8.0Langkah-langkah MenjahitLANGKAH 1: Sedia dan jahit belah
kelepet sama lebar pada GTH
1) Sediakan lapik dalam lembut yang sesuai dengan lebar
kelepet.2) Menggunakan gunting kertas memotong lapik dalam yang
telah diukur
3) Gunakan jarum peniti untuk mencantumkan lapik dalam dengan
kelepet.4) Mengguanakan seterika menekan lapik dalam di SD
kelepet.
5) Menggunakan jarum peniti untuk mencantum renda dengan
bahagian hadapan blaus pada SL fabrik. 6) Selepas itu, cantum lagi
SL kelepet dengan renda.
7) Cantumkan renda dengan bahagian hadapan blaus serta kelepet
dengan menggunakan mesin jahit
8) Lipat kelepet ke dalam pada garisan lipatan dan tekan dengan
seterika.9) Ulangkan langkah 1 untuk kelepet yang satu lagi.
LANGKAH 2: Jahit lisu pemadan pada belakang blaus.
1) Temukan sebelah luar fabrik, sematkan jarum peniti di garisan
pemadan.
2) Jahit mesin dari bahagian yang lebar ke bahagian yang
tirus.3) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan
jahitan mesin.
4) Tekan lisu pemadan yang dijahit sehingga rata.
LANGKAH 3: Cantum kelim bahu dengan kelim belah kangkung.
1) Temukan bahu hadapan dan belakang di garis pemadan.2) Semat
dengan peniti dan jelujur.
3) Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.4) Buka
belah kelim dan tekan dengan seterika.
LANGKAH 4: Cantum kelim sisi(rusuk) blaus dengan kelim belah
kangkung.
1) Temukan sisi baju hadapan dan belakang di garis pemadan
menggunakan kelim belah kangkung.2) Semat, jelujur dan jahit mesin
pada SD baju.
3) Buka belah kelim dan tekan dengan seterika.
LANGKAH 5: Sedia dan cantum lengan gelembung ke lubang (keruk)
lengan.
1) Menjahit jelujur pada bahagian atas lengan dan tarik untuk
menghasilkan kedut.2) Sediakan lengan dengan temukan garisan
pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan jahit.
3) Menjahit satu bukaan untuk lengan mengikut lakaran yang
direka.4) Menjahit dengan mencantumkan satu kepingan fabrik dengan
bukaan yang digunting.
5) Menyemat jarum peniti pada kaff dan bahagian bukaan
lengan.
6) Mencantumkan kaff dengan bahagian lengan dengan mesin
jahit.
7) Lekat lengan kanan ke lubang dengan kanan dengan SL
bertemu.8) Temukan garisan pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk
badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan,
garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke
notch lubang lengan badan belakang.9) Dengan peniti menegak ke
lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan
kedua-dua garis pemadannya.10) Mengubahsuai kedut yang dihasilkan
bagi mendapat saiz lengan yang sepadan dengan lubang lengan.11)
Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garisan pemadan dari SD
lengan.12) Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan
hendaklah bertindih atas.
13) Menghias bahagian dengan menjahit renda pada kaff
menggunakan jahitan tangan.
LANGKAH 6: Sedia dan jahit kolar lurus pada garis leher.
1) Mencantumkan lapik dalam ke SD bahagian kolar dengan
menggunakan seterika.
2) Temukan sebelah luar kolar dengan memadankan garis pemadan
dan garis leher kolar.3) jahit mesin hujung kolar dari tepi
berlipat dan balikkan kolar ke sebelah luar fabrik setelah
selesai4) menyematkan jarum peniti di sekeliling tepi kolar.5)
Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan
memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis
tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis
leher kolar ke garis leher pakaian.6) Mencantumkan kolar dengan
blaus dengan menggunakan mesin jahit.
7) Tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika.
8) Menghias kolar dengan renda pada sekeliling kolar menggunakan
jaitan tangan.
LANGKAH 7: Menjahit butang dan lubang butang.
1) Sediakan butang dengan menggunakan covered button kit.2)
Mengguntingkan fabrik hitam untuk membuat butang.3) Menekan
kedua-dua bahagian butang bagi mengetatkan fabrik pada butang.4)
Tanda kedudukan lubang butang di GTH pada sebelah kanan baju.
5) Jahit lubang butang dengan jahit mesin lubang butang.
6) Buka lubang butang dengan menggunakan penetas jahitan dan
sniper.
7) Tanda kedudukan butang di GTH pada sebelah kiri baju.8) Jahit
butang dengan jahit lilit.
LANGKAH 8: Jahit kelepet pada bawah blaus dan kemas kelepet sama
lebar dengan jahitan silang pangkah
1) Lipat fabrik di garisan pemadan2) Semat dengan peniti3)
Menjahit kelepet bawah baju dengan menggunakan jahitan silang
pangkah
4) Menjahit kelompok jahitan silang pangkah pada kelepet sama
lebar.5) Tekan dengan seterika.
LANGKAH 9: Menjahit tali ribbon untuk kegunaan stail pakaian
1) Menggunting fabrik hitam untuk menjahit rtali ribbon.2)
Menyemat dengan jarum peniti pada ukuran yang ditanda.3) Jahit pada
SD fabrik dengan menggunakan mesin jahit.4) Terbalikan tali ribbon
ke SL fabrik.5) Kemas hujung tali ribbon dengan jahitan tangan.