JELUJUR TANDA
Cara-cara menjahit jelujur tanda ialah:i. Pertama, mulakan
jahitan dengan dua lembar benang di jarum dan jahitkan satu mata
jahitan melalui bentuk kertas dan dua lapik fabrik jahitan.ii.
Patah balik jahitan ke belakang tetapi jangan tarik benang
tegang-tegang.iii. Tinggalkan satu gelung dan cucukkan jarum itu
keluar ke pola kertas dan tinggalkan kira-kira 3 cm benang sebelum
dipotong.iv. Tanggalkan pola kertasv. Asingkan fabrik dan jangan
biarkan benang hujung tertanggal, kemudian potong benang itu.vi.
Jika garisan-garisan pola perlu ditanda rapat-rapat di antara satu
sama lain, jahitkan bersama, satu sama jahitan lepas satu mata
jahitan, dengan cukup benang di antara mata-mata jahitan itu
sebelum dipotong tiap-tiap jahitan tanda itu supaya tidak membuang
masa.vii. Contohnya seperti berikut :-
JAHIT JELUJUR KASAR ATAU SAMA
Cara-cara menjahit jelujur kasar atau sama ialah:i. Mulakan
jahitan dengan jahitan kia di sebelah kanan dalam kain.ii. Jahitan
jelujur perlu dimulakan dari kanan dan dimatikan di sebelah
kiri.iii. Cucukkan jarum pada kain dan keluarkannya pada jarak
1cm.iv. Jarak jahitan adalah lebih besar iaitu kurang 1 cm
saiznya.v. Teruskan jahitan sehingga habis.vi. Matikan jahitan
dengan jahitan kia. vii. Kegunaan jelujur sama atau kasar : Jelujur
sama atau kasar merupakan salah satu contoh jahitan asas. Jahitan
jenis ini digunakan untuk menetapkankedudukankelepet kocek, kelim
dan bahagian kain yang melengkung atau berkedut. Jahitan ini senang
dicabut.viii. Contohnya seperti berikut :-
JELUJUR TAK SAMA
Cara-cara menjahit jelujur tak sama ialah:i. Pertama, mulakan
jahitan dengan jahitan kia.ii. Jahitan ini dimulakan dari kanan ke
kiri.iii. Jahit panjang jelujur kira-kira 1 cm pada kedua-dua belah
mata jahitan.iv. Jarakkan antara dua jahitan kira-kira 0.5 cm.v.
Teruskan jahitan hingga habis.vi. Matikan dengan jahitan kia.vii.
Contohnya seperti berikut :-
JELUJUR PANJANG PENDEK
Cara-cara menjahit jelujur panjang pendek ialah:i. Mulakan
jahitan dengan mata jahitan kia.ii. Jahitan ini dijahit dari kanan
ke kiri.iii. Pastikan jahitan dijahit dnegan dua mata jahitan
kira-kira 0.5 cm panjang sekaligus.iv. Kemudian satu mata jahitan
pendek kira-kira 1 cm.v. Teruskan jahitan sehingga habis.vi.
Matikan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-
JELUJUR TEGAK ATAU SERONG
Cara-cara menjahit jelujur tegak atau serong ialah:1. Pertama,
mulakan jahitan dengan jahitan kia dari sebelah kanan dan dimatikan
pada sebelah kiri.2. Jahitan perlu dimulakan dari atas ke bawah.3.
Pastikan kedudukan jarum sentiasa berada dalam keadaan menegak.4.
Mata jahitan di hadapan akan kelihatan serong manakala di belakang
adalah melintang.5. Teruskan jahitan sehingga habis.6. Matikan
jahitan dengan jahitan kia.7. Contohnya seperti berikut :-
JAHITAN MESIN
Cara-cara menjahit jahitan mesin ialah :
i. Jahitan dibuat menggunakan mesin industri.ii. Jahitan ini
dijahit untuk membuat empat jenis bentuk dan garisan seperti :
Garis lurus Segi empat Segi tiga Bulataniii. Bentuk dan garisan
yang sama dibuat di atas kertas menggunakan mesin tradisional tanpa
menggunakan benang.iv. Langkah yang pertama ialah melakar bentuk
atau garisan yang akan dijahit.v. Setiap lakaran dijahit.vi.
Contohnya seperti berikut:-
JELUJUR HALUS
Cara-cara menjahit jelujur halus ialah:i. Pertama, mulakan
jahitan dengan jahitan kia dari sebelah kanan kain.ii. Jahitan
perlu dimulakan dari kanan dan dimatikan di sebelah kiri.iii. Cucuk
jarum pada kain dan keluarkan selepas 3 mm atau 4 mm.iv. Jarak
jahitan adalah lebih halus berbanding jelujur yang lain iaitu lebih
kurang 3-5 mmv. Teruskan jahitan sehingga habis.vi. Matikan jahitan
dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-
JAHITAN KIA
Cara-cara menjahit jahitan kia ialah:i. Jahitan ini dimulakan
dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus.ii. Jarak mata
jahitannya ialah 3-5 mm.iii. Jahitan pertamanya adalah seperti
jahitan jelujur halus.iv. Kemudian, jarum dibawa balik ke jahitan
pertama dan dijahit ke hadapan semula.v. Ulangkan mata-mata jahitan
ini tetapi tentukan sudut tiap-tiap mata jahitan di sebelah dalam
akan bertindih pada arah yang sama seperti jahitan batang.vi.
Contohnya seperti berikut :-
JAHITAN LILIT UBI
Cara-cara menjahit jahitan lilit ubi ialah:i. Jahitan ini
dimulakan dari kanan ke kiri.ii. Mulakan jahitan dengan
meninggalkan kira-kira 1 cm benang di antara lipatan.iii. Apabila
menjahit mata jarum hendaklah menegak dan diarahkan kepada
penjahit.iv. Mata jahitan hendaklah dijahit rapat dan halus.v.
Jahit sehingga habis.vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii.
Contohnya seperti berikut :-
JAHITAN LILIT KEMAS
Cara-cara menjahit jahitan lilit kemas ialah:i. Mulakan dengan 2
atau 3 mata jahit jelujur halus.ii. Cara menjahitnya sama dengan
jahit lilit ubi tetapi ia dari kiri ke kanan.iii. Jarum condong
sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit.iv. Jahitan
ini halus dan mesti 0.3 cm daripada tepi kain serta jaraknya 0.3 cm
di antara jahitan. v. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke
kiri.vi. Contohnya seperti berikut:-
JAHITAN SILANG PANGKAH
Cara-cara menjahit jahitan silang pangkah ialah:1. Jahitan ini
dimulakan dengan jahitan kia ke atas sedikit lipatan daripada
tempat yang sudah berjerumbai.2. Mulakan jahitan dari kiri ke kanan
fabrik.3. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik
di bawah tepi berjerumbai.4. Tarik jarum keluar di bawah hujung
jahitan kia yang telah dibuat.5. Jahit mata jahitan berikut pada
dua lapisan fabrik dan di atas hujung mata jahitan sembat yang
pertama.6. Ulangi jelujur halus dengan cara ini berselang seli
dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.7. Contohnya seperti
berikut:-
JAHITAN INSANG PARI
Cara-cara menjahit jahitan insang pari ialah:i. Pertama, jahitan
dimulakan dengan jelujur halus menegak di sebelah kiri.ii. Cucuk
jarum menegak ke arah penjahit.iii. Jahit dari kiri ke kanan dengan
benang bergelung di bawah jarum.iv. Matikan jahitan dengan menjahit
beberapa jelujur halus menegak di kanan mata jahitan terakhir.v.
Contohnya seperti berikut:-
JAHIT LUBANG BUTANG
Cara-cara menjahit lubang butang ialah:i. Mulakan dengan
beberapa jelujur halus menegak pada sebelah kiri.ii. Cucuk jarum
menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.iii.
Kemudian tarik kedua-dua lembar benang daripada mata jarum dan
gelungkan benang itu di bawah jarum sebelum jarum itu ditarik ke
hadapan.iv. Lebar jahitan adalah selebar 4 urat benang kain yang
digunakan dan jarak antara jahitan ialah setebal benang menjahit.
Tiap-tiap mata jahitan ditamatkan dengan satu simpul.v. Matikan
jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak ke sebelah
kanan mata jahitan lubang butang yang akhir berdekatan
dengannya.vi. Digunakan untuk menjahit lubang butang menjahit
butang katup butang cangkuk jahitan sulaman.vii. Contohnya seperti
berikut:-
JAHITAN SEMBAT
Cara-cara menjahit sembat ialah:i. Jahitan dimulakan dari kanan
ke kiri di sebelah dalam fabrik dengan jahitan kia.ii. ulakan
dengan mencucuk jarum menerusi lipatan dari kanan ke kiri dan tarik
semula jarum atas lipatan.iii. Selitkan pangkal benang ke dalam
lipataniv. Condongkan jarum ke sudut 30o ke sebelah kiri dan ambil
beberapa urat benang daripada selapis fabrik dan bawa beberapa urat
benang di atas lipatan.v. Teruskan hingga ke hujung dan patah balik
semula kepada beberapa mata jahitan ke belakang untuk mematikan.vi.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut
:-
JAHITAN SEMBAT SUSUP
Cara-cara menjahit jahitan sembat susup:i. Jahitan ini dimulakan
dengan jahitan kia dari kanan ke kiri di sebelah dalam fabrik.ii.
Masukkan jarum menerusi lipatan dan jahit satu atau dua urat benang
dan selapis fabrik di bawahnya.iii. Kembalikan jarum ke tempat
permulaan di lipatan dan susupkan jarum ke dalam lipatan itu dari
kanan ke kiri.iv. Ulangi jahitan itu hingga ke hujung kerja,
kemudian masukkan jarum ke dalam lipatan dan potong benang.v. Jarak
di antara satu mata jahitan dengan yang lain adalah 6 mm.vi.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti
berikut:-
JELUJUR HALUS BERLILITi. Letakkan selembar benang atau reben
halus sebagai rekaan sulaman tangan.ii. Jahitan ini sering
digunakan untuk membuat dedahan pokok bunga atau permukaan;iii.
Benang yang pertama dijahit jelujur sampai hujung.iv. Selepas itu,
benang yang ke dua dimasukkan ke dalam benang jelujur tadi atau
dililitkan.v. Contohnya seperti berikut:-
JAHIT SUSUP JELUJURi. Letakkan selembar benang atau reben halus
sebagai rekaan sulaman tangan.ii. Jahitan ini sering digunakan
untuk membuat dedahan pokok bunga atau permukaan;iii. Benang yang
pertama dijahit jelujur sampai hujung.iv. Selepas itu, benang yang
ke dua dimasukkan ke dalam benang jelujur tadi atau
dililitkan.Contohnya seperti berikut :-
JAHIT PEKINIS i. Jahitan dimulakan dengan jahit jelujur sehingga
akhir.ii. Selepas itu, satu benang lagi digunakan untuk dililitkan
diantara jahitan jelujur tadi.iii. Benang dililit secara membulat
melalui jahitan jelujur tadi.iv. Ulang lilitan sehingga akhir. v.
Contohnya seperti berikut :-
JAHITAN SUJI BILANGi. Dijahitdengancaramengiring kearah sama.ii.
Pastikan ia tidak menarik benang pertama semasa hendak
disilangkan.iii. Contohnya seperti berikut :-
JAHIT BULU AYAMi. Sama saja dengan cara sulaman fly yang
diaturkan secara barisan.ii. Dari 1 benang keluar di 2, masuk ke 3
dan 4 dengan diakhiri di 5.iii. Ia terbentuk seolah dahan halus.
Boleh dibentukkan dedaun atau kelopak bungaiv. Contohnya seperti
berikut:-
JAHIT SILANG PANGKAH
i. Dijahit dari kiri ke kanan.ii. Jarum dibawa keluar melalui
nombor 1.iii. Ambil jahitan pendek dari nombor 2 ke 3 dan kemudian
dari nombor 4 ke 5 sehingga selesai menjahit.iv. Jahitan ini perlu
dipastikan agar ruangan lebar di antara persilangan tersebut perlu
sama.v. Contohnya seperti berikut :-
JAHIT RANTAIi. Jahitan ini dimulakan dari kanan ke kiri.ii. Bawa
jarum ke bahagian luar atau depan kain. iii. Masukkan jarum di mana
benang dikeluarkan tadi.iv. Buat jahitan pendek dan perlu
memastikan benang sentiasa diletakkan di bawah jarum untuk
membentuk loop gelung.v. Contohnya seperti berikut :-
JAHIT BATANGi. Cucuk jarum di 1 dan tarik dan tarik benang ke
atas.ii. Masukkan pula jarum di 2 dan susup keluar jarumdi 3.iii.
Tarik benang keluar dan ulang langkah seterusnya.iv. Jarak dari 1-3
adalah sama dengan 3-2.v. Contohnya seperti berikut :-
JAHIT TULANG IKANi. Variasi dari sulaman straightii. Dimulakan
dari kiri dan bergilir-gilir.iii. Ditamatkan setiap jahitan dengan
secara melintang pada sebelah dedauniv. Amat sesuai bagi sulaman
daun.v. Contohnya seperti berikut :-
JAHIT KUKU KAMBINGi. Bentuk sulaman ini seperti Y atau V.ii.
Dari 1 benang keluar di 2iii. Kemudian masukkan ke 3 dengan
diakhirkan di 4iv. Ia terbentuk seolah olah dahan halus dan
terpulang kepada citarasa tersendiri.v. Contohnya seperti
berikut:-
JAHIT SIMPUL PERANCIS
i. Susupkan jarum dari bawah 1 fabrik keluar di 2, lebihan
benang dililit-lilitkan keatas 6 kali. ii. Masukkan kembali jarum
kedalam fabrik untuk mematikan benang.iii. Contohnya seperti
berikut:-
JAHIT PADUi. Sulaman ini amat sesuai bagi membentuk dedaunan.ii.
Pastikan anda melukis garisan luarnya sebelum memulakan sulaman
supaya ia kelihatan serupa dengan lain.iii. Pastikan ia di sulam
rapat.iv. Contohnya seperti berikut:-
JAHITAN MANIK DAN LABUCI
1) MANIK
i. Jahit manik hanya menggunakan cara jelujur untuk
menyambungkan manik-manik menjadi sesuatu bentuk yang
dikehendaki.ii. Manik boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik
pada pakaian atau membuat beberapa jenis yang lain.iii. Ini adalah
bentuk umum dari perhiasan untuk kaum perempuan dan boleh dibuat
dengan cara yang berbeza sesuai dengan keperibadian.iv. Dalam
mencorakkan jahitan manik, sebenarnya ia memerlukan kreativiti
seseorang penyulam mengkombinasikan manik-manik berdasarkan bentuk,
saiz dan warna.v. Ada yang menggunakan warna yang sama dalam
menghias jahitan manik tetapi mengambil pendekatan dengan
menggunakan bentuk dan saiz yang berbeza-beza.vi. Manik Beras, Rice
Beads dan Manik Padi sesuai bagi semua jahitan manik mengikut
kesesuaian.vii. Selalunya corak yang dijahit menggunakan manik ini
ialah seperti bunga kekwa, teratai dan banyak lagi.viii. Terdapat
beberapa saiz dan warna manik.ix. Jenis glass dan kaca adalah yang
paling terbaik dan lebih berkilat berbanding ABS yang diperbuat
dari plastik dan kurang berkilat.
2) LABUCI
a. Jahitan untuk labuci pula menggunakan cara jelujur untuk
menyatukan labuci-labuci menjadi bentuk yang dikehendaki, contohnya
bentuk bunga.b. Bagi labuci pula, terdapat dalam macam-macam banyak
warna, saiz dan bentuk seperti bentuk bunga, bulat, bentuk
segitigadan sebagainya.
MENJAHIT BUTANG KATUP1. Kegunaan Jahitan Butang Katup :
i.Ia digunakan pada belah pakaian di bahagian leher dan lengan
baju.ii.Dibuat daripada logam
2. Cara-cara menjahit butang katup:
i. Mulakan jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.ii.
Cucuk jarum melalui bawah butang dan keluarkan jarum pada lubang
butang.iii. Lakukan jahitan insang pari empat kali setiap
lubang.iv. Ulang sehingga semua lubang telah dijahit.v. Matikan
jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.vi. Untuk menjahit
bahagian conet dan soket, langkah-langkahnya adalah sama.vii.
Contoh butang katup :-
MENJAHIT CANGKUK DAN MATA
Cara-cara menjahit cangkuk dan mata:i. Mulakan jahitan dengan
jahitan kia di sebelah dalam kain.ii. Cucuk jarum pada satu
daripada lubang mata.iii. Gunakan jahitan insang pari dan jahit
mengelilingi lubang mata empat hingga lima kali.iv. Cucuk jarum
melalui kain dan keluar dari lubang mata yang kedua.v. Matikan
jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.vi. Ulangi langkah
menjahit palang untuk menjahit cangkuk.vii. Contoh cangkuk dan mata
:-
MENJAHIT CANGKUK DAN PALANG
Cara-cara menjahit cangkuk dan palang:i. Mulakan dengan jahitan
kia.ii. Jahit jahitan lilit kemas / jahitan lurus 4-5 kaliiii.
Matikan dengan jahitan kia.
iv.Mulakan jahitan dengan jahitan kia.v. Masukkan jarum pada
satu dari pada lubang pada palang.vi. Jahitan jahitan lilit kemas
4-5 kali.vii. Susup jarum ke lubang kedua pada palang.viii.
Teruskan proses menjahit sehingga siap.ix. Matikan jahitan dengan
jahitan kia.
BUTANG DAN LUBANG BUTANG
Cara-cara menjahit lubang butang:
i. Cara membuat lubang butang ialah jarak antara garis lipatan
dengan garis tengah hadapan harus sekurang-kurangnya daripada
diameter butang.ii. Tandakan kedudukan lubang butang melintang yang
selari dengan garis lipatan dari garis tengah hadapan menghala ke
sebelah kiri pakaian dengan jarum peniti.iii. Ukuran lubang butang
adalah sama dengan ukuran diameter butang ditambah 3mm.iv. Jarak
lubang butang mestilah sama di antara satu sama lain.v. Semat dan
jelujur kedua-dua belah lubang butang dengan jelujur halus.vi. Cara
menggunting lubang butang pula ialah lipatkan kain belah pakaian
dan snipkan satu lubang kecil pada lubang butang dengan hujung
gunting.vii. Letakkan sebatang jarum peniti di atas butang.viii.
Cucukkan jarum jahitan ke lubang butang kedua menerusi fabrik.ix.
Ulangi proses jahitan ini sehingga butang dijahit dengan kukuh.x.
Kelurkan jarum peniti. xi. Lilitkan benang di sekeliling tangkai
atau kakinya.xii. Cucukkan jarum pada pangkal jahitan dan keluarkan
dari belakang fabrik.xiii. Matikan jahitan dengan jahitan kia atau
jahitan ulat-ulat. (jahitan insang pari padajahitan
BUTANG DAN RUMAH BUTANG BERSIRAT
1) Cara-cara menjahit butang bersirat :
i. Mulakan dengan jahitan kia.ii. Jahit dari kiri kekanan
sebanyak 4 hingga 5 kali cucuk tepi butang.iii. Lilit 4 atau 5 kali
pada sekeliling benang untuk menjadikan tangkal atau kakinya.iv.
Cucuk jarum pada pangkal sebelah dalam.v. Jahit ulat-ulat ( insang
pari pada jahitan lurus butang di sebelah dalam kain untuk
menenguhkan jahitan.
2) Cara-cara menjahit rumah butang bersirat:
i. Sediakan empat lembar benang dengan panjang yang sesuai.ii.
Jahitkan pada kain denganbentukmelengkungdanmatikan.iii. Kemudian,
lilitkan benang tersebut dengan menggunakan teknik jahitan insang
pari.
BELAH BERZIPCara-cara menjahit belah berzip :I. Susup jahitan
mesin di pangkal belah. II. Buka dan tekan kelim sama rata.
III. Semat dan jelujurkan zip rapat pada tepi lipatan bahagian
belakang belah sampai ke hujungnya. IV. Atas zip diletak di garisan
pemadan (G.P).
V. Temu, semat dan jelujur tepi belah bahagian hadapan. VI.
Pastikan ia bertindih sedikit pada tepi bahagian belakang.
VII. Mesin kan zip rapat di tepi belah belakang, melintang di
bawah dan terus mesin 1 cm lebarnya ke atas dengan penekan zip.
VIII. Cabut jelujur IX. Jahit ulat-ulat pada pangkal zip dengan
jahit silang pangkah pada pita zip di sebelah dalam. Tekan.
KELIM PAPAN MESIN
Cara-cara menjahit kelim papan mesin:i. Temukan dua keping
fabrik sebelah dalam secara berhadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan
tanda dengan menggunakan kapur.iii. Jahit pada ukuran yang telah
dibuat.iv. Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang sehingga
2 cm.v. Gunting basi jahitan kelim pada bahagian hadapan sehingga
0.5 cm.vi. Lipat bahagian yang lebih panjang ke bahagian yang
pendek.vii. Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan.viii. Tekan
tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang fabrik.ix. Mesin rapat
dengan lipatan.x. Contohnya seperti berikut :-
KELIM PAPAN TANGAN
Cara-cara menjahit kelim papan tangan:i. Temukan dua keping
fabrik sebelah dalam secara berhadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan
tanda dengan menggunakan kapur.iii. Jahit pada ukuran yang telah
dibuat.iv. Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang sehingga
2 cm.v. Gunting basi jahitan kelim pada bahagian hadapan sehingga
0.5 cm.vi. Lipat bahagian yang lebih panjang ke bahagian yang
pendek.vii. Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan.viii. Tekan
tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang fabrik.ix. Jahit
lipatan dengan menggunakan jahitan semat.
KELIM BELAH KANGKUNG
Cara-cara menjahit kelim belah kangkung:i. Temukan 2 fabrik
dengan sebelah luar berhadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan tanda
dengan menggunakan kapur.iii. Jahit mesin pada ukuran yang telah
ditanda.iv. Buka kelim dan tekan bukannya.v. Kemaskan kelim belah
kangkung dengan menjahitnya menggunakan jahitan insang pari.vi.
Contohnya jahitan seperti berikut :-
KELIM BETAWI
Cara-cara menjahit kelim betawi:i. Temukan dua keping fabrik
dengan sebelah dalam hadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan tanda
dengan menggunakan kapur.iii. Jahit pada ukuran yang telah
dibuat.iv. Gunting lebar basi sehingga 2.5 cm.v. Balikkan ke
sebelah dalam dan tekan bukaan basi kelim.vi. Balikkan ke sebelah
luar dan lipat mengikut garisan mesin.vii. Tolakkan kelim ke atas
untuk mengelakkan kelim dari beralur.viii. Jahit lebih kurang 0.6
cm dari jahitan yang pertama.ix. Contohnya:-
BELAH BERZIPLangkah 1 Jelujur di garisan pemadan Mesin di
garisan pemadan hingga 10 cm sebelum panjang belah. Terbalikkan ke
sebelah dalam dan kemaskan tepi kelim.
Langkah 2 Letakkan zip yang terbuka, S.L. zip bertemu S.L.
pakaian dengan gigi zip di garisan pemadan. Semat dan jelujur.
Dengan menggunakan tapak zip invisible, acu tapak di atas gigi zip
dan jahit mesin.
Langkah 3 Buat seperti langkah 2 di sebelah lagi. Pastikan pita
zip adalah di atas basi kelim.
Langkah 4 Tutupkan zip. Dengan menggunakan tapak zip biasa, dan
letakkan di sebelah kiri jarum mesin. Semat dan jelujur kelim di
sepanjang garisan pemadan yang belum dijahit. Masukkan jarum ke
hujung jahitan dan jahit hingga bertemu dengan jahitan yang
terakhir. Kukuhkan benang. Tapak zip biasaBasi kelim
BELAH KELEPET SAMA LEBARBelah kelepet sama lebar ialah sejenis
belah di mana fabrik di ambil daripada pakaian itu sendiri. Ia
adalah belah yang teguh dan ringkas.Langkah 1 Jelujur garis tengah
hadapan dan garis lipatan pada badan. Kemaskan tepi lapik. Lipatkan
lapik mengikut garis lipatan dengan sebelah luar lapik berhadapan
dengan sebelah luar bahagian badan. Jelujur lipatan.
Langkah 2
Jika tidak menggunakan kolar atau lapik Jelujur dan mesin di
sepanjang leher. Gunting tepi basi sehingga 6 mm dan snip.
Langkah 3 Sembat tepi bahu bahagian lapik kepada kelim bahu yang
telah dijahit di sebelah dalam. Ulang langkah 1-3 untuk bahagian
sebelah kiri pakaian.
BELAH SLIT BERLAPIK Belah slit berlapik dibuat di garis tegah
hadapan atau belakang atau hujung lengan.Ciri-ciri : Garis belah
hendaklah rata Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut Lapik atau
fabrik pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar. Tidak ada alur
pada cantuman.
Cara-cara menjahit belah slit berlapik:i. Bahagian yang hendak
dibuat slit dipotong separuh bulatan. Potong dibahagian bawah
separuh bulatan secara menegak.ii. Pada fabrik yang lain, ulangi
proses yang sama tetapi lebarkan lebih kurang 10 sm.iii. Lapik dan
cantumkan kedua-dua bahagian.iv. Jahit mesin atau jelujur halus
pada bahagian leher.v. Terbalikkan jahitan dan kemaskan dengan
menggunakan jahitan sembat.
CONTOH GAMBAR SAMPEL BELAH
1) Belah Berzip3) Belah Slit Berlapik
2) Belah Kelepet Sama Lebar