-
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN
BAHASA MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT
ABD. RAHMAN BIN HJ. ISMAIL
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA
SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU)
FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG
MALIM
2009
-
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
16. 3 .2009 ABD RAHMAN BIN HJ ISMAIL M20071000111
-
iii
PENGHARGAAN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.Saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan
limpah kurnianya kertas laporan projek penyelidikan ini telah dapat
disempumakan dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ueapan
terima kasih kepada tuan penyelia projek Dr. Seri Lanang Jaya bin
Hj. Rohani kerana sudi menerima pelawaan saya untuk menjadi
penyelia. Banyak teguran, nasihat dan tunjuk ajar yang telah beliau
berikan sepanjang tempoh saya menjayakan laporan penyelidikan
projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada Profesor Emeritus
Abdullah Hassan, Profesor Abdul Hamid Mahmood, Tn. Hj. Idris bin
Radzi (Fakulti Bahasa) kerana sudi mencurahkan ilmu berkaitan
bahasa Melayu. Terima kasih juga saya rakamkan buat Profesor
Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan PM Dr. Latiff bin Abdul Ghafiir
kerana mengajarkan saya mengenai SPSS. Tidak dilupakan semua pihak
di Bangunan Pasca Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim yang telah memberikan saya peluang untuk belajar
selama tempoh pengajian(2007-2009).
Penghargaan teristimewa buat isteri, Latipah bt Meor Nek dan
anak-anak tersayang, Muhammad Fatihah Syafiq, Muhammad Umar Hakim,
Amirah Hasanah dan Muhammad Irfan Danish. Dorongan, sokongan dan
kesabaran mereka menambahkan keyakinan saya untuk terus belajar.
Selain itu, saya berharap usaha ini akan mendorong mereka untuk
terus belajar dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran mereka.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan kuliah dan
rakan-rakan guru yang membantu saya menjalankan kajian ini di
sekolah mereka. Dengan bantuan mereka, tuan pengetua dan barisan
pengurus sekolah telah memberi saya peluang untuk mentadbir soal
selidik untuk para pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah
yang berkenaan.
Akhirulkalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini
khususnya para responden kajian seramai 330 orang. Kerjasama dan
kesabaran mereka menjawab soal selidik amat dipuji dan saya
kagumi.
Sebagai tanda terima kasih dan mengenang jasa mereka semua, saya
ungkapkannya dalam serangkap pantun.
Tukang besi orang Andalas, Tukang jamu orang bupati, Terhutang
budi berat digalas, Terhutang ilmu dibawa ke mati.
Wassalamulaikum
-
IV
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN
BAHASA MALAYSIA DAL AM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam
kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah menengah
di Perak Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu SMK Dato'Abdul
Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala
Lumpur, SMK Layang-layang Kiri, Park, Perak, SMK Raja Perempuan
Kelsom, Kuala Kangsar, Perak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM
Teknik Ipoh, Perak, SM Sains Kuala Selangor, Selangor, SMK Ambrose,
Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, SMKA Raja
Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak dan MRSM Pasir Salak, Perak; yang
kemudiannya dikategorikan kepada tujuli jenis buah sekolah menengah
iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah
Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama,
Sekolah Sains Sukan dan MRSM. Seramai 164 orang pelajar lelaki dan
166 orang pelajar perempauan telah dijadikan responden kajian ini.
Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dengan
menggunakan soal selidik skala empat mata. Data diproses dengan
menggunakan SPSS Windows Versi 11.0. Data dianalisis dengan
pendekatan statistik deskriptif dan inferensi kolerasi Pearson Chi
Square dan korelasi Pearson. Kebolehpercayaan soal selidik ialah
0.8511 Alpha Cronbach. Kajian ini mendapati stimulus fizikal
merupakan stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang paling
dominan. Kemahiran belajar didapati diamalkan oleh para pelajar.
Hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian
Bahasa Malaysia didapati signifikan dan berasaskan kekuatan
hubungan yang lemah ( r =-0.150, p
-
V
THE RELATIONSfflP OF LEARNING STYLES, STUDY SKILLS AND BAHASA
MALAYSIA ACHIEVEMENT AMONG FORM FOUR STUDENTS.
ABSTRACT
The purpose of this research is to study about the relationship
of learning styles, study skills and Bahasa Malaysia achievement
among form four students in eleven secondary schools in Perak,
Selangor and Federal Teritory .The schools are SMK Dato'Abdul
Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala
Lumpur, SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak, SMK Raja Perempuan
Kelsom, Kuala Kangsar, Perak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM
Teknik Ipoh, Perak, SM Sains Kuala Selangor, Selangor, SMK Ambrose,
Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, SMKA Raja
Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak and MRSM Pasir Salak, Perak; then
categorize them into seven different types of school that is
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama
Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama, Sekolah
Sains Sukan and MRSM. The respondents comprised of 164 male and 164
female students. The study employed survey method with a set of
questionaire measuring on learning styles, study skills and bahasa
Malaysia achievement among form four student's. The data are
process by using SPSS Windows Version 11.0. To analyse the data,
descriptive statistic, Pearson Correlation and Pearson Chi Square
were applied. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is
0.8511. The physical stimulus is the dominant stimulus among the
Dunn and Dunn learning styles. The study skills are practiced by
the students. The relationship between learning styles and study
skills with Bahasa Malaysia achievement is significant but at the
lowest level (r = -0.150, p
-
MUKA SURAT
1.7.4 Pelaj ar Tingkatan Empat 14 Kesimpulan Bab 15
2 TINJAUAN LITERATUR
Pengenalan 16
Model Kajian 17
2.2.1 Model Dunn dan Dunn 17
2.2.1.1 Stimulus Persekitaran 18
2.2.1.2 Stimulus Emosi 19
2.2.1.3 Stimulus Sosiologi 19
2.2.1.4 Stimulus Fizikal 20
2.2.1.5 Stimulus Psikologi 20
2.2.2 Gaya Pembelajaran VAK 21
2.2.2.1 Visual 21
2.2.2.2 Audio 21
2.2.2.3 Kinestetik 22
2.2.2.4 Kecekatan Tangan 22
2.2.2.5 Kumpulan 22
2.2.2.6 Sendirian 22
Kemahiran Belajar 23
2.3.1 Kemahiran Mendengar 23
-
viii
MUKA SURAT
2.3.2 Kemahiran Membaea 23
2.3.3 Kemahiran Mencatat Nota 24
2.3.4 Kemahiran Menulis Cepat 24
2.3.5 Kemahiran Membuat Rujukan 25 2.3.6 Kemahiran Mengurus Masa
25
2.3.7 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 25
2.4 Model Konseptual 26
2.5 Kajian Lepas Dalam Negara 27 2.6 Kajian Lepas Luar Negara 31
2.7 Kesimpulan Bab 34
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kaj ian 35 3.2 Lokasi Kaj ian 3 6 3.3 Populasi
dan Sampel Kajian 36 3.4 Instrumen Kajian 37 3.5 Batasan Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 39 3.7 Analisis Data 39
3.8 Kesimpulan Bab 40
-
MUKA SURAT
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Dapatan Kebolehpercayaan Soalselidik 42
43 Senarai dan Gred Sekolah 42
4.4 Jenis Sekolah 43
4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.6 Taburan Responden Mengikut Sosioekonomi 44
4.7 Taburan Responden Mengikut Ras 45
4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45
4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Rakan Sebaya 46
4.10 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2008 46
4.11 Analisis Soalan Kajian 1: 47 Antara stimulus
persekitaran,emosi, sosiologi, psikologi dan fizikal yang mana satu
paling dominan?
4.12 Analisis Soalan Kajian 2: 51 Sejauh manakah Amalan
Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di
Tingkatan Empat?
4.13 Analisis Soalan Kajian 3: 52 Sejauh manakah gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan oleh
pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pencapaian Bahasa Malaysia?
4.14 Analisis Soalan Kajian 4: 53 Sejauh manakah terdapatnya
hubungan yang sigmfikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran
belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan jantina di Tingkatan Empat?
-
X
MUKA SURAT
4.15 Analisis Soalan Kajian 5 54 Sejanh manakah terdapatnya
hubimgan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berbeza sosioekonomi?
4.16 Analisis Soalan Kajian 6 55 Sejauh manakah terdapatnya
hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan ras/kaum?
4.17 Analisis Soalan Kajian 7 57 Sejauh manakah terdapatnya
hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut tempat tinggal?
4.18 Analisis Soalan Kajian 8 58 Sejauh manakah terdapatnya
hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran
belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut rakan sebaya?
4.19 Analisis Soalan Kajian 9 59 Sejauh manakah terdapatnya
hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran
belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut jenis sekolah?
4.20 Kesimpulan Bab 62
BAB 5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 63
5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 63
5.3 Latar Belakang Responden Kajian 64
-
xi
MUKA SURAT
5.4 Perbincangan Soalan Kajian 1 65 5.5 Perbincangan Soalan
Kajian 2 67 5.6 Perbincangan Soalan Kajian 3 68 5.7 Perbincangan
Soalan Kajian 4 69 5.8 Perbincangan Soalan Kajian 5 70 5.9
Perbincangan Soalan Kajian 6 71 5.10 Perbincangan Soalan Kajian 7
72 5.11 Perbincangan Soalan Kajian 8 73 5.12 Perbincangan Soalan
Kaj ian 9 73 5.13 Rumusan Kajian 74
5.13.1 Penentuan Stimulus Paling Dominan 75
5.13.2 Amalan Kemahiran Belajar 75 5.13.3 Hubungan Gaya
Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar 76
Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia
5.13.4 Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Dengan 76
Pencapaian Bahasa Malaysia Mengikut Faktor
5.13.4.1 Faktor Jantina 76
5.13.4.2 Faktor Sosioekonomi 77
5.13.4.3 Faktor Ras/Kaum 77
5.13.4.4 Faktor Tempat Tinggal 77
5.13.4.5 Faktor Rakan Sebaya 78
5.13.4.6 Faktor Jenis Sekolah 78
5.14 Cadangan Kajian 78
-
xii
MUKA SURAT
5.15 Cadangan Kajian Lanjutan 79 5.16 Kesimpulan Bab 80
RUJUKAN 82
LAMPIRAN
A : Soal selidik
B : Keputusan Kajian SPSS Versi 11.0
-
xiii
SENARAI RAJAH
MUKA SURAT Rajah
1 Model Dunn dan Dunn (1978) 18
2 Model Konseptual Hubungan Gaya Pembelajaran dan 26 Kemahiran
Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat
-
xiv
SENARAI JADUAL
MUKA SURAT
Jadual 3.4.1 Skala Empat Mata 38
Jadual 4.2 Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Item Soalan 42
Jadual 4.3 Senarai dan Gred Sekolah 42
Jadual 4.4 Jenis Sekolah 43
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Sosio ekonomi 44
Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Ras/Kaum 45
Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45
Jadual 4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Mengikut Rakan Sebaya
46
Jadual 4.10 Keputusan Bahasa Malaysia PMR 2008 46
Jadual 4.11.1 Frekuensi Gaya Pembelajaran Pelajar 47
Jadual 4.11.2 Stimulus Paling Dorninan 49
Jadual 4.11.3 Analisis Kekuatan Hubungan Antara Stimulus 50 Gaya
Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia
Jadual 4.12 Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di 51
Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di Tingkatan Empat
Jadual 4.13 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan 52
Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia
Jadual 4.14.1 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan
53 Pencapaian Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Mengikut
Jantina
Jadual 4.14.2 Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan
53 Pencapaian Bahasa Malaysia Mengikut Jantina
-
XV
SENARAI JADUAL
MUKA SURAT
Jadual 4.15.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya
pembelajaran 54 dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor
sosio ekonomi
Jadual 4.15.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan
55 pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor sosio ekonomi
Jadual 4.16.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya
pembelajaran 55 dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor
ras.
Jadual 4.16.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan
56 pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor ras
Jadual 4.17.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya
pembelajaran 57 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
tempat tinggal
Jadual 4.17.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan
57 pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor tempat tinggal
Jadual 4.18.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya
pembelajaran 58 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
rakan sebaya
Jadual 4.18.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan
59 pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor rakan sebaya
Jadual 4.19.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya
pembelajaran 59 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
jenis sekolah
Jadual 4.19.2 Analisis kekuatan hubungan antara kemahiran
belajar 61 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor jenis
sekolah.
-
xvi
SENARAI KATA SINGKATAN
SINGKATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12
13
14
PMR
SPM
VAK
STPM
SMH
SMA
SMT
SSS
MRSM
SBP
PPSMI
SQ3R
KWLH
CITE
15. GRSLSS
16.
17.
18.
ILP
AoEII
SPSS
MUKASURA
Penilaian Menengah Rendah
Sijil Pelajaran Malaysia
Visual, Audio, Kinestetik
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Sekolah Menengah Harian
Sekolah Menengah Agama
Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Sains Sukan
Maktab Rendah Sains Mara
Sekolah Berasrama Penuh
1
1
2
5
7
7
7
7
7
7
Pengajaran dan pembelajaran Sains 7 dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris
Survey-Question-Read-Recite-Review 23
Know-Want-Learned-How 24
The Centre for Innovative Teaching 27 Experience
Grasha- Riechmann Student Learning 31 Style Scales
Inventory of Learning Process 32
Age of Empires II: The Age of Kings 32
Statistical Packages for Social Science 39
-
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Gaya pembelajaran antara pelajar adalah berbeza-beza dan
mengikut kecenderungan masing-masing. Ada yang suka belajar
bersendirian kerana mampu memperoleh pengetahuan dengan gaya
berkenaan, sedangkan sekumpulan pelajar yang lain lebih berminat
belajar dalam kumpulan. Selain itu, terdapat pelajar yang
memerlukan bimbingan guru. Pelajar sebenarnya mementingkan hasil
daripada pembelajaran yang telah dilalui oleh mereka. Pada akhir
sesuatu pembelajaran, mereka berharap dapat menggunakan pengetahuan
itu untuk berjaya dalam sesuatu peperiksaan seperti dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
-
2 1.2 Latar Belakang Kajian Berdasarkan beberapa dapatan kajian
luar negara, para pelajar yang memahami gaya pembelajaran
masing-masing dikatakan lebih berjaya mencapai matlamat
pembelajaran. Sesetengah pengkaji percaya apabila seseorang
individu mengetahui cara belajar yang sesuai dengan dirinya, maka
hasil pembelajarannya lebih berdaya tahan dan berjaya.
Kajian-kajian yang telah dijalankan di negara-negara yang
mengamalkan sistem pembelajaran sepanjang hayat, seperti Amerika
Syarikat telah terbukti berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang
bukan sahaja pintar dalam bidang akademik tetapi berjaya di alam
pekerjaan dan dalam kehidupan sehari-harian. Mereka mampu berdaya
saing. Pendidikan di negara ini amat mementing kemahiran belajar.
Pelajar diajar kemahiran seperti membaca cepat, pengucapan awam dan
sebagainya secara formal.
Hal sedemikian tidak berlaku di England. Di negara ini, mereka
masih mengamalkan
sistem peperiksaan. Oleh itu, ramai pelajar mengatakan mereka
gagal sebagai seorang pelajar. Mereka hanya ada daya ingatan tetapi
tidak pandai belajar. Mereka yang gagal mengatakan mereka kurang
kemahiran belajar dan gagal dalam peperiksaan (Ab. Rahim Selamat,
1989).
Kejayaan sistem pembelajaran sepanjang hayat di Amerika Syarikat
itu telah menarik perhatian ramai pengkaji untuk menjalankan
kajian, misalnya mengkaji gaya pembelajaran dan kemahiran belajar.
Antara pengkaji-pengkaji gaya pembelajaran yang tersohor ialah Dunn
dan Dunn, Kolb, Myer-Briggs, dan Keefe. Dalam kalangan
pengkaji kemahiran belajar pula ialah Gall, Segal dan Smith.
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dijalankan maka beberapa
model gaya pembelajaran, seperti model gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn, model gaya VAK, model gaya pembelajaran
-
3
Poligon dan sebagainya telah dijadikan panduan oleh
pengkaji-pengkaji yang terkemudian.
Dalam Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan
yang
diadakan di Puteri Pan-Pacific, Johor Bahru bertarikh 19 hingga
21 Oktober 2003,
beberapa orang pengkaji tempatan. dari Universiti Teknologi
Malaysia, Johor telah
membentangkan kertas kerja tentang hubungan gay a pembelajaran
dengan pencapaian
akademik. Kertas kerja oleh Azizi Hj. Yahya, Shareeza Abdul
Karim, Noordin Yahya
(2003) telah membuka minda banyak pihak supaya tindakan
memperkasakan sistem
pendidikan di Malaysia diambil kira. Dalam satu lagi seminar,
iaitu Seminar Mengajar
dan Belajar Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah yang
diadakan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada tanggal 28 Julai 2007, beberapa
buah kertas kerja
mengenai kemahiran belajar cara belajar telah dibentangkan.
Seminar itu,
mengingatkan tentang keperluan gaya pembelajaran kepada para
pelajar untuk berjaya
dalam alam kehidupan dan peperiksaan (Abdul Hamid Mahmood,
2007).
Hal yang sama juga dilakukan untuk mengkaji kemahiran belajar.
Banyak reka
bentuk soal selidik yang telah diinovasi dan digunakan untuk
menguji keberkesanan
kemahiran belajar. Kejayaan-kejayaan pelajar telah terbukti
mempunyai kaitan dengan
kemahiran belajar yang dipraktikkan di sekolah atau oleh
seseorang individu. Pengkaji
kemahiran belajar seperti Gall (1990) dan Segal (1985)
melaporkan kemahiran belajar
disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti
boleh meningkatkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
Kemahiran belajar boleh diajar. Cara pelajar bijak belajar boleh
dipindahkan
kepada pelajar yang rendah kemampuan. Apa yang diperlukan ialah
cara memindahkan
kemahiran belajar itu perlu berterusan dan betul (Segal,
1985).
-
4
Beberapa laporan penyelidikan lain pula telah menunjukkan gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar telah membantu pelajar
meningkatkan prestasi mereka dalam
peperiksaan. Laporan kajian yang menghubungkan gaya pembelajaran
dan kemahiran
belajar telah membuktikan bahawa gaya pembelajaran dan kemahiran
berfikir
mempunyai hubungan yang kukuh untuk meningkatkan pencapaian
pelajar kolej dalam
peperiksaan (Francisco Cano-Garcia, 2000).
Laporan-laporan dan dapatan kajian tentang keberkesanan gaya
pembelajaran
dan kemahiran belajar dalam sistem pembelajaran sepanjang hayat
di Amerika Syarikat
itu telah menarik perhatian pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001),
menegaskan
kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk
menambah ilmu pengetahuan
serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.
Sehubungan dengan
gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan pelajar maka
mereka perlu
mengetahui, menguasai dan mengamal kemahiran belajar. Cara
belajar tradisional
sudah tidak relevan lagi dengan tuntutan dunia tanpa sempadan.
Konsep belajar era
milinium memberi tumpuan kepada pelajar dan pembelajaran,
sementara peranan guru
hanya sebagai pemudah cara pembelajaran.
Di Malaysia, sistem pendidikan didapati masih dihantui oleh
sistem
peperiksaan dan pengajaran berpusatkan guru. Dengan demikian,
pencapaian pelajar di
dalam mata pelajaran bahasa Malaysia diukur melalui pelbagai
bentuk pengujian dan
penilaian. Peperiksaan telah dijadikan terminal bagi
mengasingkan tahap pencapaian
pelajar (Omar Hisham, 2007). Prestasi ini pula dikaitkan dengan
gaya pembelajaran
seseorang pelajar yang berbeza-beza. Di Malaysia terdapat
beberapa jenis peperiksaan
peringkat kebangsaan. Di sekolah menengah terdapat Penilaian
Menengah Rendah
-
5
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Dalam kajian ini, pengkaji akan
membincangkan mengenai Penilaian
Menengah Rendah yang menyediakan dua buah kertas iaitu, Kertas 1
dan Kertas 2
sebagai elemen pengukuran peneapaian bahasa Malaysia. Kertas 1
mengandungi 40
soalan objektif dengan pembahagian seperti sistem bahasa,
peribahasa (30 buah item
soalan) dan 2 buah petikan yang diikuti oleh 10 buah item soalan
pemahaman. Kertas
2 pula mengandungi empat bahagian A, B, C dan D. Bahagian A,
calon diminta
membuat ringkasan dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan
sebuah petikan
yang diberi; Bahagian B, calon akan mengarang sebuah karangan
berdasarkan
rangsangan bergambar; Bahagian C, calon diminta mengarang sebuah
karangan bebas
dan bahagian D, calon perlu membincangkan satu kajian sebuah
novel yang telah
dikaji.
Sebagai kesimpulan, di negara-negara maju, gaya pembelajaran dan
kemahiran
belajar didapati mempunyai pengaruh yang kuat bagi meningkatkan
peneapaian pelajar
dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar di Amerika Syarikat,
didedahkan kepada gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar secara formal di
sekolah-sekolah hingga ke
peringkat kolej dan universiti. Matlamat pengajaran dan
pembelajaran di sana ialah
pembelajaran sepanjang hayat berbanding di negara kita yang
masih dibelenggu,
"exam-oriented?. Perbezaan antara pelajar yang wujud, adalah
satu lumrah bagi
manusia dan berkait rapat dengan faktor-faktor seperti emosi dan
persekitaran. Di
Amerika Syarikat, aspek seperti persekitaran, emosi dan
sebagainya diambil kira dalam
persediaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang sudahpun
mengetahui gaya
pembelajaran dan tahap kemahiran belajar masing-masing akan
lebih mudah belajar
dan memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam
peperiksaan.
-
6
1.3 Penyataan Masalah Kajian
Di dalam negara, beberapa buah kajian mengenai gaya pembelajaran
dan kemahiran
belajar sedang giat dijalankan. Antaranya, Baharin Abu (2007)
dengan kajian bertajuk
'Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar
Universiti di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan
Azizi Yahya (2003)
yang bertajuk 'Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik'. Baharin Abu telah
menggunakan
pelajar di Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia
sebagai sampel kajian,
telah menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan juga
kemahiran
belajar dalam kajiannya itu. Baharin Abu telah menyarankan
beberapa kajian lanjutan
untuk dijalankan oleh pengkaji lain yang berminat Cadangan
lanjutan berkenaan
seperti berikut:
i) Melihat perbezaan pelajar yang telah didedahkan kepada
pengetahuan gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pelajar
sebaliknya,
ii) Pelajar lain, selain pelajar fakulti kejuruteraan Universiti
Teknologi Malaysia.
Contohnya, pelajar di sekolah menengah.
iii) Mencari bentuk hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap
kemahiran
belajar dengan faktor jantina, prestasi akademik, dan
sebagainya.
Sementara itu, Azizi Yahya (2003) telah menggunakan gaya
pembelajaran
Honey and Mumford (1992) dan menyarankan beberapa kajian
lanjutan seperti berikut:
i) Kajian dijalankan di sekolah selain sekolah menengah
teknik,
ii) Kajian dijalankan bagi melihat iklim dan budaya sekolah,
iii) Melibatkan faktor seperti agama ,ras, sosio ekonomi dan
sebagainya,
iv) Melihat perbezaan antara pelajar lemah dan cemerlang.
-
7
Kajian ini pula menggunakan seramai 164 orang pelajar lelaki dan
166 orang pelajar Tmgkatan Empat sebagai sampel kajian yang
kebanyakannya telah pun terdedah
dengan gaya pembelajaxan dan kemahiran belajar di
sekolah-sekolah, memilih
berbagai kategori/jenis dan gred sekolah untuk mendapatkan
sampel kajian seperti
Sekolah Menengah Harian (SMH), Sekolah Menengah Teknik (SMT),
Sekolah
Menengah Rancangan Khas (SMRK) dan Sekolah Menengah Sains Sukan
(SMSS),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama
Penuh (SBP)
dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di samping memberi fokus
kepada
pencapaian mata pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah
Rendah 2008, maka
pemasalahan dalam kajian ini dinyatakan seperti berikut:
i) Setakat manakah kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran
dan kemahiran
belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia pelajar di tujuh jenis
sekolah yang
dikaji ?
ii) Adakah stimulus emosi dan psikologi merupakan stimulus yang
paling
dominan dalam kajian ini?
iii) Adakah pelajar setuju kemahiran belajar membantu mereka
dalam pencapaian
bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008?
iv) Adakah hubungan gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan
pencapaian
bahasa Malaysia dipengaruhi faktor jantina, ras/kaum? status
sosioekonomi,
tempat tinggal, kumpulan rakan sebaya dan mengikut faktor jenis
sekolah
berbanding kajian lepas?
Y) Adakah pencapaian bahasa Malaysia tergugat kesan daripada
dasar pengajaran
dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
mulai tahun 2003 yang lalu?
-
8
vi) Adakah periu untuk menaik taraf sekolah-sekolah harian sama
seperti Sekolah
Berasrama Penuh oleh pihak kerajaan dari aspek kemudahan
belajar, iklim,
persekitaran dan budaya belajar di sekolah ?
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
i) Mengenal pasti antara lima stimulus gaya pembelajaran Dunn
dan Dunn yang
paling dominan.
ii) Mengetahui mengenai amalan kemahiran belajar yang
dipraktikkan di
sekolah-sekolah.
iii) Mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran (gabungan Dunn
dan VAK)
dan kemahiran belajar dengan pencapaian mereka dalam Bahasa
Malaysia
Penilaian Menengah Rendah tahun 2008.
iv) Mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang
diamalkan
oleh pelajar berlainan jantina, ras, berbeza status
sosioekonomi, mengikut
jenis tempat tinggal mengikut kumpulan rakan sebaya dan mengikut
jenis
sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
1. Di antara stimulus persekitaran, emosi, sosiologi, psikologi
dan fizikal, yang
mana satu paling dominan?
2. Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di
sekolah-sekolah
oleh pelajar di Tingkatan Empat?
-
9
3. Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang
diamalkan
oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubimgan yang
signifikan
dengan pencapaian Bahasa Malaysia?
4. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran,
kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar
berlainan jantina di Tingkatan Empat?
5. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran,
kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar
berbeza sosioekonomi?
6. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran
kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar
berlainan ras/kaum?
7. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran
kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar
mengikut tempat tinggal?
8. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran,
kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar
mengikut rakan sebaya?
9. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran,
kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar
mengikut jenis sekolah?
-
10
1.6 SignifikanKajian
Dapatan kajian ini, penyelidik berharap dapat,
i) Memberi faedah kepada peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran
Bahasa Malaysia di sekolah agar lebih bermakna.
ii) Memantap dan menyuburkan budaya gaya pembelajaran dan
kemahiran
belajar supaya pelajar-pelajar dapat mengelola kualiti
persekitaran
pembelajaran masing-masing.
iii) Mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dalam kalangan
pelajar berlainan jantina supaya jurang perbezaan prestasi tidak
terlalu ketara.
iv) Memberi maklumat dan panduan kepada guru di sekolah, pihak
pentadbiran
sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru supaya mengambil kira
pencapaian
pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
v) Guru Bahasa Malaysia akan menimbang semula gaya mengajar
mereka agar
sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. vi) Pihak kaunselor dan
guru Bahasa Malaysia akan melaksanakan
penambahbaikan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar secara
proaktif supaya lebih bermakna.
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Gaya Pembelajaran
Claxton dan Ralston (1978:12) dalam Evelyn C. Davis, Hafsah Nur
dan Sophia A. A.
Ruru (1994) menjelaskan, setiap orang mempunyai gaya
pembelajaran masing-
masing yang melibatkan gaya visual, audio dan kinestetik. Gaya
belajar ini
dinamakan gaya pembelajaran individu.
-
11
Keefe (1979), dalam Chandrama Acharya (2002), mendefinisikan
gaya pembelajaran sebagai gabungan ciri-ciri beberapa faktor
kognitif, efektif dan
psikologi yang menjadi indikator-indikator bagaimatia seseorang
membuat persepsi dan berinteraksi serta memberi respon dengan alam
sekitarnya.
Kolb (1984), mentafsir gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana
pelajar mengamati dan memproses sesuatu. Sebahagian daripada mereka
memberi respon
atau mempelajari sesuatu dengan cara menggunakan deria dan
perasaan (sensing and feeling), manakala pelajar-pelajar yang lain
belajar dengan cara berfikir.
Maulida Dina ( 2008 ), menyatakan bahawa gaya pembelajaran
merupakan suatu kombinasi menyerap, mengatur dan mengolah
informasi. Gaya pembelajaran bukan hanya berupa aspek ketika
menghadapi informasi, melihat, mendengar,
menulis dan berkata tetapi juga aspek pemprosesan informasi
berurutan, analitik, global dan otak kiri- otak kanan. Aspek lain
gaya pembelajaran adalah ketika merespon sesuatu atas lingkungan
belajar yang diserap secara abstrak dan konkrit.
Grasha (1996) dalam Diaz, D. P., dan Cartnal, R. B. (1999),
mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai keupayaan diri pelajar
yang menggalakkan kebolehannya untuk memperoleh maklumat, dapat
berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru, dan
mengambil bahagian dalam pengalaman belajar. Jonathan Clenton
(1999), mencadangkan definisi gaya pembelajaran sebagai
cara bagaimana seseorang itu memberi respon dan terangsang
secara konsisten
dalam konteks pembelajaran (Claxton dan Ralston, 1987). DeBello,
T.C. (1990) menyimpulkan, gaya pembelajaran lebih tepat
didefinisikan sebagai cara pelajar menerima, memproses dan
menyimpan maklumat
-
12
hasil daripada pengalaman belajar dan respon terhadap alam
sekitar. Pelajar telah pun mengenal pasti cara pembelajaran yang
sesuai dengan dirinya.
Ada pengkaji yang mengaitkan definisi gaya pembelajaran dengan
unsur
kognitif, gaya pemprosesan dan berfikir pelajar. Gaya
pembelajaran sebegini
dikatakan sebagai satu corak intrinsik untuk memproses informasi
yang mewakili
kaedah tertentu bagi seseorang pelajar itu membuat persepsi,
berfikir, mengingat
kembali dan menyelesaikan masalah. Frank Coffield et al. (2004)
menyimpulkan,
kelojikan pembelajaran sepanjang hayat mencadangkan setiap
pelajar akan lebih
bermotivasi dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan gaya
pembelajaran mereka
sendiri.
Kesimpulannya, gaya pembelajaran ialah satu tindakan yang
dilakukan oleh
seseorang pelajar berdasarkan kecenderungannya semasa melalui
pengalaman
belajar. Pelajar akan membuat persepsi dan respon terhadap
pembelajarannya
menerusi gaya pembelajaran yang dipilih, paling sesuai dan
diminatinya. Pelajar akan
menggabungkan beberapa faktor seperti emosi, kognitif, efektif
dan psikologi bagi
menerima, memproses dan menyimpan maklumat dan akhirnya
digunakan untuk
menyelesaikan masalah. Pelajar juga turut menggunakan persepsi
indera, seperti
mendengar, membaca, menulis dan sebagainya Sesetengah pelajar
lebih berminat
untuk belajar dengan rakan sebaya, bergerak, makan dan minum
semasa belajar,
sukakan motivasi, merefleksi diri dan bertanggung jawab terhadap
kejayaan sama ada
masalah itu diselesaikan oleh mereka sendiri atau dengan meminta
bantuan rakan,
guru, orang dewasa dan seumpamanya.
-
13
1.7.2 Kemahiran Belajar Smith (1976), mentakrifkan kemahiran
belajar sebagai belajar cara belajar oleh
seseorang untuk digunakan secara efektif dalam bermacam-macam
situasi belajar.
Abdul Ghani Awang (1996), menyatakan kemahiran belajar
merupakan
kaedah belajar, teknik belajar, strategi belajar dan motivasi
belajar (Cloete dan
Schoer, 1986). Selain itu, kemahiran belajar ditakrif sebagai
satu sikap dan tabiat
belajar atau oreintasi belajar para pelajar (Brown dan Holtzman,
1976).
Menurut Abdul Razak Habib (2002) dalam Md. Noor Saper et al.
(2008),
kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang
merangkumi motif dan
strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi
hasil pembelajaran
tertentu.
Sabri Ahmad (2003:3), mendefinisikan kemahiran belajar sebagai
prinsip,
teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan
keberkesanan belajar.
Kajian yang dilakukan di Kanada dan Amerika Syarikat mendapati
bahawa antara
faktor yang membantu pelajar berjaya dalam pelajarannya ialah
kemahiran belajar.
Yahya Othman (2003), kemahiran belajar bermaksud kemahiran
seperti
kemahiran membaca, menulis nota dan kemahiran menduduki
peperiksaan yang
dijangka mempengaruhi prestasi akademik dan cara belajar
seseorang pelajar.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mengaitkan kemahiran
belajar
dengan kemahiran, seperti mendengar dengan berkesan, membaca
laju, menulis dan
mencatat nota, mengingat membuat rujukan, pengurusan masa dan
persediaan
menghadapi peperiksaan.
Dalam Kamus Wikipedia (2008), kemahiran belajar merupakan
strategi dan
kaedah pembelajaran yang dirancang, biasanya memfokuskan
kemahiran bacaan dan
-
14 penulisan. Kemahiran belajar yang berkesanan membantu pelajar
mendapat gred yang baik di sekolah, dan berguna kepada
pelajar-pelajar untuk meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat.
Kemahiran belajar berguna bagi membantu mereka memilih karier pada
masa depan.
Sebagai kesimpulan, kemahiran belajar ialah tindakan memperoleh
pengetahuan dan keyakinan pada kebolehan yang ada pada diri
sendiri. Keyakinan ini
berdasarkan pada kemahiran-kemahiran yang telah dirancang atau
dipelajari terlebih dahulu kemahirannya. Setelah menguasai
kemahiran-kemahiran, pelajar mempelbagaikan gaya belajar dan
mempelajari pelbagai pengetahuan, Dalam proses menguasai
pengetahuan melalui kemahiran belajar, pelajar akan terdedah kepada
faktor emosi, biologi, psikologi dan budaya.
1.7.3 Pencapaian Bahasa Malaysia
Menurut Azman Wan Chik (1981:18), kebanyakan ujian pencapaian
adalah merupakan ujian umum seperti peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia. Peperiksaan ini diadakan untuk menentukan penempatan
pelajar dan adalah berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang
ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Dalam soal ini, pencapaian
Bahasa Malaysia adalah merujuk kepada keputusan mata pelajaran
Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah tahun 2008.
1.7.4 Pelajar Tingkatan Empat Dalam soal ini, pelajar Tingkatan
Empat ialah kumpulan pelajar yang berumur di antara 15 hingga 16
tahun. Mereka telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah tahun 2008 dan memasuki tingkatan empat pada tahun 2009.
Terdapat dalam
-
15
kalangan mereka yang mencapai keputusan cemerlang telah memasuki
sekolah
kelolaan Kementerian Pelajaran atau sekolah seperti Maktab
Rendah Sains Mara di
bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar
Bandar.
1.8 Kesimpulan Bab
Gaya pembelajaran yang dipilih oleh pengkaji ialah model Dunn
dan Dunn dan
Model VAK. Model Dunn dan Dunn dipilih oleh pengkaji untuk
melihat gaya
pembelajaran pelajar dari aspek persekitaran, emosi, sosiologi,
fizikal dan psikologi.
Sungguhpun tidak banyak kajian yang mengaitkannya dengan Bahasa
Malaysia,
berdasarkan hasil kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji luar
negeri, gaya
pembelajaran didapati dipengaruhi oleh kelima-lima aspek yang
terdapat dalam
model Dunn dan Dunn itu. Model VAK digunakan untuk mengenal
pasti pelajar-
pelajar yang berada di dalam kumpulan visual, audio atau
kinestetik. Sementara itu,
kemahiran belajar digunakan untuk melihat strategi yang
diimplementasi oleh pelajar
bagi memperolehi pengetahuan dan maklumat. Seterusnya, hubungan
gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian mata
pelajaran Bahasa
Malaysia Penilaian Menengah Rendah akan dikaji. Pelajar di
Tingkatan Empat dipilih
kerana kumpulan ini amat sesuai dijadikan sampel kajian ini.
Mereka telah diajar
secara formal mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
di sekolah.
Sekolah-sekolah menengah yang terpilih pula merangkumi pelbagai
kategori
sekolah seperti sekolah menengah harian dan sekolah berasrama
penuh. Sehubungan
itu juga, pengkaji mengambil kira lokasi dan gred sekolah untuk
mendapatkan
hubungan yang lebih jelas dan mantap dalam kajian ini.
-
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mengenai gaya
pembelajaran dan
kemahiran belajar oleh pengkaji-pengkaji luar negara dan dalam
kalangan pengkaji-
pengkaji tempatan. Dalam kalangan pengkaji luar negara, hasil
dapatan mereka didapati
lebih mantap dan banyak tertumpu kepada gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar
dari sudut psikologi dan bidang kaunseling. Malahan, terdapat
dalam kalangan
penyelidik yang mengkolerasikannya dengan pencapaian di dalam
mata pelajaran.
Teori-teori seperti teori motivasi, teori pembelajaran, teori
bahasa, dan sepertinya
digunakan. Soal selidik belajar seperti Indikator Myer-Briggs,
gaya pembelajaran Kolb,
gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan sebagainya, diketengahkan
untuk dikaji oleh
pengkaji yang lain. Untuk memastikan perbmcangan mengenai gaya
pembelajaran dan
kemahiran belajar dilaksanakan secara tuntas, maka pengkaji
telah membahagikan
tinjauan literatur ini kepada kajian oleh pengkaji luar negara
dan kajian oleh pengkaji
tempatan. Di samping itu, diketengahkan model Dunn dan Dunn,
Model VAK,
kemahiran belajar dan satu model konseptual pengkaji.
-
2.2 Model Kajian 17
2.2.1 Model Dunn dan Dunn
Kajian ini akan menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn (1978), dan gaya pembelajaran VAK kerana dalam kajian rintis
didapati model Dunn dan Dunn memerlukan model VAK untuk mengukuhkan
kekuatan setiap item soalan, khususnya
berkaitan audiovisual, taktual dan kinestetik (Frank Coffield,
2004).
Menurut model Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran ialah kaedah
seseorang pelajar menumpu, memproses, menyerap dan mengingat
maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model ini menekankan
prinsip-prinsip berikut:
a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap
individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu, c) gaya pembelajaran
individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran, d) iklim, sumber dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan
dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan
proses pembelajaran.
Model ini mengkategorikan gaya pembelajaran kepada stimulus
persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi dan
kelima-lima kategori ini mempengaruhi keupayaan
seseorang pelajar terhadap persekitaran pembelajarannya.
-
18
PERSEKITARAN
EMOSI
SOSIOLOGI
FIZIKAL
PSIKOLOGI
BUNYI, CAHAYA, SUHU DAN REKA BENTUK
MOTIVASI, KECEKALAN, TANGGUNGJAWAB, STRUKTUR
RAKAN SEBAYA, KENDIRI, BERPASANGAN, DEWASA, PELBAGAI
PERSEPSIINDERA, MAKAN -MINUM, MASA, MOBILITI
ANALITIK-GLOBAL, OTAK KIRI-KANAN, IMPULSIF-REFLEKSI DIRI
Rajah 1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)
2.2.1.1 Stimulus Persekitaran
Stimulus persekitaran mengandungi stimulus bunyi, cahaya, suhu
dan reka bentuk.
Dunn dan Dunn (1978) menyatakan cahaya membeii kesan yang
berbeza kepada sesetengah individu. Ada pelajar yang sensitif
dengan persekitaran cahaya. Mereka juga mendapati persekitaran
bunyi bergantung kepada seseorang individu belajar. Ada dalam
kalangan mereka memerlukan muzik, seperti daripada radio dan
televisyen untuk
mengatasi suasana sunyi. Pelajar yang sukakan kesunyian akan
belajar secara bersendiri. Suasana yang nyaman dan berhawa dingin
dikatakan menggalakkan proses
pembelajaran berlaku lebih berkesan berbanding suhu panas.
Sungguhpun begitu, ada pelajar yang kurang tumpuan akibat hawa
dingin yang terlalu sejuk. Reka bentuk membezakan kumpulan pelajar
introvert dan ekstrovert Pelajar introvert memerlukan
-
19
kemudahan tempat belajar, sebaliknya pelajar ekstrovert lebih
suka belajar seperti berbaring di atas katil.
2.2.1.2 Stimulus Emosi
Stimulus emosi mengandungi elemen seperti motivasi, kecekalan,
tanggung jawab dan
struktur. Dunn dan Dunn menyatakan pelajar bermotivasi
ekstrinsik cenderung untuk
mendapatkan ganjaran seperti sijil dan hadiah serta menganggap
tindakan itu sebagai
satu dorongan. Pelajar bermotivasi instrinsik menggunakan
dorongan dalaman seperti
minat, emosi, sikap dan keperluan semula jadi, adakalanya
pengalaman dan kehendak
persekitaran sebagai cara mereka turut serta dalam aktiviti
pembelajaran. Kecekalan
amat penting dipunyai oleh pelajar stimulus emosi. Mereka yang
tidak cekal akan
mudah bosan dan cepat hilang minat. Mereka hanya mampu memberi
perhatian dalam
tempoh masa yang singkat sahaja. Pelajar yang bertanggung jawab
sentiasa
melaksanakan tugasannya dengan inisiatif diri sendiri. Mereka
tidak perlu diingatkan
atau dipesan untuk berbuat demikian. Pelajar juga suka belajar
gaya bebas dan ada yang
suka cara berstruktur. Mereka yang suka cara berstruktur
memerlukan arahan yang jelas
untuk mereka belajar dengan lebih berkesan.
2.2.1.3 Stimulus Sosiologi
Stimulus sosiologi mengandungi elemen kendiri, rakan sebaya,
berkumpulan, rakan
dewasa atau gabungan kesemua elemen tadi. Dunn dan Dunn (1978)
menyatakan pelajar
kendiri lebih suka belajar secara bersendirian kerana tidak suka
bersembang atau
gangguan orang lain berbanding pelajar yang memerlukan rakan
sebaya, suka belajar
berpasangan atau merujuk orang dewasa. Pelajar jenis rakan
sebaya akan belajar secara
-
20
sumbangsaran, perbincangan dan perkongsian idea. Pelajar yang
suka belajar berpasangan akan memilih rakan yang paling rapat
supaya mudah berinteraksi secara
dua hala. Pelajar yang bergantung kepada orang dewasa pula
selalunya suka merujuk
kepada mereka apabila ada masalah pembelajaran.
2.2.1.4 Stimulus Fizikal
Persepsi pancaindera, makan dan minum, waktu belajar dan
mobiliti merupakan elemen
stimulus fizikal. Dunn dan Dunn (1978) menekankan penggunaan
persepsi pancaindera
dengan memperkenalkan kaedah mengingat cara visual, auditif,
taktual dan kinestetik.
Pelajar juga dikatakan belajar dengan lebih berkesan ketika
makan dan minum kerana
dapat mengurangkan tekanan belajar. Ada pelajar yang memerlukan
waktu belajar yang
tertentu seperti waktu pagi, petang atau malam, lebih-lebih lagi
waktu perdana. Waktu
perdana dapat memacu kesan belajar yang maksima. Di samping itu,
waktu rehat
merupakan satu keperluan bagi pelajar yang suka bergerak semasa
belajar.
2.2.1.5 Stimulus Psikologi
Stimulus psikologi mengandungi analitik-global, otak kiri-kanan,
dan impulsif-refleksi
diri. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan pelajar analitik
memperincikan tugasan yang
diberi dan memfokus pembelajaran berbanding pelajar global.
Bekerja dalam kumpulan,
suka melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa, melihat
secara holistik dan
sebagainya merupakan ciri-ciri pelajar global. Perbezaan antara
pelajar yang impulsif
dengan refleksif ialah, pelajar impulsif suka memuat keputusan
cepat mengikut gerak
hati, sementara pelajar refleksif amat berhati-hati semasa
membuat kerja. Fungsi otak
manusia adalah berbeza. Otak kanan berfungsi dalam aspek ruang,
holistik dan
-
21 seumpamanya berbeza dengan otak kiri yang berfungsi untuk
aspek seperti matematik,
bahasa dan logik.
2.2.2 Gaya pembelajaran VAK Gaya VAK mengandungi enam aspek
iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya
pembelajaran kinestetik yang berguna untuk mengenal pasti kumpulan
pelajar visual, audio, kinestetik, kecekapan tangan, berkumpulan
dan bersendirian (Abdul Hamid Mahmood, 2007).
2.2.2.1 Visual
Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat sesuatu teks
berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan
komputer. Mereka lebih mengingati dan
memahami arahan serta penerangan menerusi pembacaan ayat atau
teks berkenaan.
Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan tetapi dapat
belajar melalui pembacaan. Mereka selalunya menulis nota syarahan
dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.
2.2.2.2 Audio
Antara kelebihan pelajar 'auditori' ialah belajar dengan
mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka
boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat dan menggerakkan
bibir ketika membaca teratoma apabila mempelajari sesuatu yang
baharu. Mereka juga dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar
semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang
dengan guru.
-
22
2.2.2.3 Kinestetik
Pelajar 'kinestetik' belajar dengan baik melalui pengalaman dan
mengambil bahagian
secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah, lawatan dan main
peranan. Kombinasi
rangsangan, seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar
kinestetik memahami
perkara baharu
2.2.2.4 Kecekapan Tangan
Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabiia berpeluang apabila
berpeluang untuk
membuat latih amal (hands-on) dengan bahan, seperti melakukan
eksperimen di
makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan.
Pergerakan fizikal
dalam kelas membantu pelajar kecekapan tangan untuk memahami dan
mengesan
maklumat baharu.
2.2.2.5 Berkumpulan
Pelajar belajar dengan lebih selesa sekiranya berteman, dapat
menyiapkan sesuatu
tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati
maklumat apabiia bekerja
dengan rakan yang lain. Stimulasi rakan dikatakan banyak
membantu pelajar yang suka
belajar dalam kumpulan.
2.2.2.6 Bersendirian
Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat
baharu dengan lebih
baik apabiia bekerja atau melakukan sesuatu secara
bersendirian.
-
23 2.3 Kemahiran Belajar Kemahiran belajar pula merangkumi
beberapa aspek seperti berikut: i) Kemahiran mendengar, ii)
Kemahiran membaca (luncuran, imbasan, intensif dan laju), iii)
Kemahiran meneatat nota, iv) Kemahiran menulis cepat, v) Kemahiran
membuat rujukan, vi) Kemahiran pengurusan masa, vii) Kemahiran
persediaan menghadapi peperiksaan.
2.3.1 Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar adalah sebahagian daripada proses komunikasi
manusia. Pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar untuk
mendapatkan maklumat, fakta, data,
pengetahuan dan sebagainya daripada guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri, 2007). Kemahiran ini juga dikatakan sebagai satu aktiviti
yang melibatkan proses mental secara aktif kerana melibatkan
apa
yang didengar, mengapa mendengar, siapa yang didengar, bagaimana
mendengar
dengan berkesan dan seumpamanya.
2.3.2 Kemahiran Membaca
Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran tertentu
kerana membaca ialah
satu proses berfikir yang kompleks. Pelajar mesti tahu membaca
secara imbasan (scanning), bacaan luncuran (skimming), bacaan
intensif dan bacaan laju. Pelajar juga boleh menggunakan teknik
seperti Survey-Question-Read-Recite-Review (SQ3R) dan
-
24
Know-Want-Learned-How (KWLH) (Baharin Abu, 2003). Ada juga cara
membaca secara menyoal tentang isi teks, membuat kesimpulan
daripada pembacaan,
menerangkan maklumat daripada teks dan menjangkakan soalan yang
boleh ditanya
daripada maklumat yang telah dibaca.
2.3.3 Kemahiran Mencatat Nota
Pelajar selepas mendengar, mereka perlu mencatat nota bagi
mengelakkan lupa. Kajian
menunjukkan pelajar akan ingat 90-100% apa yang didengar apabila
mencatat nota
semasa atau sejam selepas pembelajaran (Pauk, 1984). Kemahiran
mencatat nota ialah
aktiviti merekod fakta, maklumat, isi penting daripada bahan
bacaan, bahan yang
didengar atau dilihat.
2.3.4 Kemahiran Menulis Cepat
Menulis cepat bermaksud kemahiran menulis dengan kepantasan yang
tinggi dan boleh
dibaca oleh orang lain (Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri, 2007). Antara
tujuan menulis cepat ialah untuk mendapatkan banyak maklumat,
dan menulis jawapan
dalam jangka waktu yang terbatas. Dalam peperiksaan, masa yang
diperuntukkan adalah
terhad, tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang perlu ditulis.
Dengan menguasai
kemahiran ini, maka pelajar akan dapat memberikan isi jawapan
yang padat, tepat dan
akhirnya akan memperolehi keputusan yang baik kerana mempunyai
banyak maklumat
dan fakta.
-
25
2.3.5 Kemahiran Membuat Rujukan Pelajar tidak boleh bergantung
kepada nota pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Untuk
memperoleh lebih banyak maklumat tambahan, pelajar perlu tahu
membuat rujukan. Di antara tempat rujukan yang penting ialah
perpustakaan, internet dan sebagainya. Pelajar yang tahu membuat
rujukan akan menguasai dan memahami sesuatu mata pelajaran dengan
lebih mendalam (Salihan Siais,1991).
2.3.6 Kemahiran Mengurus Masa
Pelajar perlu mahir mengurus masa belajar dengan baik. Menurut
Salihan Siais (1991), untuk mengurus masa dengan baik, berkesan dan
sempurna, pelajar perlu membuat jadual waktu. Dengan adanya jadual
waktu, pelajar akan sentiasa menghargai masa dan mempunyai cara
hidup yang tersusun rapi dan berdisiplin. Selain itu, pelajar juga
akan dapat memberikan tumpuan dengan memberikan keutamaan kepada
mana-mana mata
pelajaran atau kemahiran yang didapati oleh mereka masih lemah
atau belum dikuasai dengan baik.
2.3.7 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan
Pelajar perlu melengkapkan diri sebelum dan semasa peperiksaan.
Persediaan akademik, persediaan mental, penjagaan kesihatan dan
sebagainya diperlukan untuk menghadapi peperiksaan. Misalnya,
berbincang (80%) dan membuat latihan (90%) merupakan dua faktor
yang mempengaruhi tahap pengekalan ilmu (Hanifi Ismail, 2001).
Mental perlu disediakan oleh pelajar menjelang malam peperiksaan,
pagi sebelum peperiksaan, ketika memulakan peperiksaan dan ketika
menjawab soalan peperiksaan. Kekuatan mental akan membolehkan
pelajar mengawal diri semasa peperiksaan seperti bersikap
tenang,
-
27 2.5 Kajian Lepas Dalam Negara Menurut Baharin Abu (2007),
pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza iaitu, berbeza sikap
terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza
kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Ini
bermakna pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan
kerana cara pengamatan dan pemerosesan
maklumat yang berlaku dalam diri manusia adalah berbeza-beza,
tidak terkecuali gaya
pembelajaran pelajar. Abdul Hamid Mahmood (2007), menyatakan
gaya pembelajaran minor
menunjukkan pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya
pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak
penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya
tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu
pelajar dalam pembelajaran.
Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan (1997), menyatakan dalam
kajian mereka, dapatan, jelas menunjukkan hubungan yang positif
antara gaya pembelajaran motivasi dengan pencapaian pelajar dalam
Sains dan Matematik. Mereka telah menggunakan seramai 539 pelajar
tingkatan empat di 20 buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur
sebagai responden kajian.
Zariah Adam dan Jainabee Md. Kassim (2000), mendapati gaya
pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan
Malaysia di Institut Bahasa
ialah audio. Responden kajian mereka seramai 213 orang,
instrumen kajian yang digunakan ialah, "The Centre for Innovative
Teaching Experience"(CITE).
Azizi Yahya et al. (2003), telah mengkaji hubungan di antara
gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik di dua buah sekolah di
Negeri Sembilan.
-
28 Seramai 109 orang pelajar telah dipilih sebagai responden.
Dengan menggunakan soal selidik Learning Styles Questionnaires
Honey and Mumford (1992), yang mengandungi lapan puluh soalan,
kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di
antara dua pembolehubah tersebut tetapi mendapati gaya pembelajaran
pelajar yang dominan ialah reflektor, teoris, pragmatis dan akhir
sekali aktivis. Hasil kajian ini juga mendapati, terdapat hubungan
yang signifikan di antara perbezaan gaya pembelajaran dengan latar
belakang keluarga dan terdapat hubungan yang signifikan di antara
faktor
rangsangan rakan sebaya, keluarga dan pengajaran guru dengan
gaya pembelajaran pelajar.
Nafisah @ Kamariah Md Kamaruddin dan Nurhaiza Abd Wahab (2005),
telah menjalankan kajian mereka terhadap 126 orang pelajar jurusan
elektrik di tiga buah sekolah teknik dan vokasional di Perak,
Selangor dan Johor. Mereka mendapati
pelajar Tingkatan Empat di ketiga-tiga buah sekolah itu
mengamalkan gaya pembelajaran kategori reflektor. Mereka juga
mendapati tiada hubungan di antara gaya pembelajaran dengan
akademik kerana pengajaran yang berpusatkan guru masih diamalkan,
selain faktor IQ pelajar. Ini bermakna gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar tidak dipraktikkan di ketiga-tiga buah sekolah
teknik dan vokasional berkenaan.
Siti Nur Rahil Ab Rahman (2005), melihat gaya pembelajaran
Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Kaedah
yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal
selidik. Sampel terdiri daripada 287 orang pelajar Tingkatan Empat
di tiga buah sekolah bandar dan 3 buah sekolah luar bandar di
jajahan Kota Bharu, Kelantan. Alat kajian yang digunakan ialah
'Inventori Pembelajaran Di Sekolah' oleh Selmes yang mengemukakan
lima gaya pembelajaran iaitu, gaya mendalam, gaya permukaan, gaya
dorongan, gaya terancang dan gaya gigih usaha.
-
29
Hasil kajian mendapati gaya pembelajaran dan persepsi terhadap
mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Tingkatan
Empat berada di tahap tinggi.
Selain itu, wujud hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran mendalam,
permukaan dan terancang dengan persepsi pelajar terhadap mata
pelajaran Pendidikan
Islam namun mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan
antara gaya
pembelajaran dorongan dan gigih usaha dengan persepsi pelajar
terhadap Pendidikan
Islam. Terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya
pembelajaran di kalangan
pelajar Pendidikan Islam berdasarkan jantina dengan pencapaian
pelajar dalam
Pendidikan Islam di samping perbezaan yang signifikan antara
persepsi pelajar
terhadap Pendidikan Islam berdasarkan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran
berkenaan.
Ramlah Jantan dan Md. Nasir Masran (2006), mendapati wujudnya
pengaruh
gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid terhadap
pencapaian Matematik
murid, dengan pengaruh gaya pengajaran guru adalah lebih besar
berbanding pengaruh
gaya pembelajaran murid. Kajian ini telah dijalankan di beberapa
buah sekolah rendah
di negeri Perak dan Selangor.
Rusnani Abdul Kadir dan Rosseni Din (2006), dalam kajian
mereka
mendapati pelajar sekolah di Malaysia cenderung untuk mencerap
secara reflektif
iaitu, memproses maklumat secara reflektif dan memahami keadaan
baru melalui
persepsi yang konkrit. Dengan menggunakan Kolb Learning Style
Inventory (1986),
kajian telah dijalankan di dua buah sekolah menengah di kawasan
bandar di negara ini.
-
30 Ruzi Bachok et al. (2006), pula telah menjalankan kajian ke
atas 301 pelajar yang sedang mengikuti mata pelajaran Bahasa
Pengaturcaraan C bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian mereka
menunjukkan bahawa pilihan tertinggi di kalangan responden adalah
ciri visual berbanding verbal.
Baharin Abu et al. (2007), telah mengkaji kepelbagaian gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti. Kajian ini
melibatkan seramai 310 orang responden yang terdiri daripada 82
orang lelaki dan 228 orang perempuan pelajar tahun 2 hingga akhir
program Ijazah Sarjana Muda dari pelbagai pengkhususan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Lima kategori gaya
pembelajaran oleh Dunn dan Dunn iaitu, kategori persekitaran,
emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi dan
kemahiran belajar. Enam aspek kemahiran belajar adalah kemahiran
membaca, kemahiran menguruskan masa, kemahiran menulis nota,
kemahiran mendengar,
kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan.
Hasil kajian ini menunjukkan, dalam Model Dunn dan Dunn kategori
emosi merupakan gaya yang paling dominan diamalkan oleh responden
kajian dan diikuti kategori psikologi, fizikal, persekitaran dan
akhir sekali sosiologi. Sementara itu, tahap keseluruhan
kemahiran
belajar pelajar adalah pada aras sederhana, misalnya kemahiran
mengurus masa min 2.80 (SP= 0.75).
Kesimpulannya, kajian ini menegaskan kepelbagaian gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar menunjukkan kesan yang berbeza
terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik.
-
31 2.6 Kajian Lepas Luar Negara Di Amerika Syarikat 'Dunn
Learning Styles' dan 'Dunn and Dunn Learning Model'
membuktikan gaya pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran,
emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Oleh itu,
keberkesanan sesuatu pengajaran itu perlu diubahsuai mengikut gaya
pembelajaran para pelajar (Dunn dan Dunn, 1978).
Elsa Price (1992), dalam kajiannya mengenai pembelajaran dalam
kumpulan mendapati seramai 46 orang pelajar yang dijadikan
responden kajian cenderung untuk belajar dalam kumpulan walaupun
dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan gaya pembelajaran dengan
pencapaian pelajar.
Terrance P. O'Brien et al. (1998), dalam kajian mereka terhadap
86 orang pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Carolina Utara
mendapati bahawa pelajar-pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran
intuitif mendapat pencapaian yang lebih tinggi dalam pembelajaran
berbanding pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran pengamatan.
Dalam kajian ini mereka telah menggunakan indikator
Myers-Briggs.
Diaz, D. P., dan Cartnal, R. B. (1999), membuat perbandingan
kemahiran belajar dua kelas perubatan iaitu, kelas perubatan secara
talian terus (N= 68) dan kelas perubatan di kampus (N = 40). Mereka
menggunakan Grasha- Riechmann Student Learning Style Scales
(GRSLSS) untuk mengkaji kemahiran belajar pelajar dan mendapati
pelajar kelas perubatan talian terus lebih mengamalkan pembelajaran
kendiri berbanding pelajar kelas perubatan di kampus (p <
0.1).
Belinda Ho (1999), telah membuat kajian mengenai gaya
pembelajaran pembelajaran Bahasa Inggeris terhadap seramai 237
orang pelajar di sebuah universiti
-
32 di Hong Kong. Hasil kajian itu mendapati kebanyakan pelajar
mengamalkan gaya pembelajaran secara komunikatif (verbal).
Lixin Xiao (2000), mendalami kajiannya berhubung perbezaan
budaya pengajaran dan pembelajaran di antara guru-guru berbangsa
Irish dan pelajar dari Negeri Cina. Perbezaan budaya ini telah
menimbulkan masalah pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan di
dua buah institut di Dublin, Ireland dan mencadangkan
pelajar-pelajar dari Negeri Cina perlu mempunyai gaya pembelajaran
yang disesuaikan dengan budaya/ gaya pembelajaran Irish.
Michael A. Clump dan Katieann Skogsberg (2003), telah
menjalankan kajian mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
antara pelajar di universiti yang sama tetapi berlainan lokasi.
Sebahagian koresponden kajian terdiri daripada pelajar yang tinggal
di sebelah barat-tengah dan bakinya di sebelah barat. Dengan
menggunakan Inventory of Learning Process (ILP) oleh Schmeck,
Ribich and Ramanaiah's (1977), mereka dapati pencapaian pelajar
yang tinggal di bahagian Barat-Tengah lebih tinggi pencapaian
mereka berbanding rakan mereka di sebelah Barat.
Mereka juga menyarankan kajian gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar antara jantina perlu diperluaskan berikutan wujudnya
hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan
perempuan dalam kajian itu.
Paul Gokin (2004), telah menjalankan kajian mengenai gaya
pembelajaran individu dalam program tutorial Microsoft "Age of
Empires II: The Age of Kings"
(AoEII) yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 di Amerika
Syarikat, dan mendapati kepuasan pengguna mempelajari bahan program
disebabkan oleh gaya pembelajaran. Program itu telah direka bentuk
untuk memenuhi kumpulan visual, audio dan kinestetik.
-
33 Kajian Doreen M. Lopez dan Linda Schroeder, ( 2008 ),
mendapati pelajar-pelajar yang belajar dalam kumpulan, mendengar
arahan dengan baik dan melaksanakan tugasan mengikut arahan,
mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran. Dalam kajian ini,
mereka telah memilih dua buah sekolah di Illinois, yang berlainan
lokasi, berbeza ras dan sosioekonomi. Sekolah A merupakan sekolah
mar bandar, pelajarnya terdiri daripada masyarakat majmuk, banyak
berlaku kes jenayah dan mempunyai purata pendapatan yang rendah
bagi setiap keluarga. Sekolah B terletak di kawasan
bandar, para pelajarnya terdiri daripada anak-anak golongan
orang berada seperti jurutera dan peguam. Iklim/persekitaran
pembelajaran dalam bilik darjah didapati positif apabila pelajar
telah mengetahui gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
masing-masing. Pelajar-pelajar didapati berkebolehan untuk
menggunakan kedua-dua kemahiran dalam situasi yang lain. Mereka
mempunyai keyakinan diri, seolah diberi
satu kuasa/kepercayaan untuk mendapatkan maklumat dan bersikap
intrinsik. Dapatan
kajian ini, menunjukkan kedua-dua kemahiran berupaya mengubah
keadaan di sekolah B berbanding situasi sebelumnya.
Gebe Keri (2002), menyatakan dalam kajiannya yang menggunakan
Canfield's Learning Style Inventory (1988) mendapati, pelajar
perempuan suka belajar dalam kumpulan sementara pelajar lelaki
lebih suka belajar sendiri.
Handy Susanto (2006) mendapati, siswa lebih konsentrasi dalam
pembelajaran apabila mereka mengamalkan gaya pembelajaran sama ada
visual, audio dan kinestetik. Memang setiap individu akan
mengamalkan hanya satu gaya
pembelajaran tetapi dua yang lain tetap ada di dalam diri
pelajar. Semakin banyak gaya pembelajaran yang pelajar libatkan
maka belajar akan semakin baik dan mantap. Kajian ini telah
dijalankan di beberapa buah pusat pengajian di Indonesia,
-
34 2.7 Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian lepas yang telah dijalankan menunjukkan
gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang dipelajari oleh
pelajar-pelajar didapati mendatangkan banyak kebaikan kepada diri
pelajar. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan, individu pelajar dapat
mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran
mereka (Baharin Abu, 2007). Saranan-saranan yang terdapat dalam
kajian lepas didapati banyak membantu meningkatkan pencapaian diri
individu. Kajian lepas juga telah menunjukkan kejayaan pelajar
dalam pelajaran dibantu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran serta
guru-guru dengan mengamalkan gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar. Pelajar mempunyai peluang sama rata memperoleh kejayaan
kerana disediakan pelbagai kemudahan, biarpun Galton (1969)
menyatakan faktor kandungan gen mempengaruhi kecerdasan sebanyak
50%, faktor kemahiran belajar sebanyak 30% dan faktor persekitaran
serta lain-lainnya sebanyak 15%. Salah satu kaedah untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang ialah dengan memperbaiki
kemahiran belajar (Abdul Ghani Awang, 1996:Amir Awang, 1988).
-
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk korelasi.
Kaedah ini
bersesuaian dengan tujuan kajian untuk melihat hubungan antara
gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam
kalangan pelajar
Tingkatan Empat. Untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai
pemboleh ubah
yang dikaji, satu soal selidik telah digunakan. Alat
penyelidikan ini telah diuji kesahan
dan kebolehpercayaannya terlebih dahulu dalam kajian rintis.
Usaha ini dijalankan
untuk memastikan alat kajian tersebut sesuai digunakan dalam
kajian ini. Azizi Yahaya
et al. (2007), menyatakan penyelidikan tinjauan meninjau situasi
pada satu masa
tertentu seperti 'foto-snapshot' tentang satu peristiwa dan
mengikut pola pada satu-satu
peringkat masa sahaja (Mohd.Najib Ghaffar, 1999). Data yang
diperolehi dari set soal
selidik akan ditukarkan dalam bentuk perangkaan dengan
menggunakan perisian, 'SPSS
version 11.0 for Window's (Statistical Packages for Social
Sciences). Perangkaan
diproses dan dianalisis dengan tujuan untuk mendapatkan
keputusan dan hasil kajian.
-
36
3.2 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah yang terpilih,
khususnya di sekitar
negeri Perak. Maklumat telah didapati daripada tujuh jenis
sekolah menengah iaitu,
i) Sekolah Menengah Harian (SMH)
ii) Sekolah Menengah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
iii) Sekolah Menengah Teknik (SMT)
iv) Sekolah Menengah Agama (SMKA)
v) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
vi) Sekolah Menengah Sains Sukan(SMSS)
vii) Sekolah Menengah Rancangan Khas (SMRK)
Ketujuh-tujuh kategori sekolah menengah yang terpilih turut
mengambil kira sekolah
kategori bandar dan luar bandar, di samping gred sekolah (Gred A
atau Gred B).
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Kajian dijalankan di tujuh jenis kategori sekolah menengah.
Setiap jenis kategori
sekolah melibatkan lokasi bandar dan luar bandar serta gred
sekolah. Responden kajian
bagi setiap sekolah pula seramai 30 orang yang telah dipilih
secara rawak loteri iaitu,
dengan mengunakan buku kedatangan murid. Ini bermakna
keseluruhan subjek kajian
ialah 330 orang pelajar ( 30 orang x 11 buah sekolah). Lebih
besar peratusan sampel
daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai
lebih kemungkinan
untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Dengan
menggunakan jadual
Krejcie, R.V dan Morgan D.W, 330 sampel tadi adalah bersamaan
dengan 2400 saiz
populasi (Azizi Yahya, 2007).
-
37 3.4 Instrumen Kajian Penyelidik memilih soal selidik sebagai
instrumen di dalam kajian ini. Soal selidik mudah ditadbir dan
ringkas bagi tujuan mengawal keutuhan maklumat yang diberi oleh
sampel. Soal selidik juga akan membantu dan memudahkan sampel
menjawab dengan cepat dan tepat. Dengan tugasan yang mudah, sampel
akan lebih bertanggungjawab dan memberikan kerjasama. Soal selidik
kajian ini dibahagikan kepada empat baliagian, iaitu, bahagian A,
B, C dan D. Bahagian A mengandungi latar belakang responden
kajian (11 soalan), bahagian B mengandungi soal selidik gaya
pembelajaran Model Dunn dan Dunn (33 soalan dan 2 soalan terbuka),
bahagian C pula mengandungi soal selidik gaya VAK (24 soalan) dan
bahagian D mengenai kemahiran belajar (47 soalan dan 1 soalan
terbuka). Gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan gaya pembelajaran VAK
digabungkan bagi memperkukuhkan lagi item soalan. Dalam kajian
rintis, didapati item soalan yang terdapat dalam Model Dunn dan
Dunn sekiranya
digabungkan dengan item soalan VAK maka satu keputusan yang
lebih baik dapat
dikemukakan. Skala empat mata akan digunakan dalam soal selidik.
Skala empat mata
didapati lebih memudahkan pengkaji mendapat data yang
dikehendaki dengan tepat berbanding menggunakan skala likert lima
mata. Baharin Abu (2003), menyatakan kajian seperti ini,
menggunakan skala empat mata lebih sesuai dengan kehendak responden
ketika menjawab soal selidik.
-
38
Jadual 3.4.1 Skala Empat Mata
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
1
2
3
4
3.5 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah yang terpilih
khususnya di sekitar
negeri Perak. Maklumat-maklumat mengenai responden telah
didapati daripada tujuh
kategori sekolah menengah seperti berikut:
i) Sekolah Menengah Harian (3 buah)
ii) Sekolah Menengah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (2 buah)
iii) Sekolah Menengah Teknik (SMT) ( 1 buah)
iv) Sekolah Menengah Agama (SMK) (2 buah)
iv) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (1 buah)
v) Sekolah Menengah Sains Sukan (SMSS) (1 buah)
vii) Sekolah Menengah Rancangan Khas (SMRK) (1 buah)
Ketujuh-tujuh jenis sekolah menengah yang dipilih mengambil kira
sekolah
kategori bandar dan luar bandar, di samping gred sekolah (Gred A
/ Gred B). Bagi
memantapkan hasil kajian, pelajar yang terlibat ialah pelajar di
Tingkatan Empat.
-
39
Borang soal selidik diedarkan kepada guru Bahasa Malaysia dengan
kerjasama pihak sekolah dan kaunselor sekolah-sekolah yang
terpilih. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan Model Dunn dan Dunn dan Model VAK serta Kemahiran
Belajar yang
disyorkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).
3.6 Kajian Rintis
Penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis bagi memperbaiki
item soal selidik.
Bagi tujuan ini seramai 30 orang dari kelas Tingkatan Empat di
Sekolah Menengah
Dato' Abdul Rahman Yaakob, Bota telah dipilih untuk mengisi
borang soal selidik ini.
Penyelidik mengumpul semula borang soal selidik dan seterusnya
memproses data
tersebut dengan menggunakan perisian SPSS bagi menguji
kebolehpercayaannya.
3.7 Analisis Data
Maklumat dan keputusan dari hasil pemprosesan data bertujuan
mendapatkan
keputusan yang bermakna daripada data (Mohd.Majid Konting,
1994). Data-data dalam
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D akan diproses
dengan
menggunakan perisian komputer SPSS 11.0 for Windows (Statistical
Packages for
Social Science). Hasil daripada analisis data terhadap Bahagian
A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D dipamerkan dalam bentuk satu jadual.
Pendekatan yang
digunakan dalam menganalisis data adalah pendekatan statistik
deskriptif dan inferensi.
Secara deskriptif, data yang diperolehi dibentangkan dalam
bentuk jadual yang
menunjukkan bentuk taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawaian.
Penyelidik telah menggunakan pendekatan inferensi seperti
kolerasi pearson.
Pendekatan inferensi digunakan untuk merumuskan dan mentafsir
data dengan lebih
-
40
terperinci. Kebolehpercayaan diuji melalui 'Alpha Cronbach
Coefficiency Test' dan
nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai. Menurut Mohd
Majid Konting
(1993:183), meskipun tiada batasan khusus yang boleh digunakan
bagi menentukan
pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur,
pekali kebolehpercayaan
yang lebih daripada 0.60 sering digunakan.
3.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengkaji telah mengenal pasti lokasi kajian,
populasi dan sampel,
instrumen kajian, batasan kajian, sekolah menengah untuk kajian
rintis, dan analisis
data yang akan dijalankan. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang
menggunakan soal
selidik dan format kajian yang sama, didapati hasil kajian
adalah positif dan menepati
kehendak kajian. Lokasi kajian telah diperluaskan dengan
menambah lokasi di dua
buah negeri selain negeri Perak iaitu, negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kajian rintis yang dijalankan telah dapat membantu
pengkaji mengenal pasti
masalah yang timbul dan pengubahsuaian telah dilakukan bagi
meneguhkan lagi kajian
yang dijalankan.
-
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan dapatan daripada analisis hasil kajian
yang telah dijalankan.
Data yang diperolehi dihuraikan dengan menggunakan statistik
deskriptif, seperti
taburan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, korelasi
Pearson dan khi kuasa dua
Pearson yang menjawab dan membincangkan kesemua soalan kajian
yang diajukan
dalam bab 1. Terdapat dua bahagian dalam bab ini. Bahagian
pertama, dimulai dengan
dapatan kebolehpercayaan soal selidik. Kemudian dibincangkan
mengenai latar
belakang seperti taburan senarai dan gred sekolah, taburan jenis
sekolah, taburan
jantina, taburan sosioekonomi, taburan ras/kaum, taburan tempat
tinggal, taburan gaya
pembelajaran rakan sebaya dan keputusan Bahasa Malaysia
Penilaian Menengah
Rendah 2008 yang ditunjukkan dalam bentuk taburan kekerapan dan
peratus.
Bahagian seterusnya akan membincangkan keputusan hubungan antara
pemboleh ubah
yang dikaji.
-
4.2 Dapatan Kebolehpercayaan Soal selidik
Kesemua 113 item soalan telah diuji kebolehpercayaannya dengan
menggunakan Alpha
Cronbach. Kebolehpercayaan item soal selidik yang telah
dijalankan terhadap 330
orang responden adalah bersamaan 0.8511 dan didapati nilai
kebolehpercayaan itu
adalah di aras tinggi serta melebihi pekali 0.6 yang sering
digunakan sebagai penanda
aras kebolehpercayaan sesuatu item soalan. Hal ini ditunjukkan
dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2 Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Item Soalan
(S=330)
Bilangan Item Nilai Pekali Alpha
113 0.8511
4.3 Senarai dan Gred Sekolah
Kajian ini melibatkan sebelas buah sekolah. Sepuluh buah sekolah
adalah di bawah
kelolaan Kementerian Pelajaran dan sebuah oleh Kementerian
Kemajuan Wilayah dan
Luar Bandar (Maktab Rendah Sains Mara).
Jadual 4.3 Senarai sekolah yang dikaji (S= 330)
Nama sekolah Gred Bil. Responden
1. SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak A 30 2. Sekolah
Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur A 30 3. SMKA Sultan Azlan
Shah, Seri Iskandar, Perak A 30 4. Kolej Melayu Kuala Kangsar,
Perak A 30 5. SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak B 30 6. SMK Raja
Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar A 30
-
Jadual 4.3 (Sambungan) 43
Nama sekolah Gred Bil. Responden
7. SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh, Perak 8. SMKA Raja
Nazrin Shah, Kg. Gajah, Perak 9. Maktab Rendah Sains Mara, Kg.
Gajah, Perak 10. SM Sains Kuala Selangor, Selangor 11. SMK Ambrose,
Ayer Tawar, Perak
A A A A A
30 30 30 30 30
4.4 Jenis Sekolah
Sebelas sekolah yang dipilih adalah mengikut gred Kementerian
Pelajaran Malaysia
dan dikategori kepada tujuh. Ini ditunjukkan dalam jadual 4.4
berikut.
Jadual 4.4 Jenis Sekolah (S= 330)
Kategori
1. Sekolah Harian 2.Sekolah Sukan 3.Sekolah Menengah Teknik
4.Sekolah Menengah Agama 5. Sekolah Rancangan Khas 6. Sekolah
Berasrama Penuh 7.Maktab Rendah Sains Mara
Bil. Responden (N)
90 30 30 60 30 60 30
Peratus (%)
27.3 9.1 9.1
18.2 9.1
18.2 9.1
4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan responden mengikut jantina menunjukkan seramai 164 orang
adalah lelaki
dengan peratusannya mencapai 49.7%. Sementara itu, baki
responden seramai 166
orang adalah perempuan dengan peratusan sebanyak 50.3%. Data ini
menunjukkan
-
44
hasil pemilihan secara rawak yang dijalankan adalah seimbang.
Perkara berkenaan
dapat dilihat dalam Jadual 4.5 berikut.
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina (S= 330)
Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)
l.Lelaki 164 49.7 2.Perempuan 166 50.3
4.6 Taburan Responden Mengikut Sosioekonomi
Taburan sosioekonomi responden dibahagikan mengikut tiga tahap,
iaitu tahap sosio
ekonomi tinggi, tahap sosioekonomi sederhana dan tahap
sosioekonomi rendah. Data
menjelaskan bahawa sosioekonomi tahap tinggi mempunyai kekerapan
sebanyak 259
(78.5%), diikuti oleh sosioekonomi tahap sederhana sebanyak 58
orang (17.6%) dan
akhirnya sosioekonomi tahap rendah sebanyak 13 orang iaitu,
kira-kira 3.9% sahaja. Ini
bermakna, taburan sosioekonomi tahap tinggi adalah dominan. Data
ini ditunjukkan
dalam Jadual 4.6 berikut.
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Sosioekonomi (S=
330)
Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)
1.Tinggi 259 78.5 2.Sederhana 58 17.6 3.Rendah 13 3.9
-
48
Stimulus sosiologi menunjukkan seramai 35 orang (10.6%)
responden menyatakan
sangat tidak bersetuju, tidak setuju seramai 198 orang (60.0%)
berbanding mereka yang
setuju seramai 87 orang (26.4%) dan sangat setuju seramai 10
orang ( 3.0%). Ini
bermakna, kuantiti responden yang bersetuju berjumlah 97 orang,
yang mewakili
29.4% lebih rendah daripada kuantiti responden yang tidak
bersetuju, iaitu seramai 233
orang (70.6%).
Stimulus fizikal mencatatkan seramai 7 orang (2.1%) yang
menyatakan sangat
tidak setuju, tidak setuju seramai 25 orang (7.6%) berbanding
seramai 250 orang
(75.8%) menyatakan mereka setuju dan seramai 48 orang (14.5%)
sangat setuju
bahawa stimulus fizikal mempengaruhi gaya pembelajaran mereka.
Ini menunjukkan
kuantiti mereka yang bersetuju adalah majoriti, iaitu seramai
298 orang (90.3%) dengan
yang mengatakan tidak bersetuju hanya seramai 32 orang (9.7 %)
sahaja.
Stimulus psikologi menunjukkan responden yang menyatakan mereka
sangat
tidak setuju seramai 60 orang (18.2%), tidak setuju seramai 191
orang (57.9%), setuju
seramai 65 orang (19.7%) dan sangat setuju seramai 14 orang
(4.2%). Majoriti
responden, iaitu seramai 251 orang (76.1%) menyatakan tidak
bersetuju bahawa
stimulus psikologi mempengaruhi gaya pembelajaran mereka
berbanding yang
bersetuju dengan kuantiti seramai 79 orang (23.9%)
responden.
Keseluruhan analisis antara stimulus gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn
dengan menggunakan taburan dan peratus, menunjukkan stimulus
fizikal merupakan
stimulus yang paling ramai bersetuju mempengaruhi gaya
pembelajaran, diikuti oleh
stimulus persekitaran, ketiga stimulus emosi, keempat stimulus
sosiologi dan yang
terakhir iaiah stimulus psikologi. Tahap pengaruh ini akan lebih
jelas lagi dengan
-
49 melihatnya menggunakan min dan sisihan piawai (S.P) seperti
yang terdapat dalam Jadual 4.11.2 berikut.
Jadual 4.11.2 Stimulus Paling Dominan (S =330)
Stimulus
l.Persekitaran 2.Emosi 3.Sosiologi 4.Fizikal 5.Psikologi
Min
2.7455 2.5455 2.2182 3.0273* 2.1000
Sisihan Piawai (S.P)
0.71590 0.64723 0.66682 0.55339 0.73493
Jadual 4.11.2 menunjukkan data stimulus gaya pembelajaran Dunn
dan Dunn yang paling dominan. Hal ini ditunjukkan dengan
menggunakan min dan sisihan piawai. Didapati bahawa stimulus
fizikal (min 3.0273, S.P = 0.55339) merupakan stimulus gaya
pembelajaran yang paling dominan, diikuti oleh stimulus
persekitaran (min 2.7455, S.P = 0.71590). Sementara itu, stimulus
ketiga dominan ialah stimulus emosi (min 2.5455, S.P = 0.64723).
Keempat ialah stimulus sosiologi (min 2.2182, S.P = 0.66682).
Stimulus psikologi merupakan pilihan responden yang paling kurang
dominan (min 2.1000, S.P = 0.73493).
Dari segi kekuatan hubungan stimulus gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia dapat dilihat
dalam Jadual 4.11.3.
-
50 JaduaU.11.3
Analisis Kekuatan Hubungan Antara Stimulus Gaya Pembelajaran dan
Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia
Stimulus Korelasi Pearson (r) Signifkan
l.Persekitaran -0.171** 0.002* 2.Emosi -0.054 0.326 3.Sosiologi
0.072 0.190 4.Fizikal -0.226** 0.000* 5.Psikologi -0.013 0.819
* Signifikan pada aras keertian 0.05
Dapatan kajian dalam Jadual 4.11.3, bagi stimulus persekitaran,
analisis data mendapati
r = -0.171< 0.20. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang
lemah antara stimulus
persekitaran dengan pencapaian bahasa Malaysia. Nilai p =0.002
< a 0.05. Hubungan
ini diterima dan terdapat hubungan yang signifikan antara
stimulus persekitaran dengan
pencapaian bahasa Malaysia.
Analisis data bagi stimulus emosi mendapati r = -0.054 <
0.20. Ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus emosi dengan
pencapaian bahasa
Malaysia. Nilai p = 0.326 > a 0.05. Ini menunjukkan tidak
terdapat hubungan yang
signifikan antara stimulus emosi dengan pencapaian bahasa
Malaysia.
Bagi stimulus sosiologi, analisis data mendapati r = 0.072 <
0.20. Ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus sosiologi
dengan pencapaian
bahasa Malaysia. Sementara nilai p = 0.190 > a 0.05. Ini
menunjukkan tidak terdapat
hubungan antara stimulus sosiologi dengan pencapaian bahasa
Malaysia.
Stimulus fizikal pula, analisis data mendapati r = -0.226 <
0.20. Ini
menunjukkan terdapat hubungan antara stimulus fizikal dengan
pencapaian bahasa
Malaysia. Sementara nilai p = 0.000 < a 0.05. Data ini
menunjukkan terdapat hubungan
antara stimulus fizikal dengan pencapaian bahasa Malaysia.
-
51
Stimulus psikologi, analisis data mendapati r = -0.013 <
0.20. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus
psikologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.
Sementara nilai p = 0.819 > a 0.05. Hubungan ini ditolak
kerana tidak terdapat
hubungan antara stimulus psikologi dengan pencapaian bahasa
Malaysia.
Keputusan dalam kajian ini menunjukkan hanya faktor persekitaran
dan
fizikal sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan
gaya pembelajaran,
kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia.
4.12 Analisis Soalan Kajian 2
Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di
sekolah-sekolah oleh pelajar di Tingkatan Empat?
Jadual 4.12 Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di
Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di
Tingkatan Empat (S=330)
Item Kekerapan (f) Peratus(%)
1 .Sangat Tidak Setuju (STS) 20 6.1 2.Tidak Setuju (TS) 78 23.6
3. Setuju (S) 214 64.8 4.Sangat Setuju (SS) 18 5.5
Jadual 4.12 menunjukkan amalan kemahiran belajar dipraktikkan di
sekolah-sekolah
oleh pelajar Tingkatan Empat. Responden yang sangat tidak setuju
kemahiran belajar
membantu pembelajaran mereka adalah seramai 20 orang (6.1%) dan
tidak setuju pula
adalah seramai 78 orang (23.6%) berbanding responden yang
menyatakan setuju
seramai 214 orang (64.8%) dan sangat setuju seramai 18 orang
(5.5%). Hal ini
-
52
menunjukkan majoriti responden seramai 232 orang (70.3%)
bersetuju menyatakan kemahiran belajar membantu pembelajaran
mereka.
4.13 Analisis Soalan Kajian 3
Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang
diamalkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Malaysia?
Jadual4.13 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan
Kemahiran Belajar Dengan
Pencapaian Bahasa Malaysia (S = 330)
Gaya pembelajaran Korelasi Pearson Signifikan (2-tailed) dan
kemahiran belajar
Pencapaian Bahasa -0.150 0.006 * Malaysia
* Signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan analisis data dalam Jadual 4.13 menunjukkan r =
-0.150 < 0.20. Ini
menunjukkan terdapatnya hubungan antara gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar
dengan pencapaian bahasa Malaysia tetapi sangat lemah. Sementara
itu, didapati
p=0.006 < a 0.05. Hubungan ini adalah diterima dan
menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dengan pencapaian
bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di
sebelas buah sekolah yang
dikaji.
-
53 4.14 Analisis Soalan Kajian 4
Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara
gaya pembelajaran, kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa
Malaysia dalara kalangan pelajar berlainan jantina di Tingkatan
Empat?
Jadual 4.14.1 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Bahasa Malaysia
Dalam Kalangan Pelajar Berlainan Jantina (S = 330)
Jantina Khi Kuasa Dua Pearson x2 df Signifikan
1 .Lelaki 13.388 4 0.010 2.Perempuan 5.115 4 0.276
* Signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan data dalam Jadual 4.14.1, kenyataan khi kuasa dua
Pearson menunjukkan
(x2 = 10.694, df = 4, p = 0.010 < 0.05) bagi pelajar lelaki
berbanding pelajar
perempuan dengan (x2 = 3.078, df 4, p = 0.276 > 0.05).
Analisis ini menunjukkan
terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian
dalam kalangan pelajar lelaki tetapi tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan
pelajar perempuan.
Jadual 4.14.2 Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan
Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Jantina (S=330)
Jantina Khi Kuasa Dua Pearson x2 df Signifikan
LLelaki 10.694 4 0.030 2.Perempuan 3.078