1.0 Pengenalan Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah akibat tarikan graviti bumi. Bahan- bahan ini akan bergerak dan diangkut dari atas kawasan cerun ke bahagian bawah di kawasan lereng bukit atau gunung disebabkan oleh tarikan graviti bumi. Pergerakan ini berlaku disebabkan larian air hujan, angin, hakisan atau air dari salji yang mencair. ( Arthur Getis et al. 2013 ) . Pergerakan jisim dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu jenis aliran cepat dan aliran perlahan. Setiap proses pergerakan jisim mempunyai cirinya tersendiri ( Carson & Kirkby, 1972 ) .Aliran cepat ialah merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran cepat ini melibatkan proses gelungsoran tanah, aliran lumpur, aliran salji Pergerakan jisim jenis aliran cepat ini selalunya berlaku di tempat yang mempunyai aliran air yang banyak. Proses aliran perlahan pula bermaksud pergerakan bahan atau regolit seperti tanih dan batuan dari atas ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran perlahan ini juga dikenali sebagai proses kesotan dan melibatkan proses kesotan batuan, kesotan tanih dan kesotan batu glasier. Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang mempunyai topografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Bukit Antarabangsa mempunyai longitud antara 101 46 T hingga 101 47 T dan latitud antara 03 10.8 U ° ‟ ° ‟ ° ‟ hingga 03 11.3 U. Kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai ciri iklim ° ‟ yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 2500 sehingga 3000 mm. Manakala tanah tinggi Cameron Highlands pula terkenal dengan aktiviti pelancongan, penternakan, aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran dan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa
dari atas ke bawah akibat tarikan graviti bumi. Bahan-bahan ini akan bergerak dan diangkut
dari atas kawasan cerun ke bahagian bawah di kawasan lereng bukit atau gunung disebabkan
oleh tarikan graviti bumi. Pergerakan ini berlaku disebabkan larian air hujan, angin, hakisan
atau air dari salji yang mencair. ( Arthur Getis et al. 2013 ) . Pergerakan jisim dapat
dikategorikan kepada dua jenis iaitu jenis aliran cepat dan aliran perlahan. Setiap proses
pergerakan jisim mempunyai cirinya tersendiri ( Carson & Kirkby, 1972 ) .Aliran cepat ialah
merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke
bawah secara cepat atau tiba-tiba akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran
cepat ini melibatkan proses gelungsoran tanah, aliran lumpur, aliran salji Pergerakan jisim
jenis aliran cepat ini selalunya berlaku di tempat yang mempunyai aliran air yang banyak.
Proses aliran perlahan pula bermaksud pergerakan bahan atau regolit seperti tanih dan batuan
dari atas ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis
aliran perlahan ini juga dikenali sebagai proses kesotan dan melibatkan proses kesotan
batuan, kesotan tanih dan kesotan batu glasier.
Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang mempunyai
topografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras
laut. Bukit Antarabangsa mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud
antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U. Kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai ciri iklim
yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak
2500 sehingga 3000 mm. Manakala tanah tinggi Cameron Highlands pula terkenal dengan
aktiviti pelancongan, penternakan, aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran dan
buah-buahan. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi
yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari
1
keduanya.. Proses kegagalan cerun menjadi satu masalah di kawasan berbukit-bukau seperti
Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah
tinggi di Malaysia. Dua lokasi kajian kes yang dirujuk adalah Bukit Antarabangsa,Selangor
dan kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.
Rajah 1 : Kejadian Tanah Runtuh di Malaysia dari Tahun 1993-2011
Sumber : Jabatan Geoteknik dan Forensik, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Darul Ehsan, (2012)
2
2.0 Proses- Proses Pergerakan Jisim Di Bukit Antarabangsa Dan Cameron Highlands
2.1.1 Gelongsoran / Tanah Runtuh
Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta
memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah
berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview di Hulu Kelang (Selangor), Gua
Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit
Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali
dikaitkan dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak
sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini
juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding
kawasan beriklim lain.Berdasarkan lokasi kajian kes di Bukit antarabangsa, proses
pergerakan jisim yang telah berlaku dikawasan terbabit adalah gelungsoran tanah akibat
hujan yang lebat. Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan bertindak sebagai agen
pemberat dan menggalakkan proses geluncuran tanah. Kadar jumlah hujan yang tinggi
menyebabkan berlaku larian air secara berlebihan yang telah menyusup ke bawah permukaan
dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin lemah. Hujan yang lebat akan
mencungkil permukaan tanah dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan untuk
sesetengah kawasan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah kuat dan menyebabkan
granul-granul tanah bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah akibat daya
hujan yang kuat. Apabila kadar susupan air ke bawah tanah sudah menjadi tepu dan tanah
tidak lagi mampu menerima air masuk ke dalam tanah, lebihan air ini akan mengalir sebagai
larian air permukaan yang akan membawa sendimen-sendimen bersama-samanya ketika
berlakunya proses larian air permukaan.Titisan air hujan yang banyak akan menyebabkan
tanah terdedah melonggarkan struktur batuan yang terdapat di permukaan tanah dan proses
3
gelongsoran tanah berlaku apabila kawasan bukit tidak lagi mampu menampung berat beban
yang terdapat di atas permukaan cerun. Keadaan menjadi semakin buruk kerana kawasan
Bukit Antarabangsa berada di kawasan yang mempunyai kecerunan yang tinggi yang
menggiatkan lagi proses hakisan berlaku.
Rajah 2 : Taburan purata hujan tahunan selama 5 tahun (2005-2009)
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, (2009)
Jadual 1 : Cerapan hujan selama 10 hari sebelum berlakunya runtuhan (Nov/Dis 2008)
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, (2009)
4
Jumlah hujan selama 10 hari sebelum kejadian kegagalan cerun telah dikenalpasti iaitu
sebanyak 112 mm (Jadual 1), atau hujan harian purata sebelum berlaku kegagalan cerun ialah
11.2mm. Secara relatif, jumlah hujan harian adalah rendah, tetapi sifat tanah kawasan cepat
menjadi tepu, kesan daripada kelebatan hujan pada bulan-bulan sebelumnya. Jumlah hujan
bulan Disember 2008 ialah 167.8 mm, jumlah ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan
jumlah hujan bulan November iaitu sebanyak 410.4 mm. Tiga kemuncak hujan dicatatkan
semasa November iaitu masing-masing 59, 63 dan 67 mm, sedangkan jumlah hujan tertinggi
semasa Disember ialah 27.6 mm (Jadual 1). Berlakunya kegagalan cerun di Bukit
Antarabangsa ialah dengan kelebatan 21.8mm pada pagi 6 Disember 2008 (Jadual 1).
Rajah 3 : Proses gelongsoran tanah
Sumber : Proses pergerakan jisim (2009), Diakeses daripada
http://noah.greenhero.id/tanah-longsor-banjarnegara-2014/. Pada 20 April 2015