-
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2016 – “Saya mengharapkan
semua staf bekerja secaraberpasukan dan ikhlaskan diri mereka serta
jadikan setiap amanah yang digalas ini sebagai ibadahagar Allah SWT
permudahkan urusan kerja harian kita,” demikian kata Dekan Pusat
Pengajian SainsPerubatan (PPSP) yang baharu, Profesor Dr. Shaiful
Bahari Ismail.
Shaiful yang diberi mandat menerajui PPSP bermula 15 November
lalu mengharapkan kerjasamasemua pihak dalam memastikan PPSP
mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak pengurusantertinggi
USM selaras dengan kehendak universiti.
“Pelantikan yang saya terima ini merupakan satu cabaran besar
dalam mengekalkan momentumkecemerlangan pengurusan terdahulu di
samping membuat perubahan untuk memastikankecemerlangan itu terus
ke hadapan dalam melahirkan graduan yang berkualiti.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
IKHLASKAN DIRI, KERJA SECARA BERPASUKAN DANJADIKAN KERJA SEBAGAI
IBADAH – SHAIFUL28NOV
https://news.usm.my/
-
“Matlamat saya adalah untuk melahirkan lebih ramai doktor dan
pakar yang berkualiti berbandinguniversiti-universiti lain selaras
dengan kehendak Naib Canselor USM yang mahukan 3R
‘Relevant,Referred & Respected’ pada peringkat global,” katanya
dalam satu sesi temubual semalam.
Menurut Shaiful, beliau berterima kasih kepada universiti kerana
memberi kepercayaan kepadanyauntuk menerajui PPSP dan amanah itu
bukan hanya dari USM tetapi dari Allah SWT untuk beliau galassebaik
mungkin.
“Saya berjanji akan memastikan staf akademik dan bukan akademik
di bawah seliaan saya bekerjadalam suasana yang kondusif.
“Saya juga percaya saya mempunyai pasukan kerja yang sangat baik
terdiri daripada timbalan-timbalan dekan yang berwibawa dalam
bidang masing-masing dan peranan mereka ini sangat pentingdalam
membantu saya mengemudi serta memastikan perjalanan PPSP lancar,”
jelasnya lagi.
Tambah Shaiful, walaupun universiti berdepan dengan kekangan
perbelanjaan dari aspek kewangan,beliau percaya PPSP masih mampu
melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan
meneruskankecemerlangan universiti.
“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi
(PPPM-PT) yang diperkenalkan olehkementerian telah menggariskan
agar universiti lebih berdaya saing terutama dari segi
penjanaankewangan, jadi kita haruslah lebih kreatif dan inovatif
untuk menjana pendapatan sendiri bagimemastikan program-program
yang dirancang berjalan dengan lancar.
“Selain itu, saya juga yakin bahawa PPSP mampu menghasilkan
lebih ramai graduan yang akanmemberikan impak positif dan mewarnai
masyarakat setempat di peringkat nasional dan global.
-
Shaiful turut mengharapkan agar semua staf bekerjasama antara
satu sama lain membentuk satupasukan yang mantap dan semoga segala
ibadah tersebut mendapat balasan setimpal serta diberkatioleh Allah
SWT.
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan
Mood.
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
(http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments
(http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal.
Hakcipta Terpelihara USM 2015
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFUL&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaifulhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFUL&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaifulmailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp