1.0 PENGENALAN
Pada sekitar abad ke 19 adalah merupakan satu detik yang amat
penting bagi sebuah negara yang terletak di selatan Asia Tenggara.
Hal ini kerana pada abad tersebut telah berlakunya satu kebangkitan
rakyat di India yang dikenali sebagai Dahagi 1857. Dahagi merupakan
suatu bentuk penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari
sudut pandangan sarjana di India, dahagi dilihat sebagai suatu
bentuk rusuhan tentera sepoi menentang pemerintahan British di
India. Namun, dahagi bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan
menentang pemerintahan asing kerana dahagi berlaku secara setempat
dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala
sebahagian penduduk tetap tidak terlibat berdasarkan kenyataan
British yang tidak mahu mengakui bahawa masyarakat India sudah
mempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang dapat dibuat
berdasarkan peristiwa dahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi
1857 sering dinyatakan hanya sebagai satu pemberontakan tentera
sepoi yang tidak puas hati terhadap layanan yang mereka terima
daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap sebagai
perang kemerdekaan pertama dan ketiga peristiwa itu dikatakan
sebagai peperangan jihad oleh orang Islam terhadap pihak
British[footnoteRef:1]. [1: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 284.]
Namun, hakikat sebenar dan hasil pengamatan dan pengkajian
menyatakan bahawa Pemberontakan ini merupakan permulaan perjuangan
kebangsaan untuk membebaskan India daripada cengkaman penjajahan
Inggeris. Orang India yang berjuang menuntut kebebasan imperialisme
British menganggap rusuhan tentera sepoi sebagai pencetus kepada
perang kemerdekaan yang pertama di India atau dikenali sebagai The
First War Of Independence. Perang Perjuangan Kebangsaan Pertama
bukanlah satu pemberontakan seperti yang disebarkan British
berdasarkan pelbagai bukti yang didapati sebenarnya merujuk kepada
ini seperti bukti masyarakat India ditindas dari segi politik,
ekonomi, sosial dan ketenteraan.
2.0 LATAR BELAKANG DAHAGI 1857
Dahagi India telah bermula pada 10 Mei 1857. Sepoi yang
berpangkalan di Meerut dan Ambata telah menyerang kawasan penjara
dan membebaskan orang tahanan[footnoteRef:2]. Sepoi-sepoi juga
enggan menggunakan peluru dan telah dihukum penjara. Dua orang
sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa
pegawai Inggeris. Pada keesokan hari, sepoi-sepoi mara ke Delhi,
memasuki istana secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II,
seorang yang berketurunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi.
Pihak British telah mengumpulkan bala tenteranya untuk membalas
serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita bahawa Lord Canning
telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka telah
mencemaskan sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di Azamgarh, Ludhiana
dan Allahabad telah bangkit menentang gerakan tersebut. [2:
Ibid.]
Pada 30 Mei 1857, rejimen di Lucknow memberontak. Hal ini
diikuti oleh Benggala dan Oudh. Dahagi Oudh lebih menyerupai
pemberontakan umum kerana tuan tanah dan pembesar yang kehilangan
tanah serta martabat dan kaum tani yang menderita akibat pembayaran
cukai dan penindasan British telah menyertai pemberontakan. Selepas
empat bulan, Sir John Lawrence menawan semula Delhi. Bhahadur Syah
ditangkap dan putera Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi,
tentera British menyerang Kanpur dan Lucknow. Tentera Jeneral
Havelock mara ke Kanpur tetapi mendapat tentangan hebat. Percubaan
untuk membebaskan Lucknow gagal. Jhansi Rani, iaitu Lakshmi Bai
telah bertempur dengan British tetapi akhirnya gagal dan terbunuh.
Dahagi dapat dikawal dengan berkesan. Menjelang tahun 1858, dahagi
telah ditumpaskan dengan jayanya. Pihak British bernasib baik
kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan pembesar Sindhia,
Holkar dan pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan
sepoi ini. Selain itu, sebahagian orang India yang pro-British yang
inginkan pemulihan undang-undang dan peraturan tidak membantu
Pemberontakan Dahagi.
Peristiwa Dahagi 1857 telah melahirkan beberapa pemimpin politik
seperti Nana Sahib, Rani Lakhsmir dari Jhansi dan Tantia Topi. Nana
Sahib bangkit menentang British di Cawnpore, manakala Tantia Topi
pula menentang British di Gwalior bersama-sama dengan20000 orang
tentera. Di Jhansi pula, penentangan datang daripada Rani Lakshmir
yang dianggap sebagai Joan of Arc India[footnoteRef:3]. [3:
Ibid.]
3.0 SEBAB-SEBAB MENGAPA DAHAGI 1857 MERUPAKAN PERISTIWA PENTING
DALAM SEJARAH INDIA.
Dahagi India 1857 adalah merupakan suatu peristiwa penting bagi
rakyat India khususnya kerana mereka menganggap dahagi 1857 ini
sebagai The First War of Independence yang mana peristiwa ini dapat
dibuktikan dengan beberapa bukti penindasan yang telah dilakukan
oleh British terhadap rakyat India. Penindasan juga adalah
merupakan bukti kukuh bahawa British telah menindas rakyat India di
negara mereka sendiri yang seharusnya tidak berlaku. Namun, pihak
British telah menganggap mereka sebagai pemberontak sedangkan
mereka berjuang demi menuntut kebebasan negara mereka daripada
penjajah dan itu bukanlah rebellion tetapi adalah The First war of
Independence yang dilihat dari kaca mata penduduk India dan bukan
British. Terdapat beberapa alasan yang menjadikan dahagi 1857 ini
merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah India yang mana
alasan-alasan tersebut dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu
antaranya aspek politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang mana
boleh dijadikan bukti untuk menyokong fakta bahawa The First War of
Independence adalah merupakan suatu peristiwa penting bagi rakyat
India itu sendiri dalam sejarah India yang mana mereka telah
berusaha untuk mendapatkan kebebasan daripada terus ditindas oleh
British.
3.1 Politik
Sebab pertama dari segi politik seperti mana yang disebut oleh
Robert W.Stern dalam bukunya bertajuk Changing India mengatakan
bahawa faktor politik merupakan antara faktor pencetus kepada
kebangkitan semangat penduduk India dan seterusnya pencetus kepada
dahagi 1857[footnoteRef:4]. Biswamoy Pati dalam penulisannya turut
mengatakan bahawa Dahagi 1857 merupakan satu gerakan besar-besaran
menentang penjajahan British[footnoteRef:5]. Atas sebab itulah
selepas peristiwa dahagi 1857 pemerintahan Syarikat Hindia Timur
Inggeris SHTI dihapuskan pada 1858 manakala pentadbiran Kerajaan
India terus diserah kepada Kerajaan Mahkota menurut Akta Kerajaan
India[footnoteRef:6]. Hal ini dapat dilihat melalui kedatangan
kuasa barat ke India telah menyebabkan mereka melaksanakan dasar
pemerintahan mengikut ideologi mereka sendiri. Melalui tindakan
mereka ini, secara tidak langsung telah mempunyai kaitan yang
sangat rapat dengan matlamat mereka untuk menjaga kepentingan
mereka di India sekali gus memperluaskan kawasan jajahan mereka.
[4: W., Stern Robert, Changing India Bourgeois Revolution on the
Subcontinent. Second Edition, CambridgeUniversity Press, 2003, hlm.
135.] [5: Pati, Biswamoy, The Great Rebellion of 1857 in India,
Exploring Transgression, Contexts and Diversities. Routledge, 2010,
hlm. 10.] [6: W., Stern Robert, Changing India Bourgeois Revolution
on the Subcontinent, hlm. 137.]
Kedatangan imperialisme Barat sejak abad ke-17 menyebabkan
kerajaan-kerajaan di India berhadapan dengan ancaman pihak barat,
terutamanya daripada Perancis dan British. Aktiviti perdagangan
mereka tertumpu di kawasan seperti Bombay, Surat, Madras dan
Calcutta. British akhirnya memperluaskan kuasa imperialisme dengan
cara membabitkan diri dengan perkembangan politik
tempatan[footnoteRef:7]. Semasa kerajaan Mughal berhadapan dengan
ketidakstabilan politik dalaman dan luaran pihak British telah
menggunakan alasan tersebut untuk campur tangan dalam pemerintahan
India bagi menjaga kepentingan dan keselamatan mereka. [7:
Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2004, hlm. 251.]
Pemerintahan British di India mula bertapak di India dengan
penubuhan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Undang-undang pitt
diluluskan pada tahun 1784 yang memperuntukkan bahawa pemerintahan
SHTI yang telah diketuai oleh Gabenor Jeneral yang mana
bertanggungjawab kepada parlimen dan kabinet[footnoteRef:8]. Dalam
erti kata lain SHTI tidak hanya bertindak sebagai sebuah syarikat
perdagangan sebaliknya turut memainkan peranan sebagai sebuah
kerajaan yang mentadbir India. Warren Hasting dan Lord Cornwallis
adalah antara Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab meletakkan asas
yang kukuh dalam dasar-dasar British di India. [8: Ibid., hlm.
271.]
3.1.1 Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie
Dasar pengilhakan ini telah dijalankan oleh kuasa barat yang
mana melalui campur tangannya dalam aspek politik ini dapat dilihat
apabila mereka telah menjalankan dasar pengilhakan melalui pelbagai
cara. Antaranya ialah pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak
menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrine
of lapse dan Kaedah kebaikan untuk diperintah. Proses pengilhakan
dilakukan oleh British di India melalui tiga zaman iaitu zaman Lord
William Bentick (1825-1835)[footnoteRef:9], zaman Lord Ellenborough
(1836-1846)[footnoteRef:10] dan zaman Lord Dalhousie (1846-1856).
Semasa Lord William Bentick dilantik menjadi Gabenor Jeneral India
beliau telah mengilhakan wilayah Cacar, Coorg dan Mysore. Beliau
menggunakan alasan penyalahgunaan kuasa pentadbiran untuk menguasai
wilayah-wilayah di India. Contohnya, atas permintaan penduduk,
Bentick mengilhakan wilayah Cacar apabila Rajanya meninggal dunia
tanpa meninggalkan waris. Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan
alasan penyalahgunaan kuasa pentadbiran pembesar tempatan untuk
menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Bahkan beliau turut
mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. [9: Wolpert, Stanley,
A New History of India, Oxford Universiti Press, New York, 2004,
hlm. 210.] [10: Ibid., hlm. 217.]
Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior.
Manakala Ellenborough pula telah merampas wilayah Sind dengan
membuat tuduhan yang mengatakan bahawa Amir telah melanggar
perjanjian yang telah dibuat oleh Sind dengan pihak British
sehingga menyebabkan Sind telah dirampas dan diletakkan di bawah
penguasaan Empayar British di India. Ellenborough juga telah
mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian Daulat Rao
Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni. Tindakan ini jelas
menunjukkan bagaimana pihak Barat menggunakan cara ini untuk
menguasai India.
Dasar pengilhakan yang telah dijalankan oleh Lord Dalhousie
adalah merupakan sebab politik yang terpenting dalam sejarah India.
Hal ini kerana beliau dikatakan telah mengilhakan wilayah-wilayah
tanpa menghiraukan perasaan orang India. Lord Dalhousie
melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak
menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrin
of lapse dan Kaedah kebaikan untuk diperintah. Kaedah hak menakluki
kuasa agung dilakukan dengan cara menakluk Punjab dengan
mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan telah mengalahkan
mereka di Gujerat. Melalui kaedah Doctrine of lapse ini, mana-mana
pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya untuk
meneruskan pemerintahan selepas mangkat, secara automatik negeri
atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung. Kaedah Doctrine
of lapse paling kerap digunakan oleh Dalhousie dan dengan cara ini
wilayah Satara, Jaitpur, Baghat, dan Samalpur telah diilhakan.
Kaedah pengilhakan melalui cara kebaikan untuk diperintah berlaku
atas alasan penganiayaan, kezaliman dan ketidakadilan politik dalam
sesebuah negeri. Dalhousie telah menggunakan kaedah tersebut untuk
mengilhakan Qudh Pentadbiran Qudh yang mana pada ketika itu berada
di bawah penguasaan Nawab Khan. Mereka telah mengambil kesempatan
semasa pemerintahan Nawab Khan yang mana pada ketika itu kerajaan
di bawah pentadbirannya berada dalam keadaan huru-hara dan amalan
rasuah yang berleluasa.
Maka dengan itu, Dalhousie percaya bahawa pemerintahan dengan
cara pengilhakan merupakan kaedah terbaik untuk memerintah India.
Kepercayaan beliau ini dikuatkan lagi apabila masyarakat India
menyokong sepenuhnya tindakan pihak Barat untuk mengilhakan
wilayah-wilayah di India. Namun begitu tanpa disedari oleh
Dalhousie, tindakan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan pemerintah India malahan dianggap telah
menjatuhkan martabat pemerintah tempatan. Kesannya timbul
penentangan daripada golongan pemerintah tempatan dan putera-
putera raja seperti Nawab dari Kartik, Raja Tanjor dan Nana
Sahib.
3.1.2 Polisi Lesap Waris (Doctrine Of Lapse)
Undang-undang Lesap Waris merupakan suatu langkah pihak Syarikat
Hindia Timur Inggeris di India bagi meneruskan legitimasi
penguasaan mereka di benua kecil ini. Polisi ini telah
mengisyaratkan bahawa kerajaan British di India berhak untuk
mengambil alih pentadbiran tempatan sekiranya para pemerintah
tempatan tidak mempunyai waris sah daripada keturunan mereka
sendiri. Sungguhpun, para pemerintah di India pada masa itu boleh
menabalkan anak angkat mereka sebagai nizam, peshwa dan sebagainya,
tetapi pihak British menganggap perlantikan itu sebagai illegal
atau tidak sah[footnoteRef:11]. Oleh itu, akan memberikan kuasa
penuh kepada pihak British dalam mengubah struktur kerajaan di
India serta mengambil alih pemerintahan peribumi melalui polisi ini
sungguhpun polisi ini tidak adil dan tidak sesuai dengan kehendak
peribumi India.[footnoteRef:12] [11: John Kaye, History Of Indian
Mutiny, Lahore: Oriental Publishers & Booksellers, 1976, hlm.
15.] [12: Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book
Centre, 1971, hlm. 28.]
Hal ini dibuktikan oleh tindakan yang dilakukan ke atas Nana
Sahib, iaitu anak kepada Peshwa Baji Rao ii yang tidak diiktiraf
sebagai pemerintah baru bagi wilayah kanpur pada tahun 1853 oleh
pihak British kerana beliau adalah anak angkat kepada Baji Rao ii.
Beliau juga dihalang menggunakan gelaran Peshwa sungguhpun beliau
telah diiktiraf oleh ayah angkatnya iaitu Baji Rao sebagai peshwa
selepas kematiannya pada tahun 1853.Tindakan ini cuba dihalang oleh
beliau melalui petisyen yang dihantar kepada pihak British di
India, tetapi tidak dilayan oleh pihak British. Hal yang sama juga
turut dihadapi oleh Rani Jhansi iaitu pemerintah di Jhansi yang
turut tidak diiktiraf oleh British sebagai pemerintah baru selepas
kematian suaminya pada 1854.[footnoteRef:13] Sungguhpun di dalam
undang-undang Hindu pada masa itu yang membenarkan pewarisan takhta
oleh Jhansi Rani sebagai sah kerana dia adalah permaisuri dalam
kerajaan Jhansi tetapi pihak British sengaja tidak mempedulikan
perkara ini kerana pihak British ingin agar wilayah-wilayah ini
berada dalam kawalan pihak British secara total kerana tahap
negeri-negeri ini adalah dalam keadaan naungan British sahaja dan
bergantung pada kebolehan pegawai British dalam mengawal
negeri-negeri tersebut. [footnoteRef:14] [13: Ibid.] [14:
Bhattacharjee, Arun, History of Modern India1757-1947, New Delhi:
Ashish Publishing House, 1960, hlm. 135.]
Jadi kebimbangan Inggeris adalah mereka bimbang seandainya
Raja-raja ini memberontak terhadap British dengan memotivasikan
rakyat mereka menentang British. Selain itu, bagi mengurangkan kos
untuk membayar elaun tahunan kepada pemerintah tersebut pihak
Inggeris telah menggunakan alasan tersebut bagi mewajarkan
tindakannya terhadap pentadbiran tradisional India. Kesannya,
pengalahan mesti dilakukan melalui dasar lesap waris ini. Hal ini
secara tidak langsung telah menimbulkan suasana yang kurang selesa
dalam kalangan pemerintah Hindu dan Muslim di India yang merasakan
pihak Inggeris cuba menafikan hak yang sewajarnya yang patut
diterima oleh mereka secara turun temurun. Lantas, mereka cuba
membebaskan diri dengan menyertai penentangan tentera sepoi
terhadap ketidakadilan British itu sendiri.[footnoteRef:15] [15:
Ibid., hlm. 136.]
3.1.3 Perubahan Sistem Zamindar
Selain itu, salah satu perubahan dalam aspek politik yang dapat
dilihat juga adalah perubahan sistem Zamindar di India. Zamindar
atau zemindar merupakan golongan bangsawan yang memegang kuasa
terhadap kawasan tanah yang besar dan menjalankan kawalan ke atas
petani. Mereka dianggap sebagai tuan tanah atau menjadi perantaraan
di antara maharaja dengan golongan petani. Namun begitu mereka juga
boleh dianggap sebagai golongan yang bebas kerana mereka boleh
memiliki harta sebanyak mungkin dan pasukan tentera sendiri. Semasa
pemerintahan Mughal, Zamindar mempunyai kuasa yang besar dalam
mengutip cukai, kuasa perundangan dan kuasa
ketenteraan[footnoteRef:16].Namun begitu selepas kedatangan
British, kuasa Zamindar telah dikurangkan atas alasan mereka tidak
menjalankan tanggungjawab dengan adil dan sering menindas golongan
petani[footnoteRef:17]. Walhal sebenarnya pihak British merasa
terancam dengan kuasa yang dimiliki golongan zamindar. Keadaan ini
mendorong pihak British memperkenalkan sistem petempatan sepuluh
tahun yang kemudiannya diubah suai menjadi petempatan kekal. Di
bawah sistem ini, golongan zamindar tuan tanah mendapat kedudukan
yang sah dalam kerajaan tetapi dalam aspek mengutip cukai Zamindar
dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai, tetapi sembilan peratus
daripada hasil kutipan cukai akan diserahkan kepada pihak
British.[footnoteRef:18] Hal ini seterusnya menimbulkan rasa tidak
puas hati golongan zamindar dan masyarakat tempatan. [16: Gupta,
Sulekha Chandran, Agrarian Relations and Early British Rule in
India, Bombay: Asia PublishingHouse, 1963, hlm. 65.] [17: Ibid.]
[18: Ibid., hlm. 274.]
Melalui pengenalan sistem tersebut secara tidak langsung telah
menunjukkan bahawa penguasaan British di India berjalan secara
berperingkat-peringkat, sehinggalah pada tahun 1857, yang mana
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah menguasai sebahagian
daripada wilayah India iaitu 62 peratus daripada wilayah di
India[footnoteRef:19]. Tambahan lagi, salah satu daripada usaha
yang dilakukan pihak British untuk menguasai India adalah dengan
cara penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung dalam
hal-ehwal dalaman di sesebuah negeri terutamanya dalam soal
penggantian pemerintah, perlantikan pembesar dan pentadbiran
kerajaan[footnoteRef:20]. Kesannya dapat dilihat apabila
golongan-golongan seperti Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib
bertindak bersatu padu untuk memperjuangkan hak-hak mereka dan
turut serta dalam Dahagi 1857. Atas sebab inilah dahagi 1857 boleh
dianggap sebagai usaha mendapatkan kemerdekaan serta menjadi
peristiwa penting dalam sejarah dan bukan semata-mata pemberontakan
oleh tentera sepoi. [19: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm.
260.] [20: Ibid., hlm. 261.]
3.2 Ekonomi
Di samping itu, melalui sistem ekonomi juga dapat dilihat
pelbagai penindasan turut berlaku terutama dalam aktiviti pertanian
seperti mana yang berlaku di Benggal semenjak aktiviti tersebut
mula beroperasi. Warren Hastings dan Lord Cornwallis telah
menyedari bahawa Bengal mampu memberikan sumbangan ekonomi yang
besar kepada pihak British.[footnoteRef:21] [21: Azharudin Mohd
Dali, Tamadun India, hlm. 271.]
3.2.1 Sistem Percukaian
Satu sistem percukaian tanah baru telah diperkenalkan oleh
British yang dikenali sebagai sistem Zamindar pada tahun
1973.[footnoteRef:22] Golongan zamindar diletakkan sebagai golongan
penengah antara pemerintah serta golongan petani. Cukai yang
dibayar itu biasanya adalah dalam bentuk hasil.[footnoteRef:23]
Zamindar yang bertanggungjawab mengutip cukai tersebut akan
mengambil sebahagian hasil sebagai upahnya sementara sebahagian
lagi akan dihantar kepada kerajaan. Selain itu, peningkatan kadar
cukai secara mendadak yang dikenakan terhadap para petani turut
berlaku, hal ini kerana tiada satu undang-undang atau akta yang
boleh menyekat zamindar meningkatkan kadar cukai. [22: B.G. Tilak,
Jandhyala. Education, Society and Development National and
International Perspective, New Delhi: National Institute of
Educational Planning and Administration, 2003, hlm. 169.] [23:
Kapila, Uma, Indian Economy Since Independence, Delhi: Academic
Foundation, 1990, hlm. 50.]
Oleh disebabkan itu, wujud perluasan kawasan tanaman padi di
kawasan Bengal yang mana dapat dilihat pada tahun 1793 sebanyak 35%
kawasan Bengal diusahakan, namun begitu, apabila terlaksananya
sistem ini ia meningkat sebanyak 80% pada penghujung abad ke-19. Di
samping itu, turut berlaku peningkatan dalam pertanian komersial
untuk tujuan dieksport seperti sutera, tebu, candu, dan nila.
Dengan pertambahan nilai hasil tanah di Bengal maka dengan itu
kutipan sewa oleh kelas zamindar juga turut bertambah meskipun
tanpa persetujuan para petani. Walau bagaimanapun, kuasa Zamindar
yang dahulunya besar dan diumpamakan sebagai raja di kawasan mereka
sendiri telah berubah apabila SHTI membataskan kuasa Zamindar hanya
untuk mengutip cukai.
3.2.2 Sistem Petempatan Kekal
Pengenalan sistem petempatan kekal juga salah satu cara untuk
menggalakkan pelaburan modal terhadap tanah.[footnoteRef:24] Hal
ini kerana sistem ini diharap dapat membantu usaha SHTI untuk
meningkatkan perkembangan pertanian dan komersial dan secara
langsung meningkatkan jumlah pungutan cukai. Pengenalan sistem ini
juga secara langsung telah membolehkan golongan Zamindar mendapat
kedudukan yang sah dalam kerajaan. Perubahan yang dibawa oleh
British dalam soal tanah dan pemungutan cukai merupakan satu
perubahan untuk menjadikan golongan Zamindar sebagai sebuah kuasa
untuk menguasai tanah yang ada di Benggal.[footnoteRef:25]
Perubahan ini tidak membawa kebaikan kepada golongan rakyat
terutama golongan petani kerana mereka masih hidup dalam keadaan
yang sukar dan masih lagi berada dalam golongan yang tidak
mempunyai tanah. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan
lagi semangat mereka untuk menuntut kebebasan dan pentadbiran yang
lebih baik. [24: S .N. Sen, History Modern India, New Delhi: New
Age International Publishers, 1997, hlm. 76.] [25: Azharudin Mohd
Dali, Tamadun India, hlm. 273.]
3.2.3 Sistem Ryotwari
Sistem Ryotwari merupakan salah satu kaedah untuk mengutip hasil
ekonomi di India oleh British.[footnoteRef:26] Sistem ini
dicadangkan oleh Kapten Alexander dan kemudian diperkenalkan oleh
Sir Thomas Munro apabila dilantik menjadi Gabenor pada tahun 1820
hingga 1827 di Chennai. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah
mengutip hasil tanah daripada setiap petani oleh ejen kerajaan.
Antara tujuan sistem ini adalah untuk mengukur dan menilai potensi
sumber penanaman di samping dapat menghapuskan dominasi orang
tengah yang sering menindas golongan petani. Sistem Ryotwari ini
memberikan hak kebebasan untuk memindahkan dan mewariskan tanah,
namun begitu pada sisi undang-undang mereka dianggap sebagai
penyewa negeri yang kekal turun-temurun. Kawasan yang mengamalkan
sistem Ryotwari telah menyebabkan hak milik tanah beransur-ansur
menjadi tumpuan tuan tanah yang datang daripada golongan elit
terutama yang memiliki ladang-ladang kecil, pemberi pinjaman wang
dan peniaga-peniaga. [26: S .N. Sen, History Modern India, hlm.
77.]
Melalui sistem ini, British berkeinginan untuk mengembangkan
tanaman komersil seperti kapas, tebu, tembakau, nila, kopi dan lada
di Madras untuk tujuan eksport. Menjelang pertengahan abad ke-19,
terdapat lebih daripada 1 juta ekar tanah di Madras yang ditanam
dengan kapas telah menghasilkan kapas mentah bernilai 55 juta.
Keadaan ini sebenarnya didorong oleh kenaikan harga kapas mentah
yang begitu tinggi antara tahun 1861 hingga 1865 dan menyebabkan
petani memberi tumpuan serius kepada tanaman ini di wilayah mereka.
Ciri-ciri sistem Ryotwari dapat dijelaskan dengan cara setiap
keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang
bertanggungjawab membayar cukai. Jumlah cukai akan ditaksirkan
setiap tahun dan antara 25% hingga 60% hasil tanah hendaklah
diserahkan kepada kerajaan setiap tanah. Pengutipan cukai akan
dikendalikan oleh kerajaan. Petani yang gagal menjelaskan cukai
akan dirampas tanah dan hartanya.[footnoteRef:27] Hal ini
menyebabkan para petani ditindas dengan paksaan bayaran cukai dan
mendorong mereka untuk melakukan tuntutan kebebasan. [27: Ibid.,
hlm. 78.]
3.3 Sosial
Dari aspek sosial pula, Modenisasi yang diperkenalkan oleh
British di India ini turut dinilai sebagai satu bentuk gangguan
nilai-nilai sosial yang telah dipegang masyarakat India sejak
sekian lama. British telah campur tangan dalam hal ehwal adat dan
memperkenalkan pembaharuan yang tidak disenangi oleh masyarakat
India. Sebagai contoh, Lord William Bentick telah mengusulkan
ideanya untuk menghapuskan adat sati yang dianggap kejam dan
mengabaikan nilai kemanusiaan. Walau bagaimanapun, adat ini
merupakan satu pengorbanan yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu
di India. Oleh itu, adat ini secara tidak langsung akan
dipertahankan oleh masyarakat Hindu di India.[footnoteRef:28] [28:
Hunter, Robert., The History Of India, From The Earliest To The
Fall Of The East India Company And TheProclamation Of Queen
Victoria in 1858, London : Oxford University, 1863, hlm. 221.]
3.3.1 Penghapusan Adat Sati
Lord William Bentick telah melakukan langkah permulaan dengan
cara meminta pandangan daripada orang lain terutamanya orang Eropah
berkenaan dengan idea penghapusan adat sati secara berkompromi
dengan penganut agama Hindu di India. Ramai yang bimbang idea
tersebut tidak dapat dilaksanakan termasuklah Rammahun Roy iaitu
reformis Hindu yang menentang adat tersebut. Rammahun Roy
mencadangkan penghapusan adat tersebut dilaksanakan di Bengal
terlebih dahulu sebelum diperluas ke seluruh India. Namun demikian,
Lord William Bentick tidak mengendahkan nasihat tersebut dan
mengharamkan adat sati di seluruh India. Tindakan tersebut dilihat
sangat terburu-buru dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati
masyarakat India. Mereka berasa sangat kecewa kerana British tidak
bertoleransi dalam soal adat mereka.[footnoteRef:29] [29: Ibid.,
hlm. 221.]
3.3.2 Penghapusan Adat Thugee
Lord William Bentick juga telah menghapuskan adat thugee. Amalan
thugee merupakan aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang
menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama bersenjata.
Kekurangan perlindungan dianggap oleh British sebagai punca utama
amalan ini berlaku. Oleh itu, sebuah jabatan di bawah pimpinan Sir
William Sleeman telah ditubuhkan untuk menghapuskan adat tersebut.
Selain itu, British juga telah menghapuskan adat pembunuhan anak
perempuan. Amalan ini merupakan amalan yang paling kejam kerana
anak perempuan akan dibunuh sejurus sahaja mereka
dilahirkan.[footnoteRef:30] British juga menganggap amalan ini
tidak berperikemanusiaan dan wajar untuk dihapuskan untuk menambah
baik gaya hidup masyarakat India. Namun demikian, masyarakat India
menganggap British tidak menghormati adat mereka. Mereka berasa
sangat bimbang kerana adat mereka dicabuli dan diubah sesuka hati
oleh British.[footnoteRef:31] [30: N. Jayapalan, History Of India,
New Delhi : Atlantic Publishers and Distributors, 2001, hlm. 99.]
[31: Ibid., hlm. 99.]
3.3.3 Penyebaran Agama Kristian
Faktor agama juga merupakan salah satu sebab berlakunya
penentangan golongan Muslim dan Hindu di India terhadap British.
Penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh
British dianggap mempunyai agenda yang penuh dengan muslihat.
Masyarakat di India percaya bahawa kerajaan British melakukan
konspirasi untuk mengubah kepercayaan mereka terhadap agama Islam
dan Hindu.[footnoteRef:32] Penyebaran agama Kristian ini jelas
berleluasa setelah kedatangan Lord Canning yang memegang jawatan
sebagai wizurai pada tahun 1856. Beliau merupakan orang yang
bertanggungjawab tentang isu agama di India. Langkah drastik yang
diperkenalkan oleh beliau termasuklah penukaran seluruh India
kepada Kristian. Kerajaan British juga menyokong tindakan yang
dilakukan oleh Lord Canning. Kesan ketara yang dapat dilihat akibat
daripada dasar ini adalah kewujudan sistem persekolahan mubaligh,
penubuhan gereja dan sebagainya.[footnoteRef:33] [32: Neill,
Stephen, A History Of Christianity In India 1707-1858, New York :
Cambridge Press, 2002, hlm. 417.] [33: Azharudin Mohd Dali, Tamadun
India, hlm. 286.]
Pertengahan abad ke-19 memperlihatkan perkembangan Kristian yang
begitu ketara terutamanya di Lembah Ganges. Kawasan-kawasan yang
menjadi tumpuan adalah seperti Delhi, Saharapur, Meerut, Fatehpur,
Sikri, Lucknow dan Mirzapur.[footnoteRef:34] Mazhab yang menjadi
tunjang kepada pegangan Kristin ini adalah Protestan. Bagi
memudahkan penyebaran Kristian ini, terjemahan Bible telah dibuat
dalam pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi dan Urdu.[footnoteRef:35]
Perubahan yang dilakukan oleh British sememangnya bertentangan
dengan kepercayaan masyarakat di India. Lebih memeritkan, perubahan
tersebut dilakukan tanpa mengira sensitiviti mereka. Hal ini
menyebabkan mereka bangkit untuk menentang British. [34: Ibid.,
hlm. 286.] [35: Ibid.]
3.3.4 Pendidikan Inggeris
Pendidikan barat yang diperkenalkan oleh british juga mempunyai
pengaruh besar terhadap penentangan masyarakat India. Pada tahun
1835, Lord Macauly telah berjaya meletakkan asas pendidikan barat
yang kukuh di India.[footnoteRef:36] Tujuan utama pendidikan barat
ini adalah untuk mempertingkatkan pencapaian budaya dan intelektual
masyarakat India. Pengenalan polisi pendidikan barat ini dilakukan
melalui sekolah kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama. Pendidikan barat ini juga telah dimajukan oleh Sir
Charles Wood pada tahun 1854. Kemajuan yang dilakukan termasuklah
penubuhan institusi pendidikan berasaskan kepada model London di
Calcutta, Madras dan Bombay.[footnoteRef:37] [36: Whitehead,
Clive., Colonial Educators : The British Indian And Colonial
Education Service, London : I. B. Tauris & Co. ltd, 2003, hlm.
5.] [37: Ibid., hlm. 5.]
Pengenalan kepada pendidikan barat ini sebenarnya telah
menimbulkan ketidakseimbangan dalam pegangan tradisi masyarakat
India.[footnoteRef:38] British percaya bahawa pendidikan barat ini
merupakan tulang belakang kepada proses penukaran agama Kristian
dalam kalangan masyarakat India. Namun demikian, masyarakat di
India menentang langkah British yang ditafsirkan oleh
golongan-golongan konservatif sebagai satu serangan terhadap budaya
mereka. Selain itu, masyarakat India juga percaya bahawa British
mahu mengganggu agama dan adat sekali gus memaksa mereka untuk
menerima adat dan kebiasaan yang diamalkan oleh orang
Eropah.[footnoteRef:39] Hal ini telah mewujudkan tentangan dalam
kalangan masyarakat India kerana mereka menganggap British telah
melaksanakan pembaharuan yang menentang budaya mereka. Tentangan
tersebut jelas perjuangan masyarakat India, tidak seperti pandangan
kaca mata British yang menganggap bahawa masyarakat India
memberontak. [38: S. N. Sen, History Modern India, hlm. 91.] [39:
Ibid., hlm. 92.]
3.4 Ketenteraan
Aspek ketenteraan juga telah menjadi bukti kepada pernyataan
bahawa Dahagi 1857 bukanlah sebuah pemberontakan tetapi adalah
sebuah perjuangan kebangsaan yang ingin menuntut kemerdekaan
daripada tentera British. Majoriti menyatakan tentera adalah
merupakan anggota pertahanan yang penting dan seharusnya menjadi
sebuah benteng untuk mempertahankan negara. Kehebatan sesebuah
negara adalah terletak kepada kekuatan ketenteraan nya. Begitu juga
India yang dipimpin oleh tentera sepoi yang khususnya berada dalam
kalangan golongan Brahmin. Namun, kekuatan tentera Sepoi itu
hanyalah pada ahli tenteranya dan bukan pada pemimpinnya yang
dipimpin oleh British. British merupakan kuasa pertama yang telah
tiba pada awal abad ke-17. Pada tahun 1612, Syarikat Hindia Timur
Inggeris menubuhkan kilang pertama di Bengal yang pada masa itu
empayar Mungal masih berada di kemuncaknya. Walau bagaimanapun,
seratus tahun kemudian empayar itu jatuh di tangan Empayar Maratha
yang diketuai oleh Shivaji Maharaj.[footnoteRef:40] [40: Chaudhuri,
Shashi Bhusan, Civil Rebellion in the Indian Mutinies (1857-1859),
Calcutta: The World Press Private LTD, 1957, hlm. 259.]
Oleh itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris semakin terkenal di
Asia Selatan dan berkuasa dalam politik dan ketenteraan utama di
benua kecil. Tentera British yang semakin meningkat ini telah
merekrut tentera sepoi daripada masyarakat tempatan. Pegawai
pemerintah batalion menjadi satu bentuk pengganti kepada ketua
kampung dan mereka dipaksa untuk menyatakan taat setia kepada
Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kuasa-kuasa ketenteraan telah
dibahagikan kepada tiga tentera jawatan presiden iaitu di Bombay,
Madras dan Bengal. Tentera Bengal ini pula direkrut daripada
tentera yang berasal daripada kasta yang lebih tinggi iaitu
Brahmin. Madras dan Bombay pula lebih bersifat setempat dan
berkasta neutral. Oleh itu, penguasaan kasta yang lebih tinggi di
dalam tentera Bengal dianggap sebagai salah satu daripada pencetus
kepada perjuangan kebangsaan 1857 ataupun dikenali sebagai dahagi
1857 oleh British.
Ketenteraan ini dapat dijadikan sebagai bukti kepada pernyataan
di atas yang mana Dahagi 1857 adalah sebuah perjuangan menuntut
kebebasan dan bukannya pemberontakan kerana dalam aspek ini
ketenteraan memainkan peranan dalam pencetusan perjuangan menuntut
kebebasan daripada British. Namun, ramai sejarawan yang mengenali
perjuangan ini sebagai sebuah pemberontakan tetapi bukan pada kaca
mata orang India itu sendiri. Bagi British, tentera sepoi merupakan
pemberontak kerana melawan penguasaan mereka dan sebahagian besar
British gagal untuk mengiktiraf pejuang dalam Dahagi 1857. Hal ini
juga turut dipengaruhi dengan penguasaan tentera sepoi dalam
batalion ketenteraan British seramai 260,000 orang dalam kalangan
mereka dan hanya sekitar 14 % iaitu 34000 tentera Eropah pada
1857.[footnoteRef:41] [41: Rev, James Kennedy, The Great Indian
Mutiny of 1857 : Its causes, features and results, London: Ward
& Company, 1858, hlm. 9.]
Oleh itu, Dahagi 1857 ataupun Sepoy Mutiny yang dikenali oleh
Britain sebagai pemberontakan paling teruk berlaku pada 1857
sebenarnya diakui oleh orang India sebagai the first war of
independence[footnoteRef:42]. Bagi mereka, perjuangan orang India
untuk menuntut kebebasan itu tidak patut dianggap pemberontakan
kerana dari kaca mata perjuangan orang India itu ianya adalah
perjuangan pertama menuntut kebebasan daripada Britain. Hal ini
dapat dibuktikan dengan kenyataan Gregory Fremont Barnes : [42:
Perang Pertama Kemerdekaan India adalah satu istilah yang
kadang-kadang digunakan, terutamanya di India untuk menggambarkan
Pemberontakan India 1857, yang telah digambarkan dengan pelbagai di
luar India sebagai kebangkitan, pemberontakan dan dahagi.]
It is essential, from the outset, to lay down some parameters
and debunk some of the familiar myths associated with this subject.
The very name Indian Mutiny has been challenged, especially by some
Indian scholars, as an inaccurate description of the conflict which
raged across northern and central India in 1857-1858. To many on
the sub continent it is better known as The First War of
Independence a war of national liberation. To contemporary Britons,
it is variously known as The Great Rebellion, The Sepoy revolt or
The Great Mutiny.[footnoteRef:43] [43: Barnes, Gregory Fremont, The
Indian Mutiny 1857-58, Great Britain: Osprey Publishing, 2007, hlm.
9.]
Jelas bahawa pengistilahan gelaran dalam perjuangan pertama
orang India ini disalahertikan dengan kenyataan British. Bukti bagi
menyatakan kesalahan pihak British yang menganggap ianya sebagai
pemberontakan adalah dari segi ketenteraan. Dalam aspek ketenteraan
ini boleh dilihat dari segi layanan The East India Company terhadap
tentera India, pelucutan elaun khidmat asing, perkhidmatan yang
zalim dan pengenalan senapang Enfield Rifles. Punca ini telah
menyebabkan tentera sepoi bangkit dan berjuang untuk menentang
British dan ianya bukanlah pemberontakan seperti yang dikatakan
British.
Pencetusan Sepoy Mutiny daripada aspek ketenteraan ini menjadi
bukti yang kukuh bagi menyokong kenyataan bahawa Dahagi 1857 itu
adalah perjuangan kebangsaan pertama ataupun dikenali sebagai The
First War of Independence. Hal ini boleh dibuktikan dengan fakta
pertama iaitu Akta Pengambilan Tentera Awam yang diperkenalkan
British, diskriminasi British terhadap tentera Sepoi dan fakta
paling menarik ialah perkenalan senapang Enfield Rifle kepada
tentera Sepoi.[footnoteRef:44] [44: J.A.B, Palmer, The Mutiny
Outbreak at Meerut in 1857, United Kingdom: Cambridge University
Press, 1966, hlm. 52.]
3.3.5 Akta Pengambilan Tentera Awam
Perkembangan bidang kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris telah
menyebabkan tentera bukan sahaja diperlukan untuk berkhidmat di
India, tetapi melalui akta ini tentera ini juga terpaksa membuat
perkhidmatan asing dengan imbuhan yang dibayar kemudian. satu lagi
rungutan para tentera ialah apabila perbuatan perkhidmatan awam ini
yang menafikan hak sepoy untuk menerima pencen bersara. walaupun
ura-ura mengatakan ianya hanya untuk tentera baru tetapi disyaki
bahawa ia juga akan dikenakan kepada mereka yang sudah lama dalam
perkhidmatan tentera. Di samping itu, bayaran tentera Bengal diberi
agak kurang berbanding dengan tentera dari Madras dan tentera
Bombay yang memburukkan lagi keadaan tentera sepoi.[footnoteRef:45]
Menurut James Kennedy, menyatakan bahawa tentera yang mereka upah
mengambil peluang menjadi tentera untuk tujuan tertentu. [45:
English, Barbara, The Kanpur Massacres in India in the Revolt of
1857, London: Oxford University Press, 1994, hlm. 174.]
They enter our civil and military services readily for their own
purposes. They are very willing to take our pay and so long as
their personal interest are identified with ours, their fidelity is
secured.
Selain itu, tentera India turut diarahkan untuk ke luar negara
berperang dan dijangka akan mati di sana. Pada 1852, 38 orang
tentera menolak untuk dibawa merentasi laut untuk ke
Burma.[footnoteRef:46] Namun, dasar British iaitu memberi autoriti
kuasa kepada mereka untuk membawa tentera India ke luar negara
sesuka hati mereka. Ini adalah undang-undang yang dicipta bagi
mengaplikasikan bakal tentera untuk berada di seluruh pelosok
jajahan British dan mati di tempat peperangan. Hal ini menjadi
mimpi ngeri kepada tentera India atau sepoi apabila mereka
mendengar khabar angin iaitu tentera India dibunuh di Burma. [46:
Barnes, Gregory Fremont, The Indian Mutiny 1857-58, hlm. 20.]
3.3.6 Diskriminasi Tentera Sepoi oleh British
Pada ketika itu, terlalu banyak insiden yang menyebabkan
ketidakpuasan hati di antara tentera sepoi. Bayaran paling tinggi
yang diterima oleh tentera sepoi adalah bayaran minimum yang
diterima oleh tentera Eropah. Dengan tidak ada kenaikan pangkat
bagi tentera India yakni apabila seorang tentera itu memulakan
kerjaya dengan Risaldar maka mereka juga akan berakhir dengan
Risaldar. Kerajaan British ketika itu sebenarnya langsung tidak
mempercayai tentera India. Mereka juga tidak dihormati seperti
tentera British yang lain. Selain itu, mereka juga dilayan sebagai
hamba abdi. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Shashi
Bhusan Chaudhuri. These are factors which irresistibly toned down
the military character of the revolt and produced conditions
favorable for the merging of the military rising into a popular
rebellion. Few circumstances one more observable throughout the
revolt than this ferment in the civil populace accompanying the
Indian Mutinies.
3.3.7 Pengenalan Senapang Enfield Rifle
Pada tahun 1853, Syarikat Hindia Timur Inggeris memutuskan untuk
memodenkan penggunaan senjata yang digunakan oleh Tentera Bengal
iaitu sepoi. Oleh itu, British telah memperkenalkan Senapang baru
bercorak Musket Rifle 1853.[footnoteRef:47] Senjata itu kemudiannya
digunakan oleh tentera Bengal bagi menggantikan senjata flintlock
kepada Brown Bess yang telah berubah dengan keadaan kunci senapang
pada tahun 1842.[footnoteRef:48] Peluru untuk Best Brown terdiri
daripada peluru kertas yang pelu untuk digigit sebelum digunakan
oleh tentera Bengal. Namun, senjata itu rupa-rupanya telah disadur
kan dengan lemak babi dan lembu yang diharamkan bagi masyarakat
Muslim dan Hindu. Hal ini adalah punca penentangan yang menjadi
bukti kepada perjuangan pertama kebangsaan India. [47: W.H.
Fitchett, The Tale of The Great Mutiny, London: Smith Elder &
Co, 1902.] [48: David, Saul. The Indian Mutiny 1857, Kuala Lumpur:
Perpustakaan Universiti Malaya.]
Hal ini telah membawa kepada pencetusan kepada perasaan
ketidakpuasan hati tentera sepoi yang telah menyentuh keagamaan
mereka. Tentera sepoi sangat menolak untuk menggunakan peluru yang
telah di griskan dengan minyak babi dan lembu.[footnoteRef:49]
Tentera sepoi menganggap bahawa pihak British sengaja untuk membawa
mereka ke arah kristiniasasi dan menjauhkan mereka dari agama
mereka. Disebabkan pengenalan senapang ini telah menyebabkan mereka
melancarkan peperangan perjuangan pertama kebangsaan India yang
telah meningkatkan kesedaran orang India yang selama ini rela
dijajah dan kepentingan mereka diabaikan. Hal ini dapat dilihat
dengan kenyataan salah seorang sarjana. [49: Seal, Anil, Kemunculan
Nasionalisme India : Persaingan Dan Persubahatan Pada Akhir Abad
KesembilanBelas, United Kingdom: Fellow Kolej Triniti, 1987, hlm.
24.]
The ammunition for the Brown Bess consisted of a paper cartridge
with a pre- measured amount of powder and one round in order to
load the weapon the cartridge was torn open with teeth the powder
was poured into the barrel and then the cartridge with the bullet
was rammed down. A percussion cap was placed on the nipple of the
lock and when the trigger was pulled, the hammer would ignite the
fulminate and fire the musket. The sepoys of rifle companies who
usually functioned as skirmishers, were however armed with the 1838
Brunswick two groove rifle. The rifled barrel allowed for a tighter
fit of the bullet and gave it a spin when fired that greatly
increased its speed and accuracy. To ease the process of whamming
down the bullet and to make a fit once loaded, the rifle
necessitated the use of lubricated patch was wound around the ball,
instead of the paper cartridge used in the smoothbore musket. A
small number of native troops on the north West Frontier were also
armed with the Minim Rifle which relied on its conically shaped
bullet with applied grease for a tight fit. [footnoteRef:50] [50:
E. I. Brodkin, The Struggle for Succession: Rebels and Loyalists in
The Indian Mutiny Of 1857, Modern Asian Studies, 6, pp 277-290,
1972.]
Oleh itu, dengan pengenalan senapang yang di gris dengan minyak
babi dan lembu itu merupakan salah satu bukti bahawa mereka
dianiaya dan logik bagi mereka untuk menentang British bagi
mempertahankan maruah keagamaan mereka. Maka, Dahagi 1857 itu telah
dianggap sebagai peristiwa penting dalam masyarakat India amnya
dalam sejarah India kerana melalui peristiwa ini, kesabaran tentera
sepoi yang beragama Hindu dan Muslim telah sampai kepada
kemuncaknya dan menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat India
dalam mendapatkan kebebasan negara mereka yang mana mereka anggap
Dahagi 1857 ini sebagai The First War of Indian Independence.
4.0 KEPENTINGAN DAHAGI 1857 DALAM SEJARAH INDIA
Dahagi 1857 merupakan salah satu daripada peristiwa yang penting
dalam lipatan sejarah India pada abad ke-19. Perbincangan berkaitan
dengan peristiwa ini sering menimbulkan dua perspektif yang berbeza
dalam kalangan sejarawan. Sejarawan yang bersifat eurosentrik akan
menggelar peristiwa ini sebagai The Mutiny,[footnoteRef:51] The
Sepoy Mutiny,[footnoteRef:52] The Great Sepoy
Mutiny[footnoteRef:53] ataupun Muslim Conspiracy[footnoteRef:54]
manakala sejarawan India pula menganggap peristiwa ini sebagai The
Great Rebellion of 1857.[footnoteRef:55] Perbezaan pendapat oleh
sejarawan India terhadap Dahagi 1857 adalah disebabkan oleh
kepentingan peristiwa ini dalam perkembangan politik India. [51:
Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen
Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 515.] [52:
Lyall, A. C., From The Close Of The Seventeenth Century To The
Present Time, Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.), History Of
India. (Vol. Ke-3), London: The Grolier Society, 1907, hlm. 450.]
[53: Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P.
& Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South
Asia, London: Praeger Security International, 2007, hlm. 16.] [54:
Pati, B., Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B.
(Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring
Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge,
2010, hlm. 1.] [55: Ibid.]
4.1 Perang Pembebasan India
Peristiwa Dahagi 1857 amat penting dalam sejarah India kerana
peristiwa ini dianggap sebagai The First War of Indian
Independence.[footnoteRef:56] Dahagi 1857 ini dianggap sebagai The
First War of Indian Independence kerana buat pertama kalinya dalam
sejarah pemerintahan British di India, masyarakat India dari
pelbagai latar belakang di beberapa buah kawasan bangkit hampir
serentak menentang kuasa kolonial tersebut. Penentangan masyarakat
India pada 10 Mei 1857 ini bukan saja dilakukan oleh golongan
tentera Sepoi tetapi juga daripada golongan bangsawan India yang
dibuang dari wilayahnya, tuan-tuan tanah yang ingin melepaskan diri
daripada pengawasan British dan juga para pendakwah
Islam.[footnoteRef:57] Penentangan ini juga turut disertai oleh
golongan masyarakat awam ataupun adivasi. Contohnya, golongan
adivasi di Chotanagpur juga turut terlibat dalam penentangan
tentera Sepoi terhadap British.[footnoteRef:58] [56: Ibid., hlm.
3.] [57: Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P.
& Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South
Asia, 2007, hlm. 17.] [58: Sinha, S. S., 1857 And The Adivasis Of
Chotanagpur, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In
India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New
York: Routledge, 2010, hlm. 16.]
Dahagi 1857 bukan saja melibatkan pelbagai golongan dalam
masyarakat tetapi juga meliputi bahagian utara dan Selatan India.
Di bahagian utara, penentangan terhadap British berlaku di Meerut,
Ambata, Lahore, Cawnpore, Allahabad dan Lucknow.[footnoteRef:59] Di
bahagian Selatan pula, penentangan terhadap British berlaku di
Madras, Chingleput, Coimbatore, Chittoor, Vellore dan
Salem.[footnoteRef:60] Perjuangan nasionalisme dalam Dahagi 1857
sememangnya sangat kabur dan mungkin lebih mudah jika dikatakan
bahawa perjuangan pada 1857 itu tidak mempunyai unsur nasionalisme.
Namun begitu, jika di pertimbangkan fakta-fakta di atas, adalah
tidak salah untuk menganggap Dahagi 1857 sebagai The First War of
Indian Independence kerana penentangan tersebut dilakukan oleh
pelbagai lapisan masyarakat India serta meliputi bahagian utara dan
selatan India dalam erti kata lain mewakili seluruh India. Hal ini
juga bermaksud sudah wujud sentimen anti-British dalam kalangan
masyarakat India pada ketika itu yang akhirnya membawa kepada
perjuangan secara besar-besaran menentang British Dahagi 1857. Oleh
itu, Dahagi 1857 mempunyai kepentingan dalam perkembangan politik
India kerana ia dianggap sebagai The First War of Indian
Independence. [59: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 284.]
[60: Basu, R. S., Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida
Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion, Dalam Pati, B.
(Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring
Transgressions, Contests And Diversities, hlm. 166.]
4.2 Gerakan Anti-British
Selain itu, Dahagi 1857 penting dalam sejarah India kerana ia
juga dianggap sebagai gerakan anti-British. Hal ini dianggap
sebagai gerakan anti-British kerana tujuan utama penentangan ini
ialah untuk menentang pemerintahan British pada ketika itu di
India. Harus difahami bahawa pemerintahan British di India telah
membawa kepada pelbagai perubahan dalam keseluruhan aspek kehidupan
masyarakat India sebelum tahun 1857 sehingga merosakkan sistem
sosial tradisional masyarakat India. Perubahan-perubahan ini
akhirnya membawa kepada suatu tahap yang menyebabkan timbul
perasaan marah, kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat India terhadap pemerintahan British. Keadaan yang
benar-benar mengambarkan Dahagi 1857 sebagai gerakan anti-British
ialah peristwa The Cawnpore Massacre yang berlaku pada 27 Jun
1857.[footnoteRef:61] Dalam peristiwa ini, golongan penentang yang
mengikuti gerakan Dahagi tidak memberikan belas kasihan kepada
tawanan berbangsa Eropah yang menyerah kalah dengan syarat
dibenarkan untuk melarikan diri ke Allahabad. Mereka yang telah
menaiki bot ditembak dan selebihnya wanita dan kanak-kanak dibawa
ke Bibighur.[footnoteRef:62] [61: English, B., The Kanpur Massacres
In India In The Revolt Of 1857, Oxford Journals, no. 142, 169-178,
1994, Diperoleh dari http://www.jstor.org/stable/651200, hlm. 169.]
[62: Ibid.]
Pada 15 Julai 1857, tawanan yang berada di Bibighur ini dikerat
kepada beberapa bahagian dan dibuang ke dalam
perigi.[footnoteRef:63] Melihat kepada tindakan golongan penentang
yang bertindak kejam di Cawnpore ketika berlakunya peristiwa ini,
dapat dikatakan kekejaman yang dilakukan itu menunjukkan betapa
mereka begitu bersikap anti-British. Selain daripada masyarakat
Eropah, golongan pejuang dalam gerakan Dahagi juga menjadikan
pegawai-pegawai British sebagai musuh utama mereka. Contohnya,
pembunuhan Doktor Moore berkhidmat dengan tentera British di Madras
sewaktu beliau dalam perjalanan untuk merawat tentera British yang
tercedera di Sambalpur.[footnoteRef:64] Namun begitu, golongan ini
bukan saja menumpukan perhatian mereka kepada masyarakat Eropah di
India tetapi juga kepada golongan yang dianggap sebagai agen kepada
perubahan yang dilakukan oleh pihak British di India seperti
golongan pedagang dan peminjam wang (moneylenders).[footnoteRef:65]
Melihat kepada golongan yang diserang oleh golongan yang terlibat
dalam gerakan Dahagi ini, dapatlah dikatakan bahawa gerakan ini
bersifat anti-British dan tujuan mereka sememangnya untuk
menghapuskan sebarang sistem British di India. Oleh itu, Dahagi
1857 penting dalam sejarah India kerana gerakan ini merupakan
luahan hati masyarakat India terhadap pemerintahan British. [63:
Ibid.] [64: Pati, B., Beyond Colonial Mapping: Common People, Fuzzy
Boundaries And The Rebellion Of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.), The
Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions,
Contests And Diversities, hlm. 52.] [65: Pati, B., Introduction:
The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great
Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And
Diversities, 2010, hlm. 4.]
4.3 Melahirkan Pejuang Kebebasan
Dahagi 1857 juga penting dalam perkembangan politik India kerana
gerakan ini telah melahirkan golongan pemimpin yang berani untuk
bangkit menentang British. Gerakan Dahagi ini bukan saja memberikan
inspirasi kepada masyarakat India untuk menentang British tetapi
membawa kepada kelahiran pemimpin-pemimpin yang berkaliber seperti
Permaisuri Lakshmi Bai dari Jhansi, Tantia Topi dan Nana Sahib.
Permaisuri Lakshmi Bai merupakan antara pemimpin yang dianggap
mempunyai kepimpinan yang hebat terutamanya dalam
peperangan.[footnoteRef:66] Malah, Permaisuri Lakshmi Bai dianggap
sebagai Joan Of Arc versi India kerana mengetuai angkatan
tenteranya sendiri menentang British.[footnoteRef:67] Tantia Topi
ataupun nama sebenarnya iaitu Ramchandra Pandurahga juga merupakan
pemimpin yang disifatkan mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi
dan mahir dalam menyusun strategi peperangan.[footnoteRef:68]
Beliau merupakan rakan sekutu Permaisuri Lakshmi Bai dalam
menentang British.[footnoteRef:69] Nana Sahib merupakan pemimpin
yang mengetuai penentangan melawan British di Cawnpore dan Sir
Henry Lawrence di Lucknow pada 1 Julai 1857.[footnoteRef:70] [66:
Panikkar, K. M,, India Through The Ages, Delhi: Discovery
Publishing House, 1985, hlm. 254-255.] [67: Kulke, H. &
Rothermund, D., A History Of India. (Ed. Ke-4), New York:
Routledge, 2004, hlm. 258.] [68: Callahan, R., The Great Sepoy
Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S, A Military
History Of India And South Asia, 2007, hlm. 28.] [69: Panikkar, K.
M,, India Through The Ages, hlm. 255.] [70: Dunbar, G., A History
Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, hlm.
515.]
Sungguhpun, ketiga-tiga pemimpin ini merupakan pemimpin-pemimpin
yang hebat, penamat penentangan mereka berakhir dengan keadaan yang
tragis. Tantia Topi akhirnya telah ditawan oleh British dalam
pertempuran di Betwa manakala Permaisuri Lakshmi Bai pula terbunuh
dalam pertempuran.[footnoteRef:71] Nana Sahib pula menghilangkan
diri.[footnoteRef:72] Walaupun pengakhiran pemimpin-pemimpin ini
sangat tragis, namun begitu, mereka merupakan sumber inspirasi
kepada masyarakat India. Permaisuri Lakshmi Bai sehingga ke hari
ini masih menjadi inspirasi kepada masyarakat India kerana
kehebatannya dan keberaniannya - sebagai seorang wanita - dalam
mengetuai tenteranya menentang British. Oleh itu, dapatlah juga
dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam sejarah India kerana
telah melahirkan golongan pemimpin yang hebat dan diakui oleh
British. [71: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, 2004, hlm.
284-285.] [72: Ibid, hlm. 285.]
4.4 Menghidupkan kembali Pemerintahan Asal
Kepentingan Dahagi 1857 dalam sejarah India dapat dilihat
melalui keinginan untuk kembali kepada pemerintahan asal masyarakat
India, iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan Mughal di India.
Keinginan ini dapat dilihat melalui pelantikan semula Bahadur Syah
sebagai pemerintah India sebaik sahaja golongan yang menyertai
gerakan Dahagi menguasai Delhi.[footnoteRef:73] Malah, anak-anak
Bahadur Syah iaitu Mirza Abu Bakar, Mirza Madhu dan Mirza Khir
Sultan pula dilantik sebagai pemimpin-pemimpin penting dalam
kabinet yang baru dibentuk ketika itu.[footnoteRef:74] Tindakan ini
jelas menunjukkan bahawa pelantikan semula Bahadur Syah dan
anak-anaknya dalam sistem pentadbiran India merupakan simbolik
kepada keinginan masyarakat India untuk mengembalikan sistem
pemerintahan tradisional India seperti dahulu kala. Oleh itu,
dapatlah dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam politik India
kerana wujudnya keinginan masyarakat India pada ketika itu untuk
memulihkan semula sistem pemerintahan tradisional di India. [73:
Ibid, hlm. 284.] [74: Ibid.]
4.5 Kesedaran Masyarakat India ke arah pembebasan India
Dahagi 1857 sememangnya penting dalam perkembangan politik India
kerana gerakan ini merupakan satu simbolik kepada keinginan
masyarakat India itu sendiri. Perjuangan yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin ketika itu dan pelantikan semula Bahadur Syah
sebagai pemerintah India mencerminkan keinginan masyarakat pada
ketika itu untuk memulihkan semula sistem pemerintahan asal yang
bercorak tradisional. Gerakan yang dilakukan seperti menyerang
rumah pegawai British dan golongan yang mendapat keuntungan melalui
sistem yang dijalankan oleh British pula menggambarkan perasaan
anti-British yang timbul akibat daripada tekanan yang terpaksa
dihadapi oleh mereka dalam pemerintahan yang dijalankan oleh
British di India. Gerakan yang melibatkan pelbagai lapisan
masyarakat serta meliputi bahagian utara dan selatan India pula
membawa kepada penyataan The First War of Indian Independence iaitu
suatu cerminan kepada keinginan masyarakat India untuk melepaskan
diri daripada cengkaman pemerintahan British.
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa dahagi India 1857
adalah merupakan peristiwa penting dalam sejarah India berdasarkan
alasan-alasan yang dinyatakan yang mana telah menjadi punca dalam
tercetusnya kebangkitan rakyat di India dalam usaha untuk
mendapatkan kebebasan dan pentadbiran yang lebih baik. Dahagi 1857
yang dianggap sebagai The First Indian Independence telah dianggap
sebagai satu permulaan perjuangan dalam sejarah India dalam usaha
untuk memberi kemerdekaan kepada India. Meskipun British yang mana
merupakan satu kuasa yang kuat pada masa itu di mana mereka mampu
menangkis setiap penentangan yang dilancarkan orang India namun
hakikatnya tindakan British tersebut telah menanamkan benih
kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat India itu sendiri dalam
usaha untuk bangkit dan memerdekakan negara mereka daripada
penjajahan British.
Hal ini sekali gus turut meninggalkan implikasi negatif kepada
pihak British yang mana telah menguasai negara India sejak awal
abad ke-19 lagi. Malah, masyarakat di India juga telah mulai sedar
mengenai hak-hak dan kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara
tersebut. Maka disebabkan keadaan ini, ia telah membawa kepada
titik tolak perjuangan dalam diri setiap orang India dalam usaha
untuk menuntut kebebasan. Melalui tindakan inilah yang telah
mendorong kepada perubahan dan penyelarasan pentadbiran telah
dilaksanakan rentetan daripada peristiwa dahagi yang mana dianggap
sebagai titik hitam dalam sejarah masyarakat di India.
Bibliografi
Arun, B. 1960. History of Modern India1757-1947. New Delhi:
Ashish Publishing House.
Azharudin Mohd Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Barnes, G.F. 2007. The Indian Mutiny 1857-5., Great Britain:
Osprey Publishing.
Barbara, E. 1994. The Kanpur Massacres in India in the Revolt of
1857. London: Oxford University Press.
Basu, R.S. 2010. Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida
Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion. Dalam Pati, B.
The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions,
Contests And Diversities. New York: Routledge.
Biswamoy, P. 2010. The Great Rebellion of 1857 in India,
Exploring Transgression, Contexts and Diversities. Routledge.
Brodkin, E.I. 1972. The Struggle for Succession: Rebels and
Loyalists in The Indian Mutiny Of 1857. Modern Asian Studies, 6, pp
277-290.
Callahan, R. 2007. The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P.
& Sundaram, C. S. A Military History Of India And South Asia,
London: Praeger Security International.
Chaudhuri, S.B. 1957. Civil Rebellion in the Indian Mutinies
(1857-1859). Calcutta: The World Press Private LTD.
Clive, W. 2003. Colonial Educaters : The British Indian And
Colonial Education Service. London : I. B. Tauris & Co ltd.
David, S. 2003. The Indian Mutiny 1857. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Universiti Malaya.
Dunbar, G. 1949. A History Of India: From The Earliest Times To
Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson.
Fitchett, W.F. 1902. The Tale of The Great Mutiny. London: Smith
Elder & Co.
Gupta, S.C. 1963. Agrarian Relations and Early British Rule in
India. Bombay: Asia Publishing House.
Jayapalan, N. 2001. History Of India. New Delhi : Atlantic
Publishers and Distributors.
Jhandalaya, T.B.G. 2003. Education, Society and Development
National and International Perspective, New Delhi: National
Institute of Educational Planning and Administration.
Kapila, U. 1997. Indian Economy Since Independence. Delhi:
Academic Foundation.
Kaye, J. 1976. History Of Indian Mutiny. Lahore: Oriental
Publishers & Booksellers.
Kulke, H. & Rothermund, D. 2004. A History Of India. New
York: Routledge.
Lyall, A. C.1907. From The Close Of The Seventeenth Century To
The Present Time. Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.), History Of
India. (Vol. Ke-3), London: The Grolier Society.
Malleson. 1971. The Indian Mutiny Of 1857. Delhi: Datta Book
Centre.
Palmer, J.A.B. 1966. The Mutiny Outbreak at Meerut in
1857.United Kingdom: Cambridge University Press.
Panikkar, K.M. 1985. India Through The Ages. Delhi: Discovery
Publishing House.
Pati, B. 2010. Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam
Pati, B. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring
Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge.
Rev, J.K. 1858. The Great Indian Mutiny of 1857 : Its causes,
features and results. London: Ward & Company.
Robert, H. 1863. The History Of India, From The Earliest To The
Fall Of The East India Company And The Proclamation Of Queen
Victoria in 1858. London : Oxford University.
Robert, W.S. 2003. Changing India Bourgeois Revolution on the
Subcontinent. Second Edition. Cambridge University Press.
Seal, A. 1987. Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan Dan
Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. United Kingdom:
Fellow Kolej Triniti.
Sen, S.N. 1997. History Modern India. New Delhi: New Age
International Publishers.
Sinha, S.S. 2010. 1857 And The Adivasis Of Chotanagpur. Dalam
Pati, B. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring
Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge.
Stanley, W. 2004. A New History of India, New York: Oxford
Universiti Press.
Stephen. N. 2002. A History Of Christianity In India 1707-1858.
New York : Cambridge Press.
1