa Melayu Tahun 2 dan
peperiksaan akhir tahun 2012 bagi sekolah kebangsaan Sultan Omar.
3.2 Objektif khusus
Secara khususnya , kajian tindakan ini dapat:
3.2.1 Meningkatkan kemahiran mengujar dan menyebut perkataan yang
mengandungi diftong dengan intonasi yang betul dan tepat
3.2.2 Meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong
dengan sebutan yang betul dan tepat.
3.2.3 Menyenaraikan perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding dalam
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan tepat dan betul.
20
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 21/30
3.3 Soalan Kajian
Kajian ini akan menfokuskan kepada permasalah berikut:
3.3.1 Adakah murid dapat menyebut perkataan diftong dengan betul dan tepat ?
3.3.2 Adakah murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat ?
3.3.3 Adakah kaedah nyanyian ini dapat membangkitkan minat murid dalam
menguasai kemahiran membaca?
3.3.4 Sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat diaplikasikan dalam membina
ayat tunggal dan ayat majmuk?
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 10 orang iaitu 6 lelaki dan 4 perempuan. Sampel
ini merupakan murid tahun 2 Gigih di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar. Pemilihan sampel
ini berdasarkan tempat saya mengajar dan berdasarkan analisis dokumen yang telah dibuat
melalui lembaran kerja yang dilaksanakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas. Sampel yang dipilih ini mempunyai markah yang terendah dalam
lembaran kerja yang dilakukan oleh mereka. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap
kumpulan sasaran ini dengan melihat perbezaan min ujian pra dan ujian pos serta
mengenalpasti minat murid setelah aktiviti nyanyian dijalankan ke atas mereka.
21
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 22/30
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN.
5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan.
Saya akan mengaplikasikan model Kemmis dan Me Taggart dalam kajian tindakan ini.
Model ini mempunyai empat tahap kajian.
22
Reflesiksi
2. Merancang
4. memerhati
3. bertindak
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 23/30
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggars ( 1988 )
5.1.1 Refleksi
Saya mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kesukaran mengingat
bunyi yang berkaitan dengan diftong berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.
Murid sukar untuk mengingat kembali perkataan – perkataan tersebut apabila soalan lisan dan
bertulis diajukan kepada mereka. Di samping itu juga murid kurang berminat dalam
mengulangi atau latih tubi menyebut dan menghafal serta masih keliru yang sebutan yang
betul. Selepas itu saya, membuat tinjauan awal iaitu mengumpulkan fakta berdasarkan
pemerhatian, temubual dan lembaran kerja.
5.1.2 Merancang
Saya telah merancang tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang timbul
tersebut. Tujuan dan objektif utama perancangan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
menyebut dan membaca diftong secara betul mengikut intonasi dan senutan yang tepat.
Melalui masalah ini saya merancang untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah yang
timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian. Lirik lagu baru telah digubah mengikut
melodi lagu kanak-kanak.
5.1.3 Bertindak
Kaedah nyanyian ini telah diperkenalkan kepada responden seramai 10 orang dari kalangan
murid tahun 2 Gigih semasa proses rawatan berlangsung. Kaedah ini dilaksanakan bagi
mengatasi kelemahan kemahiran menyebut dan membatang suku kata yang mengandungi
diftong dan vokal berganding. Aktiviti –aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan yang
dirancang oleh saya. Saya hanya menggunakan sekali kitaran sahaja bagi kajian ini.
Pelaksanaan kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan Sultan Omar, Dungun selama
sebulan. Langkah – langkah kaedah nyanyian lagu baru ini telah diringkaskan dan terkandung
di dalam jadual 4.
23
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 24/30
Jadual 4 : Langkah – langkah pelaksanaan kaedah nyanyian lagu baru
Minggu Langkah Perkara __________________________________________________________________________________ Minggu Langkah 1 Saya memberi ransangan awal dengan memperdengar lagu ‘
1 burung kenek –kenek’ . murid diminta untk mendengar dengan teliti
lagu tersebut.
Langkah 2 saya memaparkan lirik lagu sebanyak 4 rangkap yang mengandungi
perkataan – perkataan diftong dan vokal berganding dengan
menggunakan papan gulung.
Langkah 3 Saya mengedarkan lirik lagu kepada murid . Saya akan menyanyi lagu
sambil diperhatikan oleh responden.
Langkah 4 Latih tubi menghafal lirik dan lagu. Murid akan dibimbing oleh saya
untuk menyanyi dan mengingati perkataan yang bergaris dan
berwarna biru.
Langkah 5 Murid menyanyi lagu secara berkumpulan berpandukan lirik. Saya
akan memerhati tingkah laku murid secara terkawal.
Minggu Langkah 1 Saya menyanyikan kembali nyanyian lagu baru kepada murid.
24
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 25/30
2
Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat dan mengingat lirik dan
menghafal.
Langkah 3 Saya akan membantu mengingatkan lirik lagu baru.
Minggu Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.
3
Langkah 2 Saya menunjukkan gaya semasa menyanyi lagu dan diikuti oleh
murid.
Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya secara kumpulan.
MingguLangkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara
4 terkawal
Langkah 2 murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara
berkumpulan.
Langkah 3 Setiap murid dihendaki menyanyi secara invidivu di hadapan guru
dengan mengingat lirik dan membuat gaya .
Langkah 4 Saya melaksana ujian lisan dengan meminta murid menyebut
perkataan diftong dan vokal berganding dari lirik lagu secara individu.
__________________________________________________________________________________
5.1.4 Memerhati
Semasa proses pelaksanaan berlangsung. Saya membuat pengawasan terhadap kajian
yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh saya direkodkan
bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.
5.2 Cara Mengumpul data
Instrument kajian yang digunakan ialah:
5.2.1 Ujian Pra dan Pos
Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, saya menjalankan ujian pra dan
pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden. Ujian ini telah
diagih oleh saya kepada seluruh murid tahun 2 Gigih untuk mengetahui pengetahuan
25
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 26/30
responden yang terlibat. Murid –murid dikehendaki untuk mengisi borang. Ujian pra yang
dirangka oleh saya ini mengandungi dua bentuk soalan iaitu soalan A dan soalan B.
Ujian pos pula dilaksanakan oleh saya selepas kajian dibuat. Ujian pos ini dijalankan
bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka
panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan. Ujian pos yang dibentuk ini sedikit
berbeza dengan ujian pra bagi memastikan keesahan ujian. Ujian pos ini mengandungi 3
bentuk soalan iaitu A,B dan C. Rujuk lampiran A untuk melihat soalan ujian pra dan pos.
5.2.2 Soal Selidik
Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang berjumlah 10 orang yang telah
dipilh oleh saya. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup telah saya aplikasikan.
Soal selidik berskala ini mempunyai dua pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK .
Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka. Responden perlu
memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka. Rujuk lampiran B
5.2.3 Pemerhatian
Menurut pendapat Muhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan
satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung.
Pemerhatian dilakukan dengan merekodkan butiran catatan melalui nota atau sebagainya
tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran da pembelajaran
berlangsung.
Pemerhatian dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur dan
pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah perhatian yang terdapat item –
item dikenalpasti terlebih dahulu. Manakala pemerhatian tidak berstruktur ialah pemerhatian
yang memerhati sesuatu keadaan secara menyeluruh tentang situasi yang berlaku. Saya telah
26
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 27/30
memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyedaiakan suatu
jadual pemerhatian tingkah laku dan lisan para responden. Rujukan lampiran 3 untuk jadual
senarai semak pemerhatian. Pemerhatian dibuat berdasarkan kepada 6 fokus yang hendak
diperhatikan. Di bawah dicatatkan butiran yang terkandung di dalam jadual 5
Jadual 5 : Fokus Pemerhatian Tingkah laku dan Lisan Responden
Kod Fokus Pemerhatian
1 Memberi perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
2 Melibatkan minta semasa menyanyi
3 Menunjukkan minat dengan kaedah nyanyian lagu “intai”
4 Berjaya mengingat lirik lagu “intai”
5 Dapat menyebut dan membatang suku kata digtong
6 Dapat membaca perkataan diftong dari lirik lagu yang dipaparkan
Saya telah membahagikan elemen kepada 6 fokus pemerhatian ini kepada dua aspek
iaitu pemerhatian tingkahlaku dan pemerhatian lisan yang dicatatkan di dalam jadual 6.
Jadual 6: Aspek Fokus Pemerhatian
Fokus Pemerhatian
Tingkah Laku Lisan
____________________________________________________________________________
Beri perhatian semasa proses pengajaran Berjaya mengingat liriknyanyian
Dan pembelajaran berlangsung. Lagi “intai”
Melibatkan diri ketika menyanyi Dapat menyebut danmembatang
Suku kata diftong
27
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 28/30
Menunjukkan minat dengan kaedah dapat mengingati liriklagu dan
membatang suku kata digtongdan vokal berganding
___________________________________________________________________________
28
5/14/2018 Kajian Along - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-along 29/30
Tajuk lagu : buai laju-laju
Buai laju-laju
Sampai pucuk rambai
Dengar kata cikgu
Kita jadi pandai
Buai laju-laju
Sampai hujung dawai
Dengar kata ibu
Belajar tidak cuai.
Buai laju-laju
Sampai pucuk ara
Dengar kata pak usu
29