FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER 2014
HBMT3203_V2
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV
NAMA : HASROLAFFENDI BIN JOHARI NO. MATRIKULASI :
801218025033002NO. KAD PENGENALAN : 801218025033NO. TELEFON :
0195133347E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN: KELANTAN LEARNING CENTRE
HBMT3203_V2 TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV
7
801218025033002-Hasrolaffendi bin Johari
ISI KANDUNGAN
PERKARAHALAMAN
1.0 Pengenalan2
2.0 Teknologi Terkini Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Sekolah Rendah3
2.1 kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat
(Ict)5
2.2 Perkembangan Dan Kepentingan Ict Dalam P&P5
3.0 Kekangan Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Sekolah Rendah7
4.0 Prinsip-Prinsip Penggunaan Bahan Teknologi 10
5.0 Bahan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Topik
Peratus11
6.0 Cara Penggunaan Bahan Teknologi12
7.0 Refleksi Penggunaan Bahan Teknologi Pengajaran Dan
Pembelajaran14
8.0 Kesimpulan15
9.0 Rujukan17
10.0 Lampiran18
1.0 PENGENALAN
Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas
kaedah mengajar dan belajar. Dasar dan polisi pembangunan Negara
menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam
pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari
pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik
terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat
pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani,1999 dan
Ab.Rahim 2000).
Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek
Multimedia SuperCorridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam
hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha
telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam
mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat
bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internet
dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta.
Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan
maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru
(Lechner & Boli 2000)
Untuk mengharungi cabaran serta mencapai matlamat Multimedia
Super Corridor(MSC) dan Wawasan 2020, mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi pelbagai aspek
seperti dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan,
aplikasi dan komunikasi, manakala dalam konteks pengajaran pula,
ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.
Selain itu, globalisasi merupakan satu ideologi perubahan
budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat
ICT. Dalam keadaan ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep
dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep
pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd.
Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan
juga negatif kepada masyarakat di negara membangun.
2.0 TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
ICT (Information Communication Technology) dapat ditakrifkan
sebagai sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan,
manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk
melalui media elektronik. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan
kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di
samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang
mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard
(2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,
telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible)
contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu
yang tidak nyata (intangible) contohnya softwarePerkembangan
pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan
pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan
lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan
komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan
perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan
dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan
konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru
bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia
pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan
penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat
melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru
dalam memajukan dunia pendidikan.Integrasi ICT dalam pendidikan
bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang
hayat. Integrasi ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P
dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan sumber
pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping
mempercepatkan proses pendidikan berasaskan tahap kebolehan
pelajar.Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,
mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti
digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi
ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Integrasi
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif
yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang
dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan dalam P&P (Pusat PerkembanganKurikulum,
2001).Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk
membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna,
mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk
menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam
setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P
akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian. Namun begitu, kehadiran ICT sahaja
tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting
dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada
keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi
hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.Holmes (1999),
memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan
teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang
diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi
untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P.
Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman
guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan
teknologi.Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad
ke 21 dan perubahan kearah masyarakat bermaklumat menimbulkan
cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif
untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi
maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia
berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini
membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik
darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan
sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar
berinteraksi secara terbuka dan dapat mendalami setiap ilmu yang
diperolehi dengan lebih berkesan .
2.1 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
Menurut Ngan (1994), literasi komputer membawa maksud yang lebih
luas kerana bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga
pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer
pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara computer digunakan
dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi
serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer
berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala
literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan
penggunaan komputer.Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas
literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan
menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas,
bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan
pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan
seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik
komputer,dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga
tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.
Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara
yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan
seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.
2.2 Perkembangan dan kepentingan ICT dalam P&P (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga
dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua
pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai
kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk
meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum, menjelaskan beberapa manfaat ICT dalam pendidikan
diantaranya berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid
dalam pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid,
membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning),
membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi,
mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan,
membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa,
meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang
kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang
minima serta meningkatkan kemahiran ICT.Kemajuan dalam bidang
pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan,
penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas
pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat
untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi
hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu
output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat
teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari
cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti
teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian
membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dan praktikal.Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi
ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk
memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.
Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti
masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah.
Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data
dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran
dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih
bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaanKajian yang
dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat
beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih
selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada
yang dikategorikan sebagai field dependent berbanding dengan murid
field independent. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi
murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam field
independent adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara
konkrit atau tergolong dalam field dependent mereka akan mudah
faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum
sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau
amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan
kesemua panca indera semasa proses pembelajan.
3.0 KEKANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
Pembaharuan dalam sistem pendidikan terutama dari segi
pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan
guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu di negara ini
menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di
negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi
membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat
merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.
3.1 Kekurangan Kemahiran Adalah Cabaran Utama Dalam
Mengintegrasikan P& P Di sekolahPenggunaan IT mempunyai
hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau
multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang
tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan
kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang
dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan
inovasi, reka cipta, reka bentuk,visual, pembelajaran maya dan
sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang
penting dalam era ICT. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan
internet sebagai satu alternative yang menyediakan akses kepada
pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran
dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran
elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www
masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan
Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan
pengajaran dan pembelajaran dikalangan pensyarah UiTM adalah
sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah
pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran
kekurangan kemudahan dan kemahiran.
3.2 Kekangan Dalam Menghabiskan Sukatan Pelajaran Juga Merupakan
Masalah Yang Dihadapi Dalam Mengintegrasikan ICT Dalam P&P Di
sekolah.Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau
tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka
adalah kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana menurut
mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari
dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan
komputer dalam pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan
bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber
multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan
teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi
masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama
dalam dunia digital.
3.3 Kekurangan Prasarana Dan Bahan SokonganKekurangan prasarana
dan bahan sokongan juga munyumbang kepada kekangan mengintegrasikan
ICT di sekolah .Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting
pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era
teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi
sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi
muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan
sekarang ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar.
Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan
tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira
status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
3.4 Peralatan Tidak SeragamKecanggihan kemudahan ICT yang
terdapat di sekolah -sekolah pada masa ini adalah tidak seragam.
Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang
meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki
sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Guru-guru yang
menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah
terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang
terdapat di sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang
aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan
aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai
dengan objektif pembelajaran.
3.5 Sikap Negatif GuruCabaran lain yang menjadi permasalahan
mengintegrasikan ICT dalam P&P di sekolah adalah sikap negatif
dikalangan guru yang mendidik. Guru harus meninggalkan
pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini,
sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan
teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan
pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan
di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan
dalam budaya pembelajaran. Faktor persediaan mental, pengetahuan
dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu
perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black,1994).
Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan
anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda
perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau
sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan
sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi
cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para
pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam
pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut,
guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru
untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy
&Suthagar, 2003).Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus
kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital
menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu
bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus
meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan
selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam
konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu
wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat
sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan
dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru juga
perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran
menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi
teknologi.
4.0 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI Sebelum memilih
bahan teknologi, guru mestilah telah memikirkan topik yang dipilih,
kebolehan murid-murid, isi kandungan pelajaran secara terperinci
dan juga objektif-objektif pengajaran. Kemudian guru hendaklah
menganalisis pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dengan
menggunakan sumber-sumber pengajaran tertentu. Proses pengajaran
yang akan disampaikan oleh guru hendaklah dianalisis berdasarkan
objektif dan seterusnya dicatatkan dengan jelas sumber yang
diperlukan untuk memaksimumkan pencapaian objektif pembelajaran.
Guru hendaklah menentukan sifat-sifat bahan teknologi yang hendak
disediakan sebelum pemilihan sesuatu sumber pengajaran dan
pembelajaran dibuat. Perkara-perkara yang perlu diteliti adalah
seperti kandungan, rekabentuk dan persembahan. Banyak hasil yang
praktikal dapat dicapai apabila sumber pengajaran dan pembelajaran
berkualiti tinggi digunakan di dalam bilik darjah. Antara
hasil-hasil ini ialah (Kemp dan Smellie,1989): a. Kandungan topik
boleh dipilih secara lebih terperinci dan diorganisasikan. b.
Penyampaian pengajaran boleh dipiawaikan. c. Pengajaran adalah
lebih menarik minat pelajar. d. Pembelajaran adalah lebih
interaktif apabila teori-teori pembelajaran diaplikasikan. e. Masa
pengajaran boleh disingkatkan. f. Kualiti pembelajaran boleh
diperbaiki.g. Arahan boleh diberikan bila dan di mana perlu.h.
Sikap positif murid terhadap apa yang mereka pelajari dan juga
terhadap proses pembelajaran itu sendiri boleh dikukuhkan.i.
Peranan guru juga boleh dikukuhkan.
Dilihat secara keseluruhan, kesemua hasil-hasil di atas
menunjukkan bahawa kecekapan pembelajaran dan sikap positif
terhadap pembelajaran dapat diperkukuhkan melalui penggunaan bahan
teknologi. Untuk mencapai kebaikan-kebaikan di atas, bahan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu tinggi
dan dipilih atau direka, dihasilkan dan digunakan sebagai satu
bahagian yang diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran dan
pengajaran (Gagne, Briggs,dan Wager, 1992).
5.0 BAHAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK
PERATUSTerdapat beberapa garis panduan yang boleh dijadikan rujukan
oleh guru dalam menentukan pemilihan bahan teknologi yang boleh
digunakan dalam bilik darjah. Anataranya ialah bahan sumber yang
dipilih semestinya sesuai. Pemilihan bahan teknologi hendaklah
mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara seperti
objektif dan matlamat pengajaran, pendekatan, teknik dan kaedah
yang digunakan, keadaan murid, suasana pembelajaran dan minat
murid.Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu
sebelum memilih dan menentukan bahan bantu belajar yang sesuai
digunakan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh
memilih bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan teknologi
yang akan dapat membantu ke arah tercapainya objektif pengajaran
tersebut. Bahan teknologi yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Tugasan ini memerlukan saya untuk menyediakan satu pakej bahan
teknologi yang sesuai bagi menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah serta menilai sejauh mana
penggunaannya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Bahan
teknologi yang saya pilih ialah Penggunaan Laman Pembelajaran Maya
( Virtual Learning Environment ) . Bagi pengajaran kemahiran topik
Peratus tahun 4 saya terlebih dahulu menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). RPH tersebut adalah seperti di Lampiran
1.Hal ini bertepatan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget
yang mengatakan kanakkanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun
adalah peringkat membina operasi konkrit.
6.0 CARA PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI
6.1 Laman pembelajaran maya Virtual Learning Enviroment
Bahan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi
sistem pembelajaran maya, Frog VLE. Melalui sistem ini, kaedah
pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih
interaktif.Semua bahan pengajaran juga boleh diakses melalui satu
pangkalan data membolehkan guru dan pelajar berkongsi maklumat yang
sama.Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan kerjasama YTL Communications menerusi projek 1BestariNet
sejak awal tahun lalu, sistem yang dibangunkan di United Kindom itu
membolehkan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan
pentadbiran di sekolah menjadi mudah dan lancar.Penggunaan Frog VLE
menjadikan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan
pentadbiran di sekolah menjadi mudah serta lancar.Menerusinya juga,
semua sekolah bakal dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi
4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber
dan teknologi sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 hingga 2025.Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran
berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya.melalui sistem itu pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik
darjah sahaja sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada
bila-bila masa.Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk
menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam
talian. Ia membolehkan mereka memperoleh hampir semua maklumat di
internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya
menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang
kepakaran teknikal.Apa yang lebih penting, limpahan sumber
pengajaran dan aplikasi hebat yang ditawarkan itu adalah selamat
dan telah ditapis. Sistem itu menggunakan platform Google Cloud
yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Google
seperti Google Email, Google Drive dan sebagainya.Pada masa yang
sama, katanya, platform itu juga menawarkan bahan pengajaran
berkualiti secara percuma seperti Khan Academy, Ted Education,
National Georgaphic dan British Council selain apa yang disediakan
oleh KPM.Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari
bahan-bahan pengajaran yang sesuai dengan minat dan kemampuan
pelajar mereka. Pada masa sama, mereka juga boleh menghasilkan
bahan pengajaran sendiri dan berkongsi bersama guru lain di sekolah
atau di seluruh negara
Pembelajaran secara interaktif melalui Frog VLE mampu
meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek.
Sistem itu memberi kelebihan kepada semua pihak sama ada dalam
kalangan pentadbir, para guru, pelajar dan ibu bapa.melalui sistem
itu, semua maklumat dalam buku teks termasuk latihan dan kerja
sekolah akan disimpan dalam satu pangkalan data. Ia dapat
mengurangkan jumlah buku teks yang perlu dibawa oleh pelajar ke
sekolah dan jumlah buku latihan yang perlu ditanda oleh guru setiap
hari kerana peranan itu telah diambil alih oleh komputer. Dengan
ini, guru dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajar serta merangka
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan
menyeronokkan.Ibu bapa pula bukan sahaja dapat memantau
perkembangan anak-anak mereka malah dapat mengetahui acara-acara di
sekolah menerusi ruang kalendar, papan notis sekolah dan sebagainya
melalui laman yang tersedia.pada permulaan perlaksanaan agak kekok
belajar menggunakan sistem itu namun semuanya menjadi mudah selepas
mencubanya beberapa kali.penggunaan sistem pembelajaran maya
membolehkan kita berinteraksi atau bertanya soalan dengan guru
biarpun selepas sesi persekolahan tamat.Frog VLE tidak sekadar
boleh digunakan di sekolah semata-mata sebaliknya di mana-mana
sahaja asalkan ia mempunyai kemudahan capaian internet.Frog VLE
membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada para pelajar.sistem
itu juga menarik minatnya untuk belajar sesuatu subjek kerana bahan
pengajaran yang disediakan berorientasikan pelbagai sumber dan
bersifat interaktif. Pelajar mempunyai kebebasan membuat rujukan
dan ulang kaji sehingga benar-benar faham mengenai subjek
dipelajari biarpun tanpa bantuan guru. Ia menjadikan mereka lebih
berdikari.Jika sebelum ini purata markah bagi subjek matematik
ialah sekitar 80 peratus, kini ia telah meningkat lebih 90 peratus
dalam tempoh kurang setahunselain pembelajaran melalui nota dan
video, pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz, latihan,
mendapatkan contoh soalan peperiksaan malah dapat mencuba permainan
di akhir topik.Ia merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran
konvensional yang lazim berpusat di bilik darjah dan buku teks.
Menerusi sistem ini pelajar bukan sahaja lebih tertarik untuk
belajar, malah pada masa yang sama berpeluang meneroka ilmu lain
yang terkandung di dalamnya.7.0 REFLEKSI PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994) mendapati bahawa
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menimbulkan kesan-kesan positif. Antaranya termasuklah menjadikan
proses pembelajaran lebih baik, dapat mencapai pembelajaran
berkesan dalam masa yang singkat, membantu mencapai objektif
pengajaran serta merangsang minat murid.Ini dapat dibuktikan dalam
pengajaran yang saya jalankan bersama murid Tahun 4 Aman bagi topik
peratus. Sebelum ini, murid mengalami kesukaran dalam menentukan
nilai tempat bagi nombor peratus. Kesukaran menguasai konsep nilai
tempat dalam nombor peratus akan memberi kesan yang jelas semasa
melakukan pengiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Dengan berbantukan Laman Pembelajaran Maya ( Frog VLE ),
murid membuat latih tubi menyusun manik-manik pada dekak mengikut
nilai tempat yang betul dengan bimbingan guru. Selepas diberikan
beberapa siri nombor perpuluhan dan nombor bulat, murid semakin
mahir dalam menentukan nilai tempat seperti seperti puluh, sa,
persepuluh, perseratus dan perseribu. Melalui pengalaman ini, murid
dapat membina pengetahuan yang kukuh. Jelas sekali murid dapat
menyatakan jawapan dengan betul apabila ditanya nilai tempat bagi
setiap nombor. Dengan berbantukan Frog VLE, murid dilihat lebih
seronok dan berminat untuk melibatkan diri secara aktif. Pemilihan
bahan bantu yang efektif adalah penting bagi memastikan kejayaan
proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui sikap positif murid
sebegini, objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya
9.0 KESIMPULAN
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan
hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf
dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di
negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat
antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi
mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.
Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer
yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah
melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan.
Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk
disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT
seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan
PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru
mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam
pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari
bahan yang disediakan.Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT
tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat
menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi, prasarana
dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan
penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih
banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk
mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu
boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Pengetahuan dan
kemahiran penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah
pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang dalam
kalangan guru. Usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam
kalangan pendidik diperluaskan melalui kursus dan latihan yang
berkesan perlu disarankan. Sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar
di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan zaman
ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta
laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Oleh itu kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini
terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana
yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh
pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru amat penting untuk
membawa integrasi ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan
kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam
yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT dan
rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai
potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan bermakna. Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat
membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan
tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self
directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa
pengajaran terutamanyasemasa penerokaan ledakan sumber maklumat
melalui Internet.
9.0 RUJUKAN
Dr. Mohamad Jamil dan rakan-rakan (2008).satu Kajian Mengenai
Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah
Rendah.Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik
Liew dan M. Saridan .(1991).Modul KRM3013 Asas Nombor.Tanjung
Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris.
Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat dan Lena Vimalanandan.
(2013). HBMT3203 Teaching of Elementary Mathematics Part 1V. Seri
Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Maznah Mahmood. (2000). Pengajaran Matematik : Strategi Membina
Kemahiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mok Soon Sang.
(1997). Penyuburan Matematik untuk Diploma Perguruan Malaysia.
Ipoh, Perak: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1993).Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian
Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Meor Ibrahim Kamaruddin. (2001).Modul Pembelajaran Sains dan
Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
(Tidak diterbitkan)
Noor Asmah, (2000).Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku .Kuala Lumpur : DBP, KPM
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000).Sukatan Pelajaran Matematik
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shulman (1986).Seminar Pendidikan Sains dan Matematik :
Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi.Open Universiti Malaysia
Troutman Wong Leon Kit (1994).Pembangunan Bahan E-Pembelajaran
Berasaskan Moodle Bertajuk Nombor Perpuluhan. Universiti Teknologi
Malaysia
http://gambit283.blogspot.com/2012/11/sesi-pengajaran-dan-pembelajaran.html
http://ahmadkhairulamin.blogspot.com/http://mateduniaku.blogspot.com/2012/11/contoh-aktiviti-pengajaran-2-perpuluhan.htmlhttp://pecahansetara.blogspot.com/
http://pismpsem5.blogspot.com/2012/01/bahan-sumber-pengajaran-dan.htmlhttp://hassansitam.blogspot.com/2012/03/sumber-pengajaran-dan-
pembelajaran.html
10.0 LAMPIRAN 1
Bidang: Nombor dan Operasi
Tajuk:Peratus
Standard Kandungan:9.Nilai Peratus
Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk:9.1 Menukar
perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan kepada peratus dan
sebaliknya.
Masa: 60 minit
FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi
1. Persediaan
Pemerhatian dan Analisis
a. Guru login ke Laman VLE sekolah berdasarkan kata laluan dan
password yang telah disediakan hadapan kelas.
b. Guru menerangkan tajuk peratus sebagai topic pembelajaran
hari ini.
klik :Laman Virtual Learning Enviroment
Pilih : Site TAJUK: PERATUS
Paparan berikut akan terpapar :
Persediaan murid:Murid telah diminta untuk mengulangkaji tajuk
peratus yang telah dipelajari pada tahun 3
2. Pengenalan
Penjanaan Idea
Sintesis Idea i. Guru menerangkan maksud peratus
konsep peratus
b) Guru menunjukkan cara menukar perpuluhan kepada peratus dan
sebaliknya
c) Guru menayangkan video yang berkaitan dengan peratus
Respon murid:
Murid boleh berinteraksi dengan aktif bersama guru.
3. Perkembangan
Penambahbaikan
MenilaiPenilaian
4. TindakanPelaksanaan
Amalan Berterusan
a. lembaran kerja kepada murid murid akan menjawab / membuat
aktiviti didalam computer atau tablet
kesimpulan
Guru dan murid akan membuat refleksi berkaitan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
i. Selesaikan tugasan yang diberi.
EMKTMK , Kreativiti dan Inovasi
BBBKad Imbasan, Lembaran Kerja, laptop , LCD
Penilaian / Pentaksiran
Menukarkan perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya
Refleksi