Page 1
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)
Tandatangan : ………………………………………………………….
Nama Penyelia : Dr. Faizah bt. Abdul Ghani
Tarikh : 30 Jun 2012
Page 2
POLA SAHSIAH DIRI DALAM KALANGAN BANDUAN
DI PENJARA PRA BEBAS DUSUN DATUK MURAD, MELAKA.
JOOHANA BINTI SALIMAN
Tesis Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Bimbingan Dan Kaunseling)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Page 3
JUN 2012
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...........................................
Nama Penulis : Joohana Binti Saliman
Tarikh : 30 Jun 2012
Page 4
iv
Dedikasi….
Ayahanda dan bonda ……
Terima kasih atas dorongan dan doa yang diberikan
Kasih sayang dan didikanmu menjadi azimat hidupku.
Buat suami yang tercinta, Husaini b. Abd. Hamid Pengorbanan dan restumu,
Kupanjatkan doa agar Allah S.W.T membalas dengan rahmatNya
Untuk puteriku Nina Qistina,
Moga semangat umi menyubur dalam dirimu
Agar kau berjaya di dunia dan akhirat
Syed Umar dan Fadzlunesa
Mengharungi detik-detik perit bersama
Menyudahkan A hingga Z, terima kasih atas segalanya
Anis, Ana, Ain, Kak Zam, Naswa, Kak Z.A,
Page 5
Ezwan, Ustaz Isa, Abg. Om
Kak Suriyah, Lynn Jasman, Syu
Kejayaan ini amat manis bersama ukhwah yang terbina,
Buat nenda yang dirindui,
Kubungkus kenangan dengan Al Fatehah…
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan
limpah inayahNya, maka saya dapat menyudahkan kajian ini. Selawat dan salam untuk
junjungan Rasulullah SAW serta para sahabat dan keluarga baginda.
Dalam usaha menyiapkan kajian ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada Dr. Faizah bt Abdul Ghani yang
sentiasa berusaha memberikan bimbingan , sokongan dan dorongan sepanjang tempoh
penyediaan kajian ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga diajukan kepada Dato’
Hj. M.Tahrir b. Dato Kiyai Hj. Samsudin, Prof . Madya Dr. Azhar bin Muhammad, Dr Azlina
Page 6
binti Kosnin dan dan Pn. Noor Linda bt Halil yang telah sudi berkongsi kepakaran dalam
membentuk soal selidik bagi kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia kerana
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga
kepada Pengarah Penjara Kluang, Johor , Pengarah Penjara Agro Dusun Dato’ Murad, Melaka,
serta para pegawai terutamanya Insp. Nazri b.Rajimin yang telah memberikan kerjasama
sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada para responden yang banyak
memberi kerjasama sewaktu proses mengumpulkan data-data kajian dilakukan
Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada rakan-
rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang secara langsung atau tidak langsung membantu
menyiapkan kajian ini. Semoga Allah membalas jasa baik yang telah disumbangkan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pola sahsiah diri para banduan di
penjara pra bebas Dusun Datuk Murad, Melaka dan hubungannya dengan faktor-faktor
persekitaran iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa dan didikan agama. Pola sahsiah diri
dilihat melalui perspektif Islam dari aspek akidah, akhlak, ibadat, muamalat dan muasyarat.
Kajian kes ini melibatkan 53 orang banduan lelaki yang beragama Islam yang menghuni penjara
berkenaan. Kajian ini merupakan kajian korelasi. Data dikumpul melalui soal selidik yang
dibina oleh pengkaji. Soal selidik ini dikenali sebagai Soal Selidik Sahsiah Diri (Discovery Self).
Darjah kebolehpercayaan bagi soal selidik ini berada pada tahap yang baik melalui nilai alpha
Cronbach 0.8480. Data yang telah dikumpul telah dianalisis menggunakan ‘Statistical Packages
for Social Science’ (SPSS). Analisis deskriptif menunjukkan bahawa hanya dua pola sahsiah diri
Page 7
banduan iaitu aspek akidah dan ibadat berada pada tahap yang tinggi dan pada skor min
sederhana bagi tiga aspek iaitu akhlak, muamalat dan muasyarat. Analisis deskriptif bagi faktor
persekitaran pula menunjukkan bahawa faktor ibu bapa, rakan sebaya dan didikan agama berada
pada skor min sederhana dan faktor media massa pada skor min yang rendah. Ujian Korelasi
Pearson ‘r’ dijalankan bagi menjawab 20 hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
enam hubungan yang signifikan di antara faktor rakan sebaya dengan aspek akhlak, rakan
sebaya dengan ibadat, rakan sebaya dengan muamalat, media massa dengan muamalat, media
massa dengan muasyarat dan didikan agama dengan muamalat.
vii
ABSTRACT
This research aims at identifying the relationship of the moral patterns of the inmates of
Dusun Datuk Murad, Melaka prison with the environment factors such as parents, peers, mass
media and religious education. The moral patterns from the Islamic view refer to the ‘akidah’
aspects, behavior, performance of the religious obligations, ‘muamalat’ and ‘muasyarat’. This
research involved 53 Muslim male inmates residing the prison. This research is a correlation
research. The data was collected by the researcher using questionnaires formed by the researcher
herself. This questionnaire is known as the Discovery Self (Sahsiah Diri). The degree of the
reliability for this questionnaire was located at the alpha value of Cronbach 0.8480 which was
considered as at a good location. The data was analyze using ‘Statistical Packages for Social
Science’ (SPSS). The descriptive analysis showed that there were two moral patterns of the
inmates; ‘akidah’ aspects and performance of the religious obligations which were located at a
good position. However, the researcher analysis found that the mean average score of the
Page 8
inmates were in these three aspects; behavior, ‘muamalat’ and ‘muasyarat’. On the other hand,
the descriptive analysis for the environment factors showed that factors like parents, peers and
religious education of the inmates was located at the mean average score while the mass media
factor was located at the low mean score. The Pearson Correlation ‘r’ test was conducted to
answer 20 research hypotheses. It was found that there were six significant relationships
between these factors; peer factors with behavioural aspects, peer factors with religious
performance, peer factors with ‘muamalat’, , mass media with ‘muamalat’, mass media with
‘muasyarat’ and religious education with ‘muamalat’.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS i
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI SINGKATAN xix
Page 9
SENARAI LAMPIRAN xx
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Hipotesis Kajian 13
1.7 Kerangka Konsep Kajian 17
1.8 Kepentingan Kajian 19
viiii
1.8.1 Ibu Bapa 19
1.8.2 Jabatan Kebajikan Masyarakat 20
1.8.3 Majlis Belia Malaysia 20
1.8.4 Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan 20
1.8.5 Jabatan Penjara 21
1.8.6 Kementerian Dalam Negeri 21
1.8.7 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia 22
1.8.8 Persatuan Keagamaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan 22
1.9 Skop Dan Batasan Kajian 22
1.10 Definisi Konsep dan Definisi Operasional 23
1.10.1 Pola 23
1.10.2 Sahsiah Diri 24
1.10.2.1 Aspek Akidah 24
1.10.2.2 Aspek Ibadat 26
Page 10
1.10.2.3 Aspek Muamalat 27
1.10.2.4 Aspek Muasyarat 27
1.10.2.5 Aspek Akhlak 28
1.10.3 Faktor Persekitaran 29
1.10.1.1 Ibu Bapa/Penjaga 30
1.10.1.2 Rakan Sebaya 30
1.10.1.3 Media Massa 31
1.10.1.4 Didikan Agama 31
1.10.4 Banduan 31
1.11 Penutup 32
ixi
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 33
2.2 Kerangka Teoritikal 34
2.2.1 Teori Perkembangan Psikoanalisis 34
2.2.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg 34
2.2.3 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson 35
2.2.4 Teori Ekologi Brofenbrenner 37
2.2.5 Pendekatan Islam Terhadap Sahsiah Diri 40
2.2.5.1 Akidah 40
2.2.5.2 Akhlak 41
2.2.5.3 Ibadat 42
2.2.5.4Muamalat 43
2.2.5.5 Muasyarat 44
2.3 Sorotan Kajian-Kajian Lepas
Page 11
2.3.1 Faktor Ibu Bapa Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 45
2.3.2 Faktor Rakan Sebaya Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 46
2.3.3 Faktor Media Massa Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 46
2.3.4 Faktor Didikan Agama Terhadap Pembentukan Sahsiah Diri 47
2.4 Penutup 48
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 49
3.2 Reka Bentuk Kajian 50
3.3 Tempat Kajian 50
xi
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 51
3.5 Kaedah Persampelan 52
3.6 Instrumen Kajian 53
3.6.1 Bahagian A : Maklumat Demografi 53
3.6.2 Bahagian B : Faktor Persekitaran 54
3.6.3 Bahagian C : Elemen Sahsiah Diri 55
3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 57
3.8 Kajian Rintis 58
3.9 Proses Pengumpulan Data Kajian 59
3.10 Penganalisisan Data 60
3.10.1 Statistik Deskriptif 60
3.10.2 Kolerasi Pearson 61
3.11 Penutup 62
Page 12
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 63
4.2 Analisis Deskriptif Maklumat Peribadi Responden 64
4.2.1 Umur Responden 64
4.2.2 Keturunan 65
4.2.3 Jantina 66
4.2.4 Jenis Salah Laku 66
4.2.5 Status Perkahwinan 67
4.2.6 Bilangan Anak 67
4.2.7 Taraf Pendidikan 68
xii
4.2.8 Pekerjaan 69
4.2.9 Pendapatan 70
4.2.10 Tempat Kediaman 70
4.2.11 Taraf Tempat Tinggal 71
4.2.12 Tahap Pendidikan Ibu 72
4.2.13 Tahap Pendidikan Bapa 73
4.2.14 Tahap Pendidikan Pasangan 74
4.2.15 Pekerjaan Pasangan 75
4.3 Analisis Deskriptif Pola Sahsiah Diri Banduan Di Penjara Dusun Datuk Murad, Melaka
75
4.3.1 Analisis Item 77
4.3.1.1 Analisis Item Bagi Aspek Akidah 77
4.3.1.2 Analisis Item Bagi Aspek Ibadat 78
4.3.1.3 Analisis Item Bagi Aspek Muasyarat 79
Page 13
4.3.1.4 Analisis Item Bagi Aspek Muamalat 80
4.3.1.5 Analisis Item Bagi Aspek Akhlak 81
4.4 Analisis Deskriptif Faktor Persekitaran 82
4.4.1 Analisis Item Faktor Persekitaran 83
4.4.1.1 Analisis Item Faktor Ibu Bapa 83
4.4.1.2 Analisis Item Faktor Rakan Sebaya 84
4.4.1.3 Analisis Item Faktor Media Massa 85
4.4.1.4 Analisis Item Faktor Didikan Agama 86
4.5 Analisis Inferensi 86
4.5.1 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Sahsiah Diri 87
xiii
4.5.1.1 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akidah 87
4.5.1.2 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akhlak 88
4.5.1.3 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Ibadat 89
4.5.1.4 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muamalat 89
4.5.1.5 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muasyarat 90
4.5.2 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Sahsiah Diri 91
4.5.2.1 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akidah 92
4.5.2.2 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akhlak 92
4.5.2.3 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Ibadat 93
4.5.2.4 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muamalat 94
4.5.2.5 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muasyarat 94
4.5.3 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Sahsiah Diri 95
4.5.3.1 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akidah 96
4.5.3.2 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akhlak 96
Page 14
4.5.3.3 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Ibadat 97
4.5.3.4 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Muamalat 98
4.5.3.5 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Muasyarat 99
4.5.4 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Sahsiah Diri 99
4.5.4.1 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akidah 100
4.5.4.2 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akhlak 101
4.5.4.3 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Ibadat 102
4.5.4.4 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muamalat102
4.5.4.5 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muasyarat103
4.6 Penutup 104
xiiii
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 105
5.1 Pengenalan 105
5.2 Rumusan Dan Perbincangan Kajian 105
5.2.1 Aspek Akidah 107
5.2.2 Aspek Akhlak 108
5.2.3 Aspek Ibadat 108
5.2.4 Aspek Muamalat 109
5.2.5 Aspek Muasyarat 110
5.2.6 Hubungan Faktor Ibu Bapa Terhadap Sahsiah Diri 111
5.2.7 Hubungan Faktor Media Massa Terhadap Sahsiah Diri 112
5.2.8 Hubungan Faktor Rakan Sebaya Terhadap Sahsiah Diri 113
5.2.9 Hubungan Faktor Didikan Agama Terhadap Sahsiah Diri 113
5.3 Implikasi Dan Cadangan 114
5.3.1 Peranan Ibu Bapa 114
Page 15
5.3.2 Peranan Media Massa 115
5.3.3 Peranan Rakan Sebaya 115
5.3.4 Peranan Didikan Agama 116
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 117
5.5 Penutup 118
BIBLIOGRAFI 119
LAMPIRAN 12
Xv
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.1 Taburan Indeks Jenayah di Malaysia 2005-2006 6
Jadual 3.1 Taburan Item Bagi Faktor-Faktor Persekitaran 54
Jadual 3.2 Jadual Skala Lima Mata 55
Jadual 3.3 Taburan Subskala Bagi Setiap Item 56
Jadual 3.4 Jadual Skala Lima Mata 56
Jadual 3.5 Tahap Skor Min 61
Jadual 3.6 Interpretasi Nilai Pekali Korelasi ( r ) 62
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 64
Page 16
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 65
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku 66
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 67
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 68
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 68
Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Kategori Pekerjaan 69
Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Sebulan 70
Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Jenis Kediaman 71
Jadual 4.10 Taburan Responden Mengikut Taraf Tempat Tinggal 71
Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu 72
Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa 73
Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Pasangan 74
xvi
Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Pasangan 75
Jadual 4.15 Pola Sahsiah Diri 76
Jadual 4.16 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Akidah 77
Jadual 4.17 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Ibadat 78
Jadual 4.18 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Muasyarat 79
Jadual 4.19 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Muamalat 80
Jadual 4.20 Nilai Min Setiap Item Bagi Aspek Akhlak 81
Jadual 4.21 Faktor-Faktor Persekitaran 82
Jadual 4.22 Taburan Item Faktor Ibu Bapa 83
Jadual 4.23 Taburan Item Faktor Rakan Sebaya 84
Jadual 4.24 Taburan Item Faktor Media Massa 85
Jadual 4.25 Taburan Item Faktor Didikan Agama 86
Page 17
Jadual4.26 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Sahsiah Diri 87
Jadual4.27 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akidah 88
Jadual4.28 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Akhlak 88
Jadual4.29 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Ibadat 89
Jadual4.30 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muamalat 89
Jadual 4.31 Hubungan Antara Faktor Ibu Bapa Dengan Muasyarat 90
Jadual 4.32 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Sahsiah Diri 91
Jadual 4.33 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akidah 92
Jadual 4.34 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Akhlak 92
Jadual 4.35 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Ibadat 93
Jadual 4.36 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muamalat 94
Jadual 4.37 Hubungan Antara Faktor Rakan Sebaya Dengan Muasyarat 95
xvii
Jadual 4.38 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Sahsiah Diri 95
Jadual 4.39 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akidah 96
Jadual 4.40 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Akhlak 96
Jadual 4.41 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Ibadat 97
Jadual 4.42 Hubungan Antara Faktor Media Massa Dengan Muamalat 98
Jadual 4.43 Hubungan Antara FaktorMedia Massa Dengan Muasyarat 99
Jadual 4.44 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Sahsiah Diri 100
Jadual 4.45 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akidah 100
Jadual 4.46 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Akhlak 101
Jadual 4.47 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Ibadat 102
Jadual 4.48 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muamalat 103
Jadual 4.49 Hubungan Antara Faktor Didikan Agama Dengan Muasyarat 103
Page 18
xvii
SENARAI RAJAH
NO TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian 18
Rajah 2.1 Model Teori Ekologi Bronfrenbrenner 39
Page 19
xix
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
HR - Hadis Riwayat
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
Page 20
Kg Kampung
Min - Purata
SAW - Sallallahu Alaihi Wa Salam
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SP - Sisihan Piawai
SWT - Subhannahu Wa Taala
R - Pekali korelasi Pearson
RM - Ringgit Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
f - Frekuensi (Kekerapan)
% - Peratus
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Status Pelajar 126
Page 21
B Surat Iringan Maklumat Pelajar Dan Kajian 127
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Penjara Malaysia 129
D Surat Pengesahan Kesahan Instrumen 132
E Soal Selidik 135
BAB 1
Page 22
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menjelang usia negara Malaysia yang semakin matang, Malaysia telah mengorak langkah
menjadi sebuah negara maju dengan mencapai kejayaan yang diiktiraf di persada antarabangsa
dalam pelbagai bidang. Bidang yang telah dikecapi termasuklah perusahaan automobil,
pembinaan bangunan pencakar langit, penerokaan angkasa, pengangkutan dan perhubungan serta
bidang sukan. Kejayaan-kejayaan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi
kejayaan yang ditempa oleh negara barat yang jauh lebih maju. Kejayaan-kejayaan luar biasa ini
mampu menyuntik semangat bangsa Malaysia untuk “berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah” dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha
gigih, bangga dan memberi sokongan penuh dalam usaha negara mengejar cita-cita menjadi
negara maju mengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.
2
Malaysia pada dasarnya telah memberi tumpuan kepada pembangunan negara dari semua
dimensi untuk kepentingan semua penduduknya. Usaha berterusan dan konsisten ini bertujuan
untuk memperbaiki taraf hidup rakyatnya terutama mereka yang tergolong dalam kategori
miskin. Pengiktirafan hak rakyat untuk mendapat manfaat hasil kemajuan pembangunan negara,
sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan di samping mewujudkan suasana yang
menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Keadaan ini dapat dilihat melalui strategi
utama negara iaitu Dasar Ekonomi Baru, (1970-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-
Page 23
2000) serta Wawasan 2020 yang telah dan akan menekankan kepada aspek pembangunan.
Hakikatnya, pembangunan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat (Rancangan Malaysia Ke
Sembilan, 2006). Malaysia dan negara-negara membangun yang lain mengalami kepesatan
pertumbuhan bandar sejak tahun 1970-an lagi, malah ia dikatakan terpesat di Asia Tenggara pada
tahun 1980-an. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh perkembangan sektor ekonomi baru.
Keadaan tersebut berterusan sehinggalah ke hari ini meskipun negara mengalami beberapa
kerumitan akibat kemelesetan ekonomi di penghujung abad ke-20.
Hakikatnya pembangunan amatlah penting untuk kemajuan sesebuah negara. Setiap
pembangunan itu perlulah dirancang dengan rapi dan diseimbangkan antara pembangunan
fizikal, ekonomi dan sosial. Akibat daripada tiada perancangan rapi maka akan wujudlah
pelbagai masalah. Dunia turut menghadapi krisis akibat daripada pembangunan yang tidak
dirancang dengan sempurna. Kesannya akan wujudlah masalah kepada persekitaran dan manusia
seperti kadar jenayah yang semakin meningkat, kemiskinan, kelaparan, kesesakan, petempatan,
buta huruf, pencemaran dan sebagainya yang mengakibatkan tahap kualiti hidup akan semakin
merosot.
Keadaan sosioekonomi yang terhasil akibat proses pembangunan inilah yang
membolehkan wujudnya lebih banyak peluang untuk memungkinkan terjadinya jenayah. Faktor-
faktor utama seperti perbezaan pendapatan, mobiliti sosial, penghijrahan penduduk dari luar
bandar ke bandar, terhakisnya hubungan kekeluargaan, pembangunan yang tidak seimbang dari
segi ekonomi dan sosial dan perkembangan teknologi moden sedikit sebanyak mempengaruhi
peningkatan jenayah di Malaysia. Dalam hal ini angkubah demografi seperti komposisi
penduduk dan struktur penduduk mempunyai pengaruh yang agak lebih ketara terhadap insiden
jenayah (Institut Tadbiran Awam Negara,1994).
Pemodenan itu juga mewujudkan dunia tanpa sempadan ini sehingga berlakunya
limpahan budaya yang tidak sihat terutamanya melalui media massa. Golongan remaja dan belia
Page 24
terdedah dengan budaya hedonism iaitu budaya suka berpoya-poya dan hiburan semata-mata.
Melalui internet, televisyen dan video, golongan ini dengan mudahnya dihidangkan dengan
pergaulan dan seks bebas, nyanyian, muzik, rokok, arak, bahan lucah dan judi yang
mementingkan keseronokan semata-mata.
Secara umumnya corak jenayah di Malaysia didapati mempunyai persamaan dengan apa
yang berlaku di negara maju, hanya yang membezakannya adalah jumlah kes dan kadarnya.
Terdapat empat jenis kesalahan atau kes utama dalam indeks jenayah yang boleh dicegah, iaitu
tiga dalam kategori jenayah harta benda dan satu dalam kategori jenayah kekerasan. Kesalahan-
kesalahan tersebut ialah rompakan termasuk rompakan bersenjata api, kes mencuri kenderaan
bermotor, pecah rumah dan kes mencuri di waktu siang dan malam hari serta kes-kes kecurian
yang lain-lain (Mohd Reduan Aslie, 1990).
Terdapat juga kategori jenayah lain selain dari indeks jenayah. Jenayah ini termasuklah
insiden penyalahgunaan dadah, jenayah kolar putih (jenayah komersial), sindeket haram dan
perjudian. Pelbagai faktor sosio-ekonomi telah dikenal pasti mempengaruhi tren jenayah di
Malaysia. Walaubagaimanapun, tiada suatu faktor secara tepatnya dapat dianggap sebagai
penyebab utama. Banyak kajian dan pengamatan telah mendapati bahawa jenayah tidak
semestinya meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi sahaja (Shelley & Katon, 1992).
Kawasan perumahan menjadi sasaran kegiatan jenayah seperti kes kecurian, rompakan,
kejadian pecah rumah siang dan malam hari. Keadaan ini telah mengakibatkan tercetusnya
perasaan bimbang dan kurang senang di kalangan masyarakat. Akhirnya jenayah menjadi suatu
masalah sosial yang menjejaskan kehidupan masyarakat, malahan turut mengongkong kehidupan
fizikal atau pun emosional mereka. Langkah-langkah untuk membanteras kejadian jenayah perlu
dilakukan sebelum menjejaskan kehidupan seharian masyarakat setempat. Di bawah Rancangan
Malaysia ke-9 kerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan RM 21.2 billion untuk
Page 25
sektor keselamatan dan sebanyak RM 4.9 billion disediakan bagi keperluan Polis Di Raja
Malaysia (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006).
Menyedari betapa seriusnya isu ini, maka tidak hairanlah mengapa mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Muhammad telah pun menyempurnakan pelancaran
penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation)
pada bulan Januari 1993. Dengan tertubuhnya yayasan tersebut, Malaysia telah mengesahkan
terlibat secara langsung dalam forum perancangan pencegahan jenayah yang telah dilaksanakan
oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Asia Crime Prevention Foundation di Shizuoka, Jepun.
Meskipun Yayasan Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan itu merupakan badan bukan
kerajaan namun mandat yang diberikan oleh kerajaan membolehkan badan ini memainkan
peranannya dan bertanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai program pencegahan jenayah
di Malaysia. Selain daripada penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan Polis Di Raja
Malaysia (PDRM), matlamat utama yayasan ini adalah untuk menyumbang ke arah penurunan
kadar jenayah di Malaysia dan menyediakan segala bentuk bantuan terutamanya dari segi
pemulihan kepada mangsa jenayah, pelaku jenayah dan kesedaran kepada masyarakat umum.
Justeru itu ia dapat memastikan keamanan dan kestabilan negara tidak akan terjejas akibat
pengaruh aktiviti jenayah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Saban hari media massa di Malaysia memaparkan kes-kes jenayah yang berlaku di
dalam negara. Pelbagai jenis salah laku yang berlaku daripada jenayah jalanan seperti mencuri,
samseng jalanan, ragut , merogol, sumbang mahram, buang bayi, jenayah kolar putih seterusnya
jenayah ala mafia yang ganas dan kejam seperti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya
(Berita Harian, 24 Januari 2011) .
Page 26
Dalam majlis perasmian Seminar Pencegahan Jenayah 2008, Timbalan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar berucap bahawa kesan krisis kelembapan ekonomi global akan
mendorong kepada iklim sosial yang tidak sihat kepada keamanan masyarakat. Bilangan yang
tiada sumber pendapatan tetap bertambah, peluang pekerjaan semakin tipis dan tergugat akan
membawa kepada peningkatan jenayah bagi menambah rezeki dan sara diri.
Mengikut statistik, insiden kegiatan jenayah di Malaysia dianggarkan telah mencecah 70
ribu kes bagi tempoh 10 tahun (1990-2000) mengikut mantan Tun Dr. Mahathir Mohammad
(Unit Perancang Ekonomi, 2002). Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan peningkatan semua kes
jenayah di antara tahun 2005 dan 2006.
Selain itu beberapa kes tertentu telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.
Kes rogol telah meningkat 85% dari 2004 (1718 kes) hingga ke 2007(3177 kes). Kes samun
(melibatkan kekerasan) telah meningkat sebanyak 61% pada 2007 (24,587 kes) berbanding
2004( 15,288 kes). Manakala sebanyak 33, 599 kejadian pecah rumah direkodkan pada 2007
berbanding 24904 pada tahun 2004 iaitu pertambahan sebanyak 35%.
Jadual 1.1 : Taburan Indeks Jenayah di Malaysia 2005-2006
Kes Jenayah 2005 2006
Bunuh 497 604
Cubaan Bunuh 94 -
Rogol 1887 2435
Cabul Kehormatan - 2023
Samun Berkawan Bersenjata Api 40 68
Samun Berkawan Tanpa Senjata Api 1842 2658
Page 27
Samun Bersenjata Api 317 247
Samun Tanpa Senjata Api 13 210 18 446
Pemerasan - 1549
Ugutan Jenayah - 6336
Merusuh - 2261
Mencederakan 4246 5716
Curi 34 317 37 128
Curi Van/ Lori/ Jentera Berat 5507 6328
Curi Motokar 9711 11 101
Curi Motosikal 51 709 64 858
Curi Ragut 9617 9551
Pecah Rumah Siang Hari 6923 8253
Pecah Rumah Malam Hari 17 542 19 060
Jumlah Jenayah Indeks 157 459 198 622
Sumber: Polis Diraja Malaysia (2007)
Peningkatan kadar jenayah dalam statistik yang dirujuk dari Journal of the Kuala Lumpur
Royal Malaysia Police College (2008), mengenalpasti 157 kawasan panas (hot spots) jenayah
terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan
pada tahun 2008.
Pada Februari 2010 terdapat seramai 21,269 banduan sabitan di mana 13,880 banduan
adalah warganegara Malaysia dan 7,389 orang bukan warganegara. Jumlah keseluruhan banduan
di seluruh negara iaitu termasuk kes-kes reman adalah seramai 36,040 orang, di mana 10,800
orang atau 30 peratus adalah warga asing.
Page 28
Pelbagai jenis kegiatan jenayah tidak putus-putus dipaparkan di media massa pada setiap
hari. Selain daripada isu peningkatan kes penagihan dadah yang merupakan musuh utama
negara, Malaysia juga diancam dengan sindiket pengedaran dadah yang telah dikesan di
beberapa negeri antaranya dua serbuan berasingan yang dilakukan di negeri Johor. Pada 18 Julai
2010, polis telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 30 tahun di rumah kediamannya di
Taman Kota Masai, Pasir Gudang bersama 46 kilogram ganja yang bernilai RM 75,000.00
manakala dua lelaki berusia 28 tahun dan 36 tahun telah ditahan di Larkin Perdana kerana
memiliki 553 gram heroin yang bernilai RM 37,000.00. Kesemua dadah ini dipercayai untuk
diedarkan kepada penagih dadah di sekitar bandar ini(KOSMO Online: 19 Julai 2010).
Sindiket pengedaran dadah ini tidak hanya tertumpu di selatan tanah air. Hal ini
diperkukuhkan dengan penahanan empat lelaki berusia di antara 30 hingga 40an di sebuah
premis di Jalan Air Itam, Pulau Pinang yang dilaporkan oleh akhbar KOSMO pada 17 Mac 2011.
Hasil serbuan itu mendapati tahanan berkenaan telah mempunyai rekod jenayah dan dipercayai
sebahagian daripada anggota sindiket pengedar dadah. Nilai rampasan pelbagai jenis dadah
sebanyak RM64,000.00 bagi pasaran tempatan.
Selain daripada kegiatan sindiket berkumpulan, pada 19 Mei 2010 akhbar KOSMO
mendedahkan penangkapan sepasang kekasih berusia 43 tahun dan 35 tahun yang menjalankan
kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang. Bersama penahanan pasangan kekasih ini
yang merupakan tukang masak di sebuah restoran dijumpai dadah jenis estacy, ketamin dan
syabu yang bernilai RM18,000.00. Pasangan kekasih ini juga didapati mempunyai rekod
jenayah dan disahkan positif dadah jenis syabu.
Jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah di Malaysia tidak hanya tertumpu kepada
penagihan dan pengedaran dadah tetapi telah sampai ke tahap pemprosesan dadah. Berita
penahanan seorang pelakon lelaki popular yang mempunyai kaitan dengan makmal mini
Page 29
memproses dadah di sebuah rumah sewanya di Kepong telah mengejutkan negara (Berita Harian
: 13 Mac 2010). Siasatan lanjut mendapati beliau memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM
650,000.00 serta peralatan memproses dadah seperti balang-balang kaca, silinder, penunu
Bunsen, mesin pengisar, maklumat pemprosesan dadah yang tersimpan di dalam ‘thumbdrive’
dan video.
Disamping penyalahgunaan dadah, Malaysia juga tidak terlepas dengan jenayah bunuh
yang meningkat dari 517 kes pada tahun 2002 kepada 565 kes pada tahun 2003 (Utusan
Malaysia Online; 9 Ogos 2004). Motif pembunuhan pula melihatkan keruntuhan akhlak
pembunuh dengan sebab antaranya pertengkaran, samun, rogol, cemburu, cinta sejenis, cuai,
tidak siuman dan dera. Selain pembunuhan rambang, pemangsa juga terdiri daripada individu
yang rapat dan dikenali mangsa seperti teman lelaki,jiran, cucu, bapa dan guru. Kes-kes rogol
dan bunuh disifatkan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Seorang jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar yang ketika kejadian berusia 24 tahun
telah dirogol dan dibunuh di dalam sebuah bas ekspres oleh pemandu bas berkenaan, Hanafi Mat
Hassan. Mayat mangsa telah dicampak di sebatang jalan di kawasan pembinaan di Taman Bukit
Tinggi Klang pada 7 Oktober 2000 (Berita Harian; 20 Disember 2000).
Kes remaja yang dirogol oleh teman lelakinya telah saban kali dipaparkan dalam media.
Namun jenayah ini masih berulang seolah-olah remaja perempuan tidak melihat teman lelakinya
sebagai ancaman. Hal ini berulang lagi kepada seorang remaja berusia 16 tahun yang mengikuti
teman lelakinya bersiar-siar dan telah di bawa ke sebuah rumah di Kg. Banggol Belimbing,
Lenggong dan telah dirogol bergilir-gilir oleh teman lelakinya bersama enam lagi rakan teman
lelakinya yang telah berada di rumah berkenaan (Berita Harian; 24 Januari 2011). Lebih
mengaibkan lagi salah seorang perogol itu telah merakamkan kejadian berkenaan di dalam
telefon bimbitnya dan menyebarkannya di sekitar bandar berkenaan.
Page 30
Seorang juruteknik, Hamdan Ahadluddin telah didapati bersalah atas dua kesalahan
merogol remaja berusia 15 tahun di rumah mangsa di Lembah Subang. Semasa kejadian,
penjenayah ini dalam persiapan untuk menikahi ibu mangsa dalam masa beberapa hari lagi
(Utusan Malaysia; 1 November 2009). Perbuatan Hamdan ini menunjukkan bahawa dia tidak
mempunyai sahsiah diri yang melayakkannya menjadi bapa tiri kepada mangsa.
Dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib b. Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri
Malaysia yang ke 6, beliau telah meletakkan mengurangkan kadar jenayah sebagai yang pertama
di antara enam jurusan dalam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA- National Key Result
Area).
Kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan
pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi
kepada tiga bahagian iaitu jenayah jalanan, keselamatan awam dan peningkatan prestasi agensi
penguatkuasaan.
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana ia didapati mendatangkan trauma dan ketakutan
berpanjangan kepada masyarakat. Antara jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa
bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Oleh sebab itu, kerajaan menetapkan
sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.
Page 31
1.3 Pernyataan Masalah
Saban hari, media tidak dapat berhenti daripada melaporkan bermacam kejadian jenayah
yang berlaku di segenap pelosok negara sama ada di kota atau desa. Pelbagai jenis jenayah yang
wujud daripada jenayah jalanan hinggalah jenayah kekerasan. Terdapat juga penjenayah yang
tidak mempunyai sekelumit sifat perikemanusiaan dengan sanggup merogol kanak-kanak dan
menyeksa serta membakar mangsa.
Statistik menunjukkan indek jenayah di Malaysia telah meningkat kepada 37.85 % iaitu
121,176 kes pada tahun 1997 berbanding 87,902 kes pada tahun 1996(Utusan Malaysia; 23
Februari 1998). Kes bunuh pula menunjukkan peningkatan dengan tahun 1998 mencatatkan
jumlah tertinggi iaitu 629 kes (Utusan Malaysia; 9 Ogos 2004). Peningkatan kes jenayah ini
dapat dilihat daripada tingkah laku masyarakat yang bimbang tentang keselamatan harta benda
dan nyawa mereka, kurangnya kepercayaan sesama masyarakat. Pelbagai peralatan canggih
untuk mengelakkan agar harta benda seperti rumah dan kereta daripada diceroboh penjenayah
terdapat di pasaran. Begitu juga kebimbangan terhadap ancaman nyawa dan maruah sama ada
akibat daripada aneka perbuatan jenayah seperti ragut, rogol dan bunuh. Ketakutan ini berlaku
kerana di samping kehilangan harta benda, mangsa kehilangan harga diri, maruah dan
seterusnya nyawa. Terdapat mangsa yang hidup dalam ketakutan, trauma dan tidak mampu
meneruskan hidup dengan normal dan sejahtera.
Walau pun pelbagai langkah yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menangani
jenayah seperti kaedah pencegahan dan penguatkuasaan, merapatkan jurang sosioekonomi dan
demografi tetapi kes-kes jenayah tetap meningkat. Apakah yang mendorong seseorang untuk
melakukan salah laku? Sahsiah diri penjenayah masa kini menunjukkan sifat jati diri dan
kawalan kendiri yang rendah. Adakah agen-agen sosialisasi seperti ibu bapa, rakan sebaya,
media massa dan didikan agama kurang membantu dalam membentuk sahsiah diri yang unggul.
Adakah pegangan akidah individu mempengaruhi sahsiah dirinya? Adakah terdapat kaitan