Ilmuan Islam: Al-Mawardi tokoh ulama terkenal, kuasai banyak ilmu 2010/06/20 - 05:08:52 AMCetak Emel Kawan SALAH seorang pemikir asas keilmuan politik Islam dan dianugerahi kebijaksanaan dalam bidang kehakiman adalah al-Mawardi. Nama sebenar ulama mazhab Syafie ini adalah Abu al Hasan Ali bin Habib al Mawardi dan lahir di kota pusat peradaban Islam klasik, Basrah (Baghdad) pada 386 H/975 M. Menyelami tiga kitab yang ditulis al-Mawardi iaitu al-Ahkam al- Sultaniah, Qanun al-Wizarah dan Nasihah al-Muluk, kita sudah pasti akan tahu siapa sebenarnya ilmuwan Islam ini. Dalam kitab pertama dibahaskan asas pentadbiran negara Islam, kitab kedua menyentuh aturan peraturan kementerian dan kitab ketiga pula dihimpunkan beberapa panduan nasihat, kata hikmah dan ucapan untuk kalangan raja. Apabila kita melihat kitab keempatnya iaitu al-Hawi al-Kabir, kita juga akan lebih mengetahui siapa sebenarnya susuk yang disebut orang Barat sebagai Alboacen. Ketokohannya ini terserlah hasil pendedahannya kepada bidang undang- undang ini. Sejak remaja lagi, al-Mawardi sudah terbabit dalam bidang undang-undang Islam yang mana beliau berguru kepada tokoh mazhab Syafie di Basrah, Abu al-Qasim Abdul Wahid al-Saimari. Selepas menguasai ilmu fekah, al-Mawardi melanjutkan pelajaran ke Baghdad dan mendalami ilmu sastera dan tata bahasa Arab, hadis, politik, falsafah, dan etika. Dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir, al-Mawardi termasuk salah seorang ulama yang memulakan penulisan fekah perbandingan mazhab. Ini berikutan usahanya mengetengahkan pandangan mazhab Syafie yang kemudian dilanjutkan dengan perbandingan mazhab-mazhab lain. Kemampuan al-Mawardi dalam menguasai pelbagai ilmu menghantarkannya kepada sebuah perjalanan karier yang cemerlang, termasuk hakim di jabatan pertama yang ditawarkan khalifah kepadanya. Ketokohannya sebagai hakim di beberapa wilayah kekuasaan Abbasiyah menyaksikannya bertugas di jabatan yang lebih kanan. Malah kemuncak kariernya adalah apabila diangkat sebagai ketua hakim di Baghdad. Kecemerlangan al-Mawardi itu menjadikan al-Qa’im bi Amrillah, seorang khalifah di penghujung kerajaan Abbasiyah untuk melantiknya sebagai duta besar kekhalifahan. Dia bertugas dari satu negeri ke negeri
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Ilmuan Islam: Al-Mawardi tokoh ulama terkenal, kuasai banyak ilmu2010/06/20 - 05:08:52 AMCetak Emel Kawan
SALAH seorang pemikir asas keilmuan politik Islam dan dianugerahi kebijaksanaan dalam bidang kehakiman adalah al-Mawardi. Nama sebenar ulama mazhab Syafie ini adalah Abu al Hasan Ali bin Habib al Mawardi dan lahir di kota pusat peradaban Islam klasik, Basrah (Baghdad) pada 386 H/975 M.
Menyelami tiga kitab yang ditulis al-Mawardi iaitu al-Ahkam al-Sultaniah, Qanun al-Wizarah dan Nasihah al-Muluk, kita sudah pasti akan tahu siapa sebenarnya ilmuwan Islam ini. Dalam kitab pertama dibahaskan asas pentadbiran negara Islam, kitab kedua menyentuh aturan peraturan kementerian dan kitab ketiga pula dihimpunkan beberapa panduan nasihat, kata hikmah dan ucapan untuk kalangan raja. Apabila kita melihat kitab keempatnya iaitu al-Hawi al-Kabir, kita juga akan lebih mengetahui siapa sebenarnya susuk yang disebut orang Barat sebagai Alboacen.
Ketokohannya ini terserlah hasil pendedahannya kepada bidang undang-undang ini. Sejak remaja lagi, al-Mawardi sudah terbabit dalam bidang undang-undang Islam yang mana beliau berguru kepada tokoh mazhab Syafie di Basrah, Abu al-Qasim Abdul Wahid al-Saimari. Selepas menguasai ilmu fekah, al-Mawardi melanjutkan pelajaran ke Baghdad dan mendalami ilmu sastera dan tata bahasa Arab, hadis, politik, falsafah, dan etika.
Dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir, al-Mawardi termasuk salah seorang ulama yang memulakan penulisan fekah perbandingan mazhab. Ini berikutan usahanya mengetengahkan pandangan mazhab Syafie yang kemudian dilanjutkan dengan perbandingan mazhab-mazhab lain.
Kemampuan al-Mawardi dalam menguasai pelbagai ilmu menghantarkannya kepada sebuah perjalanan karier yang cemerlang, termasuk hakim di jabatan pertama yang ditawarkan khalifah kepadanya. Ketokohannya sebagai hakim di beberapa wilayah kekuasaan Abbasiyah menyaksikannya bertugas di jabatan yang lebih kanan. Malah kemuncak kariernya adalah apabila diangkat sebagai ketua hakim di Baghdad.
Kecemerlangan al-Mawardi itu menjadikan al-Qa’im bi Amrillah, seorang khalifah di penghujung kerajaan Abbasiyah untuk melantiknya sebagai duta besar kekhalifahan. Dia bertugas dari satu negeri ke negeri lainnya sebagai ketua misi khusus Khalifah Abbasiyah. Sebagai seorang penasihat politik, Al Mawardi memainkan peranan penting dan diakui sebagai salah seorang ahli hukum terbesar pada zamannya. Al Mawardi mengemukakan fiqh madzhab Syafi’i dalam karya besarnya Al Hawi, yang dipakai sebagai buku rujukan tentang hukum mazhab Syafi’i oleh ahli-ahli hukum di
kemudian hari, termasuk Al Isnavi yang sangat memuji buku ini.
Dua bukunya yang bertajuk, al-Ahkam al-Sultaniah dan Qanun al-Wizarah, turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa sehingga membat nama al-Mawardi dikenali di seluruh dunia. Dia diyakini sebagai seorang penulis Doctrine of Necessity dalam ilmu politik.
Malah, dalam al-Ahkam al-Sultaniah dibahas cara pelantikan pemimpin termasuk ketua negara, para menteri, gabenor, panglima tentera, jihad, jawatan hakim, imam masjid dan pentadbirannya, pengumpulan zakat dan pengagihannya dan lain-lain secara terperinci.
Satu lagi kitab yang ditulis ulama era Abbasiyah yang meninggal dunia pada 30 Rabiulawal tahun 450H bersamaan 27 Mei 1058M pada usia 86 tahun, adalah kitab Adab al-Dunya wa al-Din yang membincangkan kajian etika. Kitab ini masih dikaji oleh para cendekiawan masa kini dan telah memberikan banyak manfaat dalam bidang etika Islam.
Menurut Imam al-Subki dalam kitab Tabaqat al-Syafi’iyah al- Kubra yang menghimpun semua ulama mazhab Syafie menyatakan bahawa al-Mawardi adalah seorang ulama yang sudah mencapai tahap keilmuan yang tinggi, tokoh mazhab temazhab terkenal serta pakar dalam segala bidang ilmu.
Abu Hassan Ali al-Mawardi (364-450 H)Imam al-Mawardi adalah seorang ulamak berbangsa Arab lagi faqih dan tergolong di
kalangan ulamak fiqh bermazhab Syafi’i yang terulung. Beliau juga dianggap sebagai
salah seorang daripada pemikir Islam dan tokoh politik yang paling menonjol semasa
pemerintahan kerajaan Abbasiah.
Nama beliau yang sebenarnya ialah Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Habib Mawardi al-Basriy al-Syafi’i. Nasab nama beliau dinisbahkan kepada nama Mawardi kerana bapanya seorang penjual air mawar ( ِد* َم)اُء% ,َو)ْر, اْل ). Di dalam kitab Subh al-A’syi, jilid 6 halaman 243, disebutkan ulamak-ulamak yang menukilkan perjalanan hidup beliau berpendapat umur Imam al-Mawardi ialah 86 tahun.
Beliau dilahirkan di Basrah pada tahun 364 Hijrah. Ketika itu, kerajaan Abbasiah sedang berada di puncak ketinggian dalam segi keilmuan dan kemajuan pengetahuan Islam. Beliau wafat pada hari Selasa bulan Rabiul Awal tahun 450 Hijrah. Jenazah beliau disembahyangkan oleh Khatib Baghdadi, para ulamak dan pembesar kerajaan di masjid Madinah. Dinukilkan bahawa kewafatan beliau ialah selama 11 hari selepas wafatnya Abu Thayyib Thabari.
Beliau mempunyai seorang saudara lelaki yang tinggal di Basrah. Keduanya saling berutusan surat untuk bertanyakan tentang hal masing-masing. Pada suatu hari, saudara beliau telah mengutus surat dari Basrah kepada beliau yang pada masa itu tinggal di kota Baghdad. Dalam surat itu, saudara beliau telah menulis sebuah syair:
Kenyamanan udara kota Baghdad yang merindukanku, Pergi mengunjunginya biarpun kemampuanku terbatas,
Betapakah kesabaranku kini padanya bila kan bertemu,Dua kenyamanan udara berpanjangan dan berlalu amat singkat.
Dalam kitab Adab al-Qadhi jilid 1 halaman 22, dinyatakan beliau berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Keluarga beliau sentiasa mengambil berat tentang pendidikannya dan pengajiannya. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di kota Baghdad untuk meluaskan pengajian di dalam bidang keilmuan.
Pada peringkat awalnya, semasa menuntut ilmu di Basrah, beliau mendapat bimbingan daripada Abu Qasim Syaumiri, iaitu seorang ulamak yang terkenal di Basrah pada masa itu. Kemudian beliau berhijrah ke kota Baghdad dan tinggal di sana untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada Imam Za’farani. Di sana beliau belajar hadis dan mengambil ilmu fiqh. Beliau juga berguru dengan Abu Hamid Isfaraini untuk melengkapkan keilmuannya.
Apabila telah mencapai satu taraf yang berkebolehan dan mempunyai ketokohan yang berketrampilan, beliau dibenarkan untuk mengajar ilmu pengetahuan yang telah dipelajari di kota Basrah dan Baghdad. Beliau juga berpindah ke bandar-bandar lain semata-mata untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agamanya sehinggalah beliau dilantik menjadi sebagai seorang qadhi di beberapa buah bandar. Tetapi akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menetap di kota Baghdad untuk selama beberapa tahun.
Di sana, beliau telah mengajar ilmu hadis, mentafsirkan al-Qur’an dan mengarang beberapa buah kitab. Kitab karangannya yang banyak menunjukkan beliau sememangnya alim dalam bidang ilmu hadis, feqh, sastera, nahu, falsafah, ilmu kemasyarakatan, politik dan ilmu akhlak.
Beliau digelar sebagai qadhil qudhat (ketua para hakim) pada tahun 429 Hijrah sehingga sebahagian daripada ahli-ahli fiqh pada masa itu tidak bersetuju beliau digelarkan dengan nama itu. Mereka mengatakan, tidak ada seorang pun yang layak untuk dinamakan dengan gelaran itu. Walaupun begitu, beliau tetap dipanggil dengan gelaran tersebut oleh sebahagian ulamak-ulamak pada masa itu. Buktinya, gelaran itu masih lagi dikaitkan dengan nama beliau sehinggalah beliau wafat. Bahkan, gelaran itu masih lagi termuat dalam kitab-kitab ulamak mutaakhirin, juga di dalam risalah-risalah pengkaji keilmuan.
Di sepanjang beliau memegang jawatan sebagai qadhi, beliau dapat mengetahui tentang perjalanan kehidupan seharian orang-orang awam pada zamannya secara dekat. Beliau juga dapat menyelami dan memutuskan perkara-perkara adat kebiasaan seharian untuk disesuaikan dengan panduan syarak. Daripada jawatan qadhi, beliau telah dinaikkan taraf kedudukannya di dalam tugas-tugas pentadbiran yang lebih tinggi. Di dalam jawatan barunya itu, beliau dapat mendekati pemimpin-pemimpin politik dan tokoh-tokoh pembesar kerajaan.Di dalam kesempatan yang diberikan itu, beliau dapat memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada pihak atasan di dalam peranannya untuk mengislah pentadbiran politik pada masa itu bersesuaian dengan undang-undang Islam. Daripada pengalaman beliau ini, kita dapat tahu beliau bolehlah dianggap sebagai seorang pemikir Islam yang dapat mengubah struktur pentadbiran politik pada masa itu, sekaligus menjadi bukti bahawa seorang pejuang kebenaran tidak seharusnya membiarkan pentadbiran sesebuah kerajaan digelumangi dengan percaturan politik yang tidak berlandaskan kepada panduan undang-undang Ilahi.
Akhlak dan Sifat Peribadinya:
Imam Mawardi sentiasa beriltizam dan beristiqamah sepanjang menghayati segala aktiviti serta gerak kerja kehidupan sehariannya. Beliau sentiasa mengarang dan menulis. Dengan itu, peribadinya sentiasa sesuai dengan kedudukan keilmuannya dan ketinggian keilmuannya.
Beliau juga terkenal sebagai seorang yang sangat dipercayai kebenarannya di kalangan ahli-ahli feqh bermazhab Syafie, seorang yang mulia dan tinggi kedudukannya di kalangan ulamak. Beliau mempunyai fikiran dan pandangan yang terbuka dalam bermazhab dan sentiasa mendalami di dalam setiap ilmu kajiannya. Beliau juga seorang yang lemah lembut, sopan dan tersangat hebat dari segi keilmuannya. Oleh itu, beliau sangat disenangi oleh pemerintah pada masa itu sehingga beliau sendiri mendapat tempat istimewa di hadapan khalifah.
Beliaulah yang sentiasa menjadi orang tengah dengan memberikan jalan penyelesaian sekiranya berlaku beberapa perselisihan pendapat di antara pembesar-pembesar kerajaan, khalifah dan rakyat. Beliau sangat mengambil berat tentang masalah mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat untuk dinikmati oleh umum. Oleh itu, beliau mengarang kitab ( واْلدين اْلدنيا di mana di dalamnya terkandung beberapa manhaj , ( أِدبuntuk mengislah individu dan rakyat keseluruhannya.
Beliau juga terkenal sebagai seorang yang berani untuk menegakkan hak dan kebenaran agama, walaupun beliau berada di kalangan pembesar-pembesar negeri. Dalam satu peristiwa yang berlaku pada tahun 426 Hijrah semasa bulan Ramadhan, khalifah telah memerintahkan agar ditambah شاهين شاه األعظم atau َماْلك اْلملَوك pada nama Jalalud Daulah ibn Buwaih. Tidak lama selepas itu, khalifah telah memanggil Jalalud Daulah dengan gelaran itu. Sebahagian ahli fiqh pada masa itu melarang penggunaan gelaran itu, lantaran gelaran itu hanya layak untuk Allah SWT sahaja.
Al-Syaimiri memberikan fatwa, penggunaan nama Malikul Muluk adalah bergantung kepada qasad dan niat seseorang. Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Abu Thayyib al-Thabari, menyebut gelaran Malikul Muluk semata-mata adalah diharuskan. Gelaran ini boleh dimaknakan sebagai raja bagi segala raja-raja di bumi. Seterusnya, beliau memberikan penjelasan, sekiranya seseorang itu boleh dipanggil dengan gelaran qadhi qudhat, gelaran Malikul Muluk juga diharuskan penggunaannya. Pendapat Abu Thayyib al-Thabari juga mendapat sokongan daripada al-Tamimi, salah seorang ulamak bermazhab Hanbali.
Akan tetapi, Imam Mawardi tetap bertegas dengan fatwanya yang mengatakan penggunaan gelaran Malikul Muluk adalah dilarang sama sekali. Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, Imam Mawardi adalah di antara orang yang terkenal di kalangan pembesar-pembesar Jalalud Daulah. Selepas Imam Mawardi memberikan fatwa penggunaan gelaran Malikul Muluk dilarang, beliau telah memutuskan hubungan dengan pembesar-pembesar negara. Apabila Jalalud Daulah mengetahui keadaan yang sebenarnya, beliau pun memanggil Imam Mawardi datang ke istana beliau. Imam Mawardi datang dengan rasa serba salah, lantas Jalalud Daulah berkata kepada beliau, “Beta sekarang telah mengetahui keadaan yang sebenarnya. Sekiranya kamu memberikan sesuatu kepada seseorang, nescaya kamu juga memberikannya kepada beta, kerana hubungan yang rapat antara kamu dengan beta. Kamu tidak akan membuat sebarang tindakan dan memberikan fatwa sesuatu kecuali kerana menegakkan agama. Oleh yang demikian, mulai dari sekarang kedudukan kamu akan menjadi lebih tinggi dari sebelum ini di kalangan pembesar-pembesar negara.”
Sebagaimana apa yang telah difatwakan oleh Qadhi Abu Thayyib al-Thabari di atas adalah mengikut qias ilmu fiqh, sementara fatwa yang telah dikeluarkan oleh Imam Mawardi adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Nama seseorang yang paling hina sekali pada hari kiamat kelak di sisi Allah Taala adalah menggunakan nama gelaran Malikul Muluk.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Bukhari. Di dalam sebuah riwayat yang lain pula Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Kemurkaan Allah akan melampaui terhadap seseorang yang menggunakan nama gelaran Malikul Muluk.” Ibnu Subki kemudiannya menceritakan, selepas itu kebanyakan dari pemerintah kerajaan Bani Buwaih tidak lagi menggunakan nama gelaran Malikul Muluk, kemudian nama gelaran itu sedikit demi sedikit semakin hilang dari disertakan di awal nama-nama pemerintah kerajaan tersebut.
Ibnu Hilkan di dalam kitab وفيات األعيان jilid 2 halaman 444 menyatakan, Imam Mawardi mempunyai beberapa buah keramat. Sebahagiannya ialah Imam Mawardi tidak menzahirkan segala karangannya semasa beliau masih hidup lagi. Beliau telah menyimpan semua kitab tulisannya di sebuah tempat. Apabila beliau merasakan dirinya akan meninggal dunia, beliau berkata kepada seseorang yang dipercayai kebenarannya seraya menunjukkan kesemua kitab yang tersimpan di tempat yang ditentukan adalah kitab hasil tulisan tangannya. Beliau tidak menzahirkannya kepada umum semasa hayatnya, kerana beliau merasakan tidak ikhlas semasa beliau mengarang setiap barisan tinta yang dimuatkan di dalam kitab-kitab susunannya. Seterusnya, Imam Mawardi berkata kepada orang kepercayaannya, “Sekiranya aku hampir akan menghembuskan nafas yang terakhir nantinya dan berada di dalam keadaan yang nazak, kamu hendaklah meletakkan tangan kamu di atas tangan aku. Sekiranya tangan aku menggenggam tangan kamu, Allah Taala tidak menerima segala daya usaha aku ketika aku menyusun kesemua kitab karangan ini. Dengan itu, kamu hendaklah campakkan semua kitab karangan aku ke dalam Sungai Dajlah pada waktu malam. Sekiranya tangan aku terbuka luas dan tidak menggenggam tangan kamu, segala karangan aku diterima Allah. Kini aku mengharapkan segala daya usaha aku berasaskan kepada niat yang ikhlas kepada Allah Taala semata-mata.” Orang kepercayaan Imam Mawardi menceritakan, “Bila Imam Mawardi hampir menghembuskan nafas yang terakhir, aku pun meletakkan tangan di atas tangannya, aku dapati tangannya terbuka luas. Justeru itu, aku tahu segala karangan beliau diterima Allah Taala. Selepas itu, aku keluarkan semua kitabnya dari simpanannya untuk aku sebarkan kepada umum.”
Ibnu Subki menukilkan daripada Ibnu Khairun, anak murid Imam Mawardi, Imam Mawardi pernah berkata, “Mungkin kitab al-Hawi ini yang tidak diterima Allah.” Ibnu Khairun meneruskan ceritanya, “Aku lihat karangan-karangannya banyak sekali yang ditulis dengan tangan. Sebahagiannya aku sendiri tidak dapat habis membacanya semasa beliau masih hidup lagi.”
Sekiranya benar riwayat ini, menunjukkan Imam Mawardi tersangat tawadhuk, tidak tertipu dan dapat menjauhkan dirinya dari sifat-sifat megah serta berbangga diri. Beliau merasa takut segala kitabnya tidak diterima Allah Taala Yang Maha Kuasa, kerana ditakuti tidak disertai dengan niat yang teramat ikhlas kepadaNya.
Sebahagian dari sifat-sifatnya ialah beliau berinteraksi dengan semua golongan masyarakat yang berada di sekelilingnya dengan sifat hikmah dan mengikut keadaan suasana mereka, sentiasa memelihara sifat berani untuk menuntut sesuatu yang hak, khususnya ketika bermuamalah dengan orang jahil yang sentiasa menggambarkan menuntut ilmu adalah sesuatu perkara yang tidak digalakkan agama. Apabila orang seperti ini melihat alat-alat perkakas tulisan, mereka sentiasa akan menjauhkan diri. Bila mereka melihat kitab-kitab karangan para bijak pandai, mereka sentiasa mengelakkan diri untuk terus mengkajinya dengan lebih mendalam lagi. Imam Mawardi pernah berkata, “Sebahagian orang yang tergolong dalam kelompok ini adalah terdiri daripada orang yang mempunyai kedudukan yang tertinggi di dalam masyarakat dan orang yang mempunyai nama serta pangkat besar. Aku tersangat takut untuk mendekati mereka kerana aku sentiasa membawa alat-alat tulisan dan kitab. Aku tidak mahu menyusahkan mereka. Apabila aku menjauhkan diri dari mereka, aku merasa tenang dan sentiasa di dalam kebaikan. Apabila aku mendekati mereka, aku merasa sentiasa berada dalam keburukan dan kefasadan.”
Sebahagian dari para gurunya ialah Abu Qasim Abdul Wahid Syaimiri, Abu Hamid Ahmad Isfaraini, Syeikh Imam Abu Muhammad Bafi, Hassan Jabali, Ibnu Marastani Baghdadi, Muhammad ibnu Adi Minqara, Hussain ibnu Ali Karabisi, Abu Ibrahim Ismail Muzani, Ibnu Suraij, Abu Said Asthokhori, Muhammad ibnu Ali Qaffal dan Abu Ishak Ibrahim Maruzi. Sebahagian daripada anak-anak muridnya ialah Khatib Baghdadi, Ibnu Khairun, Abdul Malik bin Ibrahim Maqdisi, Ibnu Aribah, Ibnu Kadis Akbiri, Abu Bakar Khilwani, Abu Mansur Qusyairi, Abu Mansur Abdul Wahid Qusyairi, Abu Muhammad Abdul Ghani Basyrie, Abu Hassan Abdari dan Ruyani. Sebahagian daripada kitab-kitab karangannya ialah Iqna’, Amthalul Qur’an, Kafi Fi Syarhi Mukhtasaril Muzani, Muqtarin, Ahkamus Sultaniah, Adab
Qadhi, A’lamun Nubuwwah, Tashilun Nazar, Nasihatul Muluk, Amthalu Walhikam, Hawi Kabir dan kitab Adab Takallum.
Imam Mawardi di kalangan ahli Fikir Islam:
Sebagaimana yang jelas kepada kita sebelum ini, Imam Mawardi telah mencapai darjat ketinggian dari segi keilmuan Islam. Beliau mengatasi semua tokoh ulamak mazhab Syafie pada masanya, sehinggalah semua ulamak pada masa itu memandangnya sebagai seorang yang mempunyai kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Kebanyakan tokoh pada masa itu seingkali mengambil pendapatnya kerana mereka menganggap Imam Mawardi adalah seorang ulamak yang bertaraf mujtahid dan mempunyai banyak ilmu yang dihafaz. Dengan sebab ini, Imam Mawardi mampu untuk meluaskan feqh mazhab Syafie dan menambahkan cabang-cabang ilmu mazhab dengan kemampuan ijtihadnya. Begitulah keadaan Imam Mawardi yang dianggap sebagai sebuah lautan yang mempunyai keilmuan luas yang mampu mencurahkan ilmunya dan mentafsirkan pengetahuannya sesuai dengan peribadinya yang mulia, di samping dengan kedudukan beliau dari segi keilmuannya dan pengetahuannya.
Orientalis dan Imam Mawardi:
Imam Mawardi mempunyai nasib yang amat baik sekali kerana para orientalis sendiri terpegun dengan karangannya terutama sekali kitab beliau yang bernama Ahkamus Sultaniah. Malah mereka seringkali mendapatkan kesan keilmuannya dengan secara mengkaji, memutalaah, mentahkik dan menta’lik. Sehinggakan sebahagian ulamak berpendapat, kitab Ahkamus Sultaniah adalah setanding dengan buku Siasah karangan Aristotle dalam bidang ilmu pemerintahan, sekiranya kitab karangan Imam Mawardi itu dijadikan bahan rujukan di negara-negara Islam, sementara buku Siasah pula dijadikan bahan rujukan di bandar-bandar di negara Yunani. Malah seorang orientalis berbangsa Jerman yang bernama Enger telah mencetak kitab Ahkamus Sultaniah karangan Imam Mawardi di bandar Bone, Jerman pada tahun 1853 Masihi.
Kedudukan Imam Mawardi Dari Segi Keilmuan dan Pengetahuan:
Imam Mawardi sendiri telah mengarang kitab dalam bidang politik dan pemerintahan Islam sebanyak 4 buah kitab, ditambah dengan kitab اْلحاوي اْلكبير yang menceritakan tentang keseluruhan kefahamannya sesuai dengan mazhab Syafi’i. Kitab-kitab itu ialah Ahkamus Sultaniah, Adab Wazir, Nasihatul Muluk dan Tashilun Nazar. Setiap kitab mempunyai tajuk tersendiri, walaupun ada tajuk yang hampir-hampir sama iaitu tajuk yang membincangkan tentang masalah perundangan, perekonomian dan kemasyarakatan.
Semua karangannya sesuai dengan peristiwa semasa, malah berusaha untuk mengolah hukum syarak disesuaikan dengan masalah baru yang tidak pernah wujud sebelumnya. Ini menunjukkan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang politik dan pentadbiran pemerintahan, kerana suasana yang kacau bilau yang melanda semasa hayat beliau. Oleh itu, beliau berusaha memberi nasihat kepada pihak yang sentiasa berebutkan jawatan dan pangkat duniawi dalam kerajaan Buwaih, kerajaan Salajikah dan kerajaan kecil lainnya.
Sekalipun Imam Mawardi berusaha menyebarkan kefahamannya dalam mazhab Syafi’i, beliau tidaklah mengenepikan sesuatu pendapat yang tidak diiktikadnya. Beliau tidak pernah melupakan peribadi guru yang pernah mendidiknya, sekalipun berlainan mazhab dengannya, bahkan sentiasa mengamalkan kebebasan berfikir selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri.
Ketika berbincang dengan ulamak semasa, beliau sentiasa menggunakan sumber ilmu Islam. Beliau mengutamakan masdar kitab al-Qur’an, kemudian bersandarkan kepada Hadis Nabawi.
Daripada semua keterangan yang disebutkan, kita boleh membuat kesimpulan, Imam Mawardi layak digelar sebagai qadhi qudhat, kerana beliau merupakan orang yang paling bersederhana antara taklid dan berijtihad. Daripada kitab karangannya, beliau dikelaskan sebagai ulamak yang banyak karangannya setanding dengan Imam Tabari, Mas’udi, Imam Ghazali dan Ibnu Rusd.
Khazanah intelektual Islam era kekhalifahan Abbasiyah pernah mengukir sejarah emas dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan pemikiran keagamaan. Salah satu tokoh terkemuka sekaligus pemikir dan peletak dasar keilmuan politik Islam penyangga kemajuan Abbasiyah itu adalah Al Mawardi.[1]
Nama lengkap ilmuan ini adalah Abu Hasan Ali bin Habib Al-Mawardi Al-Basri. lahir di Basrah pada 364 H/1058 M dalam satu keluarga Arab yang membuat dan memperdagangkan air mawar dan karena itu mendapat nama julukan “Al Mawardi.”[2] Dia menerima pendidikannya yang pertama di Basrah belajar ilmu hukum dari Abul Qasim Abdul Wahid as-Saimari seorang ahli hukum madzhab Syafi’i yang terkenal.[3] Al-Mawardi adalah tokoh terkemuka madzhab Syafi’i.[4]
Sebagai seorang penasihat politik, Al Mawardi menempati kedudukan yang penting di antara sarjana-sarjana Muslim. Dia diakui secara universal sebagai salah seorang ahli hukum terbesar pada zamannya. Dia ahli politik praktis yang ulung dan penulis kreatif mengenai berbagai persoalan sepeti agama etika sastra dan politik.[5]
Menelaah pemikiran Al Mawardi, bisa dikatakan cukup dengan membaca karyanya, Al-Ahkaam Al-Shultoniyah (Hukum-hukum Kekuasaan), yang menjadi master piece-nya. Meskipun ia juga menulis beberapa buku lainnya, namun dalam buku “Al-Ahkaam Al-Shultoniyah” inilah pokok pemikiran dan gagasannya menyatu. Karya-karya tulis Al-Mawardi adalah bagian-bagian yang mengupas tentang jabatan kepala negara, cara mengangkat dan persyaratannya, serta hubungan antara negara dan warganya.[6]
Di mata raja-raja Bani Buwaih, Al-Mawardi mendapatkan kedudukan yang cukup tinggi. Ia hidup pada masa pemerintahan dua khalifah: Al-Qadir Billah (381-422 H) dan Al-Qa’imu Billah (422-467 H). Al-Mawardi wafat pada 1058 M, dalam usia 83 tahun.[7]
2. Pemikiran Politik Al-Mawardi
Sebagaimana para pemikir yang lain, Al-Mawardi juga berpendapat bahwa manusia itu adalah makhluk sosial, meskipun Al-Mawardi juga memasukkan unsur agama di dalam teorinya. Menurut Al-Mawardi, Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan lemah dan tidak sanggup memenuhi kebutuhannya sendiri. Demikian ini agar manusia sadar bahwa Allah-lah pencipta manusia, pemberi rizki dan bahwa manusia senantiasa membutuhkan dan memerlukan pertolongan-Nya.[8]
Menurutnya kelemahan manusia yang tidak memiliki kemampuan untuk memenuhi semua kebutuhannya sendiri dan terdapatnya keanekaragaman dan perbedaan bakat, pembawaan, kecenderungan alami serta kemampuan, semua itu mendorong manusia untuk bersatu dan saling
membantu. Dari sinilah akhirnya manusia sepakat untuk mendirikan Negara. Dengan demikian, adanya Negara adalah melalui kontrak sosial atau perjanjian atas dasar sukarela. Dengan perkataan lain sebab lahirnya Negara adalah hajat umat manusia untuk mencukupi kebutuhan mereka bersama, dan otak mereka mengajari tentang cara bagaimana saling membantu dan tentang bagaimana mengadakan ikatan satu sama lain.[9]
3. Sistem Pemerintahan
Situasi politik di dunia Islam pada masa hidupnya Al-Mawardi, sama jeleknya dengan masa hidupnya Al-Farabi, bahkan lebih kalut. Tetapi pendekatan Al-Mawardi tidak sama dengan Al-Farabi. Kalau sebagai reaksi terhadap situasi politik pada zamannya Al-Farabi mengembangkan teori politik yang serba sempurna, yang demikian sempurna sehingga tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh dan untuk umat manusia yang bukan malaikat, maka Al-Mawardi tidak demikian halnya. Dia mendasarkan teori politiknya atas kenyataan yang ada dan kemudian secara realistik menawarkan saran-saran perbaikan atau formasi, misalnya dengan mempertahankan status quo. Dia menekankan bahwa khalifah harus tetap berbangsa Arab dari suku Quraisy dan begitu juga dengan pembantu khalifah lainnya.[10]
A. Tentang Imamah
Yang dimaksud Al-Mawardi dengan imam adalah khalifah, raja, sultan, atau kepala Negara, dan dengan demikian Al-Mawardi memberikan juga baju agama kepada jabatan kepala Negara di samping baju politik. Menurutnya, Allah mengangkat untuk umatnya seorang pemimpin sebagai pengganti (khalifah) nabi, untuk mengamankan agama, dengan disertai mandat politik. Dengan demikian seorang imam di satu pihak adalah pemimpin agama, dan di lain pihak sebagai pemimpin politik.[11]
Menurut Al-Mawardi cara untuk pemilihan atau seleksi imam diperlukan dua hal. Pertama, Ahl al-Ikhtiar atau mereka yang berwenang untuk memilih imam bagi umat. Syaratnya: (1) memiliki sikap adil; (2) memiliki ilmu pengetahuan; (3) memiliki wawasan yang luas dan kearifan yang memungkinkan mereka memilih siapa yang paling tepat untuk menjadi imam dan paling mampu mengelola kepentingan umat di antara mereka yang memenuhi syarat untuk jabatan itu. Kedua, Ahl al-Imamah, atau mereka yang berhak mengisi jabatan imam. Syaratnya: (1) sikap adil dengan segala persyaratan; (2) ilmu pengetahuan yang memadai untuk ijtihad; (3) sehat pendengaran, penglihatan dan lisannya; (4) utuh anggota-anggota tubuhnya; (5) wawasan yang memadai untuk mengatur kehidupan rakyat dan mengelola kepentingan umum; (6) keberanian yang memadai untuk melindungi rakyat dan mengenyahkan musuh; (7) keturunan Quraisy.[12]
Kemudian terdapat dua cara pengangkatan imam.Pertama, dengan cara pemilihan oleh Ahl al-‘Aqdi wa al-Halli, “mereka yang mempunyai wewenang untuk mengingat dan mengurai”, atau itulah yang juga disebut “Ahl al-Ikhtiar”. Kedua,penunjukan atau wasiat oleh imam sebelumnya. Kalau pengangkatan melalui pemilihan, terdapat perbedaan pendapat antara para ulama tentang jumlah peserta dalam pemilihan itu.[13]
B. Pembebasan imam dari jabatannya
Dari enam pemikir politik islam yang ditampilkan untuk mewakili Zaman Klasik dan Pertengahan kiranya hanya Al-Mawardi yang dengan jelas mengemukakan bahwa seorang imam dapat digeser dari kedudukannya sebagai khalifah atau kepala negara kalau ternyata sudah menyimpang dari keadilan, kehilangan panca indera atau organ-organ tubuh lain, atau kehilangan kebebasan bertindak karena telah dikuasai oleh orang-orang dekatnya atau tertawan. Tetapi Al-Mawardi hanya berhenti sampai di situ, dan tidak menjelaskan tentang bagaimana cara atau
mekanisme penyingkiran imam yang sudah tidak layak memimpin negara atau umat itu, dan penyingkiran itu harus dilakukan oleh siapa.[14]
C. Tentang Wazir
Wazir ini dapat dikatakan sebagai Perdana Menteri.[15]
Menurut Al-Mawardi terdapat dua macam wazir yakni:
Wazir tafwidh, yaitu pembantu utama kepala negara dengan kewenangan atau kuasa. wazir tafwidh yang memiliki kekuasaan luas memutuskan berbagai kebijaksanaan kenegaraan. Ia juga merupakan koordinator kepala-kepala departemen. Karena besarnya kekuasaanwazir tawfidh ini, maka orang yang menduduki jabatan ini merupakan orang-orang kepercayaan khalifah.[16]
Perbedaan antara imam atau kepala negara dan wazir tafwidh adalah:
1. Wazir harus selalu melaporkan kepada imam tentang kebijaksanaan- kebijaksanaan yang telah diambilnya dan pelaksanaannya
2. Imam berhak meneliti kebijaksanaan dan pekerjaan wazir, untuk mengukuhkan yang benar dan untuk mengoreksi yang tidak sesuai dengan kehendak imam.[17]
Wazir tanfidz, yaitu wazir yang hanya bertugas sebagai pelaksana kebijaksanaan yang digariskan oleh wazir tawfidh. Ia tidak berwenang menentukan kebijaksanaan sendiri.[18]
D. Kehati-hatian Al-Mawardi
Dari uraian tentang banyaknya cara pengangkatan imam, baik yang melalui pemilihan maupun penunjukan Al-Mawardi mengemukakan berbagai pendapat tanpa memberikan preferensi atau pilihannya. Sikap hati-hati Al-Mawardi itu dapat juga diartikan bahwa baik dari sumber-sumber awal islam maupun dari fakta-fakta sejarah dia memang tidak menemukan suat sistem yang baku tentang pengangkatan kepala negara yang dapat dikatakan dengan pasti bahwa itulah sistem islami.[19]
4. Teori Kontrak Sosial Al-Mawardi
Yang menarik dari Al-Mawardi adalah teori kontrak sosialnya. Dia menyebutkan bahwa hubungan antara ahl al-hal wa al-‘aqd atau ahl al-ikhtiyar dan imam atau kepala Negara merupakan hubungan kedua belah pihak peserta kontrak sosial yang melahirkan kewajiban dan hak bagi keduanya.[20]
Manusia itu merupakan mahluk sosial, yang saling bekerjasama dan membantu satu sama lain, tetapi ia memasukkan agama dalam teorinya. Dari sinilah akhirnya manusia sepakat untuk mendirikan Negara. Adanya Negara adalah melalui kontrak sosial atau perjanjian atas dasar sukarela. Karena itu Mawardi berpendapat, bahwa kepala Negara merupakan lingkup garapan khalifah kenabian di dalam memelihara agama dan mengatur dunia dan mengesahkannya.[21]
Menurut Al-Mawardi manusia adalah makhluk yang paling memerlukan bantuan pihak lain dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain. Oleh karena banyak binatang misalnya yang sanggup
hidup sendiri dan mandiri lepas dari binatang sejenisnya, sedangkan manusia selalu memerlukan manusia lain.[22]
Al-Mawardi mengemukakan teori kontraknya itu abad XI, sedangkan di Eropa teori kontrak sosial baru muncul untuk pertama kalinya pada abad XVI. Paling tidak ada empat pemikir politik Barat yang mengungkapkan teori kontrak sosial dengan berbeda satu sama lain.[23]
ISLAM adalah agama persamaan dan keadilan. Allah SWT bersifat adil dan cintakan keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas yang sangat ditekankan dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.
Banyak ayat al-Quran yang menyeru kepada keadilan dan mencegah daripada bersifat zalim. Perkataan adil berasal dari perkataan Arab, cadala ataupun al-cadl yang berarti apa yang menetap di jiwa, ia sesuatu yang lurus, lawan kepada sifat menyeleweng.
Al-Imam Mawardi menyifatkan keadilan sebagai memiliki sifat benar, terjamin keimanan, terjauh dari sesuatu yang haram, tenang ketika reda dan marah serta berterusan menjaga maruah di dalam urusan agama dan dunia.
Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah.
Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan, keadilan juga seharusnya mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, sosial, politik, budaya dan lain-lain.
Menegakkan keadilan akan menciptakan kebaikan kepada sesiapapun, manakala pelanggaran terhadapnya akan mengakibatkan mala petaka.
Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam semua aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh. Sekiranya ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa dan kesalahan di sisi Allah SWT.
Tidak ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Ia juga adalah asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam Islam.
Konsep keadilan ini perlu ditonjolkan di dalam setiap perhubungan, antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri, mahupun ibu bapa dan anak-anak.
Apabila keadilan ditegakkan dalam semua aspek, maka terjaminlah keamanan dan ketenteraman di dalam keluarga, masyarakat dan negara. Sifat dan tabiat yang adil mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak yang menjanjikan kebahagiaan hakiki.
Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh ketakwaannya yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya.
Keadilan yang diperkenalkan oleh Islam adalah keadilan yang pasti, ia tidak dapat digoncang oleh rasa cinta dan benci, tidak pula dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan individu dan kecenderungan peribadi.
Pengertian keadilan Islam dalam aspek kemasyarakatan tidak akan difahami dengan tepat kecuali apabila difahami tasawur Islam mengenai ketuhanan, alam sejagat, kehidupan dan manusia kerana keadilan sosial Islam adalah satu cabang kecil daripada komponen induk tersebut.
Ini bermakna keadilan mestilah diikat dan dikaitkan dengan konsep akidah dan keimanan yang mendalam kepada Allah SWT serta tugas manusia sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini, iaitu tugas sebagai agen pembangunan jasmani dan rohani.
Keadilan menjadi matlamat kehidupan manusia, ia sangat dituntut dan tidak mungkin terhasil, kecuali dalam jiwa dan hati yang tulus murni.
Hasil daripada keimanan kepada Allah SWT, seorang Muslim akan bersifat adil, mencintai keadilan dan menyeru kepada norma-norma akhlak mulia, biarpun ketika bersama orang bukan Islam.
Mereka juga akan membenci kezaliman, membalas dengan seksaan kepada pelaku-pelaku zalim, biarpun kezaliman itu dilakukan oleh seorang Islam.
Al-Quran menyatakan dengan jelas akan kedudukan sifat orang-orang yang zalim dan balasan kepada orang-orang zalim ialah neraka. Justeru Allah SWT telah mengulang-ulang perkataan zalim sebanyak 226 kali di dalam al-Quran.
Ini menunjukkan kepada pentingnya sifat buruk dan keji ini dijauhi oleh seluruh umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.
Al-Quran tidak hanya menghubungkan adil sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujuk kepada integriti dan kejujuran di dalam semua urusan hidup manusia.
Keadilan dalam Islam sangat penting kerana ia akan menjamin kestabilan demi pembangunan umat Islam. Apabila Islam membawa idea tentang keadilan dalam masyarakat jahiliah, maka mereka yang dulunya berpecah belah dan saling bermusuhan menjadi bersatu padu dan saling berkasih sayang.
Justeru apabila undang-undang dan keadilan dalam Islam terpesong angkara segelintir umatnya, kegemilangan Islam mula merosot.
Keadilan juga menjadi unsur yang penting untuk membina masyarakat yang adil dan makmur, atau dengan kata lain, masyarakat yang adil dan makmur tidak akan dapat diwujudkan jika keadilan tidak ditegakkan.
Keadilan perlu ditegakkan kerana ia akan memberi ketenangan kepada manusia dan menyuburkan hubungan individu dengan orang lain.
Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa mengira bangsa dan agama.
Ini kerana dalam memutuskan apa-apa hukuman, baginda SAW tidak sekali-kali terpengaruh oleh keadaan orang yang dihukumi, sama ada daripada kalangan keluarga, sahabat handai ataupun orang lain yang berbeza bangsa dan agama.
Ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah: 8)