Top Banner
1.4 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan. (i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran. Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan murid-murid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam mengikut tahap kematangan murid. Terdapat empat lajur utama iaitu: Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Edisi Semakan 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia) (a) Lajur Nilai Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang pembelajaran. Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara terperinci. (b) Lajur Kandungan Akademik Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri,
23

Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR

Sep 29, 2015

Download

Documents

Jokki

en
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1.4 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR

Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan.

(i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan PelajaranHuraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran. Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan murid-murid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam mengikut tahap kematangan murid.

Terdapat empat lajur utama iaitu:

Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

(Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Edisi Semakan 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(a) Lajur Nilai

Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang pembelajaran. Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara terperinci.

(b) Lajur Kandungan Akademik

Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar, negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula dengan tema diikuti dengan tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran yang disertakan dengan contoh yang berkaitan untuk memudahkan pengajaran guru.

Dalam perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan akademik. Murid akan berfikir secara kritis serta bertindak lebih efektif jika mereka dapat mengkaji konsep sesuatu isu, asal usulnya dan kesan-kesannya. Dengan adanya kandungan akademik yang mantap murid dapat memahami dan mengkaji bahan-bahan pelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, alam sekitar dan sebagainya. Kandungan itu perlu diajar bersama dengan nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.

(c) Lajur Hasil PembelajaranLajur ini memuatkan cadangan aktiviti, contoh situasi dan juga isu yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Lajur ini bukan sahaja berkaitan dengan pengalaman murid tetapi juga ada hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran tetapi juga boleh diambil contoh-contoh lain daripada pelbagai sumber yang boleh mengukuhkan nilai-nilai yang diajar.

Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Unsur-unsur ilmu yang ada dalam mata pelajaran lain juga harus disepadukan dalam merancang aktiviti Pendidikan Moral.

Sila buat rujukan tentang contoh-contoh isi kandungan lajur-lajur yang dibincangkan di atas. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi Semakan 2002)

(ii) Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Selain pengajaran nilai melalui kandungan akademik, kemahiran-kemahiran dalam bidang lain juga perlu disertakan menerusi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

a. Kemahiran utama memberikan peluang kepada pelajar-pelajar menguasai kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran hidup di alaf ini.

b. Kemahiran menyelesaikan konflik Guru membantu murid dalam kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih berkesan.

c. Kemahiran pemikiraan kritis Guru mengajar murid berfikir secara kritikal dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan membantunya dalam membuat keputusan yang tepat.d. Kemahiran pemikiran kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif akan membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah.

e. Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral.

f. Kemahiran mengkaji masa depan Memupuk kemahiran mengkaji masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

g. Kemahiran teknologi maklumat Sesuai dengan masa, Pendidikan Moral juga memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batas-batas moral.

h. Kemahiran sosial Pendidikan moral memberikan penekanan kepada kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran.

Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral ialah seperti berikut:

Perkembangan moral kognitif Pemupukan nilai Penjelasan nilai Analisis nilai Bertimbang rasa Pembinaan rasional Tindakan sosial

Ciri-ciri yang perlu ada dalam pendekatan Pendidikan Moral

Memberikan ilmu kognitif Membina kemahiran dan amalan psikomotor Memupuk dan menanam penghayatan afektif Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar Menyatu padukan faktor dan nilai Merentasi kurikulum Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran

2.1 Perkembangan Moral kognitif

Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih tinggi.

Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar, mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina.

Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk menentukan apakah yang baik atau jahat.Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (nstrument-relativist).Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi pembalasan.Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl). Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.

Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab sosial seperti yang ditentukan oleh sesuatu institusi.

Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang dipersetujui masyarakat.

Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat kemuliaan manusia sebagai individu.

Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat seseorang yang berumur 18 tahun.

Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Persembahan dan pemahaman dilema moral2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab-sebab lain jika ada.

Pendekatan perkembangan kognitif relevan digunakan kerana salah satu daripada matlamat Pendidikan Moral di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar membuat keputusan yang berautonomi ke atas isu moral berlandaskan kepada prinsip moral. Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta orang lain: menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebab-sebab; menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan mengaitkan penaakulan, emosi serta tingkah laku.

2.2 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar.

Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.

Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:a) meningkatkan tingkah laku yang bermoralb) mengajar tingkah laku moral yang baruc) mengukuhkan tingkah laku yang bermorald) mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral5. Melaksanakan pengajaran pembelajaran dalam kelas6. Menilai pengajaran - pembelajaran

Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang ditetapkan oleh masyarakat.

Melalui pendekatan pemupukan nilai, pelajar-pelajar perlu memahami, menganalisis dan menerima konsep-konsep asas yang ditegaskan dalam setiap nilai moral sebelum menghayatinya dan mengambil keputusan yang berautonomi ke atas isu-isu moral berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral yang sarwajagat. Pendekatan ini adalah relevan untuk sekolah-sekolah kerana pembentukan tabiat moral yang baik adalah satu daripada matlamat program Pendidikan Moral.

2.3 Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau memberikan nilai kepada sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu tidak boleh dipaksa menerima satu-satu nilai.

Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh digunakan sebagai panduan hidup.

Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:.1 Memilih a. secara bebasb. daripada beberapa alternatifc. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif

2. Menghargaia. berasa gembira dengan pilihanb. secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu kepada orang lain

3. Mengambil tindakana. melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilihb. berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

2.5 Bertimbang rasa

Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah anda berkata demikian? Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan ini ialah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan pendekatan bertimbang rasa. Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang perasaan atau emosi. Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaaan moral (sentuhan hati nurani - emosi moral). Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan,

Pendidikan Moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang yang bertindak sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang rasa. Apabila menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain seperti berikut :

SITUASI MORALperhubungan peribadikepentingan kumpulanautoritiseduniaMEMBERIKAN PERTIMBANGAN KEPADA ORANG LAIN

HASIL

MENTAFSIRKAN KESAN-KESAN KE ATAS diriorang lainMENGGUNAKAN PENGETAHUAN DAN PENAAKULAN

Soalan 1

2.6 Pembinaan Rasional

Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai, pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis. Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu nilai dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai yang lain.

Menurut James Shaver dan William Strong, nilai berbeza daripada sikap. Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral, yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat.Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh digunakan.

1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu dengan lain2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai5. Memupuk penglibatan diri secara emosi

2.7 Tindakan Sosial

Pelajar sekalian, kini anda akan mempelajari tajuk ke -7 dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diharap anda bersedia untuk mempelajarinya.

Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain, atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu, tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya.Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.

1. menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti2. memahami isu 3. memutuskan tindakan yang akan diambil4. merancang dan menggubal matlamat dan strategi5. melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan6. merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan selanjutnya.

TAJUK 3STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MORAL

3.0 Pengenalan Adakah anda tahu bahawa teknik pengajaran pembelajaran adalah penting dalam menyampaikan isi kandungan? Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan pengajaran pembelajaran. Guru Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru yang bijak memilih teknik pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat.

Pendekatan `chalk and talk sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai kaedah yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pengajaran, namun kecekapan memilih teknik yang sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan merangsangkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

3.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Sebelum kita meneliti beberapa teknik yang dicadangkan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral, baiklah kita mengetahui terlebih dahulu tentang pendekatan pengajaran. Pendekatan merujuk kepada bagaimana proses pengajaran dilakukan. Ini termasuklah pengolahan isi, penglibatan pelajar, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan. Untuk lebih jelas perhatikan rajah berikut yang menunjukkan perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik.

Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

Sumber : Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1996), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hlm. 228

Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar. Kaedah ialah cara yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain. Teknik pula ialah cara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Jadi apabila kita membicarakan teknik bererti kita juga membicarakan kaedah, strategi dan pendekatan. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

3.1.1 Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. Dalam Pembelajaran Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama dalam aktiviti Brain Breaks. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan dapat mengurangkan rasa bosan di kalangan murid sekolah rendah dan menjadi tarikan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran 60 minit, aktiviti Brain Breaks boleh diselitkan antara langkah 2 dengan langkah 3. Masanya ialah 5 minit sahaja. Aktiviti ini perlu diselitkan bersama-sama dengan pergerakan psikomotor yang sederhana ketika murid-murid berdiri di tempat masing-masing.

Berikut ialah senarai lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru.

Sejahtera Malaysia Malaysia Boleh

Keranamu Malaysia Inilah Barisan Kita

Jalur Gemilang Putera Puteri

Dirgahayu Tuanku Kampungku

Tanggal 31 Malaysia O Tanahairku

* Anda boleh membeli kaset lagu-lagu patriotik yang berada di pasaran atau melayari internet untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut.

Sila cari lirik lagu-lagu di atas dan hayati pengajarannya. Tentu anda mendapat banyak nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut.

Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Garis Panduan Teknik Nyanyian :-

1) Tampal senikata lagu di papan hitam atau edarkan lirik lagu.

2) Guru memainkan lagu yang telah dirakam atau nyanyikan lagu itu sendiri. (Guru perlu ada pelan B iaitu guru menyanyikan lagu jika pita rakaman rosak atau gangguan elektrik, perlu sediakan bateri sebagai alternatif)

3) Guru mengajar murid menyanyi lagu mengikut rakaman. ( Guru boleh mengadakan pertandingan antara kumpulan mengubahsuai lirik lagu seperti dalam contoh lirik trek...tek...tek... Pastikan senikata lagu itu mengandungi pengajaran nilai moral ).

4) Guru boleh meminta murid membuat ulasan tentang lagu atau berbincang mengenai nilai yang murni yang terdapat dalam lagu.

5) Sebagai penutup, guru menerangkan nilai moral yang terkandung dalam lagu itu dan meminta pelajar menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

3.1.2Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru dalam persediaan teknik bercerita.

Garis Panduan Teknik Bercerita

1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut

2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tema.

3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis pupet, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian.

4) Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita

5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi guru dalam pemilihan cerita

6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll.

7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan penyampaian cerita lebih berkesan.

8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.

9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta dalam proses penceritaan tersebut.

11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan kelas secara bergilir-gilir.

12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan kepada murid di samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.

13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang diberikan oleh guru.

14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa.

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid. 16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan sinopsis cerita yang diperolehi daripada cerita itu.

Lakonan

Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan. Kebanyakan isi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonan.

Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan peranan semasa melakonkan sesesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu kuasa magic untuk menarik minat murid.

Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

Lakonan spontan / lakonan tanpa skrip Lakonan berskrip / baca lakon Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara. Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Contoh 1: ( Lakonan Berskrip )

Guru memberikan skrip Si Tanggang Derhaka kepada murid Tahun 2. Murid-murid yang mengambil bahagian membaca skrip terlebih dahulu di rumah dan melakonkan di hadapan kelas sama ada dengan menggunakan prop atau sebaliknya. Susunan kerusi meja kelas hendaklah diatur mengikut teater/bentuk U untuk memudahkan pergerakan pelakon dan penglihatan audien/murid.

Contoh 2 : (Lakonan Spontan)

Murid-murid diminta berlakon secara spontan:

Kumpulan pelajar Tahun 6 membuli rakan di luar kawasan sekolah Memarahi seorang peminta sedekah yang datang ke rumah anda. Merawat ibu sakit di rumah. Menjadi seorang penagih dadah yang sedang meracau di bawah pengaruh dadah. Seorang pengawas yang berwibawa. Ponteng sekolah kerana berjudi Jurujual datang ke rumah mempromosi barang dengan cara memujuk.

Contoh 3 : (Lakonan Mimos)

Menaiki sebuah bas yang sesak dan dipandu dengan begitu kasar. Seorang petani yang sedang menarik tali seekor kerbau yang memusnahkan tanaman jirannya. Seorang anak derhaka yang sedang menghalau ibu tua yang malang dari rumahnya. Penunggang motosikal haram yang sedang beraksi Seorang murid sekolah yang sedang curi-curi merokok di dalam tandas sekolah. Penyeluk saku yang sedang beraksi Guru disiplin sedang memarahi seorang pelajar yang sering ponteng sekolah.

Contoh 4 : (Lakonan menggunakan pelbagai boneka) Boneka terbahagi kepada lima jenis iaitu: boneka tangan, boneka sarung, boneka batang, boneka tali dan boneka bayang Pengendalian boneka boleh dibahagi kepada dua, iaitu: boneka dengan boneka dan boneka dengan pelakon (guru dan murid) Contoh dialog antara boneka buaya dengan boneka kerbau dalam cerita Tidak Mengenang Budi Dialog antara boneka gadis dengan boneka orang tua dalam cerita Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali

Garis Panduan Teknik Lakonan Spontan

Pilih kumpulan murid yang boleh berlakon dan mempunyai suara yang jelas/kuat sebagai benchmark kepada kumpulan yang akan berlakon seterusnya. Dialog pelakon adalah bebas tetapi berdasarkan jalan cerita yang disediakan. Aktiviti dijalankan dalam jangka masa yang pendek. Tidak memerlukan latihan. Lakonan secara spontan setelah diberikan arahan. Tidak perlukan prop atau peralatan fizikal. Boleh dilaksanakan di mana-mana.

Garis Panduan Teknik Lakonan Berskrip

Ada persiapan awal seperti peralatan dan skrip. Pelakon diberikan skrip untuk bacaan dan hafalan. Jangka masa yang panjang diperlukan untuk penghayatan watak. Ada pengarah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Garis Panduan Teknik Lakonan Mimos Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi soalan situasi mimos. Lakonan ini amat menarik dan boleh dilakukan oleh kebanyakan murid Berikan gambaran situasi yang perlu murid lakonkan,

Contoh: Seorang ibu tua bersedih kerana anaknya tidak pulang berhari raya Seorang pelajar nakal yang sedang dirotan oleh guru disiplin Seorang pelajar dengan penuh kesal menasihati raknnya supaya jangan terlibat dengan dadah Seorang penagih dadah yang telah insaf dan sedang menasihati rakan baiknya meninggalkan dunia dadah Seorang petani yang rajin sedang mengerjakan kebunnya dengan pelbagai tanaman

Mimos menekankan gerak geri dan mimik muka pelakon yang mengambil bahagian. Guru boleh mendapatkan maklum balas murid dengan soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan tajuk yang diajar. Jika lakonan mimos dirakam kesannya akan cukup menarik perhatian murid kerana mereka dapat melihat visual sendiri

Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka

Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran pembelajaran Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara antara guru dan boneka Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan semasa lakonan antara boneka dengan boneka Jika guru menggunakan pupet wayang kulit, guru boleh menggunakan overhead projector dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan pupet wayang kulit di atas cermin overhead. Bayang pupet wayang kulit yang digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin. Kerusi meja di kelas boleh diatur dalam bentuk teater supaya ada kelainan, manakala dari segi keluasan murid mudah bergerak dengan melaksanakan sesuatu aksi

Garis Panduan Teknik Baca Lakon

Skrip cerita yang menarik disediakan oleh guru/murid Tetapkan pelakon Pelajar haruslah memahami isi cerita supaya dapat membaca skrip dengan nada yang meyakinkan Pilih pelakon yang ada bakat lakonan untuk menjadikan persembahan cerita menarik Pelajar membaca skrip dan melakonkan watak dengan intonasi yang sesuai Selepas membaca lakonan, perbincangan tentang cerita dan nilai moral diadakan. Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran

Main Peranan

Mari kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan teknik Main Peranan. Main Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru.

Berikut ialah contoh-contoh Main Peranan:1Satu temu duga

Melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua Pengawas sekolah rendah

2Pegawai polis menyoal siasat penjenayahMelakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank

3Kaunselor menasihati pelajar yang bermasalah

Melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri.

4Seorang murid menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri wang di dalam kelasMelakonkan watak murid yang menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri.

5Seorang doktor dengan pesakitMelakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan

6Gengsterisme di sekolahSeorang murid yang kaki buli telah memeras ugut murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan sebanyak RM 2.00

3.1.5 Simulasi

Pernahkah anda mengikuti satu perbicaraan mahkamah, sama ada dalam filem atau drama? Teknik ini merupakan satu contoh simulasi. Dapatkah anda kaitkan contoh ini dengan maksud simulasi? Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu masalah dalam keadaan terkawal. Melalui teknik ini murid-murid melakukan sesuatu perkara secara pura-pura dalam satu keadaan teratur. Guru harus bijak mewujudkan satu situasi masalah moral yang sesuai dengan mana-mana lima Bidang Pembelajaran Moral yang dipilih.

ContohGuru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid yang baru sahaja ditangkap kerana melakukan vandalisme. Guru cuba menyoal sebab-sebab dia kerap kali merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid diminta memainkan peranan sebagai individu yang selalu merosakkan harta awam manakala murid yang sering merosakkan harta sekolah berperanan sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan akan sedar dan menilai kembali sikap negatifnya.

Sila rujuk buku-buku pedagogi pendidikan untuk mendapatkan pengetahuan yang terperinci berhubung dengan teknik simulasi.

Penyelesaian Masalah

Mari pula kita melihat maksud teknik penyelesaian masalah. Teknik ini digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian. Kaedah penyelesaian masalah juga merupakan satu cara pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang saintifik.

Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai proses pemikiran peringkat tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom iaitu aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Terdapat pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah inkuiri penemuan, sumbangsaran, simulasi dan kaedah penyelesaian masalah itu sendiri.

Tujuan utama menggunakan teknik penyelesaian masalah adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang sudah dipelajari bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Secara tidak langsung guru turut melatih mereka supaya berfikiran kritis dan kreatif. Latihan berfikir ini penting kerana proses berfikir akan menjurus kepada aktiviti membuat keputusan.

Garis Panduan Teknik Penyelesaian Masalah :-

Mengenal pasti masalah

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan

Teliti rajah di bawah dan kenal pasti masalah-masalah lain.

Langkah-langkahProses

Mengenal pasti masalah mencari cara menangani masalah datang lewat ke sekolah.

Mencari maklumat berbincang dengan guru. berbincang dengan murid yang selalu datang lewat. berbincang dengan rakan baik pelajar yang selalu datang lewat. Mendapatkan butiran peribadi keluarga yang ada kaitan dengan masalah pelajar.

Membuat hipotesis Mungkin boleh berbincang dari hati ke hati dengan murid yang selalu datang lewat ke sekolah berhubung dengan masalah yang menyebabkan mereka lewat. Beri surat amaran i, ii, iii. Telefon ibu bapa / penjaga murid berhubung dengan anak mereka. Hukuman denda yang setimpal oleh pihak sekolah. Minta pelajar berikrar di hadapan perhimpunan supaya mereka tidak datang lewat.

Menguji hipotesis Mencuba rancangan-rancangan / langkah yang tercatat di atas.

Menilai dan membuat rumusan Menilai keberkesanan pelaksanaan cara-cara mengatasi datang lewat ke sekolah. Jika berjaya boleh dicuba kepada murid-murid lain. Jika gagal, fikirkan cara-cara baru.