Topik: Kotak Ajaib Saya
Kumpulan 6Topik: Mengenal komputerTahun: 1 Bijak Tempoh masa: 60
minit
SK TMK: 1.0
SP TMK: 1.1, 1.2, 1.3, 1.5, 1.6, 1.7Kreativiti : menyusun atur
peralatan asas komputer mengikut keperluan individu.Sumber :
Perkakasan dan peralatan asas komputer.Set Induksi
1. Guru menutup komputer dengan menggunakan kain hitam.2. Murid
meneka apa yang terdapat disebalik kain hitam tersebut (watak guru
seperti ahli silap mata untuk menarik minat murid)3. Guru membuka
dan menunjukkan komputer di sebalik kain tersebut
Aktiviti 1:1. Murid meneka bahagian komputer yang
ditunjukkan.
(terima semua jawapan yang diberi, untuk mengetahui pengetahuan
yang sedia ada)
2. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian komputer seperti
monitor, tetikus, papan kekunci, unit sistem, pemacu CD- ROM,
pemacu cakera liut, mikrofon dan pembesar suara dengan menggunakan
kad imbasan.3. Guru menerangkan fungsi setiap bahagian komputer.
Contoh: tetikus digunakan untuk mengawal penuding (pointer) di
skrin komputer.
Aktiviti 2:
1. Guru tunjuk langkah menghidupkan komputer dengan cara yang
betul.
2. Guru meminta : A) Murid menghidupkan suis pada palam.
B) Hidupkan suis monitor.
C) Hidupkan suis unit sistem.
D) Gambar akan terpapar di skrin.
Aktiviti 3:
1. Guru menunjukan cara memegang tetikus yang betul. ( Guru
mengingatkan murid menggunakan tetikus dengan cermat supaya tidak
rosak)
2. Guru menerangkan tetikus mempunyai dua butang, iaitu butang
kiri dan butang kanan.
3. Murid pegang dan gerakkan tetikus.4. Murid klik butang kiri
dan kemudian lepaskan.
5. Murid klik butang dua kali dengan cepat dan kemudian
lepaskan.(Guru membantu murid yang
mempunyai masalah)
Aktiviti 4:
1. Guru menerangkan langkah menutup komputer yang betul.
2. Guru menerang sambil meminta murid:
A) Klik start dengan menggunakan tetikus.
B) Pilih turn off.
C) Klik turn off pada menu turn off computer
D) Tunggu sehingga paparan di skrin monitor kosong.
E) Tekan butang tutup.
Aktiviti 5: 1. Guru memperkenalkan kedudukan kekunci abjad,
kekunci nombor dan kekunci arah.2. Murid mula menaip dengan
meletakkan lapan jari pada kekunci abjad A,S,D,F dan J,K,L,:.
3. Guru mengingatkan murid supaya gunakan jari yang betul pada
setiap kekunci.
4. Guru menggalakkan murid jangan melihat pada papan kekunci
ketika menaip.
Aktiviti 6:
1. Guru menerangkan perkara yang sepatutnya dilakukan ketika
menggunakan TMK.
2. Guru menerangkan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan
ketika menggunakan TMK.
Penutup:
1. Guru mengedarkan lampiran kerja.
2. Murid menjawab lampiran kerja 1.
Pentaksiran:
1. Lampiran Kerja 1
2. Aktiviti Pemulihan bagi murid yang tidak menguasai kemahiran
hari ini
3. Aktiviti Pengayaan bagi murid yang dapat menguasai kemahiran
hari ini.
Lampiran Kerja 1:
Contoh:
Labelkan bahagian-bahagian komputer dengan menggunakan kad
perkataan.
Aktiviti Pemulihan:
Suaikan gambar dengan perkataan.
1
2
3
4
5Aktiviti Pengayaan:
Nyatakan fungsi-fungsi bagi setiap bahagian komputer yang
ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan,
1.
2.
3
4.
5.
Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini
L
;
K
J
F
D
S
A
Jari telunjuk di sini
Monitor
Pembesar Suara
Tetikus
Papan Kekunci
Unit Sistem
Unit Sistem
Papan Kekunci
Tetikus
Pembesar Suara
Monitor
Unit Sistem
Papan Kekunci
Tetikus
Pembesar Suara
Monitor
1