JOIN GROUP – Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam HARI 1 KLIA – ISTANBUL (--, --, --) Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, ketibaan anda akan disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, kita akan menziarahi Masjid Süleymaniye, yang telah dibina oleh arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul. HARI 2 ISTANBUL - CAPPADOCIA (SP, --, --) Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Muzium Hagia Sophia (Optional). Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. Kita akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Ia dikenali ramai sebagai Masjid Biru kerana keindahan seramik bersalut turkuaznya yang memukau setiap mata yang memandang. Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang Istanbul untuk ke Cappadocia, menaiki penerbangan domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel berkonsepkan gua. HARI 3 CAPPADOCIA (SP, MT, --) Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya. Check out hotel. Kita akan memulakan lawatan ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah (Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969.. Kemudian Ia dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan, kandang kuda serta rumah ibadat. Bermalam di hotel berkonsepkan gua. HARI 4 CAPPADOCIA – PAMUKKALE (SP, --, MM) Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini. Kita akan check out hotel dan terus menuju ke Pamukkale dengan menaiki kenderaan persendirian selama 9 jam. Dalam perjalanan ke sana, kita akan berehat sebentar di Konya untuk makan tengah hari dan solat jama’ di sana. Makan malam & bermalam di Pamukkale.
5
Embed
JOIN GROUP Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam Cappadocia ...jejakuthmaniyyah.com/wp-content/uploads/Flagship-Anatolian-Tour-8-Hari... · Harga pakej adalah untuk susunan bilik ‘double/twin
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JOIN GROUP – Anatolian Tour, 8 Hari 7 Malam
HARI 1
KLIA – ISTANBUL (--, --, --)
Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, ketibaan anda akan
disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman
secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan
Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian,
kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu
Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, kita
akan menziarahi Masjid Süleymaniye, yang telah dibina oleh
arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman
pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal
dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul.
HARI 2
ISTANBUL - CAPPADOCIA (SP, --, --)
Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh
dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti
khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana.
Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan
& kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan
Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih
Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Muzium
Hagia Sophia (Optional). Bangunan yang kaya dengan
asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu
ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi
masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. Kita
akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid
Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Ia dikenali ramai
sebagai Masjid Biru kerana keindahan seramik bersalut
turkuaznya yang memukau setiap mata yang memandang.
Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang
Istanbul untuk ke Cappadocia, menaiki penerbangan
domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam
di hotel berkonsepkan gua.
HARI 3
CAPPADOCIA (SP, MT, --)
Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon
panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah
petangnya. Check out hotel. Kita akan memulakan lawatan
ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah
(Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar
Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini
dibuka kepada pelancong pada tahun 1969.. Kemudian Ia
dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan,
kandang kuda serta rumah ibadat. Bermalam di hotel
berkonsepkan gua.
HARI 4
CAPPADOCIA – PAMUKKALE (SP, --, MM)
Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki
belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan
(ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua
untuk menaikinya hari ini. Kita akan check out hotel dan terus
menuju ke Pamukkale dengan menaiki kenderaan
persendirian selama 9 jam. Dalam perjalanan ke sana, kita
akan berehat sebentar di Konya untuk makan tengah hari
dan solat jama’ di sana. Makan malam & bermalam di
Pamukkale.
HARI 5
PAMUKKALE – SAW – BURSA (SP, MT, --)
Anda boleh menikmati kolam air panas yang disediakan di
dalam hotel. Check out hotel. Lawatan pertama bermula
sekitar 9.30 pagi ke kota Hierapolis & Necropolis yang
dahulunya merupakan tempat spa semula jadi, teater dan
pelbagai bangunan lain yang digunakan semenjak
pemerintahan Rom. Kemudian, struktur semulajadi yang
tersangat unik, Pamukkale atau Cotton Castle yang menjadi
salah satu tapak dibawah jagaan UNESCO dan hanya terdapat
satu sahaja dalam dunia. Selesai makan tengah hari & solat
jama’, kita akan bersiap-siap untuk menaiki penerbangan
domestik dari Denizli Airport ke Sabiha Gokcen Airport.
Kemudian menaiki kenderaan khas terus ke Bursa.
Bermalam di Bursa.
HARI 6
BURSA (SP, --, --)
[JADUAL MUSIM SEJUK]
• Sarapan pagi, lawatan diteruskan ke perkampungan
lama Uthmaniyyah di Cumalikizik.
• Bertolak ke Gunung Uludag menaiki kenderaan yang
disediakan untuk bermain salji untuk beberapa jam.
• Anda bebas memilih untuk menaiki kereta kabel
(Optional) dan bermain ski/snowboard dll (Optional)
• Kita akan menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang
begitu indah dengan hiasan pelbagai ukiran khat.
• Kemudian, lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia
pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera. • Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan
Mevlana Semazen di Karabas-I Veli. Bermalam di Bursa.
[JADUAL MUSIM BUNGA DAN LURUH]
• Sarapan pagi, lawatan diteruskan ke perkampungan
lama Uthmaniyyah di Cumalikizik.
• Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah
sambil melihat panorama bandar Bursa di Tophane.
• Kita akan menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang
begitu indah dengan hiasan pelbagai ukiran khat.
• Kemudian, lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia
pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera.
• Di akhir lawatan, kita akan menyaksikan persembahan
kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-i Veli yang
menggetarkan jiwa. Bermalam di Bursa.
HARI 7
BURSA – ISTANBUL (SP, --, --)
Selepas sarapan pagi, kita akan check out hotel di Bursa dan
terus bergerak pulang ke Istanbul selama 4 jam perjalanan.
Sampai di Istanbul, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat
Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Lawatan sambil membeli
belah di Kapalı Çarşı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina
semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Seterusnya ke Spice Bazaar. Bermalam di Istanbul.
Nota: Khas untuk bulan April sahaja, selepas sarapan pagi
anda akan dibawa ke Taman Emirgan (musim bunga) yang
merupakan salah satu tempat Festival Tulip diadakan selain
daripada di kawasan Sultan Ahmed (Blue Mosque-Hagia
Sophia)
HARI 8
ISTANBUL - PULANG (SP, --, --)
Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah
hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum
berlepas ke tanah air.
PAKEJ TERMASUK
❖ Penginapan untuk 7 malam di hotel beserta sarapan
❖ Tour Guide Profesional untuk beberapa lawatan utama
❖ Tour Leader JU terlatih sepanjang perjalanan
❖ Pengangkutan khas sepanjang perjalanan
❖ Tiket Penerbangan Domestik 2x [15kg luggage per pax]
❖ Private Airport Transfer 6x
❖ Tiket lawatan: Panorama 1453, Istana Topkapi,
Hierapolis, Pamukkale, Underground City
❖ Group Tour untuk Bosphorus Cruise
❖ Sarapan pagi (SP) di hotel bermula hari ke-2 trip
❖ Tip untuk Tour Leader & Tour Guide Profesional
PAKEJ TIDAK TERMASUK
❖ Perbelanjaan Peribadi
❖ Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)
[kecuali yang dinyatakan & tidak termasuk minuman]
❖ Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
❖ Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
❖ Tiket penerbangan antarabangsa [bayaran asing]
❖ Takaful kembara/insuran pelancongan
INFO HOTEL
DESTINASI HOTEL KATEGORI
Istanbul Wishmore Hotel Pamukkale Hierapark Thermal & Spa
Cappadocia Mycave Hotel (Cave Concept) Special Class
Bursa Gonluferah City Hotel ❖ Tempat penginapan adalah seperti di atas atau yang setaraf
HARGA PAKEJ [DEWASA]
BILANGAN PES. JENIS PAKEJ HARGA SEORANG
14 Dewasa Trip Gabungan RM 2,990
12-13 Dewasa Trip Gabungan RM 3,100
10-11 Dewasa Trip Gabungan RM 3,298
8-9 Dewasa Trip Gabungan RM 3,594 ❖ Tertakluk kepada terma & syarat
HARGA PAKEJ [KANAK-KANAK]
UMUR JENIS PAKEJ HARGA
0-1 Tahun Tanpa Katil RM 299
2-8 Tahun Tanpa Katil 30 % Diskaun
2-8 Tahun Dengan Katil Tambahan 20 % Diskaun ❖ 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa