SUBJEK : DHABT AL-QURAN ( PPPN 1033 ) TAJUK : INOVASI AL-QURAN DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD DISEDIAKAN OLEH : NORARBIZAITUL LAILA BINTI MOHAMMAD ZAINUDDIN (A121342) NORHAZIANA BINTI MOHD ALI SAMAN (A121449) SALWIZA BINTI KASIM (A121340) RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK( A121405 )
Ini adalah assignment terakhir sebelum peperiksaan akhir semester di UKM. Segala pertanyaan dan copy paste sila rujuk kepada 0172886181
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SUBJEK :
DHABT AL-QURAN
( PPPN 1033 )
TAJUK :
INOVASI AL-QURAN
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ FAIZULAMRI BIN MOHD SAAD
DISEDIAKAN OLEH :
NORARBIZAITUL LAILA BINTI MOHAMMAD ZAINUDDIN (A121342)
NORHAZIANA BINTI MOHD ALI SAMAN (A121449)
SALWIZA BINTI KASIM (A121340)
RAZMALINDA BINTI ABDUL RAZAK( A121405 )
PENDIDIKAN ISLAM
2011
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Islam Dan Teknologi 2
3.0 Inovasi al-Quran
3.1 al-Quran Berwarna 6
3.1.1 Mudahnya Membaca al-Quran Berwarna 6
3.2 e-Qalam 7
3.3 Al-Quran Flash 8
3.4 Inovasi Berdasarkan Ketukan 9
4.0Rahsia al-Quran, Sains dan Teknologi 10
5.0Penutup 15
Rujukan 16
1.0 PENDAHULUAN
Islam merupakan satu agama yang lengkap sempurna sebagai panduan hidup bagi semua
makhluk. Keindahan Islam ini boleh dilihat dengan bukti yang jelas oleh Allah swt
melalui kalam-Nya iaitu kitab suci al-Quran al-Karim. Sumber perundangan dan petunjuk
yang Allah swt bekalkan untuk hamba-hamba-Nya sebagai jalan menuju redha-Nya.
Berbekalkan Al-Quran dan As-Sunnah keindahan Islam banyak di terjemahkan
didalamnya sehingga ia mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ini termasuklan
bagaimana kita dapat lihat bahawa di dalam Al-Quran juga terdapat perubahan yang
wujud terutama dari sudut ilmu Dhabtnya iaitu inovasi di dalam penulisan ayat-ayat
AlQuran itu sendiri.
Bermula dengan perubahan titik sehingga wujud perubahan dari aspek warna,
maka jelas penulisan al-Quran mengalami perubahan dari sudut inovasi sesuai dengan
keadaan pada masa itu. Ini tidak ada kaitan dengan perubahan dari lafaz dan makna satu-
atu ayat suci al-Quran tersebut malah ia tetap kekal terpelihara hingga akhir zaman.
Di sini penulis cuba menerangkan serba sedikit perubahan dari sudut inovasi
dalam al-Quran untuk dijadikan panduan berguna pada masa akan datang.
2.0 ISLAM DAN TEKNOLOGI
Dari segi definisi teknologi ianya membawa maksud “aktiviti atau kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,
perubatan, perniagaan, dan lain-lain, sains gunaan” Sementara Islam adalah “tunduk dan
patuh pada perintah Allah” (kamus dewan bahasa dan pustaka).
Teknologi adalah perkataan yang berasal dari Barat dan membawa maksud
aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walau
bagaimanapun, teknologi atau ciptaan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan
tamadun Barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa
teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai Barat berserta cara hidupnya.
Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara-negara Muslim berlumba-
lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing-masing seperti teknologi
nuklear di Pakistan dan Cyberjaya di Malaysia dan sebagainya tanpa benar-benar
memahami apakah tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan
permodenan sering kali di kaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, kebebasan hidup
(freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan-ucapan
seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”
Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan
seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam
pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun
dan nilai-nilai barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan
teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini
mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang
berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita
perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup Barat berserta idea-ideanya dan
idea-idea Barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula
berpendapat bahawa idea-idea Barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu
segala apa yang datangnya daripada Barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.
Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat
ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan
tamadun/ nilai-nilai Barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan
lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan
ciptaan barang-barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu
tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang
bersifat universal contohnya alat-alat dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat-
alat komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket
dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada
mana-mana tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku
bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang
cara hidup Barat. Ini berbeza dengan alat-alat materi seperti lambang salib yang
sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung-patung yang terikat kepada
kebebasan menunjuk aurat seperti patung-patung ukiran zaman Renaissance.
Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta
oleh ahli sains dan teknologi Barat dengan tamadun Barat itu sendiri. Ini ialah kerana
tamadun Barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat-alat materi tetapi
tamadun (hadarah) Barat bererti nilai-nilai atau idea-idea yang datangnya dari pemikiran,
cara hidup dan ideologi Barat, Kapitalisme. Maka, idea-idea seperti Demokrasi (iaitu
manusialah yang berhak mencipta hukuman), women’s liberation dan freedom semuanya
berasal dari tamadun/ hadarah Barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai
Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa
kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti
hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara-negara barat itu sendiri.
Teknologi perlu difahami sebagai bahan-bahan material yang bersifat universal
dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa
yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh
idea-idea yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan
alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana-mana
tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara-perkara sumbang seperti
ponorgraphy akibat daripada idea Barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu
sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan
risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat-alat perang
boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea-idea
koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang
sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk
menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan
kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)
Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau
ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w
dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi
perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit
mengelilingi kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan
meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota
Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman
Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan
segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah
s.w.t berfirman:-
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? "
(Luqman:20 )
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari
langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi
makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu
menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang
memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)".
(Ibrahim: 32)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan
demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang
dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-
orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia;
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja)
pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu
persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al- A'raaf:32)
Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa
Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta.
Walaubagaimanapun, ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa
kegunaan alat-alat teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam.
Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material mestilah berasal dan mengikut hadarah
(idea-idea) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea-idea
tersendiri yang bertentangan dengan hadarah Barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran
sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya. Sebagai
contoh, kita boleh katakan bahawa Iraq merupakan sebuah negara berteknologi hinggakan
mampu mencipta ‘biological weapon’ tetapi ianya bukan sebuah negara maju sama
dengan negara-negara Muslim yang lain seperti Pakistan, Malaysia dan Saudi Arabia.
Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada
negara-negara barat, maka kita perlu meniru cara hidup Barat dan ideologinya untuk
menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara
Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘super power’
semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki.
Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta
tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru
tamadun barat untuk mencapai kemajuan. Tamadun apa sekalipun sama ada Barat
ataupun Timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran
dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam
pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita. http://ptdbnet.ukm.my/bpr2
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (Al-
Imran:85)
3.0 INOVASI AL-QURAN
3.1 AL-QURAN BERWARNA
Akhir-akhir ini terdapat banyak kaedah al-Qur’an dengan tampilanya warna warni,
warna-warna itu ternyata bukan hanya sebagai pemanis perwajahan tapi dalam supaya
mempermudahkan pembaca dalam membaca al-Qur’an dengan benar dan sesuai
makhrajnya.
Al-Quran berwarna ini cukup menarik, tidak seperti al-Qur’an biasa yang selama
ini kita kenal. Di dalamnya pun tidak seperti al-Qur’an pada umumnya, di mana setiap
blok warna menunjukkan ketentuan-ketentuan tajwid yang mengikuti ketentuan paling
shahih (disepakati para ulama). Karya inovatif dan fenomenal ini sengaja dihadirkan
sebagai sebuah kesadaran akan pentingnya membaca al-Qur’an dengan ketentuan tajwid.
3.1.1 Mudahnya Membaca Al-Quran Berwarna
Ketentuan bacaan dipermudahkan melalui alat peraga kode warna, misalnya saat bacaan
mendengung, memantul, suara sengau dari hidung dan lain-lain, masing-masing
dibuatkan warna cetakan yang berbeza-beza. Mushaf al-Quran dengan penjelasan tajwid
yang dipermudah dengan menggunakan warna ini dilengkapi dengan penjelasan
ketentuan-ketentuan tajwid dalam bahasa Indonesia (huruf latin) yang mudah dipahami.
Ketentuan-ketentuan tajwid tersebut berdasarkan bacaan tajwid ala qiraat ‘asim yang
diriwayatkan Imam Al-Hafs, yang merupakan cara baca yang paling banyak
dipergunakan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Indonesia dan Malaysia dari tujuh
riwayat cara baca (qiraat sab’ah).
Selain itu, blok warna yang dipergunakan dalam menentukan tajwid juga
memerlukan pembaca agar lebih memperhatikan tekanan, fonetik, irama serta cara
membaca al-Qur’an. Lahirnya penerbitan mushaf al-Qur’an dengan metode pemberian
kode warna ini merupakan karya inovatif dari tiga bersaudara, yakni Abdus Sami, Abdul
Nareem dan Abdul Moin yang memang telah lama bergelut dalam bidang penerbitan
buku-buku Islam. Di ilhami dari aturan lampu lalu lintas yang bersifat universal di
mana warna merah bererti pemakai jalan harus berhenti, warna kuning menunjukkan
persiapan jalan serta hijau bererti silakan jalan. Sistem “traffic light” inilah yang
kemudian diadaptasi bagi kemudahan umat Islam dalam membaca al-Qur’an dengan
benar dan baik. http://infomasjidkita.com/al-quran-berwarna.html
3.2 e-QALAM
E-Qalam merupakan satu lagi kejayaan baru dalam teknologi pendidikan untuk
membantu anda membaca Al-Quran dengan betul. Ia merupakan pen digital yang boleh
membaca Al-Quran berkod yang dialunkan oleh Qari terkenal. E-Qalam dilengkapi
dengan dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan). Terdapat empat
pilihan bahasa terjemahan iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan
Mandarin. Satu pen satu bahasa.
Ciri-ciri utama
Bacaan oleh Imam Masjidil Haram, Syeikh Saad Said Al-Ghamidi
Mendengar bacaan melalui pembesar suara atau fon telinga.
Dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan).
Empat pilihan bahasa terjemahan - Malaysia, Inggeris, Indonesia dan Mandarin.
Mesra pengguna dan mudah dibawa.
3.3 AL-QURAN FLASH
Ciri-ciri keistimewaan yang terdapat didalam al-Quran Flash antaranya:- Hukum tajwid yang berbeza warna Suara dari pembaca Qari-qari terkenal Terjemahan daripada pelbagai bahasa Meliputi kesemua surah
Contoh laman web ini boleh dilayari di http://www.quranexplorer.com/quran/#