1 JATI DIRI MELAYU
1
JATI DIRI MELAYU
2
HASIL PEMELAJARAN
Pelajar dapat:
> Berfikir dengan kritis tentang jati diri Melayu berasaskan matra adat Melayu, patuh kepada Yang Esa, penegak hukum, luwes dan dinamik, budi bahasa, pendidikan dan ilmu, budaya, bermesyuarat dan bermuafakat, ramah dan terbuka, melawan jika terdesak, merajuk…
3
JATI DIRI MELAYU
Jati diri Melayu dapat dilihat dari pelbagai matra. Antaranya adalah seperti yang berikut:
Sejak pengislamannya pada abad ke-15M, Melayu dari perspektif asing ialah:
SESEORANG ITU DINAMAKAN MELAYU, APABILA IA BERAGAMA ISLAM, BERBAHASA MELAYU SEHARI-HARI, DAN BERADAT ISTIADAT MELAYU
4
Adat Melayu berasaskan:> Adat bersendikan hukum syarak, dan syarak bersendikan kitabullah> Melayu berasaskan etnik secara budaya bukan semata-mata secara genealogi (persamaan darah keturunan)> Hukum kekeluargaan Melayu berasaskan sistem parental (kedudukan ibu dan bapa sama)> Pada awal kedatangan Islam, Melayu ialah pedagang di Nusantara. Melayu ketika itu menjadi wadah orang Islam dalam membedakannya dengan orang bukan Islam> Pada awal kemerdekaan Indonesia dan kemudiannya Malaya, istilah masuk Melayu = masuk Islam> Kebanyakan suku, termasuk suku Batak dan Minang yang masih menggunakan marga asal nenek moyang, mahu digolongkan sebagai etnik Melayu
5
Kerajaan Melayu di Sumatera Timur yang wujud setelah tumbangnya kerajaan HARU di Deli akibat serangan Aceh pada tahun 1539M, bersifat kerajaan Islam mazhab Syafie
Kerajaan Islam ini mengutamakan muafakat antara pemerintah (raja),yang dianggap khalifatullah dengan rakyat yang diwakili oleh pembesar berasaskan kontrak sosial. Kontrak ini telah dimetrai antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun di Bukit Seguntang Mahameru seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu.
6
Segala hamba Melayu, jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh tuanku, jangan duli tuanku aibi (DLD)
Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negaranya juga (R)
Jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahnya, anak cucu patik pun berubahlah tuanku (BLD)
Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah kaki ke atas (R)
Jikalau raja Melayu itu mengubah perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya (DLD)
7
Dalam kontrak sosial ini, raja tidak boleh menghina dan memperkosa hak rakyat secara sewenang-wenangnya.
Raja tidak membuat keputusan tanpa muafakat dan persetujuan pembesar. Jika peraturan ini dilanggar, bermakna penyelewengan kuasa telah berlaku
Di Siak dan di Deli, pembesar disebut Datuk Berempat, dan di Serdang disebut Wazir Berempat
8
Ketaatan Melayu terhadap rajanya sebagai wakil Tuhan di dunia / ketua pemerintah Islam dan ketua adat terkandung dalam pepatah:
> Ada raja adat berdiri, tiada raja adat mati> Hidup dikandung adat, mati dikandung
tanah> Biar mati anak, jangan mati adat
tatkala kecil bernama muafakatapabila besar disebut adatmuafakat lalu di dalam gelapadat lalu di tengah terang
9
Raja mempunyai daulat (bahagia / kekuasaan), selaku ketua negara dan penguasa agama Islam
Oleh itu, derhaka kepadanya dianggap menjahanamkan kerajaan Islam dan keseimbangan alam
Hukuman kepada penderhaka amat berat, yakni nyawa yang juga melibatkan keluarga dan harta benda
10
Untuk menyirnakan ketidakadilan, rakyat menggunakan cara yang berikut:
* protes berasaskan hakikat raja adil, raja disembah, raja zalim raja disanggah. Hak asasi manusia tetap dipertahankan* meracun raja hingga mangkat* berpindah ke tempat lain, sehingga raja dan kerajaannya semakin pupus daulat, negeri semakin lengan ibarat disambar garuda, dan menjadi padang jarak padang tekukur
11
Raja senantiasa mengamalkan perkara berikut:
* Raja bertitah yang melimpahkan manfaat* Bapa raja ialah syariah, ibu raja ialah
pembesar negeri, dan anak raja ialah tentera dan rakyat.
* Raja memegang adat, yang kanun adat pusaka, turun temurun adil, arif, bijak bersusun, pandai meneliti zaman
beralun
12
Orang Melayu patuh kepada Yang Maha Esa
Bergantung pada yang Esaberpegang pada yang Esatanah hidup sempurna hiduphidup berakal mati berimanmalang hidup celaka hiduphidup tak tahu halal haram
13
Orang Melayu penegak hukum demi keamanan, ketertiban dan kelangsungan hidup bermasyarakat
adat di atas tumbuhnya, muafakat di atas dibuatnyaadat dipakai baharu, pusaka (kain) dipakai usangadat hidup tolong-menolong, adat mati jenguk menjengukadat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragamadat juara kalah menang, adat saudagar laba rugiadat teluk timbunan kapal, adat muara puputan ikanadat air cair, adat api panasdi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungmati anak gempar sekampung, mati adat gempar sebangsaadat itu jika tidur menjadi tikus, jika berjalan menjadi panjang, jika di laut menjadi perahu, jika di tanah menjadi pusaka (warisan).
14
Bulat lengkongan menjadi lembaga, bulat lembaga menjadi adat, bulat adat menjadi keadilan
Orang hidup dikandung adat, orang mati dikandung tanah
Salah makan dimuntahkan, salah tindak patut dikeletaikan, salah jalan balik ke pangkal, sumbing dititik, patah ditupang
Raja muafakat dengan menteri seperti kebun di pagar duri, hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat (pemberian daripada Tuhan)
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelaktidak ada keruh yang tak jernihtidak ada kusut yang tak selesai
kusut benang cari hujung pangkalnyakusut rambut ambil minyak dan sikatsesat di hujung jalanbalik ke pangkal jalan
15
Duduk meraut ranjautegak meninjau arah
Mencari kata muafakatmenokok barang yang kurangmengulas mana yang sentengmenghubung mana yang pendek
Mengheret membentangmenunjuk mengajarimenegur menyapa
Hari panas kok tak berlindunghari hujan kok tak bertudunghari kelam kok tak bersuluhjalan lengang kok tak berkawanberhemat sebelum habissediakan payung sebelum hujan
16
Yang elok di awak itusetuju di orang hendaknyasakit di awak sakit di oranglemak di awak lemak di orang
Berat sama dipikulringan sama dijinjingyang tiada sama dicarisama sakit sama senangke bukit sama mendakike lurah sama menurunisama menghayun sama melangkahjika khabar baik diberitahujika khabar buruk serentak didatangijika jauh ingat mengingatjika dekat temu menemuidapat sama labahilang sama rugipecah sebiji pecah semua
17
Bulat air kerana pembentungbulat manusia kerana maufakatfaham sesuai benar seukurbulat segolek pipih selayang
Rundingan jangan selisihmuafakat jangan bercanggahtuah pada sekataberani pada seia
Jika berdapat sama berlabakehilangan sama berugiyang ada dimakan bersamahati gajah sama dilapahhati kuman sama dicecahbanyak diberi berumpuksedikit diberi bercecahbesar kayu besar bahannyabesar periok besar keraknya
18
Seikat seperti sirihserumpun seperti seraiseciap seperti ayamsedencing seperti besimalu tak boleh diagihsuku tak boleh dianjakmelompat sama patahmenyerudup sama bongkokjalan sedundunselenggang seayun
Duduk sama rendahberdiri sama tinggi
19
Yang diberi garis yang dipahatyang ditakuk yang ditebangberjinjang naikbertangga turunkemanakan beraja pada mamakmamak beraja pada penghulupenghulu beraja pada maufakatmaufakat beraja pada alur dan patut
Adat bersaudara, saudara dipertahankanadat berkampung, kampung dipertahankanadat bersuku, suku dipertahankanadat bernegeri, negeri dipertahankan
Sepakat pangkal selamatsengketa pangkal celakahilang adat kerana janjihilang pusaka kerana buatan
20
Apabila bersemenda di mana-mana sukusahlah kata adatair orang disaukranting orang dipatahadat orang diturutdi mana bumi dipijakdi situ langit dijunjungmasuk kandang kerbau menguakmasuk kandang kambing mengembekbagaimana ada di tempat semendadipakailahlain lubuk lain ikannyalain padang lain belalangnyaalur sama diturutadat sama dipakailembaga sama dituangmeniru pada yang adamenelaah pada yang sudah
21
Tiada tukang yang membuang kayutiada buaya yang menolak bangkaiyang bongkok ke bingkai bajakyang lurus ke tangkai sapuyang setampuk ke papan tuaiyang kecil ke pasak suntingyang capek datang bertongkatyang buta meraba-rabayang tuli lekas bertanyayang kecil terambil lintangyang jarak tolak tolakanyang pendek bertinjau-tinjauyang kurap mengeruk anginyang buta menghembus lesungyang pekek pelepas bedilyang lumpuh penghalau ayamyang pekung penjemuranyang kurap pemikul buluhyang kuat pembawa bebanyang bingung disuruh-suruhyang cerdik lawan berunding
22
Kok gadang (besar) jangan melandakok cerdik jangan menjual
Kalau alim hendakkan doanyakalau kaya hendakkan emasnya
Apalah tanda batang putatbatang putat bersegi buahnyaapalah tanda orang beradatorang beradat tinggi maruahnya
Kalau tiada di dalam pukatcuba cari dalam tengkalakkalau tiada di dalam adatcubalah cari dalam syarak
putat = pohon, dapat mencapai ketinggian 18 meter, digunakan untuk membuat rumah(baringtoniaspicata)
tengkalak = lukah panjang, bubu
23
Adat bersifat luwes dan dinamik, iaitu boleh berubah mengikut keperluan. Perubahan ini berasaskan:
Sekali air bah sekali pantai berubah Kalau singkat minta disambung
kalau panjang minta dikeratkalau koyak minta ditampalusang-usang diperbaharuilapuk-lapuk dikajangiyang elok dipakaiyang buruk dibuang
24
Melayu mengutamakan budi dan bahasa yang menunjukkan sopan santun dan ketinggian ketamadunan Melayu
Yang kurik kundiyang merah sagayang baik budi yang indah bahasa
Usul menunjukkan asalbahasa menunjukkan bangsa
Taat pada petuasetia pada sumpahmati pada janjimelarat pada budi
25
Biarlah orang bertanam buluhkita bertanam padi jugabiarlah orang bertanam musuhkita bertanam budi juga
Baik-baik makan keladikeladi itu ada miangnyabaik-baik termakan budibudi itu ada hutangnya
Kalau kita bertanam padisenanglah makan adik-beradikkalau kita bertanam budiorang yang jahat menjadi baik
Kalau keladi sudah ditanamjanganlah lagi minta ditebaskalau budi sudah ditanamjanganlah nanti minta dibalas
26
Kalau makan keladi muyangjangan lupa pada bungkalnyakalau termakan budi orangjangan lupa pada asalnya
Jangan suka mencabut padikalau dicabut hilang buahnyajangan suka menyebut budikalau disebut hilang tuahnya
Mati kayu kerana benalupatahnya layu dahannya matimati Melayu kerana malukalah Melayu kerana budi
Apalah tanda batang paditumbuh di ladang lebat buahnyaapa tanda orang berbudielok dipandang baik bahasanyat
27
Biarlah orang mencabut cendawankita mencabut si batang matibiarlah orang berebut hartawankita berebut budi pekerti
Apalah tanda batang padibatang keladi ditanam isinyaapalah tanda orang berbudiorang berbudi rendah hatinya
Hidup dalam pekertimati dalam buditahu budi ada hutangnyatahu hidup ada bebannya
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
28
Anak merpati disambar helangterbang ketitir di dalam humaharimau mati meninggalkan belangmanusia mati meninggalkan nama
Gajah mati meninggalkan tulang Berjalan pelihara kaki
berkata pelihara lidah Buah berangan masaknya merah
kelkati dalam perahuluka di tangan nampak berdarahluka di hati siapa yang tahu
Asam kandis mari dihirismanis sekali rasa isinyadilihat manis dipandang manislebih manis hati budinya
29
Ayam hutan terbang ke hutantali tersangkut pagar berduriadik bukan saudara bukanhati tersangkut kerana budi
Ayam rintik di pinggir hutannampak dari tepi telaganama yang baik jadi ingatanseribu tahun terkenang juga
Merajuk pada yang kasihmeminta pada yang adabermanja pada yang sayang
Pisang emas bawa belayarmasak sebiji di atas petihutang emas boleh dibayarhutang budi dibawa mati
30
Pulau pandang jauh ke tengahdi balik pulau angsa duahancur badan dikandung tanahbudi yang baik dikenang juga
Budi ialah cara hidupduduk berpelarasandekat rumah dekat kampungboleh pinta memintasakit pening jenguk menjenguk
Megah gajah kerana gadingangguk merak kerana bulunyabudi baik tiada berbandingemas perak bukan nilainya
31
Melayu mengutamakan pendidikan dan ilmu.
Menuntut ilmu janganlah seganilmu yang benar, jangan yang bukaniaitu ilmu yang kebajikanisi kitab ini sudah disebutkan
Segala perbuatan dengan berilmumaka kebajikan boleh bertemujangan sembarang barang diramuakhirnya engkau jatuh tersemu
Demikian lagi dengar olehmutanda berakal kasih akan ilmusuka menelaah tiada jemumencari kepuasan jangan tersemu
32
Ilmu itu besar faedahnyamembedakan hak dengan batilnyamengetahui benar atau salahnyasupaya dihukum dengan adilnya
Alang tukang terbuang kayualang cerdik binasa adatalang alim rosak agamaalang sefaham kacau negeri
Ketidaan emas boleh dicariketiadaan akal putus bicara
Tak beremas putus talitak berakal tenggelam bumi
Yang cerdik tempat bertanyayang pandai tempat berguru
33
Aku hendak bertutur gurindam yang teraturpersimpangannya yang indah-indahiaitu ilmu yang memberi faedah
Jika hendak mengenal orang berilmubertanya dan belajar tiadalah jemu
Bekal ilmu mencelikkanbekal iman menyelamatkan
Kalau duduk disuruh bergurukalau tegak disuruh bertanyadisingkap tabir akalnyadibuka pintu ilmunyadibentang alam seluasnya
Lama hidup banyak dirasajauh perjalanan banyak pengalaman
34
Pucuk dedap selerai dedapsudah bertangkai setapak jariduduklah amal membaca kitabsesudah pandai tegak sendiri
Dalam duduk duduk bergurudalam tegak tegak bertanyadalam merantau mencari gurudalam berdagang mencari ilmu
Ingat akan tunjuk dan ajaringat akan amanah dan petua
Pandai menganut langkah yang lalupandai membaca jejak yang lampaupandai mencontoh pada yang sudahbijak membaca yang belum tiba
35
Kalau hendak pergi meramucarilah kayu berbuah lebatkalau hendak menuntut ilmucarilah ilmu yang bermanfaat hebat
Masuk apa meramu semakkalau tidak abu pangkalnyamasuk apa berilmu banyakkalau tidak dengan amalnya
Banyak orang pandai berkitabsedikit saja pandai bersyairbanyak orang pandai bercakapsedikit saja pandai berfikir
36
Apalah tanda batang tebubatang tebu halus uratnyaapalah tanda orang berilmuorang berilmu halus sifatnya
Semakin banyak tebu dicabutmakin terasa tumbuh semaknyasemakin banyak ilmu dituntutmakin terasa banyak bodohnya
37
Melayu mementingkan budaya
Bercakap tidak kasarberbaju menutup auratmenjauhkan pantang larang dan dosabiar mati daripada menanggung malu diri dan keluarga
Tidak mempermainkan orang dengan kasar Yang disebut sifat malu
malu membuka aib orangmalu menyingkap baju di badanmalu mencoreng syarakmalu dilanda adatmalu tertarung pada hamba
Harga garam pada masinnyaharga manusia pada malunya
38
Tanda parang pada hulunyatanda orang pada malunya
Tidak lari gunung dikejarhilang kabus nampaklah ia
Berakit-rakit ke huluberenang-renang ke tepianbersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Daripada hidup menanggung malueloklah mati kena palukalau aib sudah menipishidup di dunia tidak berkumistetapimalu berkayuh perahu hanyutmalu bertanya sesat jalanmalu makan perut lapar
39
Melayu bermesyuarat dan bermuafakat Dalam semua aktiviti harian (perkahwinan,
kematian, kenduri, mendirikan rumah, pentadbiran…) Melayu selalu bermesyuarat / muafakat dengan kerabat dan sahabat handai
Kalau tidak dipecahkan ruyungmanakan dapat sagunya
Hendaklah seperti tembikarpecah satu pecah semua
Cubit paha kananpaha kiri pun terasa juga
40
Dalam perkahwinan disebut jamu sukut, dalam gotong royong disebut seraya, dalam politik / pentadbiran disebut kerapatan
Kalau ranting sudah bertangkaijangan dililit-lilit jugakalau berunding sudah selesaijangan diungkit-ungkit juga
Perahu gading kerana dikeratperahu jatuh sudahlah retakputus runding kerana maufakathukum jatuh benar terletak
Kalau banyak bertanam pudingdi mana busut di sana seminaikalau bijak dalam berundingdi mana kusut di sana selesai
41
Kalau dinding julai-berjulaibanyak semut yang menyeragaikalau berunding berlalai-lalaibanyaklah kusut yang tak selesai
Seluk berseluk daunnya terapterap diampai menjadi benangelok-elok dalam bercakapcakap sampai maksudnya terang
Kalau sampai ke laut gadingbeloklah perahu mencari jelapangkalau bertikai dalam berundingfikiran jenih dada pun lapang
42
Tegak adat berpagar adattegak suku berpagar sukutegak kampung berpagar kampungtegak negeri berpagar negeri
Bersuku berwarisjauh ada dekat pun adajika jauh didengar-dengarkanjika dekat dipandang-pandangkanjangan sampai:
rumah sudah pahat berbunyi
43
Melayu ramah dan terbuka kepada tamu, terutama sesama agama
Apabila meraut seludang buluhsiap lidi buang miangapabila menjemput orang yang jauhsiap nasi dengan hidangan
Sirih berlipat sirih pinangsirih dari pulau Mutiarapemanis kata selamat datangawal bismillah pembuka bicara
Kalau kurang tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
44
Melayu melawan jika terdesak
Kalau sudah dimabuk pinangdaripada ke mulut biar ke hatikalau sudah masuk gelanggangdaripada surut relalah mati
Mengapa melukut terkena paranglalang ada yang akan dikeratmengapa takut kepada orangtulang nan sama lapan kerat
Jangan diangkut antan ke seberangtelungkup penampi dilendam gajahjanganlah takut ke jantan oranghidup dan mati di tangan Allah
45
Orang bersampan awak bersampansiapa belayar siapa berenangorang jantan awak pun jantansiapa yang benar dia yang menang
Seribu buluh ditebang orangapatah lagi buluh sebatangseribu musuh ditentang orangapatah lagi musuh seorang
Gantang besar cupaknya kayudiberi hulu papan selerangpantang besar anak Melayudiberi malu di depan orang
46
Esa elang kedua belalangtak kan kayu berbatang jeramiesa hilang dua terbilangtak kan Melayu hilang di bumi
Redup bintang hari pun subuhsubuh tiba bintang tak nampakhidup pantang mencari musuhmusuh tiba pantang ditolak
Kalau tak dapat rumput dibelaeloklah pandan jadi mengkuangkalau tak dapat menuntut belaeloklah badan mati terbuang
Kalau orang menjaring ungkarebung seiris akan pengkusnyakalau arang terconteng ke mukahujung keris akan penghapusnya
47
Tahukah engkau sifat pahlawan?
Bersungut dawaibermata kucingbertangan besiberhati waja
Mati berkapan cindaisetia tiada bertukarpantang surut biar selangkah
Alang-alang mandi biar basah Alang-alang menjeruk asam
biar lebih kurang janganalang-alang menyeluk pekasambiar sampai ke pangkal lengan
48
Alang-alang berdakwat biar hitam Gengam bara api biar sampai jadi arang Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali (alang kepalang!) Busungkan dada engkau bujang
perlihatkan tanda engkau lelakijangan takut tanah kan merahsatu hilang, kedua terbilangsebelum ajal berpantang matinamun, di dalam kebenaranbiar dipancung leher putussetapak jangan engkau surut
49
Apabila semua usaha tiada lagi, maka Melayu akan merajuk:
membawa diri ke hutan belukar
ingin kupetik bintang di langittanganku hangus disambar petir…
50
KESIMPULAN Dikatakan Melayu apabila ia beragama Islam,
berbahasa Melayu dan beradat istiadat Melayu
Jati diri Melayu dijelmakan melalui pelbagai matra seperti adat, patuh, penegak hukum, budi bahasa, luwes dan dinamik, pendidikan dan ilmu, budaya, bermesyuarat dan bermuafakat, ramah dan terbuka, melawan jika terdesak dan merajuk
51
KATA BIJAK PANDAI
KEBAHAGIAAN BUKANLAH TUJUAN TETAPI SEBUAH PERJALANAN