JOIN GROUP – Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam HARI 1 KLIA – ISTANBUL (--, --, --) Setibanya di Lapangan Terbang Atartuk, ketibaan anda akan disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, kita akan menziarahi Masjid Süleymaniye, yang telah dibina oleh arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul. HARI 2 ISTANBUL - PAMUKKALE (SP, --, MM) Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Muzium Hagia Sophia (Optional). Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. Kita akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Ia dikenali ramai sebagai Masjid Biru kerana keindahan seramik bersalut turkuaznya yang memukau setiap mata yang memandang. Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang Istanbul untuk ke Pamukkale, menaiki penerbangan domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel berkonsepkan thermal & SPA. HARI 3 PAMUKKALE - CAPPADOCIA (SP, MT, --) Anda boleh menikmati kolam air panas yang disediakan di dalam hotel. Check out hotel. Lawatan pertama bermula sekitar 9.30 pagi ke kota Hierapolis & Necropolis yang dahulunya merupakan tempat spa semula jadi, teater dan pelbagai bangunan lain yang digunakan semenjak pemerintahan Rom. Kemudian, struktur semulajadi yang tersangat unik, Pamukkale atau Cotton Castle yang menjadi salah satu tapak dibawah jagaan UNESCO dan hanya terdapat satu sahaja dalam dunia. Selesai makan tengah hari & solat jama, kita akan bersiap-siap untuk ke Cappadocia dengan menaiki kenderaan persendirian selama 9 jam. Bermalam di hotel berkonsepkan gua. HARI 4 CAPPADOCIA – PAMUKKALE (SP, MT, --) Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya. Check out hotel. Kita akan memulakan lawatan ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah (Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969.. Kemudian Ia dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan, kandang kuda serta rumah ibadat. Seterusnya, kta akan terus bergerak ke Kayseri Airport terbang ke Sabiha Gokcen Airport dan terus ke Bursa. Bermalam di Bursa.
5
Embed
JOIN GROUP Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam Pamukkale ...jejakuthmaniyyah.com/.../Flagship-Anatolian-Tour-8-Hari-7-Malam.pdf · satu sahaja dalam dunia. Selesai makan tengah hari &
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JOIN GROUP – Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam
HARI 1
KLIA – ISTANBUL (--, --, --)
Setibanya di Lapangan Terbang Atartuk, ketibaan anda akan
disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman
secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan
Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian,
kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu
Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, kita
akan menziarahi Masjid Süleymaniye, yang telah dibina oleh
arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman
pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal
dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul.
HARI 2
ISTANBUL - PAMUKKALE (SP, --, MM)
Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh
dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti
khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana.
Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan
& kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan
Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih
Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Muzium
Hagia Sophia (Optional). Bangunan yang kaya dengan
asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu
ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi
masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. Kita
akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid
Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Ia dikenali ramai
sebagai Masjid Biru kerana keindahan seramik bersalut
turkuaznya yang memukau setiap mata yang memandang.
Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang
Istanbul untuk ke Pamukkale, menaiki penerbangan domestik
selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel
berkonsepkan thermal & SPA.
HARI 3
PAMUKKALE - CAPPADOCIA (SP, MT, --)
Anda boleh menikmati kolam air panas yang disediakan di
dalam hotel. Check out hotel. Lawatan pertama bermula
sekitar 9.30 pagi ke kota Hierapolis & Necropolis yang
dahulunya merupakan tempat spa semula jadi, teater dan
pelbagai bangunan lain yang digunakan semenjak
pemerintahan Rom. Kemudian, struktur semulajadi yang
tersangat unik, Pamukkale atau Cotton Castle yang menjadi
salah satu tapak dibawah jagaan UNESCO dan hanya terdapat
satu sahaja dalam dunia. Selesai makan tengah hari & solat
jama, kita akan bersiap-siap untuk ke Cappadocia dengan
menaiki kenderaan persendirian selama 9 jam. Bermalam di
hotel berkonsepkan gua.
HARI 4
CAPPADOCIA – PAMUKKALE (SP, MT, --)
Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon
panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah
petangnya. Check out hotel. Kita akan memulakan lawatan ke
Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah
(Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar
Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini
dibuka kepada pelancong pada tahun 1969.. Kemudian Ia
dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan,
kandang kuda serta rumah ibadat. Seterusnya, kta akan terus
bergerak ke Kayseri Airport terbang ke Sabiha Gokcen Airport
dan terus ke Bursa. Bermalam di Bursa.
HARI 5
BURSA (SP, --, --)
Selepas sarapan pagi, kita akan melawat perkampungan
tertua Uthmaniyyah di Cumalikizik. Kemudian, menziarahi
makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat
panorama indah bandar Bursa di Tophane. Kita akan
menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah dengan
hiasan pelbagai ukiran khat. Seterusnya, lawatan sambil
membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan
fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491). Di akhir
lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan
Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan
jiwa. Bermalam di Bursa.
HARI 6
BURSA – ISTANBUL (SP, --, --)
[JADUAL MUSIM SEJUK]
• Check Out hotel dan bertolak ke Gunung Uludag
menaiki kenderaan untuk bermain salji beberapa jam.
• Anda bebas memilih untuk menaiki kereta kabel
(Optional) dan bermain ski/snowboard dll (Optional)
• Seterusnya, kita akan terus bergerak pulang ke Istanbul
selama 4 jam perjalanan. Bermalam di Istanbul.
[JADUAL MUSIM BUNGA DAN LURUH]
• Check Out hotel dan bertolak pulang ke Istanbul.
Sebelum menyeberangi jambatan ke Istanbul Eropah,
kita akan singgah di Bukit Camlica untuk bersantai-
santai sambil minum kopi/cay (Optional).
• Seterusnya kita akan melawat kawasan Ortakoy yang
terkenal dengan pemandangan Selat Bosphorus
berlatarbelakangkan Jambatan pertama Istanbul. Jangan
lupa untuk merasai makanan ringan mereka iaitu
‘Kumpir’ (Optional).
• Lawatan terakhir kita adalah di Taksim yang dahulunya merupakan tempat pembahagian air ke sekitar Istanbul pada zaman Daulah Uthmaniyyah. Seterusnya kita akan melalui Jalan Istiklal untuk merasai seperti suasana “The New Paris” di sana. Bermalam di Istanbul
HARI 7
ISTANBUL (SP, --, --)
Lawatan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand
Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan
Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya ke Spice Bazaar.
Pada belah petang, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat
Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul.
Nota: Khas untuk bulan April sahaja, selepas sarapan pagi
anda akan dibawa ke Taman Emirgan (musim bunga) yang
merupakan salah satu tempat Festival Tulip diadakan selain
daripada di kawasan Sultan Ahmed (Blue Mosque-Hagia
Sophia)
HARI 8
ISTANBUL - PULANG (SP, --, --)
Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah
hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum
berlepas ke tanah air.
PAKEJ TERMASUK
❖ Penginapan untuk 7 malam di hotel beserta sarapan
❖ Tour Guide Profesional untuk beberapa lawatan utama
❖ Tour Leader JU terlatih sepanjang perjalanan
❖ Pengangkutan khas sepanjang perjalanan
❖ Tiket Penerbangan Domestik 2x [15kg luggage per pax]
❖ Private Airport Transfer 6x
❖ Tiket lawatan: Panorama 1453, Istana Topkapi,
Hierapolis, Pamukkale, Underground City
❖ Group Tour untuk Bosphorus Cruise
❖ Sarapan pagi (SP) di hotel bermula hari ke-2 trip
❖ Tip untuk Tour Leader & Tour Guide Profesional
PAKEJ TIDAK TERMASUK
❖ Perbelanjaan Peribadi
❖ Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)
[kecuali yang dinyatakan & tidak termasuk minuman]
❖ Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
❖ Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
❖ Tiket penerbangan antarabangsa [bayaran asing]
❖ Takaful kembara/insuran pelancongan
INFO HOTEL
DESTINASI HOTEL KATEGORI
Istanbul Wishmore Hotel Pamukkale Hierapark Thermal & Spa
Cappadocia Mycave Hotel Special Class
Bursa Grand Heykel Hotel Special Class
❖ Tempat penginapan adalah seperti di atas atau yang setaraf