- 1. Pendidikan Jasmani Akademik (PJ 2311P5) TAJUK: HURAIAN
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI AHLI KUMPULAN : RAFIZA BT DARUS SITI AINIZAH BT
SAMSURI NUR AMALINA SALWA BT ROSLI NUR AMIRA AIZA MOHD JOHAN NURUL
HAFIDZAH BT ABD HALIM PENSYARAH : TUAN HAJI AZIZ BIN JAAFAR
2. Tiga Tunjang Utama dalam Pendidikan Jasmani Kesukanan
Kecergasan Kemahiran 3. Tunjang-Tunjang Utama dalam Sukatan
Pendidikan Jasmani KBSR DEFINISI KECERGASAN Menitikberatkan
keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa
merasa lesu. Tumpuan utama diberi kepada komponen kecergasan
fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 4. Terbahagi
kepada 2 bahagian:- -berasaskan kesihatan. -perlakuan motor.
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Berkaitan dengan keupayaan
seseorang itu melakukan kerja-kerja hariannya dengan penuh
semangat. Lindungi individu dari penyakit berbahaya seperti
obesiti. Kecergasan Fizikal Perlakuan Motor o Fungsi dan kemampuan
individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih
bertenaga, berdaya kuasa, kuat, berdaya tahan dan sebagainya. 5.
Tunjang 1:Kecergasan Berasaskan kesihatan Berasaskan perlakuan Daya
tahan kardiovaskular Daya tahan otot Kekuatan Kelenturan Komposisi
badan Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindak balas
Kepantasan 6. KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN a) Daya tahan
kardiovaskular Komponen ini melibatkan organ jantung dan sistem
pengaliran darah untuk bekerja bagi satu jangka waktu tertentu.
Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota yang berkerja
untuk bekalan oksigen. Cadangan Aktiviti: 1. Lari berterusan selama
2-3 minit. 2. Lari ulang alik 10 meter selama 2-3 minit. 3. Lari
berhalangan 2-3 minit. 7. b) Daya Tahan Otot Keupayaan dan
kemampuan otot untuk melakukan kerja berulang kali dalam tempoh
masa yang panjang tanpa merasa letih. Cadangan Aktiviti Bangkit
tubi lutut bengkok Tekan tubi Ketingting dalam jarak 10 meter
(tahap 2) 8. c) Kekuatan Otot Kemampuan maksimum seseorang itu
untuk mengatasi sebarang rintangan fizikal. Cadangan Aktiviti Tolak
bahu berpasangan. Bergayut pada palang. Dukung belakang (tahap 2).
9. d)Kelenturan Keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi
bergerak dengan sepenuhnya. Cadangan Aktiviti o Melentik ke kanan,
ke kiri dan sisi. o Membongkok badan ke hadapan. o Duduk jangkau.
10. e) Komposisi Badan Merujuk kepada perkadaran jumlah lemak badan
dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran
kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak
dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.
11. KECERGASAN BERASASKAN PERLAKUAN a) Koordinasi Pergerakan yang
melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan.
Cadangan Aktiviti: Lambung dan sambut bola. Menggolek gelung rotan.
Sambut pundi kacang. 12. b) Imbangan Kebolehan seseorang
mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap
atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Cadangan Aktiviti o
Berjalan di atas bangku gimnastik. o Berjalan di atas permukaan
bercerun. 13. c) Ketangkasan Kebolehan seseorang bergerak dengan
pantas sambil bertukar arah atau posisi. Cadangan Aktiviti Lari
zig-zag sambil membawa bola. Musang dan ayam. Dirian bangau. Dirian
skala depan. Dirian skala sisi. 14. d) Kuasa Kebolehan melakukan
suatu pergerakan yang pantas dengan daya maksimum dalam masa yang
singkat. Cadangan Aktiviti Lonjak dan merejam bola. Lonjak dan
baling bola menuju sasaran. 15. e) Masa Tindak Balas Masa yang
diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan
untuk berbuat demikian. Cadangan Aktiviti Pukul berapa datuk
harimau Belalang belatuk 16. f) Kepantasan Keupayaan melakukan
pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. Cadangan Aktiviti
Lari pecut 30 meter. Lari berganti-ganti 50 meter. 17. TUNJANG 2 :
KEMAHIRAN 1. Pergerakan asas 2. Pendidikan Pergerakan 3. Olahraga4.
Permainan 5. Rekreasi 18. 1. Pergerakan Asas (a) Lokomotor
Lokomotor ialah pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Cadangan Aktiviti: Berjalan Berlari Melompat Berguling
Merangkak 19. (b) Bukan Lokomotor Keupayaan untuk menggerakkan
bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Cadangan Aktiviti:
Berdiri Duduk Membongkok Memusing Mengilas 20. (c) Manipulasi
Alatan Mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan bagi
manipulasi alatan. Cadangan Aktiviti: Menyambut Membaling Menyentuh
Menampar Menendang Melambung Menggelecek Menahan Melantun 21. 2.
Pendidikan Pergerakan (a) Gimnastik Pendidikan Satu pendekatan
dalam gimnastik yang memberi tumpuan kepada pembelajaran individu
yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan
pelajar 22. (b) Pergerakan Kreatif Olahan idea, perasaan serta
tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
Tema Pergerakan: Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat. Ritma Ritma
berkaitan dengan Pekerjaan. Kesedaran Bentuk-Bentuk Pergerakan. 23.
3. Olahraga (a) Balapan - Lari 100 meter. - Lari 200 meter. - Lari
4 x 100 meter. 4. Permainan - Hoki - Bola baling - Bola jaring -
Bola sepak (b) Padang - Lompat jauh - Lontar peluru - Lompat tinggi
24. 5. Rekreasi dan Kesenggangan a) Rekreasi Merupakan aktiviti
terancang untuk mengisi masa lapang yang bukan untuk tujuan
pertandingan. Cadangan aktiviti : Perkhemahan Abseiling /
rappelling b) Kesenggangan Aktiviti mengisi masa lapang. Cadangan
aktiviti : o Bersiar-siar o Menyiram bunga o Rebut tiang o
Berbasikal 25. TUNJANG 3: KESUKANAN 1) Keselamatan Keadaan yang
membolehkan kita melibatkan diri dalam sesuatu keadaan sukar atau
permainan tanpa menimbulkan implikasi buruk. Keselamatan Semasa
Beraktiviti : i) Keselamatan Diri Sendiri - Pakaian yang sesuai. -
Peralatan yang betul. - Kawasan yang selamat. ii) Keselamatan dalam
Berkumpulan - Mematuhi dan mendengar segala arahan guru dan ketua
kumpulan. - Meletakkan peralatan di tempat yang selamat. 26. 2)
Pengurusan Pengurusan diri Penjagaan dan kebersihan tubuh badan.
Faedah berpakaian sukan ketika beraktiviti: -Memudahkan pergerakan.
-Memberikan keselesaan. Pengurusan alatan sukan dan permainan -
Susunan dan pengelasan. 27. 3) Isu-isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
- Kesan pengambilan ubat berlebihan dalam sukan dan permainan. -
Rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan. 4) Etika dalam
Sukan Panduan tentang peranan peserta dalam sukan dan peranan
penonton yang menyaksikan sesuatu permainan. - Semangat Kesukanan.
- Disiplin dalam sukan dan permainan 28. PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
JASMANI 29. Konsep Asas Penilaian i)Ujian Suatu instrumen yang
digunakan untuk mendapat maklumat tentang individu. Ia boleh
mengambil beberapa bentuk seperti: Soalan bercetak atau lisan
Pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak Rekod anekdotal
Bateri prestasi tahap fizikal 30. ii)Pengukuran Suatu proses
mengutip maklumat. Contoh : Melaksanakan ujian ke atas pelajar.
iii)Penilaian Suatu proses menentukan nilai maklumat/data yang
dikutip. Meliputi ujian dan pengukuran. 31. Pengklasifikasian
individu mengikut kumpulan Menentu status semasa murid Memilih
wakil sekolah Memotivasikan murid Menilai pengajaran dan program
pendidikan jasmani Membekalkan maklumat untuk kajian lain 32.
Penilaian subjektif Frank dan Deutsh (1978) mencadangkan beberapa
soalan dijawab sebelum penilaian dibuat. Contoh soalan: i. Apakah
kompenan-komponen yang perlu dinilai? ii. Berapa ramaikah pelajar
yang akan dinilai pada satu-satu masa? 33. Penilaian formatif dan
sumatif Penilaian yang dijalankan selepas selesainya satu unit,satu
kursus,satu semester atau setahun iaitu penilaian berdasarkan
pengumpulan maklumat dalam masa yang agak panjang. Membolehkan
pembetulan dilakukan di peringkat individu atau di peringkat
program dalam jangka masa yang pendek. 34. Penilaian secara proses
dan hasil ( product ) Penilaian secara proses: memberi penekanan
kepada keseluruhan proses yang terlibat. Penilaian secara hasil :
menitikberatkan hasil terakhir yang ditunjukkan. Apa yang berlaku
sebelum itu tidak diambil kira dan tidak dipentingkan. Penilaian
rujukan kriteria dan rujukan norma Penilaian rujukan
kriteria:Berasaskan satu piawai yang ditetapkan. Penilaian rujukan
norma:berasaskan norma yang telah ditetapkan iaitu pencapaian
seseorang individu itu dibandingkan dengan orang lain. 35.
Psikomotor Tebahagi kepada 2 jenis iaitu: 1.Penilaian kecergasan
fizikal 2.Penilaian kemahiran motor Contoh item ujian: Larian
1600m-daya tahan kardiovaskular Duduk jangkau-kelembutan
Mendagu-kekuatan bahagian atas Bangun tubi-kekuatan perut 36.
Kognitif Dibuat dalam bentuk: 1.Ujian di dalam kelas/ujian kertas
dan pensel Cara yang berkesan ialah untuk mengadakan ujian itu
dalam beberapa minit sahaja. 2.Ujian kilat di dalam gimnasium Boleh
berlaku secara bergilir-gilir di satu sudut yang telah ditetapkan.
37. Afektif Menitikberatkan perhubungan sosial murid dengan
murid,sikap dan minat terhadap pendidikan jasmani dan sukan serta
sifat-sifat peribadi,keyakinan dan lain-lain lagi. Dijalankan
melalui 2 cara iaitu: 1.Penilaian pensel dan kertas Contoh soalan:
a) Saya lebih suka bersenam daripada menonoton televisyen. Ya Tidak
2.Menggunakan muka kartun berperasaan. A- Muka gembira B- Muka
masam 38. PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN 39. PENGETAHUAN
SIKAP AMALAN KEMAHIRAN PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN 40.
PENGETAHUAN MENILAI PENGETAHUAN KESIHATAN Ujian Betul Salah Ujian
aneka pilihan / objektif Ujian padanan Ujian melengkapkan Ujian
bentuk karangan 41. UJIAN BETUL-SALAH Ujian jenis ini sesuai bagi
soalan yang mempunyai dua alternatif sahaja. Contoh : 1. Dadah akan
memudaratkan kesihatan jika disalahgunakan. _______ 2. Hanya orang
miskin sahaja yang mengalami masalah pemakanan. _______ 42. UJIAN
ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF Ujian jenis ini adalah yang paling lazim
digunakan. Contoh : 1. Di antara kenyataan berikut yang manakah
tidak benar ? A. Kebanyakan sayur daun hijau kaya dengan vitamin
dan galian. B. Meminum jus oren dan susu serentak tidak menimbulkan
apa-apa kesan buruk. C. Meminum lebih daripada 6 gelas air setiap
hari tidak menggemukkan. D. Setengah bedak mempunyai sifat
menguruskan badan. 43. UJIAN PADANAN Ujian jenis ini merupakan
versi alternatif ujian aneka pilihan. Ujian ini meletakkan jawapan
dalam satu lajur dan pernyataan di lajur yang lain. Contoh :
Kumpulan B 1. Doktor yang mengubati orang yang ada masalah emosi.
2. Makanan yang paling banyak dimakan oleh seseorang. 3. Satu jenis
bahan yang dihasilkan dalam badan kerana aksi antigens. Kumpulan A
1. Antibodi 2. Karbohidrat 3. Pakar jiwa 44. UJIAN MELENGKAPKAN
Ujian ini memerlukan murid melengkapkan kenyataan dengan menulis
satu perkataan atau rangkai kata. Contoh: 1. Vitamin ______
menolong mencegah skurvi. 2. Di Malaysia, penyakit ________
menyebabkan kematian yang tinggi. 45. UJIAN BENTUK KARANGAN Ujian
ini memerlukan murid menyusun maklumat secara sistematik. Ujian ini
membolehkan guru menilai sejauh mana murid faham tentang apa yang
diajar. 46. SIKAP MENILAI SIKAP SKALA SIKAP Skala sikap paksa-pilih
Skala Likert PEMERHATIAN DAN REKOD ANEKDOTAL Pemerhatian guru Ujian
menggunakan cerita 47. SKALA SIKAP PAKSA-PILIH Sesuai digunakan
untuk murid-murid Tahap I. Contoh : Setuju Tidak Setuju
___________________________________________ 1. Saya boleh bergaul
rapat ______ ______ dengan rakan-rakan saya. 2. Kecergasan fizikal
saya ______ ______ adalah pada tahap yang baik. 48. SKALA SIKAP
LIKERT Skala Likert adalah lebih rumit. Skala ini lebih sesuai
untuk murid-murid Tahap II. Contoh : Sangat Setuju Tidak Tidak
Sangat Setuju Setuju Pasti Tidak Setuju
_________________________________________ 1. Saya suka bersukan.
_____ _____ _____ _____ _____ 2. Saya lebih suka _____ _____ _____
_____ _____ menonton daripada melakukan senaman. 3. Senaman _____
_____ _____ _____ _____ meningkatkan tahap kesihatan saya. 49.
Memerhati tingkah laku Menemu duga murid Menyemak catatan murid
Reaksi terhadap situasi kesihatan Nilai yang dihayati Merekod sikap
murid Suka / tidak suka Minat Pertalian emosi dengan rakan
PEMERHATIAN GURU 50. UJIAN MENGGUNAKAN CERITA Ujian ini menggunakan
petikan cerita yang diberikan kepada murid. Murid menggariskan kata
kunci yang menggambarkan perkara atau prosedur yang dianggap baik
untuk kesihatan. Murid memotong kata-kata kunci lain yang dianggap
tidak baik untuk kesihatan. 51. AMALAN MENILAI AMALAN KESIHATAN
Pemerhatian terus Kajian lisan Senarai semak Inventori atau ujian /
skala komersial 52. PEMERHATIAN TERUS Pemerhatian ini melibatkan
penilaian tabiat seorang murid. Contoh tabiat yang boleh
diperhatikan oleh seorang guru kepada seorang murid : Contoh : a)
Postur duduk dan postur berjalan. b) Menutup mulut apabila batuk
dan menutup hidung apabila bersin dengan sapu tangan. c) Makanan
murid semasa rehat. d) Cara murid menggunakan kemudahan-kemudahan
kebersihan seperti sinki, tong sampah atau tandas. 53. KAJIAN LISAN
Amalan kesihatan juga boleh dikaji melalui lisan. Contoh: a) Berapa
orang berus gigi untuk sarapan ? b) Berapa orang berus gigi setiap
kali makan ? c) Pukul berapakah kamu tidur ? Perbincangan kumpulan
diadakan selepas bersoal jawab. Kajian ini boleh ditambah dengan
rekod peristiwa, diari dan kajian kes. 54. SENARAI SEMAK Disediakan
oleh guru atau gabungan tenaga guru- murid. Cara semakan
menggalakkan penilaian kendiri. Senarai ini boleh meningkatkan
minat terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.
Senarai ini mestilah digunakan dengan betul untuk mendapatkan hasil
yang baik. Murid perlu diberitahu bahawa prosedur ini adalah untuk
mendapatkan maklumat dan bukannya untuk menguji pengetahuan. 55.
INVENTORI ATAU UJIAN / SKALA KOMERSIAL Digunakan untuk mengkaji
amalan kesihatan. Mutu tertentu telah ditetapkan. Murid hanya perlu
menyemak amalan mereka mengikut mutu yang telah ditetapkan. Contoh
: Tidak Sekali- Kadang- Biasanya Sentiasa Pernah Sekala Kadang
_______________________________________________________ 1. Makan
satu atau lebih hidangan sayur berdaun hijau / kuning seharian?
2.Tidur kurang daripada 8 jam setiap malam? 56. KEMAHIRAN MENILAI
KEMAHIRAN KESIHATAN Pengetahuan berkenaan amalan / kemahiran yang
betul. Keupayaan murid untuk mendemonstrasikan kemahiran yang
betul. 57. UJIAN LAIN UJIAN PENDIDIKAN KESELAMATAN Menggunakan
skala sikap terhadap keselamatan. Skala Myers Contoh : Kamu melihat
rakan sepasukan menangkap bola lisut dalam permainan tanpa memakai
topi keledar. Kamu akan : 1. Suruh rakan memakai topi keledar. 2.
Enggan bermain sehingga rakan memakai topi keledar. 3. Baling bola
ke arahnya untuk menakutkannya. 4. Tidak berkata apa-apa kepada
rakan. 58. Kami Bangga Menjadi Guru! Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kami sendiri