1.0 Pengenalan Pembangunan pesat yang sedang berlaku di negara ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi penduduk. Tidak dinafikan setiap pembangunan yang berlaku pastinya akan memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar sama ada di kawasan bandar mahupun kawasan desa. Pertalian antara pembangunan ekonomi dengan perubahan alam sekitar adalah satu hubungan yang kompleks. Ini adalah kerana ianya melibatkan semua aspek kehidupan manusia yang secara langsung berinteraksi dengan alam sekitar (Abu Bakar, 2000). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, tumpuan diberikan kepada peningkatan liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara lebih optimum bagi menyokong aktiviti ekonomi. Di antara projek-projek pembinaan yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan dalam tempoh RM9 ialah Jambatan Pulau Pinang, Pembangunan Iskandar Malaysia di Johor dan projek landasan keretapi berkembar. Sebanyak RM46.8 billion telah diperuntukkan bagi berbagai projek pembangunan dalam RM9. Dengan adanya projek-projek ini serta tindakan dan inisiatif pihak kerajaan terhadap ekonomi negara, sektor pembinaan akan terus berkembang maju dan akan terus menjadi teras kepada pembangunan negara. Namun begitu, aktiviti pembinaan juga dilihat sebagai satu salah satu penyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan dan kawasan tanah tinggi serta pembinaan di kawasan cerun banyak menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar dan masyarakat. Ini semua semua dilakukan atas desakan pembangunan dan untuk memenuhi kehendak manusia terhadap kehdupan yang lebih baik. 1
29
Embed
impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Pembangunan pesat yang sedang berlaku di negara ini menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan sosioekonomi penduduk. Tidak dinafikan setiap pembangunan yang berlaku
pastinya akan memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar sama ada di kawasan
bandar mahupun kawasan desa. Pertalian antara pembangunan ekonomi dengan perubahan
alam sekitar adalah satu hubungan yang kompleks. Ini adalah kerana ianya melibatkan semua
aspek kehidupan manusia yang secara langsung berinteraksi dengan alam sekitar (Abu Bakar,
2000).
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, tumpuan diberikan kepada peningkatan
liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara lebih optimum bagi
menyokong aktiviti ekonomi. Di antara projek-projek pembinaan yang telah dikenalpasti akan
dilaksanakan dalam tempoh RM9 ialah Jambatan Pulau Pinang, Pembangunan Iskandar
Malaysia di Johor dan projek landasan keretapi berkembar. Sebanyak RM46.8 billion telah
diperuntukkan bagi berbagai projek pembangunan dalam RM9. Dengan adanya projek-projek
ini serta tindakan dan inisiatif pihak kerajaan terhadap ekonomi negara, sektor pembinaan akan
terus berkembang maju dan akan terus menjadi teras kepada pembangunan negara.
Namun begitu, aktiviti pembinaan juga dilihat sebagai satu salah satu penyumbang
kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan dan kawasan tanah
tinggi serta pembinaan di kawasan cerun banyak menyebabkan kemerosotan kualiti alam
sekitar dan masyarakat. Ini semua semua dilakukan atas desakan pembangunan dan untuk
memenuhi kehendak manusia terhadap kehdupan yang lebih baik. Keseimbangan antara
pembangunan kemanusiaan dengan fizikal merupakan aspek yang penting dalam proses
pembangunan demi mencapai pembangunan mapan. Aktiviti yang dijalankan oleh manusia
tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar akan menyebabkan kemerosotan
terhadap kualiti alam sekitar dan akan memberi kesan terhadap kesejahteraan dan
keharmonian penduduk setempat.
1
2.0 Konsep Pembinaan
Penjenisan Perusahaan Taraf Antarabangsa (1968) mentakrifkan pembinaan merangkumi
binaan yang baru, penukaran, pembaikan dan perobohan. Pemasangan bagi mana-mana
jentera atau alat-alat yang dibuat pada masa binaan asal adalah termasuk, serta pemasangan
bagi jentera atau alat-alat selepas binaan asal tapi memerlukan penukaran struktur bagi
memasangnya. (Tidak termasuk mana-mana jenis binaan yang dijalankan sebagai kegiatan
tambahan oleh kakitangan atau untuk kegunaaan, sesebuah pertubuhan yang menjalankan
kerja dalam mana-mana lain bahagian bagi penjenisan ini. Kerja-kerja menggali, mengubah
beban berat, "shaft sinking", dan kerja mengorek yang dijalankan berhubung dengan kerja
perlombongan, adalah diklaskan dalam Bahagian 2 - Perlombongan dan Penggalian.
Industri Pembinaan merupakan elemen yang penting di dalam menjana ekonomi
negara. Industri ini juga merupakan penjana di dalam pembangunan ekonomi negara melalui
‘multiplier effects’ kepada industri lain seperti perkilangan, perkhidmatan, kewangan, pendidikan
dan lain-lain. Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang, merekabentuk,
memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja
kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja berkaitan. Sektor pembinaan di
Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah Pembinaan kediaman,
pembinaan bukan kediaman, pembinaan bercampur, pembinaan infrastruktur, dan lain-lain
(Rujuk Lampiran 1). Menurut Raimi (2007), kerja-kerja pembinaan dibahagikan kepada dua
bahagian utama iaitu:
a) Kerja Pembinaan Bangunan
Ia meliputi semua bentuk pembinaan yang boleh dikelaskan dalam kategori
pembangunan.
b) Kerja Kejuruteraan Awam
Meliputi semua aspek pembinaan yang tidak termasuk dalam kategori bangunan.
Contohnya jalan raya, empangan dan jambatan.
2
2.1 Aktiviti Pembinaan
Aktiviti-aktiviti pembangunan yang terlibat dalam kerja pembinaan lazimnya dapat
dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:
2.1.1 Peringkat Awalan
Sebelum memulakan sesuatu projek dilaksanakan, arkitek akan membuat
rekabentuk sesebuah struktur seperti yang dikehendaki oleh pihak klien.
Sewaktu kerja merekabentuk, selain bentuk dan rupa struktur jenis-jenis bahan
binaan yang akan digunakan juga akan ditetapkan oleh arkitek. Setelah kerja ini
selesai, pihak jurutera pula akan menganalisis lukisan arkitek untuk menentukan
bahan yang ditanggung oleh struktur serta saiz anggota struktur tersebut.
2.1.2 Penyediaan Tapak
Perkara yang penting sebelum sesuatu projek dimulakan ialah penyediaan tapak
projek. Antara kerja lain yang dijalankan pada fasa ini ialah pembersihan tapak,
menyediakan akses keluar dan masuk, kerja-kerja tanah serta kerja-kerja ukur
dan setting out. Antara kerja yang dilakukan sewaktu permbersihan tapak ialah
menebang pokok atau pembersihan semak samun. Rumput dan tumbuhan kecil
juga akan dibuang dan lapisan tanah akan dikikis sekurang-kurangnya sedalam
300mm. merobuhkan struktur sedia ada juga mungkin berlaku jika projek
menaiktaraf atau ubahsuai bangunan atau jalanraya. Kerja-kerja tanah juga
adalah kerja yang amat penting sewaktu fasa permulaan. Aktiviti potong dan
tambak (cut and fill) dan memotong tanah kepada paras formasi yang diperlukan
untuk aktiviti penanaman pokok.
2.1.3 Pembinaan Projek
Bagi sesebuah bangunan, kerja pembinaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kerja substruktur dan superstruktur. Substruktur ialah struktur yang berada di
3
bawah permukaan tanah manakala superstruktur pula ialah struktur yang berada
di atas permukaan tanah. Kerja-kerja substruktur melibatkan banyak kerja
pengorekan dan penimbusan tanah. Contoh substruktur ialah asas dan tembok
penahan manakala bagi superstruktur ialah tiang, rasuk, lantai dan bumbung.
2.1.4 Kerja-Kerja Akhir
Peringkat ini adalah peringkat akhir dalam menyiapkan sesebuah bangunan.
Antara kerja yang terdapat ialah pemasangan jubin atau seramik, tingkap dan
pintu, mengecat serta hiasan dalaman.
2.1.5 Kerja-Kerja Infrastruktur
Kerja-kerja ini adalah seperti membina atau menaiktaraf jaanraya, membina loji
rawatan sisa kumbahan, sistem saliran dan lain-lain kerja yang bukan melibatkan
pembinaan bangunan. Antara kerja yang terlibat dalam kerja-kerja ini adalah
pengorekan, penimbusan dan pemusnahan.
Pengurusan pembinaan secara amnya hanya mementingkan kualiti, masa serta
kos semasa aktiviti pembinaan (Raimi, 2007). Jadi jika dilihat tiada elemen tentang
penjagaan alam sekitar yang diambil kira dalam pengurusan pembinaan. Perkara ini
sepatutnya tidak boleh dipandang remeh kerana aktiviti pembinaan lazimnya akan
menyumbang kepada kemerosotan kualiti alam sekitar dan manusia sama ada sebelum,
semasa atau selepas sesuatu projek dilaksanakan.
4
3.0 Faktor-Faktor Perkembangan Sektor Pembinaan di Malaysia
Kadar pertumbuhan sektor pembinaan adalah berbeza-beza di setiap negara dari tahun ke
tahun. Pada tahun keadaan ekonomi stabil, sektor pembinaan mencapai kadar pertumbuhan
yang melebihi dua kali ganda kadar pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya, pada tahun
kemelesatan ekonomi, sektor pembinaan akan lebih teruk berbanding dengan sektor-sektor
lain. Menurut Sze Sengh (1991/92), faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan
sektor pembinaan adalah seperti berikut:
3.1 Prestasi Ekonomi Umum
Semasa keadaan ekonomi baik, permintaan terhadap produk industri pembinaan untuk
pembentukan modal tetap yang baru akan meningkat. Pengilang dan peniaga
memerlukan tempat untuk meningkat pengeluaran dan memperkembangkan
perniagaan, maka lebih banyak bangunan komersial dan perniagaan akan didirikan dan
aktiviti pembinaan akan bertambah. Manakala peningkatan kemampuan pengguna akan
meningkatkan permintaan terhadap perumahan untuk hidup yang lebih selesa atau
memiliki rumah tambahan untuk tujuan pelaburan.
3.2 Pertumbuhan Demografik
Bilangan penduduk yang kian bertambah akan menyumbang kepada jumlah tenaga
kerja dan meningkatkan pembelajaan dalam ekonomi. Secara tidak langsung,
permintaan bagi keperluan asas manusia juga meningkat. Produk yang merupakan
keperluan asas atau berkaitan dengannya perlu ditambah bagi memenuhi permintaan.
Sebuah rumah tidak lagi mampu memuatkan ahli keluarga yang kian bertambah atau
yang telah mendirikan rumahtangga, maka rumah baru adalah amat diperlukan. Begitu
juga dengan pertambahan guna tenaga akibat pertambahan penduduk. Hal ini akan
menyebabkan permintaan yang meningkat kepada bangunan komersial dan
perindustrian seperti ruang pejabat dan kilang-kilang. Segala permintaan produk industri
pembinaan akan meningkat bagi menampung jumlah penduduk yang kian bertambah.
Dengan ini industri binaan dapat dibantu oleh pertumbuhan demografik kecuali dalam
5
negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau tinggi seperti
India.
3.3 Kadar Inflasi
Kadar inflasi menunjukkan tahap perubahan harga barangan dan kestabilan mata wang.
Kadar inflasi yang tinggi akan menjejaskan keupayaan pembelanjaan pengguna kerana
telah mengurangkan pendapatan sebenar pengguna. Akibatnya pengguna terpaksa
menggunakan sebahagian besar dari pendapatan mereka untuk membeli barang-
barang keperluan harian yang lebih penting seperti makanan, pakaian dan sebagainya.
Hal ini seterusnya akan memberikan kesan langsung kepada pengurangan
pembentukan modal tetap untuk tujuan perniagaan disebabkan daya beli yang rendah.
Apabila pendapatan sebenar telah berkurang, pengguna tidak mampu memiliki rumah,
maka permintaan untuk perumahan juga akan berkurangan.
3.4 Kemudahan dan Kadar Pinjaman
Hampir setiap peringkat proses pembinaan melibatkan urusan kredit dan pinjaman.
Pemaju memerlukan pinjaman untuk membayar kepada kontraktor. Kontraktor pula
memerlukan pinjaman pada peringkat permulaan projek sementara menunggu bayaran
kemajuan daripada pemaju. Pengguna pula memerlukan pinjaman untuk membeli
rumah yang harganya beberapa kali pendapatan tahunannya. Kadar faedah yang
rendah dan syarat pinjaman yang tidak ketat akan membantu mengurangkan kos
pembinaan. Dengan ini lebih ramai yang berpendapatan rendah mampu membeli rumah
dan permintaan pembinaan meningkat. Kadar faedah yang terlalu rendah akan
menyebabkan kurang orang menabung, akibatnya institusi kewangan kesuntukan wang
untuk dipinjamkan. Lama-kelamaan, kadar faedah dinaikkan untuk menggalakkan
tabungan supaya mendapat sumber kewangan dan mengurangkan permintaan
pinjaman sehingga mencapai satu keseimbangan.
6
3.5 Polisi dan Peruntukan Kerajaan
Polisi-polisi fiskal akan mendorong sektor swasta untuk melabur dalam pembinaan.
Disebaliknya polisi-polisi yang negatif seperti kenaikan cukai dan pengetatan bekalan
wang tunai akan mengurangkan perminta pembinaan. Peruntukan kerajaan untuk
pembangunan adalah penting dalam industri binaan terutamanya sekali dalam kerja-
kerja kejuruteraan awam, walaupun sesetangah kerja-kerja kejuruteraan awam telah
diswastakan. Kerajaan boleh menambahkan pembelajaan semasa ekonomi meleset
untuk menggati permintaan yang mengecut dari sektar.
3.6 Bekalan dan Harga Bahan-bahan Binaan
Sesuatu projek memerlukan bahan-bahan binaan untuk menjalankan aktiviti
pembinaan. Keadaan penawaran bahan binaan yang ketat akan memperlambatkan
proses pembinaan, seterusnya menyebabkan kos pembinaan yang tinggi. Bekalan
bahan-bahan binaan yang berterusan akan memantapkan harga bahan. Oleh itu,
kontraktor-kontraktor yang besar telah cuba untuk menghasilkan bahan-bahan binaan
mereka sendiri untuk mengelakkan ketidaktentuan bekalan.
3.7 Kemampuan Pengguna
Faktor ini lebih berkenaan dengan perumahan, khasnya perumahan kos rendah dan
sederhana rendah. Harga perumahan sepatutnya sewajar dengan pendapatan rakyat.
Pembinaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana telah diutamakan dalam
Ranvangan-rancangan Malaysia. Bagaimanapun, perumahan kos rendah dan
sederhana rendah yang terlalu banyak akan membawa kesan yang negatif kepada
industri binaan kerana perumahan kos rendah dan sederhana mempunyai margin
keuntungan yang rendah ataupun tidak untung. Terdapat keadaan cross subsidy di
mana pemaju meninggikan kerugian daripada jualan rumah kos rendah.
7
4.0 Impak Aktiviti Sektor Pembinaan
Setiap kali berbicara tentang aktiviti pembinaan sememangnya tidak lari daripada
membincangkan kesannya terhadap alam sekitar. Kesan aktiviti pembinaan dapat dibahagikan
kepada dua iaitu kesan terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.
4.1 Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal
3.1.1 Kepupusan Flora Dan Fauna
Pada masa kini manusia masih terkejar-kejar dengan kemewahan yang berlandaskan
teknologi dan kecanggihan cara hidup terutamanya dalam sektor pembinaan, tetapi
harga yang perlu dibayar untuk mencapai matlamat tersebut adalah sangat tinggi.
Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi kehendak dan nafsu
manusia masa kini. Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang
hampir pupus semakin tinggi dari semasa ke semasa.
Kegiatan manusia yang tidak dirancang terutamanya sektor pembinaan boleh
menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang
keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan
sebagainya manakala haiwan seperti gajah, badak, harimau dan lain-lain akan
kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Hal ini demikian kerana, haiwan-
haiwan ini akan kehilangan rantaian makanan akibat penebangan hutan. Kejadian
sebegini sering terjadi di Malaysia akibat kerakusan manusia hanya memikirkan
keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa memikirkan kemerosotan alam sekitar ini
berlaku.
Keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan satu khazanah yang tidak
dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina
semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya
dalam tempoh hanya beberapa dekad. Selain daripada memberi kesan negatif terhadap
spesis hidupan liar, aktiviti tersebut juga mempunyai kesan yang serius ke atas bentuk
muka bumi. Sebagai contoh, aktiviti ini berkemungkinan akan menyebabkan struktur
tanah menjadi tidak stabil yang mana boleh mengakibatkan tanah runtuh dan jerlus. Jika
8
dibiarkan perkara ini berlanjutan, ini akan meninggalkan lompang besar yang sukar
dipulihkan. Untuk proses pemulihan pula memerlukan belanja yang besar yang mana
akan mengakibatkan kerugian kepada negara. Beribu-ribu spesis tumbuhan dan haiwan
menghadapi kepupusan kerana populasi mereka adalah terlampau rendah akibat
daripada aktiviti manusia.
4.1.2 Hakisan Tanah
Hakisan tanah adalah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh dunia khususnya di
Malaysia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan
juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Sebagai contoh tanah runtuh sering
berlaku di Malaysia akibat aktiviti manusia dalam sektor pembinaan. Antara aktiviti-
aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan
pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan
tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan
hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, serta penanaman secara meluas
hanya satu jenis tanaman khususnya sektor pembinaan ini (Ismail Sahid, 1985).
Pembalakan yang berleluasa tujuan untuk pembangunan atau pembinaan akan
menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana kawasan tanah yang terdedah dihakis
oleh angin dan air hujan. Pokok yang ditebang secara meluas akan mendedahkan bumi
kepada agen-agen hakisan. Di Malaysia, hujan merupakan agen utama yang
melonggarkan struktur tanih dan seterusnya mengakibatkan hakisan. Hakisan ini akan
mengubah rupa bentuk fizikal sesuatu kawasan dan menganggu ekosistemnya.
Apabila hutan ditebang bertujuan untuk pembinaan, akar-akar pokok tidak lagi
mencengkam tanah dibawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam
tanah menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan
akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan licin. Tanah yang lembut dan licin
akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah
runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa
manusia.
9
4.1.3 Banjir
Banjir diktarifkan keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya
tampung sesebuah saliran air seperti tasik, sungai dan laut lalu melimpah ke kawasan
sekitar khususnya di kawasan tanah rendah. Antara aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan banjir ialah sektor pembinaan. Pembalakan dan penyahutanan antara
aktiviti wajib sebelum berlakunya proses pembangunan atau pembinaan. Pemusnahan
secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan
berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Disamping itu kitar
hidrologi kekurangan air akibat pemusnahan tumbuhan semula jadi.
Proses semasa pembinaan akan berlakunya penurapan bumi sama ada dengan
tar atau bitumen dimana liang-liang pori tanah akan tertutup. Sekiranya hujan turun, air
hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan. Hal ini demikian
kerana pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir terutamanya banjir lumpur
apabila hujan turun dengan lebat. Banjir lumpur sering terjadi selepas penggondolan
bukit manakala banjir kilat sering terjadi selepas pembinaan dalam pembangunan
disiapkan. Sebagai contoh banjir lumpur terjadi di negeri Kelantan pada penghujung
tahun 2014. Banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Johor Bahru dan sebagainya.
4.1.4 Pencemaran Air
Kemerosotan kualiti sumber air beerti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu
sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan takungan semula jadi.
Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui
pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan