PengenalanJahitan adalah bagian pertemuan antara dua atau lebih
dari dua lapis kain, kulit, atau bahan lain yang saling terkait
dengan setikan. Jahitan dalam produk masal pakaian, alas kaki,
tekstil rumah tangga serta perlengkapan olah raga yang modern
dijahit oleh mesin jahit industri. Industri sepatu, pembuatan baju,
quilting, kerajinan, haute couture dan modiste rumahan bisa jadi
menggunakan kombinasi jahit tangan dan mesin.Dalam struktur baju,
jahitan dikelompokkan berdasarkan jenisnya (plain, lapped, bound,
rata) dan posisinya dalam produk garmen jadi (jahitan tengah
belakang, jahitan dalam, jahitan samping). Jahitan diberi sentuhan
akhir dengan berbagai macam teknik untuk mencegah pinggiran kain
terlepas membuka serta untuk menindas bagian dalam kain.Jahitan
yang digunakan untuk menyatukan produk-produk jahitan pada umumnya
bersifat menahan beban dan idealnya harus serupa secara fisik
terhadap bahan kain yang dijahit. Jenis setikan dan benang jahit
yang digunakan bermacam-macam tergantung pada kebutuhan. Oleh sebab
itu, sangatlah penting untuk memahami betul berbagai jenis jahitan,
penggunaannya dan variasinya agar Anda dapat memilih jenis jahitan
yang tepat sesuai dengan kebutuhan Anda.
Jenis jenis jahitan.Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat
pelbagai janis jahitan yang boleh kita pelajari dan praktiskan
dalam kehidupan seharian. Namun begitu, setiap jenis jahitan
mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Secara umumnya,
jahitan bolehdibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu jahitan
sementara, jahitan penyambung, jahitan pengemas dan jahitan hiasan
atau sulaman.
Jahitan Sementara
Rajah 1: Jahitan Sementara(Sumber:
http://notacikgunurul.blogspot.com/2012/09/jahitan-asas-jahitan
sementara.html)
Konsep Jahitan Sementara1. Jahitan ini dibuat untuk sementara
sahaja dan dibuka selepas dijahit dengan jahitan kekal.2. Gunakan
satu lembar benang yang bewarna lebih muda dari warna fabrik supaya
mudah dilihat.3. Jahitan sementara biasanya dimulakan dengan
simpulan untuk memudahkan kerja menanggalkannya.4. Jahitan
sementara boleh dibahagikan kepada berbagai jenis iaitu jahitan
jelujur kasar, jelujur panjang pendek, jelujur halus, jelujur
tegak/serong dan jahitan tanda.5. Jahitan sementara digunakan
untuk: menanda kedudukan kocek atau lubang butang memindahkan
garis-garis pola ke fabrik menetapkan kedudukan kelepet dan kelim
melekatkan dua atau lebih kain
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan
ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit. Benang yang
digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus. Pilih benang yang
berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan
kesan diatas kain selepas dibuka. Jahitan sementara biasanya
dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur
tanda. Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah
dalam kain dari kanan ke kiri. Jarum yang biasa digunakan adalah
jenis yang tajam atau antara yang halus
Jelujur Kasar
Gambar 1: Jahitan Jelujur Kasar atau SamaKonsep:
1. Jahitan jelujur kasar ini dikenali juga sebagai jelujur
sama.2. terdiri daripada salah satu komponen jahitan asas.3.
Jahitan jenis ini juga senang dicabut.4. Jahitan jenis ini juga
terdapat di dalam jahitan kelim belah kangkung.5. Jahitan jenis ini
menggunakan satu lembar benang sahaja.6. Dimulakan dengan jahitan
kia dan diakhiri dengan jahitan kia.7. Jahitan ini digunakan untuk
mencantumkan dua kepingan fabrik untuk sementara sebelum dijahit
secara kekal.8. Digunakan sebagai jahitan sementara.9. Bagi
menetapkan dua atau lebih lapisan fabrik.10. Berfungsi sebagai
jahitan hiasan.11. Kadangkalanya jelujur dimulakan dengan simpulan
tetapi disudahkan dengan jahit kia.Kegunaan Jahitan Jelujur
Kasar:1. Menetapkan kedudukan kelepet dan kelim.2. Bagi menetapkan
dua atau lebih lapisan fabrik.3. Menetapkan kedudukan kelepet dan
kelim.4. Membaiki kelepet meretas.5. Boleh menggantikan jahitan
mesin.6. Menjadi perhiasan di dalam jahitan.
Langkah menjahit jahitan jelujur kasar:
Langkah 1:Mulakan menjahit dari kanan ke kiri dengan jahitan kia
sebanyak dua kali.Langkah 2: Terus menjahit dari A ke B dengan
jarak yang sama atara 10mm hingga15mm.Langkah 3:Ulangi proses
menjahit hingga siap.Langkah 4: Kemudian, matikan jahitan dengan
jahitan kia.1. Mulakan jahitan dengan jahitan kia.
2. Teruskan menjahit dari A hingga B dengan jarak 10 mm.
3. Teruskan menjahit dari C hingga D.
4. Teruskan menjahit hingga ke hujung fabrik.
5. Matikan jahitan dengan jahitan kia.