BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Cara Memujuk Hati Sendiri 2. Autism 3. Direktori Wakil AKRAB 4. Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Da- lam Diri Anda Sebagai Peker- ja. BULETIN BIL. 149/ OKTOBER 2015 Sumber : Internet. Kebiasaannya kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jan- gan lupa juga untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa terusik dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk, hati sendiri juga ingin dipujuk. Tips nya adalah seperti dibawah: Iman – melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah zikir. Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mung- kin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk. “Saya kuat” – motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri. Menangis – menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Lua- hkan saja apa yang ada dalam diri. Tidak lari dari masalah – hadapi lah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar.
6
Embed
ISU KELUARAN BULETIN PEMBIMBING ANDA …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab...Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mung- kin kita rasa macam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 149/ OKTOBER 2015
1. Cara Memujuk
Hati Sendiri
2. Autism
3. Direktori Wakil
AKRAB
4. Ciri-Ciri Yang
Perlu Ada Da-
lam Diri Anda
Sebagai Peker-
ja.
BULETIN BIL. 149/ OKTOBER 2015
Sumber : Internet.
Kebiasaannya kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jan-gan lupa juga untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa terusik dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk, hati sendiri juga ingin dipujuk. Tips nya adalah seperti dibawah:
Iman – melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah zikir.
Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mung-kin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk.
“Saya kuat” – motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.
Menangis – menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Lua-hkan saja apa yang ada dalam diri.
Tidak lari dari masalah – hadapi lah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar.
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pen-galaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )
CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM DIRI ANDA SEBAGAI PEKERJA
1. Bijak berkomunikasi : Majikan suka pekerja yang mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dan meluahkan perasaan dengan cara yang jelas , sama ada secara bertulis atau bercakap. Kurangnya komunikasi di antara pekerja dan ketua boleh menyebabkan banyak masalah berlaku dan mengeruhkan keadaan suasana pejabat.
2. Bermotivasi : Seorang pekerja yang komited tidak pernah ragu-ragu untuk mengambil tanggungjawab atau kedudukan yang lebih tinggi. Beliau juga bersedia untuk bekerja di luar waktu bertugas untuk memenuhi matlamat atau untuk menyelesaikan masalah, walaupun kerja dalam perbincangan bersama pihak yang berkaitan adalah bukan tugasnya tetapi telah diarahkan oleh ketua atau pihak atasan untuk mengantikannya contohnya mesyuarat. Selalu bersikap positif menanggani masalah yang muncul dan dapat mengawal tekanan kerja.
3. Mudah belajar dan menyesuaikan diri : Pekerja yang tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru , bersedia untuk belajar perkara-perkara baru dan melakukan yang terbaik dalam perubahan dalam mana-mana organisasi. Apabila kita bertukar jabatan sudah pastinya persekitaran, suasana, rakan dan lain-lain adalah berbeza. Dalam situasi ini kita perlulah memainkan peranan agar dapat menjalankan kerja dengan selesa. Belajarlah dengan rakan sekerja dan buanglah sifat malu bertanya dan diharap kita dapat menyesuaikan diri.
4. Boleh bekerja dalam Pasukan : Semua pekerjaan terdiri daripada sebuah pasukan atau kumpulan. Mana-mana jabatan/ bahagian memerlukan usaha sepasukan yang berkesan dalam mencapai matlamat dan menjayakan sesuatu kerja. Jika anda sebagai ketua, ini menjadikan anda adalah tonggak utama yang memainkan peranan agar sesuatu perkara itu dapat dicapai dan diselesaikan. Tugas anda memerlukan kepercayaan mereka dan segala masalah sudah pasti akan dirujuk kepada anda terlebih dahulu. Jika anda sebagai pihak bawahan anda perlu memberikan kerjasama kepada atasan anda bagi melancarkan proses kerja.
5. Membantu orang lain : Semua orang memerlukan bantuan dan menghargai bantuan yang dihulurkan. Jangan teragak-agak dalam membantu orang lain. Ini dapat mewujudkan hubungan mesra dengan rakan-rakan dan kerja dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dihargai oleh majikan.
6. Kejujuran : Dalam pekerjaan mestilah ada sikap jujur ketika berkerja. Laksanakan tugas anda sebaik mungkin. Hindari diri daripada sikap negatif yang boleh merosakkan suasana kerja dan hubungan dengan rakan sekerja. Ikhlaskan hati anda.
7. Beretika: Peraturan Kerja dibuat untuk diikuti. Terdapat rahsia dan perkara-perkara sulit tempat kerja yang sepatutnya disimpan. Seorang pekerja yang baik mengikut polisi jabatan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat demikian juga. Amalkan lah etika berkerja dalam waktu berkerja dan ikutilah langkah-langkah tersebut agar terhindar dari masalah.
8. Peramah : Menjadi mesra dan mudah didekati yakni tidak membahayakan. Amalkan lah untuk mengucapkan 'assalamualaikum', 'selamat pagi', 'terima kasih', atau ‘tahniah’ kepada rakan-rakan yang dikenali/ rakan sekerja anda. Perkara-perkara ini mungkin kelihatan tidak penting tetapi mewujudkan suasana selesa dan mengeratkan persahabatan.
9. Berdisiplin dan menepati masa : Setiap ketua suka pekerja yang menepati masa , berdisiplin dan teliti melaksanakan kerja. Datang lewat ke pejabat , mengambil rehat yang tidak perlu, berlengah dan meninggalkan pejabat lebih awal daripada biasa merugikan diri dan jabatan. Anda juga boleh dikenakan tindakan tatatertib.
10. Elakkan gosip: Kita perlu sentiasa ingat bahawa datang ke pejabat untuk bekerja ,atau kerjaya. Jangan menyebarkan gosip atau khabar angin di pejabat. Menghormati privasi rakan-rakan lain. Memelihara dan melindungi apa sahaja perkara yang berlaku dipejabat anda mahupun perkara diantara raka-rakan sekerja.