Top Banner
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBELAJARAN KOLABORATIF THERMOCHEMISTRY KBSM MELALUI WEB SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURBIHA A. SHUKOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Dokt or Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 63, JALAN INDAH 4, PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI TAMAN INDAH, SUNGAI ABONG Nama Penyelia 84000, MUAR JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
23

JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

May 10, 2019

Download

Documents

haliem
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBELAJARAN KOLABORATIF THERMOCHEMISTRY KBSM MELALUI WEB

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NURBIHA A. SHUKOR (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 63, JALAN INDAH 4, PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI TAMAN INDAH, SUNGAI ABONG Nama Penyelia 84000, MUAR JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).

Tandatangan :

Nama Pelajar : PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI

Tarikh : 7 APRIL 2009

Page 3: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

PEMBELAJARAN KOLABORATIF THERMOCHEMISTRY KBSM MELALUI

WEB

NURBIHA A SHUKOR

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Pelajar : NURBIHA A SHUKOR

Tarikh : 7 APRIL 2009

Page 5: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

iii

..Buat Aminah Ma’arof..

Page 6: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu dan bapa, saudara, serta para pendidik yang

tidak jemu memberikan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

PM Mohamad Bilal Ali, Encik Juhazren Junaidi yang berada di perantauan, PM Dr

Zaidatun Tasir, serta semua pendidik yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung.

Penghargaan turut diberikan kepada sahabatku Nabila Ahmad. Terima kasih atas

semua masa dan tenaga yang dicurahkan untukku. Buat sahabat seperjuangan, serta

rakan-rakan yang lain, terima kasih di atas semangat yang diberikan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian. Semoga hasil projek ini dapat

membantu pembaca mendalami keperluan menghasilkan produk multimedia bagi

kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Sekian, terima kasih.

Page 7: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

v

ABSTRAK

Pembangunan laman web bagi tujuan pembelajaran semakin mendapat tempat

dalam dunia pendidikan. Pembelajaran melalui laman web menjadikan proses

pembelajaran aktif menjadi lebih relevan. Pembelajaran menggunakan pendekatan

kolaboratif merupakan salah satu bentuk pembelajaran aktif di mana pelajar bekerjasama

secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui

bersama. Pembelajaran kolaboratif secara tradisional menghadapi kekangan masa, dan

tempat. Maka, laman web ThermoCollaborate dibangunkan supaya pembelajaran secara

kolaboratif bagi tajuk Thermochemistry dapat melangkaui masalah kekangan masa dan

tempat berbanding pembelajaran kolaboratif secara tradisional. ThermoCollaborate

memberikan alternatif kepada pelajar untuk mempelajari tajuk ‘Thermochemistry’ dan

bertujuan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap tajuk ini melalui pembelajaran

kolaboratif yang lebih interaktif. Laman web ini dibangunkan menggunakan perisian

Adobe Dreamweaver 8 dan menggunakan pangkalan data MySQL. Model rekabentuk

pembangunan laman web ThermoCollaborate adalah mengikut model Hannafin dan

Peck.

Page 8: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

vi

ABSTRACT

Website development for learning purposes has been a great demand in the

education field. Active learning environment is made possible by learning through

websites. Collaborative learning is one of the kinds of active learning where students

work actively together in a group to accomplish the learning objectives that they have

agreed. Conventional collaborative learning is bound to time and place factor. Hence,

the ThermoCollaborate website was developed to enables learning Thermochemistry

over the time and place factor. ThermoCollaborate provides an alternative for the

students to learn the chapter Thermochemistry and is purposely designed to enhance the

students understanding regarding this chapter in a more interactive collaborative

learning environment. The website was developed with the use of the technology of

Adobe Dreamweaver 8 and MySQL databases. The design model being implemented is

the Hanafinn and Peck Model.

Page 9: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS PROJEK

KELULUSAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 Pendahuluan 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Rasional Projek 7

Page 10: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

viii

1.6 Kepentingan Projek 8

1.7 Skop dan Batasan Projek 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup 11

2 Sorotan Kajian 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembelajaran melalui Web 12

2.2.1 Pembelajaran Kimia berasaskan Web 14

2.3 Pembelajaran secara Kolaboratif 15

2.3.1 Pembelajaran Kimia secara Kolaboratif 18

2.3.2 Pembelajaran Kolaboratif berbantukan 19

Komputer

2.3.3 Pembelajaran secara Kolaboratif melalui 21

Laman Web

2.3.4 Elemen-elemen Pembelajaran secara 24

Kolaboratif melalui Laman Web

2.4 Penutup 26

3 Reka Bentuk Laman Web 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran dalam 28

Pembangunan Laman Web

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 29

3.2.1.1 Analisis Matlamat Pembangunan 30

Laman Web

3.2.1.2 Analisis Kandungan Pelajaran 30

3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran 31

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 31

Page 11: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

ix

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 31

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 32

3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 34

3.2.2.4 Carta Alir 35

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 37

3.2.3.1 Perisian untuk Pembangunan 39

Laman Web

3.2.4 Fasa Penilaian dan Penambahbaikan 41

3.3 Penutup 42

4 Hasil Pembangunan Laman Web 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Rekabentuk Informasi/ Strategi Pembelajaran 44

4.2.1 Paparan halaman Sign Up 46

4.2.2 Paparan halaman Group Members 47

4.2.3 Paparan halaman Thermo Tasks 48

4.2.4 Paparan halaman Discussion 49

4.3 Reka Bentuk Antaramuka 50

4.4 Reka Bentuk Interaksi 52

4.4.1 Organisasi 52

4.4.2 Navigasi 54

4.4.3 Interaktiviti 54

4.5 Proses Memuat Naik Laman Web 55

4.6 Hasil Penilaian laman web ThermoCollaborate 56

4.6.1 Reka Bentuk Informasi/ Strategi Pembelajaran 57

4.6.2 Reka Bentuk Antaramuka 58

4.6.3 Reka Bentuk Interaksi 60

4.6.4 Soalan terbuka: Kelebihan, Kelemahan, 61

Cadangan dan Komen

4.7 Penutup 61

Page 12: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

x

5 Perbincangan, Rumusan dan Cadangan 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan Hasil Pembangunan Laman Web 62

5.2.1 Reka Bentuk Informasi/ Strategi Pembelajaran 63

5.2.2 Reka Bentuk Antaramuka 64

5.2.3 Reka Bentuk Interaksi 65

5.3 Rumusan 65

5.3.1 Kekuatan Laman Web ThermoCollaborate 65

5.3.2 Kelemahan Laman Web ThermoCollaborate 67

5.3.3 Cadangan Penambahbaikan 68

5.3.4 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.4 Penutup 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN A 80

LAMPIRAN B 85

Page 13: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

4.1 Pengaplikasian ciri-ciri pendekatan Kolaboratif 46

dalam ThermoCollaborate

4.2 Hasil penilaian bagi Reka bentuk Informasi/ 57

Strategi Pembelajaran

4.3 Hasil penilaian bagi Reka bentuk Antaramuka 58

4.4 Hasil penilaian bagi Reka bentuk Interaksi 60

Page 14: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1.0 Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate 85

bagi Pengguna Berdaftar

2.0 Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate 86

bagi Pengguna Tidak Berdaftar

3.0 Carta Alir Sesi Pendaftaran dalam Laman Web 87

ThermoCollaborate

3.1 Model Rekabentuk Hannafin Peck 29

4.1 Paparan halaman Sign Up 47

4.2 Paparan halaman Group Members 48

4.3 Paparan halaman Thermo Tasks bagi tajuk 49

Temperature vs Heat

4.4 Paparan halaman Discussion 50

4.5 Warna latar hadapan dan latar belakang pada 51

halaman Utama

4.6 Animasi On Fire pada halaman Experimentation 52

4.7 Paparan halaman Utama 53

4.8 Navigasi dalam laman web ThermoCollaborate 54

4.9 Bread crumbs pada halaman Heat of Neutralization 55

Page 15: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

ICT - Information and Communication Technology

Page 16: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Senarai Semak Laman Web Kolaboratif 80

ThermoCollaborate

B Rajah 1.0: Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate bagi 85

Pengguna Berdaftar

Rajah 2.0: Carta Alir Laman Web ThermoCollaborate bagi 86

Pengguna Tidak Berdaftar

Rajah 3.0: Carta Alir Sesi Pendaftaran dalam Laman Web 87

ThermoCollaborate

Page 17: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Senario persekolahan pada masa kini memperlihatkan penggunaan komputer

secara meluas. Projek-projek mega kerajaan seperti Sekolah Bestari dan Sekolah

Kluster telah meningkatkan lagi kepenggunaan komputer dalam sistem pendidikan

negara bagi menyaingi keperluan negara ke arah Wawasan 2020. Komputer

digunakan dalam pelbagai bentuk sama ada sebagai subjek, komputer sebagai alat,

atau komputer sebagai tenaga pengajar (Norhashim, Mazenah dan Rose, 1996).

Melalui komputer, jaringan pengetahuan diperluas lagi dengan rangkaian

internet yang menyediakan jutaan maklumat di hujung jari. Menurut Kassim (2006),

Protokol Internet atau Protokol Kawalan Transmisi, iaitu suatu protokol komunikasi

menghubungkan beberapa rangkaian komputer untuk membentuk jaringan yang

dipanggil internet. Pelbagai maklumat yang tersebar ke serata dunia melalui jaringan

internet ini membuka ruang baru untuk kemajuan pendidikan. Internet adalah suatu

teknologi multimedia di mana teks, grafik, video dan audio dapat disampaikan secara

bersama pada suatu masa. Menurut Cepi (2006) internet adalah media yang unggul

kerana mengkombinasikan kelebihan dari media lain untuk menjadi media yang

terbaik. Beliau menyatakan bahawa internet adalah media yang menyampaikan video

dan suara yang lebih baik dari buku, dan lebih interaktif dari CD-ROM.

Page 18: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

87

Jaringan internet ini juga membolehkan semua pelajar di seluruh dunia mendapat

apa jua maklumat yang diingini pada bila-bila masa. Maklumat yang disampaikan

melalui internet adalah lebih terkini dan meliputi hal ehwal semasa yang sentiasa

berubah saban hari. Malah, Jamalludin dan Zaidatun (2003) berpendapat internet adalah

kemuncak kecanggihan teknologi pada masa kini lantaran manusia boleh meneroka

dunia dengan hanya sentuhan jari pada peranti-peranti input yang dipilih.

Penyampaian maklumat dilakukan oleh internet melalui laman web. Kassim

(2006), menyatakan bahawa laman web digunakan secara meluas dalam bidang

pendidikan, perniagaan, perdagangan, dan pentadbiran kerajaan menjelang tahun 1990-

an lagi. Melalui laman web, para pelajar sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-

bahan yang menarik. Kassim (2006) menggalakkan guru dan pelajar untuk

menggunakan internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat bagi

tujuan pengajaran dan pembelajaran. Christie (1996) telah menjalankan kajian

penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah dan mendapati bahawa para pelajar

semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka alam

yang baru ditemui (virtual reality).

Perkembangan pendidikan di negara ini juga amat memberangsangkan. Negara

ini turut tidak ketinggalan dengan membekalkan komputer ke semua sekolah melalui 3

fasa berdasarkan Belanjawan 2003 di mana sebanyak RM978.7 juta diperuntukkan bagi

mendekatkan lagi diri pelajar kepada pembelajaran tanpa batasan melalui laman web.

Guru-guru juga mempunyai persepsi bahawa laman web adalah penting sebagai alat

untuk pendidikan dan berfungsi sebagai pemacu untuk mendapatkan maklumat

daripadanya (Zaidatol dan Habibah, 2000). Tambahan pula, penggunaan laman web

untuk menyampaikan isi pelajaran bukanlah suatu perkara asing di negara ini lantaran

wujudnya pelbagai laman web yang menjalankan fungsi yang serupa. Antaranya adalah

laman web Portal Pendidikan Utusan, Cikgu.net, TM net school online dan lain-lain lagi.

Malah, terdapat juga institusi pendidikan yang bertindak mewujudkan laman web

pendidikan sebagai sumber maklumat pelajar

Page 19: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

87

dalam pembelajaran melalui internet seperti laman web Cyberdidik yang dibangunkan

oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Oleh itu, penyampaian informasi menerusi laman web adalah suatu teknologi

yang harus diguna pakai dan sangat relevan pada masa kini. Teknologi ini boleh

diperkembang lagi dalam bidang pendidikan sehingga ke tahap maksima dengan adanya

integrasi kepakaran dan kreativiti yang tinggi. Manfaat yang diperoleh dari revolusi ini

adalah sangat besar kerana dapat mewujudkan persekitaran baru dalam sektor

pendidikan yang masih mempunyai ciri-ciri konvensional.

1.2 Latar belakang masalah

Masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar semasa mempelajari mata

pelajaran yang abstrak seperti Kimia adalah salah konsep dan masalah bahasa dan

komunikasi. White (1977) dalam Sirhan (2007) menyatakan bahawa pembelajaran

melibatkan interaksi antara maklumat yang baru diterima dengan maklumat yang telah

sedia ada. Antara kekeliruan yang timbul dalam tajuk Thermochemistry seperti yang

dinyatakan oleh Kesidou dan Duit (1993) dalam Greenbowe (2003) adalah kegagalan

untuk membezakan maksud istilah heat dan temperature. Perkataan dan istilah yang

mengelirukan akan menimbulkan masalah semasa minda melakukan proses organisasi

(Sirhan, 2007). Malah menurut Sirhan (2007) lagi, kesukaran yang dihadapi oleh pelajar

semasa mempelajari mata pelajaran Kimia menyebabkan terdapat ada di kalangan

pelajar yang enggan meneruskan pengajian mereka bagi mata pelajaran ini.

Noraini (2003) mencadangkan bahawa bagi mempelajari tajuk Thermochemistry,

pelajar perlu memahami konsep asas yang bersangkutan dengan konsep dalam tajuk ini

dengan baik terlebih dahulu, sebelum mempelajari konsep Thermochemistry. Selain itu,

bagi tajuk ‘Thermochemistry’, kajian yang dilakukan oleh Farrugia dan Bennett (2003)

Page 20: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

87

ke atas 55 orang pelajar pra universiti mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh

pelajar dalam tajuk ini dapat dibahagikan

kepada empat kategori iaitu masalah operasi matematik, masalah umum kimia seperti

menyeimbangkan persamaan kimia, masalah yang menunjukkan tiada pengetahuan asas

yang kukuh dalam ‘Thermochemistry’ dan masalah berkaitan langkah-langkah yang

boleh diabaikan sekiranya pelajar lebih peka dengan kehendak soalan yang diberi.

Sirhan (2007) pula menegaskan bahawa pemahaman terhadap konsep-konsep asas yang

abstrak dalam mata pelajaran Kimia adalah penting kerana kegagalan untuk

memahaminya akan menimbulkan kesukaran di kalangan para pelajar untuk memahami

konsep dan teori yang selanjutnya.

Strategi yang sesuai diperlukan untuk memperbetul masalah kekeliruan istilah,

salah konsep, masalah pengiraan dan menyeimbangkan persamaan, serta masalah tiada

asas yang kukuh dalam tajuk ‘Thermochemistry’ di kalangan para pelajar. Pendekatan

pembelajaran secara kolaboratif sesuai digunakan bagi mempelajari tajuk ini

berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Teichert dan Stacy (2002) dalam Marechal dan

Raini (2008) di mana mereka telah mengkaji kesan perbincangan ke atas pembelajaran

pelajar. Kajian ini mendapati bahawa melalui perbincangan secara berkumpulan, pelajar

telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menyelesaikan masalah penggunaan

simbol yang digunakan bagi pertukaran tenaga dalam tajuk ‘Thermochemistry’ dan

masalah salah konsep yang lain kerana pelajar dapat berbahas untuk mengesahkan idea

sedia ada mereka samada benar atau tidak.

Pembelajaran secara kolaboratif adalah pembelajaran yang berlaku melalui

pembentukan kumpulan di mana pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan

(Johnson & Johnson (1989) dalam Saharani, Norah, dan Baharuddin (2007)). Semasa

pembelajaran berlangsung, pelajar bekerjasama di mana mereka dapat mengutarakan

pandangan dan idea dalam kumpulan sehinggalah masalah yang dihadapi itu

diselesaikan (Gerfach (1994) dalam Saharani, Norah, dan Baharuddin (2007)).

Pendekatan pembelajaran secara kolaboratif memerlukan lebih interaksi sosial di

Page 21: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

87

kalangan pelajar berbanding pembelajaran dengan kaedah tradisional (Rust & Gibbs,

1997; Topping & Ehly, 1998 dalam Treleaven, 2003). Maka, perlunya suatu medium

yang membolehkan pembelajaran secara kolaboratif berlaku agar pelajar dapat

bekerjasama secara maksimum tanpa had waktu dan batasan geografi.

Sehubungan itu, pengintegrasian teknologi dan telekomunikasi dalam bidang

pendidikan membolehkan wujudnya sektor pendidikan maya yang berinteraksi dengan

seluruh dunia. Kemudahan seumpama ini membolehkan sistem pembelajaran melalui

web dilaksanakan. Sistem pembelajaran melalui web merupakan suatu gaya baru yang

membolehkan proses pembelajaran berlaku pada masa, kandungan, serta hala tuju

mengikut pilihan pelajar sendiri. Tetapi, menurut Noriah et al. (2002), pengajaran

secara tradisional pula akan menghadkan pengaliran ilmu di mana ilmu yang

disampaikan kepada pelajar mungkin hanya terhad kepada pengetahuan sedia ada guru

sahaja.

Penglibatan interaksi pelajar secara aktif dengan maklumat sebagaimana dalam

pembelajaran kolaboratif, dapat menggantikan pembelajaran berbentuk tradisional yang

lebih berpusatkan guru. Maklumat yang disalurkan kepada pelajar pula adalah terbatas

kepada pengetahuan guru atau yang tertera di buku teks sahaja. Sebaliknya,

pembelajaran melalui web membolehkan pelajar mendapatkan jawapan kepada apa jua

persoalan yang tidak terbatas. Rainey dan Nicholl (1997) dalam Jamalludin dan

Zaidatun (2003) telah menjalankan kajian penyelidikan dan mendapati halaman web

adalah suatu instrumen pedagogi yang berupaya menyampaikan maklumat yang

menarik, terperinci, dan praktikal.

Sungguhpun begitu, kebanjiran laman web berunsur pendidikan di internet

mewujudkan persoalan tentang laman web pendidikan yang terbaik yang diperlukan

bagi mempelajari suatu tajuk pembelajaran. Laman web pendidikan seharusnya

menyampaikan isi pelajaran berdasarkan teori pembelajaran seperti yang dinyatakan

oleh Brenda (1998) di mana teori adalah amat berguna di mana teori membuka mata

manusia ke arah pelbagai kemungkinan dan persepsi manusia dalam melihat dunia.

Page 22: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

87

Beliau juga menyatakan bahawa keputusan tentang rekabentuk yang terbaik terletak

pada pengetahuan yang mendalam terhadap teori pembelajaran.

Maka, perlunya sebuah teori yang dijadikan asas untuk pembangunan laman web

pendidikan yang baik. Tambahan pula, Wahyu dan Yahya (2006) menyatakan bahawa,

bahan pembelajaran berpusatkan komputer harus mempunyai ciri-ciri

kesinambungan antara isi pelajaran baru dengan isi pelajaran yang lalu di samping perlu

menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas. Kewujudan sebuah laman web yang

menepati ciri-ciri kesinambungan antara isi pelajaran baru dengan pembelajaran yang

lalu adalah diperlukan bagi membolehkan isi pelajaran dalam laman web dapat

disampaikan. Bagi tujuan ini, Abu Hassan dan Meor Hashim (2006) menyatakan

bahawa melalui teori kognitif, psikologi Gestalt menekankan kebolehan penyesuaian

penggunaan pengetahuan yang sedia ada dalam mental bagi membentuk celik akal yang

baru, dan bukannya pengulangan mekanikal terhadap pertalian rangsangan dan respon.

Malah, teori kognitif menekankan pembelajaran berkesan di mana pembelajaran

akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan masalah yang telah biasa ditemui

kerana pembelajaran bermakna ini akan membantu pelajar memahami suatu konsep

dengan mudah, malah membantu pengingatan yang lebih lama (Abu Hassan dan Meor

Hashim, 2006). Maka, laman web pendidikan yang baik haruslah menyediakan variasi

masalah yang biasa ditemui oleh pelajar supaya pembelajaran berkesan boleh

berlangsung. Penekanan kepada strategi yang digunakan oleh laman web pendidikan

untuk menyampaikan isi pelajaran membolehkan suatu laman web pendidikan yang baik

dapat dibezakan dengan yang lainnya.

Sehubungan itu, pendekatan kolaboratif dipilih berdasarkan kajian yang

dilakukan oleh Saharani, Norah, dan Baharuddin (2007) terhadap 15 orang pelajar bagi

beberapa aspek seperti keupayaan pembelajaran secara kolaboratif menerusi web untuk

meningkatkan pemahaman terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan, yang

mendapati bahawa pembelajaran menerusi web dengan menggunakan pendekatan

Page 23: JUDUL - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : ... secara aktif dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang dipersetujui ... pendidikan, perniagaan, ...

87

kolaboratif telah berjaya menarik minat pelajar tersebut untuk terus belajar menerusi

web. Berdasarkan kelebihan yang ditawarkan oleh pembelajaran menerusi laman web,

maka, penggunaan pendekatan pembelajaran secara kolaboratif bagi tajuk

‘Thermochemistry’ berdasarkan teori kognitif dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

1.3 Penyataan Masalah

Masalah dalam mempelajari tajuk ‘Thermochemistry’ lantaran skopnya yang

terlalu luas menyebabkan masalah salah konsep dan kesukaran untuk memulakan

pengiraan, maka perlunya satu alternatif untuk membolehkan pelajar mencapai pelbagai

bentuk maklumat yang diperlukan untuk menguasai tajuk tersebut. Pelbagai bentuk

maklumat yang diperlukan ini adalah dalam bentuk dialog bersama rakan, pencarian

bahan di internet, forum bersama sekumpulan rakan, atau pertanyaan terus kepada ahli

yang pakar. Lantaran itu, teknik pembelajaran secara kolaboratif melalui web ini

membuka ruang kepada pelajar untuk bertanyakan apa jua soalan yang berkaitan dan

mereka boleh mendapatkan respon yang segera. Maka, pembangunan sistem

pembelajaran menerusi web menggunakan pendekatan kolaboratif bagi tajuk

‘Thermochemistry’ ini diharap dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk

mengatasi masalah yang dialami semasa mempelajari tajuk ini.

1.4 Objektif Projek

Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk:

(i) Membangunkan laman web pembelajaran bagi tajuk Kimia Tingkatan 5 KBSM,

‘Thermochemistry’ dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kolaboratif.