HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR BAHRU Oleh Helen Malaka Rojiah Abdullah Nor’azian Binti Rohani Eldrana Augustin Daniel Mustafa Kamal Mohammad Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor Bahru. Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan. Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN
GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR
BAHRU
Oleh
Helen Malaka
Rojiah Abdullah
Nor’azian Binti Rohani
Eldrana Augustin Daniel
Mustafa Kamal Mohammad
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di
kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor
Bahru.
Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan.
Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit
telah di
ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa
mengguna
perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for
Window
11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa
tahap
stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3
peratus.
Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada
responden yang
mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang
bising, tiada
masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di
antara
waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini.
Secara
umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan
sekolah
merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan
signifikan
antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress
guruguru
sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi.
Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang
diperolehi.
Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan
memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi.
Abstract
The main purpose of the study was to find out the stress and stressors (sources
of stress)
among teachers in one religion secondary school in Johor Bahru. The relation
between
the demographic factors with the level of stress the correlation between stressor
factors
and the level of stress were studied. A total of 35 teachers were used as
samples. Data
collection were analyzed by statistical package of Social Science (SPSS) version
11.0.
The finding showed that the level of stress was low ( 94.3 % ). Others 5.7%
experience
a moderate level of stress. It was identified that noisy students, the lack of time
for
checking student’s exercise and lack or rest between classes were very common
stressors amongst the teachers. Generally, work load was a main factor and
school
factor was the second factor of stressors. There were significant correlation
between
regulation and interpersonal relation with the level of stress. It is recommended
that
further studies to be carried out in this area.
Muka surat 2/12
1.0 PENGENALAN
Stres pekerjaan di kalangan guru telah mendapat perhatian di negara barat sejak
dua dekad yang lepas. Ini boleh dibuktikan dengan banyak kajian stres telah
dijalankan
ke atas guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1977, 1978, 1979; Gmelch et al. 1984; Mc
Cormik dan Solman, 1992). Di Malaysia, kajian mengenai stres pekerjaan di
kalangan
guru telah menarik ramai pengkaji akhir-akhir ini (Siti Radziah, 1982; Chang Fui
Chin,
1996; Ahmad Shakri, 1998; Malakolunthu, 1994). Namun demikian, kajian
mengenai
stres guru-guru di sekolah Agama masih kurang dan perlu dilakukan
memandangkan
prestasi sekolah Agama agak menggalakkan, walaupun beban tugas guru
semakin
bertambah.
Bukti-bukti daripada kajian stres ke atas guru ini juga menunjukkan betapa
seriusnya
masalah ini. Guru-guru menyedari bahawa stres yang biasa dapat memberi
kesan yang
mendalam terhadap prestasi serta kebajikan. Tetapi stres yang berlebihan akan
mengurangkan prestasi dan menjejaskan kesihatan guru di mana guru akan
berhadapan
dengan tekanan. Menurut Zainal (1983) dan McCormick et al. (1992) dalam
(Noriah,
1994), guru-guru yang tidak dapat mencapai harapan yang tinggi daripada
masyarakat ,
pentadbir dan ibu bapa akan merasa kecewa dan seterusnya mengakibatkan
mereka
mengalami ketegangan (stres) pekerjaan.
Kajian ini bertujuan:
1. Untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor-faktor
demografi guru.
2. Untuk mengenalpasti punca-punca stres sama ada ia berkaitan
pentabdiran atau peraturan sekolah, ciri-ciri tugas, hubungan
interpersonal atau masalah murid.
3. Untuk mencari hubungan antara punca stres dengan tahap stres
guru-guru sekolah menengah agama yang dikaji.
Hipotesis Kajian
1) Hipotesis 1
Terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan tahap
stres guru-guru.
2) Hipotesis2
Terdapat hubungan yang signifikan antara pentadbiran/peraturan sekolah
dengan
tahap stres guru-guru.
3) Hipotesis 3
Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah murid dengan tahap stres
guru-guru.
4) Hipotesis 4
Terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tugas dengan tahap stres
guru-guru.
Muka surat 3/12
2.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah rekabentuk kajian
kes di mana semua populasi merupakan responden. Sejumlah 35 orang guru
semuanya
di salah sebuah Sekolah Agama Di Johor Bahru yang dijadikan sampel.
Tatacara kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik. Instrumen ini
mempunyai 73 item yang terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut, bahagian
A
merupakan demografi subjek, Bahagian B merupakan punca-punca yang boleh
membawa kepada stres terdiri dari beban tugas, peraturan sekolah, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar dan Bahagian C pula merupakan ujian tahap
stres.
Alat ukur ini telah digunapakai oleh ramai pengkaji sebelum ini dengan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach melebihi 0.7. Berikut adalah pengkaji-
pengkaji yang
telah menggunakan alatukur ini dengan kebolehpercyaan ( alpha ) yang didapati;
Jadual 1: Nilai Alpha alat ukur pengkaji lepas
Pengkaji IPT Sampel Alpha
Noriah (1994 ) UKM 180 0.9575
Kiwamuddin UTM 192 0.8110
Zulkifli UTM 189 0.780
A.Azahari( 1998 ) UTM 246 0.7734
A. Shakri UTM 189 0.8405
Sebelum instrumen diedarkan pengkaji telah mengadakan tinjauan dan temubual
untuk melihat dan memahami situasi sekolah yang menjadi kajian kes ini juga
untuk
menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu
dalam
soalselidik dan meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan.
Kajian rintis telah dilakukan dengan mengedar soalselidik kepada 13 responden
yang bukan guru-guru sekolah terbabit kerana semua sampel disekolah itu nanti
akan
digunakan untuk kajian sebenar. Didapati instrumen ini mempunyai nilai alpha
( cronbach ) melebihi 0.6 di mana bolehlah dianggap instrumen ini mempunya
nilai
kebolehpercayaan yang tinggi . Jika dirujuk kepada analisis pengkaji-pengkaji
lepas
tidak dinafikan bahawa instrumen ini boleh diterimapakai dan kebolehpercayaan(
realibiliti ) yang tinggi . Sila rujuk jadual 1 dan 2
Muka surat 4/12
Jadual 2: Nilai Alpha alat ukur pengkaji
Item Nilai Alpha
Punca Stres 0.7881
Stres 0.8270
Tatacara Analisisis Data
Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window 10.0
digunakan untuk tujuan penganalisaan. Bagi analisa deskriptif:
• taburan Frekuensi Demografi Responden dan persilangannya
( crosstabulation )
dengan tahap stres.
• Taburan Frekuensi setiap item min ( Mean ) dan Sisihan piawai ( SP )
• taburan frekuensi tahap stres dan punca Stres
Bagi analisa Infrensi:
• Mencari pekali pearson ( r ) untuk melihat perhubungan antara tahap stres dan