1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran pembelajaran akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal pelajar. Untuk memperasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan generasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadangkan untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan pembelajaran koperatif.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai
dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan
murid. Dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan
pengetahuan. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang
dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek
yang tinggi. Isi pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran
pembelajaran akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik
akal pelajar.
Untuk memperasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang
terbaik untuk melahirkan generasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan
perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran telah dicadangkan untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu
pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah
dengan menggunakan pembelajaran koperatif.
2
Statistik tahap pencapaian akademik pelajar di Malaysia menurut laporan
Bernama 2008, didapati sebanyak 65.3 peratus pelajar wanita sedang mengikut pengajian
di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 208/2009 berbanding
dengan hanya 34.7 peratus pelajar lelaki. Sejajar dengan itu, fenomena pencapaian
akademik yang berbeza di antara gender adalah ketara di kebanyakan IPTA di Malaysia.
Berdasarkan kajian yang diperoleh, jumlah enrolmen pelajar di IPTA pada tahun 2007
adalah sebanyak 382,997 orang, daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 228,521
terdiri daripada pelajar perempuan manakala pelajar lelaki sebanyak 154,476 orang. Ini
secara tidak langsung turut mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di antara
gender di IPTA. Namun, hakikatnya pencapaian akademik yang tinggi adalah dimonopoli
oleh golongan para siswi di mana mereka sentiasa memperoleh keputusan yang lebih
cemerlang berbanding dengan golongan para siswa.
Tinjauan oleh Sutherland (dalam Tinklin, Coxford, Frame & Ducklin 2000)
menyatakan bahawa prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki
adalah suatu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti di
Scotland, England, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, dan New Zealand. Di Jerman
misalnya, markah yang dicapai oleh pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding
dengan pelajar lelaki dan kebarangkalian pelajar perempuan meneruskan pendidikan ke
tahap menengah atas adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Jules dan Kutnick (1997)
melaporkan bahawa fenomena yang serupa turut dialami di Trinidad dan Tobago dengan
kadar keciciran yang tinggi di kalangan pelajar remaja lelaki kerana mereka dikatakan
mula kurang selesa dengan guru perempuan.
3
Keadaan yang serupa turut berlaku di Malaysia, data daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-
1999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik
berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR),
menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran
terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. Statistik turut
menyatakan bahawa prestasi akademik pelajar perempuan jauh lebih baik daripada
akademik pelajar lelaki (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Di Malaysia, kecemerlangan prestasi pelajar perempuan ditunjukkan dengan
jumlah kemasukan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang
jauh berbeza dengan jumlah kemasukan pelajar lelaki di IPTA. Ketidakseimbangan
bilangan pelajar lelaki dan perempuan di IPTA mempunyai implikasi sosiopolitik dan
ekonomi yang serius kepada negara. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini
berlaku termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yang lebih berpihak
kepada pelajar perempuan. Hasil kajian yang ditinjau juga mendapati bahawa pelajar
perempuan mempunyai sikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius
kepada kerja-kerja sekolah berbanding pelajar lelaki (Dwyer 1974; Fennema 1987;
Halpern 1992).
4
1.2 LATAR BELAKANG SEKOLAH
1.2.1 VISI
1.2.2 MISI
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah:
i) Untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi masalah
dalam mencapai matlamat pembelajaran secara efektif.
ii) Membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka
iii) Untuk melihat perubahan sikap pelajar terhadap pencapaian akademik.
5
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan semasa yang telah dialami dalam negara menuju ke alaf milineum
semenjak beberapa abad yang lalu mendapati bahawa tidak ramai pelajar di sekolagh
yang memperoleh keputusan cemerlang. Ada sesetengah daripada mereka yang berjaya
tetapi pada peringkat yang sederhana. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap
individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Seseorang pelajar mula membentuk
gaya pembelajaran sejak awal kanak-kanak. Tetapi pada hari ini, suasana di dalam kelas
lebih berorientasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik
semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu
faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi semasa rakan
dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek prestasi dan hubungan
sosial. Salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
adalah pembelajaran koperatif.
PERSOALAN KAJIAN
6
KAJIAN LEPAS
Terdapat kajian-kajian lepas berkaitan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran.
Berikut adalah beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji dari dalam negara dan
luar negara.
Kajian Luar Negara.
Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negeri, didapati proses
pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan PK adalah lebih berkesan untuk
meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional (Davidson,
1985). Menurut Slavin (1980), Sharan (1980), Johnson, Johnson, dan Holubec (1990) dan
Pensri & Krongthong (1992), selain dari pencapaian akademik, PK juga membawa kesan
yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat terhadap
pembelajaran. Kagan (1994), mendapati pendekatan PK membantu murid menjadi
kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan yang terjamin dari ahli kumpulan.
Davidson (1990) telah membuat ringkasan terhadap banyak kajian oleh pengasas PK dan
menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh
lebih baik dengan pendekatan PK. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori
Interaksi Sosial Vygotsky’s menyatakan apabila murid belajar secara koperatif dalam
kumpulan, mereka akan dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk
mencapai potensi diri masing-masing jika dibandingkan dengan pembelajaran secara diri.
Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar
negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan PK adalah
7
paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea
kreativiti, aplikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah.
Selain itu, juga didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka
yang berbeza dari segi kebolehan intelek, kumpulan etnik, kelas sosial dan keadaan
fizikal.
Kajian yang dibuat terhadap kesan PK dalam pencapaian akademik juga
menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati PK dapat
meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam akademik. Kajian
Slavin (1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap positif
terhadap penumpuan dalam kelas dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Dapatan Nellson (1996) yang telah melaksanakan PK dalam mata pelajaran Kimia, Sains
dan Teknologi menunjukkan amalan PK menyebabkan murid menjadi lebih gigih dan
menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti. Dees (1991), melaporkan murid dapat
menyelesaikan masalah matematik dengan terbaik apabila dapat bekerja dalam kumpulan
kecil. Selain itu, beliau juga mendapati PK adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak
yakin dan lemah dalam penyelesaikan masalah pelajaran mereka.
Kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) ke atas kelas audit mendapati
pencapaian pelajar meningkat dengan kegunaan pembelajaran koperatif. Di dalam situasi
Pembelajaran koperatif, pelajar tidak mudah putus asa di dalam menyelesaikan masalah
tugasan di samping lebih bersifat terbuka untuk menerima strategi-strategi alternatif
(Duren & Cherrington, 1992). Dapatan kajian Johnson, Skon, dan Johnson (1980)
8
mendapati situasi pembelajaran koperatif mengatasi situasi pembelajaran individu dan
persaingan dari segi pencapaian dalam aspek penyelesaian masalah.
Kajian Dalam Negara
Dalam konteks di Malaysia pula, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid
berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam PK adalah menyeronokkan. Beliau juga
mendapati pendekatan PK dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan
hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di
kalangan murid, maka PK adalah amat sesuai dilaksanakn di sekolah-sekolah Malaysia.
Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam PK ialah murid dilatih untuk
berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya
merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.
Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah PK
dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil
adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan
Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah PK. Hasil kajian T. H. Gan dan
Wong (1995) mendapati bahawa PK mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid
dalam pencapaian akademik. T. H. Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa
pendekatan PK adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi
bersama, mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan, beliau
9
juga mencadangkan bahawa PK sesuai sekali digunakan untuk menangani masalah
penguasaan kemahiran bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian.
1.3 DEFINISI KONSEP
1.3.1 Sikap
Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar
apabila memperkatakan tentang sikap. Mengikut ahli psikologi sosial, sikap meliputi 3
komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen
afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana
perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan
atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita.
Manakala komponen kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang
oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling
berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap
individu. Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia
terletak di dalam sanubari kita dan bukan semua sikap dapat dilahirkan secara terang
dalam realiti kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan
tercari-cari. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk
mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat
10
dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar. Sikap
memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara
atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan
menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering
menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif
seperti malas, tidak berminat dan sebagainya. Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan
persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena ( Robbins, 1986).
1.3.2 Pencapaian akademik
Pencapaian pelajar adalah didefinisikan sebagai pencapaian dalam peperiksaan. Dalam
kajian program intervensi ini, pengkaji mengukur pencapaian berdasarkan keputusan
peperiksaan menegah rendah (PMR) pelajar. Mengikut statistik laporan yang di
kemukakan oleh kaunselor sekolah menengah kebangsaan Likas, kesemua pelajar yang
terlibat di dalam program intervensi ini adalah pada tahap pencapaian akademik yang
Gambar semasa intervensi dijalankan di sekolah Men. Keb. Likas
Ceramah motivasi “jalan pintas ke arahmencapai matlamat”Pengedaran soal selidik sebelum program
Nyanyian lagu Yakin Boleh selepasceramah untuk meningkatkan keyakinandiri dan motivasi dalam diri pelajar
Sesi LDK 1 mengenalpasti masalah pelajar ,fasilatator sebagai pemudah cara, peersupport network digunakan iaitudenganmencampurkan pelajar yang pandaidan kurang pandai bertujuan prosesmembantu pelajar lemah.