ISI KANDUNGAN PENGENALAN Akta dan Peraturan Majikan Pekerja Takrif Gaji Caruman SKIM PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Skim Bencana Pekerjaan Faedah Perubatan Faedah Hilang Upaya Sementara Faedah Hilang Upaya Kekal Elaun Layanan Sentiasa Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan Skim Keilatan Pencen Ilat Bantuan Ilat Elaun Layanan Sentiasa Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional & Dialisis Pencen Penakat Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan RAYUAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA & PERATURAN PROGRAM RETURN TO WORK PUSAT REHABILITASI PERKESO PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DIREKTORI PEJABAT PERKESO KADAR CARUMAN SALURAN KHIDMAT PELANGGAN 2 3 3 5 6 7 10 10 12 12 12 13 13 14 15 15 16 17 22 22 22 23 29 29 30 31 33 34 35 37 45 48
27
Embed
ISI KANDUNGAN - perkeso.gov.my 2017.pdf · atau kiriman wang/wang pos. Pembayaran secara tunai adalah ... Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan iii. 5Kemalangan semasa kecemasan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN Akta dan Peraturan Majikan Pekerja Takrif Gaji Caruman
SKIM PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL
Skim Bencana Pekerjaan Faedah Perubatan Faedah Hilang Upaya Sementara Faedah Hilang Upaya Kekal Elaun Layanan Sentiasa Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan
Skim Keilatan Pencen Ilat Bantuan Ilat Elaun Layanan Sentiasa Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional & Dialisis Pencen Penakat Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan
RAYUANKESALAHAN DI BAWAH AKTA & PERATURANPROGRAM RETURN TO WORKPUSAT REHABILITASI PERKESOPROGRAM SARINGAN KESIHATANDIREKTORI PEJABAT PERKESOKADAR CARUMANSALURAN KHIDMAT PELANGGAN
233567
10
101212121313141515
1617222222232929
3031333435374548
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971. Peranan utama penubuhannya adalah mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial melalui Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan untuk pekerja dan tanggungannya.Pada masa ini, PERKESO beroperasi di 52 pejabat termasuk Ibu Pejabat PERKESO.
MAJIKAN
AKTA DAN PERATURAN
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 terpakai kepada semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerja atau lebih.
Majikan terbahagi kepada dua kategori iaitu majikan utama dan majikan langsung.
Majikan Utama
Majikan yang mengambil pekerja secara terus di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Semua urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji diuruskan oleh majikan utama.
Majikan Langsung
Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. lni termasuk seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.
Tanggungjawab Majikan
Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman kepada PERKESO.
Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan serta caruman bagi mereka dibayar.
Majikan bertanggungjawab untuk melapor semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh 48 jam majikan mengetahuinya.
Majikan dan pekerja baharu mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh Akta dipakai bagi perusahaan itu. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan (sila dapatkan senarai semak menerusi laman sesawang atau pejabat PERKESO) dan mengemukakannya ke pejabat PERKESO berdekatan.
Jika berlaku perubahan nama/alamat/jenis status ketuanpunyaan perusahaan atau pekerja, majikan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada PERKESO.
Pemberhentian Sebagai Majikan
Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan (majikan aktif tetapi tiada pekerja, majikan tutup sementara dan majikan tamat perusahaan) hendaklah memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan Borang 1A bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tersebut.
Rekod Daftar Pekerja
Majikan hendaklah menyenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:
Nama Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara Pekerjaan Butiran caruman Gaji bulanan Elaun-elaun
Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama 7 tahun dari tarikh catatan terakhir.
Kaunter Utama Menara PERKESO
PEKERJA
Semua pekerja warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang layak adalah wajib didaftarkan.
Kelayakan Pekerja
Semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan sektor swasta dan pekerja bertaraf kontrak / sementara kakitangan Kerajaan Persekutuan / Negeri serta Badan Berkanun Persekutuan / Negeri hendaklah didaftar dan dicarumkan dengan PERKESO dan kadar caruman maksimum adalah berdasarkan gaji RM4,000.00 sebulan.
Pekerja yang dikecualikan daripada liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, antaranya adalah seperti berikut:
Penjawat awam Persekutuan dan Negeri bertaraf tetap Pekhidmat rumah tangga Bekerja sendiri Pemilik tunggal atau perkongsian itu sendiri Suami atau isteri kepada pemilik tunggal atau perkongsian Pekerja asing
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:
i. Upahii. Kerja lebih masaiii. Komisyen dan caj perkhidmataniv. Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainyav. Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan
sebagainya
Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji.
Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:
i. Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerjaii. Pembayaran ke atas tuntutan perjalananiii. Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerjaiv. Bonus tahunan
Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Caruman ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Caruman Jenis Pertama
Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman kena dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja (rujuk KADAR CARUMAN di halaman 45 hingga 47).
Caruman Jenis Kedua
Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja. Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis kedua bagi perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja (rujuk KADAR CARUMAN di halaman 45 hingga 47).
Nota: Bagi penjelasan lanjut berkaitan dengan takrif gaji, sila hubungi mana-mana pejabat PERKESO atau Talian Khidmat Pelanggan PERKESO 1 300 22 8000.
Nota: Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah dibayar kerana tidak layak dilindungi sebelumnya.
Nota: Bagi pekerja baharu yang layak mulai umur 55 tahun, mereka hendaklah dicarumkan di bawah jenis kedua.
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui:i. Perbankan Internetii. Kaunter Agen Pemungut (Borang 8A/Cakera Padat(CD)/Disket)iii. Kaunter Pejabat PERKESO (Borang 8A/Cakera Padat(CD)/Disket)
A. Pembayaran melalui kaunter agen pungutan
Agen pungutan yang dilantik adalah seperti berikut: Maybank Berhad RHB Bank Berhad Public Bank Berhad Pejabat Pos (Sabah dan Sarawak sahaja)
B. Pembayaran di pejabat PERKESO
Pembayaran caruman hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau kiriman wang/wang pos. Pembayaran secara tunai adalah TIDAK DIBENARKAN.
C. Pembayaran melalui Perbankan Internet
Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik. Penerangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi bank-bank berikut:
Tempoh Pembayaran Caruman
Caruman hendaklah dibayar tidak lewat daripada 15 haribulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2016 hendaklah dibayar tidak lewat daripada 15 Ogos 2016).
Faedah Caruman Lewat Bayar
Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.
PERKESO menyediakan dua skim perlindungan keselamatansosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
SKIM PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL
SKIM BENCANA PEKERJAAN
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
i. Kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaannya
ii. Kemalangan semasa dalam perjalanan: mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat
tinggalnya dengan tempat kerjanyayang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung
berkaitan dengan penggajiannyadi antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam
masa rehat yang dibenarkan
Antara contoh penyakit khidmat adalah seperti:
Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
Faedah Di Bawah Skim Bencana Pekerjaan
Faedah Perubatan Faedah Hilang Upaya Sementara Faedah Hilang Upaya Kekal Elaun Layanan Sentiasa Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan
iii. Kemalangan semasa kecemasan Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau
berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
iv. Penyakit khidmat Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan
sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Nota: Kemalangan yang berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau lencongan tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.
Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.
Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital Kerajaan dan pekerja akan diberi rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar akan diberi, jika perlu.
Bayaran Ganti BelanjaBagi caj rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan tuntutan ganti belanja dan bayaran tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan atau mengikut Akta Fee 1951.
FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA
Tempoh Hilang Upaya SementaraFaedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
Kadar Faedah Hilang Upaya SementaraKadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.
FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL
Pekerja yang mengalami hilang upaya kekal akibat bencana pekerjaan boleh memohon faedah ini.
Kadar Faedah Hilang Upaya Kekal Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji
harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.
Tempoh Tuntutan Had masa membuat tuntutan adalah dalam tempoh 12 bulan dari
tarikh terakhir hilang upaya sementara.
Taksiran dan Pembayaran Tuntutan akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilang
upaya kekal Sekiranya taksiran tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat
secara pukal Sekiranya taksiran melebihi 20%, 1/5 daripada kadar harian
faedah tersebut dibayar secara pukal dan bakinya dibayar secara bulanan sepanjang hayat
ELAUN LAYANAN SENTIASA
Pekerja yang menerima taksiran hilang upaya langsung yang kekal dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Khas atau Jemaah Doktor Rayuan. Jumlah Elaun Layanan Sentiasa adalah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.
KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL
Kemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk:
i. Pemulihan jasmani termasuk: Fisioterapi Terapi pekerjaan Pembedahan rekonstruktif Bekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alat Bekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat
pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain
ii. Pemulihan vokasional termasuk: Latihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki radio /
TV, menaip dan lain-lain.
Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.
Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan
pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.
Orang Tanggungan dan Syer Kadar Harian
i. Orang tanggungan dan syer kadar harian adalah mengikut keutamaan berikut:
FAEDAH PENGURUSAN MAYAT
Amaun sebanyak RM1,500 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM1,500 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
FAEDAH PENDIDIKAN
Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya orang berinsurans:
Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan Menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal
ii. Jika seseorang pekerja meninggal dunia akibat bencana pekerjaan dan tidak meninggalkan balu atau, duda atau anak, Faedah Orang Tanggungan akan dibayar kepada:
Orang Tanggungan
Orang Tanggungan
BALU / DUDA
IBU / BAPA
ANAKSemua anakyang memenuhisyarat layakmendapat faedahtermasuk anakkandung, anaktiri yang disara,anak angkat atauanak tidak sahtaraf
ADIK-BERADIK
NENEK / DATUK(Sekiranya ibu bapa tiada)
Syer KadarHarian
Syer KadarHarian
3/5
2/5
Keterangan
Keterangan
Layak menerima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula
Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Jika sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Bagi anak yang terencat akal atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya
4/10
3/10
4/10
Layak menerima faedah seumur hidup
Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Layak menerima faedah seumur hidup
Nota: Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan PERKESO.
Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Faedah Di Bawah Skim Keilatan
Pencen llat Bantuan llat Elaun Layanan Sentiasa Pencen Penakat Faedah Pengurusan Mayat Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional dan Dialisis Faedah Pendidikan
SPECIMEN
1 2
Pencen Ilat Bantuan Ilat
3
Elaun Layanan Sentiasa
4
Pencen Penakat
5
Faedah Pengurusan Mayat
6
Kemudahan Pemulihan Jasmani /
Vokasional & DialisisFaedah
Pendidikan
7
PENCEN ILAT
Pencen llat ini:
Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya
Syarat Kelayakan
Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima; atau
Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa: Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang
mendatangkan keuntungan Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja
yang menguntungkan sejak itu Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah
Doktor Rayuan Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama
ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan
Tempoh Kelayakan Penuh
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)
Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.
Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan
Tarikh masuk skim 01/03/2012 Tarikh Notis Keilatan diterima 01/07/2015 Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima 03/2012–06/2015
ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim 01/07/1999 Notis Keilatan diterima 01/01/2015 Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 186 bulan 2/3 caruman bulanan telah dibayar 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
Rekod Caruman Pekerja
Rekod Caruman Pekerja
Bilangan Caruman Tahun Bilangan Bulan Yang Dibayar
2012 10 10
2013 12 12
2014 12 2
2015 6 0
Jumlah 40 24
Bilangan Caruman Tahun Bilangan Bulan Yang Dibayar
Berdasarkan contoh di muka surat sebelum, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan
Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Dikurangkan:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim 01/07/1999 Notis Keilatan diterima 01/01/2015 Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 186 bulan 1/3 bilangan caruman dibayar 1/3 x 186 bulan = 62 caruman
50% + % = 59%1 3 3 -2 4–––––––––––
12
Rekod Caruman Pekerja
Bilangan Caruman Tahun Bilangan Bulan Yang Dibayar
Bantuan Ilat dibayar kepada Orang Berinsurans yang disahkan keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi tempoh kelayakan caruman.
Amaun bantuan ilat ini adalah sama banyaknya dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja dan majikan untuk Skim Keilatan termasuk faedahnya. Ianya adalah merupakan bayaran pukal sekali sahaja.
ELAUN LAYANAN SENTIASA
Orang Berinsurans yang disahkan menghidap keilatan dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
Jumlah Elaun Layanan Sentiasa adalah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.
KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONAL DAN DIALISIS
Kemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk:
i. Pemulihan jasmani, di antaranya:FisioterapiTerapi pekerjaanPembedahan rekonstruktifBekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alatBekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat
pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain
ii. Pemulihan vokasional, di antaranya:Latihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki
radio / TV, menaip dan lain-lain
iii. Kemudahan dialisis bagi Orang Berinsurans yang menghidap sakit buah pinggang kronik termasuk:Rawatan haemodialisis di pusat dialisis panel dan bukan panel
PERKESO atau Hospital KerajaanRawatan kaedah Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis
Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.
PENCEN PENAKAT
Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Syarat Kelayakan
Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya
Tempoh Kelayakan Penuh
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 buIan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan
Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.
Contoh Pengiraan:i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan
dalam 40 bulan
Tarikh masuk skim 01/09/2011 Tarikh kematian 01/01/2015 Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima 09/2011-12/2014
ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim 01/07/1999 Tarikh kematian 01/01/2015 Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 186 bulan 2/3 caruman bulanan telah dibayar 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
Nota: Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar penuh Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.
Berdasarkan contoh di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
25
Rekod Caruman Pekerja
Bilangan Caruman Tahun Bilangan Bulan Yang Dibayar
2011 4 4
2012 12 12
2013 12 8
2014 12 0
Jumlah 40 24
Rekod Caruman Pekerja
Bilangan Caruman Tahun Bilangan Bulan Yang Dibayar
Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen Penakat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh kematian.
Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.
Contoh Pengiraan:
i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim 01/07/1999 Tarikh kematian 01/01/2015 Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 186 bulan 1/3 bilangan caruman dibayar 1/3 x 186 bulan = 62 caruman
50% + % = 59%1 3 3 -2 4–––––––––––
12
27
Berdasarkan contoh di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
Rekod Caruman Pekerja
Bilangan Caruman Tahun Bilangan Bulan Yang Dibayar
Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang yang layak seperti yang dinyatakan dalam Akta, sekiranya pekerja meninggal dunia akibat sebarang sebab. Jika tiada orang sedemikian, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian itu.
Jumlah yang dibayar adalah mengikut perbelanjaan sebenar pengurusan mayat tertakluk kepada jumlah maksimum RM1,500 mengikut mana yang lebih rendah.
FAEDAH PENDIDIKAN
Faedah pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya Orang Berinsurans:
Meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat Meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun tetapi telah
genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau suatu tempoh kelayakan yang dikurangkan
Sedang menerima Pencen Ilat
Orang Tanggungan dan Kadar Harian
i. Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:
Orang Tanggungan
BALU / DUDA
ANAKSemua anakyang memenuhisyarat layakmendapat faedahtermasuk anakkandung, anaktiri yang disara,anak angkat atauanak tidak sahtaraf
Syer KadarHarian
3/5
2/5
Keterangan
Layak menerima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula
Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Jika sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Bagi anak yang terencat akal atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya
Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:
Orang Tanggungan
IBU / BAPA
ADIK-BERADIK
NENEK / DATUK(Sekiranya ibu bapa tiada)
Syer KadarHarian
Keterangan
4/10
3/10
4/10
Layak menerima faedah seumur hidup
Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Layak menerima faedah seumur hidup
Nota: Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan PERKESO.
Terdapat dua jenis Jemaah Rayuan yang berfungsi untuk mengulangkaji semula keputusan yang telah dibuat ke atas kelulusan dan permohonan faedah iaitu:
i. Jemaah Doktor Rayuan PERKESO atau pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan
Jemaah Doktor seperti mengenai jumlah taksiran Hilang Upaya Kekal, pengesahan keilatan dan sebagainya boleh mengemukakan rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan bagi mengulangkaji semula keputusan perubatan yang telah dibuat. Jemaah Doktor Rayuan terdiri daripada doktor-doktor pakar yang dilantik akan membuat pertimbangan semula berdasarkan fakta perubatan. Keputusan Jemaah Doktor Rayuan merupakan keputusan muktamad.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui borang rayuan PKS(P)12 yang terdapat di pejabat tempatan PERKESO dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat keputusan Jemaah Doktor.
ii. Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Majikan utama, majikan langsung, pekerja atau orang tanggunganya
boleh merayu kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial sekiranya tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat oleh PERKESO.Mereka boleh diwakili oleh peguam kesatuan sekerja atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh Jemaah itu. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh masa tiga (3) tahun dari tarikh alasan tindakan terbit dengan mengisi Borang A dan dikemukakan ke alamat berikut:
Seseorang yang didakwa dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah, boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua (2) tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
Kegagalan mematuhi peruntukan Akta dan Peraturan merupakan suatu kesalahan dan boleh menyebabkan seseorang diambil tindakan pendakwaan di Mahkamah.
Antara kesalahan yang boleh diambil tindakan pendakwaan di Mahkamah adalah:
Antara kesalahan di bawah Akta dan Peraturan yang boleh dikompaunkan adalah seperti berikut:
Kompaun maksimum sehingga RM5,000 boleh dikenakan bagi setiap kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan sebagaimana yang dinyatakan di atas. Tindakan pendakwaan juga boleh diambil jika tawaran kompaun gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Keterangan lanjut dan borang-borang berkaitan boleh dimuat turun melalui www.perkeso.gov.my atau mengunjungi mana-mana pejabat PERKESO berhampiran.
No. Jenis Kesalahan Peruntukan Undang-Undang
1 Lewat daftar perusahaan Seksyen 4
2 Lewat daftar pekerja Seksyen 5
3 Lewat melaporkan kemalangan Peraturan 71(1) & 71(2) dalam tempoh yang ditetapkan
4 Tidak menyediakan / menyimpan Seksyen 11, Daftar Pekerja Peraturan 34(1) & 34(2)
5 Tidak menyediakan / menyimpan Peraturan 44A Jadual Pembayaran Caruman
PROGRAM RETURN TO WORK
Kriteria Untuk Mengikuti Program
Program ini disediakan kepada Orang Berinsurans yang:
Mengalami bencana kerja dan sedang menerima Faedah Hilang Upaya Sementara
Sedang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal dan telah disyorkan untuk menjalani pemulihan oleh Jemaah Doktor, Jemaah Doktor Khas dan Jemaah Doktor Rayuan
Berumur 50 tahun ke bawah dan disahkan TIDAK menghidap keilatan tetapi disyorkan oleh Jemaah Doktor, Jemaah Doktor Khas dan Jemaah Doktor Rayuan menjalani program
Disahkan menghidap keilatan di bawah umur 40 tahun ke bawah, tetapi masih berminat / berpotensi untuk kembali semula bekerja
Program Return To Work (RTW) mula diperkenalkan pada tahun 2007. Merupakan program pemulihan komprehensif dengan menggunakan kaedah pengurusan kes secara sistematik dalam membantu Orang Berinsurans yang mengalami hilang upaya atau menghidap keilatan untuk kembali semula bekerja.
PUSAT REHABILITASI PERKESO PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
Pusat Rehabilitasi ini menyokong program Return To Work melalui penyediaan kemudahan prasarana pemulihan yang komprehensif kepada Orang Berinsurans. Tujuan Pusat Rehabilitasi ini adalah untuk memulihkan Orang Berinsurans yang hilang upaya agar dapat kembali semula bekerja dan dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi keluarga, masyarakat dan Negara.
PUSAT REHABILITASI PERKESOLot PT7263, Hang Tuah Jaya, Bandar Hijau
Program Saringan Kesihatan diberikan kepada Orang Berinsurans yang berumur 40 tahun dan ke atas bagi pekerja yang masih aktif mencarum.
Objektif program ini adalah:
Memupuk kesedaran kesihatan terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat
Mengesan penyakit tidak berjangkit di peringkat awal Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan
disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit
Baucar Saringan Kesihatan disediakan dan digunakan oleh Orang Berinsurans sekali seumur hidup sepanjang tempoh perkhidmatan. Baucar ini akan diedarkan kepada Orang Berinsurans yang layak melalui majikan masing-masing. Orang Berinsurans boleh menjalani saringan kesihatan di klinik yang berdaftar sebagai Panel HSP dan boleh disemak di sihat.perkeso.gov.my. Antara kemudahan saringan yang disediakan meliputi:
Pemeriksaan fizikal Pemeriksaan darah Analisa laporan Khidmat nasihat yang berkaitan Mammogram Pap smear
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIALMenara PERKESO281 Jalan Ampang50538 Kuala LumpurTel : 03 – 4264 5000Faks : 03 – 4256 7713
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIALWisma PERKESONo. 155, Jalan Tun Razak50400 Kuala LumpurTel : 03 – 2687 2600Faks : 03 – 2687 2633
Laporan pemeriksaan kesihatan pekerja adalah sulit dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta tidak akan didedahkan kepada sesiapa walaupun kepada majikan.
Pencarum boleh menyemak sendiri kelayakan mereka melalui MyHSP Status di sihat.perkeso.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan. Sekiranya layak tetapi tidak menerima atau kehilangan baucar, pencarum boleh menghubungi Hotline HSP di 03-4264 5089 untuk permohonan gantian baucar.
Pencarum yang layak boleh membuat temujanji saringan kesihatan PERKESO menggunakan aplikasi BookDoc (download di App Store atau Google Play Store). Aplikasi ini membolehkan pencarum menetapkan temujanji tanpa perlu menghubungi klinik panel.
Nota: Semua maklumat berkaitan Program Saringan Kesihatan boleh dilayari di http://sehat.perkeso.gov.my
Hari Bertemu Pelanggan pada hari Khamis pertama setiap bulan di Ibu Pejabat dan semua Pejabat PERKESO
Semak maklumat terkini mengenai PERKESOMuat turun aplikasi ‘i -Perkeso’ ke dalam telefon anda melalui aplikasi ‘Play Store’ (versi Android) dengan carian perkataan ‘PERKESO’ dan klik ‘PASANG’
PENAFIANRisalah ini diterbitkan untuk maklumat am sahaja. la tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi, gambar dan isi kandungan ini dalam apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial.