Hukum Muzik & Nyanyian Nyanyian dalam Islam Nyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam merupakan agama yang indah dan Allah sendiri sebagai pencipta alam semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga menyukai kecantikan dan juga keindahan. Firman Allah SWT: Maksudnya: ” Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya ” (As-Sajdah:7) Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengan sebaik- baiknya (sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang maha indah dan menyukai keindahan. Hukum Nyanyian Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-
Menceritakan hukum muzik dan nyanyian beserta rujukan.
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Hukum Muzik & NyanyianNyanyian dalam Islam
Nyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang
utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika
dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam
merupakan agama yang indah dan Allah sendiri sebagai pencipta alam
semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga
menyukai kecantikan dan juga keindahan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: ” Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya”
(As-Sajdah:7)
Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah
itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengan sebaik-baiknya
(sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang
maha indah dan menyukai keindahan.
Hukum Nyanyian
Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut
syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam
menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama
menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala
sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang
mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian
masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang
dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah
SAW.
Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan Muzik
Seperti sedia maklum terdapat sebahagian ulamak yang berpendirian
mengharamkan terus nyanyian dan muzik. Mereka telah berhujah
dengan mendatangkan beberapa nas-nas aal-quran bagi menyokong
pendirian mereka. Antara dalil dari al-quram yang golongan ini
ber[egang padanya termasuklah:
Firman Allah:
Maksudnya: dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta
membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara
hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan
orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu
sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab
Yang menghinakan.
Surah Luqman:6
Perkataan ‘lahwal hadis’ di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai
nyanyian. Ini menurut riwayat yang sahih daripada ibnu Mas’ud, Ibnu
‘Abbas dn Ibnu Umar. Malah Ibnu Mas’ud telah bersumpah dengan
berkata: demi Allah, maksudnya adalah nyanyian. Ini disebut oleh
Ibnuu al-Qayyim dan yang lainnya.
Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada
pada tahap hadis yang marfuk. Ibnul Qayyim turut menambah yang
hadis pada sahabat adalah lebih berautoriti dan leboh layak diterima
berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya meskipun
masih terdapat pertikaian berhubung pendapat berkenaan.
Berdasarkan ayat yang dikemukakan ini, sebenarnya tafsiran bagi
perkataan lahwal-hadith tidaklah hanya terhad tafsirannya kepada
maksud nyanyian sahaja. Bahkan ada juga yang mentafsirkannya
sebagai cerita-cerita dan kisah-kisah orang a’jam (bukan arab)
berhubungkait dengan raja-raja mereka.
Yusuf al-Qardawi tidak menerima pendapat yang menyatakan bahawa
tafsir sahabat adalah sama seumpama hadis marfuk. Ini ekoran
tafsiran para sahabat lazimnya berasaskan kepada kefahaman mereka
sendiri berhubung ayat-ayat al-quran. Ini kerana banyak berlaku
pertentangan antara tafsiran dikalangan sahabat sendiri. Jika semua
tafsiran mereka setaraf hadis marfuk sudah tentu tafsuran mereka
tidak berbeza bahkan serupa antara satu dengan yang lain.
Ibnu Hazmin berpendapat bahawa tafsiran sahabat ini tidak boleh
dijadikan hujah kerana beberapa sebab:
1. Orang-orang selain dari Rasulullah, kata-katanya tidak boleh
dijadikan hujah.
2. Tafsiran tersebut bertentangan maksud dengan tafsiran para
sahabat yang lain.
3. Nas ayat tersebut telah menidakkan hujah mereka sendiri
Dalil al-quran berikutnya yang mengharamkan nyanyian dan muzik:
Maksudnya: “dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia,
mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amal Kami
dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak
ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil".
Surah al-Qasas: 55
Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan
dengan lafaz al-laghwa dalam ayat ini adalah ‘kata-kata bodoh’ seperti
‘caci-maki’, ‘sumpah-seranah’ dan sebagainya. Ibnu Jurayj telah
memberi sedikit kelonggaran bagi mndengar nyanyian. Lalu beliau
ditanya secara sinis: Pada hari akhirat kelak, adakah nyanyia ini akan
dating dalam suratan kebajikan atau kejahatan kita? Lalu beliau
menjawab: tiada dalam suratan kebajikan mahupun suratan kejahatan.
Ini kerana ia adalah sama seperti al-laghwi dalam satu firman Allah:
Maksudnya:“Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu
Yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu
bersalah (dan akan mengenakan hukuman) Dengan sebab sumpah
Yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat
bersumpah). dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Penyabar”
Surah Al-baqarah: 255
Dr Yusuf al-Qardawi tetap berpegang dengan pendiriannya yang
menyatakan bahawa tidak semua nyanyian adala laghwa bahkan ia
mempunyai hokum yang tersendiri bergantung kepada niat si
pelakunya. Niat yang baik boleh mengubah hiburan menjadi suatu
qurbah dan perkara yang harus menjadi satu amalan taat. Berbeza
pula dengan niat buruk yang akan merosakkan amalan yang pada
zahirnya berbentuk ibadat tetapi pada hakikatnya terdapat sifat riya’.
Bagi sesiapa yang mendengar nyanyian tanpa mempunyai apa-apa
niat sama ada ibadat mahupun untuk maksiat, ia merupakan satu
perkara lagho yang dimaafkan. Ia samalah seperti seorang yang
bersiar-siar di taman atau duduk di pintu rumahnya sambil melihat
permandangan di luar.
Dalil seterusnya bagi golongan yang mengharamkan nyanyian adalah:-
Maksudnya : “Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa
Yang Engkau rancangkan)! kemudian siapa Yang menurutmu di antara
mereka, maka Sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu
semua, sebagai balasan Yang cukup.Dan desak serta pujuklah sesiapa
Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah
penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka; dan turut - campurlah Dengan mereka Dalam
menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah
mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh
Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Al-Israa: 63 dan 64
Sesetengah ahli tafsir menyatakan: maksud suaramu itu suara syaitan
dalam ayat tttersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata: suara syaitan
ialah nyanyian, seruling, dan hiburan. Ad dohlak berkata: suara tiupan
seruling (muzik). Namun begitu, tafsiran ini tidaklah bersifat maksum.
Oleh itu, kita tidak wajib berpegang kepada tafsiran ini kerana ramai
ahli tafsir lain yang membuat tafsiran berbeza sama sekali.
Ibnu Abbas r,a berkata: Maksud suara syaitan ialah setiap seruan yang
menggalakkan perbuatan maksiat kepada Allah. Ia turut ditafsirkan
sebagai bisikan was-was. Hakikat yang sebenarnya ialah: apa yang
difahami daripada ayat ini, bukan makna zahirnya yang tersurat.
Kerana maksudnya di sini ialah keran Iblis yang dilaknat itu telah
diberitahu agar menyesatkan umat manusia. Sesungguhnya iblis tidak
berupaya menyesatkan hamba Allah yang ikhlas.
HUKUM SUARA WANITA
Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana
perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah
kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan
lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada
kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai
dan sopan)”
Tiada dalil yang terang dan jelas dalam syariat Islam yang menyatakan
hukum bagi suara wanita. Namun demikian berdasarkan hadis-hadis
marfu’ hukum suara bagi wanita dapat diperjelaskan.
Contoh hadith yang menyentuh tentang suara wanita ialah daripada
Shahih Bukhari, hadis 949 dan 952, Shahih Muslim, hadits 892
menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak
perempuan bernyanyi di rumahnya. Hadith Riwayat Tirmidzi dinilainya
sahih Imam Asy-Syaukani Nailul Authar, VII / 119 juga ada menyatakan
tentang perbuatan Rasulullah terhadap suara wanita dimana
Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar
untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah .
Daripada Dalil As-Sunnah ini menunjukkan suara wanita bukanlah
aurat, sebab jika aurat tentu tidak akan dibiarkan oleh Rasulullah.[1]
BILAKAH SUARA WANITA MENJADI AURAT?
Suara wanita akan menjadi aurat bila berada dalam keadaan yang
berikut,
Pertama, apabila bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan
muhrim akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat
serta melalaikan Keduanya menurut Imam Ghazali ialah ketika wanita
menyanyi. Maka pada saat itu suaranya aurat . Terakhir ialah
daripada syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama
terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi berkata, suara wanita
ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat, kecuali ketika dia
menyanyi, maka pada saat itu suaranya aurat
SUARA WANITA DAN NYANYIAN
Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat
contohnya mendayu-dayu, mengada-ngada, merayu, dan
seumpamanya.
Kedua, perbuatan itu tidak disertai perbuatan-perbuatan haram dan
maksiat, seperti minum arak, membuka aurat, dan sebagainya.
Ketiga, tidak bersuara manja, dengan tujuan menarik perhatian dan
menggoda lelaki.
PERINGATAN BUAT KAUM HAWA
1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum
Hawa dengan suatu hajat yang perlu sahaja
2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembut-
lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan
muhrimnya kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah
orang
3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak
disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang,
kecuali di kalangan mereka sendiri
4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan
imam dalam sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih
seperti yang dilakukan oleh lelaki tetapi memadailah dengan menepuk
tangannya saja
5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat
6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang
memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia
dilarang bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita
7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah
dilarang. Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin
mengenai galakan belajar Al-Quran berlagu.
Hukum alat muzik menurut pandangan Ulama’.
Ulama telah berselisih pendapat dalam menghukum alat muzuk baik
dari jenis peralatan tersebut dan juga hukum memainkannya. Terdapat
3 pandangan ulama’ utama dalam hukum alat muzik. Penjelasan
terperinci mengenai golongan ulama dan juga pandangan masing-
masing adalah seperti yang di bawah.
Golongan Ulamak Yang Pertama
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua termasuk ulama 4
mazhab bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan
kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang
ditegah oleh syarak sepertimana diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Bahawa Allah telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan
membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan
Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif
(alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat
awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah …..
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )
Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz
hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad
bin Hanbal.
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani
dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh
sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka
hadis ini menjadi hassan. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga
ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata: