135 KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Oleh: Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor Ruzanah Binti Mohd Rozi ** PENGENALAN Hubungan antarabangsa dalam institusi kesultanan Melayu bermula bilamana berlakunya pelepasan negeri-negeri yang berada di bawah penaklukan Srivijaya pada abad keempat belas. Institusi Kesultanan Melayu yang merangkumi beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Brunei dibina sebagai tanda kedaulatan dan kekuasaan negara mereka. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan institusi kesultanan Melayu ini, jalinan hubungan antarabangsa dimeterai antara kesultanan Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau turut menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]. ** Penulis merupakan calon sarjana Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].
30
Embed
isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
135
KESULTANAN MELAYU
DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
Oleh:
Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor
Ruzanah Binti Mohd Rozi**
PENGENALAN
Hubungan antarabangsa dalam institusi kesultanan Melayu
bermula bilamana berlakunya pelepasan negeri-negeri yang
berada di bawah penaklukan Srivijaya pada abad keempat belas.
Institusi Kesultanan Melayu yang merangkumi beberapa kawasan
di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Brunei dibina
sebagai tanda kedaulatan dan kekuasaan negara mereka. Untuk
mengukuhkan lagi kedudukan institusi kesultanan Melayu ini,
jalinan hubungan antarabangsa dimeterai antara kesultanan
Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau turut
menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan
Pembangunan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau
boleh dihubungi melalui [email protected]. ** Penulis merupakan calon sarjana Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
136
Melayu dengan negara-negara luar bagi memberi jaminan
kedaulatan kepada sesebuah negeri. Bertitik-tolak dari
kepentingan ini, institusi kesultanan Melayu melihat wujudnya
peluang untuk membantu kesultanan Melayu meningkatkan taraf
sosial penduduk tempatan seperti menampung kekurangan bahan
mentah yang terdapat di dalam negeri sekali gus mengukuhkan
sosio politik dan ekonomi tempatan.1 Di sini, peranan sultan
terhadap hubungan antarabangsa jelas ternyata bilamana
hubungan antarabangsa menjadi dasar utama kepada
penggubalan dasar luar dan diplomasi negeri dalam institusi
kesultanan yang ada di Nusantara.
EMPAYAR MELAYU SEBELUM ERA KESULTANAN MELAYU
DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA.
Penaklukan Srivijaya ke atas Malayu (Jambi) telah memperluaskan
kuasa pentadbiran Srivijaya di rantau Melayu sehingga berhasil
menjadikan Srivijaya sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai
kelestarian kuasa yang masyhur di Asia Tenggara. Penguasaan
kerajaan Srivijaya terhadap hampir keseluruhan kawasan di
Kepulauan Melayu telah membolehkan kerajaan ini menjalin
hubungan antarabangsa dengan kerajaan luar. Kedudukan
geografi kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara telah menjadikan
Kepulauan Melayu sebagai pusat perdagangan antarabangsa
seawal abad ketujuh. Perkara ini dapat dilihat menerusi
pelabuhan-pelabuhan yang wujud di tenggara Sumatera yang
telah memainkan peranan penting kepada aktiviti pelayaran
antara lautan dengan menjadi tumpuan kepada para pedagang
untuk melakukan aktiviti pemindahan barangan dagangan. Tidak
hanya itu, pelabuhan-pelabuhan ini turut menjadi tempat untuk
1 Mazlan Zulkifly, “Dasar Luar Singapura (1965-1992)”, Disertasi Sarjana,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999), 3.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
137
para pedagang menginap, memasarkan produk dagangan dan
membaik-pulih kapal.2
Tambahan pula, keupayaan kerajaan Srivijaya dalam
menyediakan bekalan hasil tempatan untuk memenuhi pasaran
sendiri dan pasaran perdagangan China telah membolehkan
kerajaan Srivijaya menguasai laluan perdagangan antarabangsa di
semua pelabuhan Sumatera dan kepulauan Riau-Lingga. Dengan
menjalin hubungan erat antara kerajaan Srivijaya dengan orang
Laut atau diistilahkan juga sebagai “orang selat”, Kerajaan
Srivijaya mampu mengawal aktiviti kapal perdagangan di segala
rantau gugusan kepulauan Melayu.3 Sokongan padu yang
diterima dari pihak penguasa pelabuhan di sepanjang pantai
Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang mengakui dan
menerima kekuasaan Sirivijaya sebagai pusat pentadbiran telah
membawa keuntungan kepada kerajaan Srivijaya.4
Selain itu, Kerajaan Srivijaya ini juga berhasil menjadikan
Kepulauan Melayu sebagai pusat penyebaran agama dan budaya
bilamana pengaruh budaya Hindu beraliran Brahma di
laksanakan di Srivijaya.5 Namun, pegangan agama ini berubah
bilamana Srivijaya berpindah ke Malayu (Jambi), ajaran
Buddhisme Mahayana disebarkan sehingga berhasil
mengembangkan ideologi tersebut dan berjaya memasuki Selat
Melaka. Keunggulan pentadbiran kerajaan Srivijaya ini telah
menjulang kedudukan Maharaja Srivijaya sehingga ke benua
2 Syed ZulFlida S.M. Noor, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka:
Kemunculan dan Kegemilangan (Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia,
2006), 4. 3 Ibid., 11. 4 Ibid., 11. 5 Seorang pendeta China, I-Ch’ing dalam catatannya pernah mengatakan
bahawasanya lebih seribu rahib Buddhis berada di Srivijaya sekitar
tahun 671. Lihat ibid., 11.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
138
India, China6 dan Timur Tengah. Perkara ini dapat ditelusuri
menerusi catatan Arab yang menyebut Srivijaya sebagai Zabaj7
dan Sribuza8.
Jalinan hubungan antarabangsa ini juga menjadi faktor
penting kepada kerajaan Srivijaya dalam mempertahankan
kawasan-kawasan takluknya. Perkara ini dapat dilihat pada akhir
abad ke sepuluh dalam tahun 992 bilamana Kerajaan Srivijaya
telah memohon perlindungan dari Maharaja China dari serangan
Jawa. Meskipun dalam masa yang sama, kerajaan Jawa mengutus
utusan ke China memaklumkan keadaan perselisihan dan
peperangan yang sering terjadi antara Jawa dan Srivijaya, namun,
Srivijaya berjaya menangkis serangan dari Jawa pada tahun 1016
hasil dari hubungan diplomatik dengan China.9 Tidak hanya itu,
hubungan perdagangan dengan China juga telah memberikan
kelebihan kepada kerajaan Srivijaya sebagai penguasa tempatan
dan pembawa barangan dagangan yang berhak membawa ufti ke
China.10
6 Pada awalnya, kerajaan Srivijaya merujuk istilah China dengan Shih-li-
fo-shi dan kemudiannya menggunakan istilah san-fo-ch’i. Istilah ini
telah digunakan sejak awal abad kesepuluh hingga akhir abad keempat
belas iaitu semasa zaman dinasti Ming. 7 Istilah “Zabaj” ini merujuk kepada keseluruhan gugusan pulau yang
berada di bawah kekuasaan Srivijaya yang meliputi Sumatera dan
Semenanjung Tanah Melayu. 8 Istilah “Sribuza” pula merujuk kepada panggilan Srivijaya. 9 Ibid, 4-5. 10 Penghormatan ini diberikan oleh kerajaan China sebelum China
mengamalkan sistem ufti yang hanya membenarkan perdagangan asing
masuk sebagai barang ufti yang hanya dibawa oleh utusan dari sebuah
negara besar.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
139
KELAHIRAN KESULTANAN MELAYU DI TANAH MELAYU
DAN KESULTANAN MELAYU BRUNEI
Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas Tanah Melayu telah
berhadapan dengan perubahan dasar perdagangan negeri China
sekitar abad kedua belas dan abad ketiga belas. Pelabuhan-
pelabuhan yang berada di bawah pengawasan kerajaan Srivijaya
dilihat telah mula beroperasi secara bersendirian dan melakukan
aktiviti perdagangan yang bebas terus kepada China. Negeri-
negeri bahagian Sumatera seperti Barus, Po-lo dan Kampe (Aru)11
telah berdagang secara bersendirian tanpa melalui kerajaan pusat
Srivijaya dan berhasil menjadi pesaing utama kepada Srivijaya.
Manakala pelabuhan-pelabuhan yang berada jauh dari
kawasan pentadbiran pusat Srivijaya mula meminggirkan diri
daripada perikatan naungan dengan kerajaan Srivijaya.
Kebanyakan pelabuhan-pelabuhan ini terletak di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai hubungan
langsung dengan China. Aspek jaminan keselamatan yang
diberikan oleh pelabuhan-pelabuhan utama di Semenanjung
Tanah Melayu telah berjaya menarik perhatian para pedagang
luar untuk berdagang secara langsung dengan kerajaan tempatan
semenanjung Tanah Melayu. Apatah lagi, berleluasanya aktiviti
lanun di sekitar jalan masuk ke Palembang dan Jambi akibat
penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh orang laut Srivijaya.
Dalam keadaan ini, seluruh alam Melayu di sepanjang pantai
timur Semenanjung Tanah Melayu telah menjalankan aktiviti
perdagangan dengan China dengan dagangan barangan seperti
tembikar, sutera dan barang sampang (lacquerware). Manakala
11 Kampe (Aru) telah mengisytiharkan kebebasan negeri mereka dari
naungan Srivijaya pada abad ketiga belas. Tindakan Kampe ini turut
disertai oleh pengisytiharan Perlak dan Pasai terutama setelah dua
kawasan ini dipengaruhi dengan ajaran agama Islam.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
140
barang dagangan dari Tanah Melayu pula adalah seperti gading,
damar, kulit penyu, rotan, timah dan lilin lebah. Tidak hanya itu,
catatan China ada mengatakan bahawasanya, kesemua negeri
Melayu di sepanjang pantai timur telah ada penguasa ataupun
rajanya sendiri pada abad keempat belas.12
Kepesatan aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh negeri-
negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu ini turut
memberikan impak kepada Brunei. Brunei atau disebut sebagai
P’o-ni dalam catatan China pada sejak abad kesembilan turut
berhasil menarik diri dari naungan kerajaan Srivijaya setelah
berupaya menjadikan kawasan tersebut maju dan makmur.
Ketegangan hubungan yang sememangnya wujud antara
kerajaan Srivijaya dan Jawa telah membawa kepada serangan ke
atas Jambi iaitu pusat pentadbiran kerajaan Srivijaya setelah
pengaruh Srivijaya semakin hilang dalam kalangan negeri-negeri
takluknya. Kejayaan raja Singasari (Jawa) dalam serangan tersebut
telah membolehkan Jawa membuat tuntutan ke atas Pahang dan
menganggap dirinya berkuasa di seluruh tenggara Sumatera.13
Melihat kepada ambang kejatuhan kerajaan Srivijaya ini,
kerajaan Siam turut mengambil peluang untuk meluaskan
kawasan takluknya sehingga menyaksikan penguasaan penguasa
Ligor, Selatan Siam berjaya menakluki negeri-negeri di utara
Semenanjung Tanah Melayu.14
Natijahnya, negeri-negeri ini
menjadi negeri di bawah naungan raja-raja Sukhothai. Impian
untuk menakluki negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah
12 Perkara ini telah menunjukkan bahawasanya negeri-negeri ini sudah
menetap di satu kawasan (bermula dengan kawasan berhampiran
sungai yang dijadikan sebagai pelabuhan dan telah mewujudkan
pentadbiran negeri yang lebih tersusun. Lihat Ibid., 6. 13 Lihat Ibid., 8. 14 Antara faktor utama kepada kejayaan Selatan Siam menakluki negeri-
negeri utara Semenanjung Tanah Melayu adalah kerana kedudukan
negeri-negeri ini yang jauh dari kerajaan pusat.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
141
Melayu semakin menjadi-jadi setelah tertubuhnya kerajaan
Ayudhya sehingga membawa kepada penguasaan tentera Thai ke
atas negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu
dari utara terus ke selatan. Penaklukan ini telah memberikan
manfaat kepada kerajaan Thai selepas itu kerana negeri-negeri ini
perlu menyerahkan hak dan ufti yang tetap kepada kerajaan
Thai.15
KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN
ANTARABANGSA
i) Kesultanan Melayu Melaka dan Hubungan Antarabangsa
Pembukaan negeri Melaka yang dilakukan oleh Parameswara
telah membawa kepada pemerintahan kesultanan Melayu Melaka
dengan pengiktirafan sebagai raja yang diberikan oleh Maharaja
China kepada Parameswara.16
Pengislaman Parameswara pada
tahun 1414 telah membawa kepada penggunaan istilah sultan
kepada diri baginda dan baginda sendiri dikenali sebagai Sultan
Iskandar Shah.17
Dengan menjadikan Selat Melaka sebagai pusat terdirinya
kesultanan Melayu Melaka, Sultan Iskandar Shah berjaya
menjadikan Selat Melaka sebagai pelabuhan perdagangan utama
di Asia Tenggara. Kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara
telah menjadi tumpuan utama kepada para pedagang untuk
menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. Tidak hanya itu,
pelabuhan Selat Melaka ini turut menjadi tempat persinggahan
15 Situasi ini telah menyebabkan kerajaan Melayu tidak dapat memajukan
tanah sendiri bahkan hanya mewujudkan ketegangan yang berterusan
selama beberapa abad. 16 Syed Ahmad Syed Kassim, et al., Melaka: Di Sinilah Segala-galanya
Bermula, (Johor: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, 2012), 3. 17 Pengislaman baginda ini berlaku setelah baginda berkahwin dengan
Puteri Raja Pasai.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
142
buat para pedagang yang berdagang ke Asia Tenggara ketika
menunggu angin monsun berubah sebelum meneruskan
pelayaran mereka. Aktiviti seperti ini, telah menjadikan Selat
Melaka semakin terkenal dan menarik perhatian para pedagang
untuk berdagang. Bertitik-tolak dari permintaan ini, kesultanan
Melayu Melaka berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan
daya tarikan di pelabuhan tersebut. Oleh itu, kerajaan Melaka
pada ketika itu, berusaha memberikan layanan yang terbaik
kepada para pedagang yang berlabuh di Selat Melaka.
Dalam keadaan ini, kesultanan Melayu Melaka berusaha
memberikan perkhidmatan kepada saudagar-saudagar yang
berlabuh di pelabuhan Selat Melaka seperti jaminan keselamatan
kepada para pedagang yang melalui laluan di pelabuhan tersebut
mahupun di laluan Laut China Selatan. Selain itu, kesultanan
Melayu Melaka turut menampung bekalan makanan kepada para
pedagang sepanjang mereka berada di Tanah Melayu. Bagi
memenuhi perkara di atas, kesultanan Melayu Melaka turut
memutuskan untuk memeterai hubungan antarabangsa dengan
kerajaan-kerajaan yang lain dalam memberikan mutu
perkhidmatan yang terbaik kepada saudagar-saudagar yang
belayar ke pelabuhan Selat Melaka.
Institusi kesultanan Melayu Melaka yang jelas dengan tujuan
terhadap hubungan antarabangsa yang dimeterai telah membawa
kepada penilaian asas yang jelas ke atas dasar luar yang
diamalkan oleh kerajaan Melaka. Di antara negeri-negeri yang ada
di gugusan Kepulauan Melayu, kelihatan seperti Melaka
mempunyai empat peringkat dalam perhubungan Melaka dengan
negara-negara luar. Dalam konteks ini, Zainal Abidin (1990)
merumuskan bahawasanya empat peringkat tersebut adalah
negara yang punyai taraf yang sama dengan Melaka, kedua;
negara yang “bernaung” atau negara yang menerima ketuanan
Melaka tetapi tidak bermaksud tiada raja, ketiga; negara yang
hubungannya tidak dimasukkan dalam salah satu daripada dua
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
143
kategori ini dan keempat; adalah negeri yang menjadi sebahagian
dari Melaka tetapi seolah-olah seperti tanah jajahan.
Bil Peringkat perhubungan
Melaka-Negara luar
Contoh
negara
yang
terlibat
1 Negara yang dianggap
setaraf dengan Melaka
Majapahit
Pasai
*Haru
2 Negeri yang “bernaung” di
bawah Melaka
Pattani
Kedah
3
Negeri yang tidak
tersenarai dari salah satu
peringkat di atas
Mangkasar
4 Negeri yang menjadi
sebahagian dari Melaka
tetapi seolah-olah menjadi
tanah jajahan Melaka
Kelang
Inderagiri
Kampar
Siak
* Hari tidak lagi dijadikan negara setaraf dengan Melaka setelah menyerang Melaka
** Ringkasan oleh penulis dari artikel Zainal Abidin Abdul Wahid, Kerajaan Melaka dalam Hubungan Antarabangsa.
a) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan negeri-negeri
jiran di Tanah Melayu
Bagi membantu Melaka mengukuhkan aktiviti perdagangan
di Selat Melaka, kesultanan Melaka telah mengikat perjanjian
dengan beberapa buah negeri yang berkaitan seperti Kelang,
Selangor, Perak, Bernam dan Beruas. Negeri-negeri ini
mengirimkan bekalan bijih timah dan beberapa jenis makanan
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
144
kepada Melaka untuk beberapa tahun sehingga ia berjaya
dijadikan sebagai bahan eksport kerajaan Melaka.18
Antara lain kekuasaan yang dimiliki oleh kesultanan Melayu
Melaka dapat diperhatikan menerusi peranan sultan Melaka
yang menjadi penabal dan penaung kepada sultan yang lain.
Dalam keadaan ini, peranan kesultanan Melayu Melaka
sebagai penabal sultan bagi negeri lain dapat dilihat
berdasarkan peristiwa penabalan Sultan Abdul Jamil sebagai
raja di Pahang dengan nobat yang diberikan oleh Sultan
Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah.19
Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Melaka juga pernah
menabalkan Raja Patani sebagai sultan setelah kawasan
tersebut dibuka oleh seorang raja Siam yang bernama Cau
Seri Bangsa20
di Kota Mahligai. Kota Mahligai ini
kemudiannya ditukar namanya kepada Patani dan
menghantar utusan bernama Ukon Pola ke Melaka dengan
membawa surat sembah.
18 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka
1511, (Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia
(IKSEP), 2006), 56. 19 Penabalan sultan Abdul Jamil sebagai sultan Pahang oleh Sultan
Mahmud Shah adalah kerana kemangkatan Sultan Mahmud Pahang
yang telah meninggalkan tiga orang putera iaitu Sultan Abdul Jamil,
Raja Mudzaffar dan Raja Ahmad. Maka, setelah mendengar
perkhabaran mengenai kemangkatan Sultan Mahmud Pahang, sultan
Mahmud Shah telah melantik waris sultan Pahang yang paling tua. 20 Niat awal Raja Cau Seri Bangsa menakluki Kota Mahligai adalah jika
baginda dapat menawan Kota Mahligai, baginda akan memeluk Islam.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
145
Sultan Mahmud Shah dari kesultanan Melayu Melaka
menabalkan Raja Patani dengan gelaran Sultan Ahmad Shah.
Raja Abdullah dari Kampar dan Raja Kedah juga pernah
ditabalkan oleh kesultanan Melayu Melaka.21
Selain itu, hubungan antara kesultanan Melayu Melaka
dengan negeri yang lain adalah bersifat sebagai penyelamat
dan pelindung kepada negeri-negeri kecil yang berada di
dalam kawasan takluknya dari diserang oleh kuasa asing.
Sebagai contoh, Sultan Mahmud pernah membantu Pahang
menghadapi serangan daripada Raja Siam, Maharaja Dewa
Sura dari Legor.22
b) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Wilayah
Sumatera
Wilayah Sumatera juga merupakan sebahagian wilayah yang
berada di bawah kawasan takluk kerajaan Melaka. Dalam
keadaan ini, kawasan pantai timur Sumatera yang mencakupi
kawasan Kampe (Aru), Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri,
Jambi dan Tungkal adalah kawasan yang dikatakan seolah-
olah seperti tanah jajahan Melaka, meskipun kawasan-
kawasan ini mempunyai pemerintahnya sendiri. Penguasaan
Melaka ke atas kawasan-kawasan ini dilakukan dengan
beberapa cara.
21 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa
Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah
Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), 50-51. 22 Ibid., 51.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
146
Sebagai contoh, penguasaan Melaka ke atas Inderagiri dan
Siantan adalah berdasarkan anugerah yang diberikan oleh
kerajaan Majapahit kepada Melaka. Berbeza pula di bahagian
kawasan Kampar dan Siak, kawasan ini dikuasai oleh Melaka
melalui perang yang pernah berlaku antara kerajaan Melaka
dengan Kampar23
dan Siak.
Kekalahan Siak di dalam perang antara Melaka dengan Siak
telah membawa kepada kemangkatan Maharaja Permaisura
Siak24
sewaktu perang yang berlaku antara kedua-dua
kerajaan.25
Maka, hubungan antara Melaka dan Siak bermula
bilamana Sultan Mansor Shah menjadikan Putera Raja
Permaisura Siak, Megat Kudu sebagai menantu (setelah
dikahwinkan dengan Raja Mahadewi) dan kemudiannya
dilantik menjadi raja di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.
Hubungan antara Melaka dan Siak ini disifatkan sebagai
hubungan politik kekeluargaan di antara Melaka dengan
Siak26
bagi memastikan jaminan keselamatan para pedagang
yang melalui Selat Melaka terjaga. Meskipun negeri-negeri ini
mempunyai raja-rajanya sendiri tetapi segala keputusan
dalam negeri adalah tertakluk kepada kata putus dari Melaka.
23 Penguasaan ke atas Kampar juga adalah berdasarkan kepada perang
yang dilakukan oleh kerajaan Melaka dengan Kampar bagi menjaga
keselamatan perdagangan di Selat Melaka. Setelah berjaya
mengalahkan Kampar, kerabat diraja kesultanan Melayu Melaka
ditempatkan di situ bagi menjaga hal-ehwal pentadbiran negeri
Kampar. Selain itu, Kampar juga adalah kawasan yang boleh
menyumbangkan barang dagangan kepada Melaka seperti lada dan
emas yang kebanyakannya boleh didapati di Minangkabau. 24 Maharaja Permaisura dikatakan dari keturunan Raja Pagar Ruyung. 25 Perang yang tercetus antara kerajaan Melaka dengan Siak adalah
disebabkan keengganan Siak untuk tunduk kepada kerajaan Melaka
pada ketika itu. Maka, Sultan Mansor Shah iaitu Sultan Melaka telah
memerintahkan untuk menyerang Siak. 26 Ibid., 60.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
147
Perkara ini dapat diperhatikan menerusi peristiwa yang
berlaku di antara tahun 1477-1488 iaitu semasa Melaka di
bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah I yang
marah dengan perbuatan Siak kerana telah menjatuhkan
hukuman bunuh kepada seorang pesalah tanpa pengetahuan
istana Melaka. Maka di sini, dapat difahami bahawasanya
hubungan politik yang dijalin antara Melaka dan Siak adalah
bersifat kuasa penakluk dengan kerajaan yang tertakluk.27
Berbeza dengan hubungan antara Melaka dengan kawasan-
kawasan di timur Sumatera, hubungan antara Melaka dengan
kawasan-kawasan di utara Sumatera bersifat negeri setaraf.
Dalam keadaan ini, kawasan yang terlibat adalah kawasan
kesultanan Pasai. Hubungan antara kesultanan Melaka
dengan kesultanan Pasai lebih cenderung kepada hubungan
persahabatan dan pengukuhan antara kedua-dua kerajaan. Ini
adalah kerana, Sultan Iskandar Shah telah mengahwini puteri
Raja Pasai, Sultan Nur El-Abedin pada tahun 1414 setelah
memeluk Islam. Jalinan hubungan antara kedua-dua kerajaan
ini bukan sahaja membawa kepada perkembangan aktiviti
perdagangan di Selat Melaka bahkan membantu proses
penyebaran agama Islam di Melaka.28
c) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Siam
Aktiviti perdagangan yang pesat di Selat Melaka telah
membawa kepada jalinan hubungan politik antara Melaka
dengan kerajaan Siam. Dalam keadaan ini, jalinan ini boleh
dilihat dari aspek dua hala yang mana Siam berusaha
menakluki Melaka bagi meluaskan kawasan takluknya. Ini
dapat dilihat menerusi kebijaksanaan kesultanan Melayu
Melaka yang mendapat perlindungan dari kerajaan China
27 Ibid., 61. 28 En. Khamis bin Hj. Abas, ed., Melaka Dalam Dunia Maritim (Melaka:
Perbadanan Muzium Melaka, 2004), 29.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
148
menerusi pengiktirafan Maharaja China ke atas Parameswara
sebagai pemerintah Melaka. Pengiktirafan ini adalah bagi
mengelakkan sebarang bentuk serangan dari Siam ke atas
Melaka setelah bertahun sebelum itu Melaka memberi ufti
kepada kerajaan Siam sebagai balasan untuk tidak menyerang
Melaka.29
Namun, di sebalik itu juga, kerajaan Melaka memerlukan
Siam bagi menampung keperluan bekalan makanan untuk
pedagang yang singgah di Pelabuhan Selat Melaka. Pada
ketika itu, penduduk Melaka yang bergiat dalam aktiviti
pertanian hanyalah dalam bilangan yang kecil.
d) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Asia Timur
Antara kerajaan yang terbesar di Asia Timur adalah China.
Seperti yang dikatakan oleh penulis pada awal perbincangan,
hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan
kerajaan China telah lama dilakukan iaitu sejak semenanjung
Tanah Melayu berada di bawah kekuasaan Srivijaya. China
merupakan salah sebuah negara yang dianggap sebagai kuasa
yang kuat dan giat berdagang di rantau Asia termasuklah di
rantau Asia Tenggara telah mengalami kepesatan dan
kemajuan dalam negara mereka.
Makanya, kesultanan Melayu Melaka terus yang dimiliki oleh
China dilihat sebagai satu bentuk peluang untuk Melaka
mempertahankan negara dari serangan Siam. Dalam konteks
ini, keselamatan negara sangat berkait rapat dengan
hubungan politik sesebuah negara dengan negara yang lain.
Siam yang pada waktu itu dilihat sering mengancam
keselamatan Melaka telah mendorong Melaka untuk menjalin
hubungan dengan China bagi mengimbangi kekuatan Siam
29 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka
1511. Op. Cit., 55.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
149
menerusi kuasa China. Perkara ini lebih dikenali sebagai
pelaksanaan dasar perseimbangan kuasa atau disebut sebagai
“balance of power”, telah membantu Melaka bersiap sedia
menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sekiranya
Siam bertekad untuk berhadapan dengan Melaka.30
Tidak hanya itu, hubungan yang dijalin antara institusi
kesultanan Melayu Melaka dengan China juga adalah bagi
menjamin laluan perdagangan kapal-kapal dagang di
bahagian Laut China Selatan dari serangan lanun China.
Keadaan ini adalah kerana perairan Laut China Selatan
merupakan salah satu jalan dagangan yang menghubungkan
pusat perdagangan Melaka dengan negara lain, maka Melaka
perlu mengambil inisiatif untuk menjamin perjalanan kapal
dagangan ke China dari diserang oleh lanun-lanun China.
Dalam konteks ini, Melaka adalah salah sebuah negara yang
membawa ufti kerajaan China bagi mengelak rompakan dari
lanun-lanun China kerana para lanun dikatakan takut kepada
kerajaan China.
e) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Asia Barat /
Timur Tengah
Jalinan hubungan antara kesultanan Melayu Melaka tidak
hanya terbatas terhadap wilayah Asia Timur dan Nusantara,
bahkan meliputi Asia Barat, termasuklah hubungan dengan
negara-negara di wilayah Timur Tengah. Dalam keadaan ini,
dikatakan bahawasanya hubungan antara kesultanan Melayu
dengan Timur Tengah telah bermula sejak pengislaman
Parameswara pada tahun 1414. Bermula dari itu, Melaka
menjadi tumpuan para pedagang dari Tanah Arab untuk
berdagang di Melaka. Hubungan ini telah membawa kepada
30 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Kerajaan Melaka Dalam Hubungan
Antarabangsa” (makalah, Malaysian Journal of History, Politics and
Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990), 74.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
150
hubungan perdagangan antara kesultanan Melayu dengan
Timur Tengah.
Tidak sekadar itu, sikap sultan Melayu dalam mengalu-
alukan kedatangan para pedagang dari Timur Tengah turut
menarik perhatian mereka untuk menyampaikan dakwah dan
ajaran Islam dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga
ada yang mengambil peluang ini untuk berkahwin dengan
masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Hubungan
antarabangsa yang dimeterai secara tidak langsung yang
bersifat perkahwinan ini telah memberi impak kepada
perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu dan
sekitarnya.
Selain itu, kefahaman Islam dalam masyarakat tempatan juga
turut mendorong kepada jalinan hubungan antarabangsa
dengan Timur Tengah. Dengan bermusafir secara kolektif
bersama-sama rakan, masyarakat Melayu telah melakukan
ibadah haji sebelum abad ke-19 yang mana kebanyakan
mereka ini adalah dari golongan pembesar negara.31
Kemudiannya, rombongan jemaah haji ini diketuai oleh wakil
Sheikh dari Arab Saudi yang menguruskan dan membawa
jemaah haji ke Tanah Suci Mekah. Sistem ini digunakan
sehingga sebelum penubuhan Jawatankuasa Pengagihan Haji
pada tahun 1948.32
Sultan Alauddin Riaayat Shah merupakan
sultan pertama yang telah menunaikan haji pada abad ke-15
bagi menyempurnakan hajat ayahandanya Sultan Mansur
31 Nang Nashirah Binti Nik Dahalan, “Perjalanan Orang-orang Melayu
Dalam Menunaikan Ibadah Haji: Kajian dalam Kitab Pelayaran
Abdullah Ka-Judah” (Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2013), 68. 32 Syahidawati Binti Haji Shahwan, “Pelaburan Lembaga Tabung Haji
(LTH) Dalam Sektor Perladangan: 1990-2000,” Disertasi Sarjana,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003), 26.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
151
Shah yang tidak dapat melaksanakan ibadah haji atas sebab
kesihatan.33
ii) Kesultanan Melayu Negeri-negeri Lain dan Hubungan
Antarabangsa
Meskipun kesultanan Melayu Melaka merupakan kuasa
kesultanan Melayu yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu.
Namun, negeri-negeri yang berada di sekitarnya juga mempunyai
institusi kesultanan Melayu sendiri. Sebagaimana Melaka, negeri-
negeri di Semenanjung Tanah Melayu turut mempunyai cara
pemerintahan dan pentadbiran negeri yang tersendiri walaupun
berada di bawah naungan kesultanan Melayu Melaka. Negeri-
negeri ini juga telah menjalinkan hubungan diplomasi dengan
negara seawal setelah keluar dari penguasaan Srivijaya ke atas
Tanah Melayu.
Kesultanan Melayu yang berada di utara Semenanjung Tanah
Melayu ialah Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala institusi
kesultanan Melayu di bahagian selatan Semenanjung Tanah
Melayu pula terdiri dari kesultanan Melayu Johor, kesultanan
Melayu Bentan, kesultanan Melayu Lingga, kesultanan Melayu
Linga-Riau dan kesultanan Melayu Singapura.
Antara peranan dan hubungan antarabangsa yang dimeterai
antara kesultanan Melayu yang lain di Tanah Melayu adalah
kesultanan Johor. Hubungan politik antara kesultanan Melayu
Johor dengan negeri-negeri Melayu ini dapat kita lihat menerusi
peranan kesultanan Melayu Johor dalam melakukan pertabalan
raja-raja di negeri Melayu. Contohnya, YDPM Daeng Marewah
telah diberikan tanggungjawab untuk melantik putera Raja Kedah
yang tua sebagai Yang Di-pertuan Kedah. Tidak hanya itu,
33 Ibrahim Haji Ismail, “Kaji Selidik Mengenai Penyediaan Kemudahan
dan Perkhidmatan bagi Jemaah Haji Sebelum dan Semasa Mengerjakan
Haji di Tanah Suci Yang Disediakan oleh Lembaga Urusan dan Tabung
Haji” (Tesis Diploma, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 1987), 1.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
152
hubungan antara kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri
yang lain turut bersifat pengukuhan hubungan antara kedua-dua
negeri sepertimana perkahwinan antara YDPM Daeng Marewah
dengan saudara perempuan Sultan Kedah sebagai kesinambungan
hubungan antara kedua-dua negeri. Selain itu, hubungan
diplomatik yang dimeterai antara Johor dengan sesebuah negeri
itu adalah bersifat diplomatik yang mana ia adalah hubungan
kekeluargaan bagi mendapatkan pengiktirafan dan kedaulatan.
Hubungan seperti ini boleh dilihat menerusi hubungan
diplomatik kekeluargaan yang dilakukan menerusi perkahwinan
antara suku Bugis34
yang ada di sekitar Johor dengan keturunan
kerajaan Johor.35
Hubungan diplomatik yang bersifat persahabatan turut dijalin
antara kerajaan Johor dengan kerajaan Siak, meskipun Siak pernah
cuba beberapa kali untuk menyerang Johor. Toleransi yang
ditunjukkan oleh Sultan Johor menerusi Sultan Sulaiman yang
bersedia untuk menerima permohonan maaf dari Siak36
pada
sekitar 1740an telah membawa kepada jalinan persahabatan
seterusnya dipererat dengan hubungan kekeluargaan di antara
kedua-dua buah negeri menerusi perkahwinan antara dua buah
negeri.37
Selain itu, hubungan diplomatik yang dimeterai antara
kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri yang berada di
34 Keturunan suku Bugis ini telah didapati dikebanyakan kawasan di
Alam Melayu terutama di Johor dan Selangor. Selain itu, suku Bugis ini
juga menetap di pesisir pulau Borneo seperti di Sambas, Mempawah,
Matan, Sukadana dan Banjar. 35 Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862 (Johor: Yayasan Johor,
2008), 84-86. 36 Permohonan maaf dari kerajaan Siak ini dilakukan oleh putera kecik
iaitu Sultan Mahmud Siak sehingga berjaya membuat kesultanan
Melayu Johor bersetuju untuk memberikan sebarang bentuk
pertolongan kepada Siak sekiranya diperlukan. 37 Ibid., 88-89.
Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa
153
kawasan jajahan Johor telah membawa kepada keharmonian
pentadbiran kerajaan Johor dan melancarkan aktiviti perdagangan
kerajaan Johor. Tambahan pula, hubungan diplomatik ini turut
membantu Johor dalam memulihkan hubungan dengan kuasa
besar yang lain sepertimana yang dilakukan oleh kesultanan
Melayu Terengganu yang telah membantu kerajaan Johor dalam
memulihkan hubungan antara Johor dengan Belanda menerusi
utusan yang dihantar oleh kerajaan Terengganu.38
Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Johor juga menjalin
hubungan antarabangsa dengan kuasa barat sepertimana yang
telah berlaku pada awal abad ke-17, Johor telah menandatangani
perjanjian dengan Belanda yang mana Johor membantu Belanda
dalam aspek ketenteraan untuk menyerang Melaka.39
Hubungan
ini juga turut melibatkan hubungan perdagangan dengan Belanda
yang mana Johor telah menandatangani beberapa kali perjanjian
perdagangan dengan Vereenigde Oost-Indischee (VOC)40
bagi
memberikan kebenaran kepada pedagang-pedagang Belanda
bebas berdagang di Johor.41
Kesultanan Melayu Johor juga pernah
menjalin hubungan dengan Portugis. Hubungan antarabangsa
yang bersifat persahabatan ini bertahan sehingga tahun 1585 yang
38 Meskipun perutusan yang dilakukan oleh sultan Terengganu ini gagal,
namun ia memperlihatkan kepada hubungan diplomatik yang erat
antara kesultanan Melayu Johor dengan kesultanan Melayu
Terengganu. Lihat Ibid., 96. 39 Hubungan antara Johor dengan Belanda telah terjalin sejak 1602
sebelum perjanjian dimeterai pada 17 Mei 1606. 40 Merupakan syarikat yang menggabungkan pedagang-pedagang
Belanda. 41 1642: Sebarang kapal yang ingin menggunakan perairan Selat Melaka
dan Riau dan pedagang yang ingin terlibat dengan perdagangan timah
di Kedah, Perak dan Selangor perlu mendapat kebenaran Belanda
terlebih dahulu. Manakala 1685, 1689 dan 1713 adalah “Perjanjian
Persahabatan dan Perdagangan” yang menyerahkan kebebasan kepada
pedagang Belanda untuk berdagang di Johor dan di semua wilayah
yang tertakluk di bawah kuasa Sultan. Lihat Ibid., 97.
Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara
154
mana Portugis pernah memberikan bantuan ketenteraan kepada
Johor dalam memerangi Aceh.42
Berbeza dengan negeri lain, kesultanan Melayu Terengganu43
mengamalkan dasar luar yang mesra, bersifat bersahabat dan
tidak mencampuri hal-ehwal negeri-negeri lain. Dasar luar yang
diamalkan ini telah membawa kepada hubungan persahabatan
antara Terengganu dengan Siam bilamana Sultan Mansor I
menghantar bunga emas ke Siam dan London. Selain itu,
Terengganu juga pernah menjalin hubungan dengan British
sebagai jaminan keselamatan dari diserang oleh Siam.44
Kesultanan Melayu Terengganu turut mengadakan hubungan
perdagangan dengan China45
dan Arab. Tidak hanya itu
Terengganu turut menjalin hubungan dagangan dengan Perancis
bilamana Perancis datang ke Terengganu dalam misi
membangunkan semula ekonomi mereka setelah rangkaian
perdagangan Syarikat Hindia Perancis di India dimusnahkan oleh
British.46
42 Op. Cit., 92. 43 Kesultanan Melayu Terengganu bermula pada tahun 1708 bilamana
Tun Zainal Abidin Ibn Bendahara Tun Habib Abdul Majid Johor
dilantik oleh Sultan Johor sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran
Sultan Zainal Abidin Shah. Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran
Terengganu Sebelum 1942 dalam Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di
Terengganu 1942-1945 (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
1996),5. 44 Mohamed Anwar Omar Din & et. al, Dirgahayu Tuanku: Sejarah